1. LMCP1522: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN DALAM
ISLAM
BAHAGIAN 3: KESEJAHTERAAN SOSIAL
“AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL”
NAMA: NUR ASYIQIN BINTI ABDULLAH
NO MATRIK: A169469
NAMA PENSYARAH: PROF. DATO’IR DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN
O.K. RAHMAT
2. TUGASAN
Anda diminta mencari amalan terbaik dalam
kesejahtaraan sosial yang dilaksanakan oleh bandar-
bandar atau negara-negara di dunia ini. Sediakan laporan
ringkas dalam bentuk slide yang disertakan dengan
gambar-gambar atau ilustrasi. Muat naik slide itu ke
SlideShare.net dan berikan pautannya di ruang yang
disediakan.
3. DEFINISI KESEJAHTERAAN SOSIAL
Kesejahteraan sosial merupakan matlamat dan elemen teras
kepada pembangunan sesebuah komuniti. Kesejahteraan sosial
yang dicapai oleh sesuatu komuniti digambarkan oleh kedudukan
dan keadaan sesuatu komuniti pada suatu masa tertentu.
Kesejahteraan sosial sesuatu komuniti ditentukan oleh tiga aspek
iaitu pengurusan masalah sosial, pemenuhan keperluan hidup
dan peluang mobility sosial dalam masyarakat.
Kewujudan ketiga-tiga elemen kesejahteraan sosial akan
menjadikan masyarakat dalam keadaan persekitaran yang
selamat, kepuasan menyeluruh terhadap keperluan asas dan
memaksimumkan peluang mobiliti sosial.
5. BERSEDEKAH
Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة )yang
bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada
orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah
tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T.
Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk
kepentingan jihad fi sabilillah.
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan)
orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di
antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari
keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar“
-Surah An-Nisaa’ : ayat 114 [2]-