SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang puteraSrivijaya beragama Hindu yang
berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah
kerajaan yang beragama Islam.Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin
dengan puteri dari Pasai.Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh
Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu
abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24
Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Parameswara
Sejarah Malaysia
Sebahagian dari siri Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM)
Gangga Negara (abad ke-2-11)
Langkasuka (abad ke-2-14)
Pan Pan (abad ke-3-5)
Srivijaya (abad ke-3 -1400)
Kedah Tua (1136 -???)
Majapahit (1293-1500)
Kesultanan Melaka (1402-1511)
Kesultanan Johor (1528-kini)
Perang Saudara Jementah (1879)

Persekutuan Pattani Besar (1603-1785)
Raja Putih (1841-1946)
Malaya British (1874-1946)
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Borneo Utara (1882-1963)
Penentangan Mat Salleh (1896-1900)

Perang Dunia II (1941-1945)
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)

Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)

Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)

Hari Kemerdekaan (1957)
Persekutuan Malaysia (1963-kini)
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)

Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Penyingkiran Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
[sunting]

Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama(1293-1309) dan pengasas Kerajaan
Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292)
Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga
(1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari.Si
puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia
menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344
pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari
Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan
Dharmasraya, dan Palembang.
Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam di tahun
1414.Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan asli dari Sriwijaya
atau Palembang, kerana umumnya mereka memeluk agama Buddha.Sriwijaya ketika masa
lampau adalah pusat pengembangan agama Buddha di Asia Tenggara.
Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan
ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau
menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani").Ekoran daripada itu, beliau
melarikan diri ke Singapura.
Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi)di Singapura, Parameswara menjadi
pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau
oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai
barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565,
Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya.
Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka
cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening
Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan
kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu,
orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.
Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang
salah seekor daripada anjing-anjing burunya.Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk
itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas
menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat
itu "Melaka".
Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara membayar ufti
kepada negeri China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi
oleh LaksamanaCheng Ho, beliau melawat negeri China dengan rombongan pengiring sebanyak
540 orang untuk pertemuan dengan Yung Lo, MaharajaMing.

Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka
Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteriPasai,
Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah".
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.Tambahan pula, Melaka merupakan tempat
perdaganganrempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk
memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata,
"Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of
Malacca has his hand on the throat of Venice.)
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah
kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka
sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara,
ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng
shui yang terbaik pada masa itu.

Perkembangan Melaka
Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang
mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444).Pada kemangkatannya dalam tahun
1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan
dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan
memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (14451459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam
sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah
Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan
Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian
besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu
beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak
Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada
tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada
tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan
gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat
di bawah empat Sultan dan merupakan tulang
belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu
kekuasaannya di Kepulauan Melayu.

KESULTANAN MELAKA
Tempoh

Sultan

1400 – 1424

Sultan Iskandar Shah

1424 – 1444

Sultan Muhammad
Shah

1444 – 1445

Sultan Abu Syahid

1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah
1459 – 1477

Sultan Mansur Shah

1477 – 1488

Sultan Alauddin
Riayat Shah

1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah

Kegemilangan Kesultanan Melaka

Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta.Disebabkan kedudukannya
yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.Bagi
mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan
anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah.
Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan
segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada
tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok
kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan
penduduk tempatan.Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari
ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan
terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.Pesaing
utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.Majapahit kemudiannya tumbang
pada kurun ke-15.Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan
serangan tersebut telah gagal.

Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada
Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor
perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di
Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya dan
China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan
mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan
menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap
yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk
mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan
infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naugan dan perlindungan daripada kekuasaan
Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah dan
Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula
sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka.
Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali
berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun
ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.Hal ini menunjukkan Melaka
bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi
perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga
bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara
menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai
penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan
warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka
merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh
kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Kejatuhan Melaka
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa
dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta
keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.Pemerintahan Sultan
Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang
cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat
Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanakkanak.Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal
tiba di Melaka.Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar
"Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di
Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan
Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka.
Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka
Pada 10 Ogos1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de
Albuquerque kembali ke Melaka.Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas
Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Selepas 10 hari
mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.Sultan Mahmud Shah
terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya
mendapat pertolongan daripada negera China.
Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor
sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka.Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang
terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan
dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan
Melaka.Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang
Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa
sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke
Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan
Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput
oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak
Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

More Related Content

What's hot

Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Rathnaa Wayy
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatfiro HAR
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKAhamdan che hassan
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKATeh Boon Siang
 
kedatangan kuasa barat
 kedatangan kuasa barat kedatangan kuasa barat
kedatangan kuasa baratBalqisH yuha
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melakaHamizan Md
 
Bab 4 pengasasan kesultanan melayu melaka
Bab 4  pengasasan kesultanan melayu melakaBab 4  pengasasan kesultanan melayu melaka
Bab 4 pengasasan kesultanan melayu melakaImtiyazZahra
 
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIACARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIANurZahidah22
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanHana Roxstar
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUKeningau Vocational College
 
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUT2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUTeh Boon Siang
 
Sistem pentadbiran melaka
Sistem pentadbiran melakaSistem pentadbiran melaka
Sistem pentadbiran melakaImtiyazZahra
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganJimmy Mogolid
 
T2 BAB 7 7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DA...
T2 BAB 7 7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DA...T2 BAB 7 7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DA...
T2 BAB 7 7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DA...Teh Boon Siang
 
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & SosialWarisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & SosialSKSP
 

What's hot (20)

Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka.
 
Ayat Tanya
Ayat TanyaAyat Tanya
Ayat Tanya
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selat
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
 
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKAT2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
T2 BAB 5 5.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
 
kedatangan kuasa barat
 kedatangan kuasa barat kedatangan kuasa barat
kedatangan kuasa barat
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
Bab 4 pengasasan kesultanan melayu melaka
Bab 4  pengasasan kesultanan melayu melakaBab 4  pengasasan kesultanan melayu melaka
Bab 4 pengasasan kesultanan melayu melaka
 
Negeri negeri melayu
Negeri negeri melayuNegeri negeri melayu
Negeri negeri melayu
 
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIACARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
CARA MENINGKATKAN INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Kepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladanKepimpinan melalui teladan
Kepimpinan melalui teladan
 
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTUPENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
PENAPAKAN DAN PERLUASAN PENGARUH BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
 
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAUT2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
T2 BAB 6 6.2 KEGEMILANGAN KESULTANAN JOHOR RIAU
 
Sistem pentadbiran melaka
Sistem pentadbiran melakaSistem pentadbiran melaka
Sistem pentadbiran melaka
 
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tanganHuraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat melayu sebelum campur tangan
 
T2 BAB 7 7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DA...
T2 BAB 7 7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DA...T2 BAB 7 7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DA...
T2 BAB 7 7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK, TERENGGANU DA...
 
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & SosialWarisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
Warisan Kerajaan Kesultanan Melaka - Politik, Ekonomi & Sosial
 

Similar to Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara

Pengasas Melaka
Pengasas MelakaPengasas Melaka
Pengasas MelakaHamizan Md
 
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)TG Huda EG Hadi
 
kesulatanan melayu melaka . presentation
kesulatanan melayu melaka . presentationkesulatanan melayu melaka . presentation
kesulatanan melayu melaka . presentationpuvan segharan
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameriameri57
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameriameri57
 
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...bracelyn
 
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka KhaiKerr1
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melakafiro HAR
 
Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan NegaraMelaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan NegaraSKSP
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraHakim Yusof
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2VisharaamBalaMurugan
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZairol83
 
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZairol83
 
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113NursKitchen
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)nur_waniatul
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
KemerdekaanFishy Yi
 
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri MelayuBab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayunieda79iman
 
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan MelayuSejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan MelayuChenPl
 

Similar to Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara (20)

Pengasas Melaka
Pengasas MelakaPengasas Melaka
Pengasas Melaka
 
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
Kegemilangan melaka (UPSI 2014)
 
kesulatanan melayu melaka . presentation
kesulatanan melayu melaka . presentationkesulatanan melayu melaka . presentation
kesulatanan melayu melaka . presentation
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameriTugasan 2 kenegaraan   melaka -mohd. ameri
Tugasan 2 kenegaraan melaka -mohd. ameri
 
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
BAB 1:WARISAN NEGARA BANGSA sejarah tingkatan 4 kssm untuk dijadikan sebagai ...
 
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka
 
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka2.4 zaman kesultanan melayu melaka
2.4 zaman kesultanan melayu melaka
 
Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan NegaraMelaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
Melaka Sebagai Asas Pembentukan Negara
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggara
 
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
Kerajaan Alam Melayu Bab 1 Sejarah Ting 2
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
 
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu MelakaZaman Kesultanan Melayu Melaka
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
 
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
KESULTANAN MELAYU- pengajian malaysia mpu 2113
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
 
Kemerdekaan
KemerdekaanKemerdekaan
Kemerdekaan
 
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri MelayuBab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bab 8 Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
 
Bab 8 tingkatan 1
Bab 8 tingkatan 1Bab 8 tingkatan 1
Bab 8 tingkatan 1
 
BAB 1 .pdf
BAB 1 .pdfBAB 1 .pdf
BAB 1 .pdf
 
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan MelayuSejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
Sejarah Tingkatan 1 Bab 8 Kerajaan-kerajaan Melayu
 

More from Damairin Selangor

More from Damairin Selangor (10)

1. artikel kemahiran pengurusan risiko
1. artikel kemahiran pengurusan risiko1. artikel kemahiran pengurusan risiko
1. artikel kemahiran pengurusan risiko
 
Cabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talianCabaran pelajar belajar atas talian
Cabaran pelajar belajar atas talian
 
Bab pendahuluan
Bab  pendahuluanBab  pendahuluan
Bab pendahuluan
 
Plan strategik target kecemerlangan
Plan strategik target kecemerlanganPlan strategik target kecemerlangan
Plan strategik target kecemerlangan
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Buku pengurusan-1m1s-2013
Buku pengurusan-1m1s-2013 Buku pengurusan-1m1s-2013
Buku pengurusan-1m1s-2013
 
Pelan strategik, operasi kurikulum azhari 2015
Pelan strategik, operasi kurikulum azhari 2015Pelan strategik, operasi kurikulum azhari 2015
Pelan strategik, operasi kurikulum azhari 2015
 
Elektronik
ElektronikElektronik
Elektronik
 
Aura warna
Aura warnaAura warna
Aura warna
 
4. pelan taktikal
4. pelan taktikal4. pelan taktikal
4. pelan taktikal
 

Kesultanan-melayu-melaka-diasaskan-oleh-parameswara

  • 1. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang puteraSrivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam.Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai.Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur. Parameswara Sejarah Malaysia Sebahagian dari siri Sejarah Malaysia Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM) Gangga Negara (abad ke-2-11) Langkasuka (abad ke-2-14)
  • 2. Pan Pan (abad ke-3-5) Srivijaya (abad ke-3 -1400) Kedah Tua (1136 -???) Majapahit (1293-1500) Kesultanan Melaka (1402-1511) Kesultanan Johor (1528-kini) Perang Saudara Jementah (1879) Persekutuan Pattani Besar (1603-1785) Raja Putih (1841-1946) Malaya British (1874-1946) Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Perjanjian Burney (1826) Penempatan Selat (1826-1946) Perang Kelang (1867-1874) Perjanjian Pangkor 1874 Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946) Perjanjian Inggeris-Siam 1909 Pertempuran Pulau Pinang (1914) Borneo Utara (1882-1963) Penentangan Mat Salleh (1896-1900) Perang Dunia II (1941-1945) Perang Tanah Melayu (1941-1942) Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942) Perang Singapura (1942) Syburi (1942-1945) Kawat Kematian Sandakan (1945) Malayan Union (1946-1948) Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963) Darurat Tanah Melayu (1948-1960) Peristiwa Bukit Kepong (1950) Hari Kemerdekaan (1957) Persekutuan Malaysia (1963-kini)
  • 3. Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966) Pemberontakan Brunei (1962-1966) Rusuhan Kaum 1964 (1964) Penyingkiran Singapura (1965) Peristiwa 13 Mei (1969) Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Operasi Lalang (1987) Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88) Krisis Kewangan Asia (1997-98) Al-Ma'unah (2000) Perhimpunan Bersih (2007) [sunting] Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama(1293-1309) dan pengasas Kerajaan Majapahit menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari.Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit. Selain itu, beliau masih kerabat dari Ananggavarman atau Ananggawarman, (anak dari Adityawarman) yang menjabat sebagai gabenor Majapahit di Pagar Ruyung, Kerajaan Dharmasraya, dan Palembang. Sebelumnya Parameswara beragama Hindu, dan kemudian memeluk agama Islam di tahun 1414.Dari agama yang diyakini kita dapat lihat bahawa Parameswara bukan asli dari Sriwijaya atau Palembang, kerana umumnya mereka memeluk agama Buddha.Sriwijaya ketika masa lampau adalah pusat pengembangan agama Buddha di Asia Tenggara. Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani").Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi)di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru. Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka
  • 4. cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja. Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya.Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka". Ancaman serangan daripada pihak Siam menyebabkan keputusan Parameswara membayar ufti kepada negeri China pada tahun 1409 supaya mendapat perlindungan. Pada tahun 1411, diiringi oleh LaksamanaCheng Ho, beliau melawat negeri China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Yung Lo, MaharajaMing. Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteriPasai, Indonesia dan menukarkan nama beliau kepada "Raja Megat Iskandar Shah". Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16.Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdaganganrempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.) Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu. Perkembangan Melaka
  • 5. Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444).Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim.Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid". Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (14451459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu. KESULTANAN MELAKA Tempoh Sultan 1400 – 1424 Sultan Iskandar Shah 1424 – 1444 Sultan Muhammad Shah 1444 – 1445 Sultan Abu Syahid 1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah 1459 – 1477 Sultan Mansur Shah 1477 – 1488 Sultan Alauddin Riayat Shah 1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah Kegemilangan Kesultanan Melaka Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya. Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta.Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan
  • 6. segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan.Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini. Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15.Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal. Kejayaan Melaka Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden. Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naugan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah. Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
  • 7. Kejatuhan Melaka Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanakkanak.Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka.Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka Pada 10 Ogos1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka.Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah.Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos.Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China. Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka.Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka.Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa. Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke
  • 8. Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.