Kata hubung digunakan untuk menghubungkan perkataan, frasa, ayat. Terdapat tiga jenis kata hubung: kata hubung tunggal, kata hubung gabungan/pancangan, dan kata hubung berpasangan. Contoh kata hubung dan penggunaannya dalam ayat dijelaskan.
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
nota 2 sej.pdf
1. Kata Hubung
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk
menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata
dengan rangkai kata ayat dengan ayat. Kata hubung
terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung
berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti
yang berikut:
Kata Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh Ayat Contoh
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi
dia segera.
apabila Mukanya pucat apabila disoal.
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela dan Siu Lan berjiran.
2. hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika Saya berpayung jika hujan.
Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah
kebajikan.
kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.
serta Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan
masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.
3. Kata Hubung Berpasangan
Contoh Ayat Contoh
Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama
bergotong royong membersihkan balai raya itu.
Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja
malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng
sekolah.
entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul
entah tidak.
Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak
ada.
Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada –
ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun
ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan
pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya
inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat
berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.
4. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
Dan hingga lalu ketika
Dengan yang tetapi jika
Kerana serta kalau kemudian
demikian walhal walau agar
atau demi supaya
Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa sementara seharusnya andaikata
semoga seketika sebaliknya sedangkan
setelah sesungguhnya walaupun itupun
sewaktu seandainya meskipun sekali[un
mudah-
mudahan
moga-moga jikalau bagaimanapun
padahal
Contoh ayat :
1. menggabungkan dua ayat :
Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
5. 2. Menggabungkan dua rangkai kata :
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal
laut.
3. Menggabungkan ayat-ayat :
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi
rakyatnya masih miskin dan menderita.
Disediakan oleh Cikgu Sherna @ Anas Kirana :D