1. LMCP1532 PEMBANGUNAN
BANDAR MAPAN
TUGASAN 4: AMALAN TERBAIK (TAIPING DAN JEPUN)
NAMA: NORHALINA BINTI ZULKEFLI
NO MATRIK: A162246
NAMA PENSYARAH: PROF. DATO' IR DR RIZAATIQ ABDULLAH
3. AMALAN TERBAIK DI BANDAR TAIPING
PENDIDIKAN
• Taiping merupakan salah satu bandar yang mempunyai sekolah-sekolah berprestij
tinggi dalam bidang akademik.
• Antaranya ialah MRSM Taiping, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
(SERATAS), Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, SMK King Edward VII
Taiping dan banyak lagi sekolah cemerlang yang lain.
• Taiping juga memiliki banyak sekolah-sekolah yang asalnya telah dibina sebelum
merdeka lagi. Sekolah-sekolah bersejarah ini antaranya termasuklah SMK King
Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, dan SMK St George Taiping.
• Sekolah agama juga tidak terkecuali dibina di daerah Taiping. Antaranya ialah
Sekolah Agama Rakyat Al-Hashimiah, SMK Khair Lil Banat dan banyak lagi.
4.
5. TAMAN REKREASI TAMAN TASIK TAIPING
• Merupakan bekas kawasan lombong bijih timah di waktu
zaman British, seterusnya ditukar menjadi taman awam
pertama di Malaysia pada tahun 1880. Berkeluasan 64
hektar, taman ini juga adalah taman terbesar di Malaysia.
• Taman yang dipenuhi dengan pohon angsana dan 10 tasik
ini adalah tempat tepat untuk anda mengambil angin petang.
• Kawasan tanah ini asalnya dimiliki oleh Chung Thye Phin,
imigran Cina yang juga kapitan Cina terakhir di Malaya.
Setelah kematiannya, anak kepada lelaki terkaya di Pulau
Pinang ini mendermakan tanah ini untuk dijadikan taman
awam.
• Landskap taman ini direka oleh warga British, Charles
Compton. Hasil idea beliau, keunikan taman ini sering
menjadi tulisan ramai warga Britain yang melawat Malaya.
Pendek kata ramai yang memuji taman ini kerana suasana
sebegini tidak dapat dinikmati di England.
6. BUKIT LARUT
• Bukit Larut dahulunya dikenali sebagai Maxwell Hill.
• Merupakan bukit tertua di Malaysia yang ditubuhkan pada
tahun 1884
• Terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Taiping, utara
Perak, kira-kira 1250 meter di atas paras laut dan terletak
di bahagian paling lembab di negara ini.
• Bukit Larut bukan sahaja dibangunkan sebagai resort
seperti yang terdapat di Cameron Highlands atau Genting
Highlands tetapi masih mengekalkan suasana bukit
kolonial dengan banglo yang selesa, taman yang dipelihara
dengan baik dan iklim yang sejuk.
• Untuk sampai ke bukit, seseorang perlu mendapatkan jip
beroda empat. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan di
atas bukit dan pihak berkuasa resort akan menguruskan
pengangkutan ke bukit.
7. AMALAN TERBAIK DI JEPUN
BUDAYA KERJA
• Rakyat Jepun sangat menepati masa.
• Mereka juga akan menerima sesuatu kerja yang
diberikan dengan rasa sederhana tetapi hasil
yang diberikan amat mengagumkan.
• Mereka juga tidak memberikan alasan jika
sesuatu kesalahan dilakukan sebaliknya
mencari penyelesaian dan mereka dilatih
dengan cara ini sehinggakan tiada kepentingan
bagi mereka untuk menyalahkan sesiapa
TEKNOLOGI
• Jepun memiliki banyak teknologi-teknologi
moden yang telah membantu kehidupan
seharian manusia di seluruh dunia terutamanya
rakyat Jepun.
• Antaranya teknologi luar angkasa, teknologi
robot, keretapi berkelajuan tinggi dan telefon
pintar dan sebagainya.
KEBERSIHAN
• Kebersihan di negara Jepun perlulah dijadikan
contoh kepada negara-negara lain.
• Mereka amat mementingkan kebersihan.
Malahan, longkang-lingkang yang terdapat
disana boleh didiami ikan-ikan.