1. Bunga Tiga Bulan
POKOK Bunga Tiga Bulan ialah
spesies Hydrangea dipercayai
berasal dari Jepun, namun ia
ditanam secara meluas pada
kebanyakan negara di dunia
termasuk yang mempunyai
empat musim.
Ada pelbagai nama bagi pokok ini seperti Bigleaf
Hydrangea, French Hydrangea, Lacecap Hydrangea,
Mophead Hydrangea, Penny Mac dan Hortensia. Di
Malaysia, pokok ini juga dikenali sebagai Pokok Bunga
Siti Zubaidah.
2. Bunga Tiga Bulan
• Dikenali sebagai pokok hiasan taman kerana ada lebih
600 jenis pokok yang mempunyai bunga berbeza
warna, pokok Bunga Tiga Bulan mempunyai batang
yang lembut dan tumbuh tegak serta mencapai
ketinggian satu hingga tiga meter. Namun, ia masih
dikategorikan sebagai tanaman renek pada musim
daun luruh.
• Pokok ini berbunga dalam bentuk jambangan,
manakala daunnya tebal, licin, berwarna hijau dan
berbentuk bujur dengan ukuran panjang 8 hingga 12
sentimeter (sm). Bunganya berkumpul di hujung
batang dan berwarna di antara putih, biru, ungu dan
merah muda bergantung kepada pH tanah.
3. Bunga Tiga Bulan
• Bagi peminat bunga ini mereka sering mengawal
warna bunga dengan menambah kapur atau
aluminium sulfat bagi mengubah tahap keasidan
di sekitar tumbuhan.
• Dalam tanah yang lebih berasid bunganya akan
berwarna biru, manakala tanah beralkali akan
menghasilkan bunga merah muda. Jika bunganya
putih ia tidak bertukar warna.
• Bunga ini juga boleh memiliki warna pelangi
sekiranya bahan kimia seperti Na2CO3 ditambah
dengan berhati-hati di tanahnya.
4. Bunga Tiga Bulan
• Oleh kerana sifat bunganya mudah kering udara
dan boleh bertahan lama, Bunga Tiga Bulan
sering menjadi pilihan untuk jambangan bunga.
• Tumbuhan ini mempunyai lebih 70 hingga 75
spesies dan asalnya dikenali sebagai tumbuhan di
kawasan pedalaman Timur dan Selatan Asia
seperti China, Korea, Jepun, kawasan sekitar
Himalaya dan Indonesia. Ia juga banyak ditemui
di benua Amerika Selatan dan Utara.
5. Bunga Tiga Bulan
• Menariknya, pokok ini mendapat namanya
kerana sifat bunganya yang mampu hidup selama
tiga bulan sebelum gugur. Bagi negara empat
musim, bunga ini akan berkembang pada awal
musim bunga sehingga lewat musim luruh.
• Bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk dan
bunga, selepas saja bunganya gugur ia perlu
dipangkas. Jika tidak dipangkas dikhuatiri
jambangan bunga yang dihasilkan pada musim ia
berbunga akan menjadi lebih kecil.
6. Bunga Tiga Bulan
• Bunga ini mengandungi racun dalam kadar
sederhana tetapi jika dimakan pada kadar
yang banyak boleh membawa maut.
Dipercayai masyarakat orang Asli
menggunakan akar pokok ini sebagai salah
satu ubat perancang keluarga.
7. Bunga Tiga Bulan
• Di Korea, Hydrangea serrata digunakan membuat teh herba
dikenali sebagai sugukcha atau ilsulcha, manakala
Hydrangea paniculata digunakan sebagai bahan yang
memabukkan dan ada yang menggunakan pohon ini
sebagai racun yang boleh menyebabkan kematian.
• Tumbuhan ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut,
muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan dan koma.
Tumbuhan ini juga boleh menyebabkan keradangan pada
kulit.
• Di Jepun, kelopak bunga dijadikan campuran untuk teh
Hydrangea, yang dikenali dengan ama-cha. Minuman ini
bagaimanapun tidak memabukkan.
8. Bunga Tiga Bulan
• Jika berminat menanam pokok ini, pastikan tanahnya
gembur, sedikit lembap dan mempunyai sistem pengairan
yang baik. Pokok ini memerlukan cahaya matahari yang
sederhana dan kadar air untuk penyiraman juga sederhana.
• Pokok ini dikategorikan sebagai tahan lasak, manakala cara
pembiakan secara keratan. Kebiasaannya, pokok ini jarang
dijangkiti penyakit atau kena serangan serangga.
• Bagi Bigleaf hydrangea serangga seperti kulapuk putih
sering menyerang, manakala Oakleaf Hydrangeas pula
sering mengalami masalah serangan penyakit pada akarnya
jadi pokok ini perlu bebas kelembapan melampau
9. Bunga Tiga Bulan
INFO: Memangkas Pokok Bunga Tiga Bulan
• · Memangkas pokok secara berkala akan menggalakkan lagi
pertumbuhan daun dan bunga pokok.
• · Buang satu atau tiga batang besar pokok akan menyegar
dan menyihatkan pokok. Bagi negara empat musim,
pemangkasan seeloknya di lakukan pada musim sejuk
kerana kebanyakan daunnya gugur.
• · Pemangkasan bukan hanya mengawal ketinggian pokok
tetapi termasuk kerja membuang daun layu dan kesan
jambangan bunga yang gugur.
• · Pemangkasan bergantung kepada spesies pokok.
Dapatkan maklumat daripada pakar atau nurseri
mengenainya.
10. Antara Hydrangea yang popular
ditanam termasuk:
1. ‘Beaute Vendomoise’ (gergasi lacecap)
2. ‘Big Smile’ – hibrid macrophylla x serrata (lacecap)
3. ‘Blue Bonnet’
4. ‘Blue Wave’
5. ‘Bluebird’
6. ‘Endless Summer’
7. ‘Forever Pink’
8. ‘Lilicana’
9. ‘Nikko Blue’ (l)
10. ‘Pia’ (kerdil)
11. ‘Red Star’ (biru atau merah gelap bergantung pada pH)
12. ‘Sister Theresa’
13. ‘Taube’ ( hasil kacukan Swiss yang bernilai tinggi)
14. ‘Veitchii’