SlideShare a Scribd company logo
1 of 63
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN
    IDRIS, TANJONG MALIM




                       SME 6044

CONTEMPORARY ISSUES INMATHEMATICS
           EDUCATION
                      TUGASAN 2

                 ISU-ISU KURIKULUM

     PROFESOR DR. MARZITA BINTI PUTEH

 M 20111000338    :   NURAZIZAN BIN NOORDIN

 M 20111000341    :   MOHD NORRAZLI BIN MD RASDI

 M 20111000732    :   MOHAMAD ASRI BIN OMAR

 M 20112001449    :   ROSLAN BIN HASAN
ISU PERTAMA:

HURAIAN SUKATAN
1. Definisi


       Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), makna kurikulum ialah skop dan isi

kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain. Ia juga bermaksud senarai kesemua

mata pelajaran (kursus pengakian) di sekolah dan lain-lain. Manakala menurut Grayson

(1978), kurikulum adalah suatu perencanaan untuk mendapatkan keluaran (out- comes) yang

diharapkan dari suatu pembelajaran. Perencanaan tersebut disusun secara terstruktur untuk

suatu bidang studi, sehingga memberikan pedoman dan instruksi untuk mengembangkan

strategi pembelajaran (Materi di dalam kurikulum harus diorganisasikan dengan baik agar

sasaran (goals) dan tujuan (objectives) pendidikan yang telah ditetapkan dapat tercapai.


       Menurut Harsono (2005), kurikulum merupakan gagasan pendidikan yang

diekpresikan dalam praktik. Dalam bahasa latin, kurikulum bererti track atau jalur pacu. Saat

ini definisi kurikulum semakin berkembang, sehingga yang dimaksud kurikulum tidak hanya

gagasan pendidikan tetapi juga termasuk seluruh program pembelajaran yang terencana dari

suatu institusi pendidikan.


       Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan

1997], pula menjelaskan bahawa kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang

termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,

kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan

seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk

menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan

pengetahuan.




2. Matlamat Pendidikan Matematik
Pendidikan matematik mempunyai matlamat untuk membentuk individu yang

berpemikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik

dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan

sains dan teknologi.


          Kurikulum Matematik KBSR bertujuan membina kefahaman murid tentang konsep

nombor dan kemahiran asas mengira yang boleh diaplikasikan secara berkesan dan

bertangungjawab dalam aktiviti harian selaras dengan aspirasi masyarakat dan negara maju,

serta menggunakan pengetahuan ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih

tinggi.


          Kurikulum Matematik KBSM bertujuan membentuk individu yang berpemikiran

matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan

dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya

berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan

sains dan teknologi.


          Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan

keupayaan matematik murid secara mendalam agar mereka berupaya menggunakan

matematik secara bertanggungjawab dan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan

masalah dan juga bagi memastikan murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk

melanjutkan pelajaran serta dapat berfungsi secara produktif dalam kerjaya yang berkaitan

dengan sains dan teknologi.


3. Objektif Pendidikan Matematik


Kurikulum Matematik sekolah menengah membolehkan murid:
1.    Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan

      Nombor, Bentuk dan Perkaitan;

2.    Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi

      yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan;

3.    Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:

      •   membuat anggaran dan penghampiran;

      •   mengukur dan membina;

      •   memungut dan mengendali data;

      •   mewakilkan dan mentafsir data;

      •   mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik;

      •   menggunakan algoritma dan perkaitan;

      •   menyelesaikan masalah; dan

      •   membuat keputusan.

4.    Berkomunikasi secara matematik;

5.    Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah

      dan membuat keputusan;

6.    Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain;

7.    Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai

      kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik;

8.    Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan

      dan bertanggungjawab;

9.    Bersikap positif terhadap matematik; dan

10.   Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
4. Isu-isu berkaitan


4.1      Topik / Tajuk terlalu banyak


         Tingkatan 1 – 3                Tingkatan 4                  Tingkatan 5

      1. Algebraic Fractions       1. Standard Form             1. Number Bases
      2. Algebraic                 2. Quadratic                 2. Graph of functions II
         Expressions                  Expressions and
                                      Equations                 3. Transformations III
      3. Linear Equations
                                   3. Sets                      4. Matrices
      4. Simultaneous Linear
         Equations                                              5. Variations
                                   4. Mathematical
      5. Arcs and Sector              Reasoning                 6. Gradient and Area
      6. Volume and Surface        5. The Straight Line            under a Graph
         Area
                                   6. Statistics III            7. Probability II
      7. Statistics I & II
                                   7. Probability I             8. Bearing
      8. Polygons
                                   8. Circles III               9. Earth as a Sphere
      9. Indices
                                   9. Trigonometry II           10. Plan and Elevations
      10. Algebraic Formulae
      11. Transformations I &      10. Angles of Elevation
          II                           and Depression
      12. Linear Inequalities      11. Lines and Planes in 3-
                                       Dimensions




                        Jadual 1   Sukatan Pelajaran Matematik SPM (1449)
Kurikulum dan sukatan pelajaran matematik di Malaysia merupakan kurikulum dan

sukatan pelajaran yang digubal dengan baik oleh penggubal-penggubal yang berpengalaman

luas dan mempunyai ilmu yang membanggakan. Namun begitu sukatan pelajaran yang

digariskan dan dinyatakan dalam Jadual 1 di atas menggambarkan kesukaran murid-murid

untuk menguasai kesemua tajuk dengan mendalam. Perkara ini adalah disebabkan kekangan

masa guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.




4.2    Format peperiksaan SPM (1449/2)


       Matematik diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam dua kertas

peperiksaan iaitu Kertas 1 (1449/1) dan Kertas 2(1449/2). Dalam peperiksaan SPM, format

atau bentuk soalan Kertas 2 yang diajukan adalah seperti dalam Jadual 2.


                SECTION A                                       SECTION B

  1. Sets / Graph of Functions II                   12. Graph of Function II
  2. Lines and Planes in 3-Dimensions               13. Transformations III
  3. Quadratic Expressions and Equations            14. Statistics III
  4. Simultaneous Linear Equation
                                                    15. Plan and Elevation
  5. Mathematical Reasoning
                                                    16. Earth as a Sphere
  6. The Straight Line
  7. Matrices
  8. Gradient and Area under a Graph
  9. Probability II
  10. Volume and Surface Area
  11. Arc and Sector




       Jadual 2        Format dan soalan Matematik SPM Kertas 2 (1449/2)
Penetapan tajuk-tajuk soalan yang akan diajukan dalam peperiksaan tersebut akan

menyebabkan murid-murid memberi penekanan terhadap beberapa tajuk yang difikirkan

mudah mendapat markah. Guru-guru juga akan menitikberatkan tajuk-tajuk tertentu bagi

mempastikan murid-murid lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebagai

contoh, guru-guru mungkin akan memberi penekan terhadap tajuk-tajuk yang mudah untuk

murid-murid mendapat markah seperti Simultaneous Linear Equations, Matrices, Graph of

Functions II, Statistic III dan Plans and Elevations.




4.3    Sukatan pelajaran yang banyak diuji dalam peperiksaan


       Peperiksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberi

penekanan terhadap sukatan pelajaran banyak. Sehubungan dengan itu, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah bercadang untuk mengurangkan sukatan pelajaran bagi beberapa

kertas peepriksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Utusan Online,

19 Mac 2009). Menurut Dr Haili Dolhan, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran

Malaysia, cadangan tersebut adalah bertujuan mempercepat proses penyemakan dan

pengumuman keputusan peperiksaan SPM yang mengambil masa yang gak lama untuk

diumumkan.




5. Penutup


       Sukatan pelajaran di Malaysia khususnya dalam mata pelajaran matematik merupakan

sukatan pelajaran yang sangat baik dirancang dan disusun. Namun begitu beberapa langkah

dan tindakan perlu diambil bagi mempastikan matlamat dan objektif pendidikan matematik
dapat dicapai. Setiap ahli akademik khususnya guru sendiri perlu mengambil tindakan yang

sewajarnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat menjadi insan

yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara


6. Rujukan


Curriculum Specifications Mathematics Form 1 (2002). Curriculum Development Centre,

       Ministry of Education Malaysia.


Curriculum Specifications Mathematics Form 2 (2002). Curriculum Development Centre,

       Ministry of Education Malaysia.


Curriculum Specifications Mathematics Form 3 (2003). Curriculum Development Centre,

       Ministry of Education Malaysia.


Curriculum Specifications Mathematics Form 4 (2006). Curriculum Development Centre,

       Ministry of Education Malaysia.


Curriculum Specifications Mathematics Form 5 (2006). Curriculum Development Centre,

       Ministry of Education Malaysia.


Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.


Sukatan Pelajaran Matematik (Tahun tidak dinyatakan). Bahagian Pembangunan Kurikulum,

       Kementerian Pelajaran Malaysia.


Utusan Online (19 Mac 2009). Kurangkan sukatan pelajaran peperiksaan SPM.
ISU KEDUA :
FAKTOR-FAKTOR YANG

 MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN ,

  PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN

                           KURIKULUM.




PENGENALAN

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks

pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan

KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan

arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang

pendidikan.
Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem

pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun,

Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem

pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin

Haji Hussin, 1994 )


Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya.

Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu

proses yang dinamik dan seimbang.


1.0     FAKTOR-FAKTOR               YANG      MEMPENGARUHI           PEMBENTUKKAN            ,

        PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM.


1.1     FALSAFAH PENDIDIKAN.

Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem

pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita

adalah seperti berikut :


                   " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
                   memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
                   untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani,
                   emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
                   Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
                   berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
                   mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
                   dan kemakmuran masyarakat dan negara "

                                                                                ( FPK, 1988 )

Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan

kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah

Pendidikan Negara. Di antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua

tersebut ialah ;
i.      Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan
           keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan
           kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.
  ii.      Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya
           diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.
 iii.      Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan
           harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
           kepatuhan kepada Tuhan.
 iv.       Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.
  v.       Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.
 vi.       Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.
vii.       Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.
viii.      Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.
 ix.       Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan.
  x.       Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.
 xi.       Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap
           berdikari.

                                                               ( Kamaruddin Haji Husin, 1994 )

1.2        FAKTOR POLITIK

Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " :


            "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people
           and their various power bases and their views of what makes for good education"

Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut

menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum.


        Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses

politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali

itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran

penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan

bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah.


        Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya

bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada

ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang
kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan

turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta

Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan

penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang

boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke

arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata

Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi

mewujudkan perpaduan negara itu.


1.3    FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA DAN PERKEMBANGAN.

       Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan

perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai

kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan

sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) :


              "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and
              the institutions of our society, but man itself "

       Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah

membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu

perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan

dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan

kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman

yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)


1.4    FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL.
Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik,

sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang

diperlukan dalam dan luar negara diserapkan.


       Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-

murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum

minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti

mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan

segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara.


       Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang

bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani..

Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai

murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990;

Kamaruddin Hj. Husin, 1994).




1.5    FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA KURIKULUM.

       Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari

ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum

bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau

pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak

masyarakat dan kemajuan negara.


       Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa

ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan.
Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang

hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan

menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan

permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus

menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj.

Husin, 1994).


1.6    FAKTOR MURID, KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT.

       Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan

kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan

kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi

ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan

individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala

ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara

menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995).


       Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta

mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan

individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk

kurikulum tersebut.


       Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari

peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam

sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.


       Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat.

Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan
pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk

masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.


1.7    FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGAN NYA .

       Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya

menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan

kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang.

Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang

lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.


       Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya

menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan

kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat

disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.


       Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu

meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan

dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum,

meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kuriklum itu sendiri.


1.8    PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN

       Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato

dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek

disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh

yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak.

Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ menganggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit

kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilkan tingkah laku. Fahaman ini
telah menghasilkan strategi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk

diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah

matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa,

1992).


          Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan

matematik sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas

kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut.

Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap

negatif dalam diri pelajar terhadap matematik.


          Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan

kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung

tahun 70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan

kepada fahamanND binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.


                                                                               (Nik Aziz Nik Pa )


2.0       JENIS-JENIS KURIKULUM


2.1       KURIKULUM TERSEMBUNYI.


      •   Terletak di luar konteks pengajaran rasmi, belajar secara implisit

      •   Mengandungi peraturan tidak bertulis, konvensi, adat resam, nilai budaya yang

          dikenali sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur

      •   Dibentuk berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang

          pengalaman guru dan murid


2.2       CADANGAN KURIKULUM
•     Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya

      pembentuk dan pembuat dasar .


2.3      KURIKULUM BERTULIS / YANG DIHASRATKAN.


•     Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti

      kurikulum kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah


2.4      KURIKULUM SOKONGAN.


•     Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk

      menyokong atau menyampaikannya.


2.5      KURIKULUM YANG DIAJARKAN.


•     Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru


2.6      KURIKULUM YANG DIUJI.


•     Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru, ujian dibina di

      peringkat daerah dan ujian piawaian


2.7      KURIKULUM YANG DIALAMI/DIPELAJARI.


•     Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil

      daripada pengalaman persekolahan.


2.8       KURIKULUM MASA DEPAN


•     Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami

      kekuatan dan kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat
•   Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan

    memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi,

    deduksi dan menganalisis

•   Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara

    bermakna bagi membolehkan mereka membuat               keputusan dan untuk membentuk

    pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa

    Depan.

•   3 Pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini:


           1. Kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan

              menggunkana pelbagai strategi.

           2. Kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan.

           3. Bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan

              disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum.


PENUTUP

           Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut

dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat

dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan

pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu

sendiri.


           Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan

kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan

bahawa       faktor-faktor   yang   mempengaruhi    perkembangan    kurikulum    itu   sendiri

mencerminkan idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi

persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru
BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti.

Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan
Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.

Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo
Enterprise.

Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP.

Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace
and World.

Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill
Publishing Company.
ISU KETIGA:

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
  DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN
  TINGKATAN SATU HINGGA TIGA
KANDUNGAN                                                   MUKA SURAT

1      PENGENALAN                                                   3

2      MATLAMAT PAV                                                      8

3      OBJEKTIF PAV                                                 8

4   STRUKTUR KURIKULUM                                              9

    4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3                      9

    4.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1                          11

    4.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 – 3                      13

    4.4 Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)       14

    4.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)                    15



5 PENTAKSIRAN PAV                                                   16

    5.1 Dokumen Pentaksiran                                         16
5.2 Pengurusan Pentaksiran dan Eviden                                   16



   6 PROGRAM UJI RINTIS                                                     17

    6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV                          17

    6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis                                   18

    6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV                                          18

    6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV                                         18

    6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV                                        19

    6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid                                       20



   7 PERANAN AGENSI BERKAITAN                                               20

    7.1 Agensi Pusat KPM                                                    20

    7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)   23

       Sekolah                                                              24



   8 KEWANGAN                                                               26

   9 DOKUMENTASI RINTIS PAV                                                 26



  10 KESIMPULAN                                                             27



  11 RUJUKAN                                                                28

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C




1. PENGENALAN
Dalam sistem pendidikan kebangsaan pada masa ini elemen pendidikan teknik dan
vokasional diajar sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (dua waktu
seminggu) di sekolah rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu (tiga waktu seminggu) di
sekolah menengah rendah. Pada peringkat sekolah menengah atas pula (Tingkatan 4 dan 5),
elemen Pendidikan Teknik dan Vokasional diajar sebagai mata pelajaran elektif sahaja.




       Satu program alternatif perlu diadakan bagi memberi peluang pendidikan kepada
murid yang cenderung, berbakat dan berminat dalam pendidikan vokasional. Mesyuarat
Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada 25 Julai 2008 telah memutuskan
supaya pendidikan vokasional diperkenalkan kepada murid bermula seawal Tingkatan 1.
Mesyuarat Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia pada 12 Ogos 2008
telah mengemukakan Pelan Tindakan Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) dengan cadangan untuk mewujudkan mata pelajaran asas kemahiran seawal peringkat
menengah rendah dan dimulakan pelaksanaannya dalam RMK-10. Mesyuarat Jawatankuasa
Perancangan Pendidikan ke-195 bertarikh 20 Disember 2010 telah meluluskan Transformasi
Pendidikan Vokasional yang mencadangkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditawarkan
di Tingkatan 1 hingga 3 bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedang
dilaksanakan di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian.




       Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu sistem pendidikan yang
menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran
yang lain. Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan
pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka
untuk menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti (Laugho & Lillis,1988). Apabila seseorang
pekerja itu diiktiraf sebagai pekerja mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan
dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru.




       Perkembangan idea untuk menubuhkan Pendidikan Teknik dan Vokasional,(PTV) di
Malaysia telah bermula sejak tahun 1890-an lagi. Pada tahun 1897, satu perundingan telah
diadakan tentang tatacara penubuhan sekolah perdagangan untuk melatih orang-orang
Melayu terutamanya lelaki untuk berkhidmat sebagai mekanik dan buruh yang bekerja untuk
memperbaiki kereta api yang menjadi pengangkutan utama pada masa itu (Francis & Ee,
1975). Pada zaman ini, PTV di lihat sebagai satu aliran pendidikan yang hanya
mempersiapkan individu untuk menguasai kemahiran teknikal semata-mata dan kurang
menitik beratkan tentang pembentukan sahsiah diri seseorang. Pada dasarnya, individu di
latih untuk memperbaiki kereta api yang pada itu menjadi pengangkutan utama, tanpa
mempunyai kurikulum yang tetap dan proses pembelajaran seperti yang ada pada masa kini.




       Berdasarkan penubuhan awal PTV di negara ini, didapati bahawa fungsi utama PTV
pada awalnya ialah untuk mempersiapkan individu dengan kemahiran tangan (hands-on)
berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain. Namun, masa beredar dengan cepat, dan
banyak perkembangan yang berlaku terutamanya dalam bidang teknologi dan bidang
pendidikan sehingga PTV tidak lagi menjadi satu aliran yang hanya memberi latihan
kemahiran tangan kepada individu tetapi juga aliran pendidikan yang menerapkan nilai-nilai
murni dalam setiap individu. Secara tidak langsung dapat membentuk keyakinan diri untuk
menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.




       Perlaksanaan kurikulum di sekolah adalah cara utama untuk menerapkan nilai dalam
diri setiap pelajar. Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu harus mempunyai nilai-
nilai yang kuat dalam peribadi mereka sendiri. Menurut Kirkpatrick & Locke, (1991),
terdapat enam karakter ataupun sifat yang membezakan seseorang pemimpin dengan yang
bukan pemimpin iaitu hala tuju, motivasi, integriti, percaya diri, kognitif, kemampuan dan
pengetahuan tugas. Maka, untuk menjadi pemimpin, mereka harus mempunyai keenam-enam
ciri ini bagi membantu mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan disegani.




       Atan    Long (1984), memperkatakan terdapat beberapa unsur yang perlu di
pertimbangkan dalam pembentukan sesebuah kurikulum dan antaranya ialah dari segi
kemasyarakatan yang berasaskan pembentukan kemahiran sosial bagi membolehkan pelajar
untuk berkomunikasi secara positif. Selain daripada itu,   Atan juga menekankan aspek
vokasional dalam pembentukan kurikulum yang berasaskan penguasaan kemahiran bekerja
yang bersesuaian dengan kehendak tenaga rakyat untuk pembangunan negara. Daripada
kedua-dua aspek ini, sangat jelas terlihat bahawa kurikulum di sekolah merupakan satu usaha
untuk membentuk pemimpin di kalangan generasi-generasi muda seterusnya memacu kepada
pembangunan negara melalui kemahiran yang dikuasai.

       Pada awalnya pembentukan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV),
mempunyai kecenderungan dalam kemahiran dan pengetahuan teknikal sahaja. Tetapi pada
masa kini, PTV bukan sahaja menekan mengenai kemahiran dan pengetahuan teknikal, tetapi
juga dalam melahirkan insan yang mempunyai sahsiah diri dan juga melahirkan pemimpin
pada masa hadapan dalam pelbagai bidang. Kepimpinan itu bukan hanya di kurniakan
kepada orang-orang tertentu sahaja, tetapi kepimpinan itu dimiliki oleh semua orang. Ciri-ciri
kepimpinan dalam seseorang itu boleh dibentuk sekiranya seseorang itu mahu menjadi
seorang pemimpin.

                    "Leadership development is everyone's responsibility,"

                                                                    (John Baldoni 1984)




       John (1984) berkata bahawa langkah pertama dalam pembentukan seseorang
pemimpin itu ialah dengan memupuk rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diberikan di
persekitaran pekerjaan dan beliau percaya bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan untuk
melakukan tanggungjawab peribadi masing-masing. Menurut beliau lagi corak kepimpinan
dapat memberi dorongan kepada pengikut. John juga menegaskan bahawa kepimpinan adalah
cara kita mempersiapkan diri dan organisasi untuk masa depan.




       Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 4/2011 pada 9 Oktober 2011
telah bersetuju dengan konsep PAV serta memutuskan supaya pelaksanaan rintis penuh PAV
akan dilaksanakan mulai tahun 2012 bagi murid Tingkatan 1 di 15 buah sekolah menengah
yang dipilih berdasarkan kepada kriteria tertentu.
Pelaksanaan rintis pada tahun 2012 di 15 buah sekolah menengah melibatkan 15 bilik
darjah dan 450 orang murid (30 orang setiap kelas). Pada tahun 2013, sebanyak 135 buah
sekolah akan melaksanakan PAV. Pertambahan sekolah PAV akan dilaksanakan secara
berperingkat sebanyak 450 buah menjelang tahun 2022. Pengambilan murid seramai 60
orang (2 kelas) setiap tahun bagi setiap sekolah. Menjelang tahun 2022, disasarkan seramai
81,000 orang murid berada dalam PAV yang melibatkan 2,700 buah kelas dan 450 buah
sekolah.




Jadual 1 menunjukkan Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional sehingga tahun 2022



Bilangan Sekolah

                2012       2013        2014       2015        2016      2017       2018    2019   2020    2021   2022

Sekolah Baru        15         135        100         50          40         60     30      10      10      0      0

Sedia Ada           0          15         150         250     300        340        400     430    440     250    450

Jum. Sekolah        15         150        250         300     340        400        430     440    450     450    450

Bilik Darjah        15         300        500     1800        2040       2400      2580    2640    2700   2700   2700



Bilangan Bilik Darjah / Bengkel

Tingkatan 1    15        300        500         600         680        800        860     880     900     900    900

Tingkatan 2               15         300         500         600        680        800     860     880     900    900

Tingkatan 3                           15         300         500        600        680     800     860     880    900

Jum Kelas      15        315        815         1400        1780       2080       2340    2540    2640    2680   2700

Jum Murid      450       9450        2445       4200        5340       6240       7020    7620    7920    8040   81000
                                       0          0           0          0          0       0       0       0



Bilangan Murid

Tingkatan 1              9000       1500        1800        2040       2400       2580    2640    2700    2700   27000
               450
                                    0           0           0          0          0       0       0       0

Tingkatan 2     0        450         9000       1500        1800       2040       2400    2580    2640    2700   27000
0          0      0      0      0       0           0

Tingkatan 3                                   1500     1800   2040   2400    2580        2640        27000
               0       0     450    9000
                                                0        0    0      0       0           0

Jum Murid                   2445    4200      5340     6240   7020   7620    7920        8040        81000
              450    9450
                              0       0         0        0    0      0       0           0



         Sumber KPM Jadual 1: Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional

      Laluan pembelajaran murid PAV dalam Transformasi Pendidikan Teknikal dan
Vokasional adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah :


                                   DUNIA PEKERJAAN




                                             DUNIA
                                           PEKERJAAN




                                                                                             SKM 4
 SPM                                                                                         SKM 3
                                                                                             SKM 2
                                                                                             SKM 1

                            60%
PMR                                                                                          SKM 2
                                                                            PENDIDIKAN
                                                                               ASAS
                                                                                             SKM 1
                                                                            VOKASIONAL

                            95%                                              5%
 UPSR




                   Rajah 1 Sumber KPM: Laluan Pembelajaran Murid PAV



        Murid yang berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan
kerjaya diberi keutamaan dalam pengambilan untuk mengikuti PAV. PAV akan diajar di
peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga 3. Murid akan mendapat sijil
Pendidikan Asas Vokasional (SPAV) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM,
berserta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1) dan SKM 2 yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dalam tempoh 3
tahun tersebut. Murid yang tamat PAV ini akan mendapat sekurang-kurangnya SKM 1.



         Selepas PAV, murid berpeluang meningkatkan tahap kemahiran di Institut Latihan
Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Swasta (ILKS) ke peringkat SKM 3 dan
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP),
Institut Kemahiran Negara (IKBN), Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Kolej
Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Construction Industry Development Board (CIDB) dan
lain-lain institut secara attachment di bawah tanggungjawab KPM. Murid lepasan PAV di
akhir Tingkatan 3 juga berpeluang ke Kolej Vokasional. Berbekalkan SPAV dan SKM,
murid boleh meneruskan kerjaya di sektor awam dan swasta.



2. MATLAMAT PAV



       Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR
menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.



3. OBJEKTIF PAV



        Objektif PAV secara umumnya adalah untuk mencegah keciciran murid pada
peringkat rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca seperti lembam,
murid bermasalah disiplin, murid bermasalah sosio-ekonomi dan sebagainya. Manakala
objektif khusus PAV adalah seperti berikut :



       3.1 Menjadikan aliran pendidikan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan
          murid berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar `hands-on’
          yang berterusan.



       3.2 Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat
          memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang
          dituntut oleh majikan dan industri.
3.3 Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan
        pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan
        pengetahuan dan kemahiran pekerjaan.



    3.4 Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka
        kritis, kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan
        masa depan.




    3.5 Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya
        niaga.




4. STRUKTUR KURIKULUM



    4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3



          Struktur kurikulum PAV adalah seperti pada Jadual 2.
Struktur Kurikulum PAV
                                                                                             Waktu /Minggu dan
                      KOMPONEN      DIMENSI                 MODUL                            Peratus Penumpuan
                                                                                 Ting 1    %    Ting 2   %    Ting 3   %
              1   Jati Diri                     Bahasa Malaysia Komunikasi
                                 Komunikasi                                       10      22%     6     14%     6      14%
                                                English for Communication
                                 Patriotisma    Sejarah                            4      9%      2     4%      2      4%
                                                Pendidikan Islam / Moral           4      9%      3     7%      3      7%
                                                Pendidikan Jasmani & Kesihatan     1      2%      1     2%      1      2%
                                 Sahsiah        Ko Kurikulum (Sukan, Pasukan
                                                Beruniform dan                     2      4%      1     2%      1      2%
                                                Kelab/Persatuan)
              2   Teknologi
                  Vokasional     Teknologi      Sains , Matematik dan TMK          4      9%      2     4%      2      4%

              3   Kemahiran                      Kemahiran dalam bidang          Pra Vokasional    SKM T1        SKM T2
                  Vokasional                     Teknikal, Pertanian, Ekonomi
                                 Vokasional
                                                 Rumah Tangga, Seni &
                                 Asas & Spesifik                                  20      45%     30    67%     30     67%
                                                 Kebudayaan, Kraf tangan,
                                                 Perdagangan dan TMK
              4   Kemahiran
                               Keusahawanan Merentas Kurikulum
                  Keusahawanan
                                 Jumlah Waktu Seminggu                            45      100     45    100     45     100




                  *           SKM T1            -          Sijil Kemahiran Tahap 1

                  *           SKM T2            -          Sijil Kemahiran Tahap 2



                                     Jadual 2 Sumber KPM : Struktur Kurikulum PAV



        Kurikulum PAV digubal untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran, kritis,
kreatif dan inovatif melalui persekitaran pembelajaran berorientasikan pengalaman alam
pekerjaan. Empat komponen yang ditekankan adalah Jati Diri, Teknologi Vokasional,
Kemahiran Vokasional Asas dan Spesifik serta Kemahiran Keusahawanan.

       Komponen Jati Diri bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran
berkomunikasi, menghayati dan mengamalkan ajaran agama, sikap dan nilai murni dalam
kehidupan mereka. Komponen ini juga adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme
serta membantu perkembangan aspek fizikal dan estetika dalam diri murid.

        Komponen Teknologi Vokasional pula bertujuan memberi pengukuhan ilmu sains,
matematik serta teknologi maklumat dan komunikasi. Komponen Kemahiran Vokasional
terdiri daripada Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik bertujuan
untuk menyediakan murid dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan bidang vokasional.
Elemen sikap, nilai dan kemahiran keusahawanan pula diajar dan diterapkan ke dalam diri
murid melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan secara merentas kurikulum.
4.1.1   Komponen Jati Diri



                Komponen Jati Diri terdiri daripada tiga dimensi iaitu Komunikasi,
        Patriotisme dan Sahsiah. Mata pelajaran bagi dimensi komunikasi ialah
        Bahasa Malaysia Komunikasi dan English for Communication, dimensi
        patriotisme diterap melalui mata pelajaran Sejarah manakala dimensi sahsiah
        dipupuk melalui mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral,
        Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta gerak kerja kokurikulum
        yang meliputi aktiviti sukan, pasukan beruniform, kelab dan persatuan.



4.1.2   Komponen Teknologi Vokasional



                 Teknologi Vokasional menggabungkan tiga bidang pengajian iaitu
        bidang sains, matematik dan teknologi maklumat, standard kandungannya
        digubal untuk kegunaan murid vokasional. Matlamat Teknologi Vokasional
        adalah untuk mengembangkan potensi murid agar boleh berfikir secara logik,
        kritis, kreatif dan inovatif terutama ketika mengikuti pembelajaran kemahiran
        vokasional.



4.1.3   Komponen Kemahiran Vokasional



                Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada dimensi
        Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik.
        Kemahiran Vokasional Asas merupakan pendidikan pra-vokasional yang
        ditawarkan di Tingkatan 1. Pra Vokasional meliputi enam kemahiran dalam
        bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni dan Kebudayaan,
        Kraf tangan, Perdagangan dan TMK. Modul-modul Pra-Vokasional adalah
        untuk memberi pendedahan dan menyediakan murid dari segi mental dan
        fizikal sebelum mereka menjurus kepada beberapa pengkhususan spesifik
        pekerjaan mengikut standard dan keperluan industri yang ditawarkan di
        Tingkatan 2 dan 3. Kemahiran Vokasional Spesifik pula memberi penekanan
        kepada tiga aspek penting untuk melahirkan individu yang bersedia
        memasuki alam pekerjaan, iaitu aspek kemahiran kebolehkerjaan
        (employability skills), kemahiran keusahawanan (entrepreneurial skills) dan
        kemahiran spesifik pekerjaan (job specific skills) yang bersifat hands-on.
        Kedua-dua kemahiran kebolehkerjaan dan keusahawanan juga merupakan
kemahiran generik (soft skills), yang akan diaplikasikan dengan pembelajaran
       kemahiran spesifik.



                  Tiga peringkat Kemahiran Vokasional yang akan diikuti oleh murid
       ialah :

                        ●        Tingkatan 1   -      Pra Vokasional

                        ●        Tingkatan 2   -      Kemahiran      Tahap   1    (SKM
       Tahap 1)

                        ●        Tingkatan 3   -      Kemahiran      Tahap   2    (SKM
       Tahap 2)

4.2   Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1

       Semasa di Tingkatan 1, murid akan mengikuti 45 peratus Domain Vokasional
dan 55 peratus Domain Akademik, sementara di Tingkatan 2 dan 3, Domain
Vokasional adalah sebanyak 67 peratus dan 33 peratus bagi Domain Akademik.
Jadual 3 menunjukkan senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi
Vokasional berserta peruntukan waktu seminggu akan disampaikan kepada murid
Tingkatan 1.

                                                                                 Waktu /
 BIL KOMPONEN                 DIMENSI                 MODUL
                                                                                 Minggu

                            Komunikasi     Bahasa Malaysia Komunikasi              10

                            Patriotisme    Sejarah                                 4

  1   Jati Diri                            Pend Islam / Pend Moral                 4

                            Sahsiah        Pendidikan Jasmani                      2

                                           Pendidikan Kesihatan                    1

      Teknologi                            Teknologi Vokasional (Sains,
  2                         Teknologi                                              4
      Vokasional                           Matematik dan TMK)

      Kemahiran
  3                                                Rujuk Jadual 4
      Vokasional

      Kemahiran
  4                Keusahawanan Merentas Kurikulum
      Keusahawanan



 Jadual 3 Sumber KPM: Senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi
Vokasional
Komponen Kemahiran Pra Vokasional pula akan disampaikan melalui modul umum
dan modul elektif. Enam modul umum yang berasaskan kepada kemahiran bidang Ekonomi
Rumah Tangga, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknikal serta Pertanian disediakan
sebagai modul `Taster’ untuk murid merasai dan mendapat pendedahan terhadap semua
kursus kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan dalam pasaran. Peruntukan waktu pengajaran
dan pembelajaran adalah sebanyak 20 waktu seminggu di mana setiap modul umum akan
dilaksanakan dalam masa 80 waktu. Ini bermakna, selama 24 minggu pada 6 bulan pertama
persekolahan murid akan mengikut satu persatu modul umum (480 waktu setahun). Modul
Pengurusan Diri dicadangkan sebagai modul pertama diajar kerana matlamat dan kandungan
modul ini adalah untuk memberi kemahiran mengurus diri kepada murid sebagai asas dan
motivasi mengikuti pembelajaran seterusnya. Jadual 4 menunjukkan senarai enam modul
umum Pra Vokasional yang wajib dipelajari oleh murid PAV.

                                               Bilangan waktu     Waktu /
           Bil             Modul Umum
                                               P&P / 35 minggu    Minggu

           1         Pengurusan Diri                  80             20

           2         Asas Multimedia                  80             20

           3         Kera Asas Pembinaan              80             20

           4         Asas Mekanikal                   80             20

           5         Aplikasi Litar Elektrik          80             20

           6         Asas Pertanian                   80             20

                             JUMLAH                  480



                         Jadual 4 Sumber KPM : Modul umum Pra Vokasional Tingkatan 1



       Seterusnya, murid akan mengikut modul elektif yang ditawarkan di sekolah masing-
masing. Modul Elektif ini juga diajar sebanyak 20 waktu seminggu selama 11 minggu (220
waktu setahun). Ini akan menjadikan jumlah waktu bagi modul Pra Vokasional yang diikuti
oleh murid ialah sebanyak 700 waktu untuk P&P selama 35 minggu.




                             Modul Elektif       Bilangan waktu   Waktu /
               Bil
                            (1 modul sahaja)          P&P         Minggu
Penyediaan dan Penyajian
       1                                    220           20
            Makanan

       2    Bakeri                          220           20

       3    Pakaian dan jahitan             220           20

       4    Seni Kecantikan                 220           20

       5    Asuhan Kanak-kanak              220           20

       6    Animasi dan Visual              220           20

       7    Pembuatan Perabot               220           20

       8    Pelan Dekoratif                 220           20

       9    Perpaipan                       220           20

      10    Pembinaan Bangunan              220           20

      11    Seni Reka Tanda                 220           20

      12    Automotif                       220           20

            Penyejukbekuan dan
      13                                    220           20
            Penyaman Udara

      14    Kimpalan Arka                   220           20

                 Modul Elektif         Bilangan waktu   Waktu /
      Bil
                (1 modul sahaja)            P&P         Minggu

      15    Kimpalan Gas                    220           20

      16    Pendawaian Elektrik             220           20

      17    Elektronik Audio Visual         220           20

      18    Akuakultur                      220           20

      19    Tanaman                         220           20



              Jadual 5 Sumber KPM: Modul Elektif Pra Vokasional Tingkatan 1



4.3   Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3

      Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3 mengekalkan komponen yang
sama, tetapi berbeza dari aspek waktu pembelajaran yang diperuntukkan. Komponen
Jati Diri dan Teknologi Vokasional dikurangkan waktu P&P seminggu untuk
memberi lebih waktu kepada modul kemahiran Tahap 1 di Tingkatan 2 dan modul
Tahap 2 di tingkatan 3 di mana modul-modul berkenaan membolehkan murid diberi
Sijil Kemahiran (SKM) selepas menamatkan kursus dengan jayanya. Komponen
Kemahiran Keusahawanan diajar secara merentas kurikulum.

                                                                      Waktu / Minggu
 Bil   Komponen        Dimensi                  Modul
                                                                     Ting 2     Ting 3

                                   Bahasa Malaysia Komunikasi          6          6
                    Komunikasi
                                   English For Communication

                    Patriotisme    Sejarah                             2          2
 1     Jati Diri                   Pend Islam / Moral                  3          3

                                   Pend Jasmani dan Pend Kesihatan     1          1
                    Sahsiah
                                   Ko-Kurikulum (Sukan, Pasukan
                                                                       1          1
                                   Uniform dan Kelab / Persatuan)

2      Teknologi    Teknologi      Teknologi Vokasional (sains,
                                                                       2          2
       Vokasional                  Matematik dan TMK)

3      Kemahiran    Vokasional     Kemahiran dalam bidang
       Vokasional   Spesifik       Teknikal, Pertanian, Ekonomi      * SKM     * SKM
                                   Rumah Tangga, Seni &              Tahap 1   Tahap 2
                                   Kebudayaan, Kraf tangan,
                                   Perdagangan dan TMK (Modul
                                   merujuk kepada NOSS)                30        30




                                                                      Waktu / Minggu
 Bil   Komponen        Dimensi                  Modul
                                                                     Ting 2     Ting 3

4      Kemahiran
       Keusahawa    Keusahawanan   Merentas Desa
       nan
Jumlah Waktu Seminggu                             45         45



            Jadual 6 Sumber KPM : Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3



      4.4    Mata Pelajaran Pilihan Kemahiran Malaysia (SKM)

            Murid PAV boleh menamatkan modul Tahap 1 SKM atau 2 SKM semasa di
      Tingkatan 2 atau sepanjang Tingkatan 2 hingga Tingkatan 3. Pilihan SKM murid
      PAV Tingkatan 2 hingga 3 yang ditawarkan di sekolah masing-masing berdasarkan
      kepada bengkel MPV sedia ada adalah ditunjukkan seperti pada Jadual 7 di bawah :

Bil   Tingkatan 1                         Tingkatan 2                Tingkatan 3

                Pra Vokasional                      Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

      Modul Umum        Modul Elektif
1                      Penyediaan dan
                                         L-041-1 Pembantu            L-041-2 Penyedia
                       Penyajian
2                                        Penyedia Makanan            Makanan
                       Makanan
3
                                         L-100-1Pembantu
                       Bakeri                                        L-100-2 Penyedia Roti
4                                        Penyedia Roti

5                      Pakaian dan       K-012-1 Pembuat Pakaian     K-012-2 Pembuat Pakaian
                       Jahitan           Wanita                      Wanita Kanan
6
                       Seni Kecantikan   MP-060-1 Jurukecantikan     MP-060-2 Jurukecantikan
7
                       Asuhan Kanak-     CC-010-1 Penjaga Kanak-     CC-010-2 Penjaga Pusat
8
     Pengurusan Diri   kanak             kanak                       Jagaan Kanak-kanak
9    Asas Multimedia
                       Animasi dan       IT-050-2 Artis Multimedia   IT-040-2 Artis Multimedia
     Kerja Asas
10                     Visual            - Visual                    - animator
     Pembinaan
11   Asas Mekanikal    Pembuatan                                     RB-050-2 Pembuat
                                         RB-050-1 Pembuat Perabot
     Aplikasi Litar    Perabot                                       Perabot Kanan
12   Elektrik
                                         ID-040-1 Pereka Dalaman
     Asas Pertanian    Pelan Dekoratif                               ID-040-2 Pereka Dalaman
                                         Rendah

                       Perpaipan         B-020-1 Jurukerja Paip      B-020-2 Jurukerja Paip

                       Pembinaan         B-010-1 Jurubina            B-010-2 Jurubina
                       Bangunan          Bangunan                    Bangunan
13
                                         H-312-2 Juruteknik Reka     H-312-2 Juruteknik Reka
                       Seni Reka Tanda
                                         bentuk Produk Industri      bentuk Produk Industri

                                         P-119-1 Juruteknik          TP-300-2 Juruteknik
                       Automotif         Automotif                   Kenderaan Motor

                                         P-118-1 Juruteknik          P-118-2 Juruteknik

                                         Motosikal                   Motosikal Kanan

                       Penyejukbekuan C-010-1 Mekanik                C-010-2 Mekanik
                       dan Penyaman Penyejukbekuan dan               Penyejukbekuan dan
14
                       Udara          Penyaman Udara -               Penyaman Udara -
                                      Domestik                       Domestik

                       Kimpalan Arka                                 H-024-2 Jurukimpal Arka
                                         H-024-1 Jurukimpal Arka
                                                                     Logam Berperisai – Keluli
15                                       Logam Berperisai – Keluli
                                                                     Karbon & Keluli Tahan
                                         Karbon
                                                                     Karat

16                     Kimpalan Gas      H-022-1 Jurukimpal Gas      H-022-2 Jurukimpal Gas
17                      Pendawaian         C-051-1 Juruteknik             C-051-2 Juruteknik
                        Elektrik           Elektrik Rendah                Elektrik

18                      Elektronik Audio EE-010-1 Juruteknik              EE-010-2 Juruteknik
                        Visual           Rendah Elektronik Audio          Rendah Elektronik Audio
                                         Visual                           Visual

19                      Akuakultur         AF-031-1 Operator              AF-031-2 Juruteknik
                                           Akuakultur                     Rendah Akuakultur

20                      Tanaman            Y-050-1 Pekerja Am             Y-050-2 Juruteknik
                                           Tanaman                        Tanaman



           Jadual 7 Sumber KPM: Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3



            Maklumat lanjut berkaitan SKM dan NOSS boleh merujuk kepada buku
     Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diterbitkan oleh
     Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.



     4.5     Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

           Kurikulum PAV menawarkan pendekatan pedagogi berkonsep “kurang
     mengajar”, belajar lebih (teach less, learn more)” , dan pembelajaran melalui
     pengalaman. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk
     menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid
     supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut :

             ◙      Pendekatan modular berasaskan kompetensi

             ◙      Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, berasaskan tugasan dan
                    aktiviti

             ◙      Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

             ◙      Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)

             ◙      Pembelajaran kolaboratif dan koperatif

             ◙      Pembelajaran Masteri

             ◙      Integrasi teknologi ICT merentas kurikulum

             ◙      Integrasi keusahawanan merentas kurikulum

             ◙      Lawatan industri
Contoh Jadual Waktu P & P, sila rujuk Lampiran C



5. PENTAKSIRAN PAV

     5.1   Dokumen Pentaksiran

                         Dokumen berkaitan pentaksiran akan diterbitkan oleh Lembaga
           Peperiksaan KPM untuk kegunaan guru dan murid PAV. Beberapa sesi Kursus
           / bengkel / mesyuarat akan diadakan untuk memaklumkan pengurusan
           pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru.



     5.2   Pengurusan Pentaksiran dan Eviden

           5.2.1   Fail Pengurusan Pentaksiran

                   Fail Pengurusan Pentaksiran hendaklah dikemas kini, disimpan dan
                   disemak oleh pihak yang diberi kuasa memeriksa. Fail hendaklah
                   disimpan dengan selamat dan sentiasa mengikut peraturan yang
                   sedang berkuat kuasa.

           5.2.2   Eviden

                   Eviden merupakan bukti kepada pelaksanaan pentaksiran. Eviden
                   hendaklah ditunjukkan kepada pihak yang diberi kuasa dan disimpan
                   di tempat yang selamat selama diperlukan untuk tujuan pengesahan.

6. PROGRAM UJI RINTIS



             Uji rintis sesuatu dokumen standard kurikulum merupakan antara tindakan
     yang perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah tertentu bertujuan untuk mendapatkan
     maklum balas kebolehlaksanaan kurikulum berkenaan dan diikuti dengan tindakan
     penambahbaikan sebelum penyebaran untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak
     sekolah. Surat Siaran telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
     bertarikh 24 Oktober 2011 memaklumkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri
     mengenai pelaksanaan Projek Rintis PAV di sekolah menengah yang terpilih.
     Kandungan surat siaran ini juga menekankan bahawa pelaksanaan Projek Rintis PAV
     adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bermula dari Jabatan Pelajaran Negeri,
     Pejabat Pelajaran Daerah dan Pengetua Sekolah berkenaan.



     6.1   Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV
Ujian rintis ini dijalankan untuk melihat perkara berikut :

      6.1.1   Kesesuaian kandungan kurikulum PAV

      6.1.2   Kesesuaian bahasa yang digunakan

      6.1.3   Kefahaman terhadap isi kandungan

      6.1.4   Penerimaan murid

      6.1.5   Persediaan sekolah

      6.1.6   Keberkesanan jadual waktu PAV

      6.1.7   Kesesuaian peralatan dan prasarana

      6.1.8   Kesesuaian norma guru PAV

      6.1.9   Mengesan kekurangan dan kelebihan pelaksanaan

      6.1.10 Menilai pelaksanaan kurikulum PAV

      6.1.11 Menambah baik pelaksanaan kurikulum PAV

      6.1.12 Mengenal pasti kompetensi guru dan murid

      6.1.13 Menilai keberkesanan kursus / latihan guru

      6.1.14 Menilai keberkesanan PBS

      6.1.15 Menilai keberkesanan JU membimbing guru

      6.1.16 Menilai keberkesanan modul pembelajaran PAV

      6.1.17 Mendapatkan maklum balas murid, ibu bapa, guru dan pentadbir

      6.1.18 Mengumpul dan menyelesaikan masalah yang timbul



6.2   Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis

      6.2.1   Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berkenaan mempunyai
              kemudahan prasarana Mata Pelajaran Vokasional (MPV).

      6.2.2   Mempunyai peralatan dan bengkel yang hampir menyamai keperluan
              pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1.

      6.2.3   Sebuah sekolah dipilih pada setiap negeri menjadikan jumlah sebanyak
              15 SMK sahaja.

      6.2.4   SMK terpilih adalah mewakili Bandar dan Luar Bandar.
6.2.5   SMK terpilih hanya memerlukan penambahan peralatan dan naik taraf
              fizikal bengkel / makmal / ladang yang minimum

      6.2.6   SMK menerima murid Sekolah Kebangsaan (SK) yang mempunyai
              pencapaian tahap UPSR yang minimum.

      6.2.7   Dapatan Kajian Pemetaan di antara Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
              bagi Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dengan Standard Kemahiran
              Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard –
              NOSS), Kementerian Sumber Manusia menunjukkan terdapat
              persamaan yang signifikan antara kedua-dua dokumen berkenaan dari
              aspek kendungan (sila rujuk lampiran A).



6.3   Senarai Sekolah Rintis PAV

      Sila rujuk Lampiran B



6.4   Kriteria Pemilihan Guru PAV

      6.4.1   Guru PAV wajib mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang yang
              diajar dan memiliki opsyen yang berkaitan. Guru bukan opsyen perlu
              mengikuti latihan intensif khususnya berkaitan pengetahuan dan
              kemahiran vokasional. Pengetua boleh mempertimbangkan kelayakan
              guru berdasarkan keperluan kelas PAV. Guru Kemahiran Hidup
              Bersepadu (KHB) adalah diberi keutamaan untuk terlibat dengan rintis
              PAV Tingkatan 1. Guru MPV juga perlu mengikuti kursus orientasi
              kurikulum PAV Tingkatan 1 dan boleh terlibat dengan program rintis.
              Untuk pelaksanaan PAV seterusnya, Guru KHB boleh
              dipertimbangkan untuk mengajar murid Tingkatan 1 sementara guru
              MPV dipertimbangkan untuk mengajar murid Tingkatan 2 hingga 3.

      6.4.2   Guru perlu komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran dan
              pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

      6.4.3   Norma guru setiap satu kelas PAV adalah seperti berikut :

              a)     Norma guru mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan
                     matematik, bidang kemanusiaan adalah berdasarkan norma
                     guru semasa yang sedang berkuat kuasa.

              b)     Norma guru mata pelajaran bidang teknik dan vokasional juga
                     berdasarkan norma guru semasa yang sedang berkuat kuasa.
6.5   Kriteria Pemilihan Murid PAV

      Pemilihan murid PAV dalam pelaksanaan rintis PAV adalah melalui 4 (empat)
      kriteria yang ditetapkan iaitu :

      6.5.1   Pencapaian UPSR : Murid yang dipilih memperoleh pencapaian
              UPSR yang rendah. Keutamaan diberikan kepada murid berpotensi
              memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan.         Murid
              Masalah Pembelajaran (Learning Disability) tidak digalakkan memilih
              PAV.

      6.5.2   Proses Kaunseling : Murid PAV diberi bimbingan oleh kaunselor
              pada awal Tingkatan 1 mengenai hala tuju pembelajaran PAV
              khususnya pemilihan mata pelajaran pra-vokasional dan persijilan
              kemahiran.

      6.5.3   Persetujuan ibu bapa / penjaga : Pentadbir sekolah mengadakan sesi
              taklimat bagi mendapat persetujuan ibu bapa / penjaga manakala
              beberapa aspek perlu diambil kira dalam memberi panduan tentang
              potensi anak mereka dan kesesuaian dalam bidang yang dipilih.

      6.5.4   Pentaksiran psikometrik : Pentaksiran psikometrik dilaksanakan bagi
              tujuan saringan serta mengenal pasti kecenderungan, minat, bakat, cara
              pembelajaran, aptitud dan kebolehan literasi numerasi.




6.6   Pengurusan dan Bilangan Murid

      Pengurusan kelas murid PAV adalah seperti berikut :

      6.6.1   Pengambilan murid di dalam setiap kelas adalah 30 orang murid.

      6.6.2   Bagi mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik,
              bidang kemanusiaan selain bidang kemahiran, kelas PAV tidak boleh
              digabungkan dengan kelas lain dalam aliran arus perdana.

      6.6.3   Pentadbir sekolah melantik guru tingkatan untuk menguruskan
              pentadbiran kelas.

      6.6.4   Kaunselor bertanggungjawab menganalisis perkembangan murid dan
              memberi maklum balas kepada guru mata pelajaran PAV.

      6.6.5   Cadangan pelaksanaan modul PAV Pra Vokasional Tingkatan 1
              adalah seperti berikut :
6.6.5.1     Modul Umum diajar oleh guru yang mengajar mata
                                pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

                    6.6.5.2     Modul Elektif diajar oleh guru sedia ada yang mengajar
                                Mata Pelajaran Vokasional (MPV).



7.    PERANAN AGENSI BERKAITAN

       Bagi tujuan Rintis PAV sahaja, berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak-
pihak yang terlibat dalam melaksanakan program berkenaan.

      7.1   Agensi Pusat KPM

            7.1.1   Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV)

                    a)        Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain
                              KPM untuk menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan
                              kepada pihak atasan.

                    b)        Mengedarkan surat dan memo siaran berkaitan pelaksanaan
                              PAV.

                    c)        Melaksanakan kursus orientasi kurikulum kepada guru yang
                              mengajar mata pelajaran akademik dan vokasional untuk tujuan
                              peningkatan, kelayakan kemahiran dan laluan kerjaya guru
                              khusus untuk PAV.

                    d)        Melatih dan meningkatkan kompetensi Pembantu Am (PAV).

                    e)        Menyebarkan maklumat kepada semua pihak berkepentingan
                              (stake holders) di KPM melalui taklimat pelaksanaan.

                    f)        Melaksanakan jerayawara “out reach” kepada masyarakat
                              umum.

                    g)        Menyediakan prasarana bengkel dan makmal di sekolah
                              mengikut keperluan kurikulum.

                    h)        Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai
                              pelaksanaan rintis PAV.

                    i)        Bertanggungjawab     mengeluarkan      surat   siaran   yang
                              ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada
                              Pengarah JPN berkaitan pelaksanaan rintis PAV.



            7.1.2   Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
a)    Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard
                        kurikulum kepada semua pihak yang terlibat dengan
                        pelaksanaan kurikulum PAV.

                  b)    Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P)
                        program rintis.

                  c)    Menjalankan taklimat uji rintis kepada pentadbir sekolah yang
                        terlibat.

                  d)    Menyediakan Jurulatih Utama Kurikulum PAV (JUK) dan
                        menjalankan kursus orientasi kurikulum dan modul P&P
                        kepada pentadbir dan guru yang terlibat dengan program rintis.

                  e)    Memantau, menilai dan menyediakan laporan uji rintis
                        kurikulum PAV merangkumi perkara-perkara berikut :

                        ●      Tujuan / Objektif
                        ●      Latar belakang
                        ●      Dapatan
                        ●      Kesimpulan

                  f)    Membentangkan laporan uji rintis dalam mesyuarat yang
                        dipengerusikan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah.
                  g)    Memurnikan dokumen standard kurikulum mengikut keputusan
                        atau arahan Pengarah / Timbalan Pengarah.

                  h)    Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum PAV.




          7.1.3   Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

                  a)    Membangun dan menyebarluaskan dokumen               berkaitan
                        pentaksiran untuk kegunaan guru dan murid PAV.

                  b)    Menjalankan sesi kursus / bengkel / mesyuarat untuk
                        memaklumkan pengurusan pentaksiran PAV kepada pentadbir
                        dan guru.

                  c)    Memantau, menilai dan menyediakan laporan pelaksanaan
                        rintis PAV dari aspek pentaksiran Tingkatan 1.



          7.1.4   Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(BPPDP)
a)    Mengkaji dan menyediakan norma guru PAV

              b)    Mengkaji dan menyediakan norma Pembantu Am (PAV)



      7.1.5   Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

              a)    Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan PAV
                    mengikut norma yang sedang berkuat kuasa.

              b)    Menstruktur tadbir urus sekolah dengan mewujudkan jawatan
                    koordinator PAV.

              c)    Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV.




      7.1.6   Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

              a)    Melatih guru PAV untuk mendapatkan sijil SKM yang
                    bersesuaian.

              b)    Melatih guru PAV untuk meningkatkan kemahiran yang
                    bersesuaian.

              c)    Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru PAV dan
                    Pembantu Am (PAV).



      7.1.7   Bahagian Lain KPM

              a)    Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada semua
                    bahagian KPM yang terlibat dengan PAV.

              b)    Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV.



7.2   Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

      7.2.1   Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang
              menguruskan guru dan murid manakala di Sektor Pengurusan
Akademik yang menguruskan mata pelajaran sebagai pemudah cara
              pelaksanaan rintis PAV.

      7.2.2   Menjelaskan maksud surat siaran berkaitan pelaksanaan rintis PAV
              kepada sekolah yang terlibat melalui taklimat/bengkel/mesyuarat.

      7.2.3   Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV menggunakan
              instrumen yang disediakan.

      7.2.4   Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta
              mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.

      7.2.5   Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada semua
              bahagian KPM yang terlibat dengan PAV.

7.3   Sekolah

      7.3.1   Pengetua

              a.    Memastikan program rintis dilaksanakan di sekolah
                    berdasarkan pekeliling dan surat siaran yang sedang berkuat
                    kuasa.

              b.    Memastikan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan.

              c.    Mempromosikan PAV melalui taklimat kepada ibu bapa /
                    penjaga, murid dan masyarakat.

              d.    Memastikan prasarana untuk tujuan          pengajaran    dan
                    pembelajaran disediakan dan berfungsi.

              e.    Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid,
                    pelaksanaan modul dan pentaksiran PAV.

              f.    Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan
                    rintis PAV (Lampiran C).

              g.    Menentukan tugas Pembantu AM (PAV) membantu di
                    bengkel / makmal / ladang bagi membantu guru melaksanakan
                    tugas bukan pengajaran.

              h.    Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta
                    mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai.

              i.    Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada PPD /
                    JPN / bahagian KPM yang terlibat

              j.    Mendaftarkan sekolah sebagai pusat bertauliah SKM.

              k.    Mempunyai kelayakan sebagai pengurus pusat bertauliah.
l.      Memastikan guru berkelayakan sebagai tenaga pengajar SKM



        7.3.2   Guru

        a.      Memastikan menerima dokumen standard kurikulum dan
                modul berkaitan PAV.

        b.      Menyampaikan pengajaran berdasarkan kandungan dokumen
                standard kurikulum.

        c.      Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dokumen
                pentaksiran.

        d.      Mendokumentasikan dokumen pengajaran dan pembelajaran
                serta pentaksiran PAV dan menyimpan di tempat yang selamat.

        e.      Menghadiri kursus / bengkel / mesyuarat yang dianjurkan oleh
                mana-mana bahagian KPM dari semasa ke semasa.

        f.      Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan
                pelaksanaan PAV.

        g.      Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul
                PAV.

        h.      Memastikan peralatan mencukupi dan boleh digunakan untuk
                pengajaran dan pembelajaran.

        i.      Mengikuti kursus kelayakan sebagai pengajar SMK bertauliah.



7.3.3   Pembantu AM (PAV)

        a.      Mengurus peralatan, bahan, kebersihan dan mengawasi
                keselamatan di bengkel.

        b.      Menyusun atur peralatan untuk tujuan pengajaran dan
                pembelajaran.

        c.      Menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan
                pembelajaran.

        d.      Melaksanakan verifikasi inventori peralatan dan bahan di
                bengkel / makmal / ladang.

        e.      Membantu guru bagi memastikan bengkel kondusif dan
                selamat digunakan.
f.     Menjalankan kerja penyelenggaraan peralatan secara berkala.

                   g.     Memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi.

                   h.     Menghadiri latihan disediakan KPM supaya mempunyai
                          kemahiran untuk berkhidmat di sekolah yang menawarkan
                          PAV.

                   i.     Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

8.   KEWANGAN

     Peruntukan kewangan disediakan berdasarkan keperluan berikut :

     8.1   Peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih peralatan /
           bengkel / makmal / ladang adalah berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus
           (ABM) tahun semasa.

     8.2   Geran Per Kapita (Per Capita Grant) mata pelajaran bidang bahasa, bidang
           sains dan matematik, bidang kemanusiaan, teknik dan vokasional adalah
           berdasarkan pekeliling PCG yang sedang berkuat kuasa. Maklumat terkini
           PCG mata pelajaran bagi tujuan rintis boleh diperoleh dari Bahagian
           Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV).



9.   DOKUMEN RINTIS PAV

     9.1   Dokumen Standard Kurikulum mengandungi Standard Kandungan dan
           Standard Pembelajaran boleh diperoleh dari Bahagian Pembangunan
           Kurikulum (BPK), KPM.

     9.2   Modul Pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard
           Kandungan boleh diperoleh dari Bahagian Kurikulum (BPK), KPM.

     9.3   Modul Pentaksiran mengandungi Standard Prestasi dan Standard Kompetensi
           boleh diperoleh dari Lembaga Peperiksaan (LP), KPM.

     9.4   Panduan Pelaksanaan Rintis PAV boleh diperoleh dari Bahagian
           Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.

     9.5   Instrumen Pemantauan rintis PAV untuk mengenal pasti keperluan
           penambahbaikan rintis boleh diperoleh dari BPK, KPM.
10.   KESIMPULAN



             Pendidikan Asas Vokasional (PAV) merupakan satu dasar kurikulum dan
      kaedah untuk menyelesaikan masalah keciciran murid-murid di peringkat awal lagi.
      Berdasarkan perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia, kadar keciciran murid-
      murid di peringkat rendah (UPSR) yang tinggi, keadaan ini memerlukan penyelesaian
      yang terbaik agar murid-murid ini tidak terbiar dan boleh menjerumuskan mereka ke
      arah aktiviti-aktiviti yang negatif.



              Dasar ini juga adalah untuk memperkembangkan lagi potensi individu (murid-
      murid) yang mempunyai kelebihan dalam bidang kemahiran untuk
      memperkembangkan bakat mereka ke arah saluran yang sesuai. Murid-murid juga
      mempunyai lebih banyak pilihan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih
      tinggi.



            Dasar ini juga untuk memendekkan murid-murid ini memperoleh Sijil
      Kemahiran Malaysia 3 (SKM 3) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) selepas
      mereka menamatkan pengajian dengan jaya selepas Menengah Atas sahaja (Tingkatan
      5). Kemudian mereka berpeluang melanjutkan ke Institusi Pendidikan Tinggi
      Vokasional untuk mendapatkan Ijazah Pertama dan seterusnya.
11.   RUJUKAN



      Anuar, Khidzir, Ramli & Azmi (2011) : Panduan Pelaksanaan Rintis Pendidikan
           Asas Vokasional (PAV) di Sekolah Menengah Harian, Sektor Pendidikan
           Teknik dan Vokasional Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
           Pelajaran Malaysia.

      Francis Wong H.K. & Ee T.H. (1975). Education in Malaysia, 2nd. Ed. Hong Kong: Heinemann
              Educational Books (Asia) Ltd.

      A proposal paper by UNESCO and ILO: Technical and Vocational Training for 21st Century
             (2002).

      Kirkpatrick, S.A., Locke, E.A. (1991), "Leadership: do traits really matter?", Academy of
              (Rupert N.Evans, 1978)Management Executive, Vol. 5 pp.48-60.

      Laugho & Lilis (1988). „How The Dual System Works‟.Learning to work, working to learn.
             Malaysia : ISIS Malaysia.


      Atan Long (1984). The role of the National Vocational Training Council in themanagement of
             vocational training in Malaysia: A critical evaluation. Batu Pahat: KUiTTHO

      John Baldani (1984). „Industrial Training in Malaysia – Challenge and Response‟. Editorial,
              Journal of the Malaysian Institute of Management.
Lampiran A

                                  PERATUS
                                 PERSAMAAN
BIL    KOD    MATA PELAJARAN MPV                                NOSS
                                 MPV – NOSS
                                  TAHAP 1/2

 1     RJP    Rekaan dan Jahitan Pakaian   100%   K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita

 2     MM     Menservis Motosikal          96%    P-118-1 Juruteknik Motosikal

 3     MP     Membuat Perabot              87%    RB-050-1 Pembuat Perabot

 4     TM     Tanaman Makanan              81%    Y-050-1 Pekerja Ladang Pertanian

              Akuakultur dan Haiwan               AF-030-2 Juruteknik Rendah
 5     AHR                                 81%
              Rekreasi                            Akuakultur

            Menservis Peralatan
                                                  C-010-1 Mekanik Penyejukbekuan
 6    MPPPU Penyejukan dan Penyaman        76%
                                                  dan Penyaman Udara – Domestik
            Udara

                                                  D-090-2 Artis Multimedia – Video

                                                  D-100-2 Artis Multimedia – Audio
 7     PM     Produksi Multimedia          68%
                                                  IT-040-2ArtisMultimedia– Animator

                                                  IT-050-2 Artis Multimedia - Visual

                                                  HT-010-1 Pramusaji
 8     KP     Katering dan Penyajian       67%    L-041-1 Pembantu Penyedia
                                                  Makanan
9         Pen. D       Pendawaian Domestik                58%             C-051-1 Juruteknik Elektrik Rendah

10         HAD         Hiasan Dalaman Asas                58%             ID-040-1 Pereka Dalaman Rendah

11         MA          Menservis Automobil                58%             P-119-1 Juruteknik Automotif

                                                                          Y-040-1 Operator Pengeluaran
12        Pem. M Pemprosesan Makanan                      53%
                                                                          Pemprosesan Makanan

                       Penjagaan Muka dan
13        PMDR                                            49%             N-011-1 Jurukecantikan
                       Dandanan Rambut

                                                                          H-024-1 Jurukimpal Arka Logam
14         KAG         Kimpalan Arka dan Gas              43%
                                                                          Berperisai (Keluli Karbon)

15         KPD         Kerja Paip Domestik                37%             B-020-1 Jurukerja Paip

16         PD          Pembinaan Domestik                 32%             B-010-1 Jurubina Bangunan

17         LN          Landskap dan Nurseri               29%             LE-010-1 Landscape Attendant

                       Menservis Peralatan                                EE-010-1 Electronic Audio Visual
18        MPED                                            10%
                       Elektrik Domestik                                  Junior Technican

                       Asuhan dan Pendidikan         Tiada Kajian
19        APAK                                                            Tiada Berkenaan
                       Awal Kanak-kanak               Pemetaan

                       Gerontologi Asas dan          Tiada Kajian
20        GAPG                                                            Tiada Berkenaan
                       Perkhidmatan Geriatik          Pemetaan

                                                     Tiada Kajian
21         GB          Grafik Berkomputer                                 Tiada Berkenaan
                                                      Pemetaan

                                                     Tiada Kajian
22         SRT         Seni Reka Tanda                                    Tiada Berkenaan
                                                      Pemetaan
     BIL    NEGERI              NAMA SEKOLAH                MPV                  PA V       CADANGAN SKM
                          SMK Arau                  Rekaan dan Jahitan     Pakaian dan     Pembuat Pakaian
     1.       Perlis
                          Arau                      Pakaian                Jahitan         Wanita
                                                                                         LAMPIRAN B
                          SMK Simpang Kuala                                Membuat
     2.       Kedah                                 Membuat Perabot                           Pembuat Perabot
                          05400 Alor Setar                                 Perabot

                          SMK Datuk Haji Mohd Nor
                                                                                              Juruteknik
     3.      P.Pinang     Ah mad                    Menservis Motosikal    Pengenalan Enjin
                                                                                              Motosikal
                          11700 Gelugor
                          SMK Trolak Selatan                                              Juruteknik
     4.       Perak                                 Menservis Automobil    Pengenalan Enjin
                          Trolak                                                          Automatif
                          SMK Sun gai Rawang                                              Pekerja Am
     5.      Selangor                               Tanaman Makanan        Tanaman Hiasan
                          Sepang                                                          Tanaman
                                                                                          Mekanik
                                                    Menservis Peralatan    Penyejukbekuan
                          SMK Dato’ Sedia Raja                                            Penyejukbekuan
     6.     N. Sembilan                             Penyejukan dan         dan Penyamanan
                          71350 Rembau                                                    dan Penyamanan
                                                    Penyaman Udara         Udara
                                                                                          Udara Domestik
                          SMK Seri Pengkalan        Rekaan dan Jahitan     Pakaian dan    Pembuat Pakaian
     7.       Melaka
                          Alor Gajah                Pakaian                Jahitan        Wanita
BIL    NEGERI                NAMA SEKOLAH                       MPV              PAV         CADANGAN SKM
                     SMK Datok Menteri                                     Membuat
 8.      Johor                                           Membuat Perabot                     Pembuat Perabot
                     Batu Pahat                                            Perabot
                                                                           Penyed iaan dan
                     SMK Bukit Goh                       Katering dan                        Pembantu
 9.      Pahang                                                            Penyajian
                     26050 Kuantan                       Penyajian                           Penyedia Makanan
                                                                           Makanan
                     SMK Saujana                         Akuakultur dan                      Juruteknik Rendah
1 0.   Terenggan u                                                         Akuakultur
                     22110 Setiu                         Haiwan Rekreasi                     Akuakultur
                                                                           Penyed iaan dan
                     SMK Kubang Kerian 2                 Katering dan                        Pembantu
1 1.    Kelantan                                                           Penyajian
                     Kota Bharu                          Penyajian                           Penyedia Makanan
                                                                           Makanan
                                                                           Penyed iaan dan
                     SMK Beau fort                       Katering dan                        Pembantu
1 2.     Sabah                                                             Penyajian
                     Beau fort                           Penyajian                           Penyedia Makanan
                                                                           Makanan
                     SMK Belaga                          Pendawaian        Pendawaian        Juruteknik Elektrik
1 3.    Sarawak
                     96900 Belaga                        Domestik          Elektrik          Rendah
                                                                                             Lampiran B
                     SMK Setiawangsa                                                         Pereka Dalaman
1 4.     WP KL                                           HiasanDalaman     Hiasan Dalaman
                     Kuala Lumpur                                                            Rendah
                     SMK Taman Perumahan Bedaun          Produksi          Visual dan        Multimedia -Artis
1 5.   WP Labuan
                     87028 Wilayah Perseku tuan Labuan   Multimedia        Animasi           Visual/Animasi
ISU KEEMPAT :




   NKRA.
PENGENALAN



Selepas lebih 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang

pendidikan.Kita telah mencapai kadar penyertaan pendidikan rendah yang universal dan

peningkatan penyertaan pendidikan menengah yang menggalakkan.


Pencapaian pendidikan di Malaysia menunjukkan penurunan berbanding dengan Singapura

dan Hong Kong.Perkara yang amat membimbangkan jurang pencapaian pelajar semakin

lebar .Contohnya, 20 % dari pelajar Malaysia tidak mencapai tahap penanda aras yang

minimum (TIMSS)


Penurunan dalam kualiti pendidikan secarakeseluruhan memerlukan perhatian kerana

perkara ini akan menyumbang kepada pembangunan modal insan Negara dan seterusnya

pembangunan ekonomi Negara.




ASPIRASI PENDIDIKAN



   1 Aspirasi     pendidikan di Malaysia adalah untuk meningkatkan      keberhasilan

      pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua

      pelajar diseluruh negara.
2 Peningkatan pencapaian pelajar amat krusial bagi membangunkan modal insan bagi

      menghasikan tenaga kerja dan seterusnya merealisasikan Negara berpendapatan

      tinggi menjelang 2020.


   3 Memastikan pendidikan berkualiti dapat dikecapi oleh semua bagi menambahbaik

      taraf kehidupan penduduk Malaysia.


Atas aspirasi ini maka 4 sub NKRA PENDIDIKAN telah dipilih.




   A. PRA SEKOLAH


   B. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS )


   C. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)


   D. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH
NKRA PENDIDIKAN



   NKRA pendidikan adalah salah satu dasar kerajaan yang berfokuskan dalam bidang

keberhasilan utama nasional.Tujuan utama      dasar NKRA diwujudkan adalah untuk

meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Dalam Bidang

Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4

sub- NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.




 A. PRASEKOLAH




     Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 tahun keatas dan 5 tahun

keatas menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan

menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada system

pendidikan kebangsaan.Secara umum Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

diwujudkan   untuk   memastikan   perkembangan     holistic   kanak-kanak.Amalan   yang
diwujudkan adalah bersesuaian dengan perkembangan murid.Pendekatan yang digunakan

adalah pendekatan berpusatkan murid, pembelajaran menerusi permainan, berintegrasi

dan bertema, inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan projek.Dari segi standard

pembelajaran pula ia merupakan pengenalan kepada asas literasi dan numerasi.Secara tidak

langsung pelajar akan bersedia untuk mengikuti pembelajaran di sekolah rendah




B LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)



   Literasi adalah keupayaan untuk untuk membaca, menulis dan memahami perkataan

dalam B.Melayu, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah(dengan menggunakan kata

hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta

komunikasi harian.


  Numerasi merupakan keupayaan untuk melakukan operasi asas dan memahami idea

matematik yang mudah serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran Matematik

dalam kehidupan seharian.


   Setiap kanak-kanak adalah diharapkan dapat menguasai kemahiran asas literasi dan

numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.Bagi kanak-

kanak berkeperluan khas , kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk mereka.




6 strategi pelaksanaan Program Linus untuk mencapai sasaran dan objektif.
1. Saringan murid(tahun 1, tahun 2 dan tahun 3)


 2. Pembangunan bahan


 3. Pengukuhan kemahiran pedagogi guru


 4. Program kesedaran sekolah dan komuniti.


 5. Pemantauan, Penyeliaan dan penilaian.


 6. Pembentukan FasiLinus (Fasilitator LINUS)




C SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)



  Adalah diharapkan dengan wujudnya SBT maka lahirlah sekolah berprestasi tinggi yang

mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri.Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan

kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.Terdapat 3 objektif sekolah berprestasi

tinggi.




 1. Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik.

    Meningkatkan kualiti pencapaianb institusi pendidikan melalui peningkatan tahap

autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan

masing-masing.




 2. Menghasilkan pelajar cemerlang
ISU KURIKULUM MATEMATIK
ISU KURIKULUM MATEMATIK

More Related Content

Viewers also liked

Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 
Suasana Akademik Perguruan Tinggi
Suasana Akademik Perguruan TinggiSuasana Akademik Perguruan Tinggi
Suasana Akademik Perguruan TinggiDwi Sulisworo
 
Buku panduan-kurikulum-dikti-pembelajaran-2014
Buku panduan-kurikulum-dikti-pembelajaran-2014Buku panduan-kurikulum-dikti-pembelajaran-2014
Buku panduan-kurikulum-dikti-pembelajaran-2014Denny Helard
 
Perpres No 8 Tahun 2012 TTG KKNI
Perpres No 8 Tahun 2012 TTG KKNIPerpres No 8 Tahun 2012 TTG KKNI
Perpres No 8 Tahun 2012 TTG KKNIKacung Abdullah
 
External Quality Assurance for Indonesian Higher Education
External Quality Assurance for Indonesian Higher EducationExternal Quality Assurance for Indonesian Higher Education
External Quality Assurance for Indonesian Higher Educationjjnjndn
 
Borang brawijaya
Borang brawijayaBorang brawijaya
Borang brawijayaAndri ZZs
 
Dirjen dikti kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
Dirjen dikti kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulumDirjen dikti kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
Dirjen dikti kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulumAry Shiddiqi
 
Projek ternakan kambing jbtn veterinar
Projek ternakan kambing jbtn veterinarProjek ternakan kambing jbtn veterinar
Projek ternakan kambing jbtn veterinard2d2d2d2
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalHayati Mustaffa
 
1. kkni dan impklikasinya
1. kkni dan impklikasinya1. kkni dan impklikasinya
1. kkni dan impklikasinyaInung24
 
Penyusunan kurikulum basis kkni
Penyusunan kurikulum basis kkniPenyusunan kurikulum basis kkni
Penyusunan kurikulum basis kkniAyu Purwarianti
 
Muka depan trends
Muka depan trendsMuka depan trends
Muka depan trendshaieri
 
Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia
Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja MalaysiaProspek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia
Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja MalaysiaJawatan Kosong
 
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRFazHani Faz
 
Contoh projek ternakan kambing
Contoh projek ternakan kambingContoh projek ternakan kambing
Contoh projek ternakan kambingmirulas
 
Contoh muka depan upsi
Contoh muka depan upsiContoh muka depan upsi
Contoh muka depan upsiAbu Azhari
 

Viewers also liked (20)

Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 
Suasana Akademik Perguruan Tinggi
Suasana Akademik Perguruan TinggiSuasana Akademik Perguruan Tinggi
Suasana Akademik Perguruan Tinggi
 
Buku panduan-kurikulum-dikti-pembelajaran-2014
Buku panduan-kurikulum-dikti-pembelajaran-2014Buku panduan-kurikulum-dikti-pembelajaran-2014
Buku panduan-kurikulum-dikti-pembelajaran-2014
 
Perpres No 8 Tahun 2012 TTG KKNI
Perpres No 8 Tahun 2012 TTG KKNIPerpres No 8 Tahun 2012 TTG KKNI
Perpres No 8 Tahun 2012 TTG KKNI
 
External Quality Assurance for Indonesian Higher Education
External Quality Assurance for Indonesian Higher EducationExternal Quality Assurance for Indonesian Higher Education
External Quality Assurance for Indonesian Higher Education
 
Borang brawijaya
Borang brawijayaBorang brawijaya
Borang brawijaya
 
Rp ikankeli
Rp ikankeliRp ikankeli
Rp ikankeli
 
Dirjen dikti kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
Dirjen dikti kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulumDirjen dikti kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
Dirjen dikti kebijakan dikti ttg kkni dan kurikulum
 
Projek ternakan kambing jbtn veterinar
Projek ternakan kambing jbtn veterinarProjek ternakan kambing jbtn veterinar
Projek ternakan kambing jbtn veterinar
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
 
TKRS SK Pengenalan 2015
TKRS SK Pengenalan 2015TKRS SK Pengenalan 2015
TKRS SK Pengenalan 2015
 
1. kkni dan impklikasinya
1. kkni dan impklikasinya1. kkni dan impklikasinya
1. kkni dan impklikasinya
 
Penyusunan kurikulum basis kkni
Penyusunan kurikulum basis kkniPenyusunan kurikulum basis kkni
Penyusunan kurikulum basis kkni
 
Muka depan trends
Muka depan trendsMuka depan trends
Muka depan trends
 
Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia
Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja MalaysiaProspek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia
Prospek Kerjaya TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia
 
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
 
Contoh projek ternakan kambing
Contoh projek ternakan kambingContoh projek ternakan kambing
Contoh projek ternakan kambing
 
Contoh muka depan upsi
Contoh muka depan upsiContoh muka depan upsi
Contoh muka depan upsi
 
Rp Kambing
Rp KambingRp Kambing
Rp Kambing
 
Tahap 3
Tahap 3Tahap 3
Tahap 3
 

Similar to ISU KURIKULUM MATEMATIK

Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematikIsu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematikMohd Norrazli Md Rasdi
 
[1] sk & kd matematika
[1] sk & kd matematika[1] sk & kd matematika
[1] sk & kd matematikaWidi Fayi
 
Silabus matematika smp revisi 2017 doc (recovered)
Silabus matematika smp revisi 2017 doc (recovered)Silabus matematika smp revisi 2017 doc (recovered)
Silabus matematika smp revisi 2017 doc (recovered)danilikhwan
 
Mata Pelajaran Matematika untuk Sekolah Dasar (SD)/Madrasah Ibtidaiyah (MI)
Mata Pelajaran Matematika untuk Sekolah Dasar (SD)/Madrasah Ibtidaiyah (MI)Mata Pelajaran Matematika untuk Sekolah Dasar (SD)/Madrasah Ibtidaiyah (MI)
Mata Pelajaran Matematika untuk Sekolah Dasar (SD)/Madrasah Ibtidaiyah (MI)Endah Gustianti Hamzah
 
Silabus matematika smp revisi 2017-ok
Silabus  matematika smp revisi 2017-okSilabus  matematika smp revisi 2017-ok
Silabus matematika smp revisi 2017-okLusi Kurnia
 
04 silabus matematika smp 20012017-ok
04 silabus  matematika smp 20012017-ok04 silabus  matematika smp 20012017-ok
04 silabus matematika smp 20012017-okMinarni Minarni
 
04 silabus matematika smp 20012017-ok
04 silabus  matematika smp 20012017-ok04 silabus  matematika smp 20012017-ok
04 silabus matematika smp 20012017-okparulian
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
Kepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latestKepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latestintansyafika
 
Kepercayaan Guru
Kepercayaan GuruKepercayaan Guru
Kepercayaan GuruIrma Gurlz
 
03 Asesmen IKM.pdf
03 Asesmen IKM.pdf03 Asesmen IKM.pdf
03 Asesmen IKM.pdfMohMudzakir
 
Pppmmatematik tingkatan1
Pppmmatematik tingkatan1Pppmmatematik tingkatan1
Pppmmatematik tingkatan1Nurul Azlina
 

Similar to ISU KURIKULUM MATEMATIK (20)

Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematikIsu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
 
[1] sk & kd matematika
[1] sk & kd matematika[1] sk & kd matematika
[1] sk & kd matematika
 
Silabus matematika smp revisi 2017 doc (recovered)
Silabus matematika smp revisi 2017 doc (recovered)Silabus matematika smp revisi 2017 doc (recovered)
Silabus matematika smp revisi 2017 doc (recovered)
 
1 hal-dep-ix-1
1 hal-dep-ix-11 hal-dep-ix-1
1 hal-dep-ix-1
 
Mata Pelajaran Matematika untuk Sekolah Dasar (SD)/Madrasah Ibtidaiyah (MI)
Mata Pelajaran Matematika untuk Sekolah Dasar (SD)/Madrasah Ibtidaiyah (MI)Mata Pelajaran Matematika untuk Sekolah Dasar (SD)/Madrasah Ibtidaiyah (MI)
Mata Pelajaran Matematika untuk Sekolah Dasar (SD)/Madrasah Ibtidaiyah (MI)
 
5 6327868672605945870
5 63278686726059458705 6327868672605945870
5 6327868672605945870
 
Silabus matematika smp revisi 2017-ok
Silabus  matematika smp revisi 2017-okSilabus  matematika smp revisi 2017-ok
Silabus matematika smp revisi 2017-ok
 
04 silabus matematika smp 20012017-ok
04 silabus  matematika smp 20012017-ok04 silabus  matematika smp 20012017-ok
04 silabus matematika smp 20012017-ok
 
04 silabus matematika smp 20012017-ok
04 silabus  matematika smp 20012017-ok04 silabus  matematika smp 20012017-ok
04 silabus matematika smp 20012017-ok
 
[1] sk & kd smp mtk
[1] sk & kd smp mtk[1] sk & kd smp mtk
[1] sk & kd smp mtk
 
1 sk-kd-smp-mtk
1 sk-kd-smp-mtk1 sk-kd-smp-mtk
1 sk-kd-smp-mtk
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
Kepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latestKepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latest
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
Kepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latestKepercayaan guru-latest
Kepercayaan guru-latest
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
Kepercayaan Guru
Kepercayaan GuruKepercayaan Guru
Kepercayaan Guru
 
03 Asesmen IKM.pdf
03 Asesmen IKM.pdf03 Asesmen IKM.pdf
03 Asesmen IKM.pdf
 
Pppm matematik ting 1
Pppm matematik ting 1Pppm matematik ting 1
Pppm matematik ting 1
 
Pppmmatematik tingkatan1
Pppmmatematik tingkatan1Pppmmatematik tingkatan1
Pppmmatematik tingkatan1
 

More from Mohd Norrazli Md Rasdi

More from Mohd Norrazli Md Rasdi (6)

Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9  isu kurikulum )
Kajian tindakan sme6044 ( kumpulan 9 isu kurikulum )
 
Penulisan Ilmiah isu kurikulum
Penulisan Ilmiah  isu kurikulumPenulisan Ilmiah  isu kurikulum
Penulisan Ilmiah isu kurikulum
 
SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044   ISU-ISU KURIKULUMSME 6044   ISU-ISU KURIKULUM
SME 6044 ISU-ISU KURIKULUM
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
PAV
PAVPAV
PAV
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 

ISU KURIKULUM MATEMATIK

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJONG MALIM SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES INMATHEMATICS EDUCATION TUGASAN 2 ISU-ISU KURIKULUM PROFESOR DR. MARZITA BINTI PUTEH M 20111000338 : NURAZIZAN BIN NOORDIN M 20111000341 : MOHD NORRAZLI BIN MD RASDI M 20111000732 : MOHAMAD ASRI BIN OMAR M 20112001449 : ROSLAN BIN HASAN
  • 3. 1. Definisi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), makna kurikulum ialah skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain. Ia juga bermaksud senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengakian) di sekolah dan lain-lain. Manakala menurut Grayson (1978), kurikulum adalah suatu perencanaan untuk mendapatkan keluaran (out- comes) yang diharapkan dari suatu pembelajaran. Perencanaan tersebut disusun secara terstruktur untuk suatu bidang studi, sehingga memberikan pedoman dan instruksi untuk mengembangkan strategi pembelajaran (Materi di dalam kurikulum harus diorganisasikan dengan baik agar sasaran (goals) dan tujuan (objectives) pendidikan yang telah ditetapkan dapat tercapai. Menurut Harsono (2005), kurikulum merupakan gagasan pendidikan yang diekpresikan dalam praktik. Dalam bahasa latin, kurikulum bererti track atau jalur pacu. Saat ini definisi kurikulum semakin berkembang, sehingga yang dimaksud kurikulum tidak hanya gagasan pendidikan tetapi juga termasuk seluruh program pembelajaran yang terencana dari suatu institusi pendidikan. Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997], pula menjelaskan bahawa kurikulum merupakan suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. 2. Matlamat Pendidikan Matematik
  • 4. Pendidikan matematik mempunyai matlamat untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian hasil perkembangan sains dan teknologi. Kurikulum Matematik KBSR bertujuan membina kefahaman murid tentang konsep nombor dan kemahiran asas mengira yang boleh diaplikasikan secara berkesan dan bertangungjawab dalam aktiviti harian selaras dengan aspirasi masyarakat dan negara maju, serta menggunakan pengetahuan ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kurikulum Matematik KBSM bertujuan membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan keupayaan matematik murid secara mendalam agar mereka berupaya menggunakan matematik secara bertanggungjawab dan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah dan juga bagi memastikan murid mempunyai persediaan yang mencukupi untuk melanjutkan pelajaran serta dapat berfungsi secara produktif dalam kerjaya yang berkaitan dengan sains dan teknologi. 3. Objektif Pendidikan Matematik Kurikulum Matematik sekolah menengah membolehkan murid:
  • 5. 1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan; 2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan; 3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu: • membuat anggaran dan penghampiran; • mengukur dan membina; • memungut dan mengendali data; • mewakilkan dan mentafsir data; • mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik; • menggunakan algoritma dan perkaitan; • menyelesaikan masalah; dan • membuat keputusan. 4. Berkomunikasi secara matematik; 5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan; 6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain; 7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik; 8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab; 9. Bersikap positif terhadap matematik; dan 10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.
  • 6. 4. Isu-isu berkaitan 4.1 Topik / Tajuk terlalu banyak Tingkatan 1 – 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 1. Algebraic Fractions 1. Standard Form 1. Number Bases 2. Algebraic 2. Quadratic 2. Graph of functions II Expressions Expressions and Equations 3. Transformations III 3. Linear Equations 3. Sets 4. Matrices 4. Simultaneous Linear Equations 5. Variations 4. Mathematical 5. Arcs and Sector Reasoning 6. Gradient and Area 6. Volume and Surface 5. The Straight Line under a Graph Area 6. Statistics III 7. Probability II 7. Statistics I & II 7. Probability I 8. Bearing 8. Polygons 8. Circles III 9. Earth as a Sphere 9. Indices 9. Trigonometry II 10. Plan and Elevations 10. Algebraic Formulae 11. Transformations I & 10. Angles of Elevation II and Depression 12. Linear Inequalities 11. Lines and Planes in 3- Dimensions Jadual 1 Sukatan Pelajaran Matematik SPM (1449)
  • 7. Kurikulum dan sukatan pelajaran matematik di Malaysia merupakan kurikulum dan sukatan pelajaran yang digubal dengan baik oleh penggubal-penggubal yang berpengalaman luas dan mempunyai ilmu yang membanggakan. Namun begitu sukatan pelajaran yang digariskan dan dinyatakan dalam Jadual 1 di atas menggambarkan kesukaran murid-murid untuk menguasai kesemua tajuk dengan mendalam. Perkara ini adalah disebabkan kekangan masa guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 4.2 Format peperiksaan SPM (1449/2) Matematik diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam dua kertas peperiksaan iaitu Kertas 1 (1449/1) dan Kertas 2(1449/2). Dalam peperiksaan SPM, format atau bentuk soalan Kertas 2 yang diajukan adalah seperti dalam Jadual 2. SECTION A SECTION B 1. Sets / Graph of Functions II 12. Graph of Function II 2. Lines and Planes in 3-Dimensions 13. Transformations III 3. Quadratic Expressions and Equations 14. Statistics III 4. Simultaneous Linear Equation 15. Plan and Elevation 5. Mathematical Reasoning 16. Earth as a Sphere 6. The Straight Line 7. Matrices 8. Gradient and Area under a Graph 9. Probability II 10. Volume and Surface Area 11. Arc and Sector Jadual 2 Format dan soalan Matematik SPM Kertas 2 (1449/2)
  • 8. Penetapan tajuk-tajuk soalan yang akan diajukan dalam peperiksaan tersebut akan menyebabkan murid-murid memberi penekanan terhadap beberapa tajuk yang difikirkan mudah mendapat markah. Guru-guru juga akan menitikberatkan tajuk-tajuk tertentu bagi mempastikan murid-murid lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebagai contoh, guru-guru mungkin akan memberi penekan terhadap tajuk-tajuk yang mudah untuk murid-murid mendapat markah seperti Simultaneous Linear Equations, Matrices, Graph of Functions II, Statistic III dan Plans and Elevations. 4.3 Sukatan pelajaran yang banyak diuji dalam peperiksaan Peperiksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberi penekanan terhadap sukatan pelajaran banyak. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bercadang untuk mengurangkan sukatan pelajaran bagi beberapa kertas peepriksaan berbentuk subjektif dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Utusan Online, 19 Mac 2009). Menurut Dr Haili Dolhan, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, cadangan tersebut adalah bertujuan mempercepat proses penyemakan dan pengumuman keputusan peperiksaan SPM yang mengambil masa yang gak lama untuk diumumkan. 5. Penutup Sukatan pelajaran di Malaysia khususnya dalam mata pelajaran matematik merupakan sukatan pelajaran yang sangat baik dirancang dan disusun. Namun begitu beberapa langkah dan tindakan perlu diambil bagi mempastikan matlamat dan objektif pendidikan matematik
  • 9. dapat dicapai. Setiap ahli akademik khususnya guru sendiri perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat menjadi insan yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara 6. Rujukan Curriculum Specifications Mathematics Form 1 (2002). Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. Curriculum Specifications Mathematics Form 2 (2002). Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. Curriculum Specifications Mathematics Form 3 (2003). Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. Curriculum Specifications Mathematics Form 4 (2006). Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. Curriculum Specifications Mathematics Form 5 (2006). Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Sukatan Pelajaran Matematik (Tahun tidak dinyatakan). Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Utusan Online (19 Mac 2009). Kurangkan sukatan pelajaran peperiksaan SPM.
  • 11. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN , PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM. PENGENALAN Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
  • 12. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ) Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. 1.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKKAN , PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM. 1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN. Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut : " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " ( FPK, 1988 ) Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ;
  • 13. i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. ii. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. iii. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. iv. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan. v. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. vi. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. vii. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. viii. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. ix. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. x. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. xi. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari. ( Kamaruddin Haji Husin, 1994 ) 1.2 FAKTOR POLITIK Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Currikulum Planning menyatakan " : "Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education" Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice’ turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkkan bahawa perkembangan kurikulum dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibubapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang
  • 14. kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu. 1.3 FAKTOR PEMBANGUNAN NEGARA DAN PERKEMBANGAN. Perkembangan kurikulum juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai kurikulum yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself " Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu perkembangan kurikulum haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995) 1.4 FAKTOR PERUBAHAN SOSIAL.
  • 15. Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan luar negara diserapkan. Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid- murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994). 1.5 FAKTOR PERANCANG DAN PELAKSANA KURIKULUM. Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan.
  • 16. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994). 1.6 FAKTOR MURID, KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT. Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asas yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkmi intelek, jasmani, rohani dan sosial( Ee Ah Meng, 1995). Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan
  • 17. pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak. 1.7 FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU DAN KEPENTINGAN NYA . Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kuriklum itu sendiri. 1.8 PENGARUH PSIKOLOGI PENDIDIKAN Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikolgi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanak-kanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan’ menganggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilkan tingkah laku. Fahaman ini
  • 18. telah menghasilkan strategi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini bterhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992). Pemikiran psikologi `behaviourisme’ telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60’an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengenepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekaligus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik. Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70’an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan kepada fahamanND binaan (konstuktivm) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. (Nik Aziz Nik Pa ) 2.0 JENIS-JENIS KURIKULUM 2.1 KURIKULUM TERSEMBUNYI. • Terletak di luar konteks pengajaran rasmi, belajar secara implisit • Mengandungi peraturan tidak bertulis, konvensi, adat resam, nilai budaya yang dikenali sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur • Dibentuk berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid 2.2 CADANGAN KURIKULUM
  • 19. Kurikulum dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya pembentuk dan pembuat dasar . 2.3 KURIKULUM BERTULIS / YANG DIHASRATKAN. • Kurikulum yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti kurikulum kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah 2.4 KURIKULUM SOKONGAN. • Kurikulum yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk menyokong atau menyampaikannya. 2.5 KURIKULUM YANG DIAJARKAN. • Kurikulum yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru 2.6 KURIKULUM YANG DIUJI. • Set pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru, ujian dibina di peringkat daerah dan ujian piawaian 2.7 KURIKULUM YANG DIALAMI/DIPELAJARI. • Semua perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil daripada pengalaman persekolahan. 2.8 KURIKULUM MASA DEPAN • Merangkumi pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat
  • 20. Pengalaman belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi, deduksi dan menganalisis • Pengalaman belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pemikiran kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa Depan. • 3 Pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi ini: 1. Kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan menggunkana pelbagai strategi. 2. Kurikulum akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan. 3. Bahan, pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum. PENUTUP Proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri. Sebenarnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan kurikulum adalah elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru
  • 21. BIBLIOGRAFI Ee Ah Meng.(1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam: Fajar Bakti. Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asa Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman. Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Mohd. Daud Hamzah(1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: DBP. Mohd. Daud Hamzah(1995).Penerokaan Teori Kurikulum. Kuala Lumpur: DBP. Taba. H. (1962). Curriculum Development - Theory & Practise. New York: Harcourt, Brace and World. Wiles. J. & Bondi. J.(1989). Curriculum Development: A Guide to Practice. Ohio: Merrill Publishing Company.
  • 22. ISU KETIGA: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN TINGKATAN SATU HINGGA TIGA
  • 23. KANDUNGAN MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 MATLAMAT PAV 8 3 OBJEKTIF PAV 8 4 STRUKTUR KURIKULUM 9 4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3 9 4.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 11 4.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 – 3 13 4.4 Mata Pelajaran Pilihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 14 4.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 15 5 PENTAKSIRAN PAV 16 5.1 Dokumen Pentaksiran 16
  • 24. 5.2 Pengurusan Pentaksiran dan Eviden 16 6 PROGRAM UJI RINTIS 17 6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV 17 6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis 18 6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV 18 6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV 18 6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV 19 6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid 20 7 PERANAN AGENSI BERKAITAN 20 7.1 Agensi Pusat KPM 20 7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) 23 Sekolah 24 8 KEWANGAN 26 9 DOKUMENTASI RINTIS PAV 26 10 KESIMPULAN 27 11 RUJUKAN 28 LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C 1. PENGENALAN
  • 25. Dalam sistem pendidikan kebangsaan pada masa ini elemen pendidikan teknik dan vokasional diajar sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (dua waktu seminggu) di sekolah rendah dan Kemahiran Hidup Bersepadu (tiga waktu seminggu) di sekolah menengah rendah. Pada peringkat sekolah menengah atas pula (Tingkatan 4 dan 5), elemen Pendidikan Teknik dan Vokasional diajar sebagai mata pelajaran elektif sahaja. Satu program alternatif perlu diadakan bagi memberi peluang pendidikan kepada murid yang cenderung, berbakat dan berminat dalam pendidikan vokasional. Mesyuarat Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional pada 25 Julai 2008 telah memutuskan supaya pendidikan vokasional diperkenalkan kepada murid bermula seawal Tingkatan 1. Mesyuarat Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia pada 12 Ogos 2008 telah mengemukakan Pelan Tindakan Memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dengan cadangan untuk mewujudkan mata pelajaran asas kemahiran seawal peringkat menengah rendah dan dimulakan pelaksanaannya dalam RMK-10. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ke-195 bertarikh 20 Disember 2010 telah meluluskan Transformasi Pendidikan Vokasional yang mencadangkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditawarkan di Tingkatan 1 hingga 3 bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang sedang dilaksanakan di Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian. Pendidikan teknik dan vokasional merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain. Vokasional membawa maksud usaha sesebuah organisasi itu bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran asas dan juga mempersiapkan mereka untuk menjadi pekerja mahir pada suatu hari nanti (Laugho & Lillis,1988). Apabila seseorang pekerja itu diiktiraf sebagai pekerja mahir, secara tidak langsung, golongan ini akan dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan melahirkan lagi pekerja mahir yang baru. Perkembangan idea untuk menubuhkan Pendidikan Teknik dan Vokasional,(PTV) di Malaysia telah bermula sejak tahun 1890-an lagi. Pada tahun 1897, satu perundingan telah
  • 26. diadakan tentang tatacara penubuhan sekolah perdagangan untuk melatih orang-orang Melayu terutamanya lelaki untuk berkhidmat sebagai mekanik dan buruh yang bekerja untuk memperbaiki kereta api yang menjadi pengangkutan utama pada masa itu (Francis & Ee, 1975). Pada zaman ini, PTV di lihat sebagai satu aliran pendidikan yang hanya mempersiapkan individu untuk menguasai kemahiran teknikal semata-mata dan kurang menitik beratkan tentang pembentukan sahsiah diri seseorang. Pada dasarnya, individu di latih untuk memperbaiki kereta api yang pada itu menjadi pengangkutan utama, tanpa mempunyai kurikulum yang tetap dan proses pembelajaran seperti yang ada pada masa kini. Berdasarkan penubuhan awal PTV di negara ini, didapati bahawa fungsi utama PTV pada awalnya ialah untuk mempersiapkan individu dengan kemahiran tangan (hands-on) berbanding dengan kemahiran-kemahiran lain. Namun, masa beredar dengan cepat, dan banyak perkembangan yang berlaku terutamanya dalam bidang teknologi dan bidang pendidikan sehingga PTV tidak lagi menjadi satu aliran yang hanya memberi latihan kemahiran tangan kepada individu tetapi juga aliran pendidikan yang menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap individu. Secara tidak langsung dapat membentuk keyakinan diri untuk menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Perlaksanaan kurikulum di sekolah adalah cara utama untuk menerapkan nilai dalam diri setiap pelajar. Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu harus mempunyai nilai- nilai yang kuat dalam peribadi mereka sendiri. Menurut Kirkpatrick & Locke, (1991), terdapat enam karakter ataupun sifat yang membezakan seseorang pemimpin dengan yang bukan pemimpin iaitu hala tuju, motivasi, integriti, percaya diri, kognitif, kemampuan dan pengetahuan tugas. Maka, untuk menjadi pemimpin, mereka harus mempunyai keenam-enam ciri ini bagi membantu mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan disegani. Atan Long (1984), memperkatakan terdapat beberapa unsur yang perlu di pertimbangkan dalam pembentukan sesebuah kurikulum dan antaranya ialah dari segi kemasyarakatan yang berasaskan pembentukan kemahiran sosial bagi membolehkan pelajar untuk berkomunikasi secara positif. Selain daripada itu, Atan juga menekankan aspek vokasional dalam pembentukan kurikulum yang berasaskan penguasaan kemahiran bekerja
  • 27. yang bersesuaian dengan kehendak tenaga rakyat untuk pembangunan negara. Daripada kedua-dua aspek ini, sangat jelas terlihat bahawa kurikulum di sekolah merupakan satu usaha untuk membentuk pemimpin di kalangan generasi-generasi muda seterusnya memacu kepada pembangunan negara melalui kemahiran yang dikuasai. Pada awalnya pembentukan sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV), mempunyai kecenderungan dalam kemahiran dan pengetahuan teknikal sahaja. Tetapi pada masa kini, PTV bukan sahaja menekan mengenai kemahiran dan pengetahuan teknikal, tetapi juga dalam melahirkan insan yang mempunyai sahsiah diri dan juga melahirkan pemimpin pada masa hadapan dalam pelbagai bidang. Kepimpinan itu bukan hanya di kurniakan kepada orang-orang tertentu sahaja, tetapi kepimpinan itu dimiliki oleh semua orang. Ciri-ciri kepimpinan dalam seseorang itu boleh dibentuk sekiranya seseorang itu mahu menjadi seorang pemimpin. "Leadership development is everyone's responsibility," (John Baldoni 1984) John (1984) berkata bahawa langkah pertama dalam pembentukan seseorang pemimpin itu ialah dengan memupuk rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diberikan di persekitaran pekerjaan dan beliau percaya bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan untuk melakukan tanggungjawab peribadi masing-masing. Menurut beliau lagi corak kepimpinan dapat memberi dorongan kepada pengikut. John juga menegaskan bahawa kepimpinan adalah cara kita mempersiapkan diri dan organisasi untuk masa depan. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 4/2011 pada 9 Oktober 2011 telah bersetuju dengan konsep PAV serta memutuskan supaya pelaksanaan rintis penuh PAV akan dilaksanakan mulai tahun 2012 bagi murid Tingkatan 1 di 15 buah sekolah menengah yang dipilih berdasarkan kepada kriteria tertentu.
  • 28. Pelaksanaan rintis pada tahun 2012 di 15 buah sekolah menengah melibatkan 15 bilik darjah dan 450 orang murid (30 orang setiap kelas). Pada tahun 2013, sebanyak 135 buah sekolah akan melaksanakan PAV. Pertambahan sekolah PAV akan dilaksanakan secara berperingkat sebanyak 450 buah menjelang tahun 2022. Pengambilan murid seramai 60 orang (2 kelas) setiap tahun bagi setiap sekolah. Menjelang tahun 2022, disasarkan seramai 81,000 orang murid berada dalam PAV yang melibatkan 2,700 buah kelas dan 450 buah sekolah. Jadual 1 menunjukkan Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional sehingga tahun 2022 Bilangan Sekolah 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 Sekolah Baru 15 135 100 50 40 60 30 10 10 0 0 Sedia Ada 0 15 150 250 300 340 400 430 440 250 450 Jum. Sekolah 15 150 250 300 340 400 430 440 450 450 450 Bilik Darjah 15 300 500 1800 2040 2400 2580 2640 2700 2700 2700 Bilangan Bilik Darjah / Bengkel Tingkatan 1 15 300 500 600 680 800 860 880 900 900 900 Tingkatan 2 15 300 500 600 680 800 860 880 900 900 Tingkatan 3 15 300 500 600 680 800 860 880 900 Jum Kelas 15 315 815 1400 1780 2080 2340 2540 2640 2680 2700 Jum Murid 450 9450 2445 4200 5340 6240 7020 7620 7920 8040 81000 0 0 0 0 0 0 0 0 Bilangan Murid Tingkatan 1 9000 1500 1800 2040 2400 2580 2640 2700 2700 27000 450 0 0 0 0 0 0 0 0 Tingkatan 2 0 450 9000 1500 1800 2040 2400 2580 2640 2700 27000
  • 29. 0 0 0 0 0 0 0 Tingkatan 3 1500 1800 2040 2400 2580 2640 27000 0 0 450 9000 0 0 0 0 0 0 Jum Murid 2445 4200 5340 6240 7020 7620 7920 8040 81000 450 9450 0 0 0 0 0 0 0 0 Sumber KPM Jadual 1: Unjuran Murid Pendidikan Asas Vokasional Laluan pembelajaran murid PAV dalam Transformasi Pendidikan Teknikal dan Vokasional adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 di bawah : DUNIA PEKERJAAN DUNIA PEKERJAAN SKM 4 SPM SKM 3 SKM 2 SKM 1 60% PMR SKM 2 PENDIDIKAN ASAS SKM 1 VOKASIONAL 95% 5% UPSR Rajah 1 Sumber KPM: Laluan Pembelajaran Murid PAV Murid yang berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan kerjaya diberi keutamaan dalam pengambilan untuk mengikuti PAV. PAV akan diajar di peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga 3. Murid akan mendapat sijil Pendidikan Asas Vokasional (SPAV) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM, berserta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1) dan SKM 2 yang dikeluarkan oleh
  • 30. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dalam tempoh 3 tahun tersebut. Murid yang tamat PAV ini akan mendapat sekurang-kurangnya SKM 1. Selepas PAV, murid berpeluang meningkatkan tahap kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Swasta (ILKS) ke peringkat SKM 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Negara (IKBN), Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Construction Industry Development Board (CIDB) dan lain-lain institut secara attachment di bawah tanggungjawab KPM. Murid lepasan PAV di akhir Tingkatan 3 juga berpeluang ke Kolej Vokasional. Berbekalkan SPAV dan SKM, murid boleh meneruskan kerjaya di sektor awam dan swasta. 2. MATLAMAT PAV Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 3. OBJEKTIF PAV Objektif PAV secara umumnya adalah untuk mencegah keciciran murid pada peringkat rendah dan menengah rendah yang disebabkan oleh pelbagai punca seperti lembam, murid bermasalah disiplin, murid bermasalah sosio-ekonomi dan sebagainya. Manakala objektif khusus PAV adalah seperti berikut : 3.1 Menjadikan aliran pendidikan selain aliran perdana sedia ada, sesuai dengan murid berisiko untuk tercicir, serta boleh menimbulkan minat belajar `hands-on’ yang berterusan. 3.2 Menggilap potensi keupayaan belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan yang dituntut oleh majikan dan industri.
  • 31. 3.3 Menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap supaya murid dapat menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan. 3.4 Memberi pendedahan dan bimbingan kepada murid untuk menjadikan mereka kritis, kreatif dan inovatif serta boleh membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan. 3.5 Menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga. 4. STRUKTUR KURIKULUM 4.1 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 – 3 Struktur kurikulum PAV adalah seperti pada Jadual 2.
  • 32. Struktur Kurikulum PAV Waktu /Minggu dan KOMPONEN DIMENSI MODUL Peratus Penumpuan Ting 1 % Ting 2 % Ting 3 % 1 Jati Diri Bahasa Malaysia Komunikasi Komunikasi 10 22% 6 14% 6 14% English for Communication Patriotisma Sejarah 4 9% 2 4% 2 4% Pendidikan Islam / Moral 4 9% 3 7% 3 7% Pendidikan Jasmani & Kesihatan 1 2% 1 2% 1 2% Sahsiah Ko Kurikulum (Sukan, Pasukan Beruniform dan 2 4% 1 2% 1 2% Kelab/Persatuan) 2 Teknologi Vokasional Teknologi Sains , Matematik dan TMK 4 9% 2 4% 2 4% 3 Kemahiran Kemahiran dalam bidang Pra Vokasional SKM T1 SKM T2 Vokasional Teknikal, Pertanian, Ekonomi Vokasional Rumah Tangga, Seni & Asas & Spesifik 20 45% 30 67% 30 67% Kebudayaan, Kraf tangan, Perdagangan dan TMK 4 Kemahiran Keusahawanan Merentas Kurikulum Keusahawanan Jumlah Waktu Seminggu 45 100 45 100 45 100 * SKM T1 - Sijil Kemahiran Tahap 1 * SKM T2 - Sijil Kemahiran Tahap 2 Jadual 2 Sumber KPM : Struktur Kurikulum PAV Kurikulum PAV digubal untuk menghasilkan modal insan yang berkemahiran, kritis, kreatif dan inovatif melalui persekitaran pembelajaran berorientasikan pengalaman alam pekerjaan. Empat komponen yang ditekankan adalah Jati Diri, Teknologi Vokasional, Kemahiran Vokasional Asas dan Spesifik serta Kemahiran Keusahawanan. Komponen Jati Diri bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran berkomunikasi, menghayati dan mengamalkan ajaran agama, sikap dan nilai murni dalam kehidupan mereka. Komponen ini juga adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme serta membantu perkembangan aspek fizikal dan estetika dalam diri murid. Komponen Teknologi Vokasional pula bertujuan memberi pengukuhan ilmu sains, matematik serta teknologi maklumat dan komunikasi. Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik bertujuan untuk menyediakan murid dengan kemahiran-kemahiran yang berkaitan bidang vokasional. Elemen sikap, nilai dan kemahiran keusahawanan pula diajar dan diterapkan ke dalam diri murid melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan secara merentas kurikulum.
  • 33. 4.1.1 Komponen Jati Diri Komponen Jati Diri terdiri daripada tiga dimensi iaitu Komunikasi, Patriotisme dan Sahsiah. Mata pelajaran bagi dimensi komunikasi ialah Bahasa Malaysia Komunikasi dan English for Communication, dimensi patriotisme diterap melalui mata pelajaran Sejarah manakala dimensi sahsiah dipupuk melalui mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta gerak kerja kokurikulum yang meliputi aktiviti sukan, pasukan beruniform, kelab dan persatuan. 4.1.2 Komponen Teknologi Vokasional Teknologi Vokasional menggabungkan tiga bidang pengajian iaitu bidang sains, matematik dan teknologi maklumat, standard kandungannya digubal untuk kegunaan murid vokasional. Matlamat Teknologi Vokasional adalah untuk mengembangkan potensi murid agar boleh berfikir secara logik, kritis, kreatif dan inovatif terutama ketika mengikuti pembelajaran kemahiran vokasional. 4.1.3 Komponen Kemahiran Vokasional Komponen Kemahiran Vokasional terdiri daripada dimensi Kemahiran Vokasional Asas dan Kemahiran Vokasional Spesifik. Kemahiran Vokasional Asas merupakan pendidikan pra-vokasional yang ditawarkan di Tingkatan 1. Pra Vokasional meliputi enam kemahiran dalam bidang Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Seni dan Kebudayaan, Kraf tangan, Perdagangan dan TMK. Modul-modul Pra-Vokasional adalah untuk memberi pendedahan dan menyediakan murid dari segi mental dan fizikal sebelum mereka menjurus kepada beberapa pengkhususan spesifik pekerjaan mengikut standard dan keperluan industri yang ditawarkan di Tingkatan 2 dan 3. Kemahiran Vokasional Spesifik pula memberi penekanan kepada tiga aspek penting untuk melahirkan individu yang bersedia memasuki alam pekerjaan, iaitu aspek kemahiran kebolehkerjaan (employability skills), kemahiran keusahawanan (entrepreneurial skills) dan kemahiran spesifik pekerjaan (job specific skills) yang bersifat hands-on. Kedua-dua kemahiran kebolehkerjaan dan keusahawanan juga merupakan
  • 34. kemahiran generik (soft skills), yang akan diaplikasikan dengan pembelajaran kemahiran spesifik. Tiga peringkat Kemahiran Vokasional yang akan diikuti oleh murid ialah : ● Tingkatan 1 - Pra Vokasional ● Tingkatan 2 - Kemahiran Tahap 1 (SKM Tahap 1) ● Tingkatan 3 - Kemahiran Tahap 2 (SKM Tahap 2) 4.2 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 1 Semasa di Tingkatan 1, murid akan mengikuti 45 peratus Domain Vokasional dan 55 peratus Domain Akademik, sementara di Tingkatan 2 dan 3, Domain Vokasional adalah sebanyak 67 peratus dan 33 peratus bagi Domain Akademik. Jadual 3 menunjukkan senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional berserta peruntukan waktu seminggu akan disampaikan kepada murid Tingkatan 1. Waktu / BIL KOMPONEN DIMENSI MODUL Minggu Komunikasi Bahasa Malaysia Komunikasi 10 Patriotisme Sejarah 4 1 Jati Diri Pend Islam / Pend Moral 4 Sahsiah Pendidikan Jasmani 2 Pendidikan Kesihatan 1 Teknologi Teknologi Vokasional (Sains, 2 Teknologi 4 Vokasional Matematik dan TMK) Kemahiran 3 Rujuk Jadual 4 Vokasional Kemahiran 4 Keusahawanan Merentas Kurikulum Keusahawanan Jadual 3 Sumber KPM: Senarai modul dalam komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional
  • 35. Komponen Kemahiran Pra Vokasional pula akan disampaikan melalui modul umum dan modul elektif. Enam modul umum yang berasaskan kepada kemahiran bidang Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknikal serta Pertanian disediakan sebagai modul `Taster’ untuk murid merasai dan mendapat pendedahan terhadap semua kursus kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan dalam pasaran. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran adalah sebanyak 20 waktu seminggu di mana setiap modul umum akan dilaksanakan dalam masa 80 waktu. Ini bermakna, selama 24 minggu pada 6 bulan pertama persekolahan murid akan mengikut satu persatu modul umum (480 waktu setahun). Modul Pengurusan Diri dicadangkan sebagai modul pertama diajar kerana matlamat dan kandungan modul ini adalah untuk memberi kemahiran mengurus diri kepada murid sebagai asas dan motivasi mengikuti pembelajaran seterusnya. Jadual 4 menunjukkan senarai enam modul umum Pra Vokasional yang wajib dipelajari oleh murid PAV. Bilangan waktu Waktu / Bil Modul Umum P&P / 35 minggu Minggu 1 Pengurusan Diri 80 20 2 Asas Multimedia 80 20 3 Kera Asas Pembinaan 80 20 4 Asas Mekanikal 80 20 5 Aplikasi Litar Elektrik 80 20 6 Asas Pertanian 80 20 JUMLAH 480 Jadual 4 Sumber KPM : Modul umum Pra Vokasional Tingkatan 1 Seterusnya, murid akan mengikut modul elektif yang ditawarkan di sekolah masing- masing. Modul Elektif ini juga diajar sebanyak 20 waktu seminggu selama 11 minggu (220 waktu setahun). Ini akan menjadikan jumlah waktu bagi modul Pra Vokasional yang diikuti oleh murid ialah sebanyak 700 waktu untuk P&P selama 35 minggu. Modul Elektif Bilangan waktu Waktu / Bil (1 modul sahaja) P&P Minggu
  • 36. Penyediaan dan Penyajian 1 220 20 Makanan 2 Bakeri 220 20 3 Pakaian dan jahitan 220 20 4 Seni Kecantikan 220 20 5 Asuhan Kanak-kanak 220 20 6 Animasi dan Visual 220 20 7 Pembuatan Perabot 220 20 8 Pelan Dekoratif 220 20 9 Perpaipan 220 20 10 Pembinaan Bangunan 220 20 11 Seni Reka Tanda 220 20 12 Automotif 220 20 Penyejukbekuan dan 13 220 20 Penyaman Udara 14 Kimpalan Arka 220 20 Modul Elektif Bilangan waktu Waktu / Bil (1 modul sahaja) P&P Minggu 15 Kimpalan Gas 220 20 16 Pendawaian Elektrik 220 20 17 Elektronik Audio Visual 220 20 18 Akuakultur 220 20 19 Tanaman 220 20 Jadual 5 Sumber KPM: Modul Elektif Pra Vokasional Tingkatan 1 4.3 Struktur kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3 Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3 mengekalkan komponen yang sama, tetapi berbeza dari aspek waktu pembelajaran yang diperuntukkan. Komponen Jati Diri dan Teknologi Vokasional dikurangkan waktu P&P seminggu untuk
  • 37. memberi lebih waktu kepada modul kemahiran Tahap 1 di Tingkatan 2 dan modul Tahap 2 di tingkatan 3 di mana modul-modul berkenaan membolehkan murid diberi Sijil Kemahiran (SKM) selepas menamatkan kursus dengan jayanya. Komponen Kemahiran Keusahawanan diajar secara merentas kurikulum. Waktu / Minggu Bil Komponen Dimensi Modul Ting 2 Ting 3 Bahasa Malaysia Komunikasi 6 6 Komunikasi English For Communication Patriotisme Sejarah 2 2 1 Jati Diri Pend Islam / Moral 3 3 Pend Jasmani dan Pend Kesihatan 1 1 Sahsiah Ko-Kurikulum (Sukan, Pasukan 1 1 Uniform dan Kelab / Persatuan) 2 Teknologi Teknologi Teknologi Vokasional (sains, 2 2 Vokasional Matematik dan TMK) 3 Kemahiran Vokasional Kemahiran dalam bidang Vokasional Spesifik Teknikal, Pertanian, Ekonomi * SKM * SKM Rumah Tangga, Seni & Tahap 1 Tahap 2 Kebudayaan, Kraf tangan, Perdagangan dan TMK (Modul merujuk kepada NOSS) 30 30 Waktu / Minggu Bil Komponen Dimensi Modul Ting 2 Ting 3 4 Kemahiran Keusahawa Keusahawanan Merentas Desa nan
  • 38. Jumlah Waktu Seminggu 45 45 Jadual 6 Sumber KPM : Struktur Kurikulum PAV Tingkatan 2 dan 3 4.4 Mata Pelajaran Pilihan Kemahiran Malaysia (SKM) Murid PAV boleh menamatkan modul Tahap 1 SKM atau 2 SKM semasa di Tingkatan 2 atau sepanjang Tingkatan 2 hingga Tingkatan 3. Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3 yang ditawarkan di sekolah masing-masing berdasarkan kepada bengkel MPV sedia ada adalah ditunjukkan seperti pada Jadual 7 di bawah : Bil Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Pra Vokasional Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Modul Umum Modul Elektif
  • 39. 1 Penyediaan dan L-041-1 Pembantu L-041-2 Penyedia Penyajian 2 Penyedia Makanan Makanan Makanan 3 L-100-1Pembantu Bakeri L-100-2 Penyedia Roti 4 Penyedia Roti 5 Pakaian dan K-012-1 Pembuat Pakaian K-012-2 Pembuat Pakaian Jahitan Wanita Wanita Kanan 6 Seni Kecantikan MP-060-1 Jurukecantikan MP-060-2 Jurukecantikan 7 Asuhan Kanak- CC-010-1 Penjaga Kanak- CC-010-2 Penjaga Pusat 8 Pengurusan Diri kanak kanak Jagaan Kanak-kanak 9 Asas Multimedia Animasi dan IT-050-2 Artis Multimedia IT-040-2 Artis Multimedia Kerja Asas 10 Visual - Visual - animator Pembinaan 11 Asas Mekanikal Pembuatan RB-050-2 Pembuat RB-050-1 Pembuat Perabot Aplikasi Litar Perabot Perabot Kanan 12 Elektrik ID-040-1 Pereka Dalaman Asas Pertanian Pelan Dekoratif ID-040-2 Pereka Dalaman Rendah Perpaipan B-020-1 Jurukerja Paip B-020-2 Jurukerja Paip Pembinaan B-010-1 Jurubina B-010-2 Jurubina Bangunan Bangunan Bangunan 13 H-312-2 Juruteknik Reka H-312-2 Juruteknik Reka Seni Reka Tanda bentuk Produk Industri bentuk Produk Industri P-119-1 Juruteknik TP-300-2 Juruteknik Automotif Automotif Kenderaan Motor P-118-1 Juruteknik P-118-2 Juruteknik Motosikal Motosikal Kanan Penyejukbekuan C-010-1 Mekanik C-010-2 Mekanik dan Penyaman Penyejukbekuan dan Penyejukbekuan dan 14 Udara Penyaman Udara - Penyaman Udara - Domestik Domestik Kimpalan Arka H-024-2 Jurukimpal Arka H-024-1 Jurukimpal Arka Logam Berperisai – Keluli 15 Logam Berperisai – Keluli Karbon & Keluli Tahan Karbon Karat 16 Kimpalan Gas H-022-1 Jurukimpal Gas H-022-2 Jurukimpal Gas
  • 40. 17 Pendawaian C-051-1 Juruteknik C-051-2 Juruteknik Elektrik Elektrik Rendah Elektrik 18 Elektronik Audio EE-010-1 Juruteknik EE-010-2 Juruteknik Visual Rendah Elektronik Audio Rendah Elektronik Audio Visual Visual 19 Akuakultur AF-031-1 Operator AF-031-2 Juruteknik Akuakultur Rendah Akuakultur 20 Tanaman Y-050-1 Pekerja Am Y-050-2 Juruteknik Tanaman Tanaman Jadual 7 Sumber KPM: Pilihan SKM murid PAV Tingkatan 2 hingga 3 Maklumat lanjut berkaitan SKM dan NOSS boleh merujuk kepada buku Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. 4.5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Kurikulum PAV menawarkan pendekatan pedagogi berkonsep “kurang mengajar”, belajar lebih (teach less, learn more)” , dan pembelajaran melalui pengalaman. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut : ◙ Pendekatan modular berasaskan kompetensi ◙ Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, berasaskan tugasan dan aktiviti ◙ Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk ◙ Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) ◙ Pembelajaran kolaboratif dan koperatif ◙ Pembelajaran Masteri ◙ Integrasi teknologi ICT merentas kurikulum ◙ Integrasi keusahawanan merentas kurikulum ◙ Lawatan industri
  • 41. Contoh Jadual Waktu P & P, sila rujuk Lampiran C 5. PENTAKSIRAN PAV 5.1 Dokumen Pentaksiran Dokumen berkaitan pentaksiran akan diterbitkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM untuk kegunaan guru dan murid PAV. Beberapa sesi Kursus / bengkel / mesyuarat akan diadakan untuk memaklumkan pengurusan pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru. 5.2 Pengurusan Pentaksiran dan Eviden 5.2.1 Fail Pengurusan Pentaksiran Fail Pengurusan Pentaksiran hendaklah dikemas kini, disimpan dan disemak oleh pihak yang diberi kuasa memeriksa. Fail hendaklah disimpan dengan selamat dan sentiasa mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa. 5.2.2 Eviden Eviden merupakan bukti kepada pelaksanaan pentaksiran. Eviden hendaklah ditunjukkan kepada pihak yang diberi kuasa dan disimpan di tempat yang selamat selama diperlukan untuk tujuan pengesahan. 6. PROGRAM UJI RINTIS Uji rintis sesuatu dokumen standard kurikulum merupakan antara tindakan yang perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah tertentu bertujuan untuk mendapatkan maklum balas kebolehlaksanaan kurikulum berkenaan dan diikuti dengan tindakan penambahbaikan sebelum penyebaran untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Surat Siaran telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 24 Oktober 2011 memaklumkan kepada semua Pengarah Pelajaran Negeri mengenai pelaksanaan Projek Rintis PAV di sekolah menengah yang terpilih. Kandungan surat siaran ini juga menekankan bahawa pelaksanaan Projek Rintis PAV adalah menjadi tanggungjawab semua pihak bermula dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Pengetua Sekolah berkenaan. 6.1 Objektif Uji Rintis Kurikulum Standard PAV
  • 42. Ujian rintis ini dijalankan untuk melihat perkara berikut : 6.1.1 Kesesuaian kandungan kurikulum PAV 6.1.2 Kesesuaian bahasa yang digunakan 6.1.3 Kefahaman terhadap isi kandungan 6.1.4 Penerimaan murid 6.1.5 Persediaan sekolah 6.1.6 Keberkesanan jadual waktu PAV 6.1.7 Kesesuaian peralatan dan prasarana 6.1.8 Kesesuaian norma guru PAV 6.1.9 Mengesan kekurangan dan kelebihan pelaksanaan 6.1.10 Menilai pelaksanaan kurikulum PAV 6.1.11 Menambah baik pelaksanaan kurikulum PAV 6.1.12 Mengenal pasti kompetensi guru dan murid 6.1.13 Menilai keberkesanan kursus / latihan guru 6.1.14 Menilai keberkesanan PBS 6.1.15 Menilai keberkesanan JU membimbing guru 6.1.16 Menilai keberkesanan modul pembelajaran PAV 6.1.17 Mendapatkan maklum balas murid, ibu bapa, guru dan pentadbir 6.1.18 Mengumpul dan menyelesaikan masalah yang timbul 6.2 Kriteria Pemilihan Sekolah Rintis 6.2.1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) berkenaan mempunyai kemudahan prasarana Mata Pelajaran Vokasional (MPV). 6.2.2 Mempunyai peralatan dan bengkel yang hampir menyamai keperluan pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1. 6.2.3 Sebuah sekolah dipilih pada setiap negeri menjadikan jumlah sebanyak 15 SMK sahaja. 6.2.4 SMK terpilih adalah mewakili Bandar dan Luar Bandar.
  • 43. 6.2.5 SMK terpilih hanya memerlukan penambahan peralatan dan naik taraf fizikal bengkel / makmal / ladang yang minimum 6.2.6 SMK menerima murid Sekolah Kebangsaan (SK) yang mempunyai pencapaian tahap UPSR yang minimum. 6.2.7 Dapatan Kajian Pemetaan di antara Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) bagi Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard – NOSS), Kementerian Sumber Manusia menunjukkan terdapat persamaan yang signifikan antara kedua-dua dokumen berkenaan dari aspek kendungan (sila rujuk lampiran A). 6.3 Senarai Sekolah Rintis PAV Sila rujuk Lampiran B 6.4 Kriteria Pemilihan Guru PAV 6.4.1 Guru PAV wajib mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang yang diajar dan memiliki opsyen yang berkaitan. Guru bukan opsyen perlu mengikuti latihan intensif khususnya berkaitan pengetahuan dan kemahiran vokasional. Pengetua boleh mempertimbangkan kelayakan guru berdasarkan keperluan kelas PAV. Guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah diberi keutamaan untuk terlibat dengan rintis PAV Tingkatan 1. Guru MPV juga perlu mengikuti kursus orientasi kurikulum PAV Tingkatan 1 dan boleh terlibat dengan program rintis. Untuk pelaksanaan PAV seterusnya, Guru KHB boleh dipertimbangkan untuk mengajar murid Tingkatan 1 sementara guru MPV dipertimbangkan untuk mengajar murid Tingkatan 2 hingga 3. 6.4.2 Guru perlu komited dan kreatif dalam memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. 6.4.3 Norma guru setiap satu kelas PAV adalah seperti berikut : a) Norma guru mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik, bidang kemanusiaan adalah berdasarkan norma guru semasa yang sedang berkuat kuasa. b) Norma guru mata pelajaran bidang teknik dan vokasional juga berdasarkan norma guru semasa yang sedang berkuat kuasa.
  • 44. 6.5 Kriteria Pemilihan Murid PAV Pemilihan murid PAV dalam pelaksanaan rintis PAV adalah melalui 4 (empat) kriteria yang ditetapkan iaitu : 6.5.1 Pencapaian UPSR : Murid yang dipilih memperoleh pencapaian UPSR yang rendah. Keutamaan diberikan kepada murid berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan. Murid Masalah Pembelajaran (Learning Disability) tidak digalakkan memilih PAV. 6.5.2 Proses Kaunseling : Murid PAV diberi bimbingan oleh kaunselor pada awal Tingkatan 1 mengenai hala tuju pembelajaran PAV khususnya pemilihan mata pelajaran pra-vokasional dan persijilan kemahiran. 6.5.3 Persetujuan ibu bapa / penjaga : Pentadbir sekolah mengadakan sesi taklimat bagi mendapat persetujuan ibu bapa / penjaga manakala beberapa aspek perlu diambil kira dalam memberi panduan tentang potensi anak mereka dan kesesuaian dalam bidang yang dipilih. 6.5.4 Pentaksiran psikometrik : Pentaksiran psikometrik dilaksanakan bagi tujuan saringan serta mengenal pasti kecenderungan, minat, bakat, cara pembelajaran, aptitud dan kebolehan literasi numerasi. 6.6 Pengurusan dan Bilangan Murid Pengurusan kelas murid PAV adalah seperti berikut : 6.6.1 Pengambilan murid di dalam setiap kelas adalah 30 orang murid. 6.6.2 Bagi mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik, bidang kemanusiaan selain bidang kemahiran, kelas PAV tidak boleh digabungkan dengan kelas lain dalam aliran arus perdana. 6.6.3 Pentadbir sekolah melantik guru tingkatan untuk menguruskan pentadbiran kelas. 6.6.4 Kaunselor bertanggungjawab menganalisis perkembangan murid dan memberi maklum balas kepada guru mata pelajaran PAV. 6.6.5 Cadangan pelaksanaan modul PAV Pra Vokasional Tingkatan 1 adalah seperti berikut :
  • 45. 6.6.5.1 Modul Umum diajar oleh guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 6.6.5.2 Modul Elektif diajar oleh guru sedia ada yang mengajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV). 7. PERANAN AGENSI BERKAITAN Bagi tujuan Rintis PAV sahaja, berikut adalah peranan dan tanggungjawab pihak- pihak yang terlibat dalam melaksanakan program berkenaan. 7.1 Agensi Pusat KPM 7.1.1 Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) a) Menjadi Agensi Utama (Lead Agency) kepada bahagian lain KPM untuk menyelaraskan hal-hal penting serta melaporkan kepada pihak atasan. b) Mengedarkan surat dan memo siaran berkaitan pelaksanaan PAV. c) Melaksanakan kursus orientasi kurikulum kepada guru yang mengajar mata pelajaran akademik dan vokasional untuk tujuan peningkatan, kelayakan kemahiran dan laluan kerjaya guru khusus untuk PAV. d) Melatih dan meningkatkan kompetensi Pembantu Am (PAV). e) Menyebarkan maklumat kepada semua pihak berkepentingan (stake holders) di KPM melalui taklimat pelaksanaan. f) Melaksanakan jerayawara “out reach” kepada masyarakat umum. g) Menyediakan prasarana bengkel dan makmal di sekolah mengikut keperluan kurikulum. h) Memantau, menilai dan menyediakan laporan mengenai pelaksanaan rintis PAV. i) Bertanggungjawab mengeluarkan surat siaran yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia kepada Pengarah JPN berkaitan pelaksanaan rintis PAV. 7.1.2 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
  • 46. a) Membangun dan menyebarluaskan dokumen standard kurikulum kepada semua pihak yang terlibat dengan pelaksanaan kurikulum PAV. b) Membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) program rintis. c) Menjalankan taklimat uji rintis kepada pentadbir sekolah yang terlibat. d) Menyediakan Jurulatih Utama Kurikulum PAV (JUK) dan menjalankan kursus orientasi kurikulum dan modul P&P kepada pentadbir dan guru yang terlibat dengan program rintis. e) Memantau, menilai dan menyediakan laporan uji rintis kurikulum PAV merangkumi perkara-perkara berikut : ● Tujuan / Objektif ● Latar belakang ● Dapatan ● Kesimpulan f) Membentangkan laporan uji rintis dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah. g) Memurnikan dokumen standard kurikulum mengikut keputusan atau arahan Pengarah / Timbalan Pengarah. h) Menguruskan penerbitan dokumen standard kurikulum PAV. 7.1.3 Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) a) Membangun dan menyebarluaskan dokumen berkaitan pentaksiran untuk kegunaan guru dan murid PAV. b) Menjalankan sesi kursus / bengkel / mesyuarat untuk memaklumkan pengurusan pentaksiran PAV kepada pentadbir dan guru. c) Memantau, menilai dan menyediakan laporan pelaksanaan rintis PAV dari aspek pentaksiran Tingkatan 1. 7.1.4 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
  • 47. a) Mengkaji dan menyediakan norma guru PAV b) Mengkaji dan menyediakan norma Pembantu Am (PAV) 7.1.5 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) a) Menempatkan guru kepada sekolah yang menawarkan PAV mengikut norma yang sedang berkuat kuasa. b) Menstruktur tadbir urus sekolah dengan mewujudkan jawatan koordinator PAV. c) Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV. 7.1.6 Bahagian Pendidikan Guru (BPG) a) Melatih guru PAV untuk mendapatkan sijil SKM yang bersesuaian. b) Melatih guru PAV untuk meningkatkan kemahiran yang bersesuaian. c) Menyelaras latihan dalam perkhidmatan guru PAV dan Pembantu Am (PAV). 7.1.7 Bahagian Lain KPM a) Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada semua bahagian KPM yang terlibat dengan PAV. b) Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV. 7.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) 7.2.1 Menyediakan pegawai meja di Sektor Pengurusan Sekolah yang menguruskan guru dan murid manakala di Sektor Pengurusan
  • 48. Akademik yang menguruskan mata pelajaran sebagai pemudah cara pelaksanaan rintis PAV. 7.2.2 Menjelaskan maksud surat siaran berkaitan pelaksanaan rintis PAV kepada sekolah yang terlibat melalui taklimat/bengkel/mesyuarat. 7.2.3 Menilai dan memantau pelaksanaan rintis PAV menggunakan instrumen yang disediakan. 7.2.4 Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai. 7.2.5 Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada semua bahagian KPM yang terlibat dengan PAV. 7.3 Sekolah 7.3.1 Pengetua a. Memastikan program rintis dilaksanakan di sekolah berdasarkan pekeliling dan surat siaran yang sedang berkuat kuasa. b. Memastikan PCG dipohon mengikut kadar yang ditentukan. c. Mempromosikan PAV melalui taklimat kepada ibu bapa / penjaga, murid dan masyarakat. d. Memastikan prasarana untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran disediakan dan berfungsi. e. Memantau aktiviti pengajaran guru, pembelajaran murid, pelaksanaan modul dan pentaksiran PAV. f. Menyediakan jadual waktu persekolahan untuk pelaksanaan rintis PAV (Lampiran C). g. Menentukan tugas Pembantu AM (PAV) membantu di bengkel / makmal / ladang bagi membantu guru melaksanakan tugas bukan pengajaran. h. Menyediakan laporan dapatan penilaian dan pemantauan serta mengambil tindakan susulan dengan kadar sesuai. i. Memberi maklum balas pelaksanaan rintis PAV kepada PPD / JPN / bahagian KPM yang terlibat j. Mendaftarkan sekolah sebagai pusat bertauliah SKM. k. Mempunyai kelayakan sebagai pengurus pusat bertauliah.
  • 49. l. Memastikan guru berkelayakan sebagai tenaga pengajar SKM 7.3.2 Guru a. Memastikan menerima dokumen standard kurikulum dan modul berkaitan PAV. b. Menyampaikan pengajaran berdasarkan kandungan dokumen standard kurikulum. c. Melaksanakan pentaksiran berdasarkan kandungan dokumen pentaksiran. d. Mendokumentasikan dokumen pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran PAV dan menyimpan di tempat yang selamat. e. Menghadiri kursus / bengkel / mesyuarat yang dianjurkan oleh mana-mana bahagian KPM dari semasa ke semasa. f. Melengkapkan dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan pelaksanaan PAV. g. Menyediakan dan mempamerkan jadual pelaksanaan modul PAV. h. Memastikan peralatan mencukupi dan boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. i. Mengikuti kursus kelayakan sebagai pengajar SMK bertauliah. 7.3.3 Pembantu AM (PAV) a. Mengurus peralatan, bahan, kebersihan dan mengawasi keselamatan di bengkel. b. Menyusun atur peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. c. Menyediakan bahan dan peralatan sebelum pengajaran dan pembelajaran. d. Melaksanakan verifikasi inventori peralatan dan bahan di bengkel / makmal / ladang. e. Membantu guru bagi memastikan bengkel kondusif dan selamat digunakan.
  • 50. f. Menjalankan kerja penyelenggaraan peralatan secara berkala. g. Memastikan langkah-langkah keselamatan dipatuhi. h. Menghadiri latihan disediakan KPM supaya mempunyai kemahiran untuk berkhidmat di sekolah yang menawarkan PAV. i. Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. 8. KEWANGAN Peruntukan kewangan disediakan berdasarkan keperluan berikut : 8.1 Peruntukan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih peralatan / bengkel / makmal / ladang adalah berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) tahun semasa. 8.2 Geran Per Kapita (Per Capita Grant) mata pelajaran bidang bahasa, bidang sains dan matematik, bidang kemanusiaan, teknik dan vokasional adalah berdasarkan pekeliling PCG yang sedang berkuat kuasa. Maklumat terkini PCG mata pelajaran bagi tujuan rintis boleh diperoleh dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV). 9. DOKUMEN RINTIS PAV 9.1 Dokumen Standard Kurikulum mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran boleh diperoleh dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM. 9.2 Modul Pembelajaran mengandungi aktiviti murid untuk mencapai Standard Kandungan boleh diperoleh dari Bahagian Kurikulum (BPK), KPM. 9.3 Modul Pentaksiran mengandungi Standard Prestasi dan Standard Kompetensi boleh diperoleh dari Lembaga Peperiksaan (LP), KPM. 9.4 Panduan Pelaksanaan Rintis PAV boleh diperoleh dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM. 9.5 Instrumen Pemantauan rintis PAV untuk mengenal pasti keperluan penambahbaikan rintis boleh diperoleh dari BPK, KPM.
  • 51. 10. KESIMPULAN Pendidikan Asas Vokasional (PAV) merupakan satu dasar kurikulum dan kaedah untuk menyelesaikan masalah keciciran murid-murid di peringkat awal lagi. Berdasarkan perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia, kadar keciciran murid- murid di peringkat rendah (UPSR) yang tinggi, keadaan ini memerlukan penyelesaian yang terbaik agar murid-murid ini tidak terbiar dan boleh menjerumuskan mereka ke arah aktiviti-aktiviti yang negatif. Dasar ini juga adalah untuk memperkembangkan lagi potensi individu (murid- murid) yang mempunyai kelebihan dalam bidang kemahiran untuk memperkembangkan bakat mereka ke arah saluran yang sesuai. Murid-murid juga mempunyai lebih banyak pilihan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dasar ini juga untuk memendekkan murid-murid ini memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia 3 (SKM 3) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM 4) selepas mereka menamatkan pengajian dengan jaya selepas Menengah Atas sahaja (Tingkatan 5). Kemudian mereka berpeluang melanjutkan ke Institusi Pendidikan Tinggi Vokasional untuk mendapatkan Ijazah Pertama dan seterusnya.
  • 52. 11. RUJUKAN Anuar, Khidzir, Ramli & Azmi (2011) : Panduan Pelaksanaan Rintis Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Sekolah Menengah Harian, Sektor Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Francis Wong H.K. & Ee T.H. (1975). Education in Malaysia, 2nd. Ed. Hong Kong: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. A proposal paper by UNESCO and ILO: Technical and Vocational Training for 21st Century (2002). Kirkpatrick, S.A., Locke, E.A. (1991), "Leadership: do traits really matter?", Academy of (Rupert N.Evans, 1978)Management Executive, Vol. 5 pp.48-60. Laugho & Lilis (1988). „How The Dual System Works‟.Learning to work, working to learn. Malaysia : ISIS Malaysia. Atan Long (1984). The role of the National Vocational Training Council in themanagement of vocational training in Malaysia: A critical evaluation. Batu Pahat: KUiTTHO John Baldani (1984). „Industrial Training in Malaysia – Challenge and Response‟. Editorial, Journal of the Malaysian Institute of Management.
  • 53. Lampiran A PERATUS PERSAMAAN BIL KOD MATA PELAJARAN MPV NOSS MPV – NOSS TAHAP 1/2 1 RJP Rekaan dan Jahitan Pakaian 100% K-012-1 Pembuat Pakaian Wanita 2 MM Menservis Motosikal 96% P-118-1 Juruteknik Motosikal 3 MP Membuat Perabot 87% RB-050-1 Pembuat Perabot 4 TM Tanaman Makanan 81% Y-050-1 Pekerja Ladang Pertanian Akuakultur dan Haiwan AF-030-2 Juruteknik Rendah 5 AHR 81% Rekreasi Akuakultur Menservis Peralatan C-010-1 Mekanik Penyejukbekuan 6 MPPPU Penyejukan dan Penyaman 76% dan Penyaman Udara – Domestik Udara D-090-2 Artis Multimedia – Video D-100-2 Artis Multimedia – Audio 7 PM Produksi Multimedia 68% IT-040-2ArtisMultimedia– Animator IT-050-2 Artis Multimedia - Visual HT-010-1 Pramusaji 8 KP Katering dan Penyajian 67% L-041-1 Pembantu Penyedia Makanan
  • 54. 9 Pen. D Pendawaian Domestik 58% C-051-1 Juruteknik Elektrik Rendah 10 HAD Hiasan Dalaman Asas 58% ID-040-1 Pereka Dalaman Rendah 11 MA Menservis Automobil 58% P-119-1 Juruteknik Automotif Y-040-1 Operator Pengeluaran 12 Pem. M Pemprosesan Makanan 53% Pemprosesan Makanan Penjagaan Muka dan 13 PMDR 49% N-011-1 Jurukecantikan Dandanan Rambut H-024-1 Jurukimpal Arka Logam 14 KAG Kimpalan Arka dan Gas 43% Berperisai (Keluli Karbon) 15 KPD Kerja Paip Domestik 37% B-020-1 Jurukerja Paip 16 PD Pembinaan Domestik 32% B-010-1 Jurubina Bangunan 17 LN Landskap dan Nurseri 29% LE-010-1 Landscape Attendant Menservis Peralatan EE-010-1 Electronic Audio Visual 18 MPED 10% Elektrik Domestik Junior Technican Asuhan dan Pendidikan Tiada Kajian 19 APAK Tiada Berkenaan Awal Kanak-kanak Pemetaan Gerontologi Asas dan Tiada Kajian 20 GAPG Tiada Berkenaan Perkhidmatan Geriatik Pemetaan Tiada Kajian 21 GB Grafik Berkomputer Tiada Berkenaan Pemetaan Tiada Kajian 22 SRT Seni Reka Tanda Tiada Berkenaan Pemetaan BIL NEGERI NAMA SEKOLAH MPV PA V CADANGAN SKM SMK Arau Rekaan dan Jahitan Pakaian dan Pembuat Pakaian 1. Perlis Arau Pakaian Jahitan Wanita LAMPIRAN B SMK Simpang Kuala Membuat 2. Kedah Membuat Perabot Pembuat Perabot 05400 Alor Setar Perabot SMK Datuk Haji Mohd Nor Juruteknik 3. P.Pinang Ah mad Menservis Motosikal Pengenalan Enjin Motosikal 11700 Gelugor SMK Trolak Selatan Juruteknik 4. Perak Menservis Automobil Pengenalan Enjin Trolak Automatif SMK Sun gai Rawang Pekerja Am 5. Selangor Tanaman Makanan Tanaman Hiasan Sepang Tanaman Mekanik Menservis Peralatan Penyejukbekuan SMK Dato’ Sedia Raja Penyejukbekuan 6. N. Sembilan Penyejukan dan dan Penyamanan 71350 Rembau dan Penyamanan Penyaman Udara Udara Udara Domestik SMK Seri Pengkalan Rekaan dan Jahitan Pakaian dan Pembuat Pakaian 7. Melaka Alor Gajah Pakaian Jahitan Wanita
  • 55. BIL NEGERI NAMA SEKOLAH MPV PAV CADANGAN SKM SMK Datok Menteri Membuat 8. Johor Membuat Perabot Pembuat Perabot Batu Pahat Perabot Penyed iaan dan SMK Bukit Goh Katering dan Pembantu 9. Pahang Penyajian 26050 Kuantan Penyajian Penyedia Makanan Makanan SMK Saujana Akuakultur dan Juruteknik Rendah 1 0. Terenggan u Akuakultur 22110 Setiu Haiwan Rekreasi Akuakultur Penyed iaan dan SMK Kubang Kerian 2 Katering dan Pembantu 1 1. Kelantan Penyajian Kota Bharu Penyajian Penyedia Makanan Makanan Penyed iaan dan SMK Beau fort Katering dan Pembantu 1 2. Sabah Penyajian Beau fort Penyajian Penyedia Makanan Makanan SMK Belaga Pendawaian Pendawaian Juruteknik Elektrik 1 3. Sarawak 96900 Belaga Domestik Elektrik Rendah Lampiran B SMK Setiawangsa Pereka Dalaman 1 4. WP KL HiasanDalaman Hiasan Dalaman Kuala Lumpur Rendah SMK Taman Perumahan Bedaun Produksi Visual dan Multimedia -Artis 1 5. WP Labuan 87028 Wilayah Perseku tuan Labuan Multimedia Animasi Visual/Animasi
  • 56. ISU KEEMPAT : NKRA.
  • 57. PENGENALAN Selepas lebih 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang pendidikan.Kita telah mencapai kadar penyertaan pendidikan rendah yang universal dan peningkatan penyertaan pendidikan menengah yang menggalakkan. Pencapaian pendidikan di Malaysia menunjukkan penurunan berbanding dengan Singapura dan Hong Kong.Perkara yang amat membimbangkan jurang pencapaian pelajar semakin lebar .Contohnya, 20 % dari pelajar Malaysia tidak mencapai tahap penanda aras yang minimum (TIMSS) Penurunan dalam kualiti pendidikan secarakeseluruhan memerlukan perhatian kerana perkara ini akan menyumbang kepada pembangunan modal insan Negara dan seterusnya pembangunan ekonomi Negara. ASPIRASI PENDIDIKAN 1 Aspirasi pendidikan di Malaysia adalah untuk meningkatkan keberhasilan pelajar dan menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua pelajar diseluruh negara.
  • 58. 2 Peningkatan pencapaian pelajar amat krusial bagi membangunkan modal insan bagi menghasikan tenaga kerja dan seterusnya merealisasikan Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. 3 Memastikan pendidikan berkualiti dapat dikecapi oleh semua bagi menambahbaik taraf kehidupan penduduk Malaysia. Atas aspirasi ini maka 4 sub NKRA PENDIDIKAN telah dipilih. A. PRA SEKOLAH B. LITERASI DAN NUMERASI (LINUS ) C. SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) D. TAWARAN BARU KEPADA PEMIMPIN SEKOLAH
  • 59. NKRA PENDIDIKAN NKRA pendidikan adalah salah satu dasar kerajaan yang berfokuskan dalam bidang keberhasilan utama nasional.Tujuan utama dasar NKRA diwujudkan adalah untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub- NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. A. PRASEKOLAH Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 tahun keatas dan 5 tahun keatas menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada system pendidikan kebangsaan.Secara umum Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan diwujudkan untuk memastikan perkembangan holistic kanak-kanak.Amalan yang
  • 60. diwujudkan adalah bersesuaian dengan perkembangan murid.Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan berpusatkan murid, pembelajaran menerusi permainan, berintegrasi dan bertema, inkuiri penemuan dan pembelajaran berasaskan projek.Dari segi standard pembelajaran pula ia merupakan pengenalan kepada asas literasi dan numerasi.Secara tidak langsung pelajar akan bersedia untuk mengikuti pembelajaran di sekolah rendah B LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) Literasi adalah keupayaan untuk untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dalam B.Melayu, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah(dengan menggunakan kata hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian. Numerasi merupakan keupayaan untuk melakukan operasi asas dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam kehidupan seharian. Setiap kanak-kanak adalah diharapkan dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012.Bagi kanak- kanak berkeperluan khas , kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk mereka. 6 strategi pelaksanaan Program Linus untuk mencapai sasaran dan objektif.
  • 61. 1. Saringan murid(tahun 1, tahun 2 dan tahun 3) 2. Pembangunan bahan 3. Pengukuhan kemahiran pedagogi guru 4. Program kesedaran sekolah dan komuniti. 5. Pemantauan, Penyeliaan dan penilaian. 6. Pembentukan FasiLinus (Fasilitator LINUS) C SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) Adalah diharapkan dengan wujudnya SBT maka lahirlah sekolah berprestasi tinggi yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri.Sekolah-sekolah ini akan melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.Terdapat 3 objektif sekolah berprestasi tinggi. 1. Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik. Meningkatkan kualiti pencapaianb institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing. 2. Menghasilkan pelajar cemerlang