SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Mus’ab bin Umair (

)

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat
Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas,
mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan
dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah.
Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.
Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa
sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah
selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama
beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun
melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu
membebaskannya buat sementara.
Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu
memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua
tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.
Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata
ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab
meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu,
berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda
membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah
jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar
satu demi satu, nescaya daku tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.
Apa lagi, lemahlah si ibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau
daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif
ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan
menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana
kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan
memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.
Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah
mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan
tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian
compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam
hati Rasulullah.
Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:
“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu daku
melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya.
Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.
Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada
berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap
dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi
dia merahsiakannya.
Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata:
Kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba tiba datang Mus'ab bin Umair ra, dan
tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah
sa melihat kepadanya, baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab
ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib
Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala
harta benda dan kekayaan di Mekah).
Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda:
Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di
waktu petang dengan pakaian yang lain pula, dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakkan pula satu
hidangan yang lain, dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu
Kaabah?
Maka jawab sahabat:
Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan
penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki.
Lalu Nabi saw bersabda:
Tidak, keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu.
(Hadis riwayat Turmizi)
Setelah peristiwa baiah Aqabah yang pertama pada tahun ke 11 kenabian, Mus'ab ditugaskan oleh Rasulullah
(SAW) sebagai duta kaum muslimin ke Madinah untuk mengajarkan Al-Quran dan pelbagai pengetahuan
lain mengenai Islam kepada penduduk disana. Berkat kecerdasan, kesabaran dan kebesaran jiwanya ia
berjaya mengajak sebahagian besar masyarakat kota itu untuk memeluk Islam. Itulah sebabnya ia dikenali
dengan panggilan Muqri’ul Madinah. Dan sejak itu pula setiap orang yang mengajarkan Al-Quran disebut
“Mus'ab”. Kemudian pada musim haji tahun berikutnya Mus'ab berjaya mengajak lebih dari 70 kaum
Muslimin ke Mekah dimana kemudian terjadi perjanjian Aqabah 2. Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka
jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.Sejak saat itu Mus'ab tidak pernah terkecuali
dari menyertai Rasulullah berperang.
Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua
peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak
dari tempatnya dan menyeru: "Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul."
Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan
kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil
mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan
kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung.
Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.
Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh
ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al-Rum tidak
dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud.
Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu
menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda.
Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:
"Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya
terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daundaun kayu (daun azka)."
Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan
kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu
rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya
yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan
oleh Rasulullah.
Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah
bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab
lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba
mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah
zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.

More Related Content

What's hot

Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanNur Asilah Ahmad
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatNoor Aziah Mamat
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-dinFazd Alias
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islamdr2200s
 
Beriman kepada qada’ dan qadar
Beriman kepada qada’ dan qadarBeriman kepada qada’ dan qadar
Beriman kepada qada’ dan qadarAbu eL IQram
 
Riwayat hidup rasulullah s
Riwayat hidup rasulullah  sRiwayat hidup rasulullah  s
Riwayat hidup rasulullah ssiti yaakob
 
Jinas balaghah bahasa arab
Jinas balaghah bahasa arabJinas balaghah bahasa arab
Jinas balaghah bahasa arabIzzati Zainal
 
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamHubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamMuhd Danial
 
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyataUsuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyatadawiey
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabNur Paşa
 
Pp apitan kata kerja
Pp apitan kata kerjaPp apitan kata kerja
Pp apitan kata kerjaChrist Aveiro
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaEzad Azraai Jamsari
 

What's hot (20)

Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
 
Sifat wajib bagi allah
Sifat wajib bagi allahSifat wajib bagi allah
Sifat wajib bagi allah
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Chapter 1 islam sebagai ad-din
Chapter 1   islam sebagai ad-dinChapter 1   islam sebagai ad-din
Chapter 1 islam sebagai ad-din
 
Ta’zir
Ta’zirTa’zir
Ta’zir
 
Konsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi IslamKonsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi Islam
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
 
Beriman kepada qada’ dan qadar
Beriman kepada qada’ dan qadarBeriman kepada qada’ dan qadar
Beriman kepada qada’ dan qadar
 
Riwayat hidup rasulullah s
Riwayat hidup rasulullah  sRiwayat hidup rasulullah  s
Riwayat hidup rasulullah s
 
Jinas balaghah bahasa arab
Jinas balaghah bahasa arabJinas balaghah bahasa arab
Jinas balaghah bahasa arab
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam IslamHubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
Hubungan Akidah dan Akhlak dalam Islam
 
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyataUsuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
Usuluddin mengarah akal manusia untuk berfikir dan mengkaji tentnag alam nyata
 
Khalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-KhattabKhalifah Umar Al-Khattab
Khalifah Umar Al-Khattab
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
 
Pp apitan kata kerja
Pp apitan kata kerjaPp apitan kata kerja
Pp apitan kata kerja
 
Mad asli
Mad asliMad asli
Mad asli
 
Bab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadatBab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadat
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 

Similar to Kisah mus'ab bin umair

Kisah mush’ab bin umair pdf
Kisah mush’ab bin umair pdfKisah mush’ab bin umair pdf
Kisah mush’ab bin umair pdfAriz Oghey
 
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)UtiPuput
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11sitisarahrahmania
 
Kisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammadKisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammadErman Hidayat
 
Aminah bonda rasulullah saw
Aminah bonda rasulullah sawAminah bonda rasulullah saw
Aminah bonda rasulullah saweIzAmQaRqUn90
 
Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01
Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01
Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01daud5530
 
PPT Sejarah Nabi Muhammad smt 1
PPT Sejarah Nabi Muhammad smt 1PPT Sejarah Nabi Muhammad smt 1
PPT Sejarah Nabi Muhammad smt 1dayat7
 
Kelahiran nabi
Kelahiran nabiKelahiran nabi
Kelahiran nabiselikurfa
 
7.08 sejarah nabi muhammad smt 1
7.08 sejarah nabi muhammad smt 17.08 sejarah nabi muhammad smt 1
7.08 sejarah nabi muhammad smt 1Rizal Anwar
 
Ummu Sulaim, Pelindung Nabi di Medan Perang.docx
Ummu Sulaim, Pelindung Nabi di Medan Perang.docxUmmu Sulaim, Pelindung Nabi di Medan Perang.docx
Ummu Sulaim, Pelindung Nabi di Medan Perang.docxEmmaKazeFull
 
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)BangFaeshal
 
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptxnurrochim25
 
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAWSejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAWAndriFriyanto1
 
Biografi sahabat muaz bin jabal
Biografi sahabat muaz bin jabalBiografi sahabat muaz bin jabal
Biografi sahabat muaz bin jabalMuhammad Idris
 
Bab 3 dakwah rasulullah pada periode madinah
Bab 3 dakwah rasulullah pada periode madinahBab 3 dakwah rasulullah pada periode madinah
Bab 3 dakwah rasulullah pada periode madinahhadisukmo
 
BAB 5 Selamat Datang Nabi Kekasihku
BAB 5 Selamat Datang Nabi KekasihkuBAB 5 Selamat Datang Nabi Kekasihku
BAB 5 Selamat Datang Nabi KekasihkuRizkyJuliana1
 

Similar to Kisah mus'ab bin umair (20)

Kultum..
Kultum..Kultum..
Kultum..
 
Kisah mush’ab bin umair pdf
Kisah mush’ab bin umair pdfKisah mush’ab bin umair pdf
Kisah mush’ab bin umair pdf
 
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
Putri Riyanti Octaviani (1901085022)
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
 
Kisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammadKisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammad
 
Aminah bonda rasulullah saw
Aminah bonda rasulullah sawAminah bonda rasulullah saw
Aminah bonda rasulullah saw
 
Bab xi
Bab xiBab xi
Bab xi
 
Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01
Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01
Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01
 
PPT Sejarah Nabi Muhammad smt 1
PPT Sejarah Nabi Muhammad smt 1PPT Sejarah Nabi Muhammad smt 1
PPT Sejarah Nabi Muhammad smt 1
 
Kelahiran nabi
Kelahiran nabiKelahiran nabi
Kelahiran nabi
 
7.08 sejarah nabi muhammad smt 1
7.08 sejarah nabi muhammad smt 17.08 sejarah nabi muhammad smt 1
7.08 sejarah nabi muhammad smt 1
 
Ummu Sulaim, Pelindung Nabi di Medan Perang.docx
Ummu Sulaim, Pelindung Nabi di Medan Perang.docxUmmu Sulaim, Pelindung Nabi di Medan Perang.docx
Ummu Sulaim, Pelindung Nabi di Medan Perang.docx
 
Trigonometri
TrigonometriTrigonometri
Trigonometri
 
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
Ppt bab 8 (sejarah nabi muhammad saw)
 
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
6. Sejarah Nabi Muhammad smt 1 (1).pptx
 
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAWSejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
Sejarah_Singkat_Baginda_Nabi_Muhammad_SAW
 
Tugas pai
Tugas paiTugas pai
Tugas pai
 
Biografi sahabat muaz bin jabal
Biografi sahabat muaz bin jabalBiografi sahabat muaz bin jabal
Biografi sahabat muaz bin jabal
 
Bab 3 dakwah rasulullah pada periode madinah
Bab 3 dakwah rasulullah pada periode madinahBab 3 dakwah rasulullah pada periode madinah
Bab 3 dakwah rasulullah pada periode madinah
 
BAB 5 Selamat Datang Nabi Kekasihku
BAB 5 Selamat Datang Nabi KekasihkuBAB 5 Selamat Datang Nabi Kekasihku
BAB 5 Selamat Datang Nabi Kekasihku
 

Kisah mus'ab bin umair

  • 1. Mus’ab bin Umair ( ) Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya. Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara. Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya. Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya daku tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”. Apa lagi, lemahlah si ibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya. Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat: “Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu daku melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”. Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Daripada Ali bin Abi Talib ra berkata: Kami sedang duduk bersama Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba tiba datang Mus'ab bin Umair ra, dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah sa melihat kepadanya, baginda menangis dan menitis air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib
  • 2. Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula, dan bila diangkatkan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain, dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah? Maka jawab sahabat: Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki. Lalu Nabi saw bersabda: Tidak, keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu. (Hadis riwayat Turmizi) Setelah peristiwa baiah Aqabah yang pertama pada tahun ke 11 kenabian, Mus'ab ditugaskan oleh Rasulullah (SAW) sebagai duta kaum muslimin ke Madinah untuk mengajarkan Al-Quran dan pelbagai pengetahuan lain mengenai Islam kepada penduduk disana. Berkat kecerdasan, kesabaran dan kebesaran jiwanya ia berjaya mengajak sebahagian besar masyarakat kota itu untuk memeluk Islam. Itulah sebabnya ia dikenali dengan panggilan Muqri’ul Madinah. Dan sejak itu pula setiap orang yang mengajarkan Al-Quran disebut “Mus'ab”. Kemudian pada musim haji tahun berikutnya Mus'ab berjaya mengajak lebih dari 70 kaum Muslimin ke Mekah dimana kemudian terjadi perjanjian Aqabah 2. Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.Sejak saat itu Mus'ab tidak pernah terkecuali dari menyertai Rasulullah berperang. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: "Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul." Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud. Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: "Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daundaun kayu (daun azka)." Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.