3. SECRET INTELLIGENCE SERVICE (SIS) atau lebih dikenali sebagai MI6, merupakan salah satu agensi perisikan bagi
kerajaan United Kingdom.
Ia telah wujud dalam pelbagai bentuk sejak penubuhannya pada tahun 1569 oleh Sir Francis Walsingham, yang pada
ketika itu merupakan setiausaha negara kepada Ratu Elizabeth I.
“MI” dalam tajuk informal MI6 adalah “Military Intelligence” atau Perisikan Tentera, ianya merupakan Perkhidmatan
Mahkota yang secara rasmi bertanggungjawab kepada Kementerian Luar Negeri dan Komuniti.
SIS atau MI6 terletak di Vauxhall Cross di London.
Segala butiran operasi dan perhubungan MI6 jarang muncul dalam akhbar British sehingga tahun 1990-an. Walau
bagaimanapun, maklumat tentang MI6 masih jauh lebih terkawal daripada MI5, yang menjalankan aktiviti keselamatan
dan aktiviti dalaman intelektual.
Agensi ini mempunyai kuasa untuk menutup segala akaun dan berita mengenai kegiatan mereka melalui penggunaan
notis “D” di bawah Akta Rahsia Rasmi, kerana MI6 melapor terus kepada Kementerian Luar Negara UK.
Alexander William Younger merupakan Ketua Pengarah bagi Agensi Perisikan MI6 sejak November 2014 yang
menggantikan Sir John Sawers.
Cogankata bagi SIS atau MI6 adalah “Semper Occultus” atau “Always Secret”.
PENGENAL
AN
PENGENALAN
ALEXANDER WILLIAM YOUNGER
CHIEF OF THE SECRET INTELLIGENCE
SERVICE (MI6)
SECRET INTELLIGENCE SERVICE (MI6) BUILDING, VAUXHALL STREET.
5. SIS bertanggungjawab untuk memberikan kemampuan perisikan global di bawah Queen Elizabeth.
Ia mengumpul segala maklumat risikan rahsia dan menjalankan operasi di luar negara untuk mencegah dan mengesan
jenayah yang serius, mempromosi dan mempertahankan keselamatan negara dan kesejahteraan ekonomi United
Kingdom.
MI6 atau SIS juga bekerjasama rapat dengan MI5 serta GCHQ (Government Communication Headquarters), bekerja dan
beroperasi secara rahsia dalam rangka kerja undang – undang yang ketat dan melaporkan setiap aktiviti perisikan
kepada Menteri – Menteri dalam kerajaan.
MI6 merekrut agen dari pelbagai latar belakang dengan pelbagai kemahiran yang berbeza untuk membantu mengatasi
segala ancaman kepada kerajaan dan negara United Kingdom.
Setiap agensi perisikan di UK mempunyai misi yang sama iaitu melindungi negara, rakyat dan kepentingannya.
Kerajaan UK sedang berusaha untuk memerangi percambahan senjata Kimia, Biologi dan Nuklear (CBRN) dan SIS
memainkan peranan penting.
SIS memperolehi maklumat perisikan mengenai negara – negara yang bertujuan untuk memegang senjata – senjata ini,
dan mengganggu usaha tersebut dan menghentikan percambahan mereka.
SIS juga bekerjasama dengan agensi perisikan dan rakan kongsi lain di UK di luar negara, membantu memastikan
eksport senjata dikawal ketat supaya tidak terlepas ke tangan pengganas.
FUNGSI
FUNGSI
6. Penglibatan pada Perang Dunia pertama dalam plot yang kenali sebagai “Outbreak of War” pada tahun 1914.
Penglibatan dalam plot menjatuhkan kerajaan USSR, dikenali sebagai “The Ambassador’s Plot” membunuh Rasputin. Agen MI6 yang bertanggungjawab dalam plot
ini adalah Sidney Reilly, dan siri ini difilemkan dalam tajuk “Ace of Spies – 1983”.
“The Spy Scandal” merupakan plot rancangan MI6 dimana agen MI6 menyamar sebagai pegawai KGB, Colonel Vasili Mitrokhin untuk menyelamatkan beliau keluar
dari Moscow pada 1980.
“The Jonny Case”, pada 1933 Johann (Jonny) de Graff, seorang komunis German dan agen Comintern, telah menghubungi Frank Foley, Ketua SIS Berlin Station. De
Graff telah menyalurkan maklumat berharga tentang percubaan Komunis untuk mensabotaj aktiviti persenjataan British di China dan Brazil.
“For Destruction” merupakan satu siri perisikan SIS pada 1930 di German dimana agen SIS cuba untuk mensabotaj elektrik, komunikasi telefon, laluan keretapi,
pertanian dan juga makanan.
Misi perisikan semasa kempen perang di Iraq.
Misi perisikan semasa kempen perang di Afghanistan.
Misi perisikan semasa memburu Osama Laden.
KONFLIK
KONFLIK
7. Agensi perisikan merupakan organisasi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti dan mengurangkan potensi
ancaman kepada keselamatan sesebuah negara.
Melalui aktiviti pelbagai cara yang giat, agensi risikan di pelbagai negara mampu untuk mengumpulkan maklumat dan
menjalankan operasi rahsia dalam misi mereka untuk melindungi rakyat, undang – undang dan menegakkan dasar luar
sesebuah negara.
Kemajuan yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam teknologi dan komunikasi pada abad ke-20, digabungkan dengan
konflik yang dicipta oleh kemunculan kuasa – kuasa besar global, mengubah cara sesebuah negara untuk terus
mengekalkan keamanan.
Negara – negara membangun seperti Malaysia juga telah lama dalam membentuk organisasi perisikan yang beroperasi di
luar undang – undang dalam mempertahankan tanah air.
KESIMPULA
N
KESIMPULAN