Tiga pepatah yang dijelaskan adalah:
1) Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat
2) Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
3) Sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan
2. PERIBAHASA
Tidur Ayam
Maksud: Tidur yang tidak lena
atau nyenyak
Contoh Ayat: Saya akan tidur-
tidur ayam dahulu sementara
menunggu hari siang.
3. PERIBAHASA
Bawa resmi padi daripada
membawa resmi lalang
Maksud: Sentiasa merendah diri
Contoh Ayat: Walau kemana jua
kita pergi, contohilah resmi padi,
makin berisi makin menunduk.
Jangan bawa resmi lalang,
berdiri tegak tapi isinya tiada.
PERIBAHASA
4. PERIBAHASA
PERIBAHASA
PERIBAHASA
Carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga
Maksud: Berselisih pendapat sesama ahli
keluaraga. Namun, akhirnya akan berbaik
semula.
Contoh Ayat: Walaupun sudah bertahun
ayah dan along bermasam muka, akhirnya
mereka berbaik semula. Benarlah kata
pepatah, carik-carik bulu ayam, lama-
lama bercantum juga.
5. PERIBAHASA
Hancur badan dikandung tanah, budi baik
dikenang juga
Maksud: Walaupun orang itu telah meninggal
dunia, budinya yang baik tidak akan
dilupakan dan akan sentiasa dikenang
Contoh Ayat: “Awak banyak membantu saya
selama ini. Saya tidak akan melupakannya.
Hancur badan dikandung tanah, budi baik
dikenang jua,” kata Abu.
6. PERIBAHASA
Seperti pacat kenyang
Maksud: Selepas selesai makan di
rumah orang, terus berlalu pergi.
Contoh Ayat: Sehabis sahaja
menjamu selera, Abdullah seperti
pacat kenyang berlalu pergi dari situ.
7. PERIBAHASA
Seperti mengajar itik berenang
Maksud: Mengajar seseorang yang
arif atau pandai daripada kita
Contoh Ayat: Kesungguhan
Abdullah mengajar Sidek bermain
ping pong seperti mengajar itik
berenang sahaja.
8. PERIBAHASA
Bunga dedap
Maksudnya: Cantik tetapi buruk
budi bahasa
Contoh Ayat: Orang itu seperti
bunga dedap kerana wajahnya
sahaja cantik tetapi tidak
sikapnya.
11. PERIBAHASA
Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh
muafakat
Maksud: Melalui perbincangan dapatlah
dicapai kata sepakat untuk melakukan
sesuatu usaha
Contoh ayat: Sudah lima tahun berturut-
turut sekolah itu kekal sebagai sekolah
contoh. Hal ini kerana adanya kata sepakat
antara semua pihak sebagaimana kata
pepatah bulat air oleh pembuluh, bulat kata
oleh muafakat.
12. PERIBAHASA
Lain lubuk lain ikannya
Maksud: Lain tempat, lain adatnya
Contoh Ayat: Siti Hajar terpaksa
membiasakan diri setelah berpindah
dari Sabah kerana lain lubuk lain
ikannya.
15. PERIBAHASA
Orang lama
Maksud: Orang yang pakar dan
sudah lama berkecimpung dalam
sesuatu bidang
Contoh Ayat: Shahrizan mempunyai
pengalaman yang luas kerana
orang lama di syarikat percetakan
itu.
17. PERIBAHASA
Bagai embun dihujung rumput
Maksud: Tidak kekal
Contoh Ayat: Hubungan antara
Ayah dan isteri keduanya tidak
kekal lama. Bagai embun di
hujung rumput.
18. PERIBAHASA
Bagai dihiris dengan sembilu
Maksud: Perasaan yang
tersangat pedih
Contoh Ayat: Hati ibu bagai
dihiris dengan sembilu apabila
dihina di hadapan rakan
taulannya.
19. PERIBAHASA
Bagaimana rupa, begitulah
bayangnya
Maksud: Sesuatu yang akan
mengikut sifat asalnya.
Contoh Ayat: Buku itu perlu
dipulangkan sama seperti
keadaan ia dipinjam sebelum ini,
bagaimana rupa, begitulah
bayangnya.
20. PERIBAHASA
Umpama wau putus talinya.
Maksud: Berserah pada takdir
illahi
Contoh Ayat: Saya umpama
wau putus tali dek kerana tidak
bersedia ketika menjawab
soalan peperiksaan itu.
21. PERIBAHASA
Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Maksud: Seseorang yang tidak pandai, akan
menjadi pandai jika diajar dengan bersungguh-
sungguh. Sesuatu yang mustahil, boleh dicapai
jika dilakukan dengan betul-betul.
Contoh Ayat: Sebelum ini, Ali seorang yang tidak
tahu mengira. Namun, selepas diajar oleh Cikgu
Ahmad, segalanya telah berubah. Belakang
parang pun jikalau diasah nescaya tajam.
22. PERIBAHASA
Bukit sama didaki, lurah sama
dituruni
Maksud: Bermuafakat dalam
melakukan sesuatu
Contoh Ayat: Adik beradik dia
mengamalkan sikap bukit sama
didaki, lurah sama dituruni.
23. PERIBAHASA
Dibakar Tak hangus, direndam tak
basah
Maksud: Tidak boleh diapa-apakan
Contoh Ayah: Pelajar itu seorang
yang dibakar tak hangus, direndam
tak basah. Ini kerana, bapanya
merupakan penaja utama program
tersebut.
24. PERIBAHASA
Ringan tulang berat perut
Maksud: Orang yang rajin
bekerja akan memperoleh
hasilnya
Contoh Ayat: Saya percaya, jika
ringan tulang berat perut.
25. PERIBAHASA
Sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan
Maksud: Sebaik sahaja menyedari bahawa
diri telah melakukan kesalahan, kita
hendaklah lekas-lekas insaf dan berusaha
untuk memperbetulkannya.
Contoh Ayat: Bekas pesalah jenayah yang
telah dihukum penjara itu telah insaf. Dia
pernah sat di hujung jalan dan kini sedang
berusaha untuk balik ke pangkal jalan.
26. PERIBAHASA
Kuat ketam kerana kepit, kuat
burung kerana sayap
Maksud: Setiap orang mempunyai
kelebihan dan kekurangan
Contoh Ayat: Janganlah kita
bimbang akan kelemahan diri,
kuat ketam kerana sepit, kuat
burung kerana sayap.
27. PERIBAHASA
Burung terbang dipipiskan lada
Maksud: Merancang sesuatu yang
belum pasti akan diperoleh
Contoh Ayat: Siti menyindir Salina
yang seperti burung terbang
dipipiskan lada kerana banyak
sangat keinginan dan rancangan
yang belum pasti mampu dilakukan
28. PERIBAHASA
Bagai minyak dengan air
Maksud: Perbezaan yang ketara
antara 2 atau lebih perkara yang
berbeza
Contoh Ayat: Ahli politik itu bagai
minyak dengan air. Oleh sebab itu,
mereka tidak boleh bergabung.
29. PERIBAHASA
Enggang lalu ranting patah
Maksud: Sebab yang kebetulan
meninggalkan akibat
Contoh Ayat: Bekas banduan itu
selalu dituduh sebagai punca
permasalahan di taman perumahan
tersebut bagai enggang lalu ranting
patah.
30. PERIBAHASA
Kalau tiada rotan, akar pun berguna juga
Maksud: Jika benda yang dicari tidak dapat,
penggantinya boleh digunakan juga.
Contoh Ayat: Selain buku yang diberi oleh
Cikgu Siti Hasmah, buku di perpustakaan
juga boleh digunakan sebagai rujukan.
Kalau tiada rotan, akar pun berguna juga.