Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
A141 pjj tutorial1
1. SRF3033 A141PJJ-Tutorial1
1
Jawapan Tutorial1 boleh ditulis tangan dan dihantar pada masa pertemuan bersemuka, atau ditaip
dengan menggunakan Microsoft WORD dan dihantar ke email baseri.upsi@gmail.com. Tarikh akhir
penghantaran melalui email ialah 05/10/2014. TIADA MARKAH BAGI JAWAPAN YANG LEWAT.
Soalan Markah
1. Empat kuantiti asas fizik (m.s. 17) yang lazim ialah ... 1
2. Empat contoh kuantiti terbitan(m.s. 22) ialah ... 1
3. Tulis semula angka-angka berikut dalam sebutan notasi sains (m.s.24): (i) 2580 (ii) 715.8
(iii) 0.0815 (iv) 0.00065.
1
4. Tulis semula kuantiti berikut dengan simbol imbuhan (m.s.25): (i) 9.2 x 10-9
m (ii) 0.003 g
(iii) 178,000 m (iv) 0.000026 s.
1
5. Seorang atlit berlari sejauh 800 m dalam masa 1.8 minit. Berapakah kelajuan purata atlit
itu dalam unit SI (m.s. 32)?
1
6. Tukarkan nilai 20 km/jam dan 130 km/jam kepada nilai dalam unit m/s(unit SI) (m.s.20). 1
7. Sebuah kereta dipandu pada kelajuan 20 km/jam dan memecut menjadi 130 km/jam
dalam masa 20 saat. Berapakah pecutan purata kereta itu dalam unit SI? (m.s.36)
1
8. Halaju kereta yang bergerak dalam garisan lurus meningkat secara seragam daripada 20
m/s kepada 25 m/s setelah mencapai sesaran 80 m. Tentukan (i) masa (ii) pecutan bagi
gerakan tersebut. (m.s.42)
2
9. Satu batu jatuh dari tingkap sebuah bangunan. Berapakah kelajuannya (dalam m/s dan
dalam km/jam) ketika hendak terhempas ke tanah 30.0 m di bawah tingkap. Berapa lama
masa batu itu jatuh sebelum terhempas. (m.s.42)
2
10. Jisim sebuah kotak ialah 54 kg. Satu daya mengufuk yang maksimum bernilai 170 N tidak
dapat menggerakkannya di atas satu permukaan mengufuk. Berapakah pekali geseran
statik? (m.s 61)
2
11. Sebuah kotak berjisim 120 kg ditolak dengan daya sebesar 500 N untuk
menggerakkannya pada kelajuan malar 5.0 m/s di atas lantai. Berapakan nilai geseran
lantai terhadap kotak? Jika daya tolakan dibatalkan, berapa jarak kotak terus bergerak
sebelum berhenti? Selepas daya tolakan dibatalkan, berapa lama masa kotak itu
bergerak sehingga kotak itu berhenti?
2
JUMLAH MARKAH 15