2. Tugasan
Bencana alam telah dilaporkan melanda beberapa negeri.
Secara berkumpulan, siapkan sebuah poster untuk
memberitahu orang ramai tentang usaha sekolah kamu
untuk membantu mangsa
• tsunami
• banjir
• tanah runtuh (ikut pilihan awal yang telah dibuat oleh kumpulan kamu)
Poster boleh diisikan dengan maklumat tentang
• usaha mengumpul derma daripada orang ramai atau,
• usaha mengumpul bahan-bahan keperluan asas
3. Panduan
1. Kertas (size minimum: A4)
2. Poster hendaklah mengandungi satu mesej utama
yang ringkas dan mudah difahami serta diingati.
3. Pilih dan gunakan gambar yang sesuai. Gambar
boleh didapatkan dari internet atau dilukiskan
secara kreatif.
4. Letakkan juga maklumat tentang penganjur.
• Nama sekolah
• Tarikh pengumpulan itu diadakan atau
• Alamat e-mel
4. Isi yang harus dipamerkan
pada poster kumpulan anda
Jenis bencana alam Mesej Utama
Maklumat lanjut
untuk mereka yang
Gambar-gambar
ingin membuat
sumbangan
5. Contoh mesej utama yang
boleh dilakukan
“Setiap derma itu amat berharga…Dermalah untuk
membantu mangsa banjir di Bangkok”
Hentikan penderitaan mereka…Lakukan
sumbangan anda kepada mangsa tsunami
sekarang…”
Mari bersama membantu mangsa Tsunami di
Indonesia…Pelbagai sumbangan diperlukan.