1. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KSSM SPM (2216/2)
PENGHASILAN
KARYA PANTUN
ADAPTASI
DARIPADA DRAMA
ANNA
DIPERSEMBAHKAN OLEH :
PN. MAIZURA BINTI MUHAMMAD
GURU KESUSASTERAAN MELAYU
KOMUNIKATIF
SMK BACHOK, 16300 BACHOK, KELANTAN
2. STANDARD KANDUNGAN &
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Menghasilkan karya
3.1.1 Menghasilkan sekurang-kurangnya satu karya adaptasi
atau karya yang diolah yang menepati ciri-ciri penulisan
3.2 Mempersembahkan karya
3.2.1 Mempersembahkan karya adaptasi atau karya yang diolah
dalam pelbagai bentuk atau media
3. SELOKA ADAPTASI DARIPADA DRAMA ANNA
RANGKAP 1
Bergegas lari ke lapangan terbang
Sedih di hati bukan kepalang
Ke bumi London Anna kan pulang
Pulang ke pangkuan daddy tersayang
RANGKAP 3
Zaki dianggap melebihkan bonda
Adat ketimuran dipandang salah
Zaki mengenang pengorbanan jasa
Cintakan isteri takkan goyah
RANGKAP 2
4 tahun bagai terpenjara
Tangisan Tina bukan halangan
Tidak dihirau rayuan mertua
Kembalilah anak berkasih sayang
RANGKAP 4
Bonda nan uzur dicemburu
Nasihat Dr. Chan tidak diendah
Anna bertindak terburu-buru
Pergi jua walau ditegah
4. Drama Anna membawa pemikiran tentang pergolakan rumah tangga
yang berlaku dalam kehidupan sepasang suami isteri yang berasal dari
negara, bangsa dan latar belakang keluarga yang berbeza. Watak suami,
iaitu Zaki berketurunan Melayu, manakala isterinya, Anna peranakan
Inggeris dan Melayu. Pergolakan ini berlaku kerana Anna kurang
mendapat perhatian dan kasih sayang daripada suaminya Zaki dan
menganggap Zaki terlebih sayang kepada ibunya Mak Munah. Konflik
timbul apabila Anna terasa dirinya diabaikan dan cinta mereka semakin
pudar. Anna bertindak dengan mengambil keputusan pulang
kepada daddy di London.
Karya ini telah diolah dengan menepati ciri-ciri penulisan dan
dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif secara tekal, terperinci dan
menjadi teladan kepada penonton.
Sekian, terima kasih