SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Laporan kajian tindakan bahasa melayu - Document
Transcript
1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID
TAHUN 2 PANDAI
MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA
Oleh
Zaridah binti Zuber,
SK Seri Manjung,
32040 Seri Manjung,
Perak
Darul Ridzuan.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-
murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Pandai. Seramai 44 orang murid dan seorang guru
terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada
permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian
pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf
besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan
murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang
dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat
dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut
juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ISI KANDUNGAN
1. Kandungan
………………………………………………………………… 1
2. Penghargaan
……………………………………………………………….. 2
3. Abstrak
…………………………………………………………………....... 3
4. Latar
Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu ……………………… 4
5. Fokus
Kajian / Isu Keprihatinan …………………………………………. 4
6. Objektif
Kajian ……………………………………………………………. 5
7. Kumpulan
Sasaran ………………………………………………………... 5
8. Methodologi
……………………………………………………………….. 6
9. Pelaksanaan
Kajian ………………………………………………………. 7
10. Dapatan Kajian
…………………………………………………………… 9
11. Refleksi Kajian
……………………………………………………………. 9
12. Cadangan
Tindakan Seterusnya ………………………………………... 10
13. Penutup
…………………………………………………………………… 10
14. Bibliografi
………………………………………………………………… 11
15. Lampiran
…………………………………………………………………. 12
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan
atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
kepada :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang
telah saya jalankan pada tahun 2005 dan 2006
Encik Zahidi bin Zukiffli
Guru
Besar SK Seri Manjung
Puan Hajah Normah binti Mahamad
Penolong Kanan
Pentadbiran SK Seri Manjung
Puan Hajah Eaishah binti Abu Talib
Penyelia
Petang SK Seri Manjung
Encik Muhammad Saad bin Mohd Noor
Penolong
PPD Kurikulum (Kemanusiaan)
Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
LATAR
BELAKANG KAJIAN
Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1
membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga.
Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman
1
era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian
atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf
besar.
Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah ‘Salin semula
ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Di samping itu,
kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan
mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut,
Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu
penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar
sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat ketara.
Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama
iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala
murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini
untuk mengatasi masalah tersebut.
2. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid
Tahun 2 Pandai tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf
besar di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan
sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Pandai (2005),
maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh
dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis.
Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek
Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik
beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :
Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis
perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal
dengan cara yang betul dan tulisan
yang cantik.
Aras 2 : 10.2 Mengedit dan
memurnikan hasil penulisan.
ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan
perkataan dan tanda
baca dalam ayat.
Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks
yang diperdengarkan.
i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan
ejaan dan tanda
baca yang betul.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya
perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang
dirancang.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan
penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif Khusus
i)
Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada
permulaan
ayat.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 44 orang murid Tahun 2
Pandai yang terdiri daripada 25 lelaki dan 19 perempuan. Murid-murid ini seringkali
tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf huruf besar. Murid yang cemerlang
juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi murid lemah. Oleh itu
saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.
5. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a)
Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
b) Soal selidik .
Borang soal selidik diberi
kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara
jujur.
c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana
pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.
d)
Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid
2
dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
g) Semakan buku
latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap
perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.
6. PELAKSANAAN
KAJIAN
6.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya
diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid
dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan methodologi yang
dinyatakan.
6.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada instrument
yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai
kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya membuat analisis seperti yang terkandung
dalam jadual di bawah.
BILMASALAHJUMLAH1Kurang tumpuan.18%2Sikap
malas.7%3Tidak memahami arahan.11%4Kurang keyakinan diri.5%5Menyalin tanpa
meneliti penggunaan huruf besar.77%6Tiada bimbingan di rumah.14%
6.3
Tindakan yang dijalankan
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat.
Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid
terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah
selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah penting untuk guru memuji murid
berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada permulaan ayat sahaja.
Tindakan seterusnya ialah :
i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.
ii)
Pemeringkatan secara bergred.
ii) Latih tubi.
6.4 Pelaksanaan Tindakan dan
Pemerhatian/Penilaian
6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap
kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid
menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya
ingatan. Saya telah mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar mereka tidak
lupa bahawa setiap kali mula menulis, warna biru itu mesti didahulukan.
6.4.1
Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang
lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar
pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf
besar di tempat
yang sesuai menggunakan warna.
Item 2
1. Membaca
ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat
tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai. (Huruf besar
pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna)
Item 3
1. Membaca ayat-
ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan
menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat
dan selepas noktah
menggunakan warna)
7. DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati
peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan
terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar.
Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di
samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan
keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
MARKAHPENCAPAIAN
UJIAN
PENGESANAN*ITEM 1*ITEM 2*ITEM 3UJIAN PENCAPAIAN20 –
1622%100%100%96%95%15 – 1022%0%0%4%2.5%9 – 626%0%0%0%2.5%5-
030%0%0%0%0%
*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
8.
REFLEKSI KAJIAN
8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Kesemua aktiviti yang
dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan
peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk huruf
3
besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
(PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf
besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah
dengan menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah
murid kelas pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan
oleh Majlis Guru Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi
tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B
atau C.
8.2 Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, kurang
tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara
berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan
peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.
Sebagai
guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di kelas
yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu
meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi
mata pelajaran lain.
9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN
TINDAKAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan
kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang
untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas.
Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan
tanda baca (koma dan noktah).
10. PENUTUP
Murid adalah amanah yang
dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan kadangkala kita mengeluh
dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan
alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin
bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat
semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras
berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.
BIBLIOGRAFI
1. Manual
Kajian Tindakan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 2
Unit Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2
Jabatan Pelajaran Negeri
Perak
3. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1
Dewan Bahasa dan
Pustaka
4. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2
Dewan Bahasa
dan Pustaka
BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN
TAHUN 2
PANDAI
2006
BILSILA JAWAB DENGAN JUJURYa (/)Tidak ( x
)1.Pengajaran cikgu menyeronokkan2.Cikgu beri tumpuan kepada saya3.Saya minat mata
pelajaran Bahasa Melayu4.Keluarga beri bimbingan di rumah5.Bimbingan yang cikgu
beri mencukupi6.Belajar menyeronokkan7.Kerja sekolah yang diberi mudah8.Saya suka
menulis9.Saya suka membaca10.Saya faham arahan cikgu11.Percakapan cikgu terlalu
laju
Contoh : BORANG SKOR ITEM 1
MENYALIN AYAT
BILNAMA MURIDL1L2L3L4L5UJIAN
PENCAPAIAN1AAAAAAA2BCBCBAA3CAAAAAA4DAAAAAA5EAAAAAA6FA
AAAAA7GAAAAAA8HAAAAAA9IABAAAA10JBBAAAA11KAAAAAA12LAAAA
AA13MAAAAAA14NBAAAAA150AAAAAA16PAAAAAA17QAAAAAA18RAAAA
AA19SBBAAAA20TAAAAAA21UAAAAAA22VBAAAAA23WBBABAA24XBBAA
AA25YAAAAAA26ZAAAAAA27ABAAAAAA28CDAAAAAA29EFAAAAAA30GH
4
AAAAAA31IJAAAAAA32KLAAAAAA33MNAAAAAA34OPAAAAAA35QRAAAA
AA36STAAAAAA37UVAAAAAA38WXAAAAAA39YZAAAAAA40ABCAAAAAA
41DEFAAAAAA42GHIAAAAAA43JKLBAAAAA44MNOBAAAAA
*L –
latihan
0 – Gagal (0 markah)
C – Pencapaian kurang daripada ½
B –
Pencapaian lebih daripada ½
A – Memuaskan ( betul semua)
Ujian
Pengesanan
Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai.
1. hari jumaat yang lalu saya pergi ke kelantan.
2. salim dan
azmi selalu bermain di padang sekolah.
3. sekolah
kebangsaan seri manjung menjadi johan perlawanan bola
sepak.
4.bapa david memandu kereta proton waja.
5. guru kelas
tahun dua pandai bernama puan zaridah zuber.
UJIAN
PENCAPAIAN
Nama : ______________________________
Kelas : Tahun 2
Pandai
Item 1
Salin semula ayat berikut.
Alif memelihara seekor arnab.
Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi arnabnya makan kangkung. Arnabnya
sangat pantas berlari. Alif sangat sayang akan arnabnya.
(5 markah)
Item 2
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang
betul.
1. kita mesti makan makanan yang bersih.
2. kita
bersenam supaya badan kita sihat.
3. jangan
makan kuih yang manis itu.
4. sikat
rambut kamu supaya kelihatan kemas.
5. bajunya
yang tidak berbasuh itu berbau busuk.
(5
markah)
Item 3
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat
yang betul.
1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan.
2. emak pergi
ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi.
3. salmi pergi
ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.
4. ganesh sakit
perut. dia perlu mendapatkan rawatan.
5. datuk
menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian.
(10
markah)
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR
BAGI
Zaridah binti Zuber,
SK Seri Manjung, 32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.
1. LATAR BELAKANG KAJIAN
Setiap kali latihan
di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan
penggunaan huruf besar. Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah
‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’.
Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan
mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut.
Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu
permulaan ayat dan kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala
murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini
untuk mengatasi masalah tersebut.
2. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif
Khusus
i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada
permulaan ayat.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan
huruf besar.
3. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah
a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
b) Soal selidik .
Borang soal
selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang
tepat secara jujur.
c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur
sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam
ayat.
d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
g) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat
menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.
4.
PELAKSANAAN KAJIAN
4.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah
yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan
kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan
methodologi yang dinyatakan.
4.2 Analisis Tinjauan Masalah
Saya membuat
analisis berdasarkan instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang
menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar.
4.3
Tindakan yang dijalankan
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat.
Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid
terbabit. Tindakan seterusnya ialah:
i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.
ii) Pemeringkatan secara bergred.
ii) Latih tubi.
4.4 Pelaksanaan Tindakan
dan Pemerhatian/Penilaian
4.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan
setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan
murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan
daya ingatan.
4.4.2 Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1
1.
Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam
penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut
dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai menggunakan warna.
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2.
Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang
sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja
menggunakan warna)
Item
3
1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula
ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar
6
pada permulaan ayat dan selepas
noktah menggunakan warna)
5. DAPATAN
KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya
dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat
memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf
besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang.
Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan
keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
MARKAHPENCAPAIAN
UJIAN
PENGESANAN*ITEM 1*ITEM 2*ITEM 3UJIAN PENCAPAIAN20 –
1622%100%100%96%95%15 – 1022%0%0%4%2.5%9 – 626%0%0%0%2.5%5-
030%0%0%0%0%
*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
8.
REFLEKSI KAJIAN
8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Kesemua aktiviti yang
dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan
peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk huruf
besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
(PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf
besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah
dengan menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah
murid kelas pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan
oleh Majlis Guru Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi
tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B
atau C.
8.2 Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, kurang
tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara
berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan
peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid. Penggunaan
huruf besar banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping
membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran lain.
9. CADANGAN UNTUK
MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak
membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid
berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea
bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid
berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).
7
More Related Content
What's hot
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1jun jun
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
Pelan Tindakan Bahasa Melayu
Pelan Tindakan Bahasa MelayuPelan Tindakan Bahasa Melayu
Pelan Tindakan Bahasa MelayuPAKLONG CIKGU
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanShangari Ram
Rpp berkarakter pai smp ix sms 2
Rpp berkarakter pai smp ix sms 2Rpp berkarakter pai smp ix sms 2
Rpp berkarakter pai smp ix sms 2ulul ar rokhim
Pelan Tindakan UPSR Bahasa Melayu
Pelan Tindakan UPSR Bahasa MelayuPelan Tindakan UPSR Bahasa Melayu
Pelan Tindakan UPSR Bahasa Melayurebakasajaya
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajianShafie Athiah
Strategi Pengembangan Bahasa Indonesia (uji kompetensi bahasa indonesia)
Strategi Pengembangan Bahasa Indonesia (uji kompetensi bahasa indonesia)Strategi Pengembangan Bahasa Indonesia (uji kompetensi bahasa indonesia)
Strategi Pengembangan Bahasa Indonesia (uji kompetensi bahasa indonesia)Alfa Rosyid
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
Pentaksiran Lisan Berasaskan SekolahPentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
Pentaksiran Lisan Berasaskan SekolahShaklee Malaysia
Rph aktiviti di padang sekolah
Rph   aktiviti di padang sekolahRph   aktiviti di padang sekolah
Rph aktiviti di padang sekolahMaliaLatip
Laporan ulbs 2013 8.13.08 pm
Laporan ulbs 2013 8.13.08 pmLaporan ulbs 2013 8.13.08 pm
Laporan ulbs 2013 8.13.08 pmAhmad Asmaran
Inovasi minda jawi hilir perak
Inovasi minda jawi  hilir perakInovasi minda jawi  hilir perak
Inovasi minda jawi hilir perakiDEAguruperak
Rpp Bahasa Inggris ida
Rpp Bahasa Inggris idaRpp Bahasa Inggris ida
Rpp Bahasa Inggris idavina2
What's hot (18)
Sampel pengurusan dan penggunaan buku buku latihan BM
Sampel pengurusan dan penggunaan buku buku latihan BMSampel pengurusan dan penggunaan buku buku latihan BM
Sampel pengurusan dan penggunaan buku buku latihan BM
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Meningkatkan kemahiran-penggunaan 1
Bm lb012 set3
Bm lb012 set3Bm lb012 set3
Bm lb012 set3
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Pelan Tindakan Bahasa Melayu
Pelan Tindakan Bahasa MelayuPelan Tindakan Bahasa Melayu
Pelan Tindakan Bahasa Melayu
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihanContoh laporan kajian tindakan pemulihan
Contoh laporan kajian tindakan pemulihan
Rpp berkarakter pai smp ix sms 2
Rpp berkarakter pai smp ix sms 2Rpp berkarakter pai smp ix sms 2
Rpp berkarakter pai smp ix sms 2
Pelan Tindakan UPSR Bahasa Melayu
Pelan Tindakan UPSR Bahasa MelayuPelan Tindakan UPSR Bahasa Melayu
Pelan Tindakan UPSR Bahasa Melayu
Jurnal reflektif terbaru
Jurnal reflektif terbaruJurnal reflektif terbaru
Jurnal reflektif terbaru
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian
Metode pembelajaran
Metode pembelajaranMetode pembelajaran
Metode pembelajaran
Strategi Pengembangan Bahasa Indonesia (uji kompetensi bahasa indonesia)
Strategi Pengembangan Bahasa Indonesia (uji kompetensi bahasa indonesia)Strategi Pengembangan Bahasa Indonesia (uji kompetensi bahasa indonesia)
Strategi Pengembangan Bahasa Indonesia (uji kompetensi bahasa indonesia)
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
Pentaksiran Lisan Berasaskan SekolahPentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
Rph aktiviti di padang sekolah
Rph   aktiviti di padang sekolahRph   aktiviti di padang sekolah
Rph aktiviti di padang sekolah
Prosiding bm1
Prosiding bm1Prosiding bm1
Prosiding bm1
Laporan ulbs 2013 8.13.08 pm
Laporan ulbs 2013 8.13.08 pmLaporan ulbs 2013 8.13.08 pm
Laporan ulbs 2013 8.13.08 pm
Inovasi minda jawi hilir perak
Inovasi minda jawi  hilir perakInovasi minda jawi  hilir perak
Inovasi minda jawi hilir perak
Rpp Bahasa Inggris ida
Rpp Bahasa Inggris idaRpp Bahasa Inggris ida
Rpp Bahasa Inggris ida
Similar to Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Kajian huruf besar
Kajian huruf besarKajian huruf besar
Kajian huruf besarAb Hayati
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-muridKalaiselviVelu1
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkalMat mohd
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanFariz Salim
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1Mashudi Misban
Alat penilaian-kemampuan-guru-apkg-lembar1
Alat penilaian-kemampuan-guru-apkg-lembar1Alat penilaian-kemampuan-guru-apkg-lembar1
Alat penilaian-kemampuan-guru-apkg-lembar1Ratna Nana
Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2nakirah
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdfJurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdfYusriRahayu1
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Wan Norrizan
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Noormazrita Azam
2 panduan perkembangan pembe;ajaran murid
2 panduan perkembangan pembe;ajaran murid2 panduan perkembangan pembe;ajaran murid
2 panduan perkembangan pembe;ajaran muridKelab Exskbc Pibg Skbc
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptxPertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptxVarKumar2
Similar to Laporan kajian tindakan bahasa melayu (20)
Kajian huruf besar
Kajian huruf besarKajian huruf besar
Kajian huruf besar
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
Rpp
RppRpp
Rpp
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Perancangan strategik bahasa melayu tahun 1
Alat penilaian-kemampuan-guru-apkg-lembar1
Alat penilaian-kemampuan-guru-apkg-lembar1Alat penilaian-kemampuan-guru-apkg-lembar1
Alat penilaian-kemampuan-guru-apkg-lembar1
Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2Proposal kpr kump 2
Proposal kpr kump 2
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdfJurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
Jurnal Refleksi YUSRI RAHAYU.pdf
05 ptkku pdf
05 ptkku pdf 05 ptkku pdf
05 ptkku pdf
Apkg 1 dan 2
Apkg 1 dan 2Apkg 1 dan 2
Apkg 1 dan 2
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
A
AA
A
2 panduan perkembangan pembe;ajaran murid
2 panduan perkembangan pembe;ajaran murid2 panduan perkembangan pembe;ajaran murid
2 panduan perkembangan pembe;ajaran murid
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptxPertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
• 1. Laporan kajian tindakan bahasa melayu - Document Transcript 1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 2 PANDAI
MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA
Oleh
Zaridah binti Zuber,
SK Seri Manjung,
32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid- murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Pandai. Seramai 44 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ISI KANDUNGAN
1. Kandungan ………………………………………………………………… 1
2. Penghargaan ……………………………………………………………….. 2
3. Abstrak …………………………………………………………………....... 3
4. Latar Belakang Kajian / Refleksi P & P yang lalu ……………………… 4
5. Fokus Kajian / Isu Keprihatinan …………………………………………. 4
6. Objektif Kajian ……………………………………………………………. 5
7. Kumpulan Sasaran ………………………………………………………... 5
8. Methodologi ……………………………………………………………….. 6
9. Pelaksanaan Kajian ………………………………………………………. 7
10. Dapatan Kajian …………………………………………………………… 9
11. Refleksi Kajian ……………………………………………………………. 9
12. Cadangan Tindakan Seterusnya ………………………………………... 10
13. Penutup …………………………………………………………………… 10
14. Bibliografi ………………………………………………………………… 11
15. Lampiran …………………………………………………………………. 12
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini
kepada :
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana telah membiayai Kajian Tindakan yang telah saya jalankan pada tahun 2005 dan 2006
Encik Zahidi bin Zukiffli
Guru Besar SK Seri Manjung
Puan Hajah Normah binti Mahamad
Penolong Kanan Pentadbiran SK Seri Manjung
Puan Hajah Eaishah binti Abu Talib
Penyelia Petang SK Seri Manjung
Encik Muhammad Saad bin Mohd Noor
Penolong PPD Kurikulum (Kemanusiaan)
Pejabat Pelajaran Daerah Manjung
LATAR BELAKANG KAJIAN
Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman 1
• 2. era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar.
Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Di samping itu, kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat ketara.
Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.
2. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid Tahun 2 Pandai tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1 Pandai (2005), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan tanda baca. Contoh :
Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan
yang cantik.
Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan tanda
baca dalam ayat.
Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda
baca yang betul.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif Khusus
i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada
permulaan ayat.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 44 orang murid Tahun 2 Pandai yang terdiri daripada 25 lelaki dan 19 perempuan. Murid-murid ini seringkali tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf huruf besar. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi masalah tersebut.
5. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
b) Soal selidik .
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur.
c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.
d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid 2
• 3. dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
g) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.
6. PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan methodologi yang dinyatakan.
6.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar, maka saya membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.
BILMASALAHJUMLAH1Kurang tumpuan.18%2Sikap malas.7%3Tidak memahami arahan.11%4Kurang keyakinan diri.5%5Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar.77%6Tiada bimbingan di rumah.14%
6.3 Tindakan yang dijalankan
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka, adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada permulaan ayat sahaja. Tindakan seterusnya ialah :
i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.
ii) Pemeringkatan secara bergred.
ii) Latih tubi.
6.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan. Saya telah mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar mereka tidak lupa bahawa setiap kali mula menulis, warna biru itu mesti didahulukan.
6.4.1 Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai menggunakan warna.
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan warna)
Item 3
1. Membaca ayat- ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat
yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah
menggunakan warna)
7. DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
MARKAHPENCAPAIAN
UJIAN PENGESANAN*ITEM 1*ITEM 2*ITEM 3UJIAN PENCAPAIAN20 – 1622%100%100%96%95%15 – 1022%0%0%4%2.5%9 – 626%0%0%0%2.5%5- 030%0%0%0%0%
*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
8. REFLEKSI KAJIAN
8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk huruf 3
• 4. besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C.
8.2 Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid.
Sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, guru kelas dan guru mata pelajaran lain di kelas yang sama, pencapaian murid dalam penggunaan huruf besar banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran lain.
9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN
Kesemua aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di samping berkongsi idea bersama guru pemulihan khas. Seterusnya saya ingin meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan tanda baca (koma dan noktah).
10. PENUTUP
Murid adalah amanah yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, meskipun agak sukar dan kadangkala kita mengeluh dengan pencapaian yang begitu minima dalam setiap mata pelajaran, namun itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa. Kekangan masa dan bebanan tugas yang semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, kita buat semampu mungkin supaya semua murid menerima pendidikan berkualiti dan selaras berasaskan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.
BIBLIOGRAFI
1. Manual Kajian Tindakan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
2. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2
Unit Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 2
Jabatan Pelajaran Negeri Perak
3. Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Jilid 1
Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Buku Latihan dan Aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2
Dewan Bahasa dan Pustaka
BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN
TAHUN 2 PANDAI
2006
BILSILA JAWAB DENGAN JUJURYa (/)Tidak ( x )1.Pengajaran cikgu menyeronokkan2.Cikgu beri tumpuan kepada saya3.Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu4.Keluarga beri bimbingan di rumah5.Bimbingan yang cikgu beri mencukupi6.Belajar menyeronokkan7.Kerja sekolah yang diberi mudah8.Saya suka menulis9.Saya suka membaca10.Saya faham arahan cikgu11.Percakapan cikgu terlalu laju
Contoh : BORANG SKOR ITEM 1
MENYALIN AYAT
BILNAMA MURIDL1L2L3L4L5UJIAN PENCAPAIAN1AAAAAAA2BCBCBAA3CAAAAAA4DAAAAAA5EAAAAAA6FA AAAAA7GAAAAAA8HAAAAAA9IABAAAA10JBBAAAA11KAAAAAA12LAAAA AA13MAAAAAA14NBAAAAA150AAAAAA16PAAAAAA17QAAAAAA18RAAAA AA19SBBAAAA20TAAAAAA21UAAAAAA22VBAAAAA23WBBABAA24XBBAA AA25YAAAAAA26ZAAAAAA27ABAAAAAA28CDAAAAAA29EFAAAAAA30GH 4
• 5. AAAAAA31IJAAAAAA32KLAAAAAA33MNAAAAAA34OPAAAAAA35QRAAAA AA36STAAAAAA37UVAAAAAA38WXAAAAAA39YZAAAAAA40ABCAAAAAA 41DEFAAAAAA42GHIAAAAAA43JKLBAAAAA44MNOBAAAAA
*L – latihan
0 – Gagal (0 markah)
C – Pencapaian kurang daripada ½
B – Pencapaian lebih daripada ½
A – Memuaskan ( betul semua)
Ujian Pengesanan
Salin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.
1. hari jumaat yang lalu saya pergi ke kelantan.
2. salim dan azmi selalu bermain di padang sekolah.
3. sekolah kebangsaan seri manjung menjadi johan perlawanan bola
sepak.
4.bapa david memandu kereta proton waja.
5. guru kelas tahun dua pandai bernama puan zaridah zuber.
UJIAN PENCAPAIAN
Nama : ______________________________
Kelas : Tahun 2 Pandai
Item 1
Salin semula ayat berikut.
Alif memelihara seekor arnab. Bulu arnabnya berwarna putih. Dia memberi arnabnya makan kangkung. Arnabnya sangat pantas berlari. Alif sangat sayang akan arnabnya.
(5 markah)
Item 2
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. kita mesti makan makanan yang bersih.
2. kita bersenam supaya badan kita sihat.
3. jangan makan kuih yang manis itu.
4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas.
5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk.
(5 markah)
Item 3
Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.
1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan.
2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi.
3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita.
4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan.
5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian.
(10 markah)
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI
Zaridah binti Zuber,
SK Seri Manjung, 32040 Seri Manjung,
Perak Darul Ridzuan.
1. LATAR BELAKANG KAJIAN
Setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf besar. Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan adalah ‘Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda baca di tempat yang sesuai’. Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut. Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama iaitu permulaan ayat dan kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.
2. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif Khusus
i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada
permulaan ayat.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
3. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
b) Soal selidik .
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur.
c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.
d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
g) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.
4. PELAKSANAAN KAJIAN
4.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar menggunakan methodologi yang dinyatakan.
4.2 Analisis Tinjauan Masalah
Saya membuat analisis berdasarkan instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar.
4.3 Tindakan yang dijalankan
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit. Tindakan seterusnya ialah:
i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.
ii) Pemeringkatan secara bergred.
ii) Latih tubi.
4.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
4.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan.
4.4.2 Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai menggunakan warna.
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja
menggunakan warna)
Item 3
1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar 6
• 7. pada permulaan ayat dan selepas
noktah menggunakan warna)
5. DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan terutamanya untuk item 1 dan 2. Murid mengambil berat penggunaan huruf besar. Kesilapan akibat kecuaian, sifar bagi murid cemerlang dan berpotensi cemerlang. Di samping itu, saya telah menjalankan satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.
MARKAHPENCAPAIAN
UJIAN PENGESANAN*ITEM 1*ITEM 2*ITEM 3UJIAN PENCAPAIAN20 – 1622%100%100%96%95%15 – 1022%0%0%4%2.5%9 – 626%0%0%0%2.5%5- 030%0%0%0%0%
*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
8. REFLEKSI KAJIAN
8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar
Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Latihan harian masih menggunakan warna biru untuk huruf besar tanpa arahan daripada guru. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1 – 2006) yang lalu, hanya 3 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. Dua orang daripada murid tersebut adalah murid kelas pemulihan. Soalan PKSR – 1 2006 bagi daerah Manjung telah disediakan oleh Majlis Guru Besar. Meskipun dalam setiap ujian bulanan, markah yang diperolehi tidak cemerlang tetapi sekurang-kurangnya membantu murid lemah untuk mendapat B atau C.
8.2 Rumusan Pemerhatian
Sikap kurang berminat, malas, kurang tumpuan dan tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya ketara berkurangan. Secara tidak langsung penggunaan tanda noktah juga menunjukkan peningkatan di luar jangkaan saya. Ini telah melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan guru untuk menyemak hasil kerja murid. Penggunaan huruf besar banyak membantu meningkatkan peratus keseluruhan ujian di samping membantu meningkatkan prestasi mata pelajaran lain.