Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Laporan eksekutif

154 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Laporan eksekutif

  1. 1. Nama: Norain Binti Zulkifli No. Matrik: A143699 Fakulti: Fakulti Perubatan Tahun Pengajian: Perubatan Tahun 1, Semester 2, 2013/2014 Projek yang disertai:  Nama Projek: Program Kebajikan AMSA Tahun Satu  Kod Projek mengikut kod kelulusan Jabatan Perkhidmatan (JPPel): o PF/006/001-1213-009  Jawatan / Peranan yang disandang: Exco Multimedia dan Publisiti  Tarikh Mula Merancang Projek: 26 November 2013  Tarikh Tamat Projek:28 December 2013 BAHAGIAN A: PERANCANGAN PROJEK Untuk HHC 9201 , iaitu HC Kemahiran Komunikasi, saya telah berjaya melaksanakan program yang bernama Program Kebajikan AMSA Tahun 1. Projek ini adalah bertujuan untuk mewujudkan hubungan silaturrahim diantara penghuni rumah kebajikan yang dipilih dan mahasiswa/mahasiswi perubatan tahun 1 dan meningkat kemahiran komunikasi diantara mahasiswa/mahasiswi perubatan dengan pihak luar. Perancangan pertama yang dilakukan ialah pada 26 November 2013. Perbincangan ini telah dilakukan di bilik Jaksa , Kolej Tun Syed Nasir dan bertujuan untuk memilih rumah kebajikan yang sesuai. Setelah beberapa perbincangan yang telah dilakukan, Rumah Kasih Harmoni , AU2 telah dipilih. Saya sebagai exco multimedia dan publisiti bertanggungjawab untuk mencipta banner yang sesuai bagi program tersebut. Saya dan rakan-rakan exco juga pada perbincangan ini berbincang untuk berapa bajet yang diperlukan untuk banner tersebut. Perbincangan kedua dan yang terakhir kami lakukan ialah pada 27 December 2013. Perbincangan ini merupakan pengesahan kembali tugas-tugas kami sebelum bergerak untuk ke lokasi program pada keesokan harinya. Exco program membentangkan tentatif program pada esok harinya . Banner yang kami pilih untuk disiapkan juga sudah tersiap.
  2. 2. Saya ditugaskan untuk mengambil gambar aktiviti pada keesokan harinya dan menyiapkan video montage pada akhir program. BAHAGIAN B : PERLAKSANAAN Pada 28 December 2013, kami pada pukul 7.30 pagi bertolak dari KTSN ke Rumah Kasih Harmoni menaiki teksi. Perjalanan ke Rumah Kasih Harmoni mengambil masa lebih kurang setengah jam dan kami sampai tepat pada pukul 8.00 pagi. Sesampainya kami disana, perkara pertama yang kami lakukan ialah berkenalan dengan pihak pengurusan Rumah Kasih Harmoni. Disini, saya dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan pihak luar. Setelah berkenalan bersama pihak pengurusan, kami memulakan aktiviti pertama iaitu Senamrobik pada pukul 8.30 pagi. Aktiviti tersebut dilakukan bersama kanak-kanak dirumah tersebut berakhir dengan jayanya pada pukul 10.00 pagi. Kanak-kanak disana berasa sangat seronok dengan aktiviti tersebut kerana buat pertama kalinya mereka dapat bersenam dengan cara yang seronok. Saya dengan gembiranya dapat menangkap gambar kanak-kanak yang bermuka ceria pada waktu pagi. Komunikasi yang saya dapat belajar disini ialah komunikasi bersama kanak-kanak. Pada masa yang sama, saya juga berkomunikasi dengan kanak- kanak dengan memberitahu mereka tentang cara-cara untuk bersenam dengan betul dan baik. Selain daripada itu, kami juga memberi peluang untuk seorang daripada kanak- kanak tersebut untuk menunjukkan cara mereka bersenam tanpa kami. Setelah aktiviti senamrobik tamat, aktiviti kedua yang kami lakukan ialah aktiviti ceramah tentang kebersihan dan kesihatan bersama kanak-kanak menggunakan medium video. Video yang telah dipilih amat bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut kerana ia merupakan video animasi kartun tetapi penuh dengan pengajaran tentang perkara yang ingin kami sampaikan. Aktiviti ini menerima respon yang baik dan mereka nampak seronok untuk mendengar ceramah yang disampaikan. Komunikasi dapat dipelajari daripada aktiviti ini kerana setelah pertunjukan video itu selesai, kami menyediakan sesi soal jawab.
  3. 3. BAHAGIAN C : REFLEKSI Secara keseluruhannya, saya dapat belajar pelbagai cara komunikasi dengan berkesan dengan pelbagai pihak. Saya juga merasakan yang program seperti ini perlu lagi dilakukan dengan lebih banyak lagi kerana tidak salah untuk kita berbuat baik kepada anak-anak yatim piatu dan cuba menggembirakan sedikit diri mereka. Program seperti ini juga dapat melatih saya untuk berinteraksi dengan kanak-kanak tidak bernasib baik dan justeru memahami perasaan mereka. Itu adalah kebaikan yang saya dapat dari program ini, dan sedikit kekurangan daripada program ini ialah pengankutan yang tidak disediakan untuk kami pergi ke tempat program. Laporan Akhir Program Kebajikan AMSA Tahun 1 , Disediakan Oleh ; Norain binti Zulkifli.

×