2. Tarikh : 26 April 2012
Hari; : Isnin
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : Tahun 5
Bil. Pelajar : 25 orang
Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Tempo Masa : 1 jam
Tajuk : Dewi Bunga
Bidang : Membentuk dan membuat boneka
Hasil Pembelajaran : Menggunakan asas seni reka dalam
membentuk dan membuat boneka jari.
Aras : 1 ( i) Menghasilkan boneka
menggunakan pelbagai
alat,bahan dan teknik yang
inovatif dengan memberi penekanan
kepada prinsip imbangan.
( ii ) Murid mengetahui kewujudan
binaan yang berfungsi di
persekitaran.
3. Objektif Hasil Pembelajaran
Di akhir pengajaran murid dapat:-
1. Menguasai kemahiran membina boneka
dengan menggunakan anggota badan
iaitu jari sebagai asas penghasilan
boneka.
2. Murid dapat menonjolkan kreativiti
menghasilkan watak-watak di dalam
menghasilkan boneka.
3. Murid dapat menggayakan watak dengan
menggunakan jari dengan bantuan alat
yang dihasilkan mengikut kreativiti
4. Pengetahuan Sedia Ada Murid
1. Murid mempunyai asas menghasilkan
corak pakaian dengan menggunakan
kertas.
2. Murid mempunyai kemahiran mewarna
yang baik.
3. Murid mengetahui elemen-elemen unsur
seni seperti jalinan rupa, bentuk, ruang
dan warna.
4. Murid mengenal prinsip rekaan seperti
harmoni, irama dan pergerakan.
5. Penggabungjalinan Kemahiran
1. Mengenal contoh-contoh watak di dalam
cerita yang terdapat dalam cerita dongeng
kanak-kanak.
2. Mengenal elemen-elemen unsur seni.
3. Menggunakan elemen-elemen Prinsip
Rekaan.
KBKK
1. Menjana idea.
2. Membuat gambaran mental.
3. Menilai.
6. Nilai Murni
1. Menghargai diri.
2. Menghargai warisan seni.
3. Bekerjasama dalam menghasilkan boneka.
4. Ketekunan dalam pengkaryaan.
5. Yakin diri dalam membawa watak boneka.
Alat Bahan Dan Sumber
1. Manilakad
2. Kertas Putih
3. Gunting
4. Gam Kertas
5. Warna Pensel
7. Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran.
1. Murid melakonkan watak Dewi Bunga dengan
menggunakan boneka Jari.
2. Murid melakonkan watak Dewi Bunga Matahari, Dewi
Bunga Mawar, Dewi Bunga Anggerik, Dewi Bunga
Amanda dan Monyet.
3. Lakonan di iringi dengan muzik latar.
4. Lakonan di iringi dengan nyanyian dan lakonan.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Boneka Jari ( 4 jenis bunga )
2. Kotak Pentas Persembahan
3. CD muzik dan latar belakang persembahan
4. Skrip Cerita Dewi Bunga.
8. SET INDUKSI
Langkah / Masa Aktiviti Catatan
Set Induksi 1. Guru bercerita kepada murid ABM
( 10 minit ) tentang kisah Dewi Bunga 1. Boneka Bunga
berpandukan kepada skrip 2. Kotak Pentas
cerita yang disediakan oleh Persembahan.
guru sendiri. 3. Muzik Latar.
2. Kaedah bercerita yang di 4. Skrip Cerita.
lakukan oleh guru di bantu
dengan ABM . Nilai
3. Murid sebagai pemerhati. 1. Cetusan Idea.
2. Minat
3. Kesungguhan
4. Kerjasama.
9. LANGKAH 1
Langkah/Masa Aktiviti Catatan
Langkah 1 1. Guru minta murid menghasilkan ABM
( 5 minit ) Boneka Dewi Bunga mengikut 1. Alat untuk
kreativiti masing-masing. menghasilkan
2. Aktiviti penghasilan Boneka boneka
Dewi Bunga dilakukan oleh 1.1 Gunting
murid mengikut kumpulan kecil 1.2 Manila kad
yang terdiri 5 orang bagi setiap 1.3 Kotak kosong
kumpulan kecil. 1.4 Kertas warna
3. Murid diagihkan oleh guru
kepada 5 kumpulan kecil yang Nilai Murni
terdiri daripada 5 orang bagi 1. Kerjasama
setiap kumpulan 2. Bertolak
4. Segala peralatan untuk ansur
menghasilkan Boneka akan di 3. Perihatin
sediakan oleh guru untuk setiap 4. Yakin
kumpulan. 5. Kreativiti
6. Kesungguhan
10. LANGKAH 2
Langkah/Masa Aktiviti Catatan
Langkah 2 1. Murid menghasilkan beberapa ABM
( 30 minit ) jenis boneka bunga dan kotak 1. Boneka Dewi
pentas persembahan mengikut Bunga yang
krativiti kumpulan masing- dihasilkan
masing oleh murid.
2. Guru sebagai pembimbing dan 2. Kotak
memberi tunjuk ajar kepada persembahan
murid tentang langkah dan teknik boneka.
menghasilkan boneka dan kotak 3. Skrip cerita
pentas persembahan boneka.
3. Guru memberi skrip cerita
kepada setiap kumpulan untuk
latihan boneka.
4. Murid setiap kumpulan membuat
latihan sebelum sesi
persembahan dijalankan.
11. LANGKAH 3
Langkah/Masa Aktiviti Catatan
Langkah 3 1. Guru mengarahkan setiap kumpulan ABM
( 10 minit ) murid berkumpul di dalam kumpulan 1. Boneka Jari
dan bersedia menerima arahan 2. Muzik Latar
untuk melakukan persembahan 3. Skrip Cerita
kumpulan.
2. Setiap kumpulan murid melakukan Nilai Murni
persembahan boneka masing- 1. Yakin
masing mengikut giliran kumpulan. 2. Patuh
3. Guru sebagai fasilatator. Arahan
3. Kerjasama
12. Penutup
Langkah /Masa Aktiviti Catatan
Penutup 1. Guru memberi rumusan bagi Nilai Murni
( 5 minit ) persembahan setiap kumpulan. 1. Perihatin
2. Guru memberikan ganjaran dan 2. Menghormati
ucapan tahniah di atas kerjasama 3. Bersyukur
dan kreativiti semua kumpulan.
27. Skrip Cerita Dewi Bunga
Dewi Bunga : Ku menangis….tiada berair
mata. Hendak ku
senyum….tiada siapa
nak teman….Kalaulah
nasib sudah tersurat…Begini
hebat….Apa nak buat.
Dayang : Ampun Tuan
Puteri…Mengapakah tuan
puteri muram durjana?. Apakah
yang merunsingkan Tuan Puteri?.
28. Dewi Bunga : Dayang,…beta merasakan
hidup beta rasa
kesunyian…asyik-asyik
bermain di taman Diraja.
Adakah tempat lain yang boleh
mengubati kesunyian beta
wahai Dayang?.
Dayang : Ampun tuan puteri…Ada pun
tempat yang menarik yang ada
hanya di luar Istana sahaja. Tapi
patik rasa kalau tuan puteri
berada di luar Istana, patik
rasa tuan puteri
tidak akan rasa
kesunyian.
29. Dewi Bunga : Betulkah
Dayang?...Kalau
begitu, biarlah beta tukar
pakaian dulu supaya rakyat
tidak mengenali beta.
Dayang : Baiklah Tuanku…Tuanku
puteri memang bijak.
Tapi jangan lupa
tuanku, bawa duit
sedikit untuk berbelanja.
Dewi Bunga : A…a…a ye..dapat juga
beli air kelapa
30. Suasana diluar Istana..
Dewi Bunga : Wah...indahnya pekan
ini..Apa nama pekan
ni Dayang?
Dayang : Pekan Tanjung Rambutan
Tuanku..
Dewi Bunga : Mari Dayang….kita beli air
kelapa muda..terasa
haus pulak beta.
Dayang : Mari…
Tamat
31. BAHAN RUJUKAN
1. Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah, ( 1998 ), Kuala Lumpur,
Affluent Master Sdn. Bhd.
2. Kathleen Chee, ( 2010 ), Focus Goal Pendidikan Seni
Visual SPM, Bangi Selangor Darul Ehsan, Pelangi Sdn.
Bhd.
3. Leela R, (1994 ), Melukis dan Membuat Gambar,
Kuala Lumpur, Fajar Bakti Sdn. Bhd.
4. Zulkifli Yaakob, (2009), HBEF 1403 Seni dalam
Pendidikan,Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan, Open
Universiti Malaysia.
5. Zailani Yaacob, ( 2006 ), Teks Lengkap Pendidikan Seni
Visual KBSM, Shah Alam Selangor Darul Ehsan,Oxford Fajar
Sdn. Bhd