Ulasan jurnal KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Websuhailarahman26
Ulasan jurnal (KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web)
Jurnal : Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik
-Rubiah Omar & Jamilah Hj. Ahmad-
Universiti Sains Malaysia
2009
1. Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
TUGASAN 1
ULASAN JURNAL
NAMA
:
WONG MUN SUAN
NO. MATRIK
:
M20112001088
PENSYARAH
:
DR. JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT
1
2. Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044)
Analisis Jurnal Tentang
Are Students Ready to Adopt E-Learning? A Preliminary E-readiness
Study of a University in the Gulf Region
Oleh: Abdallah Tubaishat, Azzedine Lansari
College of Information Technology, Zayed University, United Arab Emirates
PENGENALAN
Jurnal yang dipilih untuk membuat analisis bertajuk Are Students Ready to Adopt
E-Learning? A Preliminary E-readiness Study of a University in the Gulf Region yang
terdapat dalam International Journal of Information and Communication Technology
Research Volume 1 No.5 yang bertarikh September 2011. Penyelidik ialah Abdallah
Tubaishat dan Azzedine Lansari dari College of Information Technology, Zayed
University, United Arab Emirates.
PERSOALAN KAJIAN
1.
Sejauh manakah pelajar Kolej Teknologi Maklumat dalam Universiti Zayed
bersedia untuk menerima pelaksanaan e-pembelajaran?
2.
Bagaimanakah persepsi mereka terhadap pelaksanaan e-pembelajaran di universiti?
Institusi di bawah kajian ini adalah di peringkat awal pelaksanaan e-pembelajaran untuk
beberapa kursus. Pelajar bagi Kolej Teknologi Maklumat telah menawarkan diri untuk
mengambil bahagian dalam kajian ini.
KESEDIAAN UNITED ARAB EMIRATES (UAE)
Kemajuan dalam teknologi maklumat, rangkaian, multimedia dan internet membawa
kesan yang besar ke atas pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan,
terutamanya pendidikan tinggi. Banyak definisi e-pembelajaran telah dibentangkan dalam
2
3. Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044)
kertas ini, walaupun definisi berbeza-beza tetapi penyelidik bersetuju bahawa epembelajaran menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih luas dan ia dapat
meningkatkan kesediaan dan kualiti pembelajaran.
United Arab Emirates (UAE) adalah salah satu negara yang mempunyai teknologi
yang paling canggih di kawasan Timur Tengah. Ia merupakan sebuah negara yang kaya
dan moden dengan infrastruktur komunikasi. Hampir semua institusi pendidikan di UAE,
tidak kira swasta ataupun milikan kerajaan, dibekalkan dengan kemudahan internet.
Sekolah-sekolah dan universiti-universiti mentadbir urusan institusi, termasuklah
peperiksaan secara talian. Akses secara percuma ke internet boleh didapati di sekolah,
universiti dan perpustakaan awam dengan tujuan memudahkan kerjasama penyelidikan di
kalangan pengkaji dan penyelidik.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah tinjauan deskriptif telah digunakan dalam kajian ini. Pada tahun 2010, 67 borang
soal selidik telah diedarkan dalam kelas kepada pelajar yang sedang mengambil kursus
Introduction to IT and Systems course (four sections) di Kolej IT untuk menilai
pandangan dan tanggapan mereka tentang kesediaan e-pembelajaran mengikut kategori
berikut: infrastruktur, penggunaan internet, kemahiran komputer pelajar, pembangunan
keyakinan, pilihan cara komunikasi dan persepsi pelajar terhadap e-pembelajaran. Kursus
Introduction to IT and Systems course (four sections) di Kolej IT ini dijalankan dengan
cara pembelajaran pelajar disesuaikan dengan pengajaran bersemuka dicampurkan
pengajaran dengan bahan talian termasuk kurikulum dan peperiksaan dalam talian.
DAPATAN KAJIAN DAN KEPUTUSAN
Infrastruktur
Semua pelajar menyatakan bahawa mereka memiliki komputer riba ataupun komputer
desktop di rumah. Keputusan menunjukkan bahawa pelajar dikehendaki untuk memiliki
sebuah komputer riba yang sangat terkini semasa mereka berada di dalam kampus. Setiap
3
4. Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044)
ahli fakulti turut memiliki komputer riba yang lebih kurang sama dengan pelajar mereka.
Semua komputer riba akan mempunyai jadual penggantian setiap tiga tahun.
Penggunaan internet
Salah satu kebaikan tentang kursus e-pembelajaran adalah bahawa pelajar boleh akses
kepada kursus dari mana-mana dan pada bila-bila masa. Responden ditanya sama ada
mereka mempunyai kemudahan akses kepada internet di rumah. Hampir semua pelajar
(99%) menyatakan bahawa mereka mempunyai kemudahan ini di tempat tinggal mereka.
Tentang keberkesanan penggunaan teknologi untuk memudahkan pembelajaran pelajar,
lebih kurang 83 peratus pelajar menjawab tidak mempunyai masalah mengakses bahan
dalam talian dari rumah manakala 94 peratus pelajar menjawab tidak mempunyai
masalah mengakses bahan dalam talian di kampus.
Kemahiran komputer pelajar
Pelajar yang sedang mengikuti kursus yang melibatkan e-pembelajaran perlu mempunyai
disiplin dan semangat motivasi yang tinggi. Kira-kira 93 peratus pelajar bersetuju bahawa
kemahiran komputer mereka bertambah baik semasa menggunakan aplikasi komputer
dan 79 peratus daripada pelajar bersetuju bahawa e-pembelajaran telah menyumbang
secara positif kepada pengalaman pembelajaran mereka.
Pembangunan keyakinan
Soalan pertama
dalam
bahagian ini
adalah mengenai
kesan
e-pembelajaran
menyumbangkan kepada keupayaan pelajar utnuk menjadi pelajar berdikari, 93 peratus
pelajar bersetuju tentangnya. Soalan kedua menyatakan bahawa e-pembelajaran telah
meningkatkan prestasi pelajar dan 85 peratus pelajar telah bersetuju terhadap kenyataan
ini.
Pilihan cara komunikasi
Universiti yang dipilih ini telah berkembang daripada sebuah universiti semua wanita
kepada sebuah universiti yang juga menerima pelajar lelaki. Oleh itu, salah satu
komponen kajian ini terdiri daripada soalan yang mengenal pasti cara pilihan komunikasi
pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa 78 peratus daripada pelajar lelaki menyatakan
4
5. Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6044)
bahawa mereka lebih selesa dengan komunikasi bersemuka, diikuti oleh 22 peratus lebih
suka komunikasi maya. Keputusan untuk pelajar perempuan menunjukkan bahawa 63
peratus daripada mereka lebih suka bersemuka untuk komunikasi, diikuti dengan 37
peratus lebih suka berkomunikasi maya dengan tenaga pengajar mereka.
Persepsi pelajar terhadap e-pembelajaran
Kira-kira 78 peratus pelajar berfikir bahawa e-pembelajaran menyumbang secara positif
kepada pengajaran dan pengalaman pembelajaran mereka. Hasil kajian menunjukkan
bahawa 75 peratus daripada pelajar percaya bahawa mengambil kursus e-pembelajaran
membantu mereka untuk belajar dengan lebih berkesan. Kedua-dua soalan terakhir dalam
bahagian ini adalah untuk mengetahui sama ada pelajar berasa e-pembelajaran
merupakan satu idea yang baik dan mengenai kesediaan mereka untuk mengambil satu
lagi kursus e-pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa 81 peratus daripada
pelajar bersetuju kenyataan "Menggunakan e-pembelajaran merupakan satu idea yang
baik" dan 78 peratus merasakan bahawa mereka sudah bersedia untuk mengambil manamana kursus e-pembelajaran.
KESIMPULAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tahap yang tinggi tentang penerimaan
terhadap penggunaan e-pembelajaran di institusi ini. Keputusan kajian jelas menunjukkan
bahawa pelajar tidak mempunyai masalah mengakses internet dan bahan-bahan dalam
talian semasa di kampus universiti atau di rumah. Kebanyakan pelajar berpuas hati
dengan infrastruktur teknologi yang sedia ada. Selain itu, kebanyakan pelajar berfikir
bahawa e-pembelajaran boleh menyumbang secara positif kepada pengalaman
pembelajaran mereka. Pilihan cara komunikasi antara pelajar dengan pengajar adalah
lebih kepada bersemuka dan diikuti oleh komunikasi maya. Keputusan kajian juga
menunjukkan bahawa e-pembelajaran telah meningkatkan kemahiran teknikal pelajar,
membantu pelajar membina keyakinan dalam menuntut pembelajaran mereka dan
menyumbang secara positif kepada pengalaman pembelajaran mereka.
5