SlideShare a Scribd company logo
1 of 41
Download to read offline
HURAIKAN PERKEMBANGAN EKONOMI SABAH DAN SARAWAK PADA ABAD KE-19 DAN AWAL
ABAD KE-20.
British berminat terhadap Sabah dan Sarawak disebabkan negeri tersebut kaya dengan hasil
bumi.Kekayaan tersebut telah menarik minat pedagang dari Barat seperti Poturgis,Sepanyol,Belanda
dan British untuk singgah berdagang di Sabah sebelum meneruskan perjalanan ke China. Alfert Dent
tubuhkan British North Borneo Company (SBUB) dan mohon piagam diraja daripada kerajaan British di
London untuk menaikkan nilai perniagaan dan pengiktirafan daripada kerajaan British. Pertapakan
James Brooke di Sarawak dan ditambah pula dengan jawatan sebagai Gabenor Sarawak memudahkan
lagi beliau menguasai ekonomi Sarawak .Beliau menetapkan dasar pemerintahan sendiri bagi
memudahkan pentadbiran.Perkembangan ekonomi terbahagi kepada 2 jenis iaitu ekonomi tradisional
dan ekonomi komersial.
Masyarakat Sabah pada mulanya mengamalkan sistem ekonomi tradisional ataupun dikenali
sebagai sistem ekonomi sara diri. Tanaman utama masyarakat Sabah ialah padi yang menjadi
tanaman makanan utama mereka. Tanaman padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan orang
Dusun.Kawasan penanaman padi sawah yang utama ialah di Tuaran,Papar dan Penampang. Padi sawah
juga ditanam di lembah-lembah bukit seperti Ranau,Keningau dan Tambunan. Mereka turut
mengusahakan prtanian pindah dimana mereka menanam padi huma di lereng-lereng bukit landai di
kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Penduduk peribumi yang mengusahakan penanaman padi
huma ialah Murut dan Bajau. Tanaman makanan lain yang ditanam ialah jagung,ubi keledek,buah-
buahan dan sayur-sayuran. Tanaman-tanaman yang lain ini menjadi penting kerana ia merupakan
„makanan selang‟ dimana ubi akan dijadikan makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi.
Masyarakat Sarawak juga turut mengamalkan ekonomi sara diri dan tanaman utama mereka
juga ialah padi. Padi sawah di sarawak diusahakan oleh orang Kelabit yang mendiami kawasan rumah
panjang di Hulu Sungai Baram manakala padi huma pula ditanam oleh orang Bidayuh,Iban dan Kenyah.
Kebiasaannya,di setiap rumah panjang di Sarawak,terdapat tanah yang diperuntukkan khas untuk
menanam padi huma secara gotong-royong. Contoh tanaman lain yang diusahakan adalah sayur-
sayuran,lada hitam,buah-buahan seperti kelapa dan pisang. Di samping itu,kegiatan memburu binatang
turut dijalankan seperti pelanduk kancil dan ayam hutan. Ternakan secara kecil-kecilan pula seperti
ayam dan lembu.
Kegiatan ekonomi komersial yang paling utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20
ialah bidang pertanian. Tembakau merupakan tanaman dagangan pertama yang penting. Menjelang
tahun 1880-an,banyak ladang tembakau telah dibuka oleh pengusaha-pengusaha berbangsa Belanda dan
Jerman di pantai timur Sabah. Pertanian secara komersial telah berkembang dengan pesat di Sabah
dengan adanya pemodal Barat. Menjelang tahun 1890,terdapat 61 buah ladang tembakau di
Sabah.Nilai eksport tembakau telah meningkat daripada $ 882 pada tahun 1885 kepada $ 1,176 000
pada tahun 1895. Perkembangan kegiatan ekonomi komersial ini disebabkan oleh faktor dasar tanah
yang liberal dan ketiadaan cukai eksport serta harga pasarannya yang tinggi. Pertanian
tembakau mula merosot selepas awal abad ke-20.Pada tahun 1902,penanaman tembakau mulai merosot
kerana diserang penyakit dan juga akibat daripada masalah bencana alam iaitu
banjir. Malahan,persaingan dengan pengeluar tembakau di Amerika Syarikat telah menjejaskan
pendapatan penanaman tembakau tempatan di Sabah.Pada tahun 1982,hanya terdapat 2 buah ladang
yang masih beroperasi di Sabah.
Kegiatan komersial yang kedua terpenting ialah penanaman getah. Tanaman getah telah mula
diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para pengusaha Barat,kemudian diikuti oleh para pekebun
bumiputera dan cina. Perkembangan penanaman getah di Sabah disebabkan oleh pembinaan jalan
kereta api di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dan Beaufort. Syarikat Berpiagam Utara Borneo turut
memberikan pelepasan cukai eksport selama 50 tahun. Permintaan yang tinggi di pasaran dunia turut
menjadi faktor peningkatan penanaman getah di Sabah. Kawasan penanaman getah yang utama di
Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pantai Barat. Keluasan kawasan tanaman getah telah
bertambah dengan mendadak. Misalnya pada tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1 306 hektar
kemudian bertambah menjadi kira-kira 14 095 hektar pada tahun 1917. Sehingga tahun 1941, getah
masih menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi komersial bagi Sabah.
Disamping itu,kegiatan ekonomi komersial lain di Sabah adalah seperti sarang burung,pokok
lanut dan sagu. Pada tahun 1926,eksport sarang burung bernilai $ 125 000 dan kawasan pengumpulan
sarang burung ialah di Gua Gomantong,di Sandakan. Pokok lanut yang dikenali sebagai abaka diproses
untuk dijadikan tali kapal dan dieksport ke Eropah. Pokok sagu atau rumbia merupakan tanaman
tradisional Sabah yang telah dikomersialkan. Memandangkan hasil sagu di pasaran dunia mahal,pihak
British telah menggalakkan penduduk supaya mengusahakannya. Eksport sagu di Sabah pada tahun
1888 bernilai $ 93 433.
Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak dari segi pertanian pula ialah sagu,lada hitan dan
gambir. Tanaman sagu merupakan hasil eksport utama Sarawak pada abad ke-19. Penghasilan sagu
daripada pokok rumbia diusahakan oleh orang Melanau secara meluas di bahagian kedua dan ketiga
negeri Sarawak. Sarawak telah berjaya mengeksport hasil sagu daripada 8700 tan pada tahun 1887
kepada 20 400 tan pada tahun 1907. Orang cina menguasai pengeluaran dan perniagaan semua hasil
sagu di Sarawak. Bagi tanaman getah pula,Raja-raja Brooke tidak menggalakkan syarikat asing untuk
buka ladang getah di Sarawak namun syarikat yang menguasai tanaman getah Cuma satu iaitu Syarikat
Borneo. Kawasan tanaman ialah estet Tahan dan estet Tengah.Pada tahun 1934,terdapat 210 000 ekar
tanah ladang getah dan sebahagiannya merupakan kebun kecil dan 3% pula diusahakan secara
ladang. Selain itu,orang cina juga mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam di Sarawak untuk
tujuan eksport. Lada hitam ditanam di sekitar Kuching,Serian,Sarikei dan Maradong. Charles Brooke
telah memberi galakan kepada saudagar-saudagar dari Singapura untuk menanam lada hitam di
Sarawak dengan cara memberi tanah kepada mereka. Lada hitam menjadi tanaman eksport
terpenting di Sarawak pada abad ke-19. Menjelang tahun 1855,Sarawak telah berjaya mengeksport
392 tan lada hitam dan 1370 tan gambir.
Selain pertanian,kegiatan ekonomi komersial yang lain yang turut di jalankan ialah pembalakan
di Sabah dan Sarawak. Perusahaan pembalakan telah mula berkembang di Sabah pada tahun 1880-
an. Perusahaan pembalakan dikuasai oleh syarikat-syarikat British dan Cina. Antara kayu balak yang
mempunyai nilai eksport tinggi ialah seraya,kapur,belian dan meranti. Kegiatan pembalakan dijalankan
di Sandakan,Lahad Datu dan Tawau.Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk ke Sabah. Nilai
eksport kayu balak Sabah menunjukkan peningkatan yang drastik.Misalnya,pada tahun 1890 nilai
eksport hanya $ 44 584 sahaja tetapi telah meningkat kepada $ 642 935 pada tahun 1910.Menjelang
tahun 1930,nilai eksport kayu balak di Sabah ialah $ 2.5 juta manakala menjelang tahun 1937
Sandakan muncul sebagai sebuah pelabuhan pengeksport kayu balak yang penting di dunia. Antara
negara yang mengimport kayu balak dari Sabah ialah China,Singapura,Australian dan Britain. Kegiatan
pembalakan di Sarawak hanya dijalankan sehingga Perang Dunia Kedua. Kayu balak menjadi eksport
utama dan kekal pada kedudukan kedua selepas getah sebagai hasil pendapatan utama
Sarawak.Penanaman kayu balak dijalankan oleh orang cina dan Syarikat Borneo di kawasan Sungai
Rajang. Hasil pembalakan di Sarawak dieksport ke Hong Kong,Australia dan Amerika Syarikat.
Kegiatan ekonomi komersial lain yang dijalankan di Sabah dan Sarawak ialah perlombonngan. Di
Sabah,hasil galian yang terpenting ialah emas. Lombong-lombong emas telah mula diusahakan sekitar
tahun 1880-an di Sungai Segama. Kegiatan perlombongan emas telah diusahakan oleh orang Cina.
Walaupun pengeluarannya terhad,tetapi nilai eksport emas sangat tinggi.Selain itu,bahan galian yang
terdapat di Sabah ialah arang batu yang dilombong berhampiran dengan Sungai Silimpopon. Usaha
perlombongan arang batu telah dilakukan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal yang telah ditubuhkan
pada tahun 1905 dan beroperasi hingga tahun 1930. Galian lain pula ialah mangan yang telah dijumpai
pada tahun 1902 di Teluk Marudu. Bahan galian tersebut telah dilombong oleh Syarikat British Borneo
Eksploration mulai tahun 1905 hingga 1908.Hasil galian mangan telah dieksport ke Britain.
Sektor perlombongan secara komersial telah mula berkembang di Sarawak semasa
pemerintahan Charles Brooke.Antara galian terpenting yang dilombong ialah antimoni. Menjelang tahun
1880-an,Sarawak telah menjadi pengeluar galian antimoni yang utama. Kawasan perlombongan antimoni
yang utama ialah daerah Bau.Orang Melayu dan Cina aktif dalam kegiatan tersebut. Di samping
itu,terdapat kegiatan perlombongan arang batu. Aktiviti melombong arang batu di Sarawak telah
bermula pada tahun 1889 hingga tahun 1898. Jumlah pengeluaran arang batu telah meningkat
daripada 500 tan pada tahun 1874 kepada 31 390 tan pada tahun 1898. Galian lombong lain ialah
raksa.Raksa mula dieksport pada tahun 1868 yang menggantikan antimoni sebagai hasil perlombongan
utama sarawak. Galian yang tidak kurang pentingnya di Sarawak juga ialah emas yang dilombong di Bau.
Emas menjadi galian terpenting di Sarawak antara tahun 1898 hingga 1921. Orang Cina merupakan
pelombong dan pengusaha utama emas di Sarawak. Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak sebenarnya
berhubung kait dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya,jalan kereta
api,pelabuhan dan pembinaan bandar-bandar baru seperti Miri dan Kuching.Perkembangan bandar
seperti Miri turut menjadi pemangkin perkembangan ekonomi bercorak komersial di Sarawak.
Kesimpulannya,kegiatan ekonomi komersial berkembang hasil daripada ekonomi sara
diri.Ekonomi komersial pula berkembang disebabkan kemudahan-kemudahan yang ada.Kedatangan
barat di Sabah telah menyebabkan kegiatan ekonomi mereka mengalami perubahan seiring dengan
dasar ekonomi British manakala di Sarawak pula perkembangan ekonomi banyak dipengaruhi dasar
pemerintahan yang dilaksanakan oleh keluarga Brooke,terutamanya James Brooke dan Charles Brooke.
Sistem ekonomi di sabah dan sarawak 2
EKONOMI KOMERSIL DI SARAWAK
Ekonomi dagangan
Di Sarawak, lada hitam dan gambir turut diusahakan terutamanya di sekitar Kuching-Serian
dan Sarikei – Maradong. Pada 1840an, tanaman lada hitam dan gambir mula diusahakan untuk tujuan
eksport. Penanaman lada hitam secara besar-besaran di Sarawak di usahakan oleh pelabur Cina
daripada Singapura.
Sagu juga merupakan salah satu hasil pertanian Sarawak yang penting dan telah diusahakan
sebelum zaman Brooke lagi. Kawasan utama pengeluaran sagu di Sarawak termasuklah Mukah dan Oya.
Perusahaan sagu di Sarawak diuruskan oleh pedagang Melayu kemudiannya turut diusahakan oleh orang
Cina dan Barat yang mana sebahagian besar hasil sagu dieksport ke Singapura.
Kegiatan perlombongan di Sarawak pula melibatkan galian seperti antimoni dan emas.
Antimoni dilombong di Bahagian Pertama iaitu di Bau pada 1820an. Pembesar Melayu menggunakan
buruh Dayak untuk mengusahakan perlombongan antimoni. Sarawak kekal menjadi sumber utama
antimoni kepada Eropah sehingga akhir abad ke-19.
Emas di Sarawak juga dijumpai di Bau pada 1830an dan diusahakan oleh orang-orang Cina di
Sarawak. Emas tersebut dieksport ke Singapura.
Kegiatan ekonomi komersial
a. Lada hitam
Ø oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.
Ø Brooke memberi tanah kepada saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam.
b. Gambir.
Ø Brooke memberi tanah kepada peladang Cina.
Ø Gambir ditanam secara meluas di Bau.
c. Sagu.
Ø oleh orang Melayu dan Inggeris.
Ø Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil.
Ø abad ke-20 orang Cina mengambil alih dan menguasai perusahaan sagu.
d. Perlombongan.
Ø Emas dilombong di Bau oleh orang Cina.
Ø Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak.
Ø Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.
EKONOMI KOMERSIL DI SABAH
Di Sabah pula kegiatan ekonomi komersilnya masih bergantung kepada hasil-hasil ekonomi
tradisional. Sarang burung yang dipungut di Gua Gomantong, Gua Madai dan beberapa buah gua lain
merupakan hasil eksport yang menguntungkan. Kebanyakannya di eksport ke Hong kong dan China.
Terdapat dua jenis sarang burung iaitu yang berwarna cokat dan putih. Sarang burung yang berwarna
putih lebih bersih dan harganya lebih mahal.
Hasil laut juga merupakan antara kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di Sabah. Hasil
laut ini termasuklah mutiara, trepang dan agar-agar yang dieksport ke Hong kong dan China. Mutiara
banyak terdapat di Pantai Timur Sabah terutamanya Sandakan dan Lingkabau. Perusahaan ini
diusahakan oleh orang Bajau yang merupakan penyelam yang mahir.
Sagu merupakan makanan kegemaran penduduk Sabah yang dihasilkan daripada pokok rumbia
juga merupakan antara hasil penting ekonomi Sabah. Penduduk Sabah mengusahakan perusahaan sagu
secara komersil dan sagu mentah telah di eksport ke Singapura dan kemudiannya ke Eropah.
Selain itu emas turut dilombong di Segama di Sabah.
Kegiatan Ekonomi Komersial
a. Tembakau
Ø SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau.
Ø Tembakau diusahakan oleh orang-orang Cina.
Ø peladang Belanda dan Jerman
Ø Kawasan Pantai Timur Sabah.
Ø 60 estet tembakau, Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.
Ø Peladang menggunakan buruh dari Singapura dan Hong Kong.
Ø penanaman merosot bila permintaan dari Amerika merosot.
b. Perlombongan.
Ø oleh orang Cina di Sungai Segama.
Ø Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.
Kagiatan Ekonomi Sarawak
KEGIATAN EKONOMI
SARA DIRI.
1. MENYARA HIDUP DENGAN :
I. MENANAM PADI HUMA ATAU PADI BUKIT
II. JADI NELAYAN,
III. PUNGUT HASIL HUTAN
IV. BERNIAGA KECIL-KECILAN.
2. ORANG IBAN, MURUT, KENYAH DAN KAYAN DI KAWASAN PEDALAMAN MENANAM PADI,
BERBURU DAN MEMUNGUT HASIL HUTAN
3. ORANG PENAN DI HULU SUNGAI BARAM DAN SUNGAI RAJANG – BERBURU BINATANG
DENGAN MENGGUNAKAN SUMPITAN.
4. PEKERJAAAN ORANG MELAYU :
I. MENANAM PADI SAWAH DAN KELAPA
II. PENIAGA KECIL-KECILAN
III. ORANG TENGAH DALAM PERNIAGAAN.
5. KEGIATAN EKONOMI ORANG MELANAU :
I. MENANAM PADI SAWAH
II. MENJADI NELAYAN.
6. KEGIATAN EKONOMI ORANG BIDAYUH :
I. MENANAM PADI HUMA
II. JADI PELADANG.
7. KEGIATAN EKONOMI ORANG KELABIT :
I. MENANAM PADI SAWAH
II. BERBURU
III. PUNGUT HASIL HUTAN.
8. PENDUDUK DI PEDALAMAN -PUNGUT HASIL HUTAN
PERTANIAN
1. PADI HUMA DITANAM DI TEMPAT TINGGAL ETNIK IBAN, BIDAYUH DAN ORANG ULU.
2. PADI SAWAH DITANAM OLEH ORANG KELABIT. TERKENAL DENGAN BERAS JENIS BARIO.
3. SAGU DIUSAHAKAN OLEH ORANG MELANAU, :
I. SAGU INI TUMBUH DI KAWASAN BERPAYA
II. SELEPAS 10 TAHUN SAGU BOLEH DITEBANG
III. RIPO (ISI DALAM SAGU) DIKELUARKAN, DIJEMUR HINGGA KERING
IV. DIPROSES SEBELUM DIJADIKAN TEPUNG SAGU YANG DIKENALI SEBAGAI LEMANTAK.
4. SARAWAK TERKENAL SEBAGAI PENGEKSPORT SAGU.
5. LADA HITAM OLEH KEDAYAN DAN MURUT
6. SARAWAK PENGEKSPORT LADA HITAM.
PERLOMBONGAN
1. ANTIMONI DAN EMAS BAHAN GALIAN TERPENTING
2. AWALNYA DITADBIR OLEH DATU PATINGGI ALI.
3. KAUM BIDAYUH – KAUM AKTIF DALAM KEDUA-DUA PERLOMBONGAN
4. ORANG CINA DI BAU, PAKU DAN BIDI MENJALANKAN KEGIATAN MELOMBONG EMAS.
PERDAGANGAN
1. KESULTANAN MELAYU MELAKA PERNAH MENJALIN HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN
SARAWAK.
2. BARANGAN SARAWAK – LADA HITAM, HALIA, KAPUR BARUS, SARANG BURUNG, EMAS,
PERMATA, IKAN
3. SARAWAK DIKUNJUNGI PEDAGANG CINA UTK DAPATKAN LADA HITAM, KAPUR BARUS,
EMAS, KAYU CENDANA, SUMBU BADAK, TELUR PENYU.
4. PEDAGANG CINA MENJUAL BARANGAN BESI, KACA DAN PINGGAN MANGKUK DI
SANTUBONG.
5. PEDAGANG CINA, ARAB, INDIA DAN KEPULAUAN MELAYU MEMBAWA BARANGAN
TEMBIKAR, SUTERA, BARANG LOGAM, KAIN, BARANG PERHIASAN
Perkembangan Ekonomi Sabah & Sarawak
Sekitar abad ke-19 dan 20, berlaku perkembangan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu[Ditadbir oleh
British], Sabah [Ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British]&Sarawak [Rajah Brooke]. Ekonomi
komersial mulai berkembang dengan pengenalan tanaman baru seperti getah, lada hitam dan gambir
selain kegiatan import eksport mulai rancak.
Berikut ialah tanaman & galian bersifat komersial yang diusahakan di oleh penduduk di Sabah &
Sarawak.
ahakan di Sabah & Sarawak.
Sistem ekonomi di sabah dan sarawak
Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2
bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan
kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa
dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak
perlombongan dan sebagainya.
Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung
keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka.
Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli
barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya.
Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil
hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.
Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad
ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka
mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang
gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat
dalam sektor perdagangan dan perlombongan.
Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )
Kegiatan Ekonomi Sara diri.
a. Penanaman Padi.
 Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotong-royong.
Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem
tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.
b. Perikanan.
 Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan
penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar.
c. Tanaman-tanaman lain.
 Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. Orang
Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.
d. Perlombongan
 Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.
e. Perdagangan.
 Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan
ialah sagu.
Kegiatan ekonomi komersial
a. Lada hitam
 Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang
Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.
 Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam.
Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia.
b. Gambir.
 Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina.
Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot
kerana harganya tidak stabil.
c. Sagu.
 Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan
Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-
pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian
menguasai perusahaan sagu.
d. Perlombongan.
 Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak.
Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.
C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )
Kegiatan ekonomi sara diri
a. Penanaman Padi
 Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan
penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau,
Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman
yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan
Bajau.
b. Tanaman-tanaman lain
 Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan „ makanan selang”
c. Pertukangan
 Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun
kain dan memacu kuda.
d. Perikanan
 Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai
perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.
e. Penternakan
 Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun
dan Kadazan.
Kegiatan Ekonomi Komersial
a. Tembakau
 SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang
Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting
dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat
60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.
 Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19
penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.
b. Perlombongan.
 Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh
SBUB.
C. Penutup ( 2/3 markah )
Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan
ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial
apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat,
kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin
berkembang.
JELASKAN KEGIATAN EKONOMI KOMERSIL YANG DIJALANKAN DI SARAWAK PADA ABAD KE
19
PENGENALAN
1. Ekonomi komersil merupakan kegiatan ekonomi yang berorientasikan keuntungan dan dijalankan
secara besar-besaran.
2. Di antara kegiatan ekonomi komersial yang dijalankan di Sarawak ialah pertanian dagangan,
perdagangan dan perlombongan.
3. Pertanian dagangan yang dijalankan di Sarawak ialah penanaman getah, lada hitam, gambir dan sagu.
Selain itu kegiatan pembalakan dan perlombongan juga turut diusahakan.
B. ISl[
a. Getah
1. Getah ditanam di Kuching dalam tahun 1881 tetapi tidak diusahakan dengan serius. Usaha yang
serius hanya dijalankan setelah getah muncul sebagai barang yang berharga pada awal tahun 1.900.
2. Kemerosotan harga kopi menyebabkan orang Eropah beralih kepada perusahaan getah.
b. Lada Hitam
1. Lada hitam di tanam di kawasan Serian-Kuching dan juga Sarikei.
2. Lada hitam merupakan tanaman tradisional Sarawak yang menjadi eksport terpenting dan
mendatangkan pulangan yang lumayan.
3. Rajah Charles Brooke telah menghidupkan semula tanaman ini dan memberikannya kepada buruh-
buruh cina dari Singapura.
4. Pada tahun 1870 an tanaman ini Berjaya dijalankan secara meluas di Ulu Sarawak.. Pengusaha dari
Singapura turut juga menanam tanaman ini bersama gambir.
C. Gambir
1. Gambir mina di tanam di Bau Sarawak dan tanaman ini telah diusahakan secara komersil oleh orang-
orang cina.
2. Gambir teak mina mendapat permintaan: yang meluas pada tahun 1880 dan 1890.
d. Sagu
1. Sagu merupakan hasil penduduk Melanau di tepi Sungai Rajang, Igau, Oya dan Sungai Mukah.
2. Sepanjang abad ke 19 sagu rnerupakan eksport terpenting Sarawak dan
sebahagian daripada hash sagu dunia di keluarkan dari Sarawak.
3. Perkembangan sagu menjadi lebih maju ketika pentadbiran keluarga Brooke
pada tahun 1861.
4. Pedagang-pedagang melayu adalah merupakan pengeksport utama sagu di Kuching.
5. Sebahagian besar perniagaan sagu adalah dikuasai oleh orang cina.
e. Pembalakan
1. Sarawak mempunyai kawasan pembalakan yang sangat luas dan mula dieksport pada tahun 1890
apabila pedagang cina mula memasarkannya ke seberang laut.
2. Industri kayu balak Sarawak adalah dimonopoli oleh orang-orang cina.
f. Perlombongan
1. Kegiatan perlombongan yang dijalankan di Sarawak ialah antimony, emas, arang batu, bijih timah dan
petroleum.
''. Antimoni di lombong di kawasan Baud an digunakan untuk mebuat plat bateri.
3. Emas dan bouksit pula di lombomg di Baud an Kuching dan perusahaan perlombongan ini dimonopoli
oleh saudagar cina.Petroleum pula mula di lombong di Sarawak pada awal tahun1890 dan 1900.
g. Hasil Hutan
Antara kegiatan basil hutan yang paling utama ialah memungut sarang burin yang dijalankan di Gua
Mulu dan Gua Gematong di Sarawak..
C. KESIMPULAN
1. Ekonorni komersil berkembang pesat di Sarawak pada abad ke 19 dan menjadi penyumbang kepada
eksport utama Sarawak.
2. Kegiatan ekonomi komersil ini telah menarik ramai pemodal dan pelabur China dan Eropah untuk
terlibat dalam kegiatan ekonorni komersil di Saraw
Posted by
Huraikan ciri-ciri ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campurtangan
British.
Ekonomi Tanah Melayu bercorak sara diri. Pada pertengahan abad ke-19, ekonomi Tanah Melayu
telah mengalami perubahan pesat yang menyebabkan munculnya sistem ekonomi dagangan. Kegiatan
ekonomi Tanah Melayu tertumpu kepada ekonomi komersial dalam sector pertanian dagangan dan
perlombongan.
Pertanian sara diri dijalankan oleh orang Melayu di kawasan pedalaman dan pinggir laut. Usaha
ekonomi hanya cukup untuk keperluan keluarga. Tiada pengekportan atau perdagangan secara besar-
besaran. Teknologi moden masih belum digunakan. Ahli-ahli keluarga turut terlibat dalam pertanian
sara diri. Jumlah hasil mereka bergantung pada besar kecilnya tanah yang mereka usahakan dan
keperluan mereka sendiri.
Tanaman utama mereka ialah padi sawah. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau
tanah rendah. Padi huma atau padi bukit ditanam di kawasan tanah tinggi. Sistem pengairan juga
merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan kesuburan tanaman padi. Penanaman padi banyak
dijalankan di Kedah dan Perak. Terdapat juga tanaman-tanaman lain seperti gambir, kopi, the, sayur-
sayuran dan pokok buah-buahan.
Pertanian sara diri juga dijalankan oleh masyarakat di Sabah dan Sarawak. Orang Kadazan
menanam padi sawah di lembah Pantai Barat Sabah seperti Tuaran dan Penampang. Orang Murut
menanam padi huma di bukit dan kawasan yang kurang subur.
Di Sarawak pula, padi huma ditanam oleh ahli masyarakat Iban, Bidayuh, dan Kenyah. Penanaman
padi huma dijalankan secara bergotong-royong. Orang Kelabit yang tinggal di kawasan bukit di hulu
Sungai Baram turut menanam padi sawah. Tanaman-tanaman lain adalah seperti sayur-sayuran dan
pokok buah-buahan.
Pada abad ke-19, pertanian dagangan memainkan peranan penting kepada ekonomi Tanah
Melayu. Pertanian dagangan ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat perkembangan, iaitu peringkat
pertama yang berupa pertanian yang mementingkan tanaman jangka masa pendek, seperti lada hitam,
gambir, ubi kayu, tabu, dan kopi. Peringkat kedua ialah penaman getah yang merupakan tanaman
dagangan yang paling penting. Pada umumnya, orang Cina dan Eropah yang banyak terlibat dalam
pertanian dagangan ini.
Gambir dan lada hitam banyak ditanam di Negeri Johor dan Sarawak. Kemudiannya,
diperluaskan ke Selangor dan Negeri Sembilan. Tanaman gambir dan lada hitam dimajukan oleh
pembesar dan raja di negeri masing-masing. Pada tahun 1840-an, Temenggung Ibrahim telah
menjemput orang Cina dari Singapura untuk membuka lading gambir dan lada hitam di tebing sungai di
selatan Johor di bawah sistem Kangcu. Lada hitam dan gambir merupakan tanaman eksport utama
negeri Johor sehingga tahun 1910, malah membolehkan Sultan Johor memperolehi pendapatan yang
lumayan hasil daripada eksport lada hitam. Modal penanaman lada hitam dan gambir di Johor
dikeluarkan oleh orang Cina dari Singapura. Di Sarawak, lada hitam juga merupakan tanaman eksport
yang penting. Sarawak memberi konsensi kepada orang Cina dari Singapura untuk menanam lada hitam
di Kuching-Serian dan Serikei-Meradong. Hasil pengeluaran lada hitam telah meningkat dan,
menyebabkan Sarawak menjadi pengeluar lada hitam terbesar di dunia selepas Indonesia.
Pada pertengahan abab ke-19, peladang-peladang Eropah dan China telah membuka lading-ladang
tebu di Province Wellesley, Pulau Pinang dan Melaka. Mulai 1870-an, tanaman tebu telah diperluas ke
Perak, terutamanya di daerah Kerian. Orang-orang Eropah kemudiannya telah mendirikan kilang
memperoses gula di Perak menyebabkan gul muncul sebagai eksport penting negeri Perak sehingga
permulaan abad ke-20.
Selain tebu, ubi kayu juga telah ditanam secara komersial oleh orang Cina di Melaka dan dalam
tahun 1850-an, ubi kayu muncul sebagai tanaman eksport yang utama bagi Melaka. Dalam tahun 1880-
an, penanaman ubi kayu telah diperluaskan ke Negeri Sembilan dan dieksport keBritain.
Tanaman kopi juga telah diusahakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor. Pada
mulanya, kopi juga ditanam secara sara diri oleh orang Jawa di Perak, Selangor, dan
Johor. Kemudiannya, secara besar-besaran apabila orang Cina datang. Mulai tahun 1880-an, kopi telah
muncul sebagai tanaman jualan yang penting di Tanah Melayu. Kebanyakan kopi ditanam oleh peladang-
peladang Eropah yang berpengalaman di Sri Lanka.
Tanaman sagu untuk eksport juga ditanam di Mukah dan Oya di Sarawak. Manakalah, tanaman
tembakau ditanam di Sabah, tetapi kemudiannya merosot akibat serangan penyakit dan persaingan
daripada Amerika Syarikat.
Pembalakan juga berkembang di Sabah sehingga menjadi sumber pendapatan Sabah yang
utama. Sehingga tahun 1885, kayu-kayu balak ini telah dieksport ke Australia, Hong Kong, Jepun
dan Britain. Syarikat kayu balak yang utama ialah Britain Borneo Timber Company. Selain itu, hasil-
hasil hutan seperti dammar dan juga rotan menjadi eksport yang penting, terutamanya di Pahang dan
Kelantan.
Tanaman getah telah diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan mengalami perkembangan pesat
pada abad ke-20. Perkembangan pesat tanaman getah ini dipelopori oleh HN Ridley. Beliau telah
menggalakan tanaman getah dengan memperkenalkan pisau toreh dan mengankut anak benih getah
secara dibungkus dengan arang. Adanya pelaburan daripada orang Eropah seperti Syarikat Sime
Darby, Harrison and Crosfield dan tenaga buruh yang murah serta galakan kerajaan seperti
menyediakan kemudahan perhubungan dan pengangkutan, turut memajukan tanaman getah di Tanah
Melayu.
Dalam sector perlombongan, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan tertua. Sehingga
tahun 1820-an, lombong-lombong bijih timah dikuasi oleh raja-raja dan pembesar Melayu. Kaedah yang
digunakan adalah adalah dengan melampan dan mendulang. Kerja melombong bijih timah telah diambil
alih oleh orang Cina pada pertengahan abad ke-19. Orang-orang Cina telah memperkenalkan kaedah
perlombongan bijih timah yang lebih berkesan seperti lombong dedah, pam, roda air, dan enjin
stim. Kaedah melombong yang diperkenalkan oleh orang Cina ini telah meningkatkan pengeluaran bijih
timah di Tanah Melayu.
Ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak memperihatkan kemantapan ekonomi sara diri dan
ekonomi komersial sebelum kedatangan British. Ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawaksudah pun
mencapai satu tahap yang matang. Sebelum tahun 1874, pelbagai tanaman dan galian telah pun
dikeluarkan.
SEJ T 6 Ing di Sabah dan Sarawak
Imperialisme British
di Sabah dan Sarawak
Pengenalan
Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah dan Sarawak
juga berlakunya keadaan yang sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaan sesuatu kawasan
adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga Brooke telah menduduki Sarawak dan
menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanya memainkan peranannya dalam
sector ekonomi di Sabah.
Sarawak
Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak
oleh Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brooke adalah untuk
membalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pangeran Indera Mahkota.
Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai “Raja Sarawak” oleh Pangeran Muda Hashim.
Dengan itu, James Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak.
Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Brunei supaya
mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak.
Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangan daripada pribumi
Sarawak seperti orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap, seorang ketua lanun
di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke
atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.
James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu. Selepas
mendapatkan kebenaran Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke
telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk menjaga keamanan di situ.
Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasa James
Brooke. Antaranya ialah Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dan kawasan dari
Rajang hingga Tanjung Kindurong.
Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Raja Charles Brooke
kerana beliau mewujudkan keamanan di wilayah tersebut.
Sabah
Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak di
bawah Kesultanan Brunei dan bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu.
British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernama Alexander
Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada
tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak British diberi kebenaran untuk mendirikan pusat
perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-wilayah di Timur Kimanis.
Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan tetapi
telah dimusnahkan oleh Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun 1775.
Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan, terpaksa
membuka petempatan baru di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan Pulau Labuan tetapi
petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan SHTI. Walau
bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah berjaya mendapatkan
Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British.
Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni Berpiagam Borneo Utara
(KBBU) pada tahun 1881.
Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika Syarikat
bernama Charles Lee Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah mendapat konsesi ke atas beberapa
kawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan bayaran $9500 daripada Sultan Brunei –
Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniat memajukan konsesi ini lalu dijual kepada
The American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey, seorang pedagang Amerika
Syarikat di Hong Kong.
William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya dengan menanam tebu
dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, William Torrey telah menjual secara
konsesinya kepada 2 orang ahli perniagaan iaitu Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong
Kong) dan Alfred Dent (seorang peniaga British). Pada masa pembelian konsesi itu, tempoh konsesi
selama 10 tahun itu telah tamat.
Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan Sultan Brunei pada
tahun 1877. Syarat-syarat perjanjian 1877 ialah:
a. Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.
b. Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran.
Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian dengan Overneck
dan Dent. Baginda bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.
Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British
supaya rakyat British boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksa menjual segala bahagian
konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British dan
Overbeck bukan bangsa British.
Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagam daripada kerajaan
British dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk mentadbir Sabah. Dengan
menganugerahkan piagam kepada syarikat itu, Kerajaan British dapat meluaskan pengaruhnya secara
tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabah dari tahun 1881 hingga tahun 1946.
Bab 10 : Sarawak
(1) Latar belakang sejarah Sarawak
1. Nama berasal nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak.
2. Kewujudan manusia dijumpai kira-kira 40 ribu tahun dahulu.
3. Buktinya ialah :
i. tinggalan tembikar
ii. kapak, pisau daripada batu
iii. lukisan yang diconteng pada dinding gua.
4. Negeri terawal diduduki oleh manusia.
(2) Pertalian Sarawak dgn Kesultanan Brunei dan Sulu.
1. Ditadbir Kesultanan Brunei sejak abad 15.
2. bahagikan Sarawak kpd unit jajahan.
3. Setiap unit jajahan ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi.
4. Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap
5. Sungai Sarawak (Kuching) ditadbir oleh Pangeran Mahkota.
(3) Masyarakat Sarawak
1. Terbahagi mengikut kawasan penempatan :
i. persisiran pantai
ii. lembah sungai
iii. pedalaman dan tanah tinggi.
2. Kawasan paling padat penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di barat Kuching dan
kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
3. Corak penempatan & taburan penduduknya berselera menyebabkan mereka kurang berhubung
dgn orang luar
(a) Masyarakat di persisiran pantai.
1. Orang Melayu duduki kawasan Kuching, Simanggang, Sibu, Mukah, Oya, Saribas dan Tanjung
Datu.
2. Orang Melanau duduki Lembah Utara Rajang, Mukah, Oya dan Bintulu.
b) Masyarakat di Lembah sungai.
1. Orang Iban tinggal di kawasan Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar
dan Sungai Rajang.
2. Orang Bidayuh tinggal di Singgai, Sadong, Sungai Kayan.
3. Orang Kenyah tinggal di kawasan Batang Baram, Ulu Batang, Rajah, Balui.
c) Masyarakat di pedalaman.
1. Orang Kelabit tinggal di kawasan Lembah Terusan, Sungai Baram.
2. Orang Penan menduduki kawasan Hutan Baram dan Sungai Rajang.
3. Orang Murut menduduki kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di kawasan
Sungai Trusan dan Limbang.
(3) Kegiatan sosiobudaya
a) Pendidikan.
1. Penduduk bumiputera menerima pendidikan tidak formal dan formal.
2. Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan yang berkaitan amalan dan kepercayaan turun-
temurun spt cara berburu dan pungut hasil hutan.
3. Pendidikan formal berkaitan agama yang dijalankan di masjid dan sekolah agama.
4. Pendidikan agama Islam – membaca al-Quran dan menulis jawi diajar kepada etnik yang
beragama Islam.
5. Pendidikan berkaitan hukum Islam spt cara melaksanakan ibadat diajar oleh guru al-Quran,
imam dan lebai.
b) Peraturan dan adat resam.
1. Bagi masyarakat beragama Islam cara hidup dan adatnya berasaskan ajaran Islam,
2. Bagi masyarakat bukan Islam, cara hidup berasaskan warisan turun-temurun
3. Masyarakat bumiputera Sarawak mempunyai tuai rumah – bertanggungjawab menjaga
keselamatan dan keamanan
4. Tuai rumah selesaikan masalah perkahwinan, perceraian, peraturan dan perayaan.
5. Dua upacara ditentukan oleh tuai rumah :
i. tarikh Hari Gawai (pesta menuai)
ii. tarikh perayaan „Beranyi‟.
6. Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yg dipanggil tajau.
7. Tajau diwarisi turun-temurun, bernilai, dianggap suci dan dihormati.
8. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.
9. Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang-gelang timah
atau tembaga hingga cuping telinga menjadi lanjut.
10. Menindik telinga gambarkan kecantikan.
11. Jenis anting-anting yang digunakan akan menggambarkan status yang berbeza.
12. Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah – amalan melukis tatu pada badan.
13. Orang Melayu Sarawak amalkan peraturan adat resam berasaskan agama Islam.
14. Orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu masih tinggal di rumah panjang.
15. Rumah panjang spt sebuah perkampungan.
16. Tuai rumah menjaga keamanan anak buah.
c) Kebudayaan.
1. Orang Melanau merayakan perayaan Kaul.
2. Ciri-ciri perayaan Kaul :
i. Menjamu ipok yang mengawal laut.
ii. Tujuan perayaan untuk memperoleh hasil tangkapan yang memuaskan, selamat ketika di laut
dan mengelakkan penyakit.
iii. serahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan dimasukkan bertih, telur
ayam, pulut kuning, kirai (rokok daun) dan sirih.
iv. Serahang inilah yang disediakan untuk menjamu ipok.
3. Orang Iban merayakan perayaan Gawai (Pesta Menuai). :
i. Jenis Hari Gawai – Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang dan Gawai Antu
ii. Tarian Ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi.
4. Di kalangan orang Melayu Sarawak, seni tradisi mereka dinamakan bergendang. :
i. hanya kaum lelaki yang menari.
ii. Kaum perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun.
iii. meliputi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian.
d) Agama dan kepercayaan.
1. Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya – amalkan kepercayaan animisme.
2. Orang Melanau yang bukan beragama Islam percaya makhluk ghaib yang dipanggil ipok.
3 Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad :
i. amalkan hidup berpindah – randah, apabila berlakunya kematian.
ii. Dilarang menetap kekal di suatu tempat.
iii. Dilarang menebang pokok besar dan melapangkan kawasan hutan.
4 Kepercayaan orang Iban :
i. apabila membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yg ingin didirikan rumah
perlu disemah terlebih dahulu.
ii. percaya kepada petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.
iii. Bunyi burung – dikatakan petanda mereka tidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu.
(5) Kegiatan ekonomi
a) Sara diri.
1. Menyara hidup dengan :
i. menanam padi huma atau padi bukit
ii. jadi nelayan,
iii. pungut hasil hutan
iv. berniaga kecil-kecilan.
2. Orang Iban, Murut, Kenyah dan Kayan di kawasan pedalaman menanam padi, berburu dan
memungut hasil hutan
3. Orang Penan di hulu Sungai Baram dan Sungai Rajang – berburu binatang dengan
menggunakan sumpitan.
4. Pekerjaaan orang Melayu :
i. menanam padi sawah dan kelapa
ii. peniaga kecil-kecilan
iii. orang tengah dalam perniagaan.
5. Kegiatan ekonomi orang Melanau :
i. menanam padi sawah
ii. menjadi nelayan.
6. Kegiatan ekonomi orang Bidayuh :
i. menanam padi huma
ii. jadi peladang.
7. Kegiatan ekonomi orang Kelabit :
i. menanam padi sawah
ii. berburu
iii. pungut hasil hutan.
8. Penduduk di pedalaman -pungut hasil hutan
b) Pertanian
1. Padi huma ditanam di tempat tinggal etnik Iban, Bidayuh dan orang Ulu.
2. Padi sawah ditanam oleh orang Kelabit. Terkenal dengan beras jenis bario.
3. Sagu diusahakan oleh orang Melanau, :
i. sagu ini tumbuh di kawasan berpaya
ii. Selepas 10 tahun sagu boleh ditebang
iii. Ripo (isi dalam sagu) dikeluarkan, dijemur hingga kering
iv. diproses sebelum dijadikan tepung sagu yang dikenali sebagai lemantak.
4. Sarawak terkenal sebagai pengeksport sagu.
5. Lada hitam oleh Kedayan dan Murut
6. Sarawak pengeksport lada hitam.
c) Perlombongan
1. Antimoni dan emas bahan galian terpenting
2. Awalnya ditadbir oleh Datu Patinggi Ali.
3. Kaum Bidayuh – kaum aktif dalam kedua-dua perlombongan
4. Orang Cina di Bau, Paku dan Bidi menjalankan kegiatan melombong emas.
d) Perdagangan
1. Kesultanan Melayu Melaka pernah menjalin hubungan perdagangan dengan Sarawak.
2. Barangan Sarawak – lada hitam, halia, kapur barus, sarang burung, emas, permata, ikan
3. Sarawak dikunjungi pedagang Cina utk dapatkan lada hitam, kapur barus, emas, kayu
cendana, sumbu badak, telur penyu.
4. Pedagang Cina menjual barangan besi, kaca dan pinggan mangkuk di Santubong.
5. Pedagang Cina, Arab, India dan Kepulauan Melayu membawa barangan tembikar,
sutera, barang logam, kain, barang perhiasan
LATAR BELAKANG PENDUDUK DI SABAH & SARAWAK
PENDAHULUAN
Sejarah negeri Sabah dan negeri Sarawak hingga ke tahun 1963 boleh dibahagikan kepada empat era,
iaitu Sejarah Zaman Kesultanan Brunei dan Sulu Tradisonal hingga tahun 1840; Sejarah Zaman
Penjajahan Kuasa Asing (Inggeris dan Jepun) hingga tahun 1945; Sejarah Zaman Nasionalisme dan
kemerdekaan daripada tahun 1946 hingga 1963, dan; Sejarah Zaman Selepas Merdeka (Dalam
Malaysia) hingga kini. Kursus ini meliputi bahagian zaman awal hingga zaman kemerdekaan sahaja.
Dalam meneliti perkembangan sejarah negeri Sabah dan Sarawak, susur galur sejarah Kesultanan
Brunei Darussalam harus dirujuk kerana kedua-dua negeri tersebut merupakan sebahagian wilayah de
facto Kesultanan Brunei sebelum kurun masehi Kesembilan belas. Sabah juga pernah menerima kuasa
de facto daripada Kesultanan Sulu. Kejatuhan kerajaan Empayar Melayu Brunei, dan Sulu adalah
implikasi daripada dasar perluasan kuasa penjajah Barat. Sejarah zaman penjajahan kuasa Barat
bermula dalam masa yang berbeza di kedua-dua wilayah ini, iaitu pada tahun 1841 di Sarawak, dan
tahun 1878 di North Borneo (Sabah). Dalam Meneliti sejarah kedua-dua wilayah tersebut, sejarah
Kesultanan Brunei Darussalam wajib dirujuk terlebih dahulu sebagai asas kepada perkembangan
sejarah yang berlaku seterusnya di kedua-dua wilayah politik yang kini dikenali juga sebagai Malaysia
Timur. Hal ini diakui oleh sarjana Barat, seperti mana kata L.W. Jones (1966), bahawa;
Here [sic. merujuk kepada Brunei] lies the key to the island's early history. The whole island was
subject to the dominion of the Sultanate of Brunei. Dalam pada itu, Jones juga menyokong fakta
bahawa 'Borneo' and 'Brunei' are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago
Brunei was referred to as 'Borneo Proper'.
Namun, tinjauan secara khusus terhadap sejarah Kesultanan Brunei Darussalam hanya dilakukan
sekadar sepintas lalu sahaja. Seterusnya, penelitian diberikan terhadap sejarah dasar pemerintahan
kuasa-kuasa penjajah Barat, termasuk sejarah perang dan pemerintahan Jepun semasa Perang Dunia
Kedua secara terperinci, termasuk meninjau implikasi pendudukan Jepun ke atas penduduk di rantau
ini. Perkembangan sejarah selanjutnya memfokus kepada perkembangan semangat nasionalisme di
kalangan penduduk, khususnya cabaran yang mereka hadapi dalam memperjuangkan gagasan Malaysia
sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Malaysia Timur terletak di bahagian utara pulau Borneo, iaitu merupakan pulau yang ketiga terbesar di
dunia selepas New Guinea dan Greenland. BORNEO, atau panggilan aslinya, Pulo Kalamantan atau
Kalimantan, dengan keluasan 740,000 kilometer persegi. Pengklasifikasian 'Borneo' untuk pulau
tersebut adalah timbul daripada salah faham penulis-penulis Barat untuk perkataan asalnya, iaitu
Burni. Sebelum kedatangan orang Barat ke rantau ini, Burni atau Borneo telah pun dikenali oleh orang
China berdasarkan rekod awal dinasti-dinasti yang memerintah negara mereka. Ramai di kalangan
sarjana percaya bahawa istilah Burni pada asalnya merupakan satu rujukan kepada sebuah kerajaan
dan bandar yang terletak di sebelah pantai barat-laut pulau Borneo, iaitu merujuk kepada negara
Brunei Darussalam pada hari ini. Istilah ini memang agak popular di kalangan penduduk Tanah Melayu
ketika penjajahan orang Portugis berlaku dalam tahun masehi 1511. Dalam hal ini Hugh Low (1988)
sendiri mempercayai satu hakikat ketika itu, berkata …it being rarely the custom of the natives
[peribumi Tanah Melayu] to apply a distinguishing name to the whole as, and collectively, but to
designate each part by the name of the most powerful kingdom situated in it. Misalnya istilah Tanah
Melayu ada kaitannya dengan keagungan kerajaan Melayu-Jambi di Sumatra suatu ketika dahulu kala.
Justeru itu, Tanah Burni atau the land of Burni lahir sebagai nama kerajaan yang terkuat di pulau
Borneo dalam di antara kurun masehi Kelima belas dan Keenam belas. Di samping itu, satu persamaan di
sini boleh kaitkan dengan istilah Tanah Banjarmasin yang digunakan oleh Jawa untuk wilayah kerajaan
Banjarmasin di bahagian selatan pulau Borneo. Pendek kata, menurut kenyataan Hunt pada tahun 1812
bahawa Pulo Kalimantan [atau Burni] merupakan nama sebuah ibu kota bagi tiga buah kerajaan (Brunei,
Sambas dan Kutai) yang berasingan di pulau Borneo ketika itu.
Borneo dibahagikan kepada tiga wilayah politik antarabangsa. Dua daripadanya adalah bekas tanah
kolonial dan satu lagi berstatus protectorate (naungan). Wilayah terbesar dengan keluasan 340,000
kilometer persegi yang meliputi sebahagian besar kawasan di timur, selatan dan barat pulau Borneo
merupakan wilayah Kalimantan. Wilayah ini merupakan bekas jajahan Belanda dan memperolehi
kemerdekaannya pada tahun 1949 dalam Republik Indonesia. Ia dibahagikan kepada empat kawasan
pentadbiran utama; Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur.
Lebih kurang satu pertiga keluasan pulau Borneo di bahagian barat-laut dan utara meliputi wilayah
Sarawak, Brunei dan Sabah. Wilayah Brunei yang terletak di antara Sabah dan Sarawak terpecah
kepada dua wilayah oleh Bahagian Limbang, Sarawak.
Wilayah Politik yang kedua besar dengan keluasan 200,000 kilometer persegi disebut sebagai Malaysia
Timur yang merujuk kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak. Kedua-dua negeri ini pada mulanya
menjadi negeri naungan British sejak tahun 1888. Dalam tahun 1946 kedua negeri ini diletak dibawah
pentadbiran Kerajaan Kolonial British. Dalam tahun 1957, kedua-duanya memperolehi kemerdekaan
bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Dalam tahun 1963 negeri Sabah dan
Sarawak menyertai gabungan negeri-negeri Melayu yang lain kecuali Brunei dan Sngapura untuk
penubuhan Persekutuan Malaysia.
Wilayah politik yang ketiga dengan keluasan 5,765 kilometer persegi di sebelah barat-laut Borneo
ialah negara Kesultanan Brunei Darussalam. Brunei juga merupakan bekas wilayah naungan British
sejak tahun 1888 bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak. Brunei mencapai kemerdekaannya pada 1
Janurari 1984.
Negeri Sabah, negeri Sarawak dan negara Brunei dikelilingi oleh tiga perairan laut yang menyimpan
banyak sejarah ketamadunan manusia di masa lampau, iaitu Laut China Selatan di sebelah barat, Laut
Sulu di sebelah utara, dan Laut Sulawesi di sebelah timur. Terutamanya, ketiga-tiga laut tersebut
merupakan kemudahan perhubungan semulajadi bagi sebarang kegiatan penting dan migrasi manusia
dari Tanah Besar Asia, Malaya dan kepulauan Indonesia. Orang Cina telah mula bertapak di negara dan
negeri-negeri Borneo seawal kurun masehi Keempat belas lagi. Namun migrasi orang Cina dari Tanah
Besar Asia secara besar-besar hanya berlaku seawal tahun 1820an, khususnya tertumpu ke sekitar
Sibu dan Sandakan. Migrasi orang Melayu dari Malaya, Jawa dan Sumatra ke Borneo Utara, khususnya
ke Sarawak dan Brunei mula berlaku seawal kurun masehi Ketiga belas lagi melalui Laut China Selatan.
Sementara Laut Sulu memberi laluan kepada kemasukan unsur-unsur dari Filipina, khusus ke Sabah. Di
samping itu, Laut Sulawesi di sebelah timur dan Laut Jawa di sebelah selatan juga penting kepada
penduduk Borneo amnya dari segi ekonomi perniagaan dengan saudagar-saudagar dari Pulau Jawa, dan
Sumatra.
SABAH terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42' ke utara dan garis
bujur di antara 1150 20' hingga 1190 15' ke timur. Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di
Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah
Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya. Negeri Sabah
dalam zaman penjajahan dikenali sebagai North Borneo [Borneo Utara].
Pada asalnya, nama 'Sabah' itu merupakan nama asli penduduk peribumi di Sabah bagi bahagian
tertentu di pantai barat laut, khususnya yang telah digunakan secara rasmi pada tahun 1877 sempena
penganugerahan gelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von Overbeck (salah seorang
pengarah syarikat British North Borneo Company) oleh Sultan Brunei, Abdul Momin (1852-85).
Kawasan 'Sabah' ketika itu adalah merujuk kepada semua wilayah, sungai, daratan dan daerah yang
terletak di dalam kawasan antara Teluk Kimanis di pantai barat laut Borneo dengan Sungai Sibuko di
pantai timur. Di antara 21 Jun 1877 dan 22 Januari 1878, kawasan-kawasan tersebut telah disewakan
kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara oleh Sultan Abdul Momin Brunei, Pengiran Temenggung
Sahibul Bahar Brunei, dan Sultan Jamal Al-Alam Sulu. Istilah 'Sabah' ini secara beransur-ansur
digunakan untuk merujuk kepada wilayah Borneo Utara tetapi istilah ini mula digunakan secara rasmi
sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui kemasukannya dalam Persekutuan Malaysia.
Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagan pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat
dan Pedalaman.Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran, iaitu
sejumlah 23 buah daerah keseluruhannya diu Sabah. Kinabatangan merupakan daerah yang terbesar
dengan keluasan 17,594 kilometer persegi. Manakala Kota Kinabalu adalah daerah yang terkecil sekali
dengan keluasan 350 kilometer persegi.
SARAWAK terletak di bahagian sebelah barat-laut Borneo, yakni pulau ketiga terbesar di dunia
selepas Greenland dan New Guinea. Sarawak berada pada kedudukan kira-kira di antara 00 50' hingga
50 0' ke utara garisan lintang dan di antara 1090 5' hingga 1150 50' pada garisan bujur. Ia
bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan, sementara di sebelah barat dan utara
adalah disempadani oleh Laut China Selatan, negara Brunei dan negeri Sabah. Sarawak merupakan
negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 123,985 kilometer persegi. Ibu negeri
Sarawak ialah Kuching, Selain daripada bandaraya Kuching, terdapat beberapa bandar penting yang
lain seperti Sibu, Miri dan Bintulu.
IKLIM
Musim panas di Sabah dan Sarawak adalah di antara bulan March dan Oktober. Ketibaan musim Landas
(lembap) boleh diteka ketika angin laut bertiup dengan kencang
BENTUK MUKA BUMI
Sarawak mempunyai pantai lautnya sepanjang kira-kira 500 batu. Pada kesuruhannya, bentuk muka
bumi negeri Sarawak adalah bergunung-ganang yang curam. Gunung yang paling tinggi dalam negeri
Sarawak adalah Gunung Murud yang setinggi kira-kira 7,950 kaki dan diikuti oleh Gunung Mulu yang
setinggi kira-kira 7,798 kaki.
Kira-kira tiga perempat keluasan wilayah Sarawak masih dilitupi hutan sekunder dan primer yang masih
belum diduduk secara tetap oleh penduduknya. Namun begitu, terdapat sekumpulan kecil suku etnik
Penan yang masih mengamalkan cara hidup tradisi mereka di kawasan-kawasan hutan ini.
SALIRAN
Sarawak juga mempunyai sungai yang banyak. Sungai yang terpanjang ialah Batang Ayer Rejang atau
kini dikenali sebagai Sungai Rajang, iaitu sepanjang kira-kira 350 batu mengalir ke arar barat-laut
Sarawak, di mana terletaknya bandar Sibu.
Sabah - Sungai Kinabatangan dengan panjang 347 batu dari pucak Banjaran mengalir ke arah timur
Daerah Sandakan ke Laut Sulu.
PERHUBUNGAN
Sehingga ke hari ini sistem perhubungan di Sarawak masih terhad, terutamanya oleh kerana masalah
keadaan bentuk muka bumi yang rumit menjadi punca utama kelambatan usaha pembangunan sistem
perhubungan dilakukan di negeri tersebut. Kini bandar-bandar utama di di antara Kuching hingga ke
Limbang telahpun dihubungi oleh sebuah jalanraya separa-bertar. Perhubungan bandar-bandar dengan
kawasan pinggir dan pedalaman masih lagi dihubungi dengan jalan-jalan kecil dan bot-bot laju serta
perahu bermotor.
MASYARAKAT PENDUDUK: PERMASALAHAN ASAL-USUL
Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan kumpulan-kumpulan
etnik di Borneo. Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk
tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari ini.
Tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk peribumi asli yang
mula sekali menghuni pulau Borneo amnya. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah
melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan
awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat laun kemudian
penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawa
kumpulan yang terawal tersebar ke pedalaman adalah berlaku akibat daripada desakan daripada
kemunculan kumpulan pendatang baru sejak lebih kurang pada ke-15. Justeru itu, wujud tanggapan
bahawa ciri-ciri kemasyarakatan primitif yang masih wujud di kawasan pedalaman Borneo adalah
ekoran daripada ketiadaan hubungan mereka dengan orang luar. Sungguhpun demikian, hakikat keadaan
taburan penduduk di Borneo pada hari ini menafikan tanggapan seumpama. Misalnya, proses migrasi
yang telah berlaku sejak beberapa zaman yang lampau telah menjadikan negeri Sabah sebuah
masyarakat yang berbilang keturunan, budaya, adat dan kepercayaan.
Dalam bukunya bertajuk Borneo People, Malcolm MacDonald (1985) telah mengutarakan satu rumusan
yang jelas sekali mengenai penduduk peribumi asli Borneo dalam beberapa dekad yang lalu, khususnya
yang telah ditemuinya di wilayah Sarawak, bahawa;
…natives in the deep jungle are 'uncivilized' pagans. They associate together in primitive tribal
organization and are divided among distinct ethnological groups called Punans, Penans, Kayans,
Kenyahs, Ibans, Land Dayaks, Muruts, and various others. They are the real 'wild men of Borneo'.
Kenyataan tersebut telah menjadi asas pemikiran kepada pengkaji-pengkaji asing, khususnya para
sarjana Barat dalam usaha mereka membina semula sejarah masyarakat peribumi asli di wiliayah negeri
Sabah dan wilayah negeri Sarawak, malah hingga akhir ini pun. Pandangan yang seumpama seharusnya
dikemaskinikan di kalangan para sarjana luar dan juga tempatan, memandangkan kemajuan hidup yang
telah dicapai oleh masyarakat penduduk peribumi di kawasan-kawasan pedalaman Borneo amnya jelas
sekali tidak tepat dengan penggunaan istilah "tribe" atau 'tribal" dalam penulisan-penulisan ilmiah kini
dan di masa hadapan.
Manakala bagi wilayah Sabah, menurut andaian setakat ini menyebut bahawa masyarakat manusia di
Sabah pada awalnya adalah terdiri daripada beberapa suku etnik peribumi asli yang kemudiannya telah
berubah menjadi sebuah masyarakat majmuk terutamanya ekoran daripada proses migrasi yang mula
berlaku seawal-awalnya pada kurun masihi yang ke-10 lagi daripada Tanah Besar China, India,
Kepulauan Philipina dan Sulu, Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain. Mengikut bancian
rasmi tahun 1980, penduduk negeri Sabah berjumlah kira-kira 1,002,698 orang. Masyarakat negeri ini
terdiri 29 kumpulan suku etnik yang dikelaskan sebagai Bumiputra, 12 kumpulan etnik bukan Bumiputra;
termasuk 6 kumpulan suku etnik Cina dan selebihnya adalah berketurunan Pakistan, India, Eropah, dan
lain-lain. Pada amnya kumpulan-kumpulan etnik dan suku etnik tersebut biasanya digolongkan ke dalam
tiga kumpulan etnik utama, iaitu Bumiputra Melayu-Islam, Bumiputra bukan Melayu, dan Cina.
Tegasnya, sehingga kini masih tidak ada bukti secara nyata tentang kewujudan satu etnik asli di
Sabah.
Penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat
Berpiagam Borneo Utara terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayaan,
Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Dusun dan Murut merupakan dua kumpulan kaum
yang terbesar bilangannya. Mereka mewaikili lebih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah
dalam kurun masehi ke-19. Pada keseluruhannya penduduk peribumi merangkumi lebih kurang 80
peratus daripada penduduk Borneo Utara ketika itu. Namun peratusan ini mula merosot sekitar akhir
kurun masehi ke-19, khususnya setelah kemasukan kaum pendatang seperti Cina sejak tahun 1887.
Pihak penjajah terus menerus mengambil pekerja-pekerja upahan dari luar mengakibatkan berlakunya
kemasukan beramai-ramai tanpa sekatan kemudian, terutamanya daripada Kalimantan dan Filipina.
Pedatang-pedatang ini dikehendaki dalam sektor perladangan tembakau sekitar tahun 1900 dan 1910
dan getah sekitar tahun 1910 dan 1940. Dalam tempoh tersebut, keluasan tanaman tembakau ialah
kira-kira 15,000 ekar, dan sementara getah pula kira-kira 128,680 ekar.
Perkembangan penduduk dan pengakutan dari ladang-ladang dan perlombongan telah meningkatkan
proses perbandaran. Terdapat 5 pusat bandar uyang berkembang dengan pesat dan menjadi tumpuan
perdagangan dan pentadbiran ketika itu, iaiti Jesselton (Kota Kinabalu), Tawau, Kudat, Lahad Datu dan
Sandakan. Kegiatan perlombongan oleh pedatang Cina berlaku sejak penemuan emas di Sungai Segama
pada tahun 1880. Di samping itu pekan Tawau dan Sandakan merupakan tempat pengeluaran arang batu
dari tahun 1890 hingga tahun 1905.
Taburan Penduduk Sabah Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999
Penduduk Sabah pada hari ini dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.7 juta orang (1991). Terdapat
lebih kurang 34 kumpulan suku kaum di Sabah. Pada amnya struktur masyarakat Sabah dapat
dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu Bumiputra Melayu-Islam, Bumiputra bukan Islam, dan
Bukan Bumiputra.
Bumiputra Melayu-Islam merangkumi kaum Melayu, Brunei, Brunei, Suluk, Bugis, Bisaya, Bajau, Idahan,
Banjar, Tidong, Orang Sungei, Illanun, Kadayan dan Cocos. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku
kaum Kadazan-Dusun, Murut, Kwijau, Lotud, Rungus, Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Minokok,
Rumanau, Mangka'ak, dan termasuk Sino-Filipina. Bukan Bumiputra merangkumi kaum Cina, India, dan
lain-lain.
Permasalahan timbul apabila munculnya kenyataan Rutter (1929: 20) mengatakan bahawa semua
penduduk pribumi di Sabah berasal daripada tempat lain oleh kerana tiada bukti yang nyata tentang
kewujudan satu kaum asli di Sabah.
Jumlah [929 ribu, 1980)] tahun 1991 adalah lebih 1.7 juta (900 ribu lelaki / 825 ribu perempuan)
Taburan - 22.33 % dalam luas kawasan seluruh Sabah 73, 620 km. persegi
Kepadatan - 25 orang km. persegi (1991) berbanding 14 orang km. persgi (1980)
Terdapat 23 daerah - Daerah paling ramai - Tawau (244 ribu orang), Sandakan (222 ribu orang) dan
KK (209 ribu orang)
Daerah paling kurang - Kuala Penyu (14 ribu orang)
Bilangan kaum etnik - lebih 34 kumpulan pribumi + lain-lain.
Bumiputera (937 ribu)
Cina (200 ribu)
Indonesia (139 ribu)
Lain-lain (32 ribu)
Bukan warganegara (425 ribu)
Dusun (216 ribu), Kadazan (104 ribu), Bajau (203 ribu), Melayu (106 ribu) Murut (50 ribu), Irranun (40
ribu) lain-lain Bumiputera (255 ribu)
Taburan Penduduk Sarawak Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999
Penduduk Sarawak dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.6 juta orang (1991). Terdapat lebih kurang
29 kumpulan suku kaum. Struktur masyarakat Sarawak juga lebih kurang sama dengan struktur
masyarakat Sabah. Bumiputra Melayu-Islam merangkumi kaum Melayu, Kedayan dan segelintir orang
Melanau dan Bisaya. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku kaum Bukitan, Bisaya, Dusun, Lun
Bawang, Iban, Bidayuh, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong-Kanowit, Lugau,
Lisun, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Lekit. Manakala Bukan Bumiputra merangkumi kaum Cina,
India, dan lain-lain.
Jumlah [1.2 juta, 1980)] tahun 1991 adalah lebih 1.6 juta (840 ribu lelaki / 802 ribu perempuan)
Taburan
Terdapat 28 daerah - Daerah paling ramai - Kuching (369 ribu orang), Sibu (170 ribu orang) dan Miri
(161 ribu orang)
Daerah paling kurang - Matu (9 ribu orang)
Kepadatan - 14 orang km. persegi (1991) berbanding 11 orang km. persegi (1980)
Bilangan kaum etnik - lebih kurang 28 kumpulan
1991 - Iban (29.6%), Cina (28.9%) Melayu (20.7%), Bidayuh (8.4%), Melanau (5.8 %) dan lain-lain
(6.6%)
Secara umumnya, mmasyarakat di Sabah dan Sarawak memiliki banyak persamaan dari segi konseptual
dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Sebelum kewujudan pusat-pusat petempatan di kawasan-
kawasan bandar utama, tidak wujud hubungan yang baik di antara penduduk-penduduk di Sabah dan
Sarawak. Mereka biasanya berkelompok-kelompok mengikut kumpulan kaum masing-masing. Ini dapat
dilihat berdasarkan corak petempatan mereka yang berasingan. Keadaan ini telah diwarisi turun
temurun, terutamanya di kalangan masyarakat pedalaman. Dengan merujuk kepada nama-nama
(klasifikasi) kaum (etnik) mereka sudah jelas menggambarkan keadaan ini. Biasanya sesuatu kaum itu
mendapat klasifikasi etnik mereka berdasarkan nama tempat atau sungai yang mereka duduki.
Misalnya, sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Dusun-Kadazan adalah masyarakat pagan.
Sungguhpun ramai yang telah memeluk agama Islam dan Kristen, tetapi masih ada segelintir yang
berada di pedalaman yang belum beragama hingga ke hari ini. Mereka masih mengamal sistem
kepercayaan animisme.
Kelambatan proses pembangunan di Sabah dan Sarawak amnya juga mengakibatkan dasar integrasi
nasional gagal mencapai matlamatnya di kawasan pedalaman berbanding dengan penduduk di kawasan
pantai. Tambahan kewujudan perbezaan yang ketara dari segi bahasa, adat dan kepercayaan juga
menyukarkan usaha untuk mengadakan satu hubungan yang harmoni di kalangan masyarakat ini. Namun
begitu, dewasa ini masyarakat di Sabah dan Sarawak banyak mengalami perubahan dan pembangunan
dalam aspek sosio-ekonomi. Lebih ramai anak-anak penduduk dari pedalaman yang berjaya mendapat
pendidikan tinggi ataupun sekurang-kurangnya berjaya ke peringkat sekolah menengah.
PERMASALAHAN KEADAAN MASYARAKAT TRADISIONAL
Pada awalnya kedua-dua negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku kaum pribumi, tetapi
kerana perkembangan dunia perdagangan yang pesat berlaku sejak kurun ke-15 lagi di rantau Asia
Tenggara, maka ini telah menggalakkan proses migrasi penduduk dari luar ke Borneo, seperti orang
India, Cina, Bugis, Jawa, Melayu, dan Filipina. Proses migrasi yang telahpun sejak awal lagi itu telah
membentuk masyarakat yang berbilang keturunan dan agama di Sabah dan Sarawak, dan proses
migrasi dari luar ke Borneo bertambah pesat akibat daripada dasar penjajahan-ekonomi orang
Inggeris dalam kurun ke-19.
Sabah dan Sarawak merupakan wilayah-wilayah de facto Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu
sebelum penjajahan Inggeris dalam kurun ke-19. Oleh kerana itu, apabila hendak membicarakan
tentang sejarah masyarakat awal di kedua-dua negeri tersebut, para sarjana cenderung merujuk
kepada Brunei untuk melihat atau menggambarkan keadaan dan ciri-ciri masyarakat di Sabah dan
Sarawak. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan rekod-rekod sejarah awal di kedua-dua negeri
tersebut. Namun begitu, para sarjana telah lupa akan kewujudan dan peranan tradisi lisan di kalangan
masyarakat pribumi. Masih ramai sarjana moden dari Barat enggan menerima sumber lisan penduduk
pribumi sebagai sumber sejarah kerana dipercayai fakta-faktanya tidak sahih. Memang benar
pegangan ini, namun sumber lisan itu memiliki nilai sejarah yang tinggi jika usaha mentafsirnya secara
rasional dilakukan dengan baik. Kerap kali unsur metos dan legenda diadunkan dalam cerita asal
menyebabkan fikiran logik manusia enggan menerima dan mempercayainya. Tetapi fikiran yang rasional
sentiasa menimbulkan persoalan untuk memberi pertimbangan terhadap kewujudan unsur-usur fantasia
dalam tradisi lisan penduduk pribumi. Pendek kata, bahawa sumber lisan itu adalah merupakan 'tulisan
atau sumber maklumat' sejarah masyarakat primitif dahulu kala, dan hari ini menjadi khazanah yang
amat bernilai namun mengalami proses kepupusannya dalam arus teknologi hari ini.
Keadaan masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman penjajahan Inggeris tidaklah dapat
digambarkan melalui kacamata masyarakat Brunei. Masyarakat Brunei adalah didominasi oleh kaum
Melayu, sama ada dari Jawa, Sumatra, Sulawesi, Tanah Melayu dan Johor-Riau/Lingga. Walhal, boleh
dikatakan masyarakat Melayu di Sabah dan Sarawak adalah cuma kumpulan minoriti saja. Hinggi ke
hari ini, masyarakat Melayu yang sebenar sukar dikenali dan bilangannya cuma kecil di Sabah dan
Sarawak. Namun proses Islamisasi yang terus pesat berlaku di Sabah dan Sarawak telah mewujudkan
masyarakat Melayu-Islam yang besar bilangannya. Ini adalah kerana kecenderungan pemeluk-pemmeluk
yang baru untuk meninggalkan identiti asal mereka, ataupun tindakan ini biasanya disebut 'masuk
Melayu', iaitu pada mulanya hanya diertikan sebagai 'masuk Islam', tetapi beransur-ansur berubah
menjadi 'orang Melayu' setelah mengamal cara hidup orang Melayu, serta meninggalkan cara hidup
yang asalnya.
Masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman keagungan Kesultanan Brunei pada kurum masehi ke-16
digambarkan sebagai masyarakat 'pagan' oleh para pentadbir dan juga para sarjana. Keadaan ini
dirujuk kepada kerajaan Brunei [Tua] yang ketika itu mula popular sebagai sebuah pelabuhan
perdagangan yang aktif di rantau Asia Tenggara. Wujudnya hubungan perdagangan dan diplomatik
dengan kuasa-kuasa besar dirantau ini terutamanya negara China, Melaka dan Majapahit telah
menyumbang kemakmuran kepada kerajaan Brunei. Dengan adanya hubungan baik ini juga memberi
jaminan keselamatan kepada Brunei untuk memperluaskan kuasa politiknya ke atas Borneo dan Filipina.
Menjelang akhir kurun Masehi ke-15, kuasa empayar Majapahit dan Melaka telah lemah, sementara
negara China pula sibuk dengan urusan masalah dinastinya [masalah dalam negara] hingga tidak
menghiraukan lagi hubungannya dengan negeri-negeri di luar. Terutamannya semasa zaman
pemerintahan Sultan yang kelima, Sultan Bolkiah (1485-1524), Brunei dikisahkan berjaya
memperluaskan kuasa politiknya ke atas seluruh Pulau Borneo hingga ke bahagian selatan Kepulauan
Filipina. Sungguhpun begitu, masih tidak dapat diketahui dengan jelas tentang keadaan [ciri-ciri] dan
kedudukan sebenar masyarakat Sabah dan Sarawak ketika itu. Rekod-rekod bertulis awal yang ditemui
setakat ini cuma membicarakan tentang masyarakat di Brunei.
Di Sabah, terdapat maklumat tentang kedatangan orang Cina ke Sungai Kinabatangan atau dikisahkan
dalam sumber lisan sebagai 'China Batangan'. Kononnya seorang pembesar dihantar oleh Maharaja
Yung Lo untuk meninjau gunung [kini sebagai Kinabalu] yang terkenal di kalangan saudagar-saudagar
Arab yang membawa bekalan Kapur Barus berkualiti tinggi untuk diniagakan di China. Manakala
menurut sumber lisan mengisahkan bagaimana seorang pembesar China membina petempatannya di
'China Batangan' dan kemudian anak perempuannya telah dikahwinkan dengan Sultan Brunei yang
kedua, Sultan Ahmad [nama asalnya menurut sumber lisan ialah Pateh Berbai].
Manakala di Sarawak, rekod-rekod awal dinasti China ada mengisahkan tentang kerajaan Melanau di
muara Sungai Rejang. Manakala bukti-bukti daripada usaha galicari arkeologi di Santubong [dalam
kawasan Bahagian Kuching], dapat menggambarkan kewujudan petempatan masyarakat Buddha-Hindu.
Namun tidak dapat dijelaskan setakat ini tentang asal usul penduduk Santubong pada masa itu. Dalam
rekod awal negara China menyebut tentang kewujudan sebuah kerajaan Po-ni pada kurun masehi ke-9
yang menganut kepercayaan Buddha. Ada pendapat merujuk kerajaan tersebut kepada kerajaan Brunei
Tua yang berpusat di tapak Kota Batu. Dan ada juga pendapat yang merujuknya kepada Santubong.
Berdasarkan bukti-bukti galicari arkeologi menunjukkan Santubong merupakan petempatan awal yang
lebih pesat berbanding dengan Kota Batu. Namun penemuan bukti-bukti arkeologi di tapak Kota Batu
menunjukkan suatu era kemakmuran di antara kurun masehi ke-15 dan ke-16. Ini menjelaskan bahawa
Santubong merupakan suatu pusat petempatan di pantai barat Borneo sebelum kerajaan Brunei [tapak
Kota Batu] mengambil alih peranan tersebut bermula pada kurun masehi ke-15.
Sehingga ke hari ini tidak terdapat sumber-sumber sejarah yang dapat dirujukkan tentang asal-usul
masyarakat kaum pribumi asli di Sarawak. Kebanyakan kumpulan masyarakat pribumi di Sarawak
merujuk asal-usul mereka dari bahagian selatan Borneo [Kalimantan]. Misalnya, kaum Iban dan Bidayuh
dikatakan datang daripada lembah Sungai Kapuas. Manakala kaum Kayan dan Kenyah pula berasal dari
Lembah Sungai Batang Kayan. Daripada hasil penyelidikan yang lepas menunjukkan proses migrasi
masyarakat daripada bahagian Kalimantan ke bahagian Sarawak berlaku seawal-awalnya selepas kurun
masehi ke-18. Pandangan-pandangan yang dikemukakan sebagai punca migrasi tersebut adalah
tertumpu kepada faktor mobilisasi perekonomian, yakni mencari kawasan pertanian yang subur.
Sebenarnya banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan migrasi tersebut, dan bukannya semata-
mata kerana keperluan ekonomi. Misalnya, faktor persaingan sosial, faktor peperangan, dan faktor
budaya 'merantau'. Seperti juga dengan orang Cina dan India dahulu, mereka datang ke Asia Tenggara
untuk mencari kekayaan dengan harapan membawa balik segala perolehan mereka ke negara asal.
Tetapi apa yang berlaku kemudian ialah mereka tidak balik ke tanahair tetapi terus menetap di luar
negeri. Situasi yang serupa juga berlaku di kalangan penduduk pribumi Borneo. Orang Iban pada
mulanya migrasi ke Bahagian Kedua, namun semasa zaman pemerintahan Regim Brooke mereka mula
tersebar luas di seluruh negeri Sarawak hingga ke negeri Sabah.
Menurut tradisi lisan masyarakat Brunei menyebut bahawa terdapat lima buah negeri di bawah takluk
kerajaan Brunei, iaitu Kalaka, Mukah, Saribas, Samarahan, dan Sarawak [kini kawasan Kuching].
Sebenarnya sehingga kini tidak terdapat fakta sejarah yang dapat menunjukkan tarikh yang tepat bila
wujudnya keberkesannya pemerintahan Brunei di kelima-lima negeri tersebut. Ahli-ahli sejarah
percaya bahawa peristiwa penaklukan kelima-lima negeri tersebut berlaku sekitar di antara
pertengahan kurun masehi ke-14 dan awal kurun masehi ke-15.
Sering kali pertembungan persepsi dan pandangan di kalangan para sarjana berlaku bila hendak
menghuraikan ciri-ciri masyarakat di pulau Borneo amnya. Pada dasarnya satu kesimpulan umum boleh
diberikan bahawa daripada berbagai kumpulan etnik di Borneo itu, walau pun wujud unsur-unsur
persamaan sosial dan ekonomi yang ketara tetapi juga tidak dapat dinafikan akan terbentuknya variasi
ciri-ciri di antara kumpulan-kumpulan etnik tersebut. Variasi ciri-ciri tersebut terbentuk daripada
sejarah dan pengalaman, pengaruh persekitaran, peranan ekonomi dan politik, kesan proses migrasi dan
mobiliti fizikal, dan kesan kontaks antara etnik.
CIRI-CIRI MASYARAKAT TRADISIONAL DI SABAH DAN SARAWAK
Setiap masyarakat semestinya mempunyai sistem masyarakat tradisional. Apa yang kita lihat pada hari
ini kebanyakkan sistem masyarakat telah mengalami banyak pembahan. Ini merupakan satu kemajuan
dan ketamadunan yang dicapai ekoran dan pembahan kemajuan masyarakat itu sendiri. Namun,
sesetengah sistem masyarakat tradisional masih diamalkan di kalangan masyarakat pada hari ini,
terutamanya dalam aspek kebudayaan dan agama bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Perubahan sistem masyarakat ekoran campurtangan orang luar terutamanya penjajah yang
meninggalkan sistem masyarakatnya ke atas negeri jajahan. Ada juga disebabkan hubungan ekonomi.
Penduduk tempatan akan meniru unsur-unsur luar yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang yang
datang ke Borneo. Namun, tidak semua perubahan sistem masyarakat ini mendatangkan kesan negatif.
Sesetengah perkara memberikan kesan positif contohnya, ke atas sistem ekonomi dan politik.
Masyarakat dapat menyusun sistem politik dengan lebih teratur, serta memajukan sektor ekanomi.
Masyarakat di Sabah dan Sarawak juga akan hidup bersatu padu dan tidak terikat dengan satu kaum
sahaja.
Dalam penulisan ini akan cuba perihalkan sistem masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak sebelum
campur tangan penjajah Barat pada kurun ke-19. Terlebih dahulu akan mendefinisikan apa yang
dimaksudkan dengan masyarakat tradisional. Menurut, Kamus Dewan menyatakan bahawa 'masyarakat'
membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturcara hidup
tertentu. Manakala tradisional memberi erti sifat atau mengikut tradisi yang menjadi kebiasaan turun
temurun. Jadi, dapat disimpulkan bahawa masyarakat tradisional ialah golongan manusia yang mendiami
sesuatu kawasan dan mengamalkan corak kehidupan berdasarkan peninggalan nenek moyang mereka.
Dalam memperihalkan sistem ini saya menyentuh aspek petempatan, politik, sosial, kepercayaan,
ekonomi dan agama.
PETEMPATAN
Petempatan merupakan perkara paling asas. Tanpa petempatan yang tetap masyarakat di Sabah dan
Sarawak sudah tentu tidak dapat menjalankan sistem masyarakatnya dengan baik. Melalui petempatan
yang tetap dapat memberi kemudahan kepada masyarakat itu sendiri menjalankan setiap aktiviti dan
tugasan secara teratur serta berkerjasama. Di Sabah dan Sarawak mempunyai petempatan yang
tersendiri.
Sabah merupakan sebuah negeri kedua terbesar di Malaysia. la terletak di bahagian utara Pulau
Borneo. Di sebelah barat Sabah dipisahkan dengan semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan.
Manakala di utaranya terdapat Laut Sulu dan dibahagian timur ialah Laut Sulawesi. Kedudukan Sabah
yang dikelilingi oleh laut ini memberikan kemudahan perhubungan bagi negeri ini dengan negeri-negeri
sekitarnya. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu. Bandar utama yang lain ialah Sandakan dan Tawau.
Bentuk muka bumi di Sabah bergunung-ganang dengan Banjaran Crocker di sebelah barat dan Banjaran
Brassey di sebelah timur. Tanah pamahnya terletak berhampiran dengan pantai. Sebab itulah,
kebanyakan petempatan awal di Sabah terletak sepanjang pantai dan keadaan mi masih kekal hingga
kini. Pantainya berteluk-teluk, mempunyai banyak pulau, tanjung dan pelabuhan yang teriindung serta
beriklim khatulistiwa.
Bagi negeri Sarawak pula, merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak juga terletak di sebelah
barat Pulau Borneo dan bersempadan dengan Kalimantan di sebelah selatannya. Manakala di sebelah
barat dan utara disempadani oleh Laut China Selatan, Brunei dan Sabah. Sarawak dianggap sebagai
negeri tertua di Asia Tenggara, Asal usul nama sebenar Sarawak tidak dapat dipastikan tetapi, ramai
sejarawan mempercayai ia adalah nama bagi Sungai Sarawak.
Sesetengah ahli sejarah zaman ini, mengatakan Sarawak telah wujud sejak 45,000 tahun dahulu.Ia
berdasarkan penemuan bukti di Gua Niah berupa tengkorak, bekas perkuburan, pasu dan mangkuk yang
diperbuat daripada tembikar, lukisan gambar yang diconteng pada tembok gua dan alat batu. Ini
menyokong bahawa Sarawak merupakan negeri tertua di Asia Tenggara. Sarawak mempunyai kawasan
tanah pamah pantai yang luas .kawasan paya bakau dan pantainya tidak berteluk. Ekoran keadaan ini
serta iklim khatulistiwa menjadikan Sarawak digemari oleh pedagang-pedagang.
Setelah mengetahui tentang petempatan di Sabah dan Sarawak barulah menyentuh tentang aspek-
aspek lain. Ini kerana setiap sistem yang diperihalkan selepas ini mempunyai kaitan dengan
petempatan. Tanpa petempatan segala aktiviti tidak dapat dijalankan. Jadi aspek ini sangat penting
sama ada secara langsung atau tidak langsung.
SISTEM POLITIK
Bila menyentuh mengenai politik di Sabah dan Sarawak, Brunei tidak akan ketinggalan. Ini kerana
keadaan petempatan mereka berdekatan. Sabah dan Sarawak berada di bawah pemerintahan sultan
Brunei yang kelima. Nama sultan tersebut ialah Sultan Bulkiah. Kenaikan baginda ke atas takhta
kerajaan Brunai padaawal kurun ke-16. Sultan Bulkiah dikenali dengan nama Nahkoda Ragam. Baginda
seorang ahli pelayaran yang cekap dan handal. Semasa pemerintahan beliau ramai saudagar berkunjung
ke Brunei dan Borneo amnya. Brunei muncul sebagai pelabuhan terpenting di Asia Tenggara. Sultan
Brunei mengadakan hubungan diplomatik dengan Raja-raja Islam di Indonesia dan China.
Memandangkan Sabah dan Sarawak terletak di bawah kerajaan Brunei, semestinya sistem politik
mereka dipengaruhi oleh corak pemerintahan Sultan Brunei . Sultan mempunyai empat orang menteri
utama yang bertugas sebagai pembantu beliau. Pembantu utama ialah Pengeran Bendahara menyamai
tugas Perdana Menteri. Pembantu kedua ialah Pengeran Pemanca yang bertugas sebagai Timbalan
Perdana Menteri dan yang ketiga Pengeran di gudang dan serta yang terakhir ialah Temenggung yang
bertugas menjaga keselamatan dan keamanan negeri dan sultan.
Di Sarawak Sultan Brunei telah melantik orang besar peranakan Arab bernama Sharif Sahap yang
menjadi ketua pemerintah di daerah Sungai Sekrang Cabang Sungai Batang Lupar bagi menggantikan
Laksamana Aminuddin, tetapi perlantikan beliau tidak disukai oleh rakyat, Manakala di daerah Kuching
pula pada tahun 1836 Sultan Brunei telah menghantar Pengeran Mahkota dan orang besar Brunei untuk
memerintah kawasan tersebut.
Di Sabah terdapat juga ahli sejarah berpendapat bahawa masyarakat Sabah mempunyai sistem politik
peribumi sebelum kedatangan pemerintahan Syarikat Berpiagam. Sistem politik Sabah dapat
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan ketua
bebas.
Sistem politik kesukuan biasanya diamalkan oleh kaum Dusun, Murut, orang sungai dan kaum lain yang
tinggal di daerah pendalaman. Biasanya mereka hidup berkelompok kecil serta berpisah dari kumpulan
lain disebabkan oleh bentuk alam seperti, banjaran gunung, sungai dan lembah-lembah.Susunan politik
mereka berkaitan dengan ikatan kekeluargaan. Orang paling tua dalam komuniti, dipanggil orang tua
dan dipilih sebagai ketua kampung. Ketua kampung biasanya peneroka awal kawasan tersebut. Mereka
mempunyai sifat berani, bijaksana dan mengetahui tentang adat-istiadat.
Ketua kampung mempunyai tugas yang berat. Mereka berperanan untuk memelihara keamanan awam,
memimpin kampungnya dalam peperangan, sebagai hakim, hal-hal adat dan sebagainya yang berkaitan
dengan masyarakat setempat. Dalam masyarakat Dusun ketua kampung bertanggungjawab ke atas
semua aktiviti termasuklah perkahwinan, pembahagian harta pusaka, masalahjenayah dan ekonomi.
Selain ketua kampung wujud institusi secara tidak rasmi dipanggil Majlis Kampung. Majlis Kampung
berperanan memilih ketua kampung serta menasihati ketua kampung dalam semua aspek. Majlis penting
kepada masyarakat untuk menjadi orang perantaraan diantara ketua dan masyarakat serta dapat
menolong mereka menyelesaikan masalahsebelum, berjumpa dengan ketua kampung.
Institusi ketua kampung dan Majlis kampung biasanya terdapat dalam masyarakat peribumi bukan
Islam. Menurut kajian, pemimpin-pemimpin ini pemah membentuk gabungan dalam menghadapi ancaman
luar. Perikatan yang khusus ini adalah bentuk organisasi politik yang tertinggi ditemui dalam
masyarakat Dusun. Sistem ini berkekalan di daerah pedalaman. Walaupun Sabah diperintah oleh sultan
Brunei dan Sulu , sistem politik kesukuan ini bebas diamalkan sehingga kedatangan Inggeris yang
membawa perubahan baru.
Manakala sistem politik kesultanan pula wujud di bahagian persisiran pantai barat dan pantai timur
Sabah. Bahagian ini diperintah oleh Datu-datu Sulu. Sementara daerah pantai barat terletak di tangan
wakil kesultanan Brunei. Di bawah sistem Brunei penduduk dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama
penduduk disifat sebagai 'hamba kerajaan' dan menjadi hak milik sultan. Keduanya dimiliki oleh empat
wazir digelar 'sungai kuripan ' dan yang ketiga menjadi hak milik sultan yang di panggil 'sungai tulen
Dari segi teorinya pembahagian ini untuk memudahkan kerajaan Bmnei memungut cukai dan
mengekalkan kewibawaannya.
Kategori ketiga sistem politik peribumi Sabah ialah ketua bebas. Mereka tergolong atau mempunyai
pertalian keluarga dengan sultan Brunei dan Sulu. Ketua bebas ini biasanya lahir dari keberanian,
kewiraan dan ketangkasan seseorang tokoh mencabar kewibawaan sultan di daerah-daerah persisiran
pantai. Mereka mempunyai undang-undang tersendiri serta tidak mengiktiraf kedaulatan kuasa lain.
Contohnya,ketua bebas yang dikenali ialah ketua lanun Sharif Osman yang memerintah daerah Marudu
antara tahun 1830-1840 serta Datu Kerunding yang memerintah daerah Tunku pada akhir kurun ke-19.
Sistem politik ini lebih ketara pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Inggeris.
Di negeri Sarawak pula selain terletak di bawah kuasa Brunei, ada bukti mengatakan Sarawak pernah
diperintah oleh Majapahit di Pulai Jawa. Majapahit berkuasa dan mempunyai tanah jajahan yang luas,
terutama pada kurun Masehi ke-14. Dipercayai Sarawak juga dibawah kuasa Majapahit kerana menurut
sejarah lisan ada menyebut terdapat beberapa buah tempat di bahagian Kalimantan telah ditakluk oleh
Majapahit.
Tetapi bukti di Sarawak tidaklah banyak ditemui. Ia hanya berdasarkan kepada sumber lisan orang
Bidayuh di Sarawak yang menyebut nama Tuhan mereka dengan perkataan 'jewata', yakni dipercayai
berasal dari perkataan Sanskrit 'dewata'. Perkataan tersebut mungkin telah diperkenalkan di Sarawak
semasa penjajahan Majapahit ke atas Borneo. Selain daripada bukti tersebut, di Santubong juga, telah
dijumpai peninggalan aktiviti megalitik yang berupa lukisan manusia diukir pada sebuah batu besar.
Lukisan tersebut menggambarkan manusia yang sedang meniarap mendepangkan tangan dengan kaki
terkangkang sebagai menunjukkan penderitaan kerana diseksa. Justeru itu, ianya dipercayai sebagai
kesan peninggalan zaman Hindu di Sarawak.
Pada kurun Masehi ke-15 barulah Sarawak berada di bawah kuasa kesultanan Brunei. Pada tahun 1609
ada riwayat pengarang Portugis bernama Valentyn, mengatakan terdapat tempat bernama Melanau,
Kalaka dan Saribas di Sarawak yang diperintah oleh kerajaan Johor (didirikan oleh raja Melayu
keturunan raja melayu Melaka). Menurut penulis Belanda pula, pada tahun 1609 juga Sarawak telah
bebas daripada pemerintahan Brunei tetapi pada awal kurun Masehi ke-19, Sarawak telah diperintah
kembali oleh Kesultanan Brunei.
Setelah meneliti keadaan politik di Sabah dan Sarawak jelas bahawa Sabah dan Sarawak tidak
mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Sistem politik bagi kedua-dua negeri ini dipengaruhi
oleh kuasa pemerintah luar yang menaklukinya. Jika ada sistem politik peribumi pun, ianya hanya
berkuasa secara tidak rasmi di kawasan setempat dan ke atas suku atau kaum sahaja.
SISTEM SOSIAL
Sebelum penjajahan kuasa Barat, tidak wujud tulisan tentang etnik yang terdapat di Sabah dan
Sarawak. Kisah mengenai kemunculan dan kehidupan masyarakat di Sabah dan Sarawak hanyalah
melalui sumber lisan. Jadi tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana penduduk peribumi asli yang mula
menduduki Pulau Borneo amnya. Kebanyakan peribumi di Sabah dan Sarawak mengalami banyak
perubahan migrasi yang beriaku beribu-ribu tahun dahulu. Petempatan awal kaum migrasi ini ialah di
pinggir pantai kemudian barulah ke kawasan pedalaman.
Di Sabah pengkaji sejarah telah menggolongkan kaum peribumi Sabah kepada tiga kumpulan etnik iaitu
bumiputera Melayu Islam, bumiputera bukan Melayu dan Cina. Kumpulan Melayu Islam terdiri daripada
kaum Brunei, Bisaya, Suluk, Bugis, Bajau dan sebagainya. Kumpulan bumiputera bukan Islam pula ialah
Kadazan, Murut, Dumpas, Minokok, Maragang dan kumpulan kecil Filipina. Cina pula terbahagi kepada
beberapa kumpulan mengikut diaiek masing-masing.
Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut berasal dari Annam di utara Burma,
Bajau di percayai dari selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina
dan begitu juga suku kaum Irranun yang yang hidup sebagai pelayar di percayai dari kepulaun selatan
Filipina begitu juga kaum-kaum lain dari kawasan sekitarnya. Jadi, amalan sosial mereka seperti amalan
harian tentulah berbeza-beza mengikut kaum masing-masing. Namun, begitu amalan yang baik seperti
menghormati orang tua, tolong-menolong dan berpegang teguh kepada adat-istiadat menjadi pegangan
utama setiap kaum.
Manakala di Sarawak juga mempunyai pelbagai kaum. Sebelum orang Cina dan Melayu migrasi ke
Sarawak, telah terdapat penduduk 'bumiputera asli' yang dianggap sebagai 'orang liar' dan tinggal
dalam hutan, mahupun 'tinggal di atas pokok'. Mereka dikenali disebut sebagai orang Ukit, orang
Bukitan, orang Punan, orang Kayan, orang Dayak dan sebagainya.
Dipercayai orang Kayan dan Kenyah yang ada di Sarawak berasal dari keturunan Melayu dan juga dari
keturunan Bugis dari Kepulauan Indonesia. Mereka suka menindik telinga dan digantung dengan gelang
timah atau tembaga yang berat hingga cuping telinga lanjut sampai ke bahu. Orang Kayan suka dan
pandai bertukang besi untuk dijadikan perkakas asas dan senjata.
Sistem sosial di Sabah dan Sarawak memang sukar untuk dikaji. Di kedua-dua negeri ini mempunyai
banyak kaum yang berpegang teguh kepada amalan nenek moyang mereka masing-masing. Jadi, amalan
sosial mereka bergantung kepada peraturan kaum itu sendiri yang telah diwarisi dari tempat asal
mereka.
ADAT DAN KEPERCAYAAN
Masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak memang patuh kepada adat dan mempercayai sesuatu itu
dengan mendalam. Setiap kaum mempunyai adat masing-masing. Di Sabah contohnya kaum Dusun masih
patuh kepada adat pemujaan tengkorak secara besar-besaran. Bagi kaum Bisayah kaum mereka
mengamalkan adat-istiadat Melayu.
Di Sarawak juga mengamalkan adat-adat tertentu. Bagi kaum Malanau yang ingin mendirikan rumah
terlebih dahulu tapak tanah perlu disemah (jamuan kepada hantu atau orang halus). Caranya ialah digali
sebuah lubang dan dimasukkan seorang perempuan serta dengan hiasan manik yang berharga untuk
dijadikan korban. Barulah boleh ditanam tiang, tujuannya untuk menghalau hantu daripada mengganggu
penghuninya.
Bagi orang Iban pula, seseorang pemuda yang ingin berkahwin perlu melakukan pekerjaan sebelum
masuk meminang. Kerjanya ialah menyembelih kepala orang dan kepala tersebut diberikan kepada bakal
mertua ataupun bakal isteri, barulah pinangan akan diterima. Tujuan adat dan kepercayaan ini untuk
menunjukan keberanian dan kegagahan seseorang pemuda. la sangat penting dalam kaum Iban sebagai
jaminan kaum lelaki itu mampu menjaga keselamatan keluarganya.
Sehingga sekarang sesetengah adat dan kepercayaan di kalangan kaum bumiputera di Sabah dan
Sarawak masih kekal. Namun, adat-adat yang melibatkan kematian jarang berlaku dan tidak
dibenarkan. Tetapi ,adat yang berbentuk pemujaan dan patang larang tertentu masih diamalkan
terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
AGAMA
Agama merupakan salah satu perkara penting dalam sesuatu masyarakat. Agama dijadikan sebagai
panduan dan pegangan hidup. Dalam kehidupan harian agama dijadikan peraturan supaya tidak
melakukan kesilapan. Terdapat pelbagai jenis agama di Sabah dan Sarawak kerana mempunyai kaum
yang berbeza.
Di Sabah agama Islam sudah diamalkan begitu juga dengan Sarawak. Agama Islam telah di bawa masuk
oleh pemerintah dan pedagang-pedagang yang beragama Islam seperti dari India, China, Melaka dan
kawasan sekitamya yang lebih dahulu mengamalkan ajaran Islam. Sebelum kedatangan Islam ada yang
menganuti agama lain yang berasal dari tempat masing-masing. Sehingga sekarang pun agama tersebut
masih kekal diamalkan.
Bagi kaum Bisayah mereka percaya kepada animisme seperti memyembah pokok, gunung, bukit, sungai
dan sebagainya yang dianggap mempunyai roh. Ada juga yang tidak mempunyai agama. Walaupun agama
asal masih kekal di kedua-dua negeri ini namun, pada kurun ke 15 semakin ramai penduduk memeluk
agama Islam. Jadi jelas di sini, agama Islam telah berkembang ekoran penjajahan Brunei.
EKONOMI
Bagi meneruskan kehidupan, kegiatan ekonomi sangat penting. Bagi sesebuah masyarakat. di Sabah dan
Sarawak mengamalkan ekonomi tradisional seperti pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan
menangkap ikan. Perdaganganjuga telah berlaku bagi kedua-dua negeri ini dengan negeri sekitarnya.
Kebanyakkan kaum peribumi Sabah dan Sarawak menjalankan kegiatan pertanian. Bagi kaum Dusun di
Sabah mereka mengamalkan pertanian padi huma, padi sawah, tanam ubi kayn dan tembakau. Kaum Lun
Dayeh menanam padi huma, padi sawah, kopi, tebu sertajagung. Orang Bajau lebih memberi tumpuan
kepada pentemakan kerbau dan kuda serta menanam padi.
Di Sarawak juga mengamalkan pertanian seperti kaum yang terdapat di Sabah iaitu menanam padi,
tanamjagung serta menternak binatang. Mereka mengamalkan corak pertanian sara diri iaitu untuk
memenuhi keperluan keluarga.
Ada juga sesetengah kaum menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ini bersesuaian dengan kehidupan
mereka yang berhampiran dengan pantai. Contohnya, kaum Bajau yang bergantung hidup kepada
sumber laut. Bagi yang tinggal di kawasan pedalaman terutama di kawasan hutan mereka memburu
binatang dan memungut hasil hutan. Kebanyakkan kegiatan ini bagi memenuhi keperluan keluarga.
Sabah dan Sarawak juga telah terlibat dengan kegiatan perdagangan. Ini ekoran peranan pemerintah
terutamanya berkaitan dengan Brunei. Brunei mempunyai hubungan dangan Cina dan India . Jadi secara
tidak langsung ia mempunyai hubungan dengan negeri jajahan Brunei. Maka tidak hairanlah pada kurun
ke-15 Sabah telah muncul sebagai pusat perdagangan yang penting di kalangan negeri Cina, India dan
semua bandar utama dunia Melayu termasuklah Sumatara, Melaka dan Manila. Pedagang-pedagang ini
membawa masuk tembikar, sutera dan barang perhiasan ke Sabah dan Sarawak. Dari Sabah dan
Sarawak mereka membawa keluar hasil hutan, kapur barns, sarang burung, rotan dan sebagainya yang
terdapat di negeri tersebut.
Bukti perdagangan di Sarawak melalui penemuan wang-wang logam Cina dari wangsa Hsin dan Han di
kuala Sungai Sarawak . Ekonomi perdagangan ini maju disebabkan kemajuan Brunei kerana Brunei telah
menjadi sebuah pelabuhan yang penting di Asia Tenggara dan ini secara tidak langsung negeri Sabah
dan Sarawak menjadi tumpuan para pedagang tadi.
RUMUSAN
Setelah dikaji tentang sistem masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak sebelum penjajahan kuasa
barat, pada kurun ke 19 jelas menunjukkan negeri tersebut mengamalkan sistem masyarakat yang
dibawa dari negara asal mereka. Ada juga disebabkan oleh penjajahan Brunei contohnya ekonomi
perdagangan dan juga agama Islam. Sistem masyarakat ini ada yang masih diamalkan dan ada yang
tidak diamalkan ekoran perubahan yang telah dialami oleh masyarakat tersebut.
Jika dahulu masyarakat di Sabah dan Sarawak mengamalkan kehidupan pindah randah, sekarang
mereka mula tinggal secara menetap bagi membolehkan mereka mengamalkan corak hidup yang lebih
teratur. Dan masyarakat ini tidak lagi melakukan migrasi ke negara lain seperti yang dipercayai
penduduk asal Sabah dan Sarawak adalah kaum migrasi, kononnya dari tanah besar Asia dan Kepulauan
Melayu.
Dari segi ekonomi, pada mulanya Sabah dan Sarawak mengamalkan perdagangan sistem barter dan
pertanian berbentuk sara diri. Setelah beberapa kurun telah berlalu, maka berlaku perubahan ke atas
sektor ekonomi terutamanya dengan adanya campurtangan Brunei serta negera-negara yang
berdekatan dengan wilayah Sabah dan Sarawak, yakni mula menjalankan ekonomi perdagangan yang
lebih berbentuk komersial dan menguntungkan. Kemajuan ekonomi ini disebabkan Sabah dan Sarawak
mempunyai pelabuhan dan dikatakan orang Brunei telah menjadi orang tengah kerana negara Brunei
menjadi tumpuan utama perdagangan pada masa itu.
Kepercayaan dan agama juga mengalami perubahan. Pada mulanya masyarakat mengamalkan agama yang
dibawa oleh mereka dari tempat asal berdasarkan keturunan nenek moyang masing-masing seperti
kepercayaan anamisme. Tetapi pada kurun ke -15 sudah ramai penduduk Sabah dan Sarawak telah
menganuti agama Islam. Ini mungkin disebabkan oleh sebaran negeri Brunei dan pedagang-pedagang
yang beragama Islam.
Jadi jelaslah di sini sistem masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak telah mengalami banyak
perubahan. Sehingga sekarang Sabah dan Sarawak telah muncul sebagai sebuah negeri yang maju
dalam sektor ekonomi terutama pertanian sehingga muncul sebagai pengeksport utama lada hitam dan
kayu balak. Politik juga telah mantap dan mempunyai pemerintahan yang tersendiri.
Penulis asal : En. Bilcher Bala, Program Sejarah, SSS, UMS.
BIBLIOGRAFI
Buyong Adil (Haji). 1981. Sejarah Sarawak.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buyong Adil (Haji). 1981. Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Yusof. 1997. Politik dan Agama di Sabah. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lee Yong Leng. 1982. Sabah, Satu Kajian Geografi Tempatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan Publication
Heyward, Nigel 1963. Sarawak, Brunei and North Borneo. Singapura: Easten Universities Press LTD.
Zakiah Hanun. 1989. Asal Usul Negeri di Malaysia. Singapura: Times Books.

More Related Content

Similar to 244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf

Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777Huang Qi Shen
 
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10Aida Sabreena
 
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...Nurul Atikah
 
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...Nurul Atikah
 
Kegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakKegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakNur Syafika
 
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap EkonomiSEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap EkonomiFasyah Tutor
 

Similar to 244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf (12)

Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
Fef7b9cf5cb7392969cac432913e6777
 
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
Nota sejarah-tingkatan-4-bab-10
 
ba6-2.ppt
ba6-2.pptba6-2.ppt
ba6-2.ppt
 
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas ke...
 
Ba6 2-1.ppt-ijam
Ba6 2-1.ppt-ijamBa6 2-1.ppt-ijam
Ba6 2-1.ppt-ijam
 
Sejarah Tingkatan 2: Bab6
 Sejarah Tingkatan 2: Bab6 Sejarah Tingkatan 2: Bab6
Sejarah Tingkatan 2: Bab6
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
sejarah Bab 5 form 2
sejarah Bab 5 form 2sejarah Bab 5 form 2
sejarah Bab 5 form 2
 
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
 
Tingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjhTingkatan 3 sjh
Tingkatan 3 sjh
 
Kegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi SarawakKegiatan Ekonomi Sarawak
Kegiatan Ekonomi Sarawak
 
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap EkonomiSEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
SEJARAH T4 KBSM Bab 10 - Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi
 

244380473-Huraikan-Perkembangan-Ekonomi-Sabah-Dan-Sarawak-Pada-Abad-Ke.pdf

  • 1. HURAIKAN PERKEMBANGAN EKONOMI SABAH DAN SARAWAK PADA ABAD KE-19 DAN AWAL ABAD KE-20. British berminat terhadap Sabah dan Sarawak disebabkan negeri tersebut kaya dengan hasil bumi.Kekayaan tersebut telah menarik minat pedagang dari Barat seperti Poturgis,Sepanyol,Belanda dan British untuk singgah berdagang di Sabah sebelum meneruskan perjalanan ke China. Alfert Dent tubuhkan British North Borneo Company (SBUB) dan mohon piagam diraja daripada kerajaan British di London untuk menaikkan nilai perniagaan dan pengiktirafan daripada kerajaan British. Pertapakan James Brooke di Sarawak dan ditambah pula dengan jawatan sebagai Gabenor Sarawak memudahkan lagi beliau menguasai ekonomi Sarawak .Beliau menetapkan dasar pemerintahan sendiri bagi memudahkan pentadbiran.Perkembangan ekonomi terbahagi kepada 2 jenis iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi komersial. Masyarakat Sabah pada mulanya mengamalkan sistem ekonomi tradisional ataupun dikenali sebagai sistem ekonomi sara diri. Tanaman utama masyarakat Sabah ialah padi yang menjadi tanaman makanan utama mereka. Tanaman padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan orang Dusun.Kawasan penanaman padi sawah yang utama ialah di Tuaran,Papar dan Penampang. Padi sawah juga ditanam di lembah-lembah bukit seperti Ranau,Keningau dan Tambunan. Mereka turut mengusahakan prtanian pindah dimana mereka menanam padi huma di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Penduduk peribumi yang mengusahakan penanaman padi huma ialah Murut dan Bajau. Tanaman makanan lain yang ditanam ialah jagung,ubi keledek,buah- buahan dan sayur-sayuran. Tanaman-tanaman yang lain ini menjadi penting kerana ia merupakan „makanan selang‟ dimana ubi akan dijadikan makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi. Masyarakat Sarawak juga turut mengamalkan ekonomi sara diri dan tanaman utama mereka juga ialah padi. Padi sawah di sarawak diusahakan oleh orang Kelabit yang mendiami kawasan rumah panjang di Hulu Sungai Baram manakala padi huma pula ditanam oleh orang Bidayuh,Iban dan Kenyah. Kebiasaannya,di setiap rumah panjang di Sarawak,terdapat tanah yang diperuntukkan khas untuk menanam padi huma secara gotong-royong. Contoh tanaman lain yang diusahakan adalah sayur- sayuran,lada hitam,buah-buahan seperti kelapa dan pisang. Di samping itu,kegiatan memburu binatang turut dijalankan seperti pelanduk kancil dan ayam hutan. Ternakan secara kecil-kecilan pula seperti ayam dan lembu. Kegiatan ekonomi komersial yang paling utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah bidang pertanian. Tembakau merupakan tanaman dagangan pertama yang penting. Menjelang tahun 1880-an,banyak ladang tembakau telah dibuka oleh pengusaha-pengusaha berbangsa Belanda dan Jerman di pantai timur Sabah. Pertanian secara komersial telah berkembang dengan pesat di Sabah dengan adanya pemodal Barat. Menjelang tahun 1890,terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah.Nilai eksport tembakau telah meningkat daripada $ 882 pada tahun 1885 kepada $ 1,176 000 pada tahun 1895. Perkembangan kegiatan ekonomi komersial ini disebabkan oleh faktor dasar tanah yang liberal dan ketiadaan cukai eksport serta harga pasarannya yang tinggi. Pertanian tembakau mula merosot selepas awal abad ke-20.Pada tahun 1902,penanaman tembakau mulai merosot kerana diserang penyakit dan juga akibat daripada masalah bencana alam iaitu banjir. Malahan,persaingan dengan pengeluar tembakau di Amerika Syarikat telah menjejaskan
  • 2. pendapatan penanaman tembakau tempatan di Sabah.Pada tahun 1982,hanya terdapat 2 buah ladang yang masih beroperasi di Sabah. Kegiatan komersial yang kedua terpenting ialah penanaman getah. Tanaman getah telah mula diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para pengusaha Barat,kemudian diikuti oleh para pekebun bumiputera dan cina. Perkembangan penanaman getah di Sabah disebabkan oleh pembinaan jalan kereta api di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dan Beaufort. Syarikat Berpiagam Utara Borneo turut memberikan pelepasan cukai eksport selama 50 tahun. Permintaan yang tinggi di pasaran dunia turut menjadi faktor peningkatan penanaman getah di Sabah. Kawasan penanaman getah yang utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pantai Barat. Keluasan kawasan tanaman getah telah bertambah dengan mendadak. Misalnya pada tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1 306 hektar kemudian bertambah menjadi kira-kira 14 095 hektar pada tahun 1917. Sehingga tahun 1941, getah masih menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi komersial bagi Sabah. Disamping itu,kegiatan ekonomi komersial lain di Sabah adalah seperti sarang burung,pokok lanut dan sagu. Pada tahun 1926,eksport sarang burung bernilai $ 125 000 dan kawasan pengumpulan sarang burung ialah di Gua Gomantong,di Sandakan. Pokok lanut yang dikenali sebagai abaka diproses untuk dijadikan tali kapal dan dieksport ke Eropah. Pokok sagu atau rumbia merupakan tanaman tradisional Sabah yang telah dikomersialkan. Memandangkan hasil sagu di pasaran dunia mahal,pihak British telah menggalakkan penduduk supaya mengusahakannya. Eksport sagu di Sabah pada tahun 1888 bernilai $ 93 433. Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak dari segi pertanian pula ialah sagu,lada hitan dan gambir. Tanaman sagu merupakan hasil eksport utama Sarawak pada abad ke-19. Penghasilan sagu daripada pokok rumbia diusahakan oleh orang Melanau secara meluas di bahagian kedua dan ketiga negeri Sarawak. Sarawak telah berjaya mengeksport hasil sagu daripada 8700 tan pada tahun 1887 kepada 20 400 tan pada tahun 1907. Orang cina menguasai pengeluaran dan perniagaan semua hasil sagu di Sarawak. Bagi tanaman getah pula,Raja-raja Brooke tidak menggalakkan syarikat asing untuk buka ladang getah di Sarawak namun syarikat yang menguasai tanaman getah Cuma satu iaitu Syarikat Borneo. Kawasan tanaman ialah estet Tahan dan estet Tengah.Pada tahun 1934,terdapat 210 000 ekar tanah ladang getah dan sebahagiannya merupakan kebun kecil dan 3% pula diusahakan secara ladang. Selain itu,orang cina juga mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam di Sarawak untuk tujuan eksport. Lada hitam ditanam di sekitar Kuching,Serian,Sarikei dan Maradong. Charles Brooke telah memberi galakan kepada saudagar-saudagar dari Singapura untuk menanam lada hitam di Sarawak dengan cara memberi tanah kepada mereka. Lada hitam menjadi tanaman eksport terpenting di Sarawak pada abad ke-19. Menjelang tahun 1855,Sarawak telah berjaya mengeksport 392 tan lada hitam dan 1370 tan gambir. Selain pertanian,kegiatan ekonomi komersial yang lain yang turut di jalankan ialah pembalakan di Sabah dan Sarawak. Perusahaan pembalakan telah mula berkembang di Sabah pada tahun 1880- an. Perusahaan pembalakan dikuasai oleh syarikat-syarikat British dan Cina. Antara kayu balak yang mempunyai nilai eksport tinggi ialah seraya,kapur,belian dan meranti. Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan,Lahad Datu dan Tawau.Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk ke Sabah. Nilai eksport kayu balak Sabah menunjukkan peningkatan yang drastik.Misalnya,pada tahun 1890 nilai eksport hanya $ 44 584 sahaja tetapi telah meningkat kepada $ 642 935 pada tahun 1910.Menjelang
  • 3. tahun 1930,nilai eksport kayu balak di Sabah ialah $ 2.5 juta manakala menjelang tahun 1937 Sandakan muncul sebagai sebuah pelabuhan pengeksport kayu balak yang penting di dunia. Antara negara yang mengimport kayu balak dari Sabah ialah China,Singapura,Australian dan Britain. Kegiatan pembalakan di Sarawak hanya dijalankan sehingga Perang Dunia Kedua. Kayu balak menjadi eksport utama dan kekal pada kedudukan kedua selepas getah sebagai hasil pendapatan utama Sarawak.Penanaman kayu balak dijalankan oleh orang cina dan Syarikat Borneo di kawasan Sungai Rajang. Hasil pembalakan di Sarawak dieksport ke Hong Kong,Australia dan Amerika Syarikat. Kegiatan ekonomi komersial lain yang dijalankan di Sabah dan Sarawak ialah perlombonngan. Di Sabah,hasil galian yang terpenting ialah emas. Lombong-lombong emas telah mula diusahakan sekitar tahun 1880-an di Sungai Segama. Kegiatan perlombongan emas telah diusahakan oleh orang Cina. Walaupun pengeluarannya terhad,tetapi nilai eksport emas sangat tinggi.Selain itu,bahan galian yang terdapat di Sabah ialah arang batu yang dilombong berhampiran dengan Sungai Silimpopon. Usaha perlombongan arang batu telah dilakukan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal yang telah ditubuhkan pada tahun 1905 dan beroperasi hingga tahun 1930. Galian lain pula ialah mangan yang telah dijumpai pada tahun 1902 di Teluk Marudu. Bahan galian tersebut telah dilombong oleh Syarikat British Borneo Eksploration mulai tahun 1905 hingga 1908.Hasil galian mangan telah dieksport ke Britain. Sektor perlombongan secara komersial telah mula berkembang di Sarawak semasa pemerintahan Charles Brooke.Antara galian terpenting yang dilombong ialah antimoni. Menjelang tahun 1880-an,Sarawak telah menjadi pengeluar galian antimoni yang utama. Kawasan perlombongan antimoni yang utama ialah daerah Bau.Orang Melayu dan Cina aktif dalam kegiatan tersebut. Di samping itu,terdapat kegiatan perlombongan arang batu. Aktiviti melombong arang batu di Sarawak telah bermula pada tahun 1889 hingga tahun 1898. Jumlah pengeluaran arang batu telah meningkat daripada 500 tan pada tahun 1874 kepada 31 390 tan pada tahun 1898. Galian lombong lain ialah raksa.Raksa mula dieksport pada tahun 1868 yang menggantikan antimoni sebagai hasil perlombongan utama sarawak. Galian yang tidak kurang pentingnya di Sarawak juga ialah emas yang dilombong di Bau. Emas menjadi galian terpenting di Sarawak antara tahun 1898 hingga 1921. Orang Cina merupakan pelombong dan pengusaha utama emas di Sarawak. Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak sebenarnya berhubung kait dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya,jalan kereta api,pelabuhan dan pembinaan bandar-bandar baru seperti Miri dan Kuching.Perkembangan bandar seperti Miri turut menjadi pemangkin perkembangan ekonomi bercorak komersial di Sarawak. Kesimpulannya,kegiatan ekonomi komersial berkembang hasil daripada ekonomi sara diri.Ekonomi komersial pula berkembang disebabkan kemudahan-kemudahan yang ada.Kedatangan barat di Sabah telah menyebabkan kegiatan ekonomi mereka mengalami perubahan seiring dengan dasar ekonomi British manakala di Sarawak pula perkembangan ekonomi banyak dipengaruhi dasar pemerintahan yang dilaksanakan oleh keluarga Brooke,terutamanya James Brooke dan Charles Brooke.
  • 4. Sistem ekonomi di sabah dan sarawak 2 EKONOMI KOMERSIL DI SARAWAK Ekonomi dagangan Di Sarawak, lada hitam dan gambir turut diusahakan terutamanya di sekitar Kuching-Serian dan Sarikei – Maradong. Pada 1840an, tanaman lada hitam dan gambir mula diusahakan untuk tujuan eksport. Penanaman lada hitam secara besar-besaran di Sarawak di usahakan oleh pelabur Cina daripada Singapura. Sagu juga merupakan salah satu hasil pertanian Sarawak yang penting dan telah diusahakan sebelum zaman Brooke lagi. Kawasan utama pengeluaran sagu di Sarawak termasuklah Mukah dan Oya. Perusahaan sagu di Sarawak diuruskan oleh pedagang Melayu kemudiannya turut diusahakan oleh orang Cina dan Barat yang mana sebahagian besar hasil sagu dieksport ke Singapura. Kegiatan perlombongan di Sarawak pula melibatkan galian seperti antimoni dan emas. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama iaitu di Bau pada 1820an. Pembesar Melayu menggunakan buruh Dayak untuk mengusahakan perlombongan antimoni. Sarawak kekal menjadi sumber utama antimoni kepada Eropah sehingga akhir abad ke-19. Emas di Sarawak juga dijumpai di Bau pada 1830an dan diusahakan oleh orang-orang Cina di Sarawak. Emas tersebut dieksport ke Singapura. Kegiatan ekonomi komersial a. Lada hitam Ø oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura. Ø Brooke memberi tanah kepada saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. b. Gambir. Ø Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Ø Gambir ditanam secara meluas di Bau. c. Sagu. Ø oleh orang Melayu dan Inggeris. Ø Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil. Ø abad ke-20 orang Cina mengambil alih dan menguasai perusahaan sagu. d. Perlombongan. Ø Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Ø Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Ø Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak. EKONOMI KOMERSIL DI SABAH Di Sabah pula kegiatan ekonomi komersilnya masih bergantung kepada hasil-hasil ekonomi tradisional. Sarang burung yang dipungut di Gua Gomantong, Gua Madai dan beberapa buah gua lain merupakan hasil eksport yang menguntungkan. Kebanyakannya di eksport ke Hong kong dan China.
  • 5. Terdapat dua jenis sarang burung iaitu yang berwarna cokat dan putih. Sarang burung yang berwarna putih lebih bersih dan harganya lebih mahal. Hasil laut juga merupakan antara kegiatan ekonomi komersil yang dijalankan di Sabah. Hasil laut ini termasuklah mutiara, trepang dan agar-agar yang dieksport ke Hong kong dan China. Mutiara banyak terdapat di Pantai Timur Sabah terutamanya Sandakan dan Lingkabau. Perusahaan ini diusahakan oleh orang Bajau yang merupakan penyelam yang mahir. Sagu merupakan makanan kegemaran penduduk Sabah yang dihasilkan daripada pokok rumbia juga merupakan antara hasil penting ekonomi Sabah. Penduduk Sabah mengusahakan perusahaan sagu secara komersil dan sagu mentah telah di eksport ke Singapura dan kemudiannya ke Eropah. Selain itu emas turut dilombong di Segama di Sabah. Kegiatan Ekonomi Komersial a. Tembakau Ø SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Ø Tembakau diusahakan oleh orang-orang Cina. Ø peladang Belanda dan Jerman Ø Kawasan Pantai Timur Sabah. Ø 60 estet tembakau, Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah. Ø Peladang menggunakan buruh dari Singapura dan Hong Kong. Ø penanaman merosot bila permintaan dari Amerika merosot. b. Perlombongan. Ø oleh orang Cina di Sungai Segama. Ø Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.
  • 6. Kagiatan Ekonomi Sarawak KEGIATAN EKONOMI SARA DIRI. 1. MENYARA HIDUP DENGAN : I. MENANAM PADI HUMA ATAU PADI BUKIT II. JADI NELAYAN, III. PUNGUT HASIL HUTAN IV. BERNIAGA KECIL-KECILAN. 2. ORANG IBAN, MURUT, KENYAH DAN KAYAN DI KAWASAN PEDALAMAN MENANAM PADI, BERBURU DAN MEMUNGUT HASIL HUTAN 3. ORANG PENAN DI HULU SUNGAI BARAM DAN SUNGAI RAJANG – BERBURU BINATANG DENGAN MENGGUNAKAN SUMPITAN. 4. PEKERJAAAN ORANG MELAYU : I. MENANAM PADI SAWAH DAN KELAPA II. PENIAGA KECIL-KECILAN III. ORANG TENGAH DALAM PERNIAGAAN. 5. KEGIATAN EKONOMI ORANG MELANAU : I. MENANAM PADI SAWAH II. MENJADI NELAYAN. 6. KEGIATAN EKONOMI ORANG BIDAYUH : I. MENANAM PADI HUMA II. JADI PELADANG. 7. KEGIATAN EKONOMI ORANG KELABIT : I. MENANAM PADI SAWAH II. BERBURU III. PUNGUT HASIL HUTAN. 8. PENDUDUK DI PEDALAMAN -PUNGUT HASIL HUTAN PERTANIAN 1. PADI HUMA DITANAM DI TEMPAT TINGGAL ETNIK IBAN, BIDAYUH DAN ORANG ULU.
  • 7. 2. PADI SAWAH DITANAM OLEH ORANG KELABIT. TERKENAL DENGAN BERAS JENIS BARIO. 3. SAGU DIUSAHAKAN OLEH ORANG MELANAU, : I. SAGU INI TUMBUH DI KAWASAN BERPAYA II. SELEPAS 10 TAHUN SAGU BOLEH DITEBANG III. RIPO (ISI DALAM SAGU) DIKELUARKAN, DIJEMUR HINGGA KERING IV. DIPROSES SEBELUM DIJADIKAN TEPUNG SAGU YANG DIKENALI SEBAGAI LEMANTAK. 4. SARAWAK TERKENAL SEBAGAI PENGEKSPORT SAGU. 5. LADA HITAM OLEH KEDAYAN DAN MURUT 6. SARAWAK PENGEKSPORT LADA HITAM. PERLOMBONGAN 1. ANTIMONI DAN EMAS BAHAN GALIAN TERPENTING 2. AWALNYA DITADBIR OLEH DATU PATINGGI ALI. 3. KAUM BIDAYUH – KAUM AKTIF DALAM KEDUA-DUA PERLOMBONGAN 4. ORANG CINA DI BAU, PAKU DAN BIDI MENJALANKAN KEGIATAN MELOMBONG EMAS. PERDAGANGAN 1. KESULTANAN MELAYU MELAKA PERNAH MENJALIN HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN SARAWAK. 2. BARANGAN SARAWAK – LADA HITAM, HALIA, KAPUR BARUS, SARANG BURUNG, EMAS, PERMATA, IKAN 3. SARAWAK DIKUNJUNGI PEDAGANG CINA UTK DAPATKAN LADA HITAM, KAPUR BARUS, EMAS, KAYU CENDANA, SUMBU BADAK, TELUR PENYU. 4. PEDAGANG CINA MENJUAL BARANGAN BESI, KACA DAN PINGGAN MANGKUK DI SANTUBONG. 5. PEDAGANG CINA, ARAB, INDIA DAN KEPULAUAN MELAYU MEMBAWA BARANGAN TEMBIKAR, SUTERA, BARANG LOGAM, KAIN, BARANG PERHIASAN
  • 8. Perkembangan Ekonomi Sabah & Sarawak Sekitar abad ke-19 dan 20, berlaku perkembangan ekonomi di Negeri-Negeri Melayu[Ditadbir oleh British], Sabah [Ditadbir oleh Syarikat Borneo Utara British]&Sarawak [Rajah Brooke]. Ekonomi komersial mulai berkembang dengan pengenalan tanaman baru seperti getah, lada hitam dan gambir selain kegiatan import eksport mulai rancak. Berikut ialah tanaman & galian bersifat komersial yang diusahakan di oleh penduduk di Sabah & Sarawak. ahakan di Sabah & Sarawak. Sistem ekonomi di sabah dan sarawak Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak. Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan.
  • 9. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah ) Kegiatan Ekonomi Sara diri. a. Penanaman Padi.  Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah. b. Perikanan.  Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar. c. Tanaman-tanaman lain.  Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah. d. Perlombongan  Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh. e. Perdagangan.  Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu. Kegiatan ekonomi komersial a. Lada hitam  Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.  Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia. b. Gambir.  Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil. c. Sagu.  Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun- pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu.
  • 10. d. Perlombongan.  Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak. C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah ) Kegiatan ekonomi sara diri a. Penanaman Padi  Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut dan Bajau. b. Tanaman-tanaman lain  Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan „ makanan selang” c. Pertukangan  Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda. d. Perikanan  Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei. e. Penternakan  Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan. Kegiatan Ekonomi Komersial a. Tembakau  SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.  Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot. b. Perlombongan.  Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB. C. Penutup ( 2/3 markah ) Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat,
  • 11. kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang.
  • 12. JELASKAN KEGIATAN EKONOMI KOMERSIL YANG DIJALANKAN DI SARAWAK PADA ABAD KE 19 PENGENALAN 1. Ekonomi komersil merupakan kegiatan ekonomi yang berorientasikan keuntungan dan dijalankan secara besar-besaran. 2. Di antara kegiatan ekonomi komersial yang dijalankan di Sarawak ialah pertanian dagangan, perdagangan dan perlombongan. 3. Pertanian dagangan yang dijalankan di Sarawak ialah penanaman getah, lada hitam, gambir dan sagu. Selain itu kegiatan pembalakan dan perlombongan juga turut diusahakan. B. ISl[ a. Getah 1. Getah ditanam di Kuching dalam tahun 1881 tetapi tidak diusahakan dengan serius. Usaha yang serius hanya dijalankan setelah getah muncul sebagai barang yang berharga pada awal tahun 1.900. 2. Kemerosotan harga kopi menyebabkan orang Eropah beralih kepada perusahaan getah. b. Lada Hitam 1. Lada hitam di tanam di kawasan Serian-Kuching dan juga Sarikei. 2. Lada hitam merupakan tanaman tradisional Sarawak yang menjadi eksport terpenting dan mendatangkan pulangan yang lumayan. 3. Rajah Charles Brooke telah menghidupkan semula tanaman ini dan memberikannya kepada buruh- buruh cina dari Singapura. 4. Pada tahun 1870 an tanaman ini Berjaya dijalankan secara meluas di Ulu Sarawak.. Pengusaha dari Singapura turut juga menanam tanaman ini bersama gambir. C. Gambir 1. Gambir mina di tanam di Bau Sarawak dan tanaman ini telah diusahakan secara komersil oleh orang- orang cina. 2. Gambir teak mina mendapat permintaan: yang meluas pada tahun 1880 dan 1890. d. Sagu 1. Sagu merupakan hasil penduduk Melanau di tepi Sungai Rajang, Igau, Oya dan Sungai Mukah. 2. Sepanjang abad ke 19 sagu rnerupakan eksport terpenting Sarawak dan sebahagian daripada hash sagu dunia di keluarkan dari Sarawak. 3. Perkembangan sagu menjadi lebih maju ketika pentadbiran keluarga Brooke pada tahun 1861.
  • 13. 4. Pedagang-pedagang melayu adalah merupakan pengeksport utama sagu di Kuching. 5. Sebahagian besar perniagaan sagu adalah dikuasai oleh orang cina. e. Pembalakan 1. Sarawak mempunyai kawasan pembalakan yang sangat luas dan mula dieksport pada tahun 1890 apabila pedagang cina mula memasarkannya ke seberang laut. 2. Industri kayu balak Sarawak adalah dimonopoli oleh orang-orang cina. f. Perlombongan 1. Kegiatan perlombongan yang dijalankan di Sarawak ialah antimony, emas, arang batu, bijih timah dan petroleum. ''. Antimoni di lombong di kawasan Baud an digunakan untuk mebuat plat bateri. 3. Emas dan bouksit pula di lombomg di Baud an Kuching dan perusahaan perlombongan ini dimonopoli oleh saudagar cina.Petroleum pula mula di lombong di Sarawak pada awal tahun1890 dan 1900. g. Hasil Hutan Antara kegiatan basil hutan yang paling utama ialah memungut sarang burin yang dijalankan di Gua Mulu dan Gua Gematong di Sarawak.. C. KESIMPULAN 1. Ekonorni komersil berkembang pesat di Sarawak pada abad ke 19 dan menjadi penyumbang kepada eksport utama Sarawak. 2. Kegiatan ekonomi komersil ini telah menarik ramai pemodal dan pelabur China dan Eropah untuk terlibat dalam kegiatan ekonorni komersil di Saraw Posted by
  • 14. Huraikan ciri-ciri ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campurtangan British. Ekonomi Tanah Melayu bercorak sara diri. Pada pertengahan abad ke-19, ekonomi Tanah Melayu telah mengalami perubahan pesat yang menyebabkan munculnya sistem ekonomi dagangan. Kegiatan ekonomi Tanah Melayu tertumpu kepada ekonomi komersial dalam sector pertanian dagangan dan perlombongan. Pertanian sara diri dijalankan oleh orang Melayu di kawasan pedalaman dan pinggir laut. Usaha ekonomi hanya cukup untuk keperluan keluarga. Tiada pengekportan atau perdagangan secara besar- besaran. Teknologi moden masih belum digunakan. Ahli-ahli keluarga turut terlibat dalam pertanian sara diri. Jumlah hasil mereka bergantung pada besar kecilnya tanah yang mereka usahakan dan keperluan mereka sendiri. Tanaman utama mereka ialah padi sawah. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah. Padi huma atau padi bukit ditanam di kawasan tanah tinggi. Sistem pengairan juga merupakan satu aspek yang penting dalam menentukan kesuburan tanaman padi. Penanaman padi banyak dijalankan di Kedah dan Perak. Terdapat juga tanaman-tanaman lain seperti gambir, kopi, the, sayur- sayuran dan pokok buah-buahan. Pertanian sara diri juga dijalankan oleh masyarakat di Sabah dan Sarawak. Orang Kadazan menanam padi sawah di lembah Pantai Barat Sabah seperti Tuaran dan Penampang. Orang Murut menanam padi huma di bukit dan kawasan yang kurang subur. Di Sarawak pula, padi huma ditanam oleh ahli masyarakat Iban, Bidayuh, dan Kenyah. Penanaman padi huma dijalankan secara bergotong-royong. Orang Kelabit yang tinggal di kawasan bukit di hulu Sungai Baram turut menanam padi sawah. Tanaman-tanaman lain adalah seperti sayur-sayuran dan pokok buah-buahan. Pada abad ke-19, pertanian dagangan memainkan peranan penting kepada ekonomi Tanah Melayu. Pertanian dagangan ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat perkembangan, iaitu peringkat pertama yang berupa pertanian yang mementingkan tanaman jangka masa pendek, seperti lada hitam, gambir, ubi kayu, tabu, dan kopi. Peringkat kedua ialah penaman getah yang merupakan tanaman dagangan yang paling penting. Pada umumnya, orang Cina dan Eropah yang banyak terlibat dalam pertanian dagangan ini.
  • 15. Gambir dan lada hitam banyak ditanam di Negeri Johor dan Sarawak. Kemudiannya, diperluaskan ke Selangor dan Negeri Sembilan. Tanaman gambir dan lada hitam dimajukan oleh pembesar dan raja di negeri masing-masing. Pada tahun 1840-an, Temenggung Ibrahim telah menjemput orang Cina dari Singapura untuk membuka lading gambir dan lada hitam di tebing sungai di selatan Johor di bawah sistem Kangcu. Lada hitam dan gambir merupakan tanaman eksport utama negeri Johor sehingga tahun 1910, malah membolehkan Sultan Johor memperolehi pendapatan yang lumayan hasil daripada eksport lada hitam. Modal penanaman lada hitam dan gambir di Johor dikeluarkan oleh orang Cina dari Singapura. Di Sarawak, lada hitam juga merupakan tanaman eksport yang penting. Sarawak memberi konsensi kepada orang Cina dari Singapura untuk menanam lada hitam di Kuching-Serian dan Serikei-Meradong. Hasil pengeluaran lada hitam telah meningkat dan, menyebabkan Sarawak menjadi pengeluar lada hitam terbesar di dunia selepas Indonesia. Pada pertengahan abab ke-19, peladang-peladang Eropah dan China telah membuka lading-ladang tebu di Province Wellesley, Pulau Pinang dan Melaka. Mulai 1870-an, tanaman tebu telah diperluas ke Perak, terutamanya di daerah Kerian. Orang-orang Eropah kemudiannya telah mendirikan kilang memperoses gula di Perak menyebabkan gul muncul sebagai eksport penting negeri Perak sehingga permulaan abad ke-20. Selain tebu, ubi kayu juga telah ditanam secara komersial oleh orang Cina di Melaka dan dalam tahun 1850-an, ubi kayu muncul sebagai tanaman eksport yang utama bagi Melaka. Dalam tahun 1880- an, penanaman ubi kayu telah diperluaskan ke Negeri Sembilan dan dieksport keBritain. Tanaman kopi juga telah diusahakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor. Pada mulanya, kopi juga ditanam secara sara diri oleh orang Jawa di Perak, Selangor, dan Johor. Kemudiannya, secara besar-besaran apabila orang Cina datang. Mulai tahun 1880-an, kopi telah muncul sebagai tanaman jualan yang penting di Tanah Melayu. Kebanyakan kopi ditanam oleh peladang- peladang Eropah yang berpengalaman di Sri Lanka. Tanaman sagu untuk eksport juga ditanam di Mukah dan Oya di Sarawak. Manakalah, tanaman tembakau ditanam di Sabah, tetapi kemudiannya merosot akibat serangan penyakit dan persaingan daripada Amerika Syarikat. Pembalakan juga berkembang di Sabah sehingga menjadi sumber pendapatan Sabah yang utama. Sehingga tahun 1885, kayu-kayu balak ini telah dieksport ke Australia, Hong Kong, Jepun dan Britain. Syarikat kayu balak yang utama ialah Britain Borneo Timber Company. Selain itu, hasil- hasil hutan seperti dammar dan juga rotan menjadi eksport yang penting, terutamanya di Pahang dan Kelantan.
  • 16. Tanaman getah telah diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan mengalami perkembangan pesat pada abad ke-20. Perkembangan pesat tanaman getah ini dipelopori oleh HN Ridley. Beliau telah menggalakan tanaman getah dengan memperkenalkan pisau toreh dan mengankut anak benih getah secara dibungkus dengan arang. Adanya pelaburan daripada orang Eropah seperti Syarikat Sime Darby, Harrison and Crosfield dan tenaga buruh yang murah serta galakan kerajaan seperti menyediakan kemudahan perhubungan dan pengangkutan, turut memajukan tanaman getah di Tanah Melayu. Dalam sector perlombongan, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan tertua. Sehingga tahun 1820-an, lombong-lombong bijih timah dikuasi oleh raja-raja dan pembesar Melayu. Kaedah yang digunakan adalah adalah dengan melampan dan mendulang. Kerja melombong bijih timah telah diambil alih oleh orang Cina pada pertengahan abad ke-19. Orang-orang Cina telah memperkenalkan kaedah perlombongan bijih timah yang lebih berkesan seperti lombong dedah, pam, roda air, dan enjin stim. Kaedah melombong yang diperkenalkan oleh orang Cina ini telah meningkatkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. Ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak memperihatkan kemantapan ekonomi sara diri dan ekonomi komersial sebelum kedatangan British. Ekonomi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawaksudah pun mencapai satu tahap yang matang. Sebelum tahun 1874, pelbagai tanaman dan galian telah pun dikeluarkan.
  • 17. SEJ T 6 Ing di Sabah dan Sarawak Imperialisme British di Sabah dan Sarawak Pengenalan Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah dan Sarawak juga berlakunya keadaan yang sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaan sesuatu kawasan adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga Brooke telah menduduki Sarawak dan menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanya memainkan peranannya dalam sector ekonomi di Sabah. Sarawak Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak oleh Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brooke adalah untuk membalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pangeran Indera Mahkota. Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai “Raja Sarawak” oleh Pangeran Muda Hashim. Dengan itu, James Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak. Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak. Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangan daripada pribumi Sarawak seperti orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap, seorang ketua lanun di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British. James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu. Selepas mendapatkan kebenaran Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk menjaga keamanan di situ. Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasa James Brooke. Antaranya ialah Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dan kawasan dari Rajang hingga Tanjung Kindurong. Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Raja Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di wilayah tersebut. Sabah Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak di bawah Kesultanan Brunei dan bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu. British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernama Alexander Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada
  • 18. tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak British diberi kebenaran untuk mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-wilayah di Timur Kimanis. Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun 1775. Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan, terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan Pulau Labuan tetapi petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan SHTI. Walau bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British. Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) pada tahun 1881. Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika Syarikat bernama Charles Lee Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah mendapat konsesi ke atas beberapa kawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan bayaran $9500 daripada Sultan Brunei – Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniat memajukan konsesi ini lalu dijual kepada The American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey, seorang pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong. William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, William Torrey telah menjual secara konsesinya kepada 2 orang ahli perniagaan iaitu Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong) dan Alfred Dent (seorang peniaga British). Pada masa pembelian konsesi itu, tempoh konsesi selama 10 tahun itu telah tamat. Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan Sultan Brunei pada tahun 1877. Syarat-syarat perjanjian 1877 ialah: a. Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent. b. Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran. Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian dengan Overneck dan Dent. Baginda bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent. Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British supaya rakyat British boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksa menjual segala bahagian konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British dan Overbeck bukan bangsa British. Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagam daripada kerajaan British dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk mentadbir Sabah. Dengan menganugerahkan piagam kepada syarikat itu, Kerajaan British dapat meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabah dari tahun 1881 hingga tahun 1946.
  • 19.
  • 20. Bab 10 : Sarawak (1) Latar belakang sejarah Sarawak 1. Nama berasal nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. 2. Kewujudan manusia dijumpai kira-kira 40 ribu tahun dahulu. 3. Buktinya ialah : i. tinggalan tembikar ii. kapak, pisau daripada batu iii. lukisan yang diconteng pada dinding gua. 4. Negeri terawal diduduki oleh manusia. (2) Pertalian Sarawak dgn Kesultanan Brunei dan Sulu. 1. Ditadbir Kesultanan Brunei sejak abad 15. 2. bahagikan Sarawak kpd unit jajahan. 3. Setiap unit jajahan ditadbir oleh seorang pembesar yang mempunyai kuasa autonomi. 4. Sungai Skrang ditadbir oleh Syarif Sahap 5. Sungai Sarawak (Kuching) ditadbir oleh Pangeran Mahkota. (3) Masyarakat Sarawak 1. Terbahagi mengikut kawasan penempatan : i. persisiran pantai ii. lembah sungai iii. pedalaman dan tanah tinggi. 2. Kawasan paling padat penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di barat Kuching dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah. 3. Corak penempatan & taburan penduduknya berselera menyebabkan mereka kurang berhubung dgn orang luar (a) Masyarakat di persisiran pantai.
  • 21. 1. Orang Melayu duduki kawasan Kuching, Simanggang, Sibu, Mukah, Oya, Saribas dan Tanjung Datu. 2. Orang Melanau duduki Lembah Utara Rajang, Mukah, Oya dan Bintulu. b) Masyarakat di Lembah sungai. 1. Orang Iban tinggal di kawasan Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rajang. 2. Orang Bidayuh tinggal di Singgai, Sadong, Sungai Kayan. 3. Orang Kenyah tinggal di kawasan Batang Baram, Ulu Batang, Rajah, Balui. c) Masyarakat di pedalaman. 1. Orang Kelabit tinggal di kawasan Lembah Terusan, Sungai Baram. 2. Orang Penan menduduki kawasan Hutan Baram dan Sungai Rajang. 3. Orang Murut menduduki kawasan kaki bukit dan gunung di utara Sarawak dan di kawasan Sungai Trusan dan Limbang. (3) Kegiatan sosiobudaya a) Pendidikan. 1. Penduduk bumiputera menerima pendidikan tidak formal dan formal. 2. Pendidikan tidak formal melalui cerita lisan yang berkaitan amalan dan kepercayaan turun- temurun spt cara berburu dan pungut hasil hutan. 3. Pendidikan formal berkaitan agama yang dijalankan di masjid dan sekolah agama. 4. Pendidikan agama Islam – membaca al-Quran dan menulis jawi diajar kepada etnik yang beragama Islam. 5. Pendidikan berkaitan hukum Islam spt cara melaksanakan ibadat diajar oleh guru al-Quran, imam dan lebai. b) Peraturan dan adat resam. 1. Bagi masyarakat beragama Islam cara hidup dan adatnya berasaskan ajaran Islam, 2. Bagi masyarakat bukan Islam, cara hidup berasaskan warisan turun-temurun 3. Masyarakat bumiputera Sarawak mempunyai tuai rumah – bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan 4. Tuai rumah selesaikan masalah perkahwinan, perceraian, peraturan dan perayaan.
  • 22. 5. Dua upacara ditentukan oleh tuai rumah : i. tarikh Hari Gawai (pesta menuai) ii. tarikh perayaan „Beranyi‟. 6. Orang Iban mempunyai tradisi menyimpan pasu, gong dan tempayan yg dipanggil tajau. 7. Tajau diwarisi turun-temurun, bernilai, dianggap suci dan dihormati. 8. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. 9. Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang-gelang timah atau tembaga hingga cuping telinga menjadi lanjut. 10. Menindik telinga gambarkan kecantikan. 11. Jenis anting-anting yang digunakan akan menggambarkan status yang berbeza. 12. Orang Kayan, Kelabit dan Kenyah – amalan melukis tatu pada badan. 13. Orang Melayu Sarawak amalkan peraturan adat resam berasaskan agama Islam. 14. Orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu masih tinggal di rumah panjang. 15. Rumah panjang spt sebuah perkampungan. 16. Tuai rumah menjaga keamanan anak buah. c) Kebudayaan. 1. Orang Melanau merayakan perayaan Kaul. 2. Ciri-ciri perayaan Kaul : i. Menjamu ipok yang mengawal laut. ii. Tujuan perayaan untuk memperoleh hasil tangkapan yang memuaskan, selamat ketika di laut dan mengelakkan penyakit. iii. serahang yang diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah akan dimasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai (rokok daun) dan sirih.
  • 23. iv. Serahang inilah yang disediakan untuk menjamu ipok. 3. Orang Iban merayakan perayaan Gawai (Pesta Menuai). : i. Jenis Hari Gawai – Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang dan Gawai Antu ii. Tarian Ngajat sebagai tanda kesyukuran dalam pesta menuai padi. 4. Di kalangan orang Melayu Sarawak, seni tradisi mereka dinamakan bergendang. : i. hanya kaum lelaki yang menari. ii. Kaum perempuan bermain gendang sambil menyanyi dan berpantun. iii. meliputi permainan muzik, nyanyian, pantun dan tarian. d) Agama dan kepercayaan. 1. Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya – amalkan kepercayaan animisme. 2. Orang Melanau yang bukan beragama Islam percaya makhluk ghaib yang dipanggil ipok. 3 Orang Penan dikenali sebagai Penan nomad : i. amalkan hidup berpindah – randah, apabila berlakunya kematian. ii. Dilarang menetap kekal di suatu tempat. iii. Dilarang menebang pokok besar dan melapangkan kawasan hutan. 4 Kepercayaan orang Iban : i. apabila membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yg ingin didirikan rumah perlu disemah terlebih dahulu. ii. percaya kepada petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.
  • 24. iii. Bunyi burung – dikatakan petanda mereka tidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu. (5) Kegiatan ekonomi a) Sara diri. 1. Menyara hidup dengan : i. menanam padi huma atau padi bukit ii. jadi nelayan, iii. pungut hasil hutan iv. berniaga kecil-kecilan. 2. Orang Iban, Murut, Kenyah dan Kayan di kawasan pedalaman menanam padi, berburu dan memungut hasil hutan 3. Orang Penan di hulu Sungai Baram dan Sungai Rajang – berburu binatang dengan menggunakan sumpitan. 4. Pekerjaaan orang Melayu : i. menanam padi sawah dan kelapa ii. peniaga kecil-kecilan iii. orang tengah dalam perniagaan. 5. Kegiatan ekonomi orang Melanau : i. menanam padi sawah ii. menjadi nelayan. 6. Kegiatan ekonomi orang Bidayuh : i. menanam padi huma ii. jadi peladang. 7. Kegiatan ekonomi orang Kelabit : i. menanam padi sawah ii. berburu iii. pungut hasil hutan. 8. Penduduk di pedalaman -pungut hasil hutan b) Pertanian 1. Padi huma ditanam di tempat tinggal etnik Iban, Bidayuh dan orang Ulu.
  • 25. 2. Padi sawah ditanam oleh orang Kelabit. Terkenal dengan beras jenis bario. 3. Sagu diusahakan oleh orang Melanau, : i. sagu ini tumbuh di kawasan berpaya ii. Selepas 10 tahun sagu boleh ditebang iii. Ripo (isi dalam sagu) dikeluarkan, dijemur hingga kering iv. diproses sebelum dijadikan tepung sagu yang dikenali sebagai lemantak. 4. Sarawak terkenal sebagai pengeksport sagu. 5. Lada hitam oleh Kedayan dan Murut 6. Sarawak pengeksport lada hitam. c) Perlombongan 1. Antimoni dan emas bahan galian terpenting 2. Awalnya ditadbir oleh Datu Patinggi Ali. 3. Kaum Bidayuh – kaum aktif dalam kedua-dua perlombongan 4. Orang Cina di Bau, Paku dan Bidi menjalankan kegiatan melombong emas. d) Perdagangan 1. Kesultanan Melayu Melaka pernah menjalin hubungan perdagangan dengan Sarawak. 2. Barangan Sarawak – lada hitam, halia, kapur barus, sarang burung, emas, permata, ikan 3. Sarawak dikunjungi pedagang Cina utk dapatkan lada hitam, kapur barus, emas, kayu cendana, sumbu badak, telur penyu. 4. Pedagang Cina menjual barangan besi, kaca dan pinggan mangkuk di Santubong. 5. Pedagang Cina, Arab, India dan Kepulauan Melayu membawa barangan tembikar, sutera, barang logam, kain, barang perhiasan
  • 26. LATAR BELAKANG PENDUDUK DI SABAH & SARAWAK PENDAHULUAN Sejarah negeri Sabah dan negeri Sarawak hingga ke tahun 1963 boleh dibahagikan kepada empat era, iaitu Sejarah Zaman Kesultanan Brunei dan Sulu Tradisonal hingga tahun 1840; Sejarah Zaman Penjajahan Kuasa Asing (Inggeris dan Jepun) hingga tahun 1945; Sejarah Zaman Nasionalisme dan kemerdekaan daripada tahun 1946 hingga 1963, dan; Sejarah Zaman Selepas Merdeka (Dalam Malaysia) hingga kini. Kursus ini meliputi bahagian zaman awal hingga zaman kemerdekaan sahaja. Dalam meneliti perkembangan sejarah negeri Sabah dan Sarawak, susur galur sejarah Kesultanan Brunei Darussalam harus dirujuk kerana kedua-dua negeri tersebut merupakan sebahagian wilayah de facto Kesultanan Brunei sebelum kurun masehi Kesembilan belas. Sabah juga pernah menerima kuasa de facto daripada Kesultanan Sulu. Kejatuhan kerajaan Empayar Melayu Brunei, dan Sulu adalah implikasi daripada dasar perluasan kuasa penjajah Barat. Sejarah zaman penjajahan kuasa Barat bermula dalam masa yang berbeza di kedua-dua wilayah ini, iaitu pada tahun 1841 di Sarawak, dan tahun 1878 di North Borneo (Sabah). Dalam Meneliti sejarah kedua-dua wilayah tersebut, sejarah Kesultanan Brunei Darussalam wajib dirujuk terlebih dahulu sebagai asas kepada perkembangan sejarah yang berlaku seterusnya di kedua-dua wilayah politik yang kini dikenali juga sebagai Malaysia Timur. Hal ini diakui oleh sarjana Barat, seperti mana kata L.W. Jones (1966), bahawa; Here [sic. merujuk kepada Brunei] lies the key to the island's early history. The whole island was subject to the dominion of the Sultanate of Brunei. Dalam pada itu, Jones juga menyokong fakta bahawa 'Borneo' and 'Brunei' are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago Brunei was referred to as 'Borneo Proper'. Namun, tinjauan secara khusus terhadap sejarah Kesultanan Brunei Darussalam hanya dilakukan sekadar sepintas lalu sahaja. Seterusnya, penelitian diberikan terhadap sejarah dasar pemerintahan kuasa-kuasa penjajah Barat, termasuk sejarah perang dan pemerintahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua secara terperinci, termasuk meninjau implikasi pendudukan Jepun ke atas penduduk di rantau ini. Perkembangan sejarah selanjutnya memfokus kepada perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk, khususnya cabaran yang mereka hadapi dalam memperjuangkan gagasan Malaysia sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun 1963. KEDUDUKAN GEOGRAFI Malaysia Timur terletak di bahagian utara pulau Borneo, iaitu merupakan pulau yang ketiga terbesar di dunia selepas New Guinea dan Greenland. BORNEO, atau panggilan aslinya, Pulo Kalamantan atau Kalimantan, dengan keluasan 740,000 kilometer persegi. Pengklasifikasian 'Borneo' untuk pulau tersebut adalah timbul daripada salah faham penulis-penulis Barat untuk perkataan asalnya, iaitu Burni. Sebelum kedatangan orang Barat ke rantau ini, Burni atau Borneo telah pun dikenali oleh orang China berdasarkan rekod awal dinasti-dinasti yang memerintah negara mereka. Ramai di kalangan sarjana percaya bahawa istilah Burni pada asalnya merupakan satu rujukan kepada sebuah kerajaan dan bandar yang terletak di sebelah pantai barat-laut pulau Borneo, iaitu merujuk kepada negara Brunei Darussalam pada hari ini. Istilah ini memang agak popular di kalangan penduduk Tanah Melayu ketika penjajahan orang Portugis berlaku dalam tahun masehi 1511. Dalam hal ini Hugh Low (1988)
  • 27. sendiri mempercayai satu hakikat ketika itu, berkata …it being rarely the custom of the natives [peribumi Tanah Melayu] to apply a distinguishing name to the whole as, and collectively, but to designate each part by the name of the most powerful kingdom situated in it. Misalnya istilah Tanah Melayu ada kaitannya dengan keagungan kerajaan Melayu-Jambi di Sumatra suatu ketika dahulu kala. Justeru itu, Tanah Burni atau the land of Burni lahir sebagai nama kerajaan yang terkuat di pulau Borneo dalam di antara kurun masehi Kelima belas dan Keenam belas. Di samping itu, satu persamaan di sini boleh kaitkan dengan istilah Tanah Banjarmasin yang digunakan oleh Jawa untuk wilayah kerajaan Banjarmasin di bahagian selatan pulau Borneo. Pendek kata, menurut kenyataan Hunt pada tahun 1812 bahawa Pulo Kalimantan [atau Burni] merupakan nama sebuah ibu kota bagi tiga buah kerajaan (Brunei, Sambas dan Kutai) yang berasingan di pulau Borneo ketika itu. Borneo dibahagikan kepada tiga wilayah politik antarabangsa. Dua daripadanya adalah bekas tanah kolonial dan satu lagi berstatus protectorate (naungan). Wilayah terbesar dengan keluasan 340,000 kilometer persegi yang meliputi sebahagian besar kawasan di timur, selatan dan barat pulau Borneo merupakan wilayah Kalimantan. Wilayah ini merupakan bekas jajahan Belanda dan memperolehi kemerdekaannya pada tahun 1949 dalam Republik Indonesia. Ia dibahagikan kepada empat kawasan pentadbiran utama; Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur. Lebih kurang satu pertiga keluasan pulau Borneo di bahagian barat-laut dan utara meliputi wilayah Sarawak, Brunei dan Sabah. Wilayah Brunei yang terletak di antara Sabah dan Sarawak terpecah kepada dua wilayah oleh Bahagian Limbang, Sarawak. Wilayah Politik yang kedua besar dengan keluasan 200,000 kilometer persegi disebut sebagai Malaysia Timur yang merujuk kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak. Kedua-dua negeri ini pada mulanya menjadi negeri naungan British sejak tahun 1888. Dalam tahun 1946 kedua negeri ini diletak dibawah pentadbiran Kerajaan Kolonial British. Dalam tahun 1957, kedua-duanya memperolehi kemerdekaan bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Dalam tahun 1963 negeri Sabah dan Sarawak menyertai gabungan negeri-negeri Melayu yang lain kecuali Brunei dan Sngapura untuk penubuhan Persekutuan Malaysia. Wilayah politik yang ketiga dengan keluasan 5,765 kilometer persegi di sebelah barat-laut Borneo ialah negara Kesultanan Brunei Darussalam. Brunei juga merupakan bekas wilayah naungan British sejak tahun 1888 bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak. Brunei mencapai kemerdekaannya pada 1 Janurari 1984. Negeri Sabah, negeri Sarawak dan negara Brunei dikelilingi oleh tiga perairan laut yang menyimpan banyak sejarah ketamadunan manusia di masa lampau, iaitu Laut China Selatan di sebelah barat, Laut Sulu di sebelah utara, dan Laut Sulawesi di sebelah timur. Terutamanya, ketiga-tiga laut tersebut merupakan kemudahan perhubungan semulajadi bagi sebarang kegiatan penting dan migrasi manusia dari Tanah Besar Asia, Malaya dan kepulauan Indonesia. Orang Cina telah mula bertapak di negara dan negeri-negeri Borneo seawal kurun masehi Keempat belas lagi. Namun migrasi orang Cina dari Tanah Besar Asia secara besar-besar hanya berlaku seawal tahun 1820an, khususnya tertumpu ke sekitar Sibu dan Sandakan. Migrasi orang Melayu dari Malaya, Jawa dan Sumatra ke Borneo Utara, khususnya ke Sarawak dan Brunei mula berlaku seawal kurun masehi Ketiga belas lagi melalui Laut China Selatan. Sementara Laut Sulu memberi laluan kepada kemasukan unsur-unsur dari Filipina, khusus ke Sabah. Di
  • 28. samping itu, Laut Sulawesi di sebelah timur dan Laut Jawa di sebelah selatan juga penting kepada penduduk Borneo amnya dari segi ekonomi perniagaan dengan saudagar-saudagar dari Pulau Jawa, dan Sumatra. SABAH terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42' ke utara dan garis bujur di antara 1150 20' hingga 1190 15' ke timur. Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak di sebelah barat-daya. Negeri Sabah dalam zaman penjajahan dikenali sebagai North Borneo [Borneo Utara]. Pada asalnya, nama 'Sabah' itu merupakan nama asli penduduk peribumi di Sabah bagi bahagian tertentu di pantai barat laut, khususnya yang telah digunakan secara rasmi pada tahun 1877 sempena penganugerahan gelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von Overbeck (salah seorang pengarah syarikat British North Borneo Company) oleh Sultan Brunei, Abdul Momin (1852-85). Kawasan 'Sabah' ketika itu adalah merujuk kepada semua wilayah, sungai, daratan dan daerah yang terletak di dalam kawasan antara Teluk Kimanis di pantai barat laut Borneo dengan Sungai Sibuko di pantai timur. Di antara 21 Jun 1877 dan 22 Januari 1878, kawasan-kawasan tersebut telah disewakan kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara oleh Sultan Abdul Momin Brunei, Pengiran Temenggung Sahibul Bahar Brunei, dan Sultan Jamal Al-Alam Sulu. Istilah 'Sabah' ini secara beransur-ansur digunakan untuk merujuk kepada wilayah Borneo Utara tetapi istilah ini mula digunakan secara rasmi sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui kemasukannya dalam Persekutuan Malaysia. Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagan pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman.Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran, iaitu sejumlah 23 buah daerah keseluruhannya diu Sabah. Kinabatangan merupakan daerah yang terbesar dengan keluasan 17,594 kilometer persegi. Manakala Kota Kinabalu adalah daerah yang terkecil sekali dengan keluasan 350 kilometer persegi. SARAWAK terletak di bahagian sebelah barat-laut Borneo, yakni pulau ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan New Guinea. Sarawak berada pada kedudukan kira-kira di antara 00 50' hingga 50 0' ke utara garisan lintang dan di antara 1090 5' hingga 1150 50' pada garisan bujur. Ia bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan, sementara di sebelah barat dan utara adalah disempadani oleh Laut China Selatan, negara Brunei dan negeri Sabah. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 123,985 kilometer persegi. Ibu negeri Sarawak ialah Kuching, Selain daripada bandaraya Kuching, terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Sibu, Miri dan Bintulu. IKLIM Musim panas di Sabah dan Sarawak adalah di antara bulan March dan Oktober. Ketibaan musim Landas (lembap) boleh diteka ketika angin laut bertiup dengan kencang BENTUK MUKA BUMI Sarawak mempunyai pantai lautnya sepanjang kira-kira 500 batu. Pada kesuruhannya, bentuk muka
  • 29. bumi negeri Sarawak adalah bergunung-ganang yang curam. Gunung yang paling tinggi dalam negeri Sarawak adalah Gunung Murud yang setinggi kira-kira 7,950 kaki dan diikuti oleh Gunung Mulu yang setinggi kira-kira 7,798 kaki. Kira-kira tiga perempat keluasan wilayah Sarawak masih dilitupi hutan sekunder dan primer yang masih belum diduduk secara tetap oleh penduduknya. Namun begitu, terdapat sekumpulan kecil suku etnik Penan yang masih mengamalkan cara hidup tradisi mereka di kawasan-kawasan hutan ini. SALIRAN Sarawak juga mempunyai sungai yang banyak. Sungai yang terpanjang ialah Batang Ayer Rejang atau kini dikenali sebagai Sungai Rajang, iaitu sepanjang kira-kira 350 batu mengalir ke arar barat-laut Sarawak, di mana terletaknya bandar Sibu. Sabah - Sungai Kinabatangan dengan panjang 347 batu dari pucak Banjaran mengalir ke arah timur Daerah Sandakan ke Laut Sulu. PERHUBUNGAN Sehingga ke hari ini sistem perhubungan di Sarawak masih terhad, terutamanya oleh kerana masalah keadaan bentuk muka bumi yang rumit menjadi punca utama kelambatan usaha pembangunan sistem perhubungan dilakukan di negeri tersebut. Kini bandar-bandar utama di di antara Kuching hingga ke Limbang telahpun dihubungi oleh sebuah jalanraya separa-bertar. Perhubungan bandar-bandar dengan kawasan pinggir dan pedalaman masih lagi dihubungi dengan jalan-jalan kecil dan bot-bot laju serta perahu bermotor. MASYARAKAT PENDUDUK: PERMASALAHAN ASAL-USUL Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan kumpulan-kumpulan etnik di Borneo. Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari ini. Tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk peribumi asli yang mula sekali menghuni pulau Borneo amnya. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat laun kemudian penempatan mereka mula tersebar ke kawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawa kumpulan yang terawal tersebar ke pedalaman adalah berlaku akibat daripada desakan daripada kemunculan kumpulan pendatang baru sejak lebih kurang pada ke-15. Justeru itu, wujud tanggapan bahawa ciri-ciri kemasyarakatan primitif yang masih wujud di kawasan pedalaman Borneo adalah ekoran daripada ketiadaan hubungan mereka dengan orang luar. Sungguhpun demikian, hakikat keadaan taburan penduduk di Borneo pada hari ini menafikan tanggapan seumpama. Misalnya, proses migrasi yang telah berlaku sejak beberapa zaman yang lampau telah menjadikan negeri Sabah sebuah masyarakat yang berbilang keturunan, budaya, adat dan kepercayaan. Dalam bukunya bertajuk Borneo People, Malcolm MacDonald (1985) telah mengutarakan satu rumusan yang jelas sekali mengenai penduduk peribumi asli Borneo dalam beberapa dekad yang lalu, khususnya yang telah ditemuinya di wilayah Sarawak, bahawa;
  • 30. …natives in the deep jungle are 'uncivilized' pagans. They associate together in primitive tribal organization and are divided among distinct ethnological groups called Punans, Penans, Kayans, Kenyahs, Ibans, Land Dayaks, Muruts, and various others. They are the real 'wild men of Borneo'. Kenyataan tersebut telah menjadi asas pemikiran kepada pengkaji-pengkaji asing, khususnya para sarjana Barat dalam usaha mereka membina semula sejarah masyarakat peribumi asli di wiliayah negeri Sabah dan wilayah negeri Sarawak, malah hingga akhir ini pun. Pandangan yang seumpama seharusnya dikemaskinikan di kalangan para sarjana luar dan juga tempatan, memandangkan kemajuan hidup yang telah dicapai oleh masyarakat penduduk peribumi di kawasan-kawasan pedalaman Borneo amnya jelas sekali tidak tepat dengan penggunaan istilah "tribe" atau 'tribal" dalam penulisan-penulisan ilmiah kini dan di masa hadapan. Manakala bagi wilayah Sabah, menurut andaian setakat ini menyebut bahawa masyarakat manusia di Sabah pada awalnya adalah terdiri daripada beberapa suku etnik peribumi asli yang kemudiannya telah berubah menjadi sebuah masyarakat majmuk terutamanya ekoran daripada proses migrasi yang mula berlaku seawal-awalnya pada kurun masihi yang ke-10 lagi daripada Tanah Besar China, India, Kepulauan Philipina dan Sulu, Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain. Mengikut bancian rasmi tahun 1980, penduduk negeri Sabah berjumlah kira-kira 1,002,698 orang. Masyarakat negeri ini terdiri 29 kumpulan suku etnik yang dikelaskan sebagai Bumiputra, 12 kumpulan etnik bukan Bumiputra; termasuk 6 kumpulan suku etnik Cina dan selebihnya adalah berketurunan Pakistan, India, Eropah, dan lain-lain. Pada amnya kumpulan-kumpulan etnik dan suku etnik tersebut biasanya digolongkan ke dalam tiga kumpulan etnik utama, iaitu Bumiputra Melayu-Islam, Bumiputra bukan Melayu, dan Cina. Tegasnya, sehingga kini masih tidak ada bukti secara nyata tentang kewujudan satu etnik asli di Sabah. Penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang Sungai, Kwijau, Kedayaan, Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Dusun dan Murut merupakan dua kumpulan kaum yang terbesar bilangannya. Mereka mewaikili lebih kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah dalam kurun masehi ke-19. Pada keseluruhannya penduduk peribumi merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada penduduk Borneo Utara ketika itu. Namun peratusan ini mula merosot sekitar akhir kurun masehi ke-19, khususnya setelah kemasukan kaum pendatang seperti Cina sejak tahun 1887. Pihak penjajah terus menerus mengambil pekerja-pekerja upahan dari luar mengakibatkan berlakunya kemasukan beramai-ramai tanpa sekatan kemudian, terutamanya daripada Kalimantan dan Filipina. Pedatang-pedatang ini dikehendaki dalam sektor perladangan tembakau sekitar tahun 1900 dan 1910 dan getah sekitar tahun 1910 dan 1940. Dalam tempoh tersebut, keluasan tanaman tembakau ialah kira-kira 15,000 ekar, dan sementara getah pula kira-kira 128,680 ekar. Perkembangan penduduk dan pengakutan dari ladang-ladang dan perlombongan telah meningkatkan proses perbandaran. Terdapat 5 pusat bandar uyang berkembang dengan pesat dan menjadi tumpuan perdagangan dan pentadbiran ketika itu, iaiti Jesselton (Kota Kinabalu), Tawau, Kudat, Lahad Datu dan Sandakan. Kegiatan perlombongan oleh pedatang Cina berlaku sejak penemuan emas di Sungai Segama pada tahun 1880. Di samping itu pekan Tawau dan Sandakan merupakan tempat pengeluaran arang batu
  • 31. dari tahun 1890 hingga tahun 1905. Taburan Penduduk Sabah Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999 Penduduk Sabah pada hari ini dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.7 juta orang (1991). Terdapat lebih kurang 34 kumpulan suku kaum di Sabah. Pada amnya struktur masyarakat Sabah dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu Bumiputra Melayu-Islam, Bumiputra bukan Islam, dan Bukan Bumiputra. Bumiputra Melayu-Islam merangkumi kaum Melayu, Brunei, Brunei, Suluk, Bugis, Bisaya, Bajau, Idahan, Banjar, Tidong, Orang Sungei, Illanun, Kadayan dan Cocos. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku kaum Kadazan-Dusun, Murut, Kwijau, Lotud, Rungus, Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Minokok, Rumanau, Mangka'ak, dan termasuk Sino-Filipina. Bukan Bumiputra merangkumi kaum Cina, India, dan lain-lain. Permasalahan timbul apabila munculnya kenyataan Rutter (1929: 20) mengatakan bahawa semua penduduk pribumi di Sabah berasal daripada tempat lain oleh kerana tiada bukti yang nyata tentang kewujudan satu kaum asli di Sabah. Jumlah [929 ribu, 1980)] tahun 1991 adalah lebih 1.7 juta (900 ribu lelaki / 825 ribu perempuan) Taburan - 22.33 % dalam luas kawasan seluruh Sabah 73, 620 km. persegi Kepadatan - 25 orang km. persegi (1991) berbanding 14 orang km. persgi (1980) Terdapat 23 daerah - Daerah paling ramai - Tawau (244 ribu orang), Sandakan (222 ribu orang) dan KK (209 ribu orang) Daerah paling kurang - Kuala Penyu (14 ribu orang) Bilangan kaum etnik - lebih 34 kumpulan pribumi + lain-lain. Bumiputera (937 ribu) Cina (200 ribu) Indonesia (139 ribu) Lain-lain (32 ribu) Bukan warganegara (425 ribu) Dusun (216 ribu), Kadazan (104 ribu), Bajau (203 ribu), Melayu (106 ribu) Murut (50 ribu), Irranun (40 ribu) lain-lain Bumiputera (255 ribu) Taburan Penduduk Sarawak Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999 Penduduk Sarawak dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.6 juta orang (1991). Terdapat lebih kurang 29 kumpulan suku kaum. Struktur masyarakat Sarawak juga lebih kurang sama dengan struktur masyarakat Sabah. Bumiputra Melayu-Islam merangkumi kaum Melayu, Kedayan dan segelintir orang Melanau dan Bisaya. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku kaum Bukitan, Bisaya, Dusun, Lun Bawang, Iban, Bidayuh, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong-Kanowit, Lugau, Lisun, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Lekit. Manakala Bukan Bumiputra merangkumi kaum Cina, India, dan lain-lain. Jumlah [1.2 juta, 1980)] tahun 1991 adalah lebih 1.6 juta (840 ribu lelaki / 802 ribu perempuan) Taburan Terdapat 28 daerah - Daerah paling ramai - Kuching (369 ribu orang), Sibu (170 ribu orang) dan Miri
  • 32. (161 ribu orang) Daerah paling kurang - Matu (9 ribu orang) Kepadatan - 14 orang km. persegi (1991) berbanding 11 orang km. persegi (1980) Bilangan kaum etnik - lebih kurang 28 kumpulan 1991 - Iban (29.6%), Cina (28.9%) Melayu (20.7%), Bidayuh (8.4%), Melanau (5.8 %) dan lain-lain (6.6%) Secara umumnya, mmasyarakat di Sabah dan Sarawak memiliki banyak persamaan dari segi konseptual dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Sebelum kewujudan pusat-pusat petempatan di kawasan- kawasan bandar utama, tidak wujud hubungan yang baik di antara penduduk-penduduk di Sabah dan Sarawak. Mereka biasanya berkelompok-kelompok mengikut kumpulan kaum masing-masing. Ini dapat dilihat berdasarkan corak petempatan mereka yang berasingan. Keadaan ini telah diwarisi turun temurun, terutamanya di kalangan masyarakat pedalaman. Dengan merujuk kepada nama-nama (klasifikasi) kaum (etnik) mereka sudah jelas menggambarkan keadaan ini. Biasanya sesuatu kaum itu mendapat klasifikasi etnik mereka berdasarkan nama tempat atau sungai yang mereka duduki. Misalnya, sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Dusun-Kadazan adalah masyarakat pagan. Sungguhpun ramai yang telah memeluk agama Islam dan Kristen, tetapi masih ada segelintir yang berada di pedalaman yang belum beragama hingga ke hari ini. Mereka masih mengamal sistem kepercayaan animisme. Kelambatan proses pembangunan di Sabah dan Sarawak amnya juga mengakibatkan dasar integrasi nasional gagal mencapai matlamatnya di kawasan pedalaman berbanding dengan penduduk di kawasan pantai. Tambahan kewujudan perbezaan yang ketara dari segi bahasa, adat dan kepercayaan juga menyukarkan usaha untuk mengadakan satu hubungan yang harmoni di kalangan masyarakat ini. Namun begitu, dewasa ini masyarakat di Sabah dan Sarawak banyak mengalami perubahan dan pembangunan dalam aspek sosio-ekonomi. Lebih ramai anak-anak penduduk dari pedalaman yang berjaya mendapat pendidikan tinggi ataupun sekurang-kurangnya berjaya ke peringkat sekolah menengah. PERMASALAHAN KEADAAN MASYARAKAT TRADISIONAL Pada awalnya kedua-dua negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku kaum pribumi, tetapi kerana perkembangan dunia perdagangan yang pesat berlaku sejak kurun ke-15 lagi di rantau Asia Tenggara, maka ini telah menggalakkan proses migrasi penduduk dari luar ke Borneo, seperti orang India, Cina, Bugis, Jawa, Melayu, dan Filipina. Proses migrasi yang telahpun sejak awal lagi itu telah membentuk masyarakat yang berbilang keturunan dan agama di Sabah dan Sarawak, dan proses migrasi dari luar ke Borneo bertambah pesat akibat daripada dasar penjajahan-ekonomi orang Inggeris dalam kurun ke-19. Sabah dan Sarawak merupakan wilayah-wilayah de facto Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu sebelum penjajahan Inggeris dalam kurun ke-19. Oleh kerana itu, apabila hendak membicarakan tentang sejarah masyarakat awal di kedua-dua negeri tersebut, para sarjana cenderung merujuk kepada Brunei untuk melihat atau menggambarkan keadaan dan ciri-ciri masyarakat di Sabah dan Sarawak. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan rekod-rekod sejarah awal di kedua-dua negeri tersebut. Namun begitu, para sarjana telah lupa akan kewujudan dan peranan tradisi lisan di kalangan
  • 33. masyarakat pribumi. Masih ramai sarjana moden dari Barat enggan menerima sumber lisan penduduk pribumi sebagai sumber sejarah kerana dipercayai fakta-faktanya tidak sahih. Memang benar pegangan ini, namun sumber lisan itu memiliki nilai sejarah yang tinggi jika usaha mentafsirnya secara rasional dilakukan dengan baik. Kerap kali unsur metos dan legenda diadunkan dalam cerita asal menyebabkan fikiran logik manusia enggan menerima dan mempercayainya. Tetapi fikiran yang rasional sentiasa menimbulkan persoalan untuk memberi pertimbangan terhadap kewujudan unsur-usur fantasia dalam tradisi lisan penduduk pribumi. Pendek kata, bahawa sumber lisan itu adalah merupakan 'tulisan atau sumber maklumat' sejarah masyarakat primitif dahulu kala, dan hari ini menjadi khazanah yang amat bernilai namun mengalami proses kepupusannya dalam arus teknologi hari ini. Keadaan masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman penjajahan Inggeris tidaklah dapat digambarkan melalui kacamata masyarakat Brunei. Masyarakat Brunei adalah didominasi oleh kaum Melayu, sama ada dari Jawa, Sumatra, Sulawesi, Tanah Melayu dan Johor-Riau/Lingga. Walhal, boleh dikatakan masyarakat Melayu di Sabah dan Sarawak adalah cuma kumpulan minoriti saja. Hinggi ke hari ini, masyarakat Melayu yang sebenar sukar dikenali dan bilangannya cuma kecil di Sabah dan Sarawak. Namun proses Islamisasi yang terus pesat berlaku di Sabah dan Sarawak telah mewujudkan masyarakat Melayu-Islam yang besar bilangannya. Ini adalah kerana kecenderungan pemeluk-pemmeluk yang baru untuk meninggalkan identiti asal mereka, ataupun tindakan ini biasanya disebut 'masuk Melayu', iaitu pada mulanya hanya diertikan sebagai 'masuk Islam', tetapi beransur-ansur berubah menjadi 'orang Melayu' setelah mengamal cara hidup orang Melayu, serta meninggalkan cara hidup yang asalnya. Masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman keagungan Kesultanan Brunei pada kurum masehi ke-16 digambarkan sebagai masyarakat 'pagan' oleh para pentadbir dan juga para sarjana. Keadaan ini dirujuk kepada kerajaan Brunei [Tua] yang ketika itu mula popular sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang aktif di rantau Asia Tenggara. Wujudnya hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar dirantau ini terutamanya negara China, Melaka dan Majapahit telah menyumbang kemakmuran kepada kerajaan Brunei. Dengan adanya hubungan baik ini juga memberi jaminan keselamatan kepada Brunei untuk memperluaskan kuasa politiknya ke atas Borneo dan Filipina. Menjelang akhir kurun Masehi ke-15, kuasa empayar Majapahit dan Melaka telah lemah, sementara negara China pula sibuk dengan urusan masalah dinastinya [masalah dalam negara] hingga tidak menghiraukan lagi hubungannya dengan negeri-negeri di luar. Terutamannya semasa zaman pemerintahan Sultan yang kelima, Sultan Bolkiah (1485-1524), Brunei dikisahkan berjaya memperluaskan kuasa politiknya ke atas seluruh Pulau Borneo hingga ke bahagian selatan Kepulauan Filipina. Sungguhpun begitu, masih tidak dapat diketahui dengan jelas tentang keadaan [ciri-ciri] dan kedudukan sebenar masyarakat Sabah dan Sarawak ketika itu. Rekod-rekod bertulis awal yang ditemui setakat ini cuma membicarakan tentang masyarakat di Brunei. Di Sabah, terdapat maklumat tentang kedatangan orang Cina ke Sungai Kinabatangan atau dikisahkan dalam sumber lisan sebagai 'China Batangan'. Kononnya seorang pembesar dihantar oleh Maharaja Yung Lo untuk meninjau gunung [kini sebagai Kinabalu] yang terkenal di kalangan saudagar-saudagar Arab yang membawa bekalan Kapur Barus berkualiti tinggi untuk diniagakan di China. Manakala menurut sumber lisan mengisahkan bagaimana seorang pembesar China membina petempatannya di 'China Batangan' dan kemudian anak perempuannya telah dikahwinkan dengan Sultan Brunei yang
  • 34. kedua, Sultan Ahmad [nama asalnya menurut sumber lisan ialah Pateh Berbai]. Manakala di Sarawak, rekod-rekod awal dinasti China ada mengisahkan tentang kerajaan Melanau di muara Sungai Rejang. Manakala bukti-bukti daripada usaha galicari arkeologi di Santubong [dalam kawasan Bahagian Kuching], dapat menggambarkan kewujudan petempatan masyarakat Buddha-Hindu. Namun tidak dapat dijelaskan setakat ini tentang asal usul penduduk Santubong pada masa itu. Dalam rekod awal negara China menyebut tentang kewujudan sebuah kerajaan Po-ni pada kurun masehi ke-9 yang menganut kepercayaan Buddha. Ada pendapat merujuk kerajaan tersebut kepada kerajaan Brunei Tua yang berpusat di tapak Kota Batu. Dan ada juga pendapat yang merujuknya kepada Santubong. Berdasarkan bukti-bukti galicari arkeologi menunjukkan Santubong merupakan petempatan awal yang lebih pesat berbanding dengan Kota Batu. Namun penemuan bukti-bukti arkeologi di tapak Kota Batu menunjukkan suatu era kemakmuran di antara kurun masehi ke-15 dan ke-16. Ini menjelaskan bahawa Santubong merupakan suatu pusat petempatan di pantai barat Borneo sebelum kerajaan Brunei [tapak Kota Batu] mengambil alih peranan tersebut bermula pada kurun masehi ke-15. Sehingga ke hari ini tidak terdapat sumber-sumber sejarah yang dapat dirujukkan tentang asal-usul masyarakat kaum pribumi asli di Sarawak. Kebanyakan kumpulan masyarakat pribumi di Sarawak merujuk asal-usul mereka dari bahagian selatan Borneo [Kalimantan]. Misalnya, kaum Iban dan Bidayuh dikatakan datang daripada lembah Sungai Kapuas. Manakala kaum Kayan dan Kenyah pula berasal dari Lembah Sungai Batang Kayan. Daripada hasil penyelidikan yang lepas menunjukkan proses migrasi masyarakat daripada bahagian Kalimantan ke bahagian Sarawak berlaku seawal-awalnya selepas kurun masehi ke-18. Pandangan-pandangan yang dikemukakan sebagai punca migrasi tersebut adalah tertumpu kepada faktor mobilisasi perekonomian, yakni mencari kawasan pertanian yang subur. Sebenarnya banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan migrasi tersebut, dan bukannya semata- mata kerana keperluan ekonomi. Misalnya, faktor persaingan sosial, faktor peperangan, dan faktor budaya 'merantau'. Seperti juga dengan orang Cina dan India dahulu, mereka datang ke Asia Tenggara untuk mencari kekayaan dengan harapan membawa balik segala perolehan mereka ke negara asal. Tetapi apa yang berlaku kemudian ialah mereka tidak balik ke tanahair tetapi terus menetap di luar negeri. Situasi yang serupa juga berlaku di kalangan penduduk pribumi Borneo. Orang Iban pada mulanya migrasi ke Bahagian Kedua, namun semasa zaman pemerintahan Regim Brooke mereka mula tersebar luas di seluruh negeri Sarawak hingga ke negeri Sabah. Menurut tradisi lisan masyarakat Brunei menyebut bahawa terdapat lima buah negeri di bawah takluk kerajaan Brunei, iaitu Kalaka, Mukah, Saribas, Samarahan, dan Sarawak [kini kawasan Kuching]. Sebenarnya sehingga kini tidak terdapat fakta sejarah yang dapat menunjukkan tarikh yang tepat bila wujudnya keberkesannya pemerintahan Brunei di kelima-lima negeri tersebut. Ahli-ahli sejarah percaya bahawa peristiwa penaklukan kelima-lima negeri tersebut berlaku sekitar di antara pertengahan kurun masehi ke-14 dan awal kurun masehi ke-15. Sering kali pertembungan persepsi dan pandangan di kalangan para sarjana berlaku bila hendak menghuraikan ciri-ciri masyarakat di pulau Borneo amnya. Pada dasarnya satu kesimpulan umum boleh diberikan bahawa daripada berbagai kumpulan etnik di Borneo itu, walau pun wujud unsur-unsur persamaan sosial dan ekonomi yang ketara tetapi juga tidak dapat dinafikan akan terbentuknya variasi ciri-ciri di antara kumpulan-kumpulan etnik tersebut. Variasi ciri-ciri tersebut terbentuk daripada sejarah dan pengalaman, pengaruh persekitaran, peranan ekonomi dan politik, kesan proses migrasi dan
  • 35. mobiliti fizikal, dan kesan kontaks antara etnik. CIRI-CIRI MASYARAKAT TRADISIONAL DI SABAH DAN SARAWAK Setiap masyarakat semestinya mempunyai sistem masyarakat tradisional. Apa yang kita lihat pada hari ini kebanyakkan sistem masyarakat telah mengalami banyak pembahan. Ini merupakan satu kemajuan dan ketamadunan yang dicapai ekoran dan pembahan kemajuan masyarakat itu sendiri. Namun, sesetengah sistem masyarakat tradisional masih diamalkan di kalangan masyarakat pada hari ini, terutamanya dalam aspek kebudayaan dan agama bagi penduduk Sabah dan Sarawak. Perubahan sistem masyarakat ekoran campurtangan orang luar terutamanya penjajah yang meninggalkan sistem masyarakatnya ke atas negeri jajahan. Ada juga disebabkan hubungan ekonomi. Penduduk tempatan akan meniru unsur-unsur luar yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang yang datang ke Borneo. Namun, tidak semua perubahan sistem masyarakat ini mendatangkan kesan negatif. Sesetengah perkara memberikan kesan positif contohnya, ke atas sistem ekonomi dan politik. Masyarakat dapat menyusun sistem politik dengan lebih teratur, serta memajukan sektor ekanomi. Masyarakat di Sabah dan Sarawak juga akan hidup bersatu padu dan tidak terikat dengan satu kaum sahaja. Dalam penulisan ini akan cuba perihalkan sistem masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak sebelum campur tangan penjajah Barat pada kurun ke-19. Terlebih dahulu akan mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan masyarakat tradisional. Menurut, Kamus Dewan menyatakan bahawa 'masyarakat' membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturcara hidup tertentu. Manakala tradisional memberi erti sifat atau mengikut tradisi yang menjadi kebiasaan turun temurun. Jadi, dapat disimpulkan bahawa masyarakat tradisional ialah golongan manusia yang mendiami sesuatu kawasan dan mengamalkan corak kehidupan berdasarkan peninggalan nenek moyang mereka. Dalam memperihalkan sistem ini saya menyentuh aspek petempatan, politik, sosial, kepercayaan, ekonomi dan agama. PETEMPATAN Petempatan merupakan perkara paling asas. Tanpa petempatan yang tetap masyarakat di Sabah dan Sarawak sudah tentu tidak dapat menjalankan sistem masyarakatnya dengan baik. Melalui petempatan yang tetap dapat memberi kemudahan kepada masyarakat itu sendiri menjalankan setiap aktiviti dan tugasan secara teratur serta berkerjasama. Di Sabah dan Sarawak mempunyai petempatan yang tersendiri. Sabah merupakan sebuah negeri kedua terbesar di Malaysia. la terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Di sebelah barat Sabah dipisahkan dengan semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan. Manakala di utaranya terdapat Laut Sulu dan dibahagian timur ialah Laut Sulawesi. Kedudukan Sabah yang dikelilingi oleh laut ini memberikan kemudahan perhubungan bagi negeri ini dengan negeri-negeri sekitarnya. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu. Bandar utama yang lain ialah Sandakan dan Tawau. Bentuk muka bumi di Sabah bergunung-ganang dengan Banjaran Crocker di sebelah barat dan Banjaran Brassey di sebelah timur. Tanah pamahnya terletak berhampiran dengan pantai. Sebab itulah, kebanyakan petempatan awal di Sabah terletak sepanjang pantai dan keadaan mi masih kekal hingga kini. Pantainya berteluk-teluk, mempunyai banyak pulau, tanjung dan pelabuhan yang teriindung serta beriklim khatulistiwa.
  • 36. Bagi negeri Sarawak pula, merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak juga terletak di sebelah barat Pulau Borneo dan bersempadan dengan Kalimantan di sebelah selatannya. Manakala di sebelah barat dan utara disempadani oleh Laut China Selatan, Brunei dan Sabah. Sarawak dianggap sebagai negeri tertua di Asia Tenggara, Asal usul nama sebenar Sarawak tidak dapat dipastikan tetapi, ramai sejarawan mempercayai ia adalah nama bagi Sungai Sarawak. Sesetengah ahli sejarah zaman ini, mengatakan Sarawak telah wujud sejak 45,000 tahun dahulu.Ia berdasarkan penemuan bukti di Gua Niah berupa tengkorak, bekas perkuburan, pasu dan mangkuk yang diperbuat daripada tembikar, lukisan gambar yang diconteng pada tembok gua dan alat batu. Ini menyokong bahawa Sarawak merupakan negeri tertua di Asia Tenggara. Sarawak mempunyai kawasan tanah pamah pantai yang luas .kawasan paya bakau dan pantainya tidak berteluk. Ekoran keadaan ini serta iklim khatulistiwa menjadikan Sarawak digemari oleh pedagang-pedagang. Setelah mengetahui tentang petempatan di Sabah dan Sarawak barulah menyentuh tentang aspek- aspek lain. Ini kerana setiap sistem yang diperihalkan selepas ini mempunyai kaitan dengan petempatan. Tanpa petempatan segala aktiviti tidak dapat dijalankan. Jadi aspek ini sangat penting sama ada secara langsung atau tidak langsung. SISTEM POLITIK Bila menyentuh mengenai politik di Sabah dan Sarawak, Brunei tidak akan ketinggalan. Ini kerana keadaan petempatan mereka berdekatan. Sabah dan Sarawak berada di bawah pemerintahan sultan Brunei yang kelima. Nama sultan tersebut ialah Sultan Bulkiah. Kenaikan baginda ke atas takhta kerajaan Brunai padaawal kurun ke-16. Sultan Bulkiah dikenali dengan nama Nahkoda Ragam. Baginda seorang ahli pelayaran yang cekap dan handal. Semasa pemerintahan beliau ramai saudagar berkunjung ke Brunei dan Borneo amnya. Brunei muncul sebagai pelabuhan terpenting di Asia Tenggara. Sultan Brunei mengadakan hubungan diplomatik dengan Raja-raja Islam di Indonesia dan China. Memandangkan Sabah dan Sarawak terletak di bawah kerajaan Brunei, semestinya sistem politik mereka dipengaruhi oleh corak pemerintahan Sultan Brunei . Sultan mempunyai empat orang menteri utama yang bertugas sebagai pembantu beliau. Pembantu utama ialah Pengeran Bendahara menyamai tugas Perdana Menteri. Pembantu kedua ialah Pengeran Pemanca yang bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dan yang ketiga Pengeran di gudang dan serta yang terakhir ialah Temenggung yang bertugas menjaga keselamatan dan keamanan negeri dan sultan. Di Sarawak Sultan Brunei telah melantik orang besar peranakan Arab bernama Sharif Sahap yang menjadi ketua pemerintah di daerah Sungai Sekrang Cabang Sungai Batang Lupar bagi menggantikan Laksamana Aminuddin, tetapi perlantikan beliau tidak disukai oleh rakyat, Manakala di daerah Kuching pula pada tahun 1836 Sultan Brunei telah menghantar Pengeran Mahkota dan orang besar Brunei untuk memerintah kawasan tersebut. Di Sabah terdapat juga ahli sejarah berpendapat bahawa masyarakat Sabah mempunyai sistem politik peribumi sebelum kedatangan pemerintahan Syarikat Berpiagam. Sistem politik Sabah dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan ketua bebas. Sistem politik kesukuan biasanya diamalkan oleh kaum Dusun, Murut, orang sungai dan kaum lain yang
  • 37. tinggal di daerah pendalaman. Biasanya mereka hidup berkelompok kecil serta berpisah dari kumpulan lain disebabkan oleh bentuk alam seperti, banjaran gunung, sungai dan lembah-lembah.Susunan politik mereka berkaitan dengan ikatan kekeluargaan. Orang paling tua dalam komuniti, dipanggil orang tua dan dipilih sebagai ketua kampung. Ketua kampung biasanya peneroka awal kawasan tersebut. Mereka mempunyai sifat berani, bijaksana dan mengetahui tentang adat-istiadat. Ketua kampung mempunyai tugas yang berat. Mereka berperanan untuk memelihara keamanan awam, memimpin kampungnya dalam peperangan, sebagai hakim, hal-hal adat dan sebagainya yang berkaitan dengan masyarakat setempat. Dalam masyarakat Dusun ketua kampung bertanggungjawab ke atas semua aktiviti termasuklah perkahwinan, pembahagian harta pusaka, masalahjenayah dan ekonomi. Selain ketua kampung wujud institusi secara tidak rasmi dipanggil Majlis Kampung. Majlis Kampung berperanan memilih ketua kampung serta menasihati ketua kampung dalam semua aspek. Majlis penting kepada masyarakat untuk menjadi orang perantaraan diantara ketua dan masyarakat serta dapat menolong mereka menyelesaikan masalahsebelum, berjumpa dengan ketua kampung. Institusi ketua kampung dan Majlis kampung biasanya terdapat dalam masyarakat peribumi bukan Islam. Menurut kajian, pemimpin-pemimpin ini pemah membentuk gabungan dalam menghadapi ancaman luar. Perikatan yang khusus ini adalah bentuk organisasi politik yang tertinggi ditemui dalam masyarakat Dusun. Sistem ini berkekalan di daerah pedalaman. Walaupun Sabah diperintah oleh sultan Brunei dan Sulu , sistem politik kesukuan ini bebas diamalkan sehingga kedatangan Inggeris yang membawa perubahan baru. Manakala sistem politik kesultanan pula wujud di bahagian persisiran pantai barat dan pantai timur Sabah. Bahagian ini diperintah oleh Datu-datu Sulu. Sementara daerah pantai barat terletak di tangan wakil kesultanan Brunei. Di bawah sistem Brunei penduduk dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama penduduk disifat sebagai 'hamba kerajaan' dan menjadi hak milik sultan. Keduanya dimiliki oleh empat wazir digelar 'sungai kuripan ' dan yang ketiga menjadi hak milik sultan yang di panggil 'sungai tulen Dari segi teorinya pembahagian ini untuk memudahkan kerajaan Bmnei memungut cukai dan mengekalkan kewibawaannya. Kategori ketiga sistem politik peribumi Sabah ialah ketua bebas. Mereka tergolong atau mempunyai pertalian keluarga dengan sultan Brunei dan Sulu. Ketua bebas ini biasanya lahir dari keberanian, kewiraan dan ketangkasan seseorang tokoh mencabar kewibawaan sultan di daerah-daerah persisiran pantai. Mereka mempunyai undang-undang tersendiri serta tidak mengiktiraf kedaulatan kuasa lain. Contohnya,ketua bebas yang dikenali ialah ketua lanun Sharif Osman yang memerintah daerah Marudu antara tahun 1830-1840 serta Datu Kerunding yang memerintah daerah Tunku pada akhir kurun ke-19. Sistem politik ini lebih ketara pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Inggeris. Di negeri Sarawak pula selain terletak di bawah kuasa Brunei, ada bukti mengatakan Sarawak pernah diperintah oleh Majapahit di Pulai Jawa. Majapahit berkuasa dan mempunyai tanah jajahan yang luas, terutama pada kurun Masehi ke-14. Dipercayai Sarawak juga dibawah kuasa Majapahit kerana menurut sejarah lisan ada menyebut terdapat beberapa buah tempat di bahagian Kalimantan telah ditakluk oleh
  • 38. Majapahit. Tetapi bukti di Sarawak tidaklah banyak ditemui. Ia hanya berdasarkan kepada sumber lisan orang Bidayuh di Sarawak yang menyebut nama Tuhan mereka dengan perkataan 'jewata', yakni dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit 'dewata'. Perkataan tersebut mungkin telah diperkenalkan di Sarawak semasa penjajahan Majapahit ke atas Borneo. Selain daripada bukti tersebut, di Santubong juga, telah dijumpai peninggalan aktiviti megalitik yang berupa lukisan manusia diukir pada sebuah batu besar. Lukisan tersebut menggambarkan manusia yang sedang meniarap mendepangkan tangan dengan kaki terkangkang sebagai menunjukkan penderitaan kerana diseksa. Justeru itu, ianya dipercayai sebagai kesan peninggalan zaman Hindu di Sarawak. Pada kurun Masehi ke-15 barulah Sarawak berada di bawah kuasa kesultanan Brunei. Pada tahun 1609 ada riwayat pengarang Portugis bernama Valentyn, mengatakan terdapat tempat bernama Melanau, Kalaka dan Saribas di Sarawak yang diperintah oleh kerajaan Johor (didirikan oleh raja Melayu keturunan raja melayu Melaka). Menurut penulis Belanda pula, pada tahun 1609 juga Sarawak telah bebas daripada pemerintahan Brunei tetapi pada awal kurun Masehi ke-19, Sarawak telah diperintah kembali oleh Kesultanan Brunei. Setelah meneliti keadaan politik di Sabah dan Sarawak jelas bahawa Sabah dan Sarawak tidak mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Sistem politik bagi kedua-dua negeri ini dipengaruhi oleh kuasa pemerintah luar yang menaklukinya. Jika ada sistem politik peribumi pun, ianya hanya berkuasa secara tidak rasmi di kawasan setempat dan ke atas suku atau kaum sahaja. SISTEM SOSIAL Sebelum penjajahan kuasa Barat, tidak wujud tulisan tentang etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Kisah mengenai kemunculan dan kehidupan masyarakat di Sabah dan Sarawak hanyalah melalui sumber lisan. Jadi tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana penduduk peribumi asli yang mula menduduki Pulau Borneo amnya. Kebanyakan peribumi di Sabah dan Sarawak mengalami banyak perubahan migrasi yang beriaku beribu-ribu tahun dahulu. Petempatan awal kaum migrasi ini ialah di pinggir pantai kemudian barulah ke kawasan pedalaman. Di Sabah pengkaji sejarah telah menggolongkan kaum peribumi Sabah kepada tiga kumpulan etnik iaitu bumiputera Melayu Islam, bumiputera bukan Melayu dan Cina. Kumpulan Melayu Islam terdiri daripada kaum Brunei, Bisaya, Suluk, Bugis, Bajau dan sebagainya. Kumpulan bumiputera bukan Islam pula ialah Kadazan, Murut, Dumpas, Minokok, Maragang dan kumpulan kecil Filipina. Cina pula terbahagi kepada beberapa kumpulan mengikut diaiek masing-masing. Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut berasal dari Annam di utara Burma, Bajau di percayai dari selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan begitu juga suku kaum Irranun yang yang hidup sebagai pelayar di percayai dari kepulaun selatan Filipina begitu juga kaum-kaum lain dari kawasan sekitarnya. Jadi, amalan sosial mereka seperti amalan harian tentulah berbeza-beza mengikut kaum masing-masing. Namun, begitu amalan yang baik seperti menghormati orang tua, tolong-menolong dan berpegang teguh kepada adat-istiadat menjadi pegangan utama setiap kaum.
  • 39. Manakala di Sarawak juga mempunyai pelbagai kaum. Sebelum orang Cina dan Melayu migrasi ke Sarawak, telah terdapat penduduk 'bumiputera asli' yang dianggap sebagai 'orang liar' dan tinggal dalam hutan, mahupun 'tinggal di atas pokok'. Mereka dikenali disebut sebagai orang Ukit, orang Bukitan, orang Punan, orang Kayan, orang Dayak dan sebagainya. Dipercayai orang Kayan dan Kenyah yang ada di Sarawak berasal dari keturunan Melayu dan juga dari keturunan Bugis dari Kepulauan Indonesia. Mereka suka menindik telinga dan digantung dengan gelang timah atau tembaga yang berat hingga cuping telinga lanjut sampai ke bahu. Orang Kayan suka dan pandai bertukang besi untuk dijadikan perkakas asas dan senjata. Sistem sosial di Sabah dan Sarawak memang sukar untuk dikaji. Di kedua-dua negeri ini mempunyai banyak kaum yang berpegang teguh kepada amalan nenek moyang mereka masing-masing. Jadi, amalan sosial mereka bergantung kepada peraturan kaum itu sendiri yang telah diwarisi dari tempat asal mereka. ADAT DAN KEPERCAYAAN Masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak memang patuh kepada adat dan mempercayai sesuatu itu dengan mendalam. Setiap kaum mempunyai adat masing-masing. Di Sabah contohnya kaum Dusun masih patuh kepada adat pemujaan tengkorak secara besar-besaran. Bagi kaum Bisayah kaum mereka mengamalkan adat-istiadat Melayu. Di Sarawak juga mengamalkan adat-adat tertentu. Bagi kaum Malanau yang ingin mendirikan rumah terlebih dahulu tapak tanah perlu disemah (jamuan kepada hantu atau orang halus). Caranya ialah digali sebuah lubang dan dimasukkan seorang perempuan serta dengan hiasan manik yang berharga untuk dijadikan korban. Barulah boleh ditanam tiang, tujuannya untuk menghalau hantu daripada mengganggu penghuninya. Bagi orang Iban pula, seseorang pemuda yang ingin berkahwin perlu melakukan pekerjaan sebelum masuk meminang. Kerjanya ialah menyembelih kepala orang dan kepala tersebut diberikan kepada bakal mertua ataupun bakal isteri, barulah pinangan akan diterima. Tujuan adat dan kepercayaan ini untuk menunjukan keberanian dan kegagahan seseorang pemuda. la sangat penting dalam kaum Iban sebagai jaminan kaum lelaki itu mampu menjaga keselamatan keluarganya. Sehingga sekarang sesetengah adat dan kepercayaan di kalangan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak masih kekal. Namun, adat-adat yang melibatkan kematian jarang berlaku dan tidak dibenarkan. Tetapi ,adat yang berbentuk pemujaan dan patang larang tertentu masih diamalkan terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. AGAMA Agama merupakan salah satu perkara penting dalam sesuatu masyarakat. Agama dijadikan sebagai panduan dan pegangan hidup. Dalam kehidupan harian agama dijadikan peraturan supaya tidak melakukan kesilapan. Terdapat pelbagai jenis agama di Sabah dan Sarawak kerana mempunyai kaum yang berbeza. Di Sabah agama Islam sudah diamalkan begitu juga dengan Sarawak. Agama Islam telah di bawa masuk oleh pemerintah dan pedagang-pedagang yang beragama Islam seperti dari India, China, Melaka dan
  • 40. kawasan sekitamya yang lebih dahulu mengamalkan ajaran Islam. Sebelum kedatangan Islam ada yang menganuti agama lain yang berasal dari tempat masing-masing. Sehingga sekarang pun agama tersebut masih kekal diamalkan. Bagi kaum Bisayah mereka percaya kepada animisme seperti memyembah pokok, gunung, bukit, sungai dan sebagainya yang dianggap mempunyai roh. Ada juga yang tidak mempunyai agama. Walaupun agama asal masih kekal di kedua-dua negeri ini namun, pada kurun ke 15 semakin ramai penduduk memeluk agama Islam. Jadi jelas di sini, agama Islam telah berkembang ekoran penjajahan Brunei. EKONOMI Bagi meneruskan kehidupan, kegiatan ekonomi sangat penting. Bagi sesebuah masyarakat. di Sabah dan Sarawak mengamalkan ekonomi tradisional seperti pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan menangkap ikan. Perdaganganjuga telah berlaku bagi kedua-dua negeri ini dengan negeri sekitarnya. Kebanyakkan kaum peribumi Sabah dan Sarawak menjalankan kegiatan pertanian. Bagi kaum Dusun di Sabah mereka mengamalkan pertanian padi huma, padi sawah, tanam ubi kayn dan tembakau. Kaum Lun Dayeh menanam padi huma, padi sawah, kopi, tebu sertajagung. Orang Bajau lebih memberi tumpuan kepada pentemakan kerbau dan kuda serta menanam padi. Di Sarawak juga mengamalkan pertanian seperti kaum yang terdapat di Sabah iaitu menanam padi, tanamjagung serta menternak binatang. Mereka mengamalkan corak pertanian sara diri iaitu untuk memenuhi keperluan keluarga. Ada juga sesetengah kaum menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ini bersesuaian dengan kehidupan mereka yang berhampiran dengan pantai. Contohnya, kaum Bajau yang bergantung hidup kepada sumber laut. Bagi yang tinggal di kawasan pedalaman terutama di kawasan hutan mereka memburu binatang dan memungut hasil hutan. Kebanyakkan kegiatan ini bagi memenuhi keperluan keluarga. Sabah dan Sarawak juga telah terlibat dengan kegiatan perdagangan. Ini ekoran peranan pemerintah terutamanya berkaitan dengan Brunei. Brunei mempunyai hubungan dangan Cina dan India . Jadi secara tidak langsung ia mempunyai hubungan dengan negeri jajahan Brunei. Maka tidak hairanlah pada kurun ke-15 Sabah telah muncul sebagai pusat perdagangan yang penting di kalangan negeri Cina, India dan semua bandar utama dunia Melayu termasuklah Sumatara, Melaka dan Manila. Pedagang-pedagang ini membawa masuk tembikar, sutera dan barang perhiasan ke Sabah dan Sarawak. Dari Sabah dan Sarawak mereka membawa keluar hasil hutan, kapur barns, sarang burung, rotan dan sebagainya yang terdapat di negeri tersebut. Bukti perdagangan di Sarawak melalui penemuan wang-wang logam Cina dari wangsa Hsin dan Han di kuala Sungai Sarawak . Ekonomi perdagangan ini maju disebabkan kemajuan Brunei kerana Brunei telah menjadi sebuah pelabuhan yang penting di Asia Tenggara dan ini secara tidak langsung negeri Sabah dan Sarawak menjadi tumpuan para pedagang tadi. RUMUSAN Setelah dikaji tentang sistem masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak sebelum penjajahan kuasa barat, pada kurun ke 19 jelas menunjukkan negeri tersebut mengamalkan sistem masyarakat yang dibawa dari negara asal mereka. Ada juga disebabkan oleh penjajahan Brunei contohnya ekonomi
  • 41. perdagangan dan juga agama Islam. Sistem masyarakat ini ada yang masih diamalkan dan ada yang tidak diamalkan ekoran perubahan yang telah dialami oleh masyarakat tersebut. Jika dahulu masyarakat di Sabah dan Sarawak mengamalkan kehidupan pindah randah, sekarang mereka mula tinggal secara menetap bagi membolehkan mereka mengamalkan corak hidup yang lebih teratur. Dan masyarakat ini tidak lagi melakukan migrasi ke negara lain seperti yang dipercayai penduduk asal Sabah dan Sarawak adalah kaum migrasi, kononnya dari tanah besar Asia dan Kepulauan Melayu. Dari segi ekonomi, pada mulanya Sabah dan Sarawak mengamalkan perdagangan sistem barter dan pertanian berbentuk sara diri. Setelah beberapa kurun telah berlalu, maka berlaku perubahan ke atas sektor ekonomi terutamanya dengan adanya campurtangan Brunei serta negera-negara yang berdekatan dengan wilayah Sabah dan Sarawak, yakni mula menjalankan ekonomi perdagangan yang lebih berbentuk komersial dan menguntungkan. Kemajuan ekonomi ini disebabkan Sabah dan Sarawak mempunyai pelabuhan dan dikatakan orang Brunei telah menjadi orang tengah kerana negara Brunei menjadi tumpuan utama perdagangan pada masa itu. Kepercayaan dan agama juga mengalami perubahan. Pada mulanya masyarakat mengamalkan agama yang dibawa oleh mereka dari tempat asal berdasarkan keturunan nenek moyang masing-masing seperti kepercayaan anamisme. Tetapi pada kurun ke -15 sudah ramai penduduk Sabah dan Sarawak telah menganuti agama Islam. Ini mungkin disebabkan oleh sebaran negeri Brunei dan pedagang-pedagang yang beragama Islam. Jadi jelaslah di sini sistem masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak telah mengalami banyak perubahan. Sehingga sekarang Sabah dan Sarawak telah muncul sebagai sebuah negeri yang maju dalam sektor ekonomi terutama pertanian sehingga muncul sebagai pengeksport utama lada hitam dan kayu balak. Politik juga telah mantap dan mempunyai pemerintahan yang tersendiri. Penulis asal : En. Bilcher Bala, Program Sejarah, SSS, UMS. BIBLIOGRAFI Buyong Adil (Haji). 1981. Sejarah Sarawak.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buyong Adil (Haji). 1981. Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Yusof. 1997. Politik dan Agama di Sabah. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Lee Yong Leng. 1982. Sabah, Satu Kajian Geografi Tempatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan Publication Heyward, Nigel 1963. Sarawak, Brunei and North Borneo. Singapura: Easten Universities Press LTD. Zakiah Hanun. 1989. Asal Usul Negeri di Malaysia. Singapura: Times Books.