SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Ruj. Kami: KP.BT.300-8972/HK/Jld.17(8)
Tarikh: Mac 2013
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan
SURAT SIARAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) :
Pelaksanaan Tatacara Pelupusan Buku Teks
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Surat Siaran ini bertujuan memaklumkan bahawa Bahagian Buku Teks
(BBT) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM) telah menyediakan Jadual
Pelupusan Rekod (JPR) Fungsian bagi tujuan pelaksanaan pelupusan buku teks di
seluruh negara. JPR ini mengandungi maklumat judul dan butiran berkaitan buku
teks yang dibenarkan untuk dibuat pelupusan. Merujuk kepada peruntukan seksyen
25 - 29 Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]yang berkuat kuasa pada masa ini, buku
teks diklasifikasikan sebagai bahan bercetak iaitu rekod awam yang perlu dilupuskan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
...3. Selaras dengan ketetapan ini,sekolah hendaklah melaksanakan proses
pelupusan buku teks sebagaimana prosedur yang ditetapkan dalam JPR. Semua
permohonan pelupusan mestilah dihantar kepada pihak ANM terlebih dahulu melalui
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk kelulusan ANM. Manakala prosedur dan
kaedah pemusnahan pelupusan selepas kelulusan permohonan diberikan oleh ANM
pula adalah tertakluk di bawah peraturan dan bidang kuasa yang ditentukan oleh
pihak JPN masing-masing (sila rujuk Tatacara Pelupusan Oleh Sekolah di bawah
JPN - Lampiran 4dan Proses Kerja Bagi Pengurusan Pelupusan Buku Teks oleh
Sekolah di bawah JPN- Lampiran 5).
4. Untuk memastikan tatacara pelupusan ini terlaksana mengikut prosedur, JPN
perlu mematuhi langkah-langkah yang telah digariskan, termasuk menitikberatkan
tempoh simpanan buku teks di sekolah sebagaimana yang telah termaktub dalam
JPR. Tempoh penyimpanan buku teks (lupus) yang terlalu lama di sekolah selepas
mendapat kelulusan akan menyebabkan pihak sekolah mengalami kesulitan. Berikut
adalah tujuan JPR Fungsian dilaksanakan :
i. Menetapkan tempoh simpanan buku teks di sekolah-sekolah seluruh
negara sebelum dilupuskan bagi tujuan pemusnahan atau pemindahan
ke Arkib Negara.
ii. Memastikan pelupusan rekod dilaksanakan dengan mematuhi garis
panduan ANM supaya rekod bernilai kekal dapat dipelihara dengan
selamat manakala rekod tidak bernilai dapat dimusnahkan segera.
iii. Membolehkan penggunaan ruang simpanan rekod secara lebih
ekonomik.
...5. Bersama-sama ini disertakan bahan rujukan yang berkaitan pengurusan
pelupusan rekod awam sebagai panduan kepada sekolah yang melaksanakannya.
Lampiran 1 - Jadual Pelupusan Rekod Buku Teks.
Lampiran 2 - Contoh Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Awam Arkib 2/08.
Lampiran 2(a) - Penerangan Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Awam Arkib
2/08
Lampiran 3 - Contoh Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam Arkib
12/08.
Lampiran 3(a) - Penerangan Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam
Arkib 12/08.
Lampiran 4 - Tatacara Pelupusan Oleh Sekolah di bawah JPN
Lampiran 5 - Proses Kerja Bagi Pengurusan Pelupusan Buku Teks Oleh Sekolah
di bawah JPN)
6. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan adalah
diminta untuk memanjangkan perkara ini kepada semua sekolah di bawah
pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/Tuan.
Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan dalam hal ini amat di hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(DATUK Dr. AMIN BIN SENIN)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Sektor Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

More Related Content

Viewers also liked

Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah1077imran
 
Carta gantt kelab spbt
Carta gantt kelab spbtCarta gantt kelab spbt
Carta gantt kelab spbtAidah Ja'afar
 
Kew[1].pa 19 (sijil pelupusan aset alih) - tv2013
Kew[1].pa 19 (sijil pelupusan aset alih) - tv2013Kew[1].pa 19 (sijil pelupusan aset alih) - tv2013
Kew[1].pa 19 (sijil pelupusan aset alih) - tv2013norlizajais
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumPPD HULU SELANGOR
 
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)norlizajais
 
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiMuhamad Bustaman Abdul Manaf
 
Rujukan fail
Rujukan failRujukan fail
Rujukan failAidah66
 
Perancangan tahunan unit spbt 2015.
Perancangan tahunan unit spbt 2015.Perancangan tahunan unit spbt 2015.
Perancangan tahunan unit spbt 2015.Aidah66
 

Viewers also liked (10)

Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
 
Carta gantt kelab spbt
Carta gantt kelab spbtCarta gantt kelab spbt
Carta gantt kelab spbt
 
Kew[1].pa 19 (sijil pelupusan aset alih) - tv2013
Kew[1].pa 19 (sijil pelupusan aset alih) - tv2013Kew[1].pa 19 (sijil pelupusan aset alih) - tv2013
Kew[1].pa 19 (sijil pelupusan aset alih) - tv2013
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
 
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
Kew .pa 17 (pelupusan khb 2013)
 
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
 
Pengurusan fail spbt
Pengurusan fail spbtPengurusan fail spbt
Pengurusan fail spbt
 
Rujukan fail
Rujukan failRujukan fail
Rujukan fail
 
Perancangan tahunan unit spbt 2015.
Perancangan tahunan unit spbt 2015.Perancangan tahunan unit spbt 2015.
Perancangan tahunan unit spbt 2015.
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar to Surat siaran pelupusan

25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-mediaMohd Yusoff Walat
 
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...Chon Seong Hoo
 
Pengurusan rekod fail untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail   untuk kurikulumPengurusan rekod fail   untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail untuk kurikulumjasmi jaafar
 
Fail kuasa bab 1 pengenalan fail kuasa
Fail kuasa bab 1   pengenalan fail kuasaFail kuasa bab 1   pengenalan fail kuasa
Fail kuasa bab 1 pengenalan fail kuasaJun Kamarudin
 
Pek minit
Pek minitPek minit
Pek minitbuddist
 
Slide taklimat pelupusan rekod edited
Slide taklimat pelupusan rekod editedSlide taklimat pelupusan rekod edited
Slide taklimat pelupusan rekod editedupspbtpnkl
 
Lampiran pelupusan 2013
Lampiran pelupusan 2013Lampiran pelupusan 2013
Lampiran pelupusan 2013Rohani Ahmad
 
Fail meja gpm smkm
Fail meja gpm smkmFail meja gpm smkm
Fail meja gpm smkmZamri Ghani
 
Surat panggilan mesyuarat ladap
Surat panggilan mesyuarat ladapSurat panggilan mesyuarat ladap
Surat panggilan mesyuarat ladapNor Asikin Ismail
 

Similar to Surat siaran pelupusan (10)

25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
25360002 pekeliling-waktu-bertugas-guru-media
 
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
 
Sistem fail prasekolah (penerangan kandungan)
Sistem fail prasekolah (penerangan kandungan)Sistem fail prasekolah (penerangan kandungan)
Sistem fail prasekolah (penerangan kandungan)
 
Pengurusan rekod fail untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail   untuk kurikulumPengurusan rekod fail   untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail untuk kurikulum
 
Fail kuasa bab 1 pengenalan fail kuasa
Fail kuasa bab 1   pengenalan fail kuasaFail kuasa bab 1   pengenalan fail kuasa
Fail kuasa bab 1 pengenalan fail kuasa
 
Pek minit
Pek minitPek minit
Pek minit
 
Slide taklimat pelupusan rekod edited
Slide taklimat pelupusan rekod editedSlide taklimat pelupusan rekod edited
Slide taklimat pelupusan rekod edited
 
Lampiran pelupusan 2013
Lampiran pelupusan 2013Lampiran pelupusan 2013
Lampiran pelupusan 2013
 
Fail meja gpm smkm
Fail meja gpm smkmFail meja gpm smkm
Fail meja gpm smkm
 
Surat panggilan mesyuarat ladap
Surat panggilan mesyuarat ladapSurat panggilan mesyuarat ladap
Surat panggilan mesyuarat ladap
 

Surat siaran pelupusan

  • 1. Ruj. Kami: KP.BT.300-8972/HK/Jld.17(8) Tarikh: Mac 2013 Semua Pengarah Pelajaran Negeri YBhg. Datuk/Dato’/Tuan SURAT SIARAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) : Pelaksanaan Tatacara Pelupusan Buku Teks Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Surat Siaran ini bertujuan memaklumkan bahawa Bahagian Buku Teks (BBT) dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia (ANM) telah menyediakan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) Fungsian bagi tujuan pelaksanaan pelupusan buku teks di seluruh negara. JPR ini mengandungi maklumat judul dan butiran berkaitan buku teks yang dibenarkan untuk dibuat pelupusan. Merujuk kepada peruntukan seksyen 25 - 29 Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]yang berkuat kuasa pada masa ini, buku teks diklasifikasikan sebagai bahan bercetak iaitu rekod awam yang perlu dilupuskan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. ...3. Selaras dengan ketetapan ini,sekolah hendaklah melaksanakan proses pelupusan buku teks sebagaimana prosedur yang ditetapkan dalam JPR. Semua permohonan pelupusan mestilah dihantar kepada pihak ANM terlebih dahulu melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk kelulusan ANM. Manakala prosedur dan kaedah pemusnahan pelupusan selepas kelulusan permohonan diberikan oleh ANM pula adalah tertakluk di bawah peraturan dan bidang kuasa yang ditentukan oleh pihak JPN masing-masing (sila rujuk Tatacara Pelupusan Oleh Sekolah di bawah JPN - Lampiran 4dan Proses Kerja Bagi Pengurusan Pelupusan Buku Teks oleh Sekolah di bawah JPN- Lampiran 5). 4. Untuk memastikan tatacara pelupusan ini terlaksana mengikut prosedur, JPN perlu mematuhi langkah-langkah yang telah digariskan, termasuk menitikberatkan tempoh simpanan buku teks di sekolah sebagaimana yang telah termaktub dalam JPR. Tempoh penyimpanan buku teks (lupus) yang terlalu lama di sekolah selepas mendapat kelulusan akan menyebabkan pihak sekolah mengalami kesulitan. Berikut adalah tujuan JPR Fungsian dilaksanakan : i. Menetapkan tempoh simpanan buku teks di sekolah-sekolah seluruh negara sebelum dilupuskan bagi tujuan pemusnahan atau pemindahan ke Arkib Negara. ii. Memastikan pelupusan rekod dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan ANM supaya rekod bernilai kekal dapat dipelihara dengan selamat manakala rekod tidak bernilai dapat dimusnahkan segera.
  • 2. iii. Membolehkan penggunaan ruang simpanan rekod secara lebih ekonomik. ...5. Bersama-sama ini disertakan bahan rujukan yang berkaitan pengurusan pelupusan rekod awam sebagai panduan kepada sekolah yang melaksanakannya. Lampiran 1 - Jadual Pelupusan Rekod Buku Teks. Lampiran 2 - Contoh Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Awam Arkib 2/08. Lampiran 2(a) - Penerangan Borang Permohonan Pemusnahan Rekod Awam Arkib 2/08 Lampiran 3 - Contoh Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam Arkib 12/08. Lampiran 3(a) - Penerangan Borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam Arkib 12/08. Lampiran 4 - Tatacara Pelupusan Oleh Sekolah di bawah JPN Lampiran 5 - Proses Kerja Bagi Pengurusan Pelupusan Buku Teks Oleh Sekolah di bawah JPN) 6. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan adalah diminta untuk memanjangkan perkara ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dato’/Tuan. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Tuan dalam hal ini amat di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (DATUK Dr. AMIN BIN SENIN) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia