SlideShare a Scribd company logo
GROUP FORUM - GROUP UPSI10(A141PJJ) 
View Message : Current Topic 
Interaksi antara spesies 
Posted By : Nurul Bahiyah binti Abd Wahid (K01760) 
Date posted : 17 Sep 2014 12:29:31 AM 
(20 read/s) 
" Dalam sesuatu komuniti, organisma dari spesies berbeza yang wujud di kawasan yang sama adalah saling 
berinteraksi. Terdapat pelbagai jenis interaksi antara spesies, antaranya adalah komensalisme, mutualisme, 
persaingan, pemangsaan dan parasitisme." 
Pada pendapat anda, bagaimanakah interaksi ini dapat mempengaruhi biodiversiti spesies di sesuatu kawasan. 
Dan bagaimana pula interaksi ini mempengaruhi kepupusan sesuatu spesies? 
Selamat berforum! 
Attachment : No File Attach... 
| Reply to This Message | Print Message | 
Re : Interaksi antara spesies 
17 Sep 2014 09:17:46 
AM 
Posted By : ANITA BINTI ISMAIL 
17 Sep 2014 12:29:31 
AM 
Reply To : Nurul Bahiyah binti Abd Wahid 
Attachment : No File Attach 
Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat yang sangat besar dalam 
kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam 
sekitar kita. Jika kita amati, biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan; 
interaksi spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran; tingkah 
laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian fizikal habitat yang terdiri daripada pelbagai 
biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan mengekalkan 
kekompleksan dalam ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang s akan 
turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia. 
Sebagai contoh, spesies reptilia terutamanya ular mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan 
keseimbangan ekosistem, tetapi bukan sekadar untuk menghuni alam tanpa sebarang sebab. Malah ia 
diperlukan dalam kehidupan manusia terutama dalam bidang pertanian padi yakni berperanan mengawal 
tanaman daripada serangan tikus dan serangan perosak yang lain. Bayangkan jika spesies reptilia ini 
pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada 
serangan perosak
Biodiversiti juga penting dalam pendebungaan dan pengeluaran hasil tanaman. Bagi kebanyakan tumbuh - 
tumbuhan berbunga, pembiakannya bergantung kepada beberapa spesies haiwan seperti lebah, rama-rama, 
kelawar dan sebagainya dalam membantunya membiak melalui pengangkutan debunga. Malah 
lebih daripada satu per tiga hasil tanaman makanan manusia sejagat adalah bergantung kepada 
pendebungaan semula jadi ini. Selain itu, kebanyakan spesies haiwan yang mendiami hutan kita juga 
turut memainkan peranan penting menjalankan fungsi tambahan dalam pembiakan tumbuhan melalui 
penyebaran biji benih. Di sini sangat jelas menggambarkan peri pentingnya peranan spesies fauna dalam 
mengekalkan keseimbangan alam sekitar secara semula jadi. 
Selain bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih, biodiversiti juga memainkan 
peranan penting dalam menstabilkan iklim. Di mana tisu tumbuhan dan bahan organik lain dalam 
lingkungan ekosistem daratan dan laut bertindak sebagai gedung kepada karbon yang membantu 
memperlahankan pembangunan karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara automatik membantu 
menyumbang kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut mempengaruhi keupayaan langsu ng ke atas 
bentuk cuaca persekitaran. Sebagai contoh, lembapan yang dibebaskan ke atmosfera melalui hutan hujan 
menyebabkan hujan ribut malar dan akan mengehadkan kadar kehilangan air daripada sesuatu kawasan 
dan membantu mengawal suhu permukaan. Sementara itu, dalam iklim sejuk ekosistem hutan bertindak 
sebagai penebat dan tampan angin bagi membantu mengurangkan kesan suhu dingin. 
Namun begitu, pada hari ini kepelbagaian kehidupan atau biodiversiti negara berhadapan dengan pelbagai 
krisis yang memberi ancaman besar dan menyumbang kepada kemerosotan dan kehilangannya. Dalam 
keadaan tersebut, terdapat banyak unsur yang menyumbang kepada kemusnahan khazanah yang tidak 
ternilai ini sama ada unsur secara langsung ataupun unsur tidak langsung. Pemusnahan habitat 
umpamanya merupakan unsur utama yang menyumbang kepada kehilangan biodiversiti kita pada hari ini. 
Jika dilihat di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, 
perumahan dan sebagainya. Langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan 
menyebabkan sesetengah daripada spesies mengalami kepupusan. Sebagai contoh, haiwan aras tertinggi 
dalam kitar makanan seperti singa, beruang, harimau, gajah dan sebagainya memerlukan habitat yang 
luas bagi memastikan jumlah spesies terus dapat dikekalkan. Unsur kemusnahan biodiversiti yang 
seterusnya ialah pencerobohan spesies, iaitu pengenalan secara tiba-tiba spesies asing dalam sesuatu 
ekosistem yang boleh mengganggu aliran biasa ekosistem tersebut, yang mana ia sekali gus akan 
memberi kesan buruk kepada spesies asal yang menghuni dalam ekosistem tersebut. Pengenalan spesies 
asing ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada flora dan fauna, bahkan ia juga turut menjejaskan 
kegiatan manusia. Satu contoh jelas yang telah dikenalpasti ialah peristiwa pencerobohan spesies ubur-ubur 
di Lautan Atlantik. Pencerobohan spesies ini telah menyebabkan persaingannya dengan spesies asal 
yang mana kini ia terdiri daripada 95% jumlah biojisim lautan tersebut, dan ia merupakan satu bencana 
yang memberi kesan besar terhadap ekonomi di kawasan tersebut. Sementara itu, pada abad lampau 
didapati 70% spesies ikan air tawar di Amerika Syarikat telah mengalami kepupusan akibat daripada 
pengenalan spesies luar biasa (exotic species). Begitulah besarnya pengaruh dan kesan daripada 
pencerobohan spesies asing ke atas spesies asal di dalam sesuatu ekosistem yang mana, sekiranya terus 
dibiarkan ia akan membawa kepada kepupusan yang lebih besar lagi ke atas spesies -spesies lain. 
| Reply to This Message | Print Message |

More Related Content

Similar to Forum 2

Amali 4 2
Amali 4 2Amali 4 2
Amali 4 2
mamaaini
 
Kesan pencemaran alam sekitar
Kesan pencemaran alam sekitarKesan pencemaran alam sekitar
Kesan pencemaran alam sekitar
Maizana Ji
 
Bahagian a sistem ekologi
Bahagian a   sistem ekologiBahagian a   sistem ekologi
Bahagian a sistem ekologi
Asmawi Abdullah
 
F:\Presentation virus
F:\Presentation virusF:\Presentation virus
F:\Presentation virus
guest81cdfe
 
Isu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran SemasaIsu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran Semasa
emilsonbainsolyosef
 
Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Nabila Halim
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
Open University Malaysia
 
biodiversiti
biodiversitibiodiversiti
biodiversiti
Ainee Razali
 
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
Shafinaz Saad
 
Pencemaran Alam
Pencemaran AlamPencemaran Alam
Pencemaran Alam
AsyraafAmir
 
Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan Fauna
MESHALINEE
 
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di MalaysiaKepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
LogaMuniandy
 
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
欣 银
 
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi Rekka Jayagogolan
 
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab1 Biodiversiti
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab1 Biodiversiti【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab1 Biodiversiti
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab1 Biodiversiti
欣 银
 

Similar to Forum 2 (20)

Amali 4 2
Amali 4 2Amali 4 2
Amali 4 2
 
Kesan pencemaran alam sekitar
Kesan pencemaran alam sekitarKesan pencemaran alam sekitar
Kesan pencemaran alam sekitar
 
Bahagian a sistem ekologi
Bahagian a   sistem ekologiBahagian a   sistem ekologi
Bahagian a sistem ekologi
 
F:\Presentation virus
F:\Presentation virusF:\Presentation virus
F:\Presentation virus
 
Isu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran SemasaIsu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran Semasa
 
Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2Pencemaran alam-sekitar-2
Pencemaran alam-sekitar-2
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 
biodiversiti
biodiversitibiodiversiti
biodiversiti
 
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
 
Pencemaran Alam
Pencemaran AlamPencemaran Alam
Pencemaran Alam
 
Flora dan Fauna
Flora dan FaunaFlora dan Fauna
Flora dan Fauna
 
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di MalaysiaKepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
 
Pencemaran air
Pencemaran airPencemaran air
Pencemaran air
 
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab2 ekosistem
 
Praktikal 4
Praktikal 4Praktikal 4
Praktikal 4
 
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sainsSakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
Sakthi rekka jayagogolan (db100921)kemahiran tumpuan dalam sains
 
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab1 Biodiversiti
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab1 Biodiversiti【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab1 Biodiversiti
【华语翻译】SAINS KSSM Tingkatan 2 Bab1 Biodiversiti
 
Bab 9 T5.pptx
Bab 9 T5.pptxBab 9 T5.pptx
Bab 9 T5.pptx
 
Pencemaran
PencemaranPencemaran
Pencemaran
 
Kerja liely
Kerja lielyKerja liely
Kerja liely
 

Forum 2

  • 1. GROUP FORUM - GROUP UPSI10(A141PJJ) View Message : Current Topic Interaksi antara spesies Posted By : Nurul Bahiyah binti Abd Wahid (K01760) Date posted : 17 Sep 2014 12:29:31 AM (20 read/s) " Dalam sesuatu komuniti, organisma dari spesies berbeza yang wujud di kawasan yang sama adalah saling berinteraksi. Terdapat pelbagai jenis interaksi antara spesies, antaranya adalah komensalisme, mutualisme, persaingan, pemangsaan dan parasitisme." Pada pendapat anda, bagaimanakah interaksi ini dapat mempengaruhi biodiversiti spesies di sesuatu kawasan. Dan bagaimana pula interaksi ini mempengaruhi kepupusan sesuatu spesies? Selamat berforum! Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message | Re : Interaksi antara spesies 17 Sep 2014 09:17:46 AM Posted By : ANITA BINTI ISMAIL 17 Sep 2014 12:29:31 AM Reply To : Nurul Bahiyah binti Abd Wahid Attachment : No File Attach Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat yang sangat besar dalam kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Jika kita amati, biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan; interaksi spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran; tingkah laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian fizikal habitat yang terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan mengekalkan kekompleksan dalam ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang s akan turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia. Sebagai contoh, spesies reptilia terutamanya ular mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, tetapi bukan sekadar untuk menghuni alam tanpa sebarang sebab. Malah ia diperlukan dalam kehidupan manusia terutama dalam bidang pertanian padi yakni berperanan mengawal tanaman daripada serangan tikus dan serangan perosak yang lain. Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada serangan perosak
  • 2. Biodiversiti juga penting dalam pendebungaan dan pengeluaran hasil tanaman. Bagi kebanyakan tumbuh - tumbuhan berbunga, pembiakannya bergantung kepada beberapa spesies haiwan seperti lebah, rama-rama, kelawar dan sebagainya dalam membantunya membiak melalui pengangkutan debunga. Malah lebih daripada satu per tiga hasil tanaman makanan manusia sejagat adalah bergantung kepada pendebungaan semula jadi ini. Selain itu, kebanyakan spesies haiwan yang mendiami hutan kita juga turut memainkan peranan penting menjalankan fungsi tambahan dalam pembiakan tumbuhan melalui penyebaran biji benih. Di sini sangat jelas menggambarkan peri pentingnya peranan spesies fauna dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar secara semula jadi. Selain bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan iklim. Di mana tisu tumbuhan dan bahan organik lain dalam lingkungan ekosistem daratan dan laut bertindak sebagai gedung kepada karbon yang membantu memperlahankan pembangunan karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara automatik membantu menyumbang kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut mempengaruhi keupayaan langsu ng ke atas bentuk cuaca persekitaran. Sebagai contoh, lembapan yang dibebaskan ke atmosfera melalui hutan hujan menyebabkan hujan ribut malar dan akan mengehadkan kadar kehilangan air daripada sesuatu kawasan dan membantu mengawal suhu permukaan. Sementara itu, dalam iklim sejuk ekosistem hutan bertindak sebagai penebat dan tampan angin bagi membantu mengurangkan kesan suhu dingin. Namun begitu, pada hari ini kepelbagaian kehidupan atau biodiversiti negara berhadapan dengan pelbagai krisis yang memberi ancaman besar dan menyumbang kepada kemerosotan dan kehilangannya. Dalam keadaan tersebut, terdapat banyak unsur yang menyumbang kepada kemusnahan khazanah yang tidak ternilai ini sama ada unsur secara langsung ataupun unsur tidak langsung. Pemusnahan habitat umpamanya merupakan unsur utama yang menyumbang kepada kehilangan biodiversiti kita pada hari ini. Jika dilihat di negara kita sendiri habitat hutan telah banyak dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, perumahan dan sebagainya. Langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies mengalami kepupusan. Sebagai contoh, haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa, beruang, harimau, gajah dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies terus dapat dikekalkan. Unsur kemusnahan biodiversiti yang seterusnya ialah pencerobohan spesies, iaitu pengenalan secara tiba-tiba spesies asing dalam sesuatu ekosistem yang boleh mengganggu aliran biasa ekosistem tersebut, yang mana ia sekali gus akan memberi kesan buruk kepada spesies asal yang menghuni dalam ekosistem tersebut. Pengenalan spesies asing ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada flora dan fauna, bahkan ia juga turut menjejaskan kegiatan manusia. Satu contoh jelas yang telah dikenalpasti ialah peristiwa pencerobohan spesies ubur-ubur di Lautan Atlantik. Pencerobohan spesies ini telah menyebabkan persaingannya dengan spesies asal yang mana kini ia terdiri daripada 95% jumlah biojisim lautan tersebut, dan ia merupakan satu bencana yang memberi kesan besar terhadap ekonomi di kawasan tersebut. Sementara itu, pada abad lampau didapati 70% spesies ikan air tawar di Amerika Syarikat telah mengalami kepupusan akibat daripada pengenalan spesies luar biasa (exotic species). Begitulah besarnya pengaruh dan kesan daripada pencerobohan spesies asing ke atas spesies asal di dalam sesuatu ekosistem yang mana, sekiranya terus dibiarkan ia akan membawa kepada kepupusan yang lebih besar lagi ke atas spesies -spesies lain. | Reply to This Message | Print Message |