2. AL-KAHFI (10)
“(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan
belia pergi berlindung ke sebuah gua, lalu
mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami!,
kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu
berilah kemudahan-kemudahan serta
pimpinan kepada kami untuk keselamatan
agama kami”.
3. Marilah Kita:
Tingkatkan ketaqwaan kepada Allah
Melaksanakan segala perintah-Nya
Mudah-mudahan kita memperolehi
keberkatan dan keredhaan serta
perlindungan Allah
4. Belia adalah aset atau harta yang amat
berharga. Merekalah tonggak kekuatan
negara serta pewaris. Kementerian Belia
Dan Sukan telah menetapkan bahawa
belia adalah merujuk kepada mereka yang
berumur di antara 15 hingga 30 tahun.
Belia-belia Islam semestinya dididik
menjadi Generasi Belia Ulul-Albab iaitu
belia yang BERTAQWA, MEMILIKI AKAL
FIKIRAN SEMPURNA, BERILMU,
KREATIF, BEBAS DARI PENGARUH
MAKSIAT serta menjadi PEMANGKIN
UNTUK ORANG LAIN.
5. HADIS RIWAYAT AL-HAKIM DAN
IBN ABI SYAIBAH
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya
lima perkara, masa hidupmu sebelum
datangnya masa matimu, masa lapangmu
sebelum datangnya masa sibukmu, masa
kayamu sebelum datangnya masa
miskinmu, masa mudamu sebelum
datangnya masa tuamu dan masa sihatmu
sebelum datangnya masa sakitmu”
6. Apakah generasi belia hari ini sedang
dibawa ke arah yang sama ?
Tidakkah kita hari ini memberikan
kebebasan yang keterlaluan kepada
mereka
Terlalu banyak ruang maksiat dan
kemungkaran
Seluruh kehidupan mereka dipasakkan
dengan aktiviti hiburan
7. AL-KAHFI (13-14)
“Kami ceritakan kepadamu hal mereka
dengan benar; sesungguhnya mereka itu
pemuda yang beriman kepada Tuhan
mereka, dan Kami tambahi mereka dengan
hidayah petunjuk dan Kami kuatkan hati
mereka semasa mereka bangun lalu
berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang
menciptakan dan mentadbirkan langit dan
bumi; Kami tidak akan menyembah Tuhan
yang lain selain-Nya; jika tidak, maka tidak
bermakna kami memperkatakan sesuatu
yang jauh dari kebenaran”.
8. Sesungguhnya Islam mahukan setiap
umatnya menjadi sebaik-baik manusia
dengan menyebarkan kebaikan kepada
lain. Islam tidak menerima orang yang
mementingkan diri sendiri.
“Sebaik-baik manusia ialah orang-orang
yang lebih bermanfaat kepada orang lain”.
Hadith Hasan dalam al-Jami’ al-Shagir
9. “Terdapat 7 golongan manusia yang
dilindungi oleh Allah pada hari yang tiada
perlindungan kecuali perlindungan Allah:
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang hidup sentiasa beribadat
kepada Allah
3. Orang yang mengingati Allah ketika
bersendirian lalu menitis air matanya
4. Orang yang hatinya bergantung kepada
masjid
5. Orang yang saling berkasih sayang
kerana Allah semata-mata
10. 6. Lelaki yang digoda oleh perempuan yang
cantik tetapi mengatakan aku takut
kepada Allah.
7. Orang yang bersedekah dan
menyembunyikannya sehingga tangan
kirinya tidak tahu apa yang bibuat oleh
tangan kanannya.
11. SURAH AL-KAHFI ( 13)
“Sesungguhnya mereka ialah pemuda
beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan
Kami tambah kepada mereka petunjuk.”
12. Terdapat beberapa fakta yang boleh kita
hayati dari khutbah pertama tadi:
1. Belia islam mestilah dididik menjadi
Generasi Belia Ulul-Albab yang bertaqwa,
memiliki akal fikiran sempurna, berilmu,
kreatif, bebas dari pengaruh maksiat serta
menjadi pemangkin.
2. Kehebatan generasi belia Ulul Albab
terbukti melalui sejarah yang merakamkan
mengenai kegigihan tentera Islam
13. 3. Rasulullah selain menjadi pemimpin
Negara, turut memainkan peranan
sebagai pendakwah yang membingbing
belia agar sentiasa ta’at beribadah
4. Setiap umat Islam mempunyai
tanggungjawab membawa kebaikan
kepada manusia.