SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Perkara 8(5)(f)
Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu Diraja dengan pengecualian
orang bukan Melayu seperti dalam Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebahagian daripada
kedudukan istimewa orang Melayu.
Perkara 89 Tanah Rezab orang Melayu
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang
memberikan kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada yang
melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.
Perkara 89 – tanah simpanan orang Melayu
Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi tanah rezab orang melayu sebelum sahaja
hari merdeka mengikut undang-un dang yang ada maka tanah itu boleh terus menerus menjadi
tanah rezab orang melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya di peruntukkan oleh
badan perundangan negeri itu dengan suatu Enakmen;-
(a) yang diluluskan oleh sebilangan besar daripada bilangan semua ahli dewan negeri itu dan
dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi :dan
(b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti
jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga
daripada ahli-ahli yang mengundi.
(1A) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (1) yang membuat peruntukan bagi
pelucuthakan atau pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri, atau bagi pelucutan,
pemunyaan mana-mana tanah simpanan Melayu, atau apa-apa hak atau kepentingan
mengenainya, disebabkan mana-mana orang, atau mana-mana perbadanan, syarikat atau badan
lain (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan) yang memegangnya tidak lagi layak
atau berwibawa di bawah undang-undang yang berkaitan yang berhubungan dengan tanah
simpanan Melayu untuk memegangnya, tidaklah menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan
dengan Perkara 13.
(2)Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu
mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh
diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu:
Dengan syarat bahawa--
(a) jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu di
bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah
yang sama dengan luas tanah itu di dalam Negeri itu yang belum dibangunkan atau dicucuk
tanam hendaklah diadakan bagi pemberian hakmilik umum; dan
(b) jumlah keluasan tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini diisytiharkan sebagai tanah
simpanan Melayu di bawah Fasal ini tidak boleh pada bila-bila masa melebihi jumlah keluasan
tanah di Negeri itu yang telah diadakan bagi pemberian hakmilik umum menurut perenggan (a)
(3) Tertakluk kepada Fasal (4), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-undang
yang sedia ada, mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu--
(a) mana-mana tanah yang diambil oleh Kerajaan itu melalui perjanjian bagi maksud itu;
(b) mana-mana tanah lain, apabila permohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan dengan
persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan mengenainya, dan hendaklah,
mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta mengisytiharkan sebagai tanah
simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana tanah terhenti menjadi tanah simpanan Melayu,
mana-mana tanah lain yang sama jenisnya dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi
keluasan tanah itu.
(c)-(Dimansuhkan)
(4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh membenarkan diisytiharkan sebagai tanah
simpanan Melayu mana-mana tanah yang pada masa perisytiharan itu dipunyai atau diduduki
oleh seseorang yang bukan seorang Melayu atau yang mengenainya atau ke atasnya orang itu
ketika itu mempunyai apa-apa hak atau kepentingan.
(5) Tanpa menjejaskan Fasal (3), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang- undang,
mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu atau kaum lain, dan mewujudkan amanah
bagi maksud itu.

More Related Content

What's hot

LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang IslamLAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang IslamAmirulAfiq30
 
LAND LAW - Pengambilan Tanah
LAND LAW - Pengambilan TanahLAND LAW - Pengambilan Tanah
LAND LAW - Pengambilan TanahAmirulAfiq30
 
Pk lecture slides
Pk lecture slidesPk lecture slides
Pk lecture slidesMuhd Naufal
 
Konsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasaKonsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasapeningla
 
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat surrenderyourthrone
 
3. lect 24sept 2013 r
3. lect  24sept 2013 r3. lect  24sept 2013 r
3. lect 24sept 2013 rMohd Arif
 
11 04 17_slide minggu 9- syi34102
11 04 17_slide minggu 9- syi3410211 04 17_slide minggu 9- syi34102
11 04 17_slide minggu 9- syi34102abuhannan78
 
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi341027. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102abuhannan78
 
Akta 747 sosma bm
Akta 747 sosma bmAkta 747 sosma bm
Akta 747 sosma bmAkim Luffy
 
Taklimat r trg draf 4 tkini
Taklimat r trg draf 4 tkiniTaklimat r trg draf 4 tkini
Taklimat r trg draf 4 tkinicukasuam
 

What's hot (11)

LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang IslamLAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
 
LAND LAW - Pengambilan Tanah
LAND LAW - Pengambilan TanahLAND LAW - Pengambilan Tanah
LAND LAW - Pengambilan Tanah
 
Pk lecture slides
Pk lecture slidesPk lecture slides
Pk lecture slides
 
Konsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasaKonsep darurat dan subversif kuasa
Konsep darurat dan subversif kuasa
 
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
 
3. lect 24sept 2013 r
3. lect  24sept 2013 r3. lect  24sept 2013 r
3. lect 24sept 2013 r
 
11 04 17_slide minggu 9- syi34102
11 04 17_slide minggu 9- syi3410211 04 17_slide minggu 9- syi34102
11 04 17_slide minggu 9- syi34102
 
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi341027. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
7. 01 04 17_slide minggu 7- syi34102
 
Akta 747 sosma bm
Akta 747 sosma bmAkta 747 sosma bm
Akta 747 sosma bm
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Taklimat r trg draf 4 tkini
Taklimat r trg draf 4 tkiniTaklimat r trg draf 4 tkini
Taklimat r trg draf 4 tkini
 

Assignment%20k%26k

  • 1. Perkara 8(5)(f) Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu Diraja dengan pengecualian orang bukan Melayu seperti dalam Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Perkara 89 Tanah Rezab orang Melayu Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberikan kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Perkara 89 – tanah simpanan orang Melayu Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi tanah rezab orang melayu sebelum sahaja hari merdeka mengikut undang-un dang yang ada maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rezab orang melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya di peruntukkan oleh badan perundangan negeri itu dengan suatu Enakmen;- (a) yang diluluskan oleh sebilangan besar daripada bilangan semua ahli dewan negeri itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi :dan (b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiap Majlis Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi. (1A) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (1) yang membuat peruntukan bagi pelucuthakan atau pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri, atau bagi pelucutan, pemunyaan mana-mana tanah simpanan Melayu, atau apa-apa hak atau kepentingan mengenainya, disebabkan mana-mana orang, atau mana-mana perbadanan, syarikat atau badan lain (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan) yang memegangnya tidak lagi layak atau berwibawa di bawah undang-undang yang berkaitan yang berhubungan dengan tanah
  • 2. simpanan Melayu untuk memegangnya, tidaklah menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan Perkara 13. (2)Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu: Dengan syarat bahawa-- (a) jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini, suatu keluasan tanah yang sama dengan luas tanah itu di dalam Negeri itu yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan bagi pemberian hakmilik umum; dan (b) jumlah keluasan tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu di bawah Fasal ini tidak boleh pada bila-bila masa melebihi jumlah keluasan tanah di Negeri itu yang telah diadakan bagi pemberian hakmilik umum menurut perenggan (a) (3) Tertakluk kepada Fasal (4), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang-undang yang sedia ada, mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu-- (a) mana-mana tanah yang diambil oleh Kerajaan itu melalui perjanjian bagi maksud itu; (b) mana-mana tanah lain, apabila permohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan dengan persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan mengenainya, dan hendaklah, mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana tanah terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, mana-mana tanah lain yang sama jenisnya dengan tanah itu dan yang luasnya tidak melebihi keluasan tanah itu. (c)-(Dimansuhkan) (4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh membenarkan diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu mana-mana tanah yang pada masa perisytiharan itu dipunyai atau diduduki oleh seseorang yang bukan seorang Melayu atau yang mengenainya atau ke atasnya orang itu ketika itu mempunyai apa-apa hak atau kepentingan.
  • 3. (5) Tanpa menjejaskan Fasal (3), Kerajaan mana-mana Negeri boleh, mengikut undang- undang, mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu atau kaum lain, dan mewujudkan amanah bagi maksud itu.