SlideShare a Scribd company logo
1 of 1
Kata-kata aluan YDP PIBG di Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi
kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-15 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak
sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong
segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar.
Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea
untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2008/2009
telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Didalam segala tindakan
kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini
khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu
program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-
anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini
dimana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada
sekolah. Pada sesi 2008 / 2009 ini, PIBG telah meneruskan kesinambungan aktiviti untuk
kecemerlangan pelajar seperti mengadakan beberapa siri kelas tambahan bagi kelas-kelas
peperiksaan yang diberi nama `Perkampungan Ilmu’ pada cuti semester yang lalu. Selain itu,
PIBG juga membantu memberi sumbangan kepada pakar motivasi yang telah memberi
ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar kelas peperiksaan. Bagi melancarkan program
pelajar pendidikan khas pula, PIBG turut sama menyumbang untuk majlis pelancaran pusat
aktiviti pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang kini dikenali dengan nama
Dewan Burhanuddin. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu
bapa yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi
sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan
pendidikan anak-anak kita. Menyentuh tentang sumbangan tidak kira dari segi kewangan dan
kepakaran saya ingin menyampaikan usul dan harapan PIBG untuk merealisasikan projek
untuk membina satu dewan terbuka serbaguna yang berbumbung untuk kemudahan anak-
anak kita dan juga pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti. Saya percaya usul ini akan
diterima bagi membolehkan PIBG mengerakkan jentera mengumpul dana dan keperluan-
keperluan laini seperti keperluan teknikal umpamanya. Saya percaya ramai dikalangan
ibubapa yang sudi menyumbang. Dikalangan ibubapa berkerjaya professional bolehlah
menyumbang kepakaran disini, jadi PIBG amat perlu sokongan terutama dari Arkitek,
Jurutera Struktur dan Awam ataupun yang berkemahiran dikalangan ibubapa yang ada disini
untuk idea dan sumbangan kepakaran. Ibubapa yang bertugas di Majlis Perbandaran Kajang
umpamanya boleh membantu dari segi khidmat pengurusan dokumentasi dan sebagainya. Di
samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan
kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-
mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan
cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Jalan Reko. Saya berharap agar Ahli
Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih
gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Jalan Reko. Sekian, terima kasih.

More Related Content

What's hot

Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranTeks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Nor Azlina
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Azmi Bokhari
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Maimunah Sibli
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Norhayati Ismail
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
suria yahaya
 
Surat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramahSurat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramah
Azian Sabli
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
UstZulZul
 

What's hot (20)

Teks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquranTeks pengacaraan majlis khatam alquran
Teks pengacaraan majlis khatam alquran
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
 
Teks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendahTeks pidato sekolah rendah
Teks pidato sekolah rendah
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
Teks ucapan perhimpunan
Teks ucapan perhimpunanTeks ucapan perhimpunan
Teks ucapan perhimpunan
 
Surat sumbangan sukan
Surat sumbangan sukanSurat sumbangan sukan
Surat sumbangan sukan
 
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASITEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptx
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobokTeks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
 
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggerisPengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
 
Teks MC Malam Kebudayaan UB IPG
Teks MC Malam Kebudayaan UB IPGTeks MC Malam Kebudayaan UB IPG
Teks MC Malam Kebudayaan UB IPG
 
KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN
KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAANKERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN
KERTAS KERJA BULAN KEMERDEKAAN
 
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
 
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
66361916 contoh-surat-mohon-sumbangan
 
Surat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramahSurat jemputan ceramah
Surat jemputan ceramah
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 

Similar to Kata ucapan ydp pibg

Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
smktsj2
 

Similar to Kata ucapan ydp pibg (20)

Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
 
contoh proposal meubiler
contoh proposal meubilercontoh proposal meubiler
contoh proposal meubiler
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
 
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpmTeks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
Teks ucapan perutusan tahun 2014 kpm
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
 
Contoh rkas
Contoh rkasContoh rkas
Contoh rkas
 
Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.
 
Januari 2015
Januari 2015Januari 2015
Januari 2015
 
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkangTeks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair SekolahContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah
 
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah DasarContoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
Contoh Proposal Pengajuan Meubelair Sekolah Dasar
 
Contoh proposal pkbm masri winoto
Contoh proposal pkbm   masri winotoContoh proposal pkbm   masri winoto
Contoh proposal pkbm masri winoto
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
Contoh proposal magang 1.docx
Contoh proposal magang 1.docxContoh proposal magang 1.docx
Contoh proposal magang 1.docx
 
Kebijakan Kemendikbud: Merdeka Belajar
Kebijakan Kemendikbud: Merdeka BelajarKebijakan Kemendikbud: Merdeka Belajar
Kebijakan Kemendikbud: Merdeka Belajar
 
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah DasarContoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
Contoh Proposal Mebeler Sekolah Dasar
 
Kemitraan
KemitraanKemitraan
Kemitraan
 
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair SekolahContoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
Contoh Proposal Bantuan Meubelair Sekolah
 
Buku DT-3 Membangun Entrepreneur melalui KUS
Buku DT-3  Membangun Entrepreneur melalui KUSBuku DT-3  Membangun Entrepreneur melalui KUS
Buku DT-3 Membangun Entrepreneur melalui KUS
 

Kata ucapan ydp pibg

  • 1. Kata-kata aluan YDP PIBG di Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-15 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini. Kami AJK PIBG sesi 2008/2009 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik. Didalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak- anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini dimana terdapat di dalamnya mengenai aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada sekolah. Pada sesi 2008 / 2009 ini, PIBG telah meneruskan kesinambungan aktiviti untuk kecemerlangan pelajar seperti mengadakan beberapa siri kelas tambahan bagi kelas-kelas peperiksaan yang diberi nama `Perkampungan Ilmu’ pada cuti semester yang lalu. Selain itu, PIBG juga membantu memberi sumbangan kepada pakar motivasi yang telah memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar kelas peperiksaan. Bagi melancarkan program pelajar pendidikan khas pula, PIBG turut sama menyumbang untuk majlis pelancaran pusat aktiviti pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang kini dikenali dengan nama Dewan Burhanuddin. Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Menyentuh tentang sumbangan tidak kira dari segi kewangan dan kepakaran saya ingin menyampaikan usul dan harapan PIBG untuk merealisasikan projek untuk membina satu dewan terbuka serbaguna yang berbumbung untuk kemudahan anak- anak kita dan juga pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti. Saya percaya usul ini akan diterima bagi membolehkan PIBG mengerakkan jentera mengumpul dana dan keperluan- keperluan laini seperti keperluan teknikal umpamanya. Saya percaya ramai dikalangan ibubapa yang sudi menyumbang. Dikalangan ibubapa berkerjaya professional bolehlah menyumbang kepakaran disini, jadi PIBG amat perlu sokongan terutama dari Arkitek, Jurutera Struktur dan Awam ataupun yang berkemahiran dikalangan ibubapa yang ada disini untuk idea dan sumbangan kepakaran. Ibubapa yang bertugas di Majlis Perbandaran Kajang umpamanya boleh membantu dari segi khidmat pengurusan dokumentasi dan sebagainya. Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah- mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SMK Jalan Reko. Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Jalan Reko. Sekian, terima kasih.