SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
SEJARAH YANG
PERLU DIUJIKAJI
13 MEI
13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan
keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat
menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan.
Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara
mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap
hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan
terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.
Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus
kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan khususnya oleh kaum
Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa
menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di
kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang
Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13
Mei 1969.
PERISTIWA 13 MEI
Pada 10 Mei 1969, pilihanraya telah diisytiharkan di Semenanjung Malaysia yang memberi keyakinan kepada parti
UMNO tetapi tanpa disedari ia telah mengancam proses demokrasi. Kerenggangan penyokong-penyokong berbangsa
Cina mula dirasai dan penguasaan UMNO di dalam kekuasan politik Persekutuan dan juga Negeri mula terlucut;
‘kapal layar’ Parti Perikatan, yang terdahulunya sentiasa berada di hadapan di dalam setiap pilihanraya, telah mula
kelihatan ‘mengharungi lautan yang bergelora’ dan di peringkat inilah kedudukan penguasaan UMNO di dalam
kerajaan mula goyah dan bermulalah krisis keyakinan di dalam proses demokrasi itu sendiri.
Orang-orang Melayu merasakan bahawa kuasa politik Parti itu telah berganjak dari pihak Parti Perikatan ke Parti
Pembangkang; kepada pendatang-pendatang minoriti yang lain. Jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang
diperolehi di dalam pilihanraya Persekutuan seterusanya, pihak pembangkang memperolehi 23 kerusi, melebihi satu
per lima daripada jumlah kuota kerusi Parlimen yang ditetapkan kepada negeri-negeri di dalam Persekutuan.
Kekecewaan mula timbul bukan sahaja terhadap keputusan pilihanraya 1969 tetapi terhadap proses demokrasi itu
sendiri. Komuniti bukan Melayu, akibat konsensi dan kompromi yang diberikan oleh orang Melayu sendiri, kini
memperolehi sebahagian daripada kuasa politik negara. Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon yang
telah memenangi kerusi dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Batu, Selangor telah meminta kbenaran
pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli parti Gerakan. Kebenaran dan permit telah
dikeluarkan oleh pihak polis. Sebaliknya DAP tanpa mendapat kebenaran pihak polis, turut membuat keputusan
untuk mengadakan perarakan yang sama pada 13 Mei 1969. Justeru DAP telah turut sama dengan perarakan yang
dibuat oleh Gerakan. Gabungan dua parti pembangkang yang selama ini diibaratkan sebagai ‘api di dalam serkam’
mula mengkucar-kacirkan keadaan. Sebagai tindak balas, pemuda-pemuda Melayu UMNO mula bertindak untuk
mengadakan satu perarakan UMNO bagi membalas perarakan Parti DAP dan Gerakan sebelum ini.
PROSES DEMOKRASI
Kejadian mengamuk secara beramai-ramai yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca
dari khabar-khabar angin yang merebak bagaikan api. Tanggapan bahawa perubahan
akan berlaku terhadap konfigurasi kuasa politik dan keraguan di kalangan masyarakat
Melayu telah mengeruhkan lagi keadaan yang kian genting. Kemarahan orang-orang
Melayu khasnya mereka yang menyokong parti UMNO telah ditujukan kepada orang-
orang Cina dan India yang dianggap pembelot yang telah meninggalkan Parti Perikatan,
parti yang mengabungkan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India.’Pembelotan’ ini
telah meletakkan kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO di dalam keadaan yang
genting dan terumbang – ambing.
Apa yang jelas, lokasi kejadian 13 Mei 1969 tidaklah pula secara kebetulan. Negeri
Selangor merupakan sebuah negeri di Semenanjung di mana naluri dan semangat
Melayu UMNO telah lama bertapak. Ketidaktentuan kestabilan politik di negeri itu
juga kian meruncing akibat keputusan pilihanraya, khabar-khabar angin yang
dipolitikkan selepas pilihanraya serta sambutan bagi meraikan kemenangan di dalam
pilihanraya oleh parti pembangkang. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya yang
asal, tidak terdapat kemungkinan, dari segi teknikalnya, akan tertubuhnya kerajaan baru
yang dipimpin secara mutlak oleh pihak parti pembangkang.
KETEGANGAN KAUM
Beberapa hari semasa berlakunya kekacauan, tidak terdapat sebarang bentuk perisikan yang
sebenar yang disampaikan ke pihak pemerintah atau pegawai tentera yang terlibat secara
fizikal di kawasan tanggung jawab. Ke semua jentera perisikan kelihatan dibekukan selama
tempoh berlakunya kekacauan.
Penugasan utama pasukan tentera pada sekitar akhir tahun 60an bukan sahaja dalam
menentangan ancaman dan kegiatan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Di
samping tu, tentera juga memainkan peranan dan sentiasa bersiap sedia dalam membantu
pihak Polis mengawal ketenteraman awam. Penglibatan tentera dalam ketenteraman awam
teruji apabila diberi tanggungjawab oleh negara untuk mengawal rusuhan kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969.
Walaupun mengawal ketenteraman awam menjadi tugas sekunder,namun pihak tentera telah
membuktikan bahawa pasukan ini berkeupayaan untuk melaksanakan tugas yang diberikan
dengan pantas dan jayanya tanpa perlu mengakibatkan kehilangan nyawa dan merosakkan
harta benda yang berterusan. Akhirnya pada malam itu POPO telah diisytiharkan di
Contigent Control Center (CCC) dan diikuti dengan pengisytiharkan perintah berkurung.
Ini bermakna dengan rasminya pihak tentera diberi kuasa ‘polis’ yang luas di bawah undang-
undang negara untuk menjalankan tugas bagi menyelamatkan keadaan. Operasi mengawal
ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Op Gerhana manakala
pihak polis menggunakan gelaran Op Tenteram.
KEGAGALAN LAW AND ORDER
Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah dilantik sebagai
Pengarah MAGERAN pada 17 Mei 1969 untuk Perlembagaan Fasal (2) Perkara
150. Untuk melaksanakan tugas-tugas di bawah Ordinan ini, beliau dibantu oleh
anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik,
pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera.
MAGERAN yang dibentuk selepas 13 Mei 1969 bertujuan bagi memulihkan
kestabilan dan ketenteraman awam khususnya untuk mengembalikan suasana
keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara. Antara fungsi
MAGERAN ialah
a) mengembalikan keamanan dan undang-undang negara
b) menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan
c) mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum
di seluruh negara.
MAJLIS GERAKAN
NEGARA(MAGERAN)
tugas-tugas ketenteraman awam yang dipertanggungjawabkan kepada pihak
tentera, Jen (B) Hj. Tun Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengawai
Kerja yang menjadi pengerak utama dalam kegiatan urusetia MAGERAN.
Tugas-tugas utama yang dilakukan oleh pihak tentera
Dalam menangani ketenteraman awam semasa Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku,
Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah
diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana ,
Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5
RAMD dan 7 RAMD.
Seramai 3,301 orang pegawai dan anggota tentera yang telah diatur gerakkan bagi
mengawal keadaan huru hara di seluruh Semenanjung Malaysia dan dari jumlah
tersebut, seramai 3,076 orang ditugaskan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan
selebihnya ditugaskan di kawasan Klang dan Port Swettenhem.
(a) Sekitar kawasan Kg. Baru
(b) Sekitar kawasan Datuk Keramat
(c) Sekitar Chow Kit melalui Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut dan kawasan
persekitarannya.
(d) Kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur ( City Center) iaitu di sekitar
Jalan Bandar dan Parlimen.
(e) Sekitar kawasan Jinjang dan Kepong
(f) Di sekitar kawasan Salak South ( sekitar Balai Polis Salak South),
kawasan Pudu, Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya.
(g) Mendirikan Road Congril Points (RCPs) dan kawalan lalu lintas.
Tempat – tempat yang mana RCP telah diadakan adalah;
(i) Bulan Besar di Chow Kit ( sekarang terdiri dari lampu-lampu isyarat
di persimpangan Jalan Ipoh – Jalan Pahang dan Jalan Raja Muda
Abdul Aziz).
(ii) Edinburgh Circus ( Bulatan Edinburgh) – adalah satu bulatan
besar berhampiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang.
KAWASAN SENSITIF YANG PERLU
DI PANTAU PIHAK TENTERA
TUJUAN ADAKAN CRP
1. Kawalan orang.
2. Menjaga keamanan kawasan.
3. Sebagai amaran awal mengenai kehadiran perusuh.
4. Mengurus, mengawal dan menyelamatkan sesuatu kawasan (
dominate area). Selain dari RCP, kawalan lalu lintas juga
diadakan dengan memeriksa orang yang lalu, barang-barang
yang dibawa dalam kenderaan dan menyemak siapa yang
memasuki dan keluar dari sesuatu kawasan.
5. Light Strike (LSF) dibekalkan 12 buah landrover. Tentera
telah menubuhkan kumpulan yang diberi panggilan LSF, yang
mana anggota akan meronda dan bergegas serta bertindak
pantas ke mana-mana tempat yang memerlukan bantuan.
KUALA LUMPUR KEMBALI
TERANG
Pada minggu pertama, keadaan mulai tenang di mana orang ramai agak berani untuk
keluar rumah tetapi bersikap berjaga-jaga mulai keluar rumah. Kesemuanya ini dengan
adanya rondaan dan kehadiran tentera sentiasa untuk memberi keyakinan. Pasukan 5
RAMD adalah kumpulan terakhir penglibatan tentera yang telah ditugaskan untuk
menangani ketenteraman awam iaitu selama hampir tiga bulan dan kemudian
menyerahkan tugas dan kawasan gerakan kepada Police Field Force (PFF) pada bulan
Ogos 1969. Tindakan yang dilakukan oleh tentera bagi menyatupadukan penduduk
berbilang kaum.
Taklimat Pemimpin Kaum. Tentera ketika itu memainkan peranan sebagai orang
perantaraan “Duta’ yang cuba menguruskan perjumpaan di antara orang Melayu dan Cina
khasnya di kalangan pemimpin-pemimpin kaum penduduk-penduduk ke dua-dua
kawasan iaitu Kampung Baru dan Chow Kit. Pemimpin-pemimpin kaum diberi taklimat
dan penjelasan untuk memulihkan keadaan kepada sediakala dan mengikis segala
perasaaan dendam mendendam.
Perjumpaan Muhibbah. Perjumpaan muhibbah anara pemimpin masyarakat dan
penduduk-penduduk ke dua kaum telah diuruskan oleh pihak tentera. Tujuannya adalah
untuk menyatupadukan dan berbaik-baik semula orang ramai yang berbalah dan
menghilangkan prasangka buruk semua kaum terhadap kaum lain.
PENUTUP
Rusuhan ini adalah berpunca daripada polarisasi perkauman ( ethnic polarisation)
dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang berterusan terhadap
ketidakseimbangan sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah. Keberkesanan
pihak tentera menjalankan tugas bagi mengawal keadaan kacau – bilau serta huru-
hara khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian.
Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai
rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya agar tidak berulang lagi
pada masa hadapan. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh
pasukan keselamatan ,tapi oleh semua. Masyarakat majmuk perlu faham budaya
dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya
jangan sesekali melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi.
Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati
dan dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua.
Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang sedang dikecapi kerana di
sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk memporak-
perandakan keadaan.

More Related Content

Viewers also liked

Presentaciones sustentacion
Presentaciones sustentacionPresentaciones sustentacion
Presentaciones sustentacionGlopypir
 
Economic Times
Economic TimesEconomic Times
Economic TimesReena204
 
7 1 notes part 1
7 1 notes part 17 1 notes part 1
7 1 notes part 1cichowi1
 
Air pollution juan pedro jiménez
Air pollution   juan pedro jiménezAir pollution   juan pedro jiménez
Air pollution juan pedro jiménezJuanPedro15
 
Business & Economy 25 July 2008
Business & Economy 25 July 2008Business & Economy 25 July 2008
Business & Economy 25 July 2008Reena204
 
El Rancho Motel Key West, Florida Keys
El Rancho Motel Key West, Florida KeysEl Rancho Motel Key West, Florida Keys
El Rancho Motel Key West, Florida KeysKeysPros2Go
 
Periféricos de procesamiento de Datos
Periféricos de procesamiento de DatosPeriféricos de procesamiento de Datos
Periféricos de procesamiento de DatosFranklyn22
 
Laporan praktikum 3
Laporan praktikum 3 Laporan praktikum 3
Laporan praktikum 3 haryati_rya
 
Sgs Sfp 2012 15 C
Sgs Sfp 2012 15 CSgs Sfp 2012 15 C
Sgs Sfp 2012 15 Cmarsfs
 

Viewers also liked (17)

Presentaciones sustentacion
Presentaciones sustentacionPresentaciones sustentacion
Presentaciones sustentacion
 
Economic Times
Economic TimesEconomic Times
Economic Times
 
Static Generator
Static GeneratorStatic Generator
Static Generator
 
La selva amazónica
La selva amazónicaLa selva amazónica
La selva amazónica
 
7 1 notes part 1
7 1 notes part 17 1 notes part 1
7 1 notes part 1
 
Air pollution juan pedro jiménez
Air pollution   juan pedro jiménezAir pollution   juan pedro jiménez
Air pollution juan pedro jiménez
 
Brandzone SPC
Brandzone SPCBrandzone SPC
Brandzone SPC
 
Es jehova un anunaki
Es jehova un anunakiEs jehova un anunaki
Es jehova un anunaki
 
Business & Economy 25 July 2008
Business & Economy 25 July 2008Business & Economy 25 July 2008
Business & Economy 25 July 2008
 
El Rancho Motel Key West, Florida Keys
El Rancho Motel Key West, Florida KeysEl Rancho Motel Key West, Florida Keys
El Rancho Motel Key West, Florida Keys
 
Periféricos de procesamiento de Datos
Periféricos de procesamiento de DatosPeriféricos de procesamiento de Datos
Periféricos de procesamiento de Datos
 
Herramientas tic
Herramientas ticHerramientas tic
Herramientas tic
 
Laporan praktikum 3
Laporan praktikum 3 Laporan praktikum 3
Laporan praktikum 3
 
Sgs Sfp 2012 15 C
Sgs Sfp 2012 15 CSgs Sfp 2012 15 C
Sgs Sfp 2012 15 C
 
Grande Lake Resorts
Grande Lake ResortsGrande Lake Resorts
Grande Lake Resorts
 
Presentacion1
Presentacion1Presentacion1
Presentacion1
 
Frameworks 3D
Frameworks 3DFrameworks 3D
Frameworks 3D
 

Similar to 13 mei

6.5 Tragedi Hubungan Antara Kaum
6.5 Tragedi Hubungan Antara Kaum6.5 Tragedi Hubungan Antara Kaum
6.5 Tragedi Hubungan Antara Kaumnuraien7
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Ancaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaAncaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaBeela Sensei
 
1 peristiwa 13-mei-19691
1 peristiwa 13-mei-196911 peristiwa 13-mei-19691
1 peristiwa 13-mei-19691zur Aliff
 
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1Siti Norazlina
 
Pembinaan negara negara bangsa
Pembinaan negara negara bangsaPembinaan negara negara bangsa
Pembinaan negara negara bangsaLaila Umaira
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1razali1982
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga KiniPerdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kinid092184
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalanwanie02
 
AKTA HASUTAN & ISA
AKTA HASUTAN & ISA AKTA HASUTAN & ISA
AKTA HASUTAN & ISA Erwina Masir
 

Similar to 13 mei (18)

6.5 Tragedi Hubungan Antara Kaum
6.5 Tragedi Hubungan Antara Kaum6.5 Tragedi Hubungan Antara Kaum
6.5 Tragedi Hubungan Antara Kaum
 
Penyusunan semula penduduk impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah da...
Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah da...Penyusunan semula penduduk   impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah da...
Penyusunan semula penduduk impaknya terhadap kadar kemiskinan di madinah da...
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
13mei
13mei13mei
13mei
 
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 meiTutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
 
Ancaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysiaAncaman komunis di malaysia
Ancaman komunis di malaysia
 
1 peristiwa 13-mei-19691
1 peristiwa 13-mei-196911 peristiwa 13-mei-19691
1 peristiwa 13-mei-19691
 
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
Hubungan etnik-di-malaysia-group-1
 
Pembinaan negara negara bangsa
Pembinaan negara negara bangsaPembinaan negara negara bangsa
Pembinaan negara negara bangsa
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
13 mei 69
13 mei 6913 mei 69
13 mei 69
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga KiniPerdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
Perdana Menteri Malaysia - Dari 1957 hingga Kini
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
13 MEI 1969
13 MEI 196913 MEI 1969
13 MEI 1969
 
AKTA HASUTAN & ISA
AKTA HASUTAN & ISA AKTA HASUTAN & ISA
AKTA HASUTAN & ISA
 

13 mei

  • 2. 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran. Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. PERISTIWA 13 MEI
  • 3. Pada 10 Mei 1969, pilihanraya telah diisytiharkan di Semenanjung Malaysia yang memberi keyakinan kepada parti UMNO tetapi tanpa disedari ia telah mengancam proses demokrasi. Kerenggangan penyokong-penyokong berbangsa Cina mula dirasai dan penguasaan UMNO di dalam kekuasan politik Persekutuan dan juga Negeri mula terlucut; ‘kapal layar’ Parti Perikatan, yang terdahulunya sentiasa berada di hadapan di dalam setiap pilihanraya, telah mula kelihatan ‘mengharungi lautan yang bergelora’ dan di peringkat inilah kedudukan penguasaan UMNO di dalam kerajaan mula goyah dan bermulalah krisis keyakinan di dalam proses demokrasi itu sendiri. Orang-orang Melayu merasakan bahawa kuasa politik Parti itu telah berganjak dari pihak Parti Perikatan ke Parti Pembangkang; kepada pendatang-pendatang minoriti yang lain. Jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang diperolehi di dalam pilihanraya Persekutuan seterusanya, pihak pembangkang memperolehi 23 kerusi, melebihi satu per lima daripada jumlah kuota kerusi Parlimen yang ditetapkan kepada negeri-negeri di dalam Persekutuan. Kekecewaan mula timbul bukan sahaja terhadap keputusan pilihanraya 1969 tetapi terhadap proses demokrasi itu sendiri. Komuniti bukan Melayu, akibat konsensi dan kompromi yang diberikan oleh orang Melayu sendiri, kini memperolehi sebahagian daripada kuasa politik negara. Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Batu, Selangor telah meminta kbenaran pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli parti Gerakan. Kebenaran dan permit telah dikeluarkan oleh pihak polis. Sebaliknya DAP tanpa mendapat kebenaran pihak polis, turut membuat keputusan untuk mengadakan perarakan yang sama pada 13 Mei 1969. Justeru DAP telah turut sama dengan perarakan yang dibuat oleh Gerakan. Gabungan dua parti pembangkang yang selama ini diibaratkan sebagai ‘api di dalam serkam’ mula mengkucar-kacirkan keadaan. Sebagai tindak balas, pemuda-pemuda Melayu UMNO mula bertindak untuk mengadakan satu perarakan UMNO bagi membalas perarakan Parti DAP dan Gerakan sebelum ini. PROSES DEMOKRASI
  • 4. Kejadian mengamuk secara beramai-ramai yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca dari khabar-khabar angin yang merebak bagaikan api. Tanggapan bahawa perubahan akan berlaku terhadap konfigurasi kuasa politik dan keraguan di kalangan masyarakat Melayu telah mengeruhkan lagi keadaan yang kian genting. Kemarahan orang-orang Melayu khasnya mereka yang menyokong parti UMNO telah ditujukan kepada orang- orang Cina dan India yang dianggap pembelot yang telah meninggalkan Parti Perikatan, parti yang mengabungkan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India.’Pembelotan’ ini telah meletakkan kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO di dalam keadaan yang genting dan terumbang – ambing. Apa yang jelas, lokasi kejadian 13 Mei 1969 tidaklah pula secara kebetulan. Negeri Selangor merupakan sebuah negeri di Semenanjung di mana naluri dan semangat Melayu UMNO telah lama bertapak. Ketidaktentuan kestabilan politik di negeri itu juga kian meruncing akibat keputusan pilihanraya, khabar-khabar angin yang dipolitikkan selepas pilihanraya serta sambutan bagi meraikan kemenangan di dalam pilihanraya oleh parti pembangkang. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya yang asal, tidak terdapat kemungkinan, dari segi teknikalnya, akan tertubuhnya kerajaan baru yang dipimpin secara mutlak oleh pihak parti pembangkang. KETEGANGAN KAUM
  • 5. Beberapa hari semasa berlakunya kekacauan, tidak terdapat sebarang bentuk perisikan yang sebenar yang disampaikan ke pihak pemerintah atau pegawai tentera yang terlibat secara fizikal di kawasan tanggung jawab. Ke semua jentera perisikan kelihatan dibekukan selama tempoh berlakunya kekacauan. Penugasan utama pasukan tentera pada sekitar akhir tahun 60an bukan sahaja dalam menentangan ancaman dan kegiatan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Di samping tu, tentera juga memainkan peranan dan sentiasa bersiap sedia dalam membantu pihak Polis mengawal ketenteraman awam. Penglibatan tentera dalam ketenteraman awam teruji apabila diberi tanggungjawab oleh negara untuk mengawal rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Walaupun mengawal ketenteraman awam menjadi tugas sekunder,namun pihak tentera telah membuktikan bahawa pasukan ini berkeupayaan untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan pantas dan jayanya tanpa perlu mengakibatkan kehilangan nyawa dan merosakkan harta benda yang berterusan. Akhirnya pada malam itu POPO telah diisytiharkan di Contigent Control Center (CCC) dan diikuti dengan pengisytiharkan perintah berkurung. Ini bermakna dengan rasminya pihak tentera diberi kuasa ‘polis’ yang luas di bawah undang- undang negara untuk menjalankan tugas bagi menyelamatkan keadaan. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Op Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Op Tenteram. KEGAGALAN LAW AND ORDER
  • 6. Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN pada 17 Mei 1969 untuk Perlembagaan Fasal (2) Perkara 150. Untuk melaksanakan tugas-tugas di bawah Ordinan ini, beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera. MAGERAN yang dibentuk selepas 13 Mei 1969 bertujuan bagi memulihkan kestabilan dan ketenteraman awam khususnya untuk mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara. Antara fungsi MAGERAN ialah a) mengembalikan keamanan dan undang-undang negara b) menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan c) mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara. MAJLIS GERAKAN NEGARA(MAGERAN)
  • 7. tugas-tugas ketenteraman awam yang dipertanggungjawabkan kepada pihak tentera, Jen (B) Hj. Tun Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengawai Kerja yang menjadi pengerak utama dalam kegiatan urusetia MAGERAN. Tugas-tugas utama yang dilakukan oleh pihak tentera Dalam menangani ketenteraman awam semasa Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD. Seramai 3,301 orang pegawai dan anggota tentera yang telah diatur gerakkan bagi mengawal keadaan huru hara di seluruh Semenanjung Malaysia dan dari jumlah tersebut, seramai 3,076 orang ditugaskan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan selebihnya ditugaskan di kawasan Klang dan Port Swettenhem.
  • 8. (a) Sekitar kawasan Kg. Baru (b) Sekitar kawasan Datuk Keramat (c) Sekitar Chow Kit melalui Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut dan kawasan persekitarannya. (d) Kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur ( City Center) iaitu di sekitar Jalan Bandar dan Parlimen. (e) Sekitar kawasan Jinjang dan Kepong (f) Di sekitar kawasan Salak South ( sekitar Balai Polis Salak South), kawasan Pudu, Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya. (g) Mendirikan Road Congril Points (RCPs) dan kawalan lalu lintas. Tempat – tempat yang mana RCP telah diadakan adalah; (i) Bulan Besar di Chow Kit ( sekarang terdiri dari lampu-lampu isyarat di persimpangan Jalan Ipoh – Jalan Pahang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz). (ii) Edinburgh Circus ( Bulatan Edinburgh) – adalah satu bulatan besar berhampiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang. KAWASAN SENSITIF YANG PERLU DI PANTAU PIHAK TENTERA
  • 9. TUJUAN ADAKAN CRP 1. Kawalan orang. 2. Menjaga keamanan kawasan. 3. Sebagai amaran awal mengenai kehadiran perusuh. 4. Mengurus, mengawal dan menyelamatkan sesuatu kawasan ( dominate area). Selain dari RCP, kawalan lalu lintas juga diadakan dengan memeriksa orang yang lalu, barang-barang yang dibawa dalam kenderaan dan menyemak siapa yang memasuki dan keluar dari sesuatu kawasan. 5. Light Strike (LSF) dibekalkan 12 buah landrover. Tentera telah menubuhkan kumpulan yang diberi panggilan LSF, yang mana anggota akan meronda dan bergegas serta bertindak pantas ke mana-mana tempat yang memerlukan bantuan.
  • 10. KUALA LUMPUR KEMBALI TERANG Pada minggu pertama, keadaan mulai tenang di mana orang ramai agak berani untuk keluar rumah tetapi bersikap berjaga-jaga mulai keluar rumah. Kesemuanya ini dengan adanya rondaan dan kehadiran tentera sentiasa untuk memberi keyakinan. Pasukan 5 RAMD adalah kumpulan terakhir penglibatan tentera yang telah ditugaskan untuk menangani ketenteraman awam iaitu selama hampir tiga bulan dan kemudian menyerahkan tugas dan kawasan gerakan kepada Police Field Force (PFF) pada bulan Ogos 1969. Tindakan yang dilakukan oleh tentera bagi menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Taklimat Pemimpin Kaum. Tentera ketika itu memainkan peranan sebagai orang perantaraan “Duta’ yang cuba menguruskan perjumpaan di antara orang Melayu dan Cina khasnya di kalangan pemimpin-pemimpin kaum penduduk-penduduk ke dua-dua kawasan iaitu Kampung Baru dan Chow Kit. Pemimpin-pemimpin kaum diberi taklimat dan penjelasan untuk memulihkan keadaan kepada sediakala dan mengikis segala perasaaan dendam mendendam. Perjumpaan Muhibbah. Perjumpaan muhibbah anara pemimpin masyarakat dan penduduk-penduduk ke dua kaum telah diuruskan oleh pihak tentera. Tujuannya adalah untuk menyatupadukan dan berbaik-baik semula orang ramai yang berbalah dan menghilangkan prasangka buruk semua kaum terhadap kaum lain.
  • 11. PENUTUP Rusuhan ini adalah berpunca daripada polarisasi perkauman ( ethnic polarisation) dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang berterusan terhadap ketidakseimbangan sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah. Keberkesanan pihak tentera menjalankan tugas bagi mengawal keadaan kacau – bilau serta huru- hara khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian. Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya agar tidak berulang lagi pada masa hadapan. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan ,tapi oleh semua. Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua. Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang sedang dikecapi kerana di sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk memporak- perandakan keadaan.