1. Dokumen ini berisi laporan seorang mahasiswa tentang keterlibatannya dalam program Mahabbah De Laila 2014 yang diadakan di Terengganu.
2. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan cara hidup masyarakat Orang Asli kepada mahasiswa serta membangun hubungan baik.
3. Mahasiswa tersebut terlibat sebagai anggota jawatankuasa dan membantu mengkoordinasi berbagai aktivitas seperti penyerahan anak angkat dan ke
1. HHHC9401
KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA
DAN PROFESIONALISME
SET 4
PROF. MADYA DR. SOFIAH BINTI MD
AUZAIR
NAMA : NOR AINI BINTI OTHMAN
NO MATRIK : A143447
KATA ALUAN
Salam saya ucapkan kepada Prof. Madya Dr Sofiah Bt Md Auzair, pensyarah HHHC9401 kemahiran
Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme . Saya Nor Aini Bt Othman, A143447.pelajar Fakulti Ekonomi
dan Pengurusan, FEP ingin menghantar beberapa gambar dan video berkaitan program yang saya
terlibat untuk semester ini. Program Mahabbah De Laila 2014 merupakan projek yang berlangsung di
bawah anjuran Kelab Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM. Program ini
dijalankan di Perkampungan Orang Asli, Sg Pergam, Kemaman, Terengganu bertarikh 30 ogos
sehingga 2 september 2014. Tujuan program Mahabbah De Laila ini atau singkatannya Madela
2. dijalankan adalah untuk mengenali budaya, cara hidup, pertuturan kaum asli di Terengganu di samping
membina hubungan baik dengan mereka. Selain itu, kami telah bekerjasama dengan mahasiswa dari
Universiti Malaysia Terengganu ,UMT untuk bersama-sama menjayakan program ini.Terdapat banyak
aktiviti yang dijalankan di dalam program ini seperti program pengambilan anak angkat, aktiviti sukan
bersama kanak-kanak kaum asli, sambutan kemerdekaan dan sebagainya.
Di dalam program ini, saya merupakan salah seorang Ajk yang memainkan peranan membantu
program ini agar dapat berjalan dengan lancar. Sepanjang perjalanan program saya sebagai Ajk
dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala aktiviti yang ditetapkan berjalan dengan lancar.
Selain itu, setiap akitiviti yang diadakan di dalam program ini banyak memberi pengajaran kepada
saya dari segi nilai, sikap, etika dan profesionalisme saya. Berikut adalah beberapa gambar
pembuktian saya.
GAMBAR SEPANJANG MENGENDALIKAN PROGRAM
MAHABBAH DE LAILA 2014
PERANCANGAN
1.0. Gambar mesyuarat
3.
4. Gambar 1
Gambar 2 Gambar 3
Gambar 1 :
Gambar ini menunjukkan perbincangan saya bersama Ajk Madela yang lain. Saya memakai baju biru
sedang mendengar cadangan dari Ajk lain mengenai aktiviti yang boleh dilakukan di dalam program
ini. Setiap cadangan atau arahan dari ketua program harus dicatat oleh setiap Ajk termasuklah saya
sekali untuk memastikan kami tidak lupa akan arahan yang diberikan
Gambar 2 :
Gambar ini menunjukkan persediaan untuk pembentangan setiap post program. Saya bertugas di
bawah Ajk protokol. Pada hari perbincangan ini, setiap post dikehendaki membentangkan pelaksanaan
yang telah dilakukan berpandukan perancangan yang telah dibuat.
Gambar 3 :
Gambar ini menujukkan mesyuarat kami yang seterusnya di mana setiap Ajk akan berkumpul
mengikut post masing-masing dan bersama-sama membincagkan masalah yang belum diselesaikan.
5. 2.0. Gambar Banner
Ini adalah banner program Mahabbah De Laila yang telah disiapkan oleh kami. Setiap
aktiviti yang dijalankan telah dipaparkan pada banner ini untuk menarik para mahasiswa
untu menyertai program kami.
3.0. Logo
Mahabbah De Laila
6. Gambar menunjukkan logo yang telah direka oleh Ajk UKM dan Ajk UMT yang
bertanggungjawab dalam perlaksaan program ini. Logo ini menunjukkan bukti wujudnya
kerjasama antara mahasiswa UKM dan UMT dala melaksanakn program Mahabbah De
Laila.
4.0. Kad AJK
7.
8. Gambar di atas adalah kad yang dikehendaki pakai oleh ajk sepanjang program
berlangsung. Tujuan pemakaian kad ini adalah untuk memudahkan para peserta program
mengenali ajk yang bertanggungjawab dalam program berkenaan supaya memudahkan
mereka menanya sebarang soalan sepanjang program berlangsung.
PERLAKSANAAN
1.0. Bertolak ke Terengganu
10. Gambar 3
Pada 29 Ogos 2014 kami telah bertolak ke Perkampungan Orang Asli, Sg Pergam,
Kemaman Terengganu pada pukul 3.00 pagi menaiki bas UKM yang telah ditempah oleh
Ajk pengangkutan kami. Sebelum bertolak ke Terengganu, kami mengumpul peserta
yang terlibat di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,FEP untuk mengambil kehadiran.
Alhamdullilah semua peserta dapat menghadirkan diri di dalam program kami. Kami tiba
di lokasi program pada pukul 8.30 pagi bertarikh 30 ogos 2014.
Gambar 1 :
Gambar menunjukkan saya ( memakai shawl biru gelap ) dan ajk-ajk yang lain telah
sampai ke Perkampungan Orang Asli Terengganu. Banner program kami telah sedia
11. digantung di pagar dewan utama kampung berkenaan. Tujuan banner tersebut digantung
adalah untuk memaklumkan kepada penduduk kampung mengenai kehadiran kami di
kampung berkenaan.
Gambar 2 :
Gambar menunjukkan pengedaran sarapan kepada peserta UKM dan UTM yang baru
sahaja sampai. Para peserta di beri sarapan pagi sebelum aktiviti program bermula
mengikut tentatif yang disediakan.
Gambar 3 :
Setelah bersarapan para peserta termasuklah ajk dari UKM dan UMT dikumpulkan bagi
mencatat jumlah peserta yang datang.
2.0. Dewan
Gambar menunjukkan lokasi program yang akan dijalankan. Ini adalah rumah tetamu
yang sering digunakan oleh orang luar yang datang melancong atau mengadakan program
di kampung ini.
13. Aktiviti yang pertama diadakan adalah ice breaking. Tujuan saya dan ajk yang lain
memperkenalkan aktiviti ini adalah untuk mengerat hubungan antara peserta dari UKM
dan UMT justeru mengikat tali persahabatan. Antara aktiviti ice breaking adalah tarik tali,
teka nama dan ikata tali.
3.2. Majlis Perasmian Penyeraha Anak Angkat
15. Gambar 3
Gambar 1 :
Pada pukul 2.00 petang hampitr keseluruhan penduduk orang asli telah menghadirkan diri
menyertai majlis penyeraha aak angkat.
Gambar 2 :
Majlis Penyerahan Anak Angkat telah disampaikan sediri oleh Ketua Kampung Kg Sg
16. Pergam ( berbaju biru) diiringi Ketua Pengarah rogram kami, Nor Atyra.
Gambar 3 :
Sepanjang majlis ini, saya selaku ajk protokol telah bertanggungjawab untuk menjadi
usher majlis. Di sini saya ditugaskan untuk memimpin para perasmi majlis sepanjang
majlis berlangsung.
3.3. Mencipta Pakaian Kemerdekaan Menggunakan surat khabar
17.
18. Kedua gambar di atas menujukkan aktiviti mereka pakaian tradisional menggunakan
surat khabar. Masa yang diberikan adalah selama satu jam. Saya ( berbaju biru )sedang
para peserta menyiapkan rekaan baju ini. Kami telah melibatkan kanak-kanak orag asli
sebagai model.
4.0. 31 Ogos 2014
4.1. Gotong- royong
19.
20. Gambar menujukkan suasana gotong - royong yang kami jalankan di sekitar dewan
Kampung. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama
antara peserta UKM dan UMT di samping menjaga kebersihan alam sekitar.
4.2. Majlis Sambutan Kemerdekaan
Mengadakan sambutan majlis sambutan kemerdekaan bersama penduduk orang
asli.Menyanyikan lagu - lagu kebangsaan dan persembahan sajak dan syair oleh
gabungan ajk dari UKM dan UMT.
4.3. Riadah bersama penduduk kampung
21. Aktiviti riadah atau sukaneka ini diadakan pada waktu petang. Kami telah mengajak
penduduk asli tanpa mengenal usia untuk turut bersama menyertai aktiviti ini. Saya
( berbaju biru ) sedang membantu salah seorang kanak-kanak asli mengenai cara
permainan yang kami jalankan.
5.0. 1 O gos 2014
5.1. Program Mahabbah
22. Setelah melakukan senaman pagi kami terus bergerak ke seluruh kampung dengan
menaiki van dan berjalan kaki ke setiap rumah ppenduduk untuk menyampaikan
sumbangan dari pihak kami. Selain itu, kami juga ingin melihat cara hidup masyarakat
asli dengan lebih dekat.
23. 5.2. Aktiviti bersama penduduk
Pada sebelah petang kami mengadakan aktiviti melukis dan mewarna bersama kanak-
kanak orang asli sempena sambutan kemerdekaan. Tujuanya adalah untuk memupuk
semangat patriotik dalam kalangan kanak - kanak ini.
5.3. Majlis penyerahan semula anak angkat dan penutupan
24. Majlis penyerahan anak angkat dijalankan pada sebelah petang. Penutupan majlis
menandakan berakhirnya program kami.
6.0. 2 Ogos 2014
25. 6.1. Pulang ke ukm
Ini adalah gambar kenangan kami bersama para peserta dari UKM dan UMT sebelum
berangkat pulang.