KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (LMCP 1532)
1. 1. SUBJEK: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (LMCP 1532)
2. TAJUK: CADANGAN PEMBAHARUAN BANDAR KAJANG
3. PENSYARAH: PROF DATO’ IR DR. RIZAATIQ ABDULLAH
4. PELAJAR: MUHAMMAD SUHAIL BIN OMAR (A170820)
2. SOALAN
• Kajang telah menjelma dari sebuah bandar kecil menjadi bandar besar dengan
membina bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra
serta melebarkan pusat bandarnya sehingga ke Sungai Chua. Akan tetapi pusat
bandar yang asal tidak banyak berubah dan sebahagian besar penduduknya bekerja
di Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan- kawasan luaran. Anda diminta
mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang
boleh berdiri sendiri. Gunakan lukisan dan gambar-gambar yang sesuai.
3. BANDAR KAJANG
• Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Mukim ini
berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang
ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang. Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di
sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya
seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan dengan pusat
pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar
Puchong, Batu 3 dan Klang. Jika dilihat dari sudut topografinya pula, mukim Kajang terletak di
kawasan tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan permukaan
buminya adalah berbukit-bukau. Tanah datarnya terdapat di kawasan-kawasan lembangan sungai
seperti Sungai Langat, Sungai Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah
yang merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di mukim Kajang.
4. CADANGAN PEMBAHARUAN BANDAR
KAJANG
• Menaik taraf Sistem Pengangkutan seperti menambah laluan kereta api, LRT,
MRT dan monorel. Hal ini akan memudahkan penduduk tempatan serta pelancong
untuk menuju ke destinasi masing-masing sekaligus dapat mengurangkan
kesesakan lalu lintas.
5. • Meluaskan lagi sektor ekonomi sekaligus dapat meningkatkan peluang
pekerjaan. Penduduk di Kajang tidak lagi berhijrah ke tempat lain
seperti Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk peluang pekerjaan yang
lebih baik.
6. • Memperbanyakan kawasan rekreasi seperti taman tema air dan
membangunkan kawasan percutian keluarga seperti hotel, resort dan
chalet-chalet yang mampu menarik orang ramai.