SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
UNDANG-UNDANG
        MALAYSIA
                CETAKAN SEMULA



                       Akta 80

   AKTA PERPUSTAKAAN
      NEGARA 1972
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006




                         DITERBITKAN OLEH
          PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
       DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968
                    SECARA USAHA SAMA DENGAN
                PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD
                                2006
2                Undang-Undang Malaysia                  AKTA 80




          AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972


Tarikh Perkenan Diraja      …    … …        …     5 Julai 1972

Tarikh penyiaran dalam Warta     …     …    …     13 Julai 1972



                  CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

        Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994
        Cetakan Semula Yang Kedua   … … … … 1999
Perpustakaan Negara                            3

                     UNDANG-UNDANG MALAYSIA


                                  Akta 80


              AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972



                           SUSUNAN SEKSYEN



                                 BAHAGIAN I

                               PERMULAAN

Seksyen
   1.     Tajuk ringkas dan pemakaian
   2.     Tafsiran


                                 BAHAGIAN II

                      PENUBUHAN DAN PENGURUSAN
                         PERPUSTAKAAN NEGARA

   3.     Penubuhan Perpustakaan Negara
   4.     Pengurusan dan pengawasan Perpustakaan Negara oleh Ketua Pengarah
          dan kuasa Ketua Pengarah


                                BAHAGIAN III

                     PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT

   5.     Penubuhan Lembaga Penasihat

   6.     Mesyuarat Lembaga


                                BAHAGIAN IV

              KUMPULAN WANG PERPUSTAKAAN NEGARA

   7.     Penubuhan Kumpulan Wang Perpustakaan Negara
   8.     Wang yang dikehendaki dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu
4                       Undang-Undang Malaysia            AKTA 80
Seksyen

     9.   Penggunaan wang Kumpulan Wang

    10.   Anggaran

    11.   Akaun dan audit


                                 BAHAGIAN V

                                 PELBAGAI

    12.   Perjanjian mengenai perkhidmatan perpustakaan

    13.   Pemindahan sumber perpustakaan

    14.   Peraturan-peraturan

    15.   Laporan Tahunan
Perpustakaan Negara                        5
               UNDANG-UNDANG MALAYSIA


                             Akta 80


           AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972


Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan penubuhan
Perpustakaan Negara dan berkenaan dengan perkara yang berkaitan
dengannya.

                     [Semenanjung Malaysia—1 September 1972,
                                           P.U.(B) 348/1972]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang
berikut:


                            BAHAGIAN I

                          PERMULAAN

Tajuk ringkas dan pemakaian

1.   (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perpustakaan Negara 1972.

   (2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi Semenanjung Malaysia
sahaja.

Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain—

   “bangunan Perpustakaan” ertinya mana-mana bangunan atau premis
yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan atau yang digunakan
olehnya dan mana-mana bangunan atau premis yang dipajak atau
disewa buat sementara atau selainnya oleh Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan sesuatu Negeri bagi maksud Perpustakaan dan
termasuklah mana-mana kenderaan atau vesel yang digunakan dalam
mana-mana perpustakaan bergerak yang menjadi sebahagian daripada
Perpustakaan;
6                   Undang-Undang Malaysia                AKTA 80

  “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perpustakaan Negara
yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

  “koleksi” ertinya sumber perpustakaan yang dikumpulkan dan
diselenggarakan di dalam Perpustakaan;

  “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perpustakaan Negara
yang ditubuhkan menurut subseksyen 7(1);

  “Lembaga” ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan menurut
seksyen 5;

  “Menteri” ertinya Menteri yang ditugaskan dengan tanggungjawab
bagi perpustakaan;

  “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik
di bawah perenggan 5(2)(a);

 “Perpustakaan” ertinya Perpustakaan Negara yang ditubuhkan
menurut seksyen 3;

   “sumber perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk perkara bertulis,
bercetak atau grafik yang di atas atau di dalamnya maklumat ditulis,
direkodkan, disimpan, dipamerkan atau dikeluarkan semula, termasuk
manuskrip, naskhah taip, buku, akhbar, majalah berkala, risalah,
peta, mikroform, kertas muzik, fotograf, filem sinematografi, piring
hitam, rakaman video dan audio dan rakaman lain pada kertas,
filem atau bahan lain dan salinannya;

  “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat
kuasa.

                           BAHAGIAN II

PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN NEGARA


Penubuhan Perpustakaan Negara

3. Suatu Perpustakaan Negara Malaysia (kemudian daripada ini
disebutkan sebagai “Perpustakaan”) ditubuhkan dengan maksud
dan tujuan seperti yang berikut:
     (a) menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan
         masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat
         kebangsaan;
Perpustakaan Negara                        7

     (b) memudahkan capaian seluruh Negara sumber perpustakaan
         yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan
     (c) mengadakan kepemimpinan dalam perkara yang berkaitan
         dengan perpustakaan.


Pengurusan dan pengawasan Perpustakaan Negara oleh Ketua
Pengarah dan kuasa Ketua Pengarah

4. (1) Perpustakaan hendaklah diuruskan dan dikawal oleh Ketua
Pengarah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

  (2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
     (a) menasihati Menteri tentang polisi Negara bagi segala
         perkara yang berkenaan dengan perpustakaan dan segala
         perkara lain yang berhubungan dengan perpustakaan;
     (b) memberikan nasihat dan membantu dalam perancangan
         dan perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan;
     (c) memperoleh dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber
         perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang
         mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan
         kebudayaan Negara dan juga suatu koleksi representatif
         di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan
         dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul;
     (d) menubuhkan di dalam Perpustakaan—
           (i) Pusat Penyerahan Negara untuk simpanan dan
               pemuliharaan sumber perpustakaan yang diterima;
          (ii) Pusat Bibliografi Negara untuk penyelenggaraan
               rangkaian bibliografi kebangsaan, pangkalan data
               bibliografi kebangsaan dan penyediaan perkhidmatan
               bibliografi dan dokumentasi kebangsaan;
         (iii) Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu untuk
               pemerolehan, pendokumentasian dan penggunaan
               manuskrip Melayu;
     (e) menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan,
         reprografi dan peminjaman;
8                Undang-Undang Malaysia               AKTA 80

    (f) menyediakan kemudahan di dalam Perpustakaan untuk
        membolehkannya berfungsi sebagai—
          (i) titik tumpuan Negara bagi sistem maklumat Negara;
         (ii) pusat kebangsaan bagi peminjaman dan pertukaran
              sumber perpustakaan untuk menggalakkan
              ketersediaan terbitan di peringkat kebangsaan dan
              sejagat;
    (g) menggalakkan dan menyelaraskan perkembangan dan
        penggunaan sumber perpustakaan di Negara ini;
    (h) menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem
        perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai
        kebangsaan bagi mengadakannya;
    (i) menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan
        khusus selaras dengan piawai kebangsaan bagi
        mengadakannya;
    (j) menggalakkan dan memudahkan kerjasama kebangsaan
        dan antarabangsa dan perkongsian sumber di antara
        perpustakaan;
    (k) mengusahakan dan memudahkan penyelidikan dalam
        perkara mengenai perpustakaan;
    (l) menyediakan latihan untuk meningkatkan profesionalisme
        dalam perkara perpustakaan;
    (m) menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar
        membaca;
    (n) bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk
        menggalakkan dan meningkatkan penggunaan dan
        perkembangan Bahasa Malaysia;
    (o) bekerjasama dengan badan ikhtisas dan badan lain di
        peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi perkembangan
        perpustakaan;
    (p) meminjamkan, menjual atau secara lain melupuskan sumber
        perpustakaan yang menjadi sebahagian daripada
        Perpustakaan;
    (q) melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang
        difikirkan perlu untuk melaksanakan tujuan yang disebut
        dalam seksyen 3.
Perpustakaan Negara                        9

  (3) Pegawai sedemikian sebagaimana yang perlu atau didapati
suai manfaat bagi maksud Akta ini hendaklah dilantik dari semasa
ke semasa.

                           BAHAGIAN III

             PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT

Penubuhan Lembaga Penasihat

5. (1) Menteri hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Penasihat
(kemudian daripada ini disebutkan sebagai “Lembaga”) bagi maksud
menasihati Ketua Pengarah mengenai kemajuan Perpustakaan.

  (2) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
     (a) seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
     (b) Ketua Pengarah;
     (c) seorang wakil Kementerian yang pada masa itu
         bertanggungjawab bagi Perpustakaan; dan
     (d) tidak kurang daripada empat dan tidak lebih daripada
         tujuh orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.

  (3) Ketua Pengarah boleh melantik seseorang daripada
kakitangannya untuk bertindak sebagai Setiausaha Lembaga yang
hendaklah menyimpan suatu rekod yang sepatutnya mengenai segala
minit mesyuarat Lembaga.

  (4) Pengerusi dan setiap anggota Lembaga yang dilantik di bawah
perenggan (2)(d), melainkan jika pelantikannya dibatalkan terlebih
dahulu, hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun
dan boleh dilantik semula.

   (5) Pengerusi dan mana-mana anggota Lembaga yang dilantik
di bawah perenggan (2)(d) boleh meletakkan jawatannya dengan
memberikan notis bertulis kepada Menteri.

  (5A) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan
Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah
perenggan (2)(d).

  (6) Semua anggota Lembaga hendaklah disifatkan sebagai
pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
10                Undang-Undang Malaysia              AKTA 80

Mesyuarat Lembaga

6. (1) Lembaga hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-
kurangnya sekali setahun pada bila-bila masa dan di mana-mana
tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

 (2) Pengerusi dan empat orang anggota Lembaga hendaklah
membentuk suatu kuorum.

  (3) Lembaga boleh membuat kaedah-kaedahnya sendiri yang
menentukan tatacara mesyuarat Lembaga dan perkara lain yang
berkaitan dengannya.


                         BAHAGIAN IV

        KUMPULAN WANG PERPUSTAKAAN NEGARA


Penubuhan Kumpulan Wang Perpustakaan Negara

7. (1) Bagi maksud kemajuan perpustakaan, kumpulan wang yang
berikut ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam Jadual Kedua kepada
Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], iaitu:

           “Kumpulan Wang Perpustakaan Negara”,

(kemudian daripada ini disebutkan sebagai “Kumpulan Wang itu”).

  (2) Kumpulan Wang itu hendaklah dikawal dan dikendalikan
oleh Ketua Pengarah mengikut peruntukan Bahagian ini.

Wang yang dikehendaki dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang
itu

8. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Tatacara Kewangan 1957,
dan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], hendaklah
dimasukkan dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang
itu—
     (a) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen
         daripada Kumpulan Wang Pembangunan atau selainnya
         bagi maksud kemajuan perpustakaan;
Perpustakaan Negara                      11

     (b) wang yang diterima dengan cara derma atau pemberian
         wasiat bagi maksud Perpustakaan
     (c) bunga yang diterima daripada pelaburan wang yang ada
         dalam kredit Kumpulan wang itu;
     (d) mana-mana wang lain yang diterima oleh Kerajaan dalam
         sesuatu hal keadaan yang difikirkan sesuai oleh Menteri
         Kewangan untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan wang
         itu:

   Dengan syarat bahawa mana-mana baki wang yang diterima
oleh Kerajaan bagi maksud Perpustakaan sebelum tarikh yang
ditetapkan, yang sepatutnya telah dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang itu di bawah subseksyen ini jika wang itu telah diterima
pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah dimasuk kira
ke dalam Kumpulan Wang itu.

  (2) Wang yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah
dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu mengikut apa-apa jumlah
wang dan pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri Kewangan.

Penggunaan wang Kumpulan Wang

9. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Kumpulan Wang
Pembangunan 1966, wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang
itu boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi maksud yang berikut:
     (a) bayaran bagi harga tapak bina, pembinaan dan
         penyambungan bangunan, dan kelengkapan untuk
         Perpustakaan;
     (b) bayaran bagi perbelanjaan perundingan untuk kemajuan
         perpustakaan;
     (c) bayaran bagi harga sumber dan perkhidmatan perpustakaan
         yang diperoleh bagi maksud kemajuan perpustakaan;
     (d) apa-apa bayaran lain bagi maksud kemajuan perpustakaan.

   (2) Wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang itu boleh
dilaburkan mengikut perenggan 8(3)(a) Akta Tatacara Kewangan
1957.
12                 Undang-Undang Malaysia                AKTA 80

Anggaran

10. Pada setiap tahun, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan
oleh Perbendaharaan, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan
kepada Perbendaharaan melalui Menteri suatu penyata yang
menunjukkan anggaran penerimaan dan pembayaran Kumpulan
Wang itu berkenaan dengan tahun yang berikutnya. Bagi menyokong
penyata itu Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan butiran
rancangan kemajuan yang dicadangkan hendak dijalankan olehnya
pada tahun yang berikutnya itu.


Akaun dan audit

11. (1) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya akaun
yang sepatutnya disimpan dan disenggarakan berkenaan dengan
Kumpulan Wang itu.

  (2) Selepas sahaja akaun itu diaudit Ketua Pengarah hendaklah
mengemukakan kepada Menteri dan Menteri Kewangan penyata
akaun yang telah diaudit itu bersama dengan apa-apa pandangan
mengenainya.

   (3) Menteri hendaklah menyebabkan supaya penyata akaun yang
telah diaudit itu bersama dengan pandangan, jika ada, dibentangkan
dalam kedua-dua Majlis Parlimen.


                          BAHAGIAN V

                           PELBAGAI


Perjanjian mengenai perkhidmatan perpustakaan

12. Ketua Pengarah boleh, atas terma dan syarat yang diluluskan
oleh Menteri, bekerjasama atau membuat perjanjian dengan pihak
berkuasa atau orang sama ada di Malaysia atau di tempat lain
berkenaan dengan hal ehwal perpustakaan.
Perpustakaan Negara                       13

Pemindahan sumber perpustakaan

13. Menteri boleh mengarahkan supaya apa-apa sumber
perpustakaan yang ada dalam jagaan atau simpanan mana-mana
jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu
Negeri dipindahkan dari jabatan atau agensi itu ke Perpustakaan:

  Dengan syarat bahawa tiada apa-apa sumber perpustakaan itu
boleh dipindahkan dari sesuatu jabatan atau agensi sesuatu Kerajaan
Negeri ke Perpustakaan tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada
Pihak Berkuasa Negeri itu.


Peraturan-peraturan

14. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang tidak
berlawanan dengan Akta ini berkenaan dengan penyempurnaan
yang sepatutnya fungsi Ketua Pengarah dan berkenaan dengan
pengurusan dan pengawalan Perpustakaan dan bangunan perpustakaan
dan, khususnya, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas,
peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan berkenaan
dengan—
     (a) pengurusan dan pengawasan am Perpustakaan;
     (b) pengekalan ketenteraman dan pencegahan kacau ganggu
         dalam bangunan perpustakaan dan kawasannya;
     (c) menahan masuk atau mengeluarkan dari Perpustakaan
         atau bangunan Perpustakaan orang yang didapati telah
         melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau
         peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
     (d) jumlah denda yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah
         kerana kerosakan, kehilangan atau kelewatan
         mengembalikan sumber perpustakaan yang dipinjamkan
         dan berkenaan dengan mengetepikan atau memulangkan
         balik denda itu; dan
     (e) fi yang akan dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana
         memberikan perkhidmatan maklumat atau kerana membuat
         dan memperakui salinan mengenai mana-mana sumber
         perpustakaan dan berkenaan dengan pengecualian daripada
         menjelaskan sepenuhnya atau sebahagian daripada fi itu.
14                  Undang-Undang Malaysia               AKTA 80

Laporan tahunan

15. (1) Ketua Pengarah hendaklah dengan seberapa segera yang
boleh pada penghujung setiap tahun menyediakan atau menyebabkan
supaya disediakan dan dihantar kepada Menteri suatu laporan tahunan
berkenaan dengan kemajuan dan aktiviti Perpustakaan.

  (2) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan setiap
laporan itu dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen.
Perpustakaan Negara                             15

             UNDANG-UNDANG MALAYSIA

                        Akta 80

       AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972

                  SENARAI PINDAAN


Undang-undang            Tajuk ringkas               Berkuat kuasa
yang meminda                                             dari

 Akta A667      Akta Perpustakaan Negara (Pindaan)   15-04-1987
                1987
16                   Undang-Undang Malaysia             AKTA 80

                 UNDANG-UNDANG MALAYSIA

                             Akta 80

               AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972

                  SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA


     Seksyen             Kuasa meminda           Berkuat kuasa
                                                     dari

       2                  Akta A667              15-04-1987

       3                  Akta A667              15-04-1987

       4                  Akta A667              15-04-1987

       5                  Akta A667              15-04-1987

       5A                 Akta A667              15-04-1987

       6                  Akta A667              15-04-1987

       9                  Akta A667              15-04-1987

       13                 Akta A667              15-04-1987

       14                 Akta A667              15-04-1987

More Related Content

Recently uploaded (8)

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 

Featured

Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Featured (20)

AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike RoutesMore than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
 

Akta 80 akta perpustakaan negara 1972

  • 1. UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
  • 2. 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 Tarikh Perkenan Diraja … … … … 5 Julai 1972 Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 13 Julai 1972 CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994 Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 1999
  • 3. Perpustakaan Negara 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian 2. Tafsiran BAHAGIAN II PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN NEGARA 3. Penubuhan Perpustakaan Negara 4. Pengurusan dan pengawasan Perpustakaan Negara oleh Ketua Pengarah dan kuasa Ketua Pengarah BAHAGIAN III PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT 5. Penubuhan Lembaga Penasihat 6. Mesyuarat Lembaga BAHAGIAN IV KUMPULAN WANG PERPUSTAKAAN NEGARA 7. Penubuhan Kumpulan Wang Perpustakaan Negara 8. Wang yang dikehendaki dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu
  • 4. 4 Undang-Undang Malaysia AKTA 80 Seksyen 9. Penggunaan wang Kumpulan Wang 10. Anggaran 11. Akaun dan audit BAHAGIAN V PELBAGAI 12. Perjanjian mengenai perkhidmatan perpustakaan 13. Pemindahan sumber perpustakaan 14. Peraturan-peraturan 15. Laporan Tahunan
  • 5. Perpustakaan Negara 5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 Suatu Akta bagi membuat peruntukan berkenaan dengan penubuhan Perpustakaan Negara dan berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia—1 September 1972, P.U.(B) 348/1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk ringkas dan pemakaian 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perpustakaan Negara 1972. (2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi Semenanjung Malaysia sahaja. Tafsiran 2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “bangunan Perpustakaan” ertinya mana-mana bangunan atau premis yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan atau yang digunakan olehnya dan mana-mana bangunan atau premis yang dipajak atau disewa buat sementara atau selainnya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri bagi maksud Perpustakaan dan termasuklah mana-mana kenderaan atau vesel yang digunakan dalam mana-mana perpustakaan bergerak yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan;
  • 6. 6 Undang-Undang Malaysia AKTA 80 “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perpustakaan Negara yang dilantik di bawah subseksyen 4(1); “koleksi” ertinya sumber perpustakaan yang dikumpulkan dan diselenggarakan di dalam Perpustakaan; “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perpustakaan Negara yang ditubuhkan menurut subseksyen 7(1); “Lembaga” ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan menurut seksyen 5; “Menteri” ertinya Menteri yang ditugaskan dengan tanggungjawab bagi perpustakaan; “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga Penasihat yang dilantik di bawah perenggan 5(2)(a); “Perpustakaan” ertinya Perpustakaan Negara yang ditubuhkan menurut seksyen 3; “sumber perpustakaan” ertinya apa-apa bentuk perkara bertulis, bercetak atau grafik yang di atas atau di dalamnya maklumat ditulis, direkodkan, disimpan, dipamerkan atau dikeluarkan semula, termasuk manuskrip, naskhah taip, buku, akhbar, majalah berkala, risalah, peta, mikroform, kertas muzik, fotograf, filem sinematografi, piring hitam, rakaman video dan audio dan rakaman lain pada kertas, filem atau bahan lain dan salinannya; “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa. BAHAGIAN II PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PERPUSTAKAAN NEGARA Penubuhan Perpustakaan Negara 3. Suatu Perpustakaan Negara Malaysia (kemudian daripada ini disebutkan sebagai “Perpustakaan”) ditubuhkan dengan maksud dan tujuan seperti yang berikut: (a) menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;
  • 7. Perpustakaan Negara 7 (b) memudahkan capaian seluruh Negara sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan (c) mengadakan kepemimpinan dalam perkara yang berkaitan dengan perpustakaan. Pengurusan dan pengawasan Perpustakaan Negara oleh Ketua Pengarah dan kuasa Ketua Pengarah 4. (1) Perpustakaan hendaklah diuruskan dan dikawal oleh Ketua Pengarah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. (2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) menasihati Menteri tentang polisi Negara bagi segala perkara yang berkenaan dengan perpustakaan dan segala perkara lain yang berhubungan dengan perpustakaan; (b) memberikan nasihat dan membantu dalam perancangan dan perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan; (c) memperoleh dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan kebudayaan Negara dan juga suatu koleksi representatif di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan kebijaksanaan manusia yang terkumpul; (d) menubuhkan di dalam Perpustakaan— (i) Pusat Penyerahan Negara untuk simpanan dan pemuliharaan sumber perpustakaan yang diterima; (ii) Pusat Bibliografi Negara untuk penyelenggaraan rangkaian bibliografi kebangsaan, pangkalan data bibliografi kebangsaan dan penyediaan perkhidmatan bibliografi dan dokumentasi kebangsaan; (iii) Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu untuk pemerolehan, pendokumentasian dan penggunaan manuskrip Melayu; (e) menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan, reprografi dan peminjaman;
  • 8. 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 80 (f) menyediakan kemudahan di dalam Perpustakaan untuk membolehkannya berfungsi sebagai— (i) titik tumpuan Negara bagi sistem maklumat Negara; (ii) pusat kebangsaan bagi peminjaman dan pertukaran sumber perpustakaan untuk menggalakkan ketersediaan terbitan di peringkat kebangsaan dan sejagat; (g) menggalakkan dan menyelaraskan perkembangan dan penggunaan sumber perpustakaan di Negara ini; (h) menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya; (i) menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai kebangsaan bagi mengadakannya; (j) menggalakkan dan memudahkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa dan perkongsian sumber di antara perpustakaan; (k) mengusahakan dan memudahkan penyelidikan dalam perkara mengenai perpustakaan; (l) menyediakan latihan untuk meningkatkan profesionalisme dalam perkara perpustakaan; (m) menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca; (n) bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan dan perkembangan Bahasa Malaysia; (o) bekerjasama dengan badan ikhtisas dan badan lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi perkembangan perpustakaan; (p) meminjamkan, menjual atau secara lain melupuskan sumber perpustakaan yang menjadi sebahagian daripada Perpustakaan; (q) melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu untuk melaksanakan tujuan yang disebut dalam seksyen 3.
  • 9. Perpustakaan Negara 9 (3) Pegawai sedemikian sebagaimana yang perlu atau didapati suai manfaat bagi maksud Akta ini hendaklah dilantik dari semasa ke semasa. BAHAGIAN III PENUBUHAN LEMBAGA PENASIHAT Penubuhan Lembaga Penasihat 5. (1) Menteri hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Penasihat (kemudian daripada ini disebutkan sebagai “Lembaga”) bagi maksud menasihati Ketua Pengarah mengenai kemajuan Perpustakaan. (2) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri; (b) Ketua Pengarah; (c) seorang wakil Kementerian yang pada masa itu bertanggungjawab bagi Perpustakaan; dan (d) tidak kurang daripada empat dan tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri. (3) Ketua Pengarah boleh melantik seseorang daripada kakitangannya untuk bertindak sebagai Setiausaha Lembaga yang hendaklah menyimpan suatu rekod yang sepatutnya mengenai segala minit mesyuarat Lembaga. (4) Pengerusi dan setiap anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d), melainkan jika pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula. (5) Pengerusi dan mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d) boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri. (5A) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan (2)(d). (6) Semua anggota Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
  • 10. 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 80 Mesyuarat Lembaga 6. (1) Lembaga hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya sekali setahun pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi. (2) Pengerusi dan empat orang anggota Lembaga hendaklah membentuk suatu kuorum. (3) Lembaga boleh membuat kaedah-kaedahnya sendiri yang menentukan tatacara mesyuarat Lembaga dan perkara lain yang berkaitan dengannya. BAHAGIAN IV KUMPULAN WANG PERPUSTAKAAN NEGARA Penubuhan Kumpulan Wang Perpustakaan Negara 7. (1) Bagi maksud kemajuan perpustakaan, kumpulan wang yang berikut ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], iaitu: “Kumpulan Wang Perpustakaan Negara”, (kemudian daripada ini disebutkan sebagai “Kumpulan Wang itu”). (2) Kumpulan Wang itu hendaklah dikawal dan dikendalikan oleh Ketua Pengarah mengikut peruntukan Bahagian ini. Wang yang dikehendaki dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu 8. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Tatacara Kewangan 1957, dan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], hendaklah dimasukkan dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang itu— (a) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan oleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Pembangunan atau selainnya bagi maksud kemajuan perpustakaan;
  • 11. Perpustakaan Negara 11 (b) wang yang diterima dengan cara derma atau pemberian wasiat bagi maksud Perpustakaan (c) bunga yang diterima daripada pelaburan wang yang ada dalam kredit Kumpulan wang itu; (d) mana-mana wang lain yang diterima oleh Kerajaan dalam sesuatu hal keadaan yang difikirkan sesuai oleh Menteri Kewangan untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan wang itu: Dengan syarat bahawa mana-mana baki wang yang diterima oleh Kerajaan bagi maksud Perpustakaan sebelum tarikh yang ditetapkan, yang sepatutnya telah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu di bawah subseksyen ini jika wang itu telah diterima pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah dimasuk kira ke dalam Kumpulan Wang itu. (2) Wang yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang itu mengikut apa-apa jumlah wang dan pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan. Penggunaan wang Kumpulan Wang 9. (1) Walau apa pun peruntukan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang itu boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi maksud yang berikut: (a) bayaran bagi harga tapak bina, pembinaan dan penyambungan bangunan, dan kelengkapan untuk Perpustakaan; (b) bayaran bagi perbelanjaan perundingan untuk kemajuan perpustakaan; (c) bayaran bagi harga sumber dan perkhidmatan perpustakaan yang diperoleh bagi maksud kemajuan perpustakaan; (d) apa-apa bayaran lain bagi maksud kemajuan perpustakaan. (2) Wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang itu boleh dilaburkan mengikut perenggan 8(3)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957.
  • 12. 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 80 Anggaran 10. Pada setiap tahun, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Perbendaharaan, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada Perbendaharaan melalui Menteri suatu penyata yang menunjukkan anggaran penerimaan dan pembayaran Kumpulan Wang itu berkenaan dengan tahun yang berikutnya. Bagi menyokong penyata itu Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan butiran rancangan kemajuan yang dicadangkan hendak dijalankan olehnya pada tahun yang berikutnya itu. Akaun dan audit 11. (1) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sepatutnya disimpan dan disenggarakan berkenaan dengan Kumpulan Wang itu. (2) Selepas sahaja akaun itu diaudit Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada Menteri dan Menteri Kewangan penyata akaun yang telah diaudit itu bersama dengan apa-apa pandangan mengenainya. (3) Menteri hendaklah menyebabkan supaya penyata akaun yang telah diaudit itu bersama dengan pandangan, jika ada, dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen. BAHAGIAN V PELBAGAI Perjanjian mengenai perkhidmatan perpustakaan 12. Ketua Pengarah boleh, atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri, bekerjasama atau membuat perjanjian dengan pihak berkuasa atau orang sama ada di Malaysia atau di tempat lain berkenaan dengan hal ehwal perpustakaan.
  • 13. Perpustakaan Negara 13 Pemindahan sumber perpustakaan 13. Menteri boleh mengarahkan supaya apa-apa sumber perpustakaan yang ada dalam jagaan atau simpanan mana-mana jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri dipindahkan dari jabatan atau agensi itu ke Perpustakaan: Dengan syarat bahawa tiada apa-apa sumber perpustakaan itu boleh dipindahkan dari sesuatu jabatan atau agensi sesuatu Kerajaan Negeri ke Perpustakaan tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Negeri itu. Peraturan-peraturan 14. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan Akta ini berkenaan dengan penyempurnaan yang sepatutnya fungsi Ketua Pengarah dan berkenaan dengan pengurusan dan pengawalan Perpustakaan dan bangunan perpustakaan dan, khususnya, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan berkenaan dengan— (a) pengurusan dan pengawasan am Perpustakaan; (b) pengekalan ketenteraman dan pencegahan kacau ganggu dalam bangunan perpustakaan dan kawasannya; (c) menahan masuk atau mengeluarkan dari Perpustakaan atau bangunan Perpustakaan orang yang didapati telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; (d) jumlah denda yang boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana kerosakan, kehilangan atau kelewatan mengembalikan sumber perpustakaan yang dipinjamkan dan berkenaan dengan mengetepikan atau memulangkan balik denda itu; dan (e) fi yang akan dikenakan oleh Ketua Pengarah kerana memberikan perkhidmatan maklumat atau kerana membuat dan memperakui salinan mengenai mana-mana sumber perpustakaan dan berkenaan dengan pengecualian daripada menjelaskan sepenuhnya atau sebahagian daripada fi itu.
  • 14. 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 80 Laporan tahunan 15. (1) Ketua Pengarah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh pada penghujung setiap tahun menyediakan atau menyebabkan supaya disediakan dan dihantar kepada Menteri suatu laporan tahunan berkenaan dengan kemajuan dan aktiviti Perpustakaan. (2) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan setiap laporan itu dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen.
  • 15. Perpustakaan Negara 15 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 SENARAI PINDAAN Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari Akta A667 Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 15-04-1987 1987
  • 16. 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 80 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 80 AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari 2 Akta A667 15-04-1987 3 Akta A667 15-04-1987 4 Akta A667 15-04-1987 5 Akta A667 15-04-1987 5A Akta A667 15-04-1987 6 Akta A667 15-04-1987 9 Akta A667 15-04-1987 13 Akta A667 15-04-1987 14 Akta A667 15-04-1987