Ringkasan dokumen tersebut adalah:
1) Dokumen tersebut memberikan panduan cara menjawab soalan esei pendek secara sistematis dan logis.
2) Terdapat 10 langkah yang perlu diikuti untuk menjawab soalan esei secara efektif termasuk membaca, menganalisis, merangka dan menulis jawapan.
3) Langkah-langkah tersebut dijelaskan dengan contoh soalan dan jawapan esei pendek tentang kesan kelalaian ter
SOSIALISASI RETRIBUSI PELAYANAN PERSAMPAHAN DI KOTA MAKASSAR.pptx
5_6134176582543081512.pdf
1. TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI PENDEK
PEMIKIRAN KRITIS DAN ANALITIS
OLEH : ZULKARNAIN FARIHIN ABDULLAH
PERINGATAN
. Esei pendek ini tiada pendahuluan dan tiada penutup
1. MEMBACA SOALAN
SOALAN STPM 2016/2017
25. … kesan kelalaian terhadap penjagaan persekitaran. (Baris 38)
Jelaskan kesan yang dimaksudkan di atas. Panjang jawapan anda
hendaklah tidak melebihi 150 patah perkataan
2. MENGANALISIS SOALAN
Tema Penjagaan persekitaran
Isu / skop Kelalaian terhadap penjagaan persekitaran
Tugasan Kesan yang dihadapi jika kita lalai terhadap penjagaan
persekitaran.
3. MENYENARAIKAN ISI
Isi pertama Penyakit berjangkit mudah merebak
Isi kedua Pencemaran alam sekitar
Isi ketiga Kepupusan flora dan fauna / kemusnahan ekologi
2. 4. MERANGKA ISI 1
ISI Penyakit berjangkit mudah merebak
HURAIAN ISI Haiwan-haiwan pembawa penyakit mudah membiak
CONTOH Lalat, lipas, nyamuk Ades dan tikus
HURAIAN CONTOH Nyamuk Ades mengakibatkan penyakit demam denggi
Tikus mengakibatkan penyakit kencing tikus
5. MENULIS ISI 1
Pada pandangan saya, kesan kelalaian terhadap penjagaan persekitaran
ialah penyakit berjangkit mudah merebak. Haiwan-haiwan pembawa penyakit mudah
membiak di kawasan yang kotor. Sebagai contohnya, lalat, lipas, dan tikus
sentiasa menjadikan tempat longgokan sampah sebagai tempat pembiakan. Nyamuk
Ades mudah membiak di Kawasan air bertakung. Nyamuk Ades akan mengakibatkan
penyakit demam denggi manakala tikus akan mengakibatkan penyakit kencing
tikus.
58 patah perkataan
6. MERANGKA ISI 2
ISI Pencemaran alam sekitar
HURAIAN ISI Merangkumi pencemaran air, udara, dan darat
CONTOH Sungai dipenuhi sampah dan udara berjerebu
HURAIAN CONTOH Suhu setempat menjadi tidak stabil, hidupan sungai
diancam pencemaran – tidak selamat untuk manusia.
7. MENULIS ISI 2
Kelalaian kita menjaga persekitaran akan mengakibatkan pencemaran alam
sekitar iaitu, pencemaran air, udara, dan darat. Persekitaran yang kotor akan
mengakibatkan udara berjerebu, air sungai menjadi keruh dan dipenuhi sampah
sarap. Akibat pencemaran, suhu kawasan setempat akan menjadi tidak stabil,
hidupan sungai akan musnah, dan Kawasan persekitaran berbau busuk. Jika
keadaan ini serius, keselamatan manusia akan terancam.
56 patah perkataan
3. 8. MERANGKA ISI 3
ISI Kepupusan flora dan fauna
HURAIAN ISI Flora dan fauna akan kehilangan habitat
CONTOH Pembuangan racun, bahan kimia, dan sisa toksik
HURAIAN CONTOH Banyak hidupan laut terancam dan pupus – kerang, sotong
9. MENULIS ISI 3
Tabiat suka mengabaikan penjagaan persekitaran akan menyebabkan
kepupusan flora dan fauna. Persekitaran yang tidak terjaga dan tercemar akan
mengakibatkan flora dan fauna kehilangan habitat. Pembuangan sisa-sisa toksik
dan bahan kimia berbahaya akan menyebabkan banyak hidupan sungai dan laut
pupus, seperti kerang, landak laut, tapak sulaiman, dan sebagainya.
47 patah perkataan
10.KARANGAN LENGKAP
Pada pandangan saya, kesan kelalaian terhadap penjagaan persekitaran
ialah penyakit berjangkit mudah merebak. Haiwan-haiwan pembawa penyakit mudah
membiak di kawasan yang kotor. Sebagai contohnya, lalat, lipas, dan tikus
sentiasa menjadikan tempat longgokan sampah sebagai tempat pembiakan. Nyamuk
Ades mudah membiak di Kawasan air bertakung. Nyamuk Ades akan mengakibatkan
penyakit demam denggi manakala tikus akan mengakibatkan penyakit kencing
tikus.
Kelalaian kita menjaga persekitaran akan mengakibatkan pencemaran alam
sekitar iaitu, pencemaran air, udara, dan darat. Persekitaran yang kotor akan
mengakibatkan udara berjerebu, air sungai menjadi keruh dan dipenuhi sampah
sarap. Akibat pencemaran, suhu kawasan setempat akan menjadi tidak stabil,
hidupan sungai akan musnah, dan Kawasan persekitaran berbau busuk. Jika
keadaan ini serius, keselamatan manusia akan terancam.
Tabiat suka mengabaikan penjagaan persekitaran akan menyebabkan
kepupusan flora dan fauna. Persekitaran yang tidak terjaga dan tercemar akan
mengakibatkan flora dan fauna kehilangan habitat. Pembuangan sisa-sisa toksik
dan bahan kimia berbahaya akan menyebabkan banyak hidupan sungai dan laut
pupus, seperti kerang, landak laut, tapak sulaiman, dan sebagainya.
(160 patah perkataan)
4. KAD RANGKA JAWAPAN
PEMIKIRAN KRITIS DAN ANALITIS
OLEH : ZULKARNAIN FARIHIN ABDULLAH
ISI KOMPONEN ISI HURAIAN ISI MARKAH
ISI 1
ISI 2
HURAIAN ISI 1
CONTOH 1
HURAIAN CONTOH 1
JUMLAH 5
ISI 2
ISI 2
HURAIAN ISI 1
CONTOH 1
HURAIAN CONTOH 1
JUMLAH 10
ISI 3
ISI 2
HURAIAN ISI 1
CONTOH 1
HURAIAN CONTOH 1
JUMLAH 15
ISI 15
BAHASA 5
JUMLAH 20