1. REFLEKSI
( MOHD ALI BIN HUSSIN)
Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan .Individu sentiasa membina
pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan , pengalaman sedia ada
kepada pengetahuan dan pengalaman baru.
Model konstruktivisme mempunyai kekuatan tersendiri kerana menekankan
pembelajaran berpusatkan pelajar di mana pembelajaran berlaku melalui aplikasi
pengetahuan oleh murid sendiri.Pembelajaran berlaku apabila murid berintraksi
dengan orang lain.Selain itu model ini juga memberi pengetahuan bahawa
pembelajaran berlaku apabila ada intraksi sosial antara murid manakala guru adalah
sebagai fasilitator. Pembelajaran adalah menyeronokan dan tidak membosankan
kerana pembelajaran adalah berdasarkan pembelajaran sendiri oleh murid, guru
hanya mengawal dan sebagai fasilitator. Pembelajaran bermula dengan premis atau
pengetahuan sedia ada sehingga tercapai pemahaman baru. Pelajar sendiri
membina pengetahuan yang bermakna kepada mereka. Pembelajaran baharu
bergantung kepada pemahaman atau pengetahuan sedia ada murid.
Selain itu saya dapati model ini juga mempunyai kelemahan. Kelemahan
yang paling ketara ialah tentang pengawalan disiplin murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran , jika guru tidak dapat mengawal disiplin murid
pengajaran dan pembelajaran mukin tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.
Keadaan kelas menjadi bising dan tidak terkawal . Selain itu perbezaan pengalaman
dan pengetahuan sedia ada murid akan menyebabkan penerimaan pembelajaran
adalah tidak sama murid yang lambat akan merasakan diri mereka ketinggalan dan
rendah diri. Keadaan ini boleh menyebabkan murid tersebut engan mengambil
bahagian terutama dalam perbincangan dan persembahan.
Sebelum melakukan model ini guru perlu mengetahui implikasi teori
kontruktivisme kepada pengajaran dan selepas mengetahui guru dapat merancang
pengajaran lebih berkesan. Antara implikasinya sebagai guru kita hendaklah
mengetahui kemahiran sedia ada murid dan pengalaman sebelum merancang
aktiviti pengajaran. Para pelajar yang lebih berkemahiran boleh dipilih untuk
2. mengajar pelajar yang kurang menguasai.Guru pula perlulah menyediakan banyak
contoh dan bahan sumber yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan
membina pemahaman baru. Sebagai seorang guru kita hendaklah memberi
penerangan dengan jelas selaras dengan pemikiran murid dan laras bahasa
mereka. Ini adalah penting samaada pembelajaran dan pengajaran itu akan berjaya
atau sebaliknya.
Untuk penambahbaikan kita sebagai guru perlulah merancang pengajaran
dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira keupayaan pelajar supaya
kelas berjalan lancar dan tidak ada murid yang ketinggalan. Gerak kerja kumpulan
mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan semua murid agar pengajaran tidak
membosankan.
Pengetahuan yang diperolehi ini semestinya dapat membantu saya memilih
dan merancang model yang paling sesuai apabila merancang sesuatu pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.