Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Peraturan dan undang bola jaring

56,455 views

Published on

  • Be the first to comment

Peraturan dan undang bola jaring

  1. 1. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINANBOLA JARINGPosted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 3:24:00 PM1. PERATURAN DAN PERALATANSebelum anda meneruskan dengan topik ini anda diperlukan untuk mengetahuiperalatan-peralatan permainan ini. Tahukah anda bahawa sukan ini tidak memerlukanperalatan yang banyak; cukup sekadar hanya sebiji bola bersaiz sedikit kecilberbanding dengan saiz bola keranjang, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang goldan 14 orang pemain (7 orang satu pasukan).Hanya dua orang pengadil diperlukanuntuk mengawal dan mengadili permainan ini.BolaBola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran standarddan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan.Biasanya, bola saiz 5 yang jugaseperti saiz bola keranjang digunakan.Ukur lilit bola adalah lebih kurang 99sm-102smdan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu disemak).Bola ini diperbuatdaripada kulit atau getah. Untuk menjaga kesempurnaan dan jangka hayat bola, iahendaklah disimpan di tempat yang kering dan selamat setelah digunakan.Rajah 1.1 Bentuk fizikal bola jaringTiang Gol
  2. 2. Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki).Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi.Ukur lilit bulatan besi berjaring yangdiletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah dicacakkandengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong.Rajah 1.2 Tiang GolGelanggangPermukaan gelanggang mestilah keras dan rata.Namun begitu, bola jaring juga bolehdimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas denganmenggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewanyang tertutup.Rajah 1.3 Gelanggang Bola JaringGarisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25mdinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan
  3. 3. tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasanmenjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusatbulatan.PemainSetiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemainsimpanan.Setiap seorang pemain mempunyai fungsi atau tugas yang tersendiri.Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti berikut:(a) Penjaga gol (GK)Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik didlamkawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masukkawasangol.Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalangpenyerang didalam kawasan jaringan.GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol(GD).(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol(GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau didalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- manapemaindalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialahmenghalangpenyerang gol daripada membuat jaringan.GD juga boleh menerima boladari hantarantengah.(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnyaialahmenghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap(WA) pasukanlawan dalam bulatan jaringan.WD juga boleh bertindak sebagai penyerang .Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengahatauke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akanmengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang.Ini boleh berlakusemasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.(d) Pemain tengah (C)Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana iaditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah
  4. 4. di awalpermainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. Cbolehbergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.(e) Penyerang sayap (WA)Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanyamenghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akanmenghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemaintengah.(f) Penyerang gol (GA)Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akanbekerjasamadengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA jugaselalu menerimahantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.(g) Penjaring gol (GS)Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahirmembuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan merekahanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.2. PENGADILDalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, pengadil bertanggungjawabmemastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan‘bersih’ dan mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan.Pengadil adalahorang yang paling berkuasa dalam gelanggang.Sebarang keputusan yangdibuatolehnya adalah muktamad.Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorangpenjaga masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. Umumnya, 2orang pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatupertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat jugapengadil lelaki.Kawasan PengadilOleh kerana dalam sukan bola jaring dimestikan ada dua orang pengadil, makapembahagian kawasan antara mereka berdua amat perlu supaya keputusan yangdibuat tidak bercanggah.Untuk lebih jelas lagi, rujuk Rajah 1.5.Pengadil X mengadilidan membuat keputusan di dalam kawasannya sepanjang waktu permainan. Dia jugaakan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan
  5. 5. AD. Pengadil X juga akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali goldijaringkan dalam kawasannya. Sementara pengadil Y pula akan mengadili danmembuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC danCB.Rajah 1.5 Kawasan PengadilGerakan PengadilBerbanding dengan sukan-sukan lain, permainan ini memerlukan pengadilbergerak di dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengahgelanggang hingga ke sudut yang tertentu. Dia juga perlu berada di belakang kawasangol untuk melihat jaringan yang dibuat.Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang,kecuali dalam keadaan atau tugas berikut:1. Membuat lambungan2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil3. Melihat permainan dengan lebih jelas4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada)Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam sepanjang masa permainan.3PAKAIANPemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt,skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas.Pemain juga dikehendakimemakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil ‘Bibs’.Huruf pada ‘bibs’ mestilahditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dantugas mereka.Pemain bersama ‘bibs’ yang dipakai juga mestilah didaftarkan sertadipakai sepanjang waktu pertandingan.Sebarang barang kemas dan aksesori badantidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut-kasut yang diperbuat daripada bahanringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan.Rajah 3.1 Pakaian yang sesuai untuk bermain bola jaring.4. CARA BERMAINJumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan.Ini berertiterdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orangpengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikutpembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan.Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain.Peraturan dan undang-undangpermainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan membuat hantaran,
  6. 6. membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma, mengawal gol danmenggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain.Rajah 3.2 Permainan bola jaring5. MULA BERMAINPemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salahseorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD danGD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklahmemastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang.Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatansementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wiselditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepadapemain lain menandakan bermulanya permainan.6. TEMPOH BERMAINBola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap sukuwaktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecualiwaktu rehat untuk separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dangangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebaranggangguan atau sekiranya berlaku kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minituntuk satu separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepassahaja gol dijaringkan.Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiappemain semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda.Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukarkawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilahjuga memaklumkannya kepada pengadil.Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia jugaboleh menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika bolasedang dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan ataumelantunkannya kepada pemain pasukannya dalam masa tiga saat.Pemain tidakdibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udaradan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula (dropball).Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemainlawan, menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang.Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkansokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tianggol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran ataugelanggang.
  7. 7. 7. Ofsaid, Faul dan PenaltiPemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerakmelebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, diadikira sebagai ofsaid. Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mestiberada di dalam kawasan tertentu atau tidak ia dikira ofsaid.Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orangpemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pemain daripada kedua-dua pasukan menangkap bola pada waktu yang sama dan berlaku perebutan bolaataupun apabila pengadil tidak pasti pasukan mana yang telah melakukan kesalahan.UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING1. PENALTIBerikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti.(a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempatberlakunya kesalahan melainkan(i) Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklahmenahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakandemikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.(ii) Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan).(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satupasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk kekawasan penalti boleh mengambil penalti itu.(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannyadalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringanpenalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undangundang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kakimendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kakitetap di atas tanah.(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringanpenalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikankepadapasukan lawan.(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang(c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.2. HANTARAN PERCUMAHantaran PercumaHantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku didalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
  8. 8. Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasanitu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggangseluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.Hantaran Penalti atau Jaringan PenaltiSatu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapatimelanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didendakerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauhdari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakansehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jikapemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yangmembuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan ituberjaya melolosi jaring.Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jikatindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akandiambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:(a) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorangpemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yangmelakukan kesalahan.(b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penaltiatau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri disebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran.Mereka tidak dibolehkanmengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemainyang mengambil.(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalangseseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh daripemain yang membuat hantaran.Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambilbahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yangmembuat hantaran.(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol bolehmembuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringanHantaran ke DalamApabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuklontaran ke dalam sekiranya :(a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau(b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luargelanggang.
  9. 9. LambunganSatu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satuatau kedua-dua belah tangan.(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelumbola itu keluar gelanggang.(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salahseorang memegang ataupun menyentuh bola.(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggupermainan.n

×