SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
i. Pengenalan
Kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berlaku di premis-premis awam sangat
membimbangkan. Kesalahan bahasa sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari.
Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hokum tatabahasa yang tepat.
Kesalahan bahasa yang dikenal pasti sering berlaku bukan sahaja salah dari segi ejaan namun
terdapat juga kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing,
struktur ayat yang tidak tepat dan sebagainya. Kesalahan bahasa ini jika tidak diambil serius
akan mendatangkan keburukan kepada generasi muda khususnya selain akan merendahkan
martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Kesalahan bahasa dari sudut ejaan dan kosakata dalam bahasa Melayu di tempat awam
boleh menyebabkan salah faham dan boleh menjadi bahan lawak jenaka. Bagi pelajar yang baru
belajar mengeja atau orang asing yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing,
kesalahan seperti di bawah ini akan mengelirukan mereka dan boleh menyebabkan mereka
melakukan kesalahan yang sama secara berulang-ulang. Senario yang sering berlaku sekarang
adalah penggunaan bahasa rojak, separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris. Keadaan
ini menjadi budaya yang semakin menular di dalam industri pengiklanan. Wujud juga senario
baharu apabila pihak syarikat iklan lebih cenderung untuk mempromosikan produk mereka
dalam bahasa asing seperti bahasa Perancis semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan.
ii. Lokasi kajian.
Tempat yang telah kami jalankan pemerhatian adalah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, di
Taman Midah, Cheras, Taman Tenaga, Cheras, di Bahau, Negeri Sembilan, di Kampar Perak dan
di sekitar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
2
iii. Analisis kajian.
Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan
masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau
pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap
mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan
menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau
salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi
pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang
digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna.
Justeru, terdapat segelintir peniaga dan
pengiklan yang mencampuradukkan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan
“bahasa rojak” pada papan tanda premis
mereka.betul. Penulis faham bahawa Cheras
sebuah bandar yang telah lama wujud. Semua
klinik ini tentunya didaftarkan sebelum tahun
1972, iaitu sebelum ejaan rumi baru bahasa
Melayu dilaksanakan. Mengikut Sistem Ejaan
Rumi Baru Bahasa Melayu, huruf “e” pada
perkataan “kelinik” hendaklah digugurkan.
Setelah 41 tahun sistem ejaan rumi baru bahasa
Melayu ini dilaksanakan, eloklah sekiranya ejaan
pada tanda nama klinik-klinik ini ditukarkan
kepada ejaan standard, iaitu “Klinik Viswa”,
3
“Klinik Yuen” dan “Klinik Chin”. “Pasar Mini Sri Devanartan”. Penggunaan Hukum DM pada
papan tanda nama kedai ini tepat dan betul. Berlainan pula halnya dengan “Amies Mini Market”.
Papan tanda nama kedai ini
hendaklah ditukarkan kepada “Pasar Mini Amies”. “Davana Collection”
sepatutnya dinamakan “Koleksi Davana”.Terdapat kesalahan ejaan pada
papan tanda kedai “Halim Motor: Membaiki Motorsikal”. Ejaan “motorsikal”
salah. Ejaan yang betul ialah “motosikal”. Penulis mencadangkan kedai ini
dinamakan “Kedai Membaiki Motosikal Halim”.
“Perabot kualiti” dan “sofa kualiti” terpampang pada sebuah kedai menjual perabot dan sofa.
Penulis mencadangkan supaya dibuat sedikit penambahan supaya maksudnya lebih jelas, iaitu
“perabot berkualiti” dan “sofa berkualiti”. “Syarikat Elektronik Seng Seng” mengutamakan bahasa
Melayu, menggunakan Hukum DM yang tepat dan mengeja betul perkataan
“elektronik”. “Gaya Lebih Mewah”. Tahniah kepada premis ini kerana mengutamakan bahasa
Melayu. Terdapat juga tulisan Cina yang ditulis kecil sedikit. Yang perlu dibetulkan ialah
perkataan “kraftangan” yang sepatutnya ditulis dua perkataan – kraf tangan.
“Restoran Rumah Atap” dan “Kedai Makanan dan Minuman Xiang Ting” adalah dua buah kedai
makanan Cina. Sudah pasti pelanggannya adalah masyarakat berbangsa Cina. Namun begitu,
pemiliknya lebih mengutamakan bahasa Melayu kerana yakin bahawa kaum Cina juga
memangmemahami bahasa Melayu. Restoran “mamak” ada di mana-mana sahaja. Mereka
menggunakan strategi yang baik bagi menarik pelanggan. Perkataan “maju” pada nama restoran
4
memang menjadi semacam satu kemestian bagi restoran “mamak”. Sesuai dengan nama restoran
ini – Restoran Rezeki Maju – pemiliknya yakin bahawa pelanggan membawa rezeki, lalu
menjadikan restorannya maju.
“Kedai Kopi Sin Gee Heng” tentulah dimiliki oleh peniaga berbangsa Cina. Lihatlah, pemiliknya
mengutamakan bahasa Melayu pada papan tanda nama kedainya. “Pusat Tuisyen Mercu
Gemilang” pasti menjadi tarikan pelajar untuk belajar tambahan di sini. Mercu gemilang sudah
tentu menjadi harapan bagi semua pelajar. Penggunaan nama pusat ini memang sesuai dan
menarik.
Beberapa buah taman perumahan dan nama jalan mempunyai tarikan kerana pemilihan kata
yang sesuai. Antaranya, termasuklah Taman Simpang Setia, Taman Simpang Sentosa, Taman Kota
Jaya, Susur Simpang, Taman Sg. Mas dan Taman Kaya. Tentulah seronok jika penulis pun tinggal
di Taman Kaya. Bagi penulis, pemilihan nama Taman Kaya sangat luas pengertiannya. Penduduk
5
di taman ini tidak semestinya kaya harta benda. Mungkin mereka kaya sopan-santun, kaya budi
bahasa dan kaya budi pekerti.
DBP menerbitkan Siri Lembar Bahasa sebagai panduan bagi menamakan bangunan,
syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Kini,
panduan tersebut dapat dicapai melalui Laman Sesawang DBP (http://www.dbp.gov.my) . Jadi,
manfaatkanlah dan jangan sia-siakan teknologi di tangan anda
Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan
masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau
pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap
mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan
menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau
salah penggunaan bahasa
Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama
peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada
papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir
peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau
menjadikan “Bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.
Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:
6
i. “Konsortium Bas Ekspress” yang sepatutnya adalah “Bas Ekspress Konsortium.”
ii. “Goreng Pisang Panas “ sepatutnya “Pisang Goreng Panas “ iii. “Perlantikan”
sepatutnya “Pelantikan “
iv. “Kedai Kerinting Rambut” sepatutnya “Kedai Keriting Rambut “
Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa
Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Za‟ba dalam buku
klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak
perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi,
Arab, Cina dan sebagainya.
Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang
tidak setara dengan terjemahan Bahasa Melayu yang disertakan.
Antaranya ialah perkataan „masuk‟ dan “way in”. “Way in” jika
diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah “jalan masuk”.
Selain itu, dalam ayat “kawalan sprinkler injap dan pam”, diterjemahkan sebagai “sprinkler
control valves and pumps” menunjukkan bahawa perkataan Bahasa Inggeris
“sprinkler” dikekalkan dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya
digunakan ialah “perenjis”. Contoh-contoh kesalahan lain yang boleh dilihat ialah: a) Ayat
sumber,
TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN
Ayat sasaran,
PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON b)
Ayat sumber
Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick
Weld. Jalan barud ibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah pada
tahun 1880an.
7
Penulis ingin menyatakan rasa bangga dan tahniah kepada semua pemilik pasar mini ini kerana prihatin terhadap
bahasa Melayu.Mereka tidak keliru seperti yang penulis perhatikan di tempat lain, yang kebanyakannya menggunakan
nama “mini market” bagi “pasarmini”.
Beberapa perkataan pada papan tanda nama kedai “Mohamad Hashim Enterprise” perlu
dibetulkan. “Kraftangan” hendaklah ditulis “kraf tangan”, “casing” perlu diterjemahkan menjadi
“sarung”, “ubatan tradisional” sepatutnya “ubat-ubatan tradisional” dan “catering” menjadi
“katering”.
“Butik Intan Ridzuwanna” sedap sebutannya. Intan Ridzuwanna bijak memilih nama bagi
premisnya. Perkataan “butik” bagi menggantikan perkataan “kedai” menampakkan kesesuaian
bagi perniagaan yang diusahakan. “Warong Kek Jaya” pun menarik juga. Perkataan “warong”
sesuai digunakan dan dapat menarik perhatian pelanggan.
“Kedai Bahan-bahan Bakeri Sri Si Manis” nampak menarik dan indah namanya. Yang perlu
dibetulkan ialah perkataan “sri” yang sepatutnya dieja “seri”.
8
“Restoran Talang”, “Restoran Shah Reena” dan “Restoran Insan Murni” menggamit pelanggan.
Tiada masalah bagi nama kedai makanan yang kelihatan menarik ini.
9
iv. Perbincangan dan kesimpulan
Daripada kajian ini, dapatlah dirumuskan secara umum bahawa status penggunaan bahasa
kebangsaan berada dalam keadaan yang berikut:
 Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan adalah Agak Baik
Dari sudut penggunaan bahasa kebangsaan, jumlah kesalahan yang sangat kecil berbanding
dengan jumlah penggunaan yang betul menunjukkan bahawa masyarakat telah dapat menguasai
aspek penggunaan bahasa dengan baik. Kesalahan yang terjadi melibatkan ejaan didapati
disebabkan oleh pengguna tidak menguasai sistem ejaan Rumi baharu. Kesalahan penggunaan
frasa wujud daripada ketidakfahaman tentang cara binaan frasa nama yang betul mengikut sistem
bahasa Melayu yang berdasarkan Hukum D-M. Oleh itu, frasa yang digunakan dipengaruhi oleh
bentuk bahasa Inggeris.
 Kecenderungan untuk Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaan
Jumlah penggunaan bentuk bercampur atau percampuran kod dan bentuk bahasa Inggeris
sepenuhnya yang sangat tinggi menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh dengan
bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Kecenderungan ini
merupakan sikap yang tidak baik untuk perkembangan bahasa kebangsaan. Hal ini berlaku
mungkin disebabkan aliran pendidikan yang diterima adalah dalam bahasa kedua, di samping
kerana Bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan harian.
v. Cadangan dan Implikasi kajian.
Bagi mengatasi masalah kesalahan bahasa ini, terdapat pelbagai cara yang telahdikenal pasti.
Antaranya ialah:
1. Kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang khas berkenaan kesalahan bahasa,
supaya mereka yang masih menggunakan papan tanda atau notis yang terdapat kesalahan
bahasa dapat didakwa.
10
2. Satu panel khas yang menguruskan kelulusan papan-papan tanda dan notisharus
diwujudkan agar papan tanda atau sesuatu notis yang ingin dikeluarkan itu telah seratus
peratus betul penggunaan bahasanya.
3. Pihak media harus memberitahu orang ramai tentang kesalahan Bahasa yang sering
digunakan oleh pihak pengiklanan supaya orang ramai lebihprihatin akan masalah ini dan
menggesa untuk membetulkannya.
4. Pihak pengiklanan sendiri seharusnya menhambil tindakan segera jikamendapati papan
iklan mereka mempunyai kesalahan bahasa.
5. Kempen kesedaran juga seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan supayasetiap lapisan
masyarakat menyedari keindahan dan kepentingan Bahasa Melayu
6. Pihak berkuasa tempatan juga sepatutnya melakukan rondaan, jika terdapat kesalahan
bahasa pada sesuatu papan tanda, amran keras harus diberi dan jika masih tiada tindakan
diambil, papan tanda tersebut haruslah diturunkan dengan kadar yang segera.
7. Bagi pihak pengiklanan, sebelum sesuatu papan-papan tanda itu dinaikkan mereka harus
mendapat kelulusan dari Majlis Daerah. Majlis Daerah juga harus memastikan papan
tanda tersebut tiada kesalahan bahasa.
vi. Cadangan kajian selanjutnya.
Untuk meningkatkan penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu
dilakukan. Hal ini melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan yang
meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu dipamerkan kepada
masyarakat.
Pertama, pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis
masing-masing menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan untuk
menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan Bahasa
kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan.
Kedua, pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan
supaya mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan
memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras bahasa
11
kebangsaan. Sekiranya pegawai yang terlibat dalam hal itu tidak menguasai bahasa kebangsaan
dengan betul, pegawai tersebut wajar dihantar untuk mengikuti kursus pendek dengan pihak
berkuasa bahasa kebangsaan. Pegawai itu juga seharusnya merujuk kepada Unit Khidmat Bahasa
yang terdapat di Dewan Bahasa. dan Pustaka untuk mendapat nasihat yang sewajarnya.
Perkhidmatan itu boleh dibuat secaralangsung dengan pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa
dan Pustaka, atau membuat rujukanmelalui laman sesawang badan itu, www.dbp.gov.my
PENUTUP
Penggunaan bahasa kebangsaan sebenarnya tidaklah menyusahkan. Sistem yang sedia
wujuddalam bahasa kebangsaan negara kita lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem dalam
bahasaInggeris. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan bahasa kebangsaan dalam
kalanganpelancong asing yang berkunjung ke Malaysia yang dapat bertutur dengan baik dalam
masa yangtidak panjang.
Semua pihak – pengguna bahasa atau masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan
pihakberkuasa bahasa kebangsaan – harus bekerjasama. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi
negarayang perlu diberi keutamaaan penggunaannya sekiranya melibatkan orang awam. Papan
tandanama pada premis perniagaan dapat dianggap sebagai hal yang rasmi kerana pameran itu
dilakukanuntuk panduan dan pengetahuan awam..
vii. Rujukan.
Ab. Rahman Ab. Rashid. Yap Kim Fatt. Ab. Rahim selamat. (1997). Pengajian Melayu 1.
Selangor:Pearson Longman.
Hajah Noresah Baharom. (2002). Kamus dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Goay Teck Chong. Choo Say Tee. (2009). Zainuddin Ahmad. Bahasa Melayu 1. Selangor:
Pearson Longman.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor: Oxford Fajar
12
Nik Safiah karim. Farid M.Onn. Hashim Haji Musa. Abdul Hamid Mahmood.
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek renAssngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek renmahanizie
 
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa andaNota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa andaadnansmas83
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan BukuRatriry
 
Panduan Menulis Dialog
Panduan Menulis DialogPanduan Menulis Dialog
Panduan Menulis Dialoglnahrawi
 
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2Rosnah Bahari
 
Mid bahasa lampung kelas i semester 1
Mid bahasa lampung kelas i semester 1Mid bahasa lampung kelas i semester 1
Mid bahasa lampung kelas i semester 1arinasusila1
 
analisis bahasa iklan bahasa indonesia
analisis bahasa iklan bahasa indonesiaanalisis bahasa iklan bahasa indonesia
analisis bahasa iklan bahasa indonesiaJohn Jelly
 
STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1
STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1 STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1
STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1 Mohd Fadil Talib
 
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABARANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABARDedi Irawan
 
Panduan Menulis Dialog 1214195785089976 9
Panduan Menulis Dialog 1214195785089976 9Panduan Menulis Dialog 1214195785089976 9
Panduan Menulis Dialog 1214195785089976 9Cikgunoraisha
 

What's hot (15)

Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek renAssngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
Assngment powerpoint brm 3013 tatabahasa bm sek ren
 
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaLatihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa andaNota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
Nota tatabahasa dan latihan serta jawapan untuk memantapkan tatabahasa anda
 
Latihan tatabahasa f4
Latihan tatabahasa f4Latihan tatabahasa f4
Latihan tatabahasa f4
 
Bahasa melayu kertas 2
Bahasa melayu kertas 2Bahasa melayu kertas 2
Bahasa melayu kertas 2
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Buku
 
Sesuap nasi lemak
Sesuap nasi lemakSesuap nasi lemak
Sesuap nasi lemak
 
Panduan Menulis Dialog
Panduan Menulis DialogPanduan Menulis Dialog
Panduan Menulis Dialog
 
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2Assignment hbml1103 bm   rashid hantar 21.3.2009 ke 2
Assignment hbml1103 bm rashid hantar 21.3.2009 ke 2
 
Mid bahasa lampung kelas i semester 1
Mid bahasa lampung kelas i semester 1Mid bahasa lampung kelas i semester 1
Mid bahasa lampung kelas i semester 1
 
analisis bahasa iklan bahasa indonesia
analisis bahasa iklan bahasa indonesiaanalisis bahasa iklan bahasa indonesia
analisis bahasa iklan bahasa indonesia
 
STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1
STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1 STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1
STPM : Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 1
 
Bhs.indo
Bhs.indoBhs.indo
Bhs.indo
 
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABARANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
ANALISIS PENGGUNAAN PREPOSISI DALAM ARTIKEL SURAT KABAR
 
Panduan Menulis Dialog 1214195785089976 9
Panduan Menulis Dialog 1214195785089976 9Panduan Menulis Dialog 1214195785089976 9
Panduan Menulis Dialog 1214195785089976 9
 

More from Ahmad NazRi

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihanAhmad NazRi
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuAhmad NazRi
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporanAhmad NazRi
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolahAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 

More from Ahmad NazRi (20)

Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
Tugasan  2 qgj 3053   prinsip latihanTugasan  2 qgj 3053   prinsip latihan
Tugasan 2 qgj 3053 prinsip latihan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayuTugasan bmm3112 sejarah melayu
Tugasan bmm3112 sejarah melayu
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolahTugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah
Tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Story board
Story boardStory board
Story board
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 

Bmk 3043 seni mengarang

  • 1. i. Pengenalan Kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berlaku di premis-premis awam sangat membimbangkan. Kesalahan bahasa sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hokum tatabahasa yang tepat. Kesalahan bahasa yang dikenal pasti sering berlaku bukan sahaja salah dari segi ejaan namun terdapat juga kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan sebagainya. Kesalahan bahasa ini jika tidak diambil serius akan mendatangkan keburukan kepada generasi muda khususnya selain akan merendahkan martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Kesalahan bahasa dari sudut ejaan dan kosakata dalam bahasa Melayu di tempat awam boleh menyebabkan salah faham dan boleh menjadi bahan lawak jenaka. Bagi pelajar yang baru belajar mengeja atau orang asing yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing, kesalahan seperti di bawah ini akan mengelirukan mereka dan boleh menyebabkan mereka melakukan kesalahan yang sama secara berulang-ulang. Senario yang sering berlaku sekarang adalah penggunaan bahasa rojak, separuh bahasa Melayu dan separuh bahasa Inggeris. Keadaan ini menjadi budaya yang semakin menular di dalam industri pengiklanan. Wujud juga senario baharu apabila pihak syarikat iklan lebih cenderung untuk mempromosikan produk mereka dalam bahasa asing seperti bahasa Perancis semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan. ii. Lokasi kajian. Tempat yang telah kami jalankan pemerhatian adalah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, di Taman Midah, Cheras, Taman Tenaga, Cheras, di Bahau, Negeri Sembilan, di Kampar Perak dan di sekitar Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
  • 2. 2 iii. Analisis kajian. Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.betul. Penulis faham bahawa Cheras sebuah bandar yang telah lama wujud. Semua klinik ini tentunya didaftarkan sebelum tahun 1972, iaitu sebelum ejaan rumi baru bahasa Melayu dilaksanakan. Mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu, huruf “e” pada perkataan “kelinik” hendaklah digugurkan. Setelah 41 tahun sistem ejaan rumi baru bahasa Melayu ini dilaksanakan, eloklah sekiranya ejaan pada tanda nama klinik-klinik ini ditukarkan kepada ejaan standard, iaitu “Klinik Viswa”,
  • 3. 3 “Klinik Yuen” dan “Klinik Chin”. “Pasar Mini Sri Devanartan”. Penggunaan Hukum DM pada papan tanda nama kedai ini tepat dan betul. Berlainan pula halnya dengan “Amies Mini Market”. Papan tanda nama kedai ini hendaklah ditukarkan kepada “Pasar Mini Amies”. “Davana Collection” sepatutnya dinamakan “Koleksi Davana”.Terdapat kesalahan ejaan pada papan tanda kedai “Halim Motor: Membaiki Motorsikal”. Ejaan “motorsikal” salah. Ejaan yang betul ialah “motosikal”. Penulis mencadangkan kedai ini dinamakan “Kedai Membaiki Motosikal Halim”. “Perabot kualiti” dan “sofa kualiti” terpampang pada sebuah kedai menjual perabot dan sofa. Penulis mencadangkan supaya dibuat sedikit penambahan supaya maksudnya lebih jelas, iaitu “perabot berkualiti” dan “sofa berkualiti”. “Syarikat Elektronik Seng Seng” mengutamakan bahasa Melayu, menggunakan Hukum DM yang tepat dan mengeja betul perkataan “elektronik”. “Gaya Lebih Mewah”. Tahniah kepada premis ini kerana mengutamakan bahasa Melayu. Terdapat juga tulisan Cina yang ditulis kecil sedikit. Yang perlu dibetulkan ialah perkataan “kraftangan” yang sepatutnya ditulis dua perkataan – kraf tangan. “Restoran Rumah Atap” dan “Kedai Makanan dan Minuman Xiang Ting” adalah dua buah kedai makanan Cina. Sudah pasti pelanggannya adalah masyarakat berbangsa Cina. Namun begitu, pemiliknya lebih mengutamakan bahasa Melayu kerana yakin bahawa kaum Cina juga memangmemahami bahasa Melayu. Restoran “mamak” ada di mana-mana sahaja. Mereka menggunakan strategi yang baik bagi menarik pelanggan. Perkataan “maju” pada nama restoran
  • 4. 4 memang menjadi semacam satu kemestian bagi restoran “mamak”. Sesuai dengan nama restoran ini – Restoran Rezeki Maju – pemiliknya yakin bahawa pelanggan membawa rezeki, lalu menjadikan restorannya maju. “Kedai Kopi Sin Gee Heng” tentulah dimiliki oleh peniaga berbangsa Cina. Lihatlah, pemiliknya mengutamakan bahasa Melayu pada papan tanda nama kedainya. “Pusat Tuisyen Mercu Gemilang” pasti menjadi tarikan pelajar untuk belajar tambahan di sini. Mercu gemilang sudah tentu menjadi harapan bagi semua pelajar. Penggunaan nama pusat ini memang sesuai dan menarik. Beberapa buah taman perumahan dan nama jalan mempunyai tarikan kerana pemilihan kata yang sesuai. Antaranya, termasuklah Taman Simpang Setia, Taman Simpang Sentosa, Taman Kota Jaya, Susur Simpang, Taman Sg. Mas dan Taman Kaya. Tentulah seronok jika penulis pun tinggal di Taman Kaya. Bagi penulis, pemilihan nama Taman Kaya sangat luas pengertiannya. Penduduk
  • 5. 5 di taman ini tidak semestinya kaya harta benda. Mungkin mereka kaya sopan-santun, kaya budi bahasa dan kaya budi pekerti. DBP menerbitkan Siri Lembar Bahasa sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Kini, panduan tersebut dapat dicapai melalui Laman Sesawang DBP (http://www.dbp.gov.my) . Jadi, manfaatkanlah dan jangan sia-siakan teknologi di tangan anda Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan “Bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka. Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:
  • 6. 6 i. “Konsortium Bas Ekspress” yang sepatutnya adalah “Bas Ekspress Konsortium.” ii. “Goreng Pisang Panas “ sepatutnya “Pisang Goreng Panas “ iii. “Perlantikan” sepatutnya “Pelantikan “ iv. “Kedai Kerinting Rambut” sepatutnya “Kedai Keriting Rambut “ Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Za‟ba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang tidak setara dengan terjemahan Bahasa Melayu yang disertakan. Antaranya ialah perkataan „masuk‟ dan “way in”. “Way in” jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah “jalan masuk”. Selain itu, dalam ayat “kawalan sprinkler injap dan pam”, diterjemahkan sebagai “sprinkler control valves and pumps” menunjukkan bahawa perkataan Bahasa Inggeris “sprinkler” dikekalkan dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan ialah “perenjis”. Contoh-contoh kesalahan lain yang boleh dilihat ialah: a) Ayat sumber, TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN Ayat sasaran, PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON b) Ayat sumber Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick Weld. Jalan barud ibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah pada tahun 1880an.
  • 7. 7 Penulis ingin menyatakan rasa bangga dan tahniah kepada semua pemilik pasar mini ini kerana prihatin terhadap bahasa Melayu.Mereka tidak keliru seperti yang penulis perhatikan di tempat lain, yang kebanyakannya menggunakan nama “mini market” bagi “pasarmini”. Beberapa perkataan pada papan tanda nama kedai “Mohamad Hashim Enterprise” perlu dibetulkan. “Kraftangan” hendaklah ditulis “kraf tangan”, “casing” perlu diterjemahkan menjadi “sarung”, “ubatan tradisional” sepatutnya “ubat-ubatan tradisional” dan “catering” menjadi “katering”. “Butik Intan Ridzuwanna” sedap sebutannya. Intan Ridzuwanna bijak memilih nama bagi premisnya. Perkataan “butik” bagi menggantikan perkataan “kedai” menampakkan kesesuaian bagi perniagaan yang diusahakan. “Warong Kek Jaya” pun menarik juga. Perkataan “warong” sesuai digunakan dan dapat menarik perhatian pelanggan. “Kedai Bahan-bahan Bakeri Sri Si Manis” nampak menarik dan indah namanya. Yang perlu dibetulkan ialah perkataan “sri” yang sepatutnya dieja “seri”.
  • 8. 8 “Restoran Talang”, “Restoran Shah Reena” dan “Restoran Insan Murni” menggamit pelanggan. Tiada masalah bagi nama kedai makanan yang kelihatan menarik ini.
  • 9. 9 iv. Perbincangan dan kesimpulan Daripada kajian ini, dapatlah dirumuskan secara umum bahawa status penggunaan bahasa kebangsaan berada dalam keadaan yang berikut:  Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan adalah Agak Baik Dari sudut penggunaan bahasa kebangsaan, jumlah kesalahan yang sangat kecil berbanding dengan jumlah penggunaan yang betul menunjukkan bahawa masyarakat telah dapat menguasai aspek penggunaan bahasa dengan baik. Kesalahan yang terjadi melibatkan ejaan didapati disebabkan oleh pengguna tidak menguasai sistem ejaan Rumi baharu. Kesalahan penggunaan frasa wujud daripada ketidakfahaman tentang cara binaan frasa nama yang betul mengikut sistem bahasa Melayu yang berdasarkan Hukum D-M. Oleh itu, frasa yang digunakan dipengaruhi oleh bentuk bahasa Inggeris.  Kecenderungan untuk Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaan Jumlah penggunaan bentuk bercampur atau percampuran kod dan bentuk bahasa Inggeris sepenuhnya yang sangat tinggi menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Kecenderungan ini merupakan sikap yang tidak baik untuk perkembangan bahasa kebangsaan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan aliran pendidikan yang diterima adalah dalam bahasa kedua, di samping kerana Bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan harian. v. Cadangan dan Implikasi kajian. Bagi mengatasi masalah kesalahan bahasa ini, terdapat pelbagai cara yang telahdikenal pasti. Antaranya ialah: 1. Kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang khas berkenaan kesalahan bahasa, supaya mereka yang masih menggunakan papan tanda atau notis yang terdapat kesalahan bahasa dapat didakwa.
  • 10. 10 2. Satu panel khas yang menguruskan kelulusan papan-papan tanda dan notisharus diwujudkan agar papan tanda atau sesuatu notis yang ingin dikeluarkan itu telah seratus peratus betul penggunaan bahasanya. 3. Pihak media harus memberitahu orang ramai tentang kesalahan Bahasa yang sering digunakan oleh pihak pengiklanan supaya orang ramai lebihprihatin akan masalah ini dan menggesa untuk membetulkannya. 4. Pihak pengiklanan sendiri seharusnya menhambil tindakan segera jikamendapati papan iklan mereka mempunyai kesalahan bahasa. 5. Kempen kesedaran juga seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan supayasetiap lapisan masyarakat menyedari keindahan dan kepentingan Bahasa Melayu 6. Pihak berkuasa tempatan juga sepatutnya melakukan rondaan, jika terdapat kesalahan bahasa pada sesuatu papan tanda, amran keras harus diberi dan jika masih tiada tindakan diambil, papan tanda tersebut haruslah diturunkan dengan kadar yang segera. 7. Bagi pihak pengiklanan, sebelum sesuatu papan-papan tanda itu dinaikkan mereka harus mendapat kelulusan dari Majlis Daerah. Majlis Daerah juga harus memastikan papan tanda tersebut tiada kesalahan bahasa. vi. Cadangan kajian selanjutnya. Untuk meningkatkan penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu dilakukan. Hal ini melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan yang meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu dipamerkan kepada masyarakat. Pertama, pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis masing-masing menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan Bahasa kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan. Kedua, pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan supaya mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras bahasa
  • 11. 11 kebangsaan. Sekiranya pegawai yang terlibat dalam hal itu tidak menguasai bahasa kebangsaan dengan betul, pegawai tersebut wajar dihantar untuk mengikuti kursus pendek dengan pihak berkuasa bahasa kebangsaan. Pegawai itu juga seharusnya merujuk kepada Unit Khidmat Bahasa yang terdapat di Dewan Bahasa. dan Pustaka untuk mendapat nasihat yang sewajarnya. Perkhidmatan itu boleh dibuat secaralangsung dengan pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, atau membuat rujukanmelalui laman sesawang badan itu, www.dbp.gov.my PENUTUP Penggunaan bahasa kebangsaan sebenarnya tidaklah menyusahkan. Sistem yang sedia wujuddalam bahasa kebangsaan negara kita lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem dalam bahasaInggeris. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalanganpelancong asing yang berkunjung ke Malaysia yang dapat bertutur dengan baik dalam masa yangtidak panjang. Semua pihak – pengguna bahasa atau masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan pihakberkuasa bahasa kebangsaan – harus bekerjasama. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negarayang perlu diberi keutamaaan penggunaannya sekiranya melibatkan orang awam. Papan tandanama pada premis perniagaan dapat dianggap sebagai hal yang rasmi kerana pameran itu dilakukanuntuk panduan dan pengetahuan awam.. vii. Rujukan. Ab. Rahman Ab. Rashid. Yap Kim Fatt. Ab. Rahim selamat. (1997). Pengajian Melayu 1. Selangor:Pearson Longman. Hajah Noresah Baharom. (2002). Kamus dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Goay Teck Chong. Choo Say Tee. (2009). Zainuddin Ahmad. Bahasa Melayu 1. Selangor: Pearson Longman. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor: Oxford Fajar
  • 12. 12 Nik Safiah karim. Farid M.Onn. Hashim Haji Musa. Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.