SlideShare a Scribd company logo
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
GEOGRAFI STPM-PENGGAL 3
BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL – SISTEM EKOLOGI
Ekologi dan Ekosistem
Konsep Ekologi
1. Ekologi merujuk hubungan antara organisma hidup seperti tumbuhan dan haiwan
dengan persekitarannya atau habitatnya, dengan kata lain sebagai tempat tinggalnya.
2 Contohnya, hutan hujan tropika sebagai sebuah habitat bagi hidupan liar seperti orang
utan, harimau dan rusa. Manakala tumbuhannya pula terdiri daripada pokok cengal dan
meranti serta rotan sebagai tumbuhan memanjat.
3 Namun begitu, setiap organisma mempunyai persekitaran atau habitat semula jadi yang
sesuai dengannya supaya dapat mengekalkan kewujudannya dalam sesuatu ekologi.
4 Contohnya, tumbuhan kaktus sesuai dengan habitat kawasan gurun dan pokok cengal dan
meranti dalam habitat hutan hujan tropika. Manakala haiwan seperti buaya dan biawak
sesuai dalam habitat berpaya dan burung penguin sesuai di habitat kawasan kutub yang
bersalji sepanjang tahun.
Konsep Ekosistem
1 Ekosistem merujuk interaksi antara benda hidup dengan benda bukan hidup melalui
pengaliran tenaga dan nutrien dalam sesuatu persekitaran tertentu.
2 Hubungan atau interaksi ini penting bagi mengekalkan kewujudan benda hidup dalam
lingkungan persekitarannya bagi mengimbangi sesuatu ekosistem.
3 Contohnya ekosistem padang rumput, terdapat belalang yang mendapat makanan bagi
menghasilkan tenaga dengan memakan rumput. Manakala rumput pula mendapat
makanan dengan bantuan matahari melalui proses fotosintesis.
4 Ekosistem meliputi konsep habitat, spesies, populasi, komuniti dan koloni.
(a) Habitat (tempat tinggal) merujuk lokasi fizikal yang sesuai untuk organisma hidup
secara biologi.
(b) Spesies merujuk flora dan fauna yang sama jenis dan mempunyai cara pembiakan
yang sama.
(c) Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama yang hidup dan
membiak di kawasan yang sama.
(d) Komuniti merujuk beberapa kumpulan populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup
bersama dan saling bergantung antara satu sama lain.
(e) Koloni merujuk sekumpulan haiwan daripada spesies yang sama yang hidup
bersama serta saling bergantung antara satu sama lain.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Komponen Ekosistem
Fungsi Ekosistem
1. Terdapat dua fungsi ekosistem dalam alam sekitar fizikal, iaitu
(a) aliran tenaga
(b) kitar nutrien
2. Fungsi ekosistem dalam aliran tenaga dapat dilihat semasa perubahan bentuk tenaga
dalam ekosistem yang berpunca daripada matahari.
3. Contohnya, pengeluar, iaitu tumbuhan menggunakan tenaga matahari dalam membuat
makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Klorofil daun yang berwarna hijau
akan menyerap tenaga matahari dan berubah bentuk kepada tenaga kimia semasa proses
fotosintesis.
4. Walau bagaimanapun, keberkesanan aliran tenaga matahari semasa proses fotosintesis
bergantung kepada perkara yang berikut:
(a) Kualiti matahari semasa memancar ke bumi dalam bentuk gelombang panjang
dapat diserap oleh klorofil daun tumbuhan.
(b) Intensiti tenaga matahari yang bergantung kepada lokasi dan masa yang berbeza
menghasilkan jenis ekosistem tumbuhan semula jadi yang berbeza.
(c) Jangka masa penerimaan tenaga matahari yang berbeza antara lokasi di
permukaan bumi. Contohnya, Malaysia menerima jangka masa purata enam jam
sehari dalam penerimaan tenaga matahari membolehkannya menghasilkan jenis
ekosistem hutan hujan tropika yang tebal dan berlapis-lapis serta kaya dengan
pelbagai jenis spesies flora dan fauna.
5. Fungsi ekosistem dalam kitar nutrien dapat dijelaskan melalui kitar oksigen
6. Kitar oksigen melalui tumbuhan sebagai perantaranya dalam sesuatu ekosistem dapat
dilihat melalui empat proses yang berikut:
(a) proses fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen di udara
(b) proses respirasi - tumbuhan menggunakan oksigen dalam mengurai glukosa bagi
menghasilkan air dan tenaga serta karbon dioksida
(c) proses pembakaran - pengambilan oksigen di udara menyebabkan proses
pembakaran dalam ekosistem hutan.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(d) proses pereputan - pereputan tumbuhan atau haiwan dalam sesuatu ekosistem oleh
kulat dan bakteria menyebabkan pengambilan oksigen di atmosfera bagi
menghasilkan nutrien dalam tanah
Jenis Ekosistem
1 Ekosistem terdiri daripada dua jenis, iaitu:
(a) ekosistem daratan
(b) ekosistem akuatik
2 Ekosistem daratan melibatkan ekosistem yang lingkungannya merupakan kawasan
permukaan bumi atau daratan di mana berlaku interaksi antara komponen biotik dengan
komponen abiotik. Contohnya, ekosistem hutan tanah pamah dan ekosistem hutan
tanah tinggi.
3 Ekosistem hutan tanah pamah rneliputi kawasan hutan yang mempunyai ketinggian dari
0 meter paras air laut hingga ketinggian 1 000 meter.
4 Contohnya, hutan hujan tropika yang terdiri daripada kepelbagaian spesies dan
dipengaruhi oleh iklim Khatulistiwa dengan purata suhu 27o
c dan jumlah hujan
sebanyak 2 600 mm setahun.
5 Hutan hujan tropika terdiri daripada empat lapisan utama:
(a) lapisan renjong/emergen
(b) lapisan kanopi
(c) lapisan tengah
(d) lantai hutan
6. Ekosistem hutan tanah tinggi merujuk kawasan melebihi 1 200 meter dari aras laut dan
mempunyai min suhu yang rendah, iaitu lebih kurang 1 80
C.
7. Ekosistem hutan tanah tinggi terbahagi kepada empat, iaitu (a) hutan montane bawah
(a) hutan montane atas
(b) tumbuhan hampir alpain
(c) tumbuhan alpain
8. Ekosistem daratan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar fizikal: (a) merupakan
kawasan tadahan air
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(a) menyederhanakan suhu bumi melalui proses sejatpeluhan yang menghasilkan wap
air bagi melembapkan udara
(b) habitat flora dan fauna
(c) menghalang proses hakisan dan pergerakan jisim seperti aliran lumpur dan tanah
runtuh
9. Ekosistem daratan juga mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar manusia:
(a) menjalankan akitiviti pembalakan - sumber kayu balak
(b) menjalankan aktiviti pelancongan ekopelancongan di kawasan tanah tinggi
(c) menjalankan aktiviti menjana kuasa hidroelektrik - sumber bekalan tenaga
(d) sebagai sumber perubatan - membekalkan herba semula jadi seperti tongkat ali dan
halia liar menjalankan aktiviti pertanian - sumber bekalan makanan dan sumber
ekonomi penduduk
10. Ekosisem akuatik merupakan ekosistem berair sama ada kekal atau sementara yang
menjadi habitat bagi hidupan akuatik. Contohnya, ekosistem paya bakau dan ekosistem
tasik.
11 Ekosistem paya bakau merupakan ekosistem yang mempunyai rantaian makanan,
melibatkan tumbuhan dan haiwan yang hidup di daratan dan di dalam air yang saling
berinteraksi antara satu sama Iain bagi mengimbangi ekosistem tersebut.
12 Contoh tumbuhan dan haiwan di daratan ialah pokok api-api, pokok bakau, beruk, murai
bakau dan kelawar. Contoh tumbuhan dan haiwan di kawasan berair ialah tumbuhan air,
ikan belacak, teritip dan memerang.
13 Kepentingan ekosistem paya bakau terhadap alam sekitar fizikal:
(a) sebagai kawasan storan air
(b) sebagai penghalang hakisan ombakdi pantai
(c) sebagai habitat semula jadi flora dan fauna
(d) menyederhanakan suhu
14 Kepentingan ekosistem paya bakau terhadap alam sekitar manusia:
(a) aktiviti industri - industri membuat kayu arang
(b) aktiviti pelancongan - ekopelancongan
(c) aktiviti perikanan - ternakan ikan dalam sangkar
(d) sebagai bahan mentah industri kraftangan - pokok mengkaung dan nipah
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
15 Ekosistem tasik merujuk ekosistem berair yang terhasil secara semula jadi atau buatan
manusia yang mempunyai komponen biotik dan abiotik bagi membentuk rantaian
makanan yang tersendiri.
16 Ekosistem tasik terdiri daripada tiga zon yang mempunyai hidupan yang berbeza:
(a) Zon limme zon dalam tasik yang menerima cahaya matahari, terdapat banyak
pengeluar atau autotrot seperti alga, lumut dan protozoa yang membuat
makanannya sendiri.
(b) Zon profundal - zon dalam tasik yang tidak menerima matahari, terdapat heterotrof
seperti ikan (ikan toman, sebarau dan belada), kura-kura dan ular air.
(c) Zon litoral - merupakan bahagian tepi tasik yang berhampiran daratan dan sentiasa
berair, terdapat tumbuhan seperti keladi dan lembayung serta di bahagian bawah
tumbuhan ini terdapat hidupan seperti kumbang air, berudu dan katak.
Konsep Rantaian Makanan dan Siratan Makanan
Konsep Rantaian Makanan
1 Rantaian makanan merujuk proses pemindahan tenaga antara pengeluar, pengguna
primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier melalui hubungan pemakanan bagi
menjalankan aktiviti tumbesaran dalam sesuatu ekosistem tertentu.
2 Contohnya, dalam ekosistem padang rumput, rumput bertindak sebagai pengeluar akan
dimakan oleh belalang sebagai pengguna primer dan katak bertindak sebagai pengguna
sekunder akan memakan belalang. Akhir sekali, katak akan dimakan oleh ular yang
berperanan sebagai pengguna tertier.
Konsep Siratan Makanan
1 Siratan makanan merupakan gabungan beberapa rantaian makanan untuk menghasilkan
satu ekosistem yang lebih rencam dan unik.
2 Contohnya, dalam ekosistem hutan hujan tropika, burung merbok dan tupai boleh
berperanan sebagai pengguna primer dan memakan buah-buahan daripada pokok-pokok
yang terdapat di dalam hutan tersebut. Malahan burung merbok bukan sahaja dimakan
oleh musang yang bertindak sebagai pengguna sekunder, tetapi turut dimakan oleh ular
yang terdapat di dalam hutan tersebut.
Aliran Tenaga dalam Rantaian Makanan dan Siratan Makanan
1 Punca utama aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan adalah daripada
tenaga matahari. Tumbuhan akan bertindak menyerap tenaga matahari melalui proses
fotosintesis semasa membuat makanannya sendiri.
2 Sebenarnya, tumbuhan sebagai pengeluar, terutamanya tumbuhan hijau akan menyerap
tenaga matahari semasa proses fotosintesis dengan bantuan klorofil yang terdapat pada
kloroplas daun hijau.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
3 Proses fotosintesis akan menukarkan tenaga matahari kepada tenaga kimia dalam bentuk
karbohidrat (glukosa) dan disimpan dalam tisu daun tumbuhan hijau.
4 Daun tumbuhan tadi akan dimakan oleh pengguan primer, di sini berlaku perpindahan
tenaga daripada pengeluar kepada pengguna primer.
5 Pengguna primer akan menyimpan tenaga tadi dalam bentuk karbohidrat di dalam tisu
badan mereka untuk tumbesaran dan sebahagiannya akan dilepaskan sebagai tenaga haba
melalui proses respirasi, pergerakan dan pembiakan.
6 Proses pemindahan tenaga yang sama juga berlaku daripada pengguna primer kepada
pengguna sekunder dan daripada pengguna sekunder kepada pengguna tertier.
7 Pengguna sekunder dan pengguna tertier akan menyimpan sebahagian tenaga dalam
bentuk karbohidrat di dalam tisu badan mereka untuk tujuan tumbesaran dan sebahagian
lagi dibebaskan dalam bentuk tenaga haba semasa proses respirasi, pergerakan dan
pembiakan.
Kepentingan Siratan Makanan dan Rantaian Makanan terhadap Alam Sekitar Fizikal
1 Sebagai pengalir tenaga dalam alam sekitar yang ada.Tumbuhan, iaitu pengeluar
bertindak sebagai perantaraan untuk menukarkan tenaga matahari kepada bentuk tenaga
kimia yang disimpan di dalam tisu badan pengguna untuk tujuan tumbesaran dan
membebaskan tenaga haba semasa aktiviti respirasi, pergerakan dan pembiakan.
2 Sebagai pengalir nutrein dalam kitar nutrein. Contohnya, dalam kitar oksigen dan karbon
dioksida,tumbuhan menjadi perantaraan dalam proses membebaskan oksigen ke udara
dan menyerap karbon dioksida di udara semasa proses fotosintesis tumbuhan.
3 Membantu mewujudkan dan mengekalkan ekosistem yang ada. Siratan makanan dan
rantaian makanan merupakan hubungan pemakanan dan membekalkan makanan secara
berterusan kepada pengeluar dan pengguna
Konsep Aras Trofik dan Piramid Tenaga
1 Aras trofik merupakan gambaran secara berperingkat tentang aliran tenaga dalam sesuatu
ekosistem tertentu berdasarkan kedudukannya sebagai pengeluar, pengguna primer,
pengguna sekundar dan pengguna tertier. Biasanya semakin tinggi peringkat rantaian
piramid tenaga, semakin kurang tenaga yang ada.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
2 Piramid tenaga menunjukkan aliran tenaga mengikut aras trofik dalam sesuatu
ekosistem. Pemindahan tenaga berlaku apabila berlakunya proses makan dan dimakan
yang melibatkan pengeluar kepada pengguna.
3 Apabila haiwan memakan tumbuhan, sebahagian tenaga kimia berpindah ke dalam badan
haiwan. Proses ini berterusan apabila terhadap haiwan lain yang memakan haiwan
tersebut. Sebilangan tenaga akan hilang melalui proses perkumuhan dan perpeluhan.
4 Hanya 10 peratus tenaga kimia yang dipindahkan bagi setiap aras trofik. 90 peratus lagi
hilang semasa proses respirasi, pergerakan, pembiakan dan pembesaran.
Persaingan antara Spesies dan Sesama Spesies dalam Ekosistem
1 Persaingan dalam kalangan spesies tumbuhan dan haiwan dalam alam sekitar fizikal
merujuk perebutan untuk mendapatkan keperluan asas dalam ekosistemnya seperti air,
tanah dan ruang untuk membentuk habitat.
2 Terdapat dua jenis persaingan, iaitu:
(a) intraspesies - persaingan antara spesies yang sama
(b) interspesies - persaingan antara spesies yang berlainan
3 Persaingan antara spesies yang sama berlaku apabila spesies yang sama bersaing untuk
mendapat keperluan asas yang terhad.
4 Contohnya dalam pertumbuhan dan pembiakan pokok setawar. Anak-anak pokok kecil
setawar dihasilkan pada hujung daun pokok induk. Anak-anak pokok setawar akan
jatuh ke tanah di sekitar pokok induknya dan berlaku persaingan antara pokok induk
dengan anak-anak pokok setawar bagi mendapatkan air, mineral, cahaya matahari dan
ruang untuk hidup di persekitaran abiotiknya.
5 Persaingan antara spesies yang berlainan berlaku apabila spesies yang berlainan
bersaing untuk mendapat keperluan asas yang terhad di persekitaran abiotiknya seperti
cahaya matahari, air dan nutrien.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
6 Contohnya dapat dilihat dalam hutan hujan tropika, iaitu pokok-pokok pada lapisan
emergen (paling atas) bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Lapisan emergen
dan lapisan kanopi paling banyak mendapat cahaya matahari. Lapisan tengah dan lantai
hutan kurang menerima cahaya matahari.
7 Persaingan antara spesies yang berlainan:
Cara
persaingan
Huraian Contoh
Komensalisme Secara menumpang dengan pokok lain, tetapi tidak
menjejaskan perumahnya
Paku langsuyar
dan orkid
Parasitisme Mendapat bekalan makanan daripada perumahnya,
tetapi menjejaskan perumahnya
Rafflesia dan
pokok dedalu
Simbiosis Spesies yang berlainan hidup bersama dan
mendapat keuntungan bersama
Buran laut dengan
umang-umang
Saprofitisme Tumbuhan tidak boleh membuat makanannya
sendiri tetapi mendapat makanan daripada
tumbuhan yang reput sebagai perumahnya
Cendawan dan
kulat tetupai
Mangsa-
pemangsa
Satu spesies menjadi makanan kepada spesies yang
lain
Harimau
memakan rusa
Kitar Nutrien dalam Ekosistem
Kitar Nutrien
1 Kitar nutrien bermaksud aliran unsur-unsur dan elemen-eleman yang merupakan zat
makanan secara berterusan daripada komponen biotik kepada komponen abiotik dalam
satu ekosistem tertentu bagi mengimbangi kewujudan ekosistem tersebut.
2 Kitar nutrien penting kepada alam sekitar fizikal kerana:
(a) Mengekalkan kesuburan pengeluar dalam ekosistem. Contohnya, karbon dioksida
dalam kitar karbon membolehkan tumbuhan membuat makanannya sendiri untuk
proses pertumbuhannya.
(b) Mengekalkan kualiti udara. Contohnya, karbon dioksida diserap oleh tumbuhan.
3 Kitar nutrien melibatkan:
(a) kitar oksigen
(b) kitar karbon
(c) kitar nitrogen
Kitar Oksigen
1 Kitar oksigen merupakan proses pengambilan dan pengembalian oksigen secara
berterusan di ruang atmosfera.
2 Kitar oksigen melibatkan empat proses, iatu:
(a) proses fotosintesis
(b) proses respirasi
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(c) proses pembakaran
(d) proses pereputan
3 Semasa proses fotosintesis, tumbuhan membebaskan oksigen ke ruang atmosfera.
4 Semasa proses respirasi, tumbuhan menyerap atau mengambil oksigen di ruang
atmosfera melalui liang stomata tumbuhan, terutamanya di bahagian daun.
5 Semasa proses pembakaran, berlaku pengambilan oksigen di ruang atmosfera bagi
bantuan proses tersebut.
6 Semasa proses pereputan, berlaku pengambilan oksigen di udara oleh bakteria dan kulat
bagi membantunya menghasilkan nutrien dalam mengekalkan kesuburan tanah.
7 Kitar oksigen dalam ekosistem:
Fasa atmosfera Kandungan gas oksigen wujud secara semula jadi dalam
atmosfera
Fasa biosfera Tumbuhan menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis,
manusia dan haiwan menggunakan oksigen untuk proses respirasi
Fasa litosfera Oksigen digunakan semasa proses luluhawa kimia, tindak balas
kimia menghasilkan oksigen
8 Kepentingan kitar oksigen terhadap alam sekitar manusia:
(a) Sistem pernafasan manusia - manusia memerlukan oksigen untuk bernafas dan
meneruskan kehidupan seharian
(b) Kegunaan harian - oksigen adalah gas yang membantu kebakaran, diperlukan
dalam proses atau aktiviti memasak
(c) Sumbangan dalam bidang pertaniar dalam penanaman getah dan kelapz sawit,
proses luluhawa pengoksidaar yang memerlukan kehadiran oksigen telay
menghasilkan tanih laterit yang subu untuk pertumbuhan tanaman tersebut
(d) Memperkembangkan industri kosmetil - terapi oksigen mampu menghilangkar
kedutan dan jeragat bagi golongan waniti yang mementingkan kecantikan diri
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Kitar Karbon
1 Kitar karbon merujuk proses pengambilan dar pengembalian karbon yang terdapat di
dalan sistem bumi yang melibatkan kitaran di dalan sub sistem bumi seperti litosfera,
hidrosfere biosfera dan atmosfera secara berterusan.
2 Kitar karbon melibatkan
(a) proses fotosintesis
(b) proses respirasi
(c) proses pembakaran
(d) proses pereputan
(e) proses luluhawa kimia
3 Preses pengambilan karbon berlaku dalam dua keadaan yang berikut:
(a) Semasa proses fotosintesis, tumbuhan hijau menyerap karbon dioksida di ruang
atmosfera.
(b) Semasa proses luluhawa kimia, karbon dioksida di udara bercampur dengan air
hujan menghasilkan asid karbonik lemah yang akan bertindak balas bagi
menghasilkan luluhawa kimia secara pengkarbonan.
4 Proses pengembalian karbon berlaku dalam tiga keadaan yang berikut:
(a) Semasa proses respirasi, iaitu semasa bernafas, tumbuhan dan haiwan
membebaskan karbon dioksida di ruang atmosfera.
(b) Semasa proses pembakaran, karbon dibebaskan semasa berlaku pembakaran
bahan api fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli. Malahan, semasa
kebakaran hutan juga boleh membebaskan karbon dioksida di udara.
(c) Semasa proses pereputan bahan organik, karbon dioksida dibebaskan di udara
semasa tisu tumbuhan dan haiwan yang telah mati mereput secara semula jadi.
5 Kitar karbon dalam ekosistem:
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Fasa
atmosfera
Karbon dalam bentuk karbon dioksida memasuki atmosfera
melalui proses respirasi haiwan dan manusia serta proses
pembakaran bahan api fosil, pembakaran hutan dan pereputan
bahan organik secara semula jadi.
Fasa
biosfera
Karbon dalam bentuk karbon dioksida digunakan oleh tumbuhan
untuk menghasilkan karbohidrat melalui proses fotosintesis.
Haiwan memakan tumbuhan.
Fasa
litosfera
Bakteria dan kulat (pengurai) memecahkan karbon yang terdapat
dalam badan haiwan dan tumbuhan yang telah mati dan
membebaskannya semula ke atmosfera sebagai karbon dioksida.
6 Kepentingan karbon terhadap alam sekitar fizikal:
(a) bahan penting dalam proses fotosintesis, karbon dioksida akan diserap oleh
daundaun hijau bagi membuat makanannya sendiri
(b) salah satu komponen dalam udara dalam bentuk gas boleh ubah
7 Kepentingan karbon terhadap alam sekitar manusia:
(a) sebagai bahan bakar dalam industri pengangkutan dan perindustrian serta kegunaan
domestik
(b) sebagai bahan makanan kepada komponen biotik dalam ekosistem
(c) sebagai komponen dalam bahan minuman berkarbonat seperti Coca-Cola dan Pepsi
(d) sebagai komponen dalam bahan pemadam api semasa kebakaran
8 Kesan peningkatan atau lebihan karbon di udara:
(a) berlaku peningkatan karbon dioksida di udara
(b) berlaku peningkatan suhu dan pencairan salji di kutub
(c) air laut akan bertambah berasid sehingga hidupan akuatik boleh musnah dan pupus
(d) meningkatnya pencemaran udara apabila karbon dioksida dan karbon monoksida
meningkat di ruang atmosfera
9 Aktiviti perindustrian, penyahutanan, pengangkutan dan pembakaran terbuka
menghasilkan banyak gas karbon dioksida.
Kitar Nitrogen
1 Kitar nitrogen merujuk proses pengambilan dan pengembalian nitrogen daripada
sumbernya, iaitu atmosfera dan tanah untuk mengekalkan keseimbangan.
2 Cara pengambilan nitrogen daripada tanah:
(a) Proses simbiosis. Bakteria pengikat nitrogen pada akar tumbuhan akan
menukarkan nitrogen (dalam bentuk ammonia semasa diserap oleh akar
tumbuhan) kepada nitrat dalam tanah.
(b) Proses larut resap dalam tanah. Ketika hujan, nitrogen di udara akan diserapkan ke
dalam tanah.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
3 Cara pengembalian nitrogen ke dalam tanah:
(a) Penggunaan baja dalam aktiviti pertanian yang mengandungi sebatian nitrogen.
(b) Komponen biotik yang reput akan mengembalikan nitrogen ke dalam tanah.
4 Cara pengembalian nitrogen ke ruang atmosfera:
(a) Secara semu!a jadi melalui tindakan kilat dan air hujan.
(b) Penguraian mikroorganisma. Bakteria, pengurai nitrat dalam tanah akan
menukarkannya kembali kepada gas nitrogen yang dibebaskan di udara.
5 Kitar karbon dalam ekosistem:
Fasa atmosfera Gas nitrogen yang wujud dalam atmosfera tidak dapat digunakan
secara langsung. Gas nitrogen ditukar kepada gas nitrogen dioksida
melalui tindakan haba kilat.
Fasa biosfera Tumbuhan mendapatkan nitrogen dalam bentuk ammonia dan nitrat
melalui akarnya dan menghasilkan protein. Tumbuhan kekacang
memperoleh nitrogen melalui bakteria pengikat nitrogen pada akar
tumbuhan.
Fasa litosfera Air hujan (asid nitrit) meresap ke dalam tanah dan membentuk
nitrat. Bakteria nitrosomonas menukar ammonia kepada nitrat.
Bakteria nitrobacter menukar nitrit kepada nitrat. Tumbuhan
menyerap nitrat dalam tanah untuk membentuk protein yang
dimakan oleh hiawan. Proses pereputan mengembalikan nitrogen ke
dalam tanah.
6 Kepentingan nitrogen kepada alam sekitar:
(a) Sumber protein dalam bentuk asid amino dalam haiwan dan tumbuhan untuk
pertumbuhan badan dan membaiki tisu yang rosak.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(b) Diperlukan dalam proses fotosintesis. Nitrogen merupakan juzuk dalam klorofil
bagi menghasilkan warna hijau pada daun.
(c) Sebagai baja dalam pertanian. Nitrogen menjamin kesuburan tanaman seperti
dalam baja organik.
Kitar Nutrien dalam Ekosistem Daratan dan Akuatik
Kaitan Sistem Ekologi Dengan Manusia
Kepentingan Ekosistem Daratan
1 Kepentingan terhadap alam sekitar fizikal
(a) Habitat flora dan
fauna
Hutan merupakan tempat tinggal bagi haiwan dan tumbuhan.
Contohnya, dalam hutan hujan tropika terdapat pelbagai
spesies haiwan seperti harimau, rusa, pelbagai jenis burung
dan pelbagai jenis pokok.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(b) Mengimbangi
kandungan udara di
ruang atmosfera
bumi
Tumbuhan menjalankan proses fotosintesis yang menyerap
kandungan karbon dioksida dan membebaskan oksigen di
udara, kesannya kandungan udara lebih seimbang tanpa
adanya lebihan kandungan karbon dioksida.
(c) Menyederhanakan
suhu setempat dan
persekitarannya
Tumbuhan menjalankan proses sejatpeluhan dan
membebaskan
wap air di udara bagi memberi dan mengekalkan kelembapan
udara sehingga menyebabkan suhu udara menjadi lebih
sederhana.
(d) Mengurangkan
kejadian tanah
runtuh
Kehadiran tumbuhan di cerun atau lereng kawasan tanah tinggi
dapat menghalang kejadian tanah runtuh. Akar tumbuhan
memegang tanah dan kejadian tanah runtuh dapat dielakkan.
(e) Mengurangkan
hakisan tanah
Tumbuhan di ekosistem daratan akan menutupi permukaan
bumi
atau tanah dan mengurangkan kejadian hakisan aliran air
permukaan, galir dan galur.
(f) Kawasan tadahan air Kawasan ekosistem daratan, terutamanya kawasan tanah tinggi
berhutan tebal merupakan kawasan tadahan air bagi kawasan
sekitarnya
2 Kepentingan terhadap alam sekitar manusia.
(a) Kawasan pembalakan Ekosistem daratan, terutamanya kawasan hutan hujan tropika
merupakan kawasan pembalakan yang membekalkan kayu
keras kepada manusia.
(b) Membekalkan hasil
hutan kepada
penduduk
Ekosistem daratan juga menghasilkan pelbagai hasil hutan.
Antaranya ialah rotan, pokok rumbia petai, tampoi dan salak.
(c) Membekalkan sumber
perubatan herba
kepada manusia
Ekosistem daratan terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang
boleh dijadikan sebagai sumber perubatan untuk
dimanfaatkan kepada kesihatan manusia. Contohnya,
tongkat ali, kacip fatimah dan halia hutan.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(d) Lokasi aktiviti
memburu
Bagi peminat aktiviti memburu, hutan hujan tropika boleh
dijadikan lokasi memburu. Terdapat pelbagai jenis haiwan
yang boleh diburu untuk dijadikan sumber makanan atau
sumber perubatan untuk kehidupan manusia.
(e) Lokasi aktiviti
ekopelancongan
Ekosistem daratan, iaitu hutan hujan tropika boleh dijadikan
sebagai kawasan ekopelancongan. Keunikan hutan hujan
tropika telah menarik minat pelancong dalam dan luar
negara yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna.
(f) Petempatan kaum asli Kaum asli, iaitu salah satu suku kaum yang suka dan selesa
tinggal
di dalam hutan. Hutan menjadi lokasi untuk mendapatkan
sumber keperluan untuk hidup seperti sumber makanan dan
sumber pendapatan.
(g) Kawasan hutan
simpan
Ekosistem daratan boleh dijadikan sebagai taman negara
dan hutan simpan kekal. Hutan simpan dan taman negara
boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan
kepada penduduk dan negara melalui aktiviti pelancongan.
Kepentingan Ekosistem Akuatik
1 Kepentingan kepada alam sekitar fizikal.
(a) Habitat flora dan fauna Hutan paya bakau merupakan habitat bagi lebih 60 spesies
tumbuh- tumbuhan dan pelbagai jenis haiwan seperti monyet,
kera dan burung serta hidupan akuatik seperti ikan, udang,
ketam dan siput.
(b) Mengawal hakisan
pantai
Akar pokok bakau yang berbentukjangkang dan ceracak dapat
menghalang ombak yang kuat serta melindungi pinggir pantai.
(c) Membekalkan oksigen Pokok bakau mengeluarkan gas oksigen ke atmosfera melalui
proses fotosintesis serta mengekalkan kelembapan udara di
kawasan sekitarnya.
(d) Menghalang angin
kencang
Pokok bakau dapat menghalang tiupan angin kencang yang
datang dari laut dengan memperlahankan kelajuan angin.
2 Kepentingan kepada alam sekitar manusia.
(a) Aktiviti perikanan Ekosistem akuatik seperti sungai, tasik dan laut merupakan
kawasan perikanan yang membekalkan sumber protein dan
sumber pendapatan.
(b) Hasil marin Ekosistem akuatik seperti laut membekalkan hidupan marin
seperti ikan, tiram, rumpai laut dan batu arang untuk dijadikan
hasil marin.
(c) Sumber perubatan Hidupan akuatik dijadikan sumber membuat ubat-ubatan dan
produk kecantikan seperti rumpai laut, gamat dan ikan haruan.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(d) Pelancongan dan
rekreasi
Kawasan laut seperti Pulau Redang dan Pulau Sipadan
menjadi tarikan pelancong kerana mempunyai terumbu
karang yang menarik. Aktiviti melihat kelip-kelip di hutan
paya bakau turut menjadi tarikan pelancong.
(e) Akuakultur Kawasan tasik dan sungai dijadikan kawasan ternakan ikan,
udang dan tiram dalam sangkar. Contohnya, aktiviti
menternak ikan air tawar di Sungai Pahang.
(f) Membekalkan hasil
hutan
Kayu bakau sesuai dijadikan kayu cerucuk dan dijadikan
bahan api.
Daun nipah dan mengkuang dijadikan anyaman bakul.
(g) Tempat penyelidikan Hutan paya bakau dijadikan kawasan penyelidikan untuk
biodiversiti dan sumber perubatan.
Gangguan Ekosistem
1 Kesan gangguan ekosistem terhadap sistem hidrosfera:
(a) Banjir kerana kemusnahan ekosistem hutan yang berperanan sebagai kawasan
tadahan gagal berfungsi. Wujud aliran permukaan yang membawa bersamanya
mendapan tanih, sungai menjadi cetek dan hujan berlebihan menyebabkan banjir
berlaku.
(b) Kemarau kerana ketiadaan tumbuhan menyebabkan suhu meningkat. Fungsi
tumbuhan sebagai penyederhana suhu gagal akibat proses sejatpeluhan tidak
berlaku.
2 Kesan gangguan ekosistem terhadap sistem litosfera:
(a) Hakisan meningkat kerana ketiadaan tumbuhan sebagai penutup bumi sehingga
mendedahkan permukaan tanih dengan agen hakisan, terutamanya air hujan.
(b) Tanah runtuh berlaku. Kemusnahan ekosistem hutan di cerun bukit menyebabkan
berlakunya tanah runtuh akibat ketiadaan akar tumbuhan.
3 Kesan gangguan ekosistem terhadap sistem biosfera:
(a) kemusnahan flora dan fauna. Kemusnahan ekosistem daratan dan akuatik boleh
menyebabkan hidupan di dalamnya musnah dan pupus. Contohnya, kemusnahan
ekosistem paya bakau akan menyebabkan tumbuhan bakau seperti pokok api-api
dan bakau minyak, dan hidupan akuatik seperti ketam uca, ikan belacak dan anak
ikan musnah.
4 Kesan gangguan ekosistem terhadap sistem atmosfera:
(a) Peningkatan suhu. Kemusnahan ekosistem daratan boleh menyebabkan suhu
meningkat. Ketiadaan pokok menyebabkan sinar matahari terus memancar ke
permukaan bumi. Malahan, tumbuhan tidak dapat menyerap C02 di udara dan
berlaku lebihan kandungan CO2 yang menyerap tenaga matahari. Semua ini
menyebabkan udara kering dan panas seterusnya suhu akan meningkat.
(b) Kejadian ribut. Tekanan udara rendah dan peningkatan suhu yang ketara akibat
ketiadaan tumbuhan dalam ekosistem daratan menyebabkan udara dari luar
masuk dan terbentuk ribut yang boleh memusnahkan ekosistem daratan secara
meluas.
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Ekosistem
1 Kegiatan pembalakan
(a) Suhu bumi meningkat
(b) Kadar pencemaran udara meningkat
(c) Kadar pencemaran air meningkat
(d) Flora dan fauna musnah
(e) Kawasan tadahan air musnah
(f) Kadar hakisan tanih meningkat
(g) Kadar kejadian tanah runtuh meningkat
2 Kegiatan pertanian
(a) Flora dan fauna musnah
(b) Kawasan tadahan air musnah
(c) Kemiskinan tanih
(d) Peningkatan suhu Pencemaran air
(e) Pencemaran tanih
3 Kegiatan perindustrian
(a) Kejadian jerebu meningkat
(b) Kejadian hujan asid yang semakin meningkat
(c) Kadar pencemaran air meningkat
4 Kegiatan perikanan
(a) A Hidupan akuatik pupus
(b) Pencemaran air meningkat
5 Kegiatan penternakan
(a) Mengeluarkan bau busuk
(b) Pencemaran air meningkat
6 Pembinaan jalan raya
(a) Flora dan fauna musnah
(b) Kejadian tanah runtuh sering kali berlaku
(c) Kejadian banjir meningkat
(d) Kadar hakisan meningkat
7 Kegiatan pelancongan
(a) Kadar pencemaran air meningkat
(b) Suhu setempat meningkat
(c) Flora dan fauna meningkat
(d) Kadar pencemaran bau meningkat
8 Kegiatan perlombongan
(a) Tanah kehilangan sumber mineral
(b) Tanih hilang kesuburan
(c) Berlaku perubahan pandang darat
(d) Tanah menjadi gondol dan tandus
Ekosistem Buatan Manusia
1 Ekosistem buatan manusia merujuk ekosistem semula jadi yang telah diubah suai oleh
manusia untuk kepentingan sosial dan ekonomi penduduk.
2 Contoh:
(a) ekosistem tasik buatan
(b) ekosistem kawasan pertanian
(c) ekosistem kawasan penghutanan semula
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Ekosistem Tasik Buatan
1 Ekosistem tasik buatan merupakan ekosistem berair dan dalam yang terbentuk akibat
buatan manusia untuk kegiatan ekonomi yang terdiri daripada zon yang menerima
matahari (zon limme), zon tidak menerima matahari (zon profundal) dan zon tepi tasik
yang berhampiran daratan (zon litoral).
2 Contoh tasik buatan ialah Tasik Kenyir, Tasik Titiwangsa dan Tasik Chenderoh.
3 Ekosistem tasik buatan wujud disebabkan oleh aktiviti pembinaan empangan, aktiviti
penternakan dan aktiviti perlombongan.
4 Contoh rantaian makanan dalarn ekosistem tasik buatan:
(a) pengeluar — teratai (di permukaan air) dan tumbuhan renek (di tepi tasik)
(b) pengguna primer - kala jengking air dan pepijat air
(c) pengguna sekunder - ikan sebarau dan jelawat
(d) pengguna tertier - biawak dan ular serta pelbagai burung
Ekosistem Kawasan Pertanian
1 Ekosistem kawasan pertanian merujuk kawasan atau ruang tanih yang subur, dijalankan
usaha menanam pelbagai jenis tanaman untuk tujuan tertentu sehingga hasilnya dijadikan
bahan memenuhi keperluan manusia dan mempunyai nilai ekonomi.
2 Contoh ekosistem kawasan pertanian:
(a) ekosistem sawah padi
(b) ekosistem ladang getah
(c) ekosistem ladang kelapa sawit
(d) ekosistem kebun sayur
3 Contoh komponen biotik ekosistem sawah padi ialah pokok padi, rumput dan ikan sepat.
4 Contoh komponen abiotik ekosistem sawah padi ialah tanih lempung, oksigen dan air.
Ekosistem Kawasan Penghutanan Semula
1. Ekosistem kawasan penghutanan semula merujuk ekosistem hutan semula jadi yang
telah ditebang sama ada disebabkan oleh faktor semula jadi atau oleh aktiviti manusia
seperti pembalakan dan pertanian, di mana hutan ini kemudiannya ditanam semula
GEOGRAFI STPM SMK PURUN
dengan pokok Iain yang terpilih, bermutu dan cepat matang berbanding dengan pokok-
pokok asal di kawasan tersebut.
2 Contoh kawasan penghutanan semula:
(a) kawasan hutan hujan tropika
(b) kawasan hutan paya air masin
3 Contoh lokasi kawasan penghutanan semula:
(a) hutan paya air masin di Larut Matang, Perak
(b) hutan hujan tropika di BukitTinggi, Pahang
4 Kepentingan ekosistem penghutanan semula terhadap sistem fizikal:
(a) Sistem atmosfera: Mengimbangi kandungan udara melalui proses fotosintesis yang menyerap
karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke ruang udara.
(b) Sistem biosfera: Sebagai habitat flora dan fauna serta dapat mengekalkan spesies
pokok hutan.
(c) Sistem hidrosfera: Mengimbangi kitar hidrologi. Akar pokok membantu
penyerapan air hujan ke dalam tanah, proses sejatpeluhan menghasilkan wap air
membantu proses pemeluwapan bagi membentuk awan untuk menurunkan hujan.
(d) Sistem litosfera: Mengurangkan kadar hakisan apabila tumbuhan berfungsi
menutupi permukaan bumi dan tanah runtuh apabila akar pokok mencengkam
dan mengikat tanah supaya tidak longgar.
Langkah Pemeliharaan dan ppmuliharaan Ekosistem
1 Langkah pemeliharaan ekosistem daratan:
(a) menguat kuasa undang-undang
(b) mewartakan hutan simpan dan taman negara
(c) mengubal akta seperti Dasar Perhutanan Negara
(d) mengawal pembalakan haram
(e) mengadakan kempen dan pendidikan alam sekitar
(f) melakukan penebangan secara terpilih, iaitu hanya pokok-pokok yang matang
ditebang
(g) mewujudkan pusat perlindungan hidupan liar
2 Langkah pemuliharaan ekosistem daratan:
(a) melaksanakan penghutanan semula
(b) projek ladang hutan
(c) pembangunan dan penyelidikan

More Related Content

What's hot

SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
Asmawi Abdullah
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
Asmawi Abdullah
 
KONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
KONSEP KEBERKESANAN KERPASANKONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
KONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
Farhana Aisyah Norzelan
 
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIAKuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
Asmawi Abdullah
 
Geo sem 2 by Mohd Nazren Bin Saparudin pdf
Geo sem 2 by Mohd Nazren Bin Saparudin pdfGeo sem 2 by Mohd Nazren Bin Saparudin pdf
Geo sem 2 by Mohd Nazren Bin Saparudin pdf
Mohd Nazren Saparudin
 
Pengangkutan sungai
Pengangkutan sungaiPengangkutan sungai
Pengangkutan sungai
Cikgu Ain Marwan
 
Bahagian b impak
Bahagian b  impakBahagian b  impak
Bahagian b impak
Asmawi Abdullah
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Asmawi Abdullah
 
Gangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMGangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPM
yenchuxx
 
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danPeranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
haralhaj
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksi
Asmawi Abdullah
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015
pah_cys
 
Sistem ekologi
Sistem ekologiSistem ekologi
Sistem ekologi
haralhaj
 
Nota point geo penggal 2(Mohd Nazren Bin Saparudin)
Nota point geo penggal 2(Mohd Nazren Bin Saparudin)Nota point geo penggal 2(Mohd Nazren Bin Saparudin)
Nota point geo penggal 2(Mohd Nazren Bin Saparudin)
Mohd Nazren Saparudin
 
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEMKuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Asmawi Abdullah
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Asmawi Abdullah
 
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Shizuka Jijie (SBP)
 
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESAKuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Asmawi Abdullah
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukkyoryo
 

What's hot (20)

SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
 
KONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
KONSEP KEBERKESANAN KERPASANKONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
KONSEP KEBERKESANAN KERPASAN
 
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIAKuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
Kuliah 3 - TENAGA DI DALAM SISTEM SURIA
 
Geo sem 2 by Mohd Nazren Bin Saparudin pdf
Geo sem 2 by Mohd Nazren Bin Saparudin pdfGeo sem 2 by Mohd Nazren Bin Saparudin pdf
Geo sem 2 by Mohd Nazren Bin Saparudin pdf
 
Pengangkutan sungai
Pengangkutan sungaiPengangkutan sungai
Pengangkutan sungai
 
Bahagian b impak
Bahagian b  impakBahagian b  impak
Bahagian b impak
 
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
Kuliah 8 - TRANSFORMASI DESA DAN STRATEGI PEMANGUNAN DESA DI MALAYSIA.
 
Gangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMGangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPM
 
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia danPeranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
Peranan tenaga suria terhadap tumbuh tumbuhan, manusia dan
 
Modul penuh saling interaksi
Modul penuh   saling interaksiModul penuh   saling interaksi
Modul penuh saling interaksi
 
kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015kerja kursus goe sesi 2015
kerja kursus goe sesi 2015
 
Sistem ekologi
Sistem ekologiSistem ekologi
Sistem ekologi
 
Nota point geo penggal 2(Mohd Nazren Bin Saparudin)
Nota point geo penggal 2(Mohd Nazren Bin Saparudin)Nota point geo penggal 2(Mohd Nazren Bin Saparudin)
Nota point geo penggal 2(Mohd Nazren Bin Saparudin)
 
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEMKuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
Kuliah 1 - ALAM SEKITAR FIZIKAL SEBAGAI SUATU SISTEM
 
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam SekitarBahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
Bahagian b kuliah 6 - Penduduk dan Alam Sekitar
 
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
 
IMBANGAN AIR
IMBANGAN AIRIMBANGAN AIR
IMBANGAN AIR
 
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESAKuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
Kuliah 9 - PROSES PERUBAHAN DESA DI MALAYSIA DAN KESAN TRANSFORMASI DESA
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 

Similar to Bahagian a sistem ekologi

Saling bersandaran antara organisma hidup
Saling bersandaran antara organisma hidupSaling bersandaran antara organisma hidup
Saling bersandaran antara organisma hidup
Izzat Hakim
 
Kepentingan memulihara dan memelihara organisma hidup
Kepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidupKepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidup
Kepentingan memulihara dan memelihara organisma hidupNur Syafika
 
Bab 2 Ekosistem
Bab 2 EkosistemBab 2 Ekosistem
Bab 2 Ekosistem
Noor Syamila Mohd
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4amryee
 
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananSem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Nafhatul Nadzirah
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
Asmawi Abdullah
 
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negaraPemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negaracheputeh
 
Tugasan 8
Tugasan 8Tugasan 8
Tugasan 8
FATIN KHAIRIYAH
 
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
欣 银
 
biodiversiti
biodiversitibiodiversiti
biodiversiti
Ainee Razali
 
1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma
Noor Syamila Mohd
 
Utan hujan tropika tanah pamah adalah kawasan hutan yang berada dari ketingg...
Utan hujan tropika tanah pamah adalah  kawasan hutan yang berada dari ketingg...Utan hujan tropika tanah pamah adalah  kawasan hutan yang berada dari ketingg...
Utan hujan tropika tanah pamah adalah kawasan hutan yang berada dari ketingg...UPSI
 
1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma
Noor Syamila Mohd
 
Menganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan AlamMenganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan Alam
Mohd Shukri Suib
 
Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairanEkologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairanSMK Methodist Sibu
 

Similar to Bahagian a sistem ekologi (20)

Bab 9 T5.pptx
Bab 9 T5.pptxBab 9 T5.pptx
Bab 9 T5.pptx
 
modul-sce3107
modul-sce3107modul-sce3107
modul-sce3107
 
Saling bersandaran antara organisma hidup
Saling bersandaran antara organisma hidupSaling bersandaran antara organisma hidup
Saling bersandaran antara organisma hidup
 
Kepentingan memulihara dan memelihara organisma hidup
Kepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidupKepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidup
Kepentingan memulihara dan memelihara organisma hidup
 
Bab 2 Ekosistem
Bab 2 EkosistemBab 2 Ekosistem
Bab 2 Ekosistem
 
Biodiversiti 4
Biodiversiti 4Biodiversiti 4
Biodiversiti 4
 
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananSem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Power point (1)
Power point (1)Power point (1)
Power point (1)
 
Sektor perhutanan
Sektor perhutananSektor perhutanan
Sektor perhutanan
 
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negaraPemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
 
Tugasan 8
Tugasan 8Tugasan 8
Tugasan 8
 
Forum 2
Forum 2Forum 2
Forum 2
 
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
 
biodiversiti
biodiversitibiodiversiti
biodiversiti
 
1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma
 
Utan hujan tropika tanah pamah adalah kawasan hutan yang berada dari ketingg...
Utan hujan tropika tanah pamah adalah  kawasan hutan yang berada dari ketingg...Utan hujan tropika tanah pamah adalah  kawasan hutan yang berada dari ketingg...
Utan hujan tropika tanah pamah adalah kawasan hutan yang berada dari ketingg...
 
1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma
 
Menganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan AlamMenganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan Alam
 
Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairanEkologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
 

More from Asmawi Abdullah

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melaka
Asmawi Abdullah
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melaka
Asmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Asmawi Abdullah
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skema
Asmawi Abdullah
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Asmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3
Asmawi Abdullah
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Asmawi Abdullah
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Asmawi Abdullah
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Asmawi Abdullah
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1
Asmawi Abdullah
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Asmawi Abdullah
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Asmawi Abdullah
 
Broucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPMBroucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPM
Asmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Asmawi Abdullah
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Asmawi Abdullah
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Asmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Asmawi Abdullah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Asmawi Abdullah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Asmawi Abdullah
 
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Asmawi Abdullah
 

More from Asmawi Abdullah (20)

Trial semester 3 2019 melaka
Trial semester 3 2019   melakaTrial semester 3 2019   melaka
Trial semester 3 2019 melaka
 
Skema trial semester 3 2019 melaka
Skema trial semester 3 2019   melakaSkema trial semester 3 2019   melaka
Skema trial semester 3 2019 melaka
 
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3Soalan terengganu 2019 - Sem 3
Soalan terengganu 2019 - Sem 3
 
Trial s3 kelantan 2019 skema
Trial s3 kelantan 2019   skemaTrial s3 kelantan 2019   skema
Trial s3 kelantan 2019 skema
 
Soalan p3 modul 2019 kelantan
Soalan p3 modul 2019   kelantanSoalan p3 modul 2019   kelantan
Soalan p3 modul 2019 kelantan
 
Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3Skema terengganu 2019 - semster 3
Skema terengganu 2019 - semster 3
 
Soalan p1 modul 2019 kelantan
Soalan p1 modul 2019   kelantanSoalan p1 modul 2019   kelantan
Soalan p1 modul 2019 kelantan
 
Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)Trial s1 kelantan 2019 (2)
Trial s1 kelantan 2019 (2)
 
Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1Soalan terengganu 2020 - semester 1
Soalan terengganu 2020 - semester 1
 
Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1Skema terengganu 2020 - semester 1
Skema terengganu 2020 - semester 1
 
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Soalan Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
Percubaan STPM 2019 - Skema Geografi Semester 3 (Pahang)
 
Broucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPMBroucher Geografi STPM
Broucher Geografi STPM
 
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - PahangSoalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
Soalan Percubaan Geografi Semester STPM 2019 - Pahang
 
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
Soalan dan Skema Permarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Tereng...
 
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - KedahSkema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
Skema Pemarkahan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019 - Kedah
 
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- KedahSoalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
Soalan Percubaan Geografi Semester 1 STPM 2019- Kedah
 
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSoalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Soalan Percubaan Geo S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, SabahSkema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
Skema Jawapan Trial S2 2019 - SMK Pamol, Sandakan, Sabah
 
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
Skema Ujian Semester 2 STPM 2019
 

Recently uploaded

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
jannah hamid
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
norazuraabdtalip1
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 

Recently uploaded (6)

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdfAINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
AINS_MANUAL PENGGUNAAN_APLIKASI UNTUK MURID .pdf
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MENLATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
LATIHAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SEK MEN
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 

Bahagian a sistem ekologi

  • 1. GEOGRAFI STPM SMK PURUN GEOGRAFI STPM-PENGGAL 3 BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL – SISTEM EKOLOGI Ekologi dan Ekosistem Konsep Ekologi 1. Ekologi merujuk hubungan antara organisma hidup seperti tumbuhan dan haiwan dengan persekitarannya atau habitatnya, dengan kata lain sebagai tempat tinggalnya. 2 Contohnya, hutan hujan tropika sebagai sebuah habitat bagi hidupan liar seperti orang utan, harimau dan rusa. Manakala tumbuhannya pula terdiri daripada pokok cengal dan meranti serta rotan sebagai tumbuhan memanjat. 3 Namun begitu, setiap organisma mempunyai persekitaran atau habitat semula jadi yang sesuai dengannya supaya dapat mengekalkan kewujudannya dalam sesuatu ekologi. 4 Contohnya, tumbuhan kaktus sesuai dengan habitat kawasan gurun dan pokok cengal dan meranti dalam habitat hutan hujan tropika. Manakala haiwan seperti buaya dan biawak sesuai dalam habitat berpaya dan burung penguin sesuai di habitat kawasan kutub yang bersalji sepanjang tahun. Konsep Ekosistem 1 Ekosistem merujuk interaksi antara benda hidup dengan benda bukan hidup melalui pengaliran tenaga dan nutrien dalam sesuatu persekitaran tertentu. 2 Hubungan atau interaksi ini penting bagi mengekalkan kewujudan benda hidup dalam lingkungan persekitarannya bagi mengimbangi sesuatu ekosistem. 3 Contohnya ekosistem padang rumput, terdapat belalang yang mendapat makanan bagi menghasilkan tenaga dengan memakan rumput. Manakala rumput pula mendapat makanan dengan bantuan matahari melalui proses fotosintesis. 4 Ekosistem meliputi konsep habitat, spesies, populasi, komuniti dan koloni. (a) Habitat (tempat tinggal) merujuk lokasi fizikal yang sesuai untuk organisma hidup secara biologi. (b) Spesies merujuk flora dan fauna yang sama jenis dan mempunyai cara pembiakan yang sama. (c) Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama yang hidup dan membiak di kawasan yang sama. (d) Komuniti merujuk beberapa kumpulan populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama dan saling bergantung antara satu sama lain. (e) Koloni merujuk sekumpulan haiwan daripada spesies yang sama yang hidup bersama serta saling bergantung antara satu sama lain.
  • 2. GEOGRAFI STPM SMK PURUN Komponen Ekosistem Fungsi Ekosistem 1. Terdapat dua fungsi ekosistem dalam alam sekitar fizikal, iaitu (a) aliran tenaga (b) kitar nutrien 2. Fungsi ekosistem dalam aliran tenaga dapat dilihat semasa perubahan bentuk tenaga dalam ekosistem yang berpunca daripada matahari. 3. Contohnya, pengeluar, iaitu tumbuhan menggunakan tenaga matahari dalam membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Klorofil daun yang berwarna hijau akan menyerap tenaga matahari dan berubah bentuk kepada tenaga kimia semasa proses fotosintesis. 4. Walau bagaimanapun, keberkesanan aliran tenaga matahari semasa proses fotosintesis bergantung kepada perkara yang berikut: (a) Kualiti matahari semasa memancar ke bumi dalam bentuk gelombang panjang dapat diserap oleh klorofil daun tumbuhan. (b) Intensiti tenaga matahari yang bergantung kepada lokasi dan masa yang berbeza menghasilkan jenis ekosistem tumbuhan semula jadi yang berbeza. (c) Jangka masa penerimaan tenaga matahari yang berbeza antara lokasi di permukaan bumi. Contohnya, Malaysia menerima jangka masa purata enam jam sehari dalam penerimaan tenaga matahari membolehkannya menghasilkan jenis ekosistem hutan hujan tropika yang tebal dan berlapis-lapis serta kaya dengan pelbagai jenis spesies flora dan fauna. 5. Fungsi ekosistem dalam kitar nutrien dapat dijelaskan melalui kitar oksigen 6. Kitar oksigen melalui tumbuhan sebagai perantaranya dalam sesuatu ekosistem dapat dilihat melalui empat proses yang berikut: (a) proses fotosintesis tumbuhan membebaskan oksigen di udara (b) proses respirasi - tumbuhan menggunakan oksigen dalam mengurai glukosa bagi menghasilkan air dan tenaga serta karbon dioksida (c) proses pembakaran - pengambilan oksigen di udara menyebabkan proses pembakaran dalam ekosistem hutan.
  • 3. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (d) proses pereputan - pereputan tumbuhan atau haiwan dalam sesuatu ekosistem oleh kulat dan bakteria menyebabkan pengambilan oksigen di atmosfera bagi menghasilkan nutrien dalam tanah Jenis Ekosistem 1 Ekosistem terdiri daripada dua jenis, iaitu: (a) ekosistem daratan (b) ekosistem akuatik 2 Ekosistem daratan melibatkan ekosistem yang lingkungannya merupakan kawasan permukaan bumi atau daratan di mana berlaku interaksi antara komponen biotik dengan komponen abiotik. Contohnya, ekosistem hutan tanah pamah dan ekosistem hutan tanah tinggi. 3 Ekosistem hutan tanah pamah rneliputi kawasan hutan yang mempunyai ketinggian dari 0 meter paras air laut hingga ketinggian 1 000 meter. 4 Contohnya, hutan hujan tropika yang terdiri daripada kepelbagaian spesies dan dipengaruhi oleh iklim Khatulistiwa dengan purata suhu 27o c dan jumlah hujan sebanyak 2 600 mm setahun. 5 Hutan hujan tropika terdiri daripada empat lapisan utama: (a) lapisan renjong/emergen (b) lapisan kanopi (c) lapisan tengah (d) lantai hutan 6. Ekosistem hutan tanah tinggi merujuk kawasan melebihi 1 200 meter dari aras laut dan mempunyai min suhu yang rendah, iaitu lebih kurang 1 80 C. 7. Ekosistem hutan tanah tinggi terbahagi kepada empat, iaitu (a) hutan montane bawah (a) hutan montane atas (b) tumbuhan hampir alpain (c) tumbuhan alpain 8. Ekosistem daratan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar fizikal: (a) merupakan kawasan tadahan air
  • 4. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (a) menyederhanakan suhu bumi melalui proses sejatpeluhan yang menghasilkan wap air bagi melembapkan udara (b) habitat flora dan fauna (c) menghalang proses hakisan dan pergerakan jisim seperti aliran lumpur dan tanah runtuh 9. Ekosistem daratan juga mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar manusia: (a) menjalankan akitiviti pembalakan - sumber kayu balak (b) menjalankan aktiviti pelancongan ekopelancongan di kawasan tanah tinggi (c) menjalankan aktiviti menjana kuasa hidroelektrik - sumber bekalan tenaga (d) sebagai sumber perubatan - membekalkan herba semula jadi seperti tongkat ali dan halia liar menjalankan aktiviti pertanian - sumber bekalan makanan dan sumber ekonomi penduduk 10. Ekosisem akuatik merupakan ekosistem berair sama ada kekal atau sementara yang menjadi habitat bagi hidupan akuatik. Contohnya, ekosistem paya bakau dan ekosistem tasik. 11 Ekosistem paya bakau merupakan ekosistem yang mempunyai rantaian makanan, melibatkan tumbuhan dan haiwan yang hidup di daratan dan di dalam air yang saling berinteraksi antara satu sama Iain bagi mengimbangi ekosistem tersebut. 12 Contoh tumbuhan dan haiwan di daratan ialah pokok api-api, pokok bakau, beruk, murai bakau dan kelawar. Contoh tumbuhan dan haiwan di kawasan berair ialah tumbuhan air, ikan belacak, teritip dan memerang. 13 Kepentingan ekosistem paya bakau terhadap alam sekitar fizikal: (a) sebagai kawasan storan air (b) sebagai penghalang hakisan ombakdi pantai (c) sebagai habitat semula jadi flora dan fauna (d) menyederhanakan suhu 14 Kepentingan ekosistem paya bakau terhadap alam sekitar manusia: (a) aktiviti industri - industri membuat kayu arang (b) aktiviti pelancongan - ekopelancongan (c) aktiviti perikanan - ternakan ikan dalam sangkar (d) sebagai bahan mentah industri kraftangan - pokok mengkaung dan nipah
  • 5. GEOGRAFI STPM SMK PURUN 15 Ekosistem tasik merujuk ekosistem berair yang terhasil secara semula jadi atau buatan manusia yang mempunyai komponen biotik dan abiotik bagi membentuk rantaian makanan yang tersendiri. 16 Ekosistem tasik terdiri daripada tiga zon yang mempunyai hidupan yang berbeza: (a) Zon limme zon dalam tasik yang menerima cahaya matahari, terdapat banyak pengeluar atau autotrot seperti alga, lumut dan protozoa yang membuat makanannya sendiri. (b) Zon profundal - zon dalam tasik yang tidak menerima matahari, terdapat heterotrof seperti ikan (ikan toman, sebarau dan belada), kura-kura dan ular air. (c) Zon litoral - merupakan bahagian tepi tasik yang berhampiran daratan dan sentiasa berair, terdapat tumbuhan seperti keladi dan lembayung serta di bahagian bawah tumbuhan ini terdapat hidupan seperti kumbang air, berudu dan katak. Konsep Rantaian Makanan dan Siratan Makanan Konsep Rantaian Makanan 1 Rantaian makanan merujuk proses pemindahan tenaga antara pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier melalui hubungan pemakanan bagi menjalankan aktiviti tumbesaran dalam sesuatu ekosistem tertentu. 2 Contohnya, dalam ekosistem padang rumput, rumput bertindak sebagai pengeluar akan dimakan oleh belalang sebagai pengguna primer dan katak bertindak sebagai pengguna sekunder akan memakan belalang. Akhir sekali, katak akan dimakan oleh ular yang berperanan sebagai pengguna tertier. Konsep Siratan Makanan 1 Siratan makanan merupakan gabungan beberapa rantaian makanan untuk menghasilkan satu ekosistem yang lebih rencam dan unik. 2 Contohnya, dalam ekosistem hutan hujan tropika, burung merbok dan tupai boleh berperanan sebagai pengguna primer dan memakan buah-buahan daripada pokok-pokok yang terdapat di dalam hutan tersebut. Malahan burung merbok bukan sahaja dimakan oleh musang yang bertindak sebagai pengguna sekunder, tetapi turut dimakan oleh ular yang terdapat di dalam hutan tersebut. Aliran Tenaga dalam Rantaian Makanan dan Siratan Makanan 1 Punca utama aliran tenaga dalam rantaian makanan dan siratan makanan adalah daripada tenaga matahari. Tumbuhan akan bertindak menyerap tenaga matahari melalui proses fotosintesis semasa membuat makanannya sendiri. 2 Sebenarnya, tumbuhan sebagai pengeluar, terutamanya tumbuhan hijau akan menyerap tenaga matahari semasa proses fotosintesis dengan bantuan klorofil yang terdapat pada kloroplas daun hijau.
  • 6. GEOGRAFI STPM SMK PURUN 3 Proses fotosintesis akan menukarkan tenaga matahari kepada tenaga kimia dalam bentuk karbohidrat (glukosa) dan disimpan dalam tisu daun tumbuhan hijau. 4 Daun tumbuhan tadi akan dimakan oleh pengguan primer, di sini berlaku perpindahan tenaga daripada pengeluar kepada pengguna primer. 5 Pengguna primer akan menyimpan tenaga tadi dalam bentuk karbohidrat di dalam tisu badan mereka untuk tumbesaran dan sebahagiannya akan dilepaskan sebagai tenaga haba melalui proses respirasi, pergerakan dan pembiakan. 6 Proses pemindahan tenaga yang sama juga berlaku daripada pengguna primer kepada pengguna sekunder dan daripada pengguna sekunder kepada pengguna tertier. 7 Pengguna sekunder dan pengguna tertier akan menyimpan sebahagian tenaga dalam bentuk karbohidrat di dalam tisu badan mereka untuk tujuan tumbesaran dan sebahagian lagi dibebaskan dalam bentuk tenaga haba semasa proses respirasi, pergerakan dan pembiakan. Kepentingan Siratan Makanan dan Rantaian Makanan terhadap Alam Sekitar Fizikal 1 Sebagai pengalir tenaga dalam alam sekitar yang ada.Tumbuhan, iaitu pengeluar bertindak sebagai perantaraan untuk menukarkan tenaga matahari kepada bentuk tenaga kimia yang disimpan di dalam tisu badan pengguna untuk tujuan tumbesaran dan membebaskan tenaga haba semasa aktiviti respirasi, pergerakan dan pembiakan. 2 Sebagai pengalir nutrein dalam kitar nutrein. Contohnya, dalam kitar oksigen dan karbon dioksida,tumbuhan menjadi perantaraan dalam proses membebaskan oksigen ke udara dan menyerap karbon dioksida di udara semasa proses fotosintesis tumbuhan. 3 Membantu mewujudkan dan mengekalkan ekosistem yang ada. Siratan makanan dan rantaian makanan merupakan hubungan pemakanan dan membekalkan makanan secara berterusan kepada pengeluar dan pengguna Konsep Aras Trofik dan Piramid Tenaga 1 Aras trofik merupakan gambaran secara berperingkat tentang aliran tenaga dalam sesuatu ekosistem tertentu berdasarkan kedudukannya sebagai pengeluar, pengguna primer, pengguna sekundar dan pengguna tertier. Biasanya semakin tinggi peringkat rantaian piramid tenaga, semakin kurang tenaga yang ada.
  • 7. GEOGRAFI STPM SMK PURUN 2 Piramid tenaga menunjukkan aliran tenaga mengikut aras trofik dalam sesuatu ekosistem. Pemindahan tenaga berlaku apabila berlakunya proses makan dan dimakan yang melibatkan pengeluar kepada pengguna. 3 Apabila haiwan memakan tumbuhan, sebahagian tenaga kimia berpindah ke dalam badan haiwan. Proses ini berterusan apabila terhadap haiwan lain yang memakan haiwan tersebut. Sebilangan tenaga akan hilang melalui proses perkumuhan dan perpeluhan. 4 Hanya 10 peratus tenaga kimia yang dipindahkan bagi setiap aras trofik. 90 peratus lagi hilang semasa proses respirasi, pergerakan, pembiakan dan pembesaran. Persaingan antara Spesies dan Sesama Spesies dalam Ekosistem 1 Persaingan dalam kalangan spesies tumbuhan dan haiwan dalam alam sekitar fizikal merujuk perebutan untuk mendapatkan keperluan asas dalam ekosistemnya seperti air, tanah dan ruang untuk membentuk habitat. 2 Terdapat dua jenis persaingan, iaitu: (a) intraspesies - persaingan antara spesies yang sama (b) interspesies - persaingan antara spesies yang berlainan 3 Persaingan antara spesies yang sama berlaku apabila spesies yang sama bersaing untuk mendapat keperluan asas yang terhad. 4 Contohnya dalam pertumbuhan dan pembiakan pokok setawar. Anak-anak pokok kecil setawar dihasilkan pada hujung daun pokok induk. Anak-anak pokok setawar akan jatuh ke tanah di sekitar pokok induknya dan berlaku persaingan antara pokok induk dengan anak-anak pokok setawar bagi mendapatkan air, mineral, cahaya matahari dan ruang untuk hidup di persekitaran abiotiknya. 5 Persaingan antara spesies yang berlainan berlaku apabila spesies yang berlainan bersaing untuk mendapat keperluan asas yang terhad di persekitaran abiotiknya seperti cahaya matahari, air dan nutrien.
  • 8. GEOGRAFI STPM SMK PURUN 6 Contohnya dapat dilihat dalam hutan hujan tropika, iaitu pokok-pokok pada lapisan emergen (paling atas) bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Lapisan emergen dan lapisan kanopi paling banyak mendapat cahaya matahari. Lapisan tengah dan lantai hutan kurang menerima cahaya matahari. 7 Persaingan antara spesies yang berlainan: Cara persaingan Huraian Contoh Komensalisme Secara menumpang dengan pokok lain, tetapi tidak menjejaskan perumahnya Paku langsuyar dan orkid Parasitisme Mendapat bekalan makanan daripada perumahnya, tetapi menjejaskan perumahnya Rafflesia dan pokok dedalu Simbiosis Spesies yang berlainan hidup bersama dan mendapat keuntungan bersama Buran laut dengan umang-umang Saprofitisme Tumbuhan tidak boleh membuat makanannya sendiri tetapi mendapat makanan daripada tumbuhan yang reput sebagai perumahnya Cendawan dan kulat tetupai Mangsa- pemangsa Satu spesies menjadi makanan kepada spesies yang lain Harimau memakan rusa Kitar Nutrien dalam Ekosistem Kitar Nutrien 1 Kitar nutrien bermaksud aliran unsur-unsur dan elemen-eleman yang merupakan zat makanan secara berterusan daripada komponen biotik kepada komponen abiotik dalam satu ekosistem tertentu bagi mengimbangi kewujudan ekosistem tersebut. 2 Kitar nutrien penting kepada alam sekitar fizikal kerana: (a) Mengekalkan kesuburan pengeluar dalam ekosistem. Contohnya, karbon dioksida dalam kitar karbon membolehkan tumbuhan membuat makanannya sendiri untuk proses pertumbuhannya. (b) Mengekalkan kualiti udara. Contohnya, karbon dioksida diserap oleh tumbuhan. 3 Kitar nutrien melibatkan: (a) kitar oksigen (b) kitar karbon (c) kitar nitrogen Kitar Oksigen 1 Kitar oksigen merupakan proses pengambilan dan pengembalian oksigen secara berterusan di ruang atmosfera. 2 Kitar oksigen melibatkan empat proses, iatu: (a) proses fotosintesis (b) proses respirasi
  • 9. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (c) proses pembakaran (d) proses pereputan 3 Semasa proses fotosintesis, tumbuhan membebaskan oksigen ke ruang atmosfera. 4 Semasa proses respirasi, tumbuhan menyerap atau mengambil oksigen di ruang atmosfera melalui liang stomata tumbuhan, terutamanya di bahagian daun. 5 Semasa proses pembakaran, berlaku pengambilan oksigen di ruang atmosfera bagi bantuan proses tersebut. 6 Semasa proses pereputan, berlaku pengambilan oksigen di udara oleh bakteria dan kulat bagi membantunya menghasilkan nutrien dalam mengekalkan kesuburan tanah. 7 Kitar oksigen dalam ekosistem: Fasa atmosfera Kandungan gas oksigen wujud secara semula jadi dalam atmosfera Fasa biosfera Tumbuhan menghasilkan oksigen melalui proses fotosintesis, manusia dan haiwan menggunakan oksigen untuk proses respirasi Fasa litosfera Oksigen digunakan semasa proses luluhawa kimia, tindak balas kimia menghasilkan oksigen 8 Kepentingan kitar oksigen terhadap alam sekitar manusia: (a) Sistem pernafasan manusia - manusia memerlukan oksigen untuk bernafas dan meneruskan kehidupan seharian (b) Kegunaan harian - oksigen adalah gas yang membantu kebakaran, diperlukan dalam proses atau aktiviti memasak (c) Sumbangan dalam bidang pertaniar dalam penanaman getah dan kelapz sawit, proses luluhawa pengoksidaar yang memerlukan kehadiran oksigen telay menghasilkan tanih laterit yang subu untuk pertumbuhan tanaman tersebut (d) Memperkembangkan industri kosmetil - terapi oksigen mampu menghilangkar kedutan dan jeragat bagi golongan waniti yang mementingkan kecantikan diri
  • 10. GEOGRAFI STPM SMK PURUN Kitar Karbon 1 Kitar karbon merujuk proses pengambilan dar pengembalian karbon yang terdapat di dalan sistem bumi yang melibatkan kitaran di dalan sub sistem bumi seperti litosfera, hidrosfere biosfera dan atmosfera secara berterusan. 2 Kitar karbon melibatkan (a) proses fotosintesis (b) proses respirasi (c) proses pembakaran (d) proses pereputan (e) proses luluhawa kimia 3 Preses pengambilan karbon berlaku dalam dua keadaan yang berikut: (a) Semasa proses fotosintesis, tumbuhan hijau menyerap karbon dioksida di ruang atmosfera. (b) Semasa proses luluhawa kimia, karbon dioksida di udara bercampur dengan air hujan menghasilkan asid karbonik lemah yang akan bertindak balas bagi menghasilkan luluhawa kimia secara pengkarbonan. 4 Proses pengembalian karbon berlaku dalam tiga keadaan yang berikut: (a) Semasa proses respirasi, iaitu semasa bernafas, tumbuhan dan haiwan membebaskan karbon dioksida di ruang atmosfera. (b) Semasa proses pembakaran, karbon dibebaskan semasa berlaku pembakaran bahan api fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli. Malahan, semasa kebakaran hutan juga boleh membebaskan karbon dioksida di udara. (c) Semasa proses pereputan bahan organik, karbon dioksida dibebaskan di udara semasa tisu tumbuhan dan haiwan yang telah mati mereput secara semula jadi. 5 Kitar karbon dalam ekosistem:
  • 11. GEOGRAFI STPM SMK PURUN Fasa atmosfera Karbon dalam bentuk karbon dioksida memasuki atmosfera melalui proses respirasi haiwan dan manusia serta proses pembakaran bahan api fosil, pembakaran hutan dan pereputan bahan organik secara semula jadi. Fasa biosfera Karbon dalam bentuk karbon dioksida digunakan oleh tumbuhan untuk menghasilkan karbohidrat melalui proses fotosintesis. Haiwan memakan tumbuhan. Fasa litosfera Bakteria dan kulat (pengurai) memecahkan karbon yang terdapat dalam badan haiwan dan tumbuhan yang telah mati dan membebaskannya semula ke atmosfera sebagai karbon dioksida. 6 Kepentingan karbon terhadap alam sekitar fizikal: (a) bahan penting dalam proses fotosintesis, karbon dioksida akan diserap oleh daundaun hijau bagi membuat makanannya sendiri (b) salah satu komponen dalam udara dalam bentuk gas boleh ubah 7 Kepentingan karbon terhadap alam sekitar manusia: (a) sebagai bahan bakar dalam industri pengangkutan dan perindustrian serta kegunaan domestik (b) sebagai bahan makanan kepada komponen biotik dalam ekosistem (c) sebagai komponen dalam bahan minuman berkarbonat seperti Coca-Cola dan Pepsi (d) sebagai komponen dalam bahan pemadam api semasa kebakaran 8 Kesan peningkatan atau lebihan karbon di udara: (a) berlaku peningkatan karbon dioksida di udara (b) berlaku peningkatan suhu dan pencairan salji di kutub (c) air laut akan bertambah berasid sehingga hidupan akuatik boleh musnah dan pupus (d) meningkatnya pencemaran udara apabila karbon dioksida dan karbon monoksida meningkat di ruang atmosfera 9 Aktiviti perindustrian, penyahutanan, pengangkutan dan pembakaran terbuka menghasilkan banyak gas karbon dioksida. Kitar Nitrogen 1 Kitar nitrogen merujuk proses pengambilan dan pengembalian nitrogen daripada sumbernya, iaitu atmosfera dan tanah untuk mengekalkan keseimbangan. 2 Cara pengambilan nitrogen daripada tanah: (a) Proses simbiosis. Bakteria pengikat nitrogen pada akar tumbuhan akan menukarkan nitrogen (dalam bentuk ammonia semasa diserap oleh akar tumbuhan) kepada nitrat dalam tanah. (b) Proses larut resap dalam tanah. Ketika hujan, nitrogen di udara akan diserapkan ke dalam tanah.
  • 12. GEOGRAFI STPM SMK PURUN 3 Cara pengembalian nitrogen ke dalam tanah: (a) Penggunaan baja dalam aktiviti pertanian yang mengandungi sebatian nitrogen. (b) Komponen biotik yang reput akan mengembalikan nitrogen ke dalam tanah. 4 Cara pengembalian nitrogen ke ruang atmosfera: (a) Secara semu!a jadi melalui tindakan kilat dan air hujan. (b) Penguraian mikroorganisma. Bakteria, pengurai nitrat dalam tanah akan menukarkannya kembali kepada gas nitrogen yang dibebaskan di udara. 5 Kitar karbon dalam ekosistem: Fasa atmosfera Gas nitrogen yang wujud dalam atmosfera tidak dapat digunakan secara langsung. Gas nitrogen ditukar kepada gas nitrogen dioksida melalui tindakan haba kilat. Fasa biosfera Tumbuhan mendapatkan nitrogen dalam bentuk ammonia dan nitrat melalui akarnya dan menghasilkan protein. Tumbuhan kekacang memperoleh nitrogen melalui bakteria pengikat nitrogen pada akar tumbuhan. Fasa litosfera Air hujan (asid nitrit) meresap ke dalam tanah dan membentuk nitrat. Bakteria nitrosomonas menukar ammonia kepada nitrat. Bakteria nitrobacter menukar nitrit kepada nitrat. Tumbuhan menyerap nitrat dalam tanah untuk membentuk protein yang dimakan oleh hiawan. Proses pereputan mengembalikan nitrogen ke dalam tanah. 6 Kepentingan nitrogen kepada alam sekitar: (a) Sumber protein dalam bentuk asid amino dalam haiwan dan tumbuhan untuk pertumbuhan badan dan membaiki tisu yang rosak.
  • 13. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (b) Diperlukan dalam proses fotosintesis. Nitrogen merupakan juzuk dalam klorofil bagi menghasilkan warna hijau pada daun. (c) Sebagai baja dalam pertanian. Nitrogen menjamin kesuburan tanaman seperti dalam baja organik. Kitar Nutrien dalam Ekosistem Daratan dan Akuatik Kaitan Sistem Ekologi Dengan Manusia Kepentingan Ekosistem Daratan 1 Kepentingan terhadap alam sekitar fizikal (a) Habitat flora dan fauna Hutan merupakan tempat tinggal bagi haiwan dan tumbuhan. Contohnya, dalam hutan hujan tropika terdapat pelbagai spesies haiwan seperti harimau, rusa, pelbagai jenis burung dan pelbagai jenis pokok.
  • 14. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (b) Mengimbangi kandungan udara di ruang atmosfera bumi Tumbuhan menjalankan proses fotosintesis yang menyerap kandungan karbon dioksida dan membebaskan oksigen di udara, kesannya kandungan udara lebih seimbang tanpa adanya lebihan kandungan karbon dioksida. (c) Menyederhanakan suhu setempat dan persekitarannya Tumbuhan menjalankan proses sejatpeluhan dan membebaskan wap air di udara bagi memberi dan mengekalkan kelembapan udara sehingga menyebabkan suhu udara menjadi lebih sederhana. (d) Mengurangkan kejadian tanah runtuh Kehadiran tumbuhan di cerun atau lereng kawasan tanah tinggi dapat menghalang kejadian tanah runtuh. Akar tumbuhan memegang tanah dan kejadian tanah runtuh dapat dielakkan. (e) Mengurangkan hakisan tanah Tumbuhan di ekosistem daratan akan menutupi permukaan bumi atau tanah dan mengurangkan kejadian hakisan aliran air permukaan, galir dan galur. (f) Kawasan tadahan air Kawasan ekosistem daratan, terutamanya kawasan tanah tinggi berhutan tebal merupakan kawasan tadahan air bagi kawasan sekitarnya 2 Kepentingan terhadap alam sekitar manusia. (a) Kawasan pembalakan Ekosistem daratan, terutamanya kawasan hutan hujan tropika merupakan kawasan pembalakan yang membekalkan kayu keras kepada manusia. (b) Membekalkan hasil hutan kepada penduduk Ekosistem daratan juga menghasilkan pelbagai hasil hutan. Antaranya ialah rotan, pokok rumbia petai, tampoi dan salak. (c) Membekalkan sumber perubatan herba kepada manusia Ekosistem daratan terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang boleh dijadikan sebagai sumber perubatan untuk dimanfaatkan kepada kesihatan manusia. Contohnya, tongkat ali, kacip fatimah dan halia hutan.
  • 15. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (d) Lokasi aktiviti memburu Bagi peminat aktiviti memburu, hutan hujan tropika boleh dijadikan lokasi memburu. Terdapat pelbagai jenis haiwan yang boleh diburu untuk dijadikan sumber makanan atau sumber perubatan untuk kehidupan manusia. (e) Lokasi aktiviti ekopelancongan Ekosistem daratan, iaitu hutan hujan tropika boleh dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan. Keunikan hutan hujan tropika telah menarik minat pelancong dalam dan luar negara yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. (f) Petempatan kaum asli Kaum asli, iaitu salah satu suku kaum yang suka dan selesa tinggal di dalam hutan. Hutan menjadi lokasi untuk mendapatkan sumber keperluan untuk hidup seperti sumber makanan dan sumber pendapatan. (g) Kawasan hutan simpan Ekosistem daratan boleh dijadikan sebagai taman negara dan hutan simpan kekal. Hutan simpan dan taman negara boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan kepada penduduk dan negara melalui aktiviti pelancongan. Kepentingan Ekosistem Akuatik 1 Kepentingan kepada alam sekitar fizikal. (a) Habitat flora dan fauna Hutan paya bakau merupakan habitat bagi lebih 60 spesies tumbuh- tumbuhan dan pelbagai jenis haiwan seperti monyet, kera dan burung serta hidupan akuatik seperti ikan, udang, ketam dan siput. (b) Mengawal hakisan pantai Akar pokok bakau yang berbentukjangkang dan ceracak dapat menghalang ombak yang kuat serta melindungi pinggir pantai. (c) Membekalkan oksigen Pokok bakau mengeluarkan gas oksigen ke atmosfera melalui proses fotosintesis serta mengekalkan kelembapan udara di kawasan sekitarnya. (d) Menghalang angin kencang Pokok bakau dapat menghalang tiupan angin kencang yang datang dari laut dengan memperlahankan kelajuan angin. 2 Kepentingan kepada alam sekitar manusia. (a) Aktiviti perikanan Ekosistem akuatik seperti sungai, tasik dan laut merupakan kawasan perikanan yang membekalkan sumber protein dan sumber pendapatan. (b) Hasil marin Ekosistem akuatik seperti laut membekalkan hidupan marin seperti ikan, tiram, rumpai laut dan batu arang untuk dijadikan hasil marin. (c) Sumber perubatan Hidupan akuatik dijadikan sumber membuat ubat-ubatan dan produk kecantikan seperti rumpai laut, gamat dan ikan haruan.
  • 16. GEOGRAFI STPM SMK PURUN (d) Pelancongan dan rekreasi Kawasan laut seperti Pulau Redang dan Pulau Sipadan menjadi tarikan pelancong kerana mempunyai terumbu karang yang menarik. Aktiviti melihat kelip-kelip di hutan paya bakau turut menjadi tarikan pelancong. (e) Akuakultur Kawasan tasik dan sungai dijadikan kawasan ternakan ikan, udang dan tiram dalam sangkar. Contohnya, aktiviti menternak ikan air tawar di Sungai Pahang. (f) Membekalkan hasil hutan Kayu bakau sesuai dijadikan kayu cerucuk dan dijadikan bahan api. Daun nipah dan mengkuang dijadikan anyaman bakul. (g) Tempat penyelidikan Hutan paya bakau dijadikan kawasan penyelidikan untuk biodiversiti dan sumber perubatan. Gangguan Ekosistem 1 Kesan gangguan ekosistem terhadap sistem hidrosfera: (a) Banjir kerana kemusnahan ekosistem hutan yang berperanan sebagai kawasan tadahan gagal berfungsi. Wujud aliran permukaan yang membawa bersamanya mendapan tanih, sungai menjadi cetek dan hujan berlebihan menyebabkan banjir berlaku. (b) Kemarau kerana ketiadaan tumbuhan menyebabkan suhu meningkat. Fungsi tumbuhan sebagai penyederhana suhu gagal akibat proses sejatpeluhan tidak berlaku. 2 Kesan gangguan ekosistem terhadap sistem litosfera: (a) Hakisan meningkat kerana ketiadaan tumbuhan sebagai penutup bumi sehingga mendedahkan permukaan tanih dengan agen hakisan, terutamanya air hujan. (b) Tanah runtuh berlaku. Kemusnahan ekosistem hutan di cerun bukit menyebabkan berlakunya tanah runtuh akibat ketiadaan akar tumbuhan. 3 Kesan gangguan ekosistem terhadap sistem biosfera: (a) kemusnahan flora dan fauna. Kemusnahan ekosistem daratan dan akuatik boleh menyebabkan hidupan di dalamnya musnah dan pupus. Contohnya, kemusnahan ekosistem paya bakau akan menyebabkan tumbuhan bakau seperti pokok api-api dan bakau minyak, dan hidupan akuatik seperti ketam uca, ikan belacak dan anak ikan musnah. 4 Kesan gangguan ekosistem terhadap sistem atmosfera: (a) Peningkatan suhu. Kemusnahan ekosistem daratan boleh menyebabkan suhu meningkat. Ketiadaan pokok menyebabkan sinar matahari terus memancar ke permukaan bumi. Malahan, tumbuhan tidak dapat menyerap C02 di udara dan berlaku lebihan kandungan CO2 yang menyerap tenaga matahari. Semua ini menyebabkan udara kering dan panas seterusnya suhu akan meningkat. (b) Kejadian ribut. Tekanan udara rendah dan peningkatan suhu yang ketara akibat ketiadaan tumbuhan dalam ekosistem daratan menyebabkan udara dari luar masuk dan terbentuk ribut yang boleh memusnahkan ekosistem daratan secara meluas.
  • 17. GEOGRAFI STPM SMK PURUN Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Ekosistem 1 Kegiatan pembalakan (a) Suhu bumi meningkat (b) Kadar pencemaran udara meningkat (c) Kadar pencemaran air meningkat (d) Flora dan fauna musnah (e) Kawasan tadahan air musnah (f) Kadar hakisan tanih meningkat (g) Kadar kejadian tanah runtuh meningkat 2 Kegiatan pertanian (a) Flora dan fauna musnah (b) Kawasan tadahan air musnah (c) Kemiskinan tanih (d) Peningkatan suhu Pencemaran air (e) Pencemaran tanih 3 Kegiatan perindustrian (a) Kejadian jerebu meningkat (b) Kejadian hujan asid yang semakin meningkat (c) Kadar pencemaran air meningkat 4 Kegiatan perikanan (a) A Hidupan akuatik pupus (b) Pencemaran air meningkat 5 Kegiatan penternakan (a) Mengeluarkan bau busuk (b) Pencemaran air meningkat 6 Pembinaan jalan raya (a) Flora dan fauna musnah (b) Kejadian tanah runtuh sering kali berlaku (c) Kejadian banjir meningkat (d) Kadar hakisan meningkat 7 Kegiatan pelancongan (a) Kadar pencemaran air meningkat (b) Suhu setempat meningkat (c) Flora dan fauna meningkat (d) Kadar pencemaran bau meningkat 8 Kegiatan perlombongan (a) Tanah kehilangan sumber mineral (b) Tanih hilang kesuburan (c) Berlaku perubahan pandang darat (d) Tanah menjadi gondol dan tandus Ekosistem Buatan Manusia 1 Ekosistem buatan manusia merujuk ekosistem semula jadi yang telah diubah suai oleh manusia untuk kepentingan sosial dan ekonomi penduduk. 2 Contoh: (a) ekosistem tasik buatan (b) ekosistem kawasan pertanian (c) ekosistem kawasan penghutanan semula
  • 18. GEOGRAFI STPM SMK PURUN Ekosistem Tasik Buatan 1 Ekosistem tasik buatan merupakan ekosistem berair dan dalam yang terbentuk akibat buatan manusia untuk kegiatan ekonomi yang terdiri daripada zon yang menerima matahari (zon limme), zon tidak menerima matahari (zon profundal) dan zon tepi tasik yang berhampiran daratan (zon litoral). 2 Contoh tasik buatan ialah Tasik Kenyir, Tasik Titiwangsa dan Tasik Chenderoh. 3 Ekosistem tasik buatan wujud disebabkan oleh aktiviti pembinaan empangan, aktiviti penternakan dan aktiviti perlombongan. 4 Contoh rantaian makanan dalarn ekosistem tasik buatan: (a) pengeluar — teratai (di permukaan air) dan tumbuhan renek (di tepi tasik) (b) pengguna primer - kala jengking air dan pepijat air (c) pengguna sekunder - ikan sebarau dan jelawat (d) pengguna tertier - biawak dan ular serta pelbagai burung Ekosistem Kawasan Pertanian 1 Ekosistem kawasan pertanian merujuk kawasan atau ruang tanih yang subur, dijalankan usaha menanam pelbagai jenis tanaman untuk tujuan tertentu sehingga hasilnya dijadikan bahan memenuhi keperluan manusia dan mempunyai nilai ekonomi. 2 Contoh ekosistem kawasan pertanian: (a) ekosistem sawah padi (b) ekosistem ladang getah (c) ekosistem ladang kelapa sawit (d) ekosistem kebun sayur 3 Contoh komponen biotik ekosistem sawah padi ialah pokok padi, rumput dan ikan sepat. 4 Contoh komponen abiotik ekosistem sawah padi ialah tanih lempung, oksigen dan air. Ekosistem Kawasan Penghutanan Semula 1. Ekosistem kawasan penghutanan semula merujuk ekosistem hutan semula jadi yang telah ditebang sama ada disebabkan oleh faktor semula jadi atau oleh aktiviti manusia seperti pembalakan dan pertanian, di mana hutan ini kemudiannya ditanam semula
  • 19. GEOGRAFI STPM SMK PURUN dengan pokok Iain yang terpilih, bermutu dan cepat matang berbanding dengan pokok- pokok asal di kawasan tersebut. 2 Contoh kawasan penghutanan semula: (a) kawasan hutan hujan tropika (b) kawasan hutan paya air masin 3 Contoh lokasi kawasan penghutanan semula: (a) hutan paya air masin di Larut Matang, Perak (b) hutan hujan tropika di BukitTinggi, Pahang 4 Kepentingan ekosistem penghutanan semula terhadap sistem fizikal: (a) Sistem atmosfera: Mengimbangi kandungan udara melalui proses fotosintesis yang menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen ke ruang udara. (b) Sistem biosfera: Sebagai habitat flora dan fauna serta dapat mengekalkan spesies pokok hutan. (c) Sistem hidrosfera: Mengimbangi kitar hidrologi. Akar pokok membantu penyerapan air hujan ke dalam tanah, proses sejatpeluhan menghasilkan wap air membantu proses pemeluwapan bagi membentuk awan untuk menurunkan hujan. (d) Sistem litosfera: Mengurangkan kadar hakisan apabila tumbuhan berfungsi menutupi permukaan bumi dan tanah runtuh apabila akar pokok mencengkam dan mengikat tanah supaya tidak longgar. Langkah Pemeliharaan dan ppmuliharaan Ekosistem 1 Langkah pemeliharaan ekosistem daratan: (a) menguat kuasa undang-undang (b) mewartakan hutan simpan dan taman negara (c) mengubal akta seperti Dasar Perhutanan Negara (d) mengawal pembalakan haram (e) mengadakan kempen dan pendidikan alam sekitar (f) melakukan penebangan secara terpilih, iaitu hanya pokok-pokok yang matang ditebang (g) mewujudkan pusat perlindungan hidupan liar 2 Langkah pemuliharaan ekosistem daratan: (a) melaksanakan penghutanan semula (b) projek ladang hutan (c) pembangunan dan penyelidikan