7. Sidang Jemaah Yang Dimuliakan
6/16/2016 KHUTBAH JUMAAT MJPN 7
• Marilah kita sama-sama merenung firman Allah S.W.T
yang yang dibaca di awal khutbah tadi yang bermaksud :
“ tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahaja akan disempurnakan
balasan kamu . Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari
neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia
telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa )kehidupan didunia ini
( meliputi segala kemewahan dan pangkat
kebesarannya)tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang –
orang yang terpedaya”.
8. 6/16/2016 KHUTBAH JUMAAT MJPN 8
Kehidupan dunia berkaitan rapat dengan
akhirat. Jika ada manusia yang cuba
memisakan antara kehidupan dunia dan
akhirat , maka pastinya dia akan hidup
dengan mengikut kehendak hawa
nafsunya, kerana merasakan semua yang
ada di tangannya adalah miliknya secara
mutlak, tanpa dia memikirkan soal balasan
diakhirat sana, sedangkan semua itu
adalah pinjaman yang bersifat sementara
dari Allah S.W.T. Kesemua nikmat itu akan
disoal kembali diakhirat nanti.
Sebagaimana yang disabdakan oleh
baginda nabi S.A.W yang bermaksud :
“ kaki anak-anak Adam tidaklah
bergeser pada hari kiamat dari sisi
tuhan sehingga ditanya tentang lima
perkara: tentang umurnya untuk apa
dia habiskan, tentang masa untuk apa
dipergunakan, tentang hartanya dari
mana dia perolehi dan kemana
diinfakkan dan tentang apa yang telah
dia lakukan dengan ilmunya ( Hadis
riwayat Al Tarmizi ) ”
9. 6/16/2016 KHUTBAH JUMAAT MJPN 9
Menyedari bahawa kehidupan dunia kita tidak kekal , malah pasti
akan menemui saat kematian , maka sepatutnya peringatan ini
mengetuk setiap pintu hati kita, supaya segera kembali bertaubat
kepada Allah S.W.T , dan lebih bersungguh-sungguh dalam
menambah bekalan pahala ke Akhirat, disamping kita menjauhi
dosa dan maksiat terhada Allah . Allah membahagikan manusia
kepada tiga tingkatan dalam menghadapi kematian iaitu :
11. 6/17/2016 KHUTBAH JUMAAT MJPN 11
Peringatan demi peringatan telah diberikan oleh
Allah S.W.T kepada kita semua.
Diantara bentuk peringatan dan amaran dari Allah
ialah kematian yang berlaku disekeliling kita dari
kalangan sanak saudara dan sahabat handai
Sedarkah kita bahawa kita merupakan calon kematian
seterusnya. Hanya menunggu saat tiba giliran malaikat
Izrail menjalankan tugas mencabut nyawa kita
Seandainya kita sentiasa memperingati diri kita tentang
kematian yang dijanjikan ini. Nescaya kita akan sentiasa
dalam keadaan bersiap sedia dengan ibadah
Menanti saat malaikat Izrail datang menjemput
kita bila –bila masa , tidak diawalkan tidak pula
dilewatkan .
23. 6/16/2016 KHUTBAH JUMAAT MJPN 23
َنَدِّكَس ىَلَع ْمِّلَس َو ِّلَص همُههلالَنَدِّكَس َآل ىَلَع َو دهمَحُم اا
دهمَحُم اَن ََّل ْوَم َو
Marilah kita bermohon kepada Allah S.W.T semoga
Allah meredhai khalifah-khalifah Rasulullah S.A.W.
iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A., Saidina
Umar Ibni Khathab R.A., Saidina Osman Ibni Aafan
R.A. dan Saidina Ali Ibni Abi Tholib R.A., dan juga
sahabat-sahabat Baginda yang sama-sama
berjuang menegakkan Agama Allah yang maha
suci ini R.A..
24. 6/16/2016 KHUTBAH JUMAAT MJPN 24
Juga kepada bapa saudara Junjungan kita
Saidina Hamzah dan Saidina Abas R.A., cucu-
cucunda Baginda Saidina Hassan dan Saidina
Hussein R.A., puteri-puteri Baginda Saidatina
Fatimah Zaharaq dan lain-lainnya R.A., isteri-isteri
baginda Saidatina Khadijah, Saidatina Aishah dan
lain-lainnya R.A., seterusnya kepada sekalian
keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut
sahabat R.A. dan mereka yang menuruti mereka
itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat.
25. 6/16/2016 KHUTBAH JUMAAT MJPN 25
َلْسُمْلا َو ََكنمَلْسُمْلَل َِْفْاغ همُههلالَنَم ْؤُمْلا َو ََكننَم ْؤُمْلا َو َتاَمَتا
َاءَكْحَ ْاْلُات َوْمَ ْاْل َو ْمُهْنَم
Ya Allah. Ampunkanlah sekalian kaum muslimin
dan muslimat, mukminin dan mukminat, samada
yang masih hidup atau pun yang telah
meninggal dunia. Ya Allah kurniakanlah juga
kemuliaan dan kesejahteraan kepada mereka
yang berjihad dan menafkahkan hartanya ke
jalanmu seperti pembayar-pembayar zakat,
pewakaf-pewakaf dan seumpamanya.
26. 6/16/2016 KHUTBAH JUMAAT MJPN 26
Ya Allah, Kurniakanlah taufik dan hidayah, kekuatan,
kesejahteraan dan pertolongan kepada ketua-ketua
negera Islam dan raja-rajanya, khususnya kepada:
ْبَإ ْانَطْلُسلَا ،ََْتَعكََِشَل َس َِاَحْلا َََدْبَعلُّسال ْموُح َِْمْلا َنْبَا ْمَكهَِْانَط
،َِْدْنَكَْسا
Sultan Yang Di Pertuan bagi negeri dan jajahan takluknya
Johor Darul Ta’zim. Dan kepada Raja Zarith Sofiah Binti
Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, kepada Tunku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor dan Cik
Puan Khalida Binti Bustamam, putera-putera dan puteri-
puteri diraja dan rakyat sekalian.