ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
PTM (Program Transformasi Minda)
1.
2. P - PROGRAM
T - TRANSFORMASI
M - MINDA
PTM
CIKGU NAQIB 02
3. program transformasi minda (ptm)
diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan
penyesuaian minda pegawai di peringkat awal
pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga
merupakan salah satu daripada syarat pengesahan
dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus
Induksi bermula 1 Januari 2013.
Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai
memahami prinsip dan falsafah pembentukan
negara, jentera pentadbiran kerajaan dan
peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta
pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan
ekspektasi pelanggan.
PTM dilaksanakan dalam tempoh lima 5 hari meliputi
tiga 3 segmen iaitu Negara & Perkhidmatan Awam;
Tanggungjawab & Peranan Pegawai serta Budaya
Kerja Kelas Pertama.
CIKGU NAQIB 03
PTM
4. Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:
Pelaksanaan PTM ini boleh dibuat tanpa mengira
kumpulan perkhidmatan/gred jawatan atau dibuat
secara berasingan mengikut kesesuaian
Kementerian/Jabatan/Agensi.
CIKGU NAQIB 04
PTM
1. Pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1
Januari 2013 yang berkhidmat secara tetap
dalam Perkhidmatan Awam; dan
2. Pegawai dalam tempoh percubaan dan belum
menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum.
5. CIKGU NAQIB 05
PTM
Pegawai yang sedang berkhidmat yang
kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan
atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada
menghadiri PTM dengan syarat:
1. Pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau
2. Hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul
Umum; atau
3. Lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim
perkhidmatan terdahulu.
6. PTM
CIKGU NAQIB 06
Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai
konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah
pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan
serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam.
Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai
patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan
dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam
perkhidmatan awam.
Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar
pegawai dapat memberikan penyampaian
perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan
Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama
selaras dengan matlamat ke arah negara maju.
1.
2.
3.
4.
OBJEKTIF PTM ADALAH UNTUK:
7. kaedah/aktiviti yang boleh dilaksanakan
di dalam PTM
CIKGU NAQIB 07
PTM
PTM boleh dilaksanakan melalui pelbagai
kaedah/aktiviti seperti latihan dalam kumpulan (LDK),
sesi interaktif, perbincangan kumpulan, perbincangan
kes, kuiz, e-Pembelajaran, ujian psikometrik atau
kaedah lain yang bersesuaian yang dipersetujui oleh
Panel Pengurusan PTM
Adakah kurikulum bagi kumpulan
sokongan dan kumpulan pengurusan dan
profesional berbeza?
Kurikulum yang digunakan untuk PTM adalah sama
untuk semua kumpulan perkhidmatan. Ini kerana
pelaksanaan PTM boleh dibuat tanpa mengira
kumpulan perkhidmatan/gred jawatan.
8. kriteria yang dinilai sepanjang PTM
CIKGU NAQIB 08
PTM
Penilaian sepanjang program dijalankan berasaskan
kepada tiga (3) kriteria utama iaitu:
a) Disiplin dan Personaliti – 50 markah
b) Komitmen – 30 markah
c) Penilaian Kefahaman – 20 markah
Markah lulus PTM adalah 60 markah.
Apakah kesan kepada pegawai sekiranya
pegawai gagal PTM?
Pegawai yang gagal PTM disebabkan masalah disiplin
dan komitmen tidak dibenarkan mengulang semula
PTM dan boleh ditamatkan perkhidmatannya.
9. CIKGU NAQIB 09
PTM
Adakah sijil PTM yang dikeluarkan oleh
agensi pelaksana PTM diterima-pakai
dalam urusan pengesahan dalam
perkhidmatan pegawai?
Ya. Sijil PTM yang dikeluarkan oleh
Kementerian/Jabatan/Agensi yang melaksanakan
program tersebut hendaklah diterima-pakai bagi
tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
10. SUKA, KOMEN, KONGSI
10
SUMBER
- JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MALAYSIA
https://www.kompetensi.jpa.gov.my/ptm/
PTM
- PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN
14 TAHUN 2012 : PROGRAM
TRANSFORMASI MINDA
https://www.kompetensi.jpa.gov.my/ptm/Pekeli
ling/pp142012.pdf
- PROFESIONAL UKM - PTM
https://www.ukm.my/profesional-ukm/wp-cont
ent/uploads/2015/05/PTM.pdf