SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
Cadangan Manual Standard Operasi (Panduan) Untuk Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 – VER 002
(PUBLIC)
Draft
Cadangan Garis Panduan
Manual Standard Operasi
Untuk Pengurusan Banjir
Di Malaysia
Cadangan terbuka untuk dimajukan kepada :
Kerajaan Malaysia, Kementerian, Jabatan, Agensi
berkaitan atau mana-mana pihak yang berminat
Dimajukan dan ditulis oleh: -
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli
URL :
http://www.nikzafri.blogspot.com
http://www.e-brainfund.webs.com
e-mail : nikzafri@yahoo.com, nikzafri@gmail.com,
tettyhenney@gmail.com
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002
(PUBLIC)
KENYATAAN DAN PENAFIAN
1. Dokumen ini hanyalah cadangan dari orang awam yang masih di
peringkat draf,
2. Dokumen ini hanyalah cadangan yang boleh digunakan sebagai
panduan
3. Isi kandungan dokumen tidak bermaksud untuk mempengaruhi
keputusan yang dilakukan oleh pengurusan tertinggi dalam
mengemaskinikan atau membangunkan manual, pelan dan prosedur
standard operasi
4. Penggunaan dokumen ini perlu dirujuksilang kepada semua Undang-
Undang, Akta-Akta yang terkini dan berkaitan termasuk pindaan-
pindaan yang dibuat selain merujuksilang mana-mana piawaian,
manual, prosedur standard operasi, pekeliling, arahan dll yang
berkaitan dengan pengurusan bencana banjir dll bencana alam
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002
(PUBLIC)
1.0 PENUBUHAN SURUHANJAYA ATAU JAWATANKUASA KHAS YANG
BERSIFAT KEKAL
1. Pengenalan
Pengurusan Banjir di Malaysia melibatkan pelbagai lapisan kementerian,
jabatan dan agensi pada tiga tahap utama iaitu Persekutuan, Negeri dan
Daerah/Jajahan.
Pengurusan Banjir seperti lain-lain bencana alam perlu mengambilkira
kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur,
kestabilan tanah & slope, penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah,
pembangunan di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber
semulajadi, ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb.
Adalah dicadangkan supaya satu suruhanjaya atau jawatankuasa khas
yang bersifat kekal ditubuhkan di semua peringkat bermula dengan persekutuan
dan diikuti dengan negeri-negeri serta daerah-daerah/jajahan-jajahan di negeri
masing-masing.
Hal ini penting supaya tidak berlaku tindanan kuasa atau arahan-arahan
yang diberikan oleh mereka yang tidak berkelayakan akan menyebabkan
kekeliruan dan kecelaruan. Pengalaman telah membuktikan bahawa apabila
terlalu banyak arahan-arahan yang bertindan, maka akan lebih banyak nyawa
yang terkorban.
Di peringkat persekutuan, fungsi utamanya ialah melibatkan dasar,
keputusan, pengagihan sumber dan bantuan, mengutamakan aktiviti belanjawan
serta memantau aktiviti jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat negeri/daerah
terutamanya membabitkan operasi kecemasan bencana alam seperti banjir.
Selain itu kajian khusus perlu dilakukan secara preventif dengan mengenalpasti
zon-zon yang berpotensi didatangi bencana alam serta mengambil tindakan
pembetulan seberapa segera. (juga dicadangkan manual ini boleh diperluaskan
dan menjadi asas kepada pengurusan bencana-bencana lain seperti gempa
bumi, ribut/taufan, tsunami, peperangan dan lain-lain)
Suruhanjaya Persekutuan dan negeri ini perlu melibatkan dalam
jawatankuasanya semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan, wakil
pertubuhan/persatuan bukan kerajaan, sektor korporat/swasta, sukarelawan dan
wakil-wakil dari parti siasah.
Di peringkat daerah/zon/jajahan pula, setiap ahli jawatankuasa akan
mengepalai jawatankuasa-jawatankuasa kecil.
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002
(PUBLIC)
Semua suruhanjaya di peringkat negeri secara asasnya perlu
 Menyelaras semua agensi yang berkaitan untuk mengadakan mesyuarat-
mesyuarat mingguan, bulanan dan tergempar, mengadakan taklimat,
membuat keputusan-keputusan penting berasaskan satu pelan tindakan yang
menyeluruh,
 menubuhkan pusat-pusat pemindahan yang khusus di samping kemungkinan
keperluan untuk pusat-pusat ad-hoc,
 memastikan aspek kesihatan dan rawatan kecemasan termasuk peralatan
serta ubat-ubatan yang mencukupi stok – seperti hospital, klinik dll.
 Membangunkan satu pangkalan data berpusat yang boleh diakses oleh pihak
yang berkepentingan di mana data perlu meliputi beberapa aspek utama
seperti mangsa, jenis rawatan yang diberikan, zon-zon bahaya, tindakan yang
diambil dan sebagainya,
 Pertolongan dan bantuan segera diberikan (mengikut jenis dan kesesuaian)
setelah menerima distress-call
 Memastikan makanan yang mencukupi untuk setiap pusat-pusat pemindahan
dan sebagainya.
------------------ruangan ini sengaja dikosongkan--------------------------
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
5
Penaung/Penasihat
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Ketua Operasi
Penyelidikan dan
Pembangunan
Kesihatan Keselamatan Logistik Kewangan &
Perbendaharaan
Wakil-Wakil Parti
Siasa
Wakil-Wakil NGO
Teknikal & ICT
Wakil-Wakil
Media
Wakil-Wakil Jabatan dan Agensi Wakil-Wakil Sektor Korporat/Swasta
Setiausaha Agung
Rajah 1 – Cadangan Struktur Organisasi secara asas
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
6
2. Fungsi-Fungsi Utama
a. Penasihat/Penaung
Adalah dicadangkan Penasihat dan Penaung peringkat Persekutuan diketuai
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan
Agong dan Pemangku baginda sebagai Timbalan.
Begitu juga diperingkat Negeri yang dinaungi oleh DYMM Raja-Raja Melayu
dan timbalan baginda iaitu Tengku Mahkota atau Raja Muda Negeri.
Antara tugas baginda ialah mendapat segala nasihat dan laporan berkala
teknikal, lojistik dan pengurusan daripada Pengerusi. Baginda juga setelah
mendapat nasihat dan syor daripada Pengerusi boleh membuat keputusan
kritikal seperti mengisytiharkan kecemasan atau yang setaraf dengannya
mengikut tahap umpamanya :
i. Tahap 1 (sangat kritikal)
ii. Tahap 2 (kritikal)
iii. Tahap 3 (merbahaya)
iv. Tahap 4 (potensi bahaya)
v. Tahap 5 (berjaga-jaga)
b. Pengerusi
Adalah dicadangkan Pengerusi Suruhanjaya di Peringkat Persekutuan
diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan dibantu
oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
Begitu juga di peringkat Negeri yang diketuai oleh YAB-YAB Menteri-Menteri
Besar dan Ketua-Ketua Menteri diikuti oleh Timbalan masing-masing.
Antara tugas yang dicadangkan ialah :
i. Mempengerusi mesyuarat kabinet atau mesyuarat persekutuan (yang
melibatkan seluruh jentera pengurusan negeri) secara berkala atau
tergempar khusus mengenai bencana,
ii. Mendapatkan laporan lengkap daripada jemaah menteri dan/atau jentera
persekutuan dan pengurusan negeri,
iii. Memberikan laporan berkala, nasihat dan syor kepada DYMM Penaung
dan Timbalan atau dalam Sidang-Sidang Parlimen,
iv. Memberikan arahan-arahan berdasarkan pelan tindakan dan
perisytiharan kecemasan bagi memastikan kelicinan operasi.
v. Dengan bantuan Ketua Operasi, menguruskan bantuan-bantuan aset dan
kewangan dari negara-negara luar,
vi. Melakukan post-mortem dan laporan susulan/penutup,
vii. Dan lain-lain yang diperlukan
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
7
c. Setiausaha Agung
Adalah dicadangkan jawatan Setiausaha Agung diketuai oleh Yang Amat
Berbahagia Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan yang dilantik
Di peringkat negeri, jawatan ini diketuai oleh Setiausaha-Setiausaha Kerajaan
Negeri atau yang setaraf dengannya dan timbalan-timbalan yang dilantik.
Antara tugas yang dicadangkan ialah :
i. Melapor terus kepada Pengerusi
ii. Menghantar notis/pekeliling mesyuarat kepada peringkat persekutuan dan
negeri,
iii. Merekodkan sidang atau mesyuarat,
iv. Membentangkan agenda, minit mesyuarat yang telah lalu,
v. Membantu Pengerusi bagi membuat dan membentangkan laporan yang
diperlukan,
vi. Memastikan komunikasi yang cepat, tepat dan berkesan antara
Suruhanjaya Persekutuan dan Negeri
vii. Dan lain-lain yang diperlukan
d. Ketua Operasi
Adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh samada Ketua Pengarah
Majlis Keselamatan Negara atau Panglima Turus Angkatan Tentera Malaysia
atau Ketua Polis Negara dan timbalan-timbalan yang dilantik.
Di peringkat negeri pula ialah Pengarah MKN peringkat Negeri atau Ketua
Staf ATM Negeri atau Ketua Polis Negeri dan Timbalan-timbalan yang
dilantik.
Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Antara tugas yang dicadangkan ialah :
i. Bertindak sebagai perancang utama termasuk pelan tindakan,
ii. menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran
iii. melapor terus kepada Setiausaha Agung dan Pengerusi
iv. menggerakkan jentera yang diperlukan samada darat, udara mahupun
laut, sungai dan saliran-saliran,
v. menyelaras dengan semua ahli exco atau jawatankuasa seperti R&D,
kesihatan, logistik, keselamatan, kewangan, teknikal dll.
vi. Selaku pengerusi tender untuk infrastruktur pra dan pos-bencana,
vii. Mengadakan sidang media, membuat kenyataan bertulis atau lisan dsb.
viii. Dan lain-lain yang perlu
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
8
e. Ahli Exco Suruhanjaya/Jawatankuasa
1) Am
1.1 Semua ahli exco perlu menyediakan Prosedur Standard Operasi dan
lain-lain dokumen termasuk Pelan Tindakan mengikut seksyen dan
mengikut kepakaran masing-masing. Mereka juga boleh mendapatkan
nasihat dari perunding-perunding atau mana-mana pihak dalam
menyediakan Prosedur Standard Operasi.
1.2 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa perlu menjadi
jawatankuasa pemilihan tender infrastruktur pra dan pos bencana
1.3 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa perlu menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa kecil dianggotai oleh mereka yang sesuai,
berpengalaman dan berkelayakan. Mesyuarat juga perlu diadakan
mengikut tempoh yang ditetapkan.
1.4 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa perlu menjadi
pengerusi kepada jawatankuasa kecil daerah, jajahan dan zon.
1.5 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa akan dipantau oleh
pihak yang berkaitan samada di peringkat kementerian, agensi, institusi dll
yang dilantik. Pemantauan ini melibatkan audit, pemeriksaan, ujian dan
sebagainya.
1.6 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa melaporkan kepada
Ketua Operasi.
1.7 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa dilantik dengan
deskripsi tugas/tanggungjawab/fungsi yang dicadangkan di bawah
bertindak hanya semasa fasa pra, semasa dan pos bencana sahaja.
1.8 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa dilantik perlu
menyelaras, menerima cadangan konkrit, mendengar kritik konstruktif,
membantu, mengadakan usahasama dsb. dari mana-mana Kementerian,
Jabatan, Institusi, Agensi, sektor korporat dan swasta, NGO, orang awam
dll.
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
9
2) Penyelidikan dan Pembangunan – adalah dicadangkan jawatan ini
dipegang oleh Timbalan Naib Canselor atau Rektor mana-mana IPTA dan
IPTS (akademik yang diakreditasikan oleh MQA atau setaraf) atau mana-
mana Rektor atau Pengarah Kolej Kemahiran (kemahiran yang
diakreditasikan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau setaraf)
Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Tugas exco R & D yang dicadangkan ialah :
i. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi dan
infrastruktur preventif dan reaktif bencana alam dengan sokongan
statistik, data dan fakta yang mencukupi,
ii. Menjalankan kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora &
fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope,
penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan
di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi,
ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb.
iii. Membangunkan sistem pangkalan data berpusat,
iv. Memberikan cadangan teknologi berkenaan kepada jawatankuasa
peringkat persekutuan atau negeri,
v. Bekerjasama dengan bahagian Teknikal untuk membangunkan
teknologi atau infrastruktur berkenaan
vi. Dan lain-lain yang diperlukan
*Teknologi termasuklah sistem amaran banjir, RFID, thermal imaging scan,
GPS, jentera, kelengkapan, Internet of Things (IOT) – Kepintaran Buatan
(Artificial Intelligence), perisian/aplikasi/pangkalan data, infrastruktur –
bangunan/premis, sistem saliran, sokongan hayat, teknologi solar dll..
3) Kesihatan – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua
Pengarah Kesihatan dan di peringkat negeri – pengarah-pengarah
kesihatan negeri. Jawatan ini juga boleh dipegang oleh pengarah-
pengarah atau pakar kesihatan hospital-hospital kerajaan atau swasta
yang diiktiraf.
Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Antara tugas-tugas yang dicadangkan:
i. Mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar untuk semua jenis bidang
kesihatan,
ii. Menyediakan dasar, pekeliling, notis dan laporan kesihatan secara
komprehensif untuk diedarkan dan/atau dibentangkan,
iii. Bersiap-sedia secara sistematik untuk pemindahan apabila perlu,
iv. Memastikan kecukupan kelengkapan, peralatan, perkakasan, mesin
dsb. katil dsb,
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
10
v. Memastikan kecukupan stok ubat-ubatan terutamanya anti-biotik,
anestetik, anti-venom, antidot, serum dsb.
vi. Memastikan kecukupan kakitangan perubatan terutamanya doktor dan
jururawat,
vii. Mengenalpasti dan memastikan tindakan preventif atau reaktif diambil
bagi mencegah sebarang wabak dan penyakit yang menular semasa
banjir atau lain-lain bencana alam – ini termasuklah dengan kerjasama
agensi-agensi yang berkaitan memberikan arahan pembuangan
sampah di tempat yang ditentukan, saliran yang dibersihkan,
pengkebumian atau penyimpanan mayat secara sempurna dan
pemusnahan/penanaman bangkai ternakan yang mati dsb.
viii. Menyediakan bekalan air yang bersih, makanan nutrisi yang sesuai
untuk jenis pesakit dan penyakit yang dialami,
ix. Penyediaan makmal untuk menguji air minuman atau lain-lain bahan
yang mungkin terdapat kontaminasi,
x. Mempunyai pasukan psikologi dan psikiatri dibantu oleh parakaunselor
atau sukarelawan bagi memberikan nasihat kepada mangsa banjir
yang mengalami trauma,
xi. Menyelaras perkhidmatan kesihatan bergerak di tempat-tempat
bencana,
xii. Bersama-sama dengan bahagian keselamatan bagi memberikan
taklimat dan latihan kepada kakitangan, NGO dan orangramai
mengenai persediaan menghadapi banjir atau lain-lain bencana alam,
xiii. Menyelaras dengan NGO seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan
lain-lain pasukan penyelamat untuk bersedia memberikan pertolongan
cemas sebelum atau semasa dalam perjalanan ke hospital, klinik atau
mana-mana pusat kesihatan/rawatan yang bertauliah, sekiranya perlu,
xiv. Dan lain-lain yang diperlukan
4) Keselamatan – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam atau Ketua Pengarah Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau Ketua Pengarah Jabatan
Sumber Asli dan Alam Sekitar atau Ketua Pengarah BOMBA dan
Penyelamat dan di peringkat negeri – pengarah-pengarah JPAM atau
JKKP atau Bomba dan timbalan-timbalan yang dilantik.
Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Antara tugas-tugas yang dicadangkan (semasa atau potensi kecemasan):
i. Mengenalpasti potensi kecemasan terutamanya di negeri, zon, daerah,
jajahan atau mana-mana kawasan yang merbahaya,
ii. Menguruskan struktur dan operasi bencana,
iii. Memastikan keselamatan orangramai sebelum atau semasa bencana –
seperti operasi pemindahan, aturan pusat pemindahan yang
ditetapkan, penghantaran ke hospital, pertolongan cemas dll.,
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
11
iv. Bekerjasama dengan PDRM, Rukun Tetangga, Jawatankuasa
Keselamatan Kampung, RakanCop, unit-unit perisikan pelbagai bagi
mengadakan kawalan dan pemantauan untuk memastikan pencegahan
kejadian jenayah samada di lokasi banjir atau di pusat pemindahan,
v. Memberikan latihan dan tunjukajar kepada kakitangan, NGO termasuk
orangramai secara berkala,
vi. Memastikan kelengkapan, mesin, peralatan dan jentera yang
mencukupi dan mampu untuk merangkumi semua operasi menyelamat
dan pencegahan,
vii. Menentukan zon merah, kuning dan hijau dan memastikan hanya
mereka yang terlatih sahaja memasuki zon merah dan mengatur
pasukan, anggota dan mereka yang berkaitan mengikut zon,
viii. Menyelaras dengan Bahagian Kewangan, NGO, sektor korporat, wakil-
wakil parti siasah, individu yang berdaftar di bawah mana-mana NGO
dll mengenai bantuan yang dihantar, memastikan semua data bantuan
ini didaftarkan dan dikumpulkan bersama supaya tidak berlaku
kekeliruan dalam penghantaran,
ix. Lain-lain yang diperlukan
5) Logistik – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua Pengarah
Kementerian Pengangkutan atau Ketua Pengarah Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dan
di peringkat negeri – Pengarah Negeri Pengangkutan atau YDP-YDP
Majlis Perbandaran dan timbalan-timbalan yang dilantik.
Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Antara tugas-tugas yang dicadangkan :
i. Memastikan semua aset dan mod pengangkutan dengan kerjasama dari
semua pihak (contohnya ATM, Penerbangan Awam, PDRM, Bomba,
Hospital, Ambulan dsb) mencukupi dan diselenggarakan dengan
sempurna – ini termasuklah stor/gudang simpanan yang teratur,
ii. Mengenalpasti laluan dan rut (route) yang digunakan semasa kecemasan,
iii. Mengadakan jadual penghantaran dan pengangkutan secara sistematik,
iv. Memastikan kawalan trafik semasa bencana atau pemindahan dilakukan
dengan sempurna,
v. Memberikan arahan keseluruhan atau sebahagian penutupan fasiliti
pengangkutan awam mengikut penilaian dan tahap kecemasan dan
memastikan semua aset awam dipindahkan dan disimpan serta
diselenggarakan dengan baik,
vi. Memberikan arahan penutupan institusi pengajian tinggi, sekolah dan
lain-lain.
vii. Bekerjasama dengan Unit ICT mengenai perisian yang digunakan untuk
menyelaras dan mengawal kitaran penghantaran serta menilai prestasi
dan kualiti bagi ditingkatkan secara berterusan,
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
12
viii. Membekal dan menguruskan tenaga kerja mengikut keperluan dan
perubahan dari masa ke semasa,
ix. Dll yang diperlukan,
6) Kewangan dan Perbendaharaan – adalah dicadangkan jawatan ini
dipegang oleh Ketua Pengarah Kementerian Kewangan atau Gabenor
Bank Negara atau Ketua Audit Negara lain-lain yang setaraf dan di
peringkat negeri – Pengarah Negeri MOF/Audit Negara atau mana-mana
Pengarah Bank Negeri dan timbalan-timbalan yang dilantik.
Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Antara tugas-tugas yang dicadangkan :
i.Mencadang, mengurus dan menerima arahan Pengerusi atau Setiausaha
Agung atau Ketua Operasi mengenai strategi, peruntukan dan
belanjawan dll yang berkaitan semasa dan selepas bencana alam
berlaku,
ii. Memastikan peruntukan dan belanjawan diselaraskan dengan sempurna
sehingga tiba kepada peringkat negeri, zon/jajahan/daerah terutamanya
mangsa yang memerlukan,
iii. Memastikan komunikasi dengan pihak institusi perbankan dan
kewangan, hasil/cukai dll mengenai isu-isu pelepasan atau tempoh
bertenang (pinjaman perumahan, kenderaan, perniagaan dsb)
iv. pembahagian harta/urusan pampasan/KWSP/Perkeso, Insuran dll
kepada waris si mati akibat bencana, pengurusan harta yang tidak
dituntut kerana tiada pewaris atau pewaris tidak dapat dihubungi
v. Memastikan urustadbir (governance) yang telus dalam pembentangan,
sidang media, laporan dll pengenai pengurusan kewangan dan
perbendaharaan,
vi. Memastikan segala infrastruktur, pusat-pusat pemindahan, aset-aset,
teknologi dsb. yang dibangunkan untuk tujuan sebelum, semasa atau
selepas bencana diselia dengan baik,
vii. Mengumpul data dan menyelaraskan semua jenis bantuan kewangan
seperti derma/sumbangan dll dari semua pihak samada NGO, sektor
swasta/korporat, orang perseorangan dll.
viii. Urusan elaun Penaung, Pengerusi dan semua jawatankuasa termasuk
pembayaran kepada perunding, pembekal, kontraktor dll yang berkaitan
diuruskan dengan sempurna
ix. Memastikan semua dokumen dan rekod berhubung jawatankuasa
difailkan dan dikawal secara berpusat,
x. Lain-lain yang diperlukan
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
13
7) Teknikal dan ICT – adalah dicadangkan dua (2) jawatan diwujudkan iaitu
Teknikal/Kejuruteraan dipegang oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerjaraya
Malaysia dan ICT pula dipegang oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
MDEC atau lain-lain yang setaraf dan di peringkat negeri – Pengarah JKR
negeri atau wakil MDEC seperti syarikat-syarikat
aplikasi/kejuruteraan/pembangunan perisian/sistem yang mendapat
persijilan MSC dsb. serta timbalan-timbalan yang dilantik.
Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Antara tugas-tugas yang dicadangkan :
i. Menerima cadangan rekabentuk dari unit R & D berhubung dengan
teknologi, teknikal, kejuruteraan sivil & bangunan – elektrikal & mekanikal,
infrastruktur dan ICT diterima, disemak, dipinda dan diluluskan,
ii. Menubuhkan pasukan pembinaan dan pembangunan samada teknikal
atau ICT bagi menguruskan projek-projek yang dijalankan,
iii. Bekerjasama dengan unit kewangan bagi memantau aspek belanjawan,
pembelian, kewangan, kualiti dan keselamatan kerja sepanjang projek-
projek yang dijalankan diuruskan dengan sempurna,
iv. Mengambilkira kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora &
fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope,
penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di
kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi,
ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb.
v. Memastikan projek dapat disempurnakan mengikut jadual yang
ditentukan
vi. Memastikan aspek ujian dan pemeriksaan, testing & commissioning, final
accounts, CMGD, CPC, CFO/CCC, penyerahan dll sebelum, semasa dan
selepas fasa pembangunan dijalankan mengikut piawaian yang
ditentukan
vii. Dll yang diperlukan
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
14
3. Prosedur Standard Operasi (bencana) yang dicadangkan
a. Pelan Tindakan Bencana (komprehensif) meliputi ringkasan SOP-SOP iaitu :
b. SOP Cuaca dan Amaran Banjir - Aspek yang perlu diambilkira - cara Sistem
Amaran diaktifkan, diumumkan dan medium yang digunakan, pihak yang
berkuasa untuk mengumumkan ‘amaran’, elemen yang diambilkira semasa
menyebarkan amaran, jenis sistem/teknologi sistem amaran yang digunakan,
isi kandungan amaran – ringkas, tidak terlalu teknikal dan tidak terlalu bernada
panik, kekerapan amaran, kawalan khabar angin dll.
c. SOP Operasi Mencari dan Menyelamat – merujuk kepada SOP-SOP yang
sediada samada ATM, PDRM, SAR, Bomba, JPAM dll.
d. SOP Pemindahan (evacuation) – Aspek yang perlu diambikira – mengenalpasti
jenis ancaman/bencana dan cara pelaksanaan prosedur dan pelan tindakan,
penyelarasan dengan agensi-agensi dan pihak yang berkaitan dalam operasi
menyelamat, pihak yang berkuasa mengarahkan pemindahan dan
penyelarasan,pemindahan secara berperingkat bersistem dan tidak
menimbulkan panik, akses/jalan/pengangkutan yang digunakan, berawas
dengan talian elektrik/tiang lampu awam, memastikan kerjasama orangramai
yang terbabit, pemindahan mengikut kes – pemindahan keluarga, pemindahan
mangsa yang sakit, cedera, jangkitan atau berpenyakit kronik, pemindahan
OKU, kanak-kanak, wanita, golongan tersasar/sesat dan orang tua, keperluan
membawa bersama perlindungan hujan, but, selimut/gebar, bantal dan sarung
bantal, baldi, gelas/cawan/botol plastik, telefon bimbit, ubat-ubatan, dokumen
penting – sijil kelahiran, kad pengenalan, paspot, dokumen insuran dsb,
mematikan elektrik, air dll, mengunci pintu dan tingkap, dll
e. SOP Pengurusan Kesihatan, Perubatan, Kelengkapan - merujuk kepada SOP-
SOP yang sediada dan dirujuksilang kepada tugas exco Suruhanjaya atau
Jawatankuasa dalam Manual ini.
f. SOP Pengurusan Pertanian dan Ternakan – aspek yang perlu diambilkira –
cara melindungi dan menyelamatkan hasil pertanian, ternakan, haiwan
peliharaan dsb. semasa sistem amaran diaktifkan atau semasa/selepas
bencana
g. SOP Pengurusan Pengairan dan Saliran – mengambilkira pengurusan Sungai,
Parit, Laut, Tasik, Longkang, Empangan dll. sebelum, semasa dan selepas
bencana
h. SOP Pusat Pemindahan dan Bantuan – mengambilkira pengurusan sumber
dan keperluan – seperti bantuan kewangan, makanan/minuman, derma,
perubatan, rawatan, tempat tidur, pencegahan jenayah dll.
Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia
Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC)
15
i. SOP Sumber dan Infrastruktur Telekomunikasi, Elektrik, Internet, Air dll. –
mengambilkira pengurusan, penutupan, pemutusan bekalan dll sebelum,
semasa dan selepas bencana
j. SOP Logistik - Pengangkutan Udara, Air dan Darat, (termasuk perkhidmatan
rel) – mengambilkira SOP yang sediada dan apa yang dicadangkan dalam
fungsi unit logistik seperti dalam manual ini.
k. SOP Penyelidikan dan Pembangunan – mengambilkira apa yang dicadangkan
dalam fungsi unit R & D seperti dalam manual ini. Selain kertas cadangan
rekabentuk pembangunan teknikal dan ICT yang komprehensif.
l. SOP Kewangan dan Perbendaharaan - merujuk kepada SOP-SOP yang
sediada dan mengambilkira apa yang dicadangkan dalam fungsi unit
Kewangan dan Perbendaharaan seperti dalam manual ini.
m. SOP Pembangunan Infrastruktur, Teknikal, Kejuruteraan dan ICT – menerima,
menyemak, meminda dan meluluskan cadangan dari unit R & D, pengurusan
projek dan mengambilkira fungsi unit Teknikal/ICT seperti dalam manual ini.
n. SOP-SOP Pengurusan Banjir ATM dan PDRM – merujuk SOP-SOP yang
sediada, SOP-SOP mengenai pertolongan cemas – merujuk SOP-SOP yang
sediada, SOP-SOP yang mengambilkira kajian semasa (impak) terhadap alam
sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope,
penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di
kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi,
ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb.
o. Lain-lain SOP, Rekod, Pelbagai, Senarai Periksa (Checklist) yang berkaitan.

More Related Content

What's hot

Sistem nasional penanggulangan bencana
Sistem nasional penanggulangan bencanaSistem nasional penanggulangan bencana
Sistem nasional penanggulangan bencanaWidyaiswara/trainer
 
PERAN SERTA DALAM PENANGGULANGAN BENCANA ALAM ( PLH )
PERAN SERTA DALAM PENANGGULANGAN BENCANA ALAM ( PLH )PERAN SERTA DALAM PENANGGULANGAN BENCANA ALAM ( PLH )
PERAN SERTA DALAM PENANGGULANGAN BENCANA ALAM ( PLH )Siti Rafida
 
Peranan Standardisasi dalam membangun Sistem Peringatan Dini Bencana
Peranan Standardisasi dalam membangun Sistem Peringatan Dini BencanaPeranan Standardisasi dalam membangun Sistem Peringatan Dini Bencana
Peranan Standardisasi dalam membangun Sistem Peringatan Dini BencanaInstansi
 
MANAJEMEN PENANGULANGAN BENCANA
MANAJEMEN PENANGULANGAN BENCANAMANAJEMEN PENANGULANGAN BENCANA
MANAJEMEN PENANGULANGAN BENCANASumiyanto Lampung
 
Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)Lee Oi Wah
 
Manajemen Penanggulangan Bencana
Manajemen Penanggulangan BencanaManajemen Penanggulangan Bencana
Manajemen Penanggulangan BencanaMardi Yono
 
Modul penanggulangan-bencana
Modul penanggulangan-bencanaModul penanggulangan-bencana
Modul penanggulangan-bencanaLita Najwa
 
Partisipasi Masyarakat dan Antispasi Bencana
Partisipasi Masyarakat dan Antispasi BencanaPartisipasi Masyarakat dan Antispasi Bencana
Partisipasi Masyarakat dan Antispasi Bencanamusniumar
 
PRESENTASI MAKALAH-SELEKSI TAHAP KE-V JPT MADYA (ESELON Ia) di BNPB
PRESENTASI MAKALAH-SELEKSI TAHAP KE-V JPT MADYA (ESELON Ia) di BNPBPRESENTASI MAKALAH-SELEKSI TAHAP KE-V JPT MADYA (ESELON Ia) di BNPB
PRESENTASI MAKALAH-SELEKSI TAHAP KE-V JPT MADYA (ESELON Ia) di BNPBNOPIAN ANDUSTI, S.E.,M.T
 
Penyusunan peraturan walikota tanjungpinang tentang pedoman tanggap darurat b...
Penyusunan peraturan walikota tanjungpinang tentang pedoman tanggap darurat b...Penyusunan peraturan walikota tanjungpinang tentang pedoman tanggap darurat b...
Penyusunan peraturan walikota tanjungpinang tentang pedoman tanggap darurat b...Dwi Diantono
 
Bencana sosial10 okt 2012;kompol dadang dk,sh
Bencana sosial10 okt 2012;kompol dadang dk,shBencana sosial10 okt 2012;kompol dadang dk,sh
Bencana sosial10 okt 2012;kompol dadang dk,shWoro Handayani
 
GROSIR !! WA : 08956-2264-6455 (Tsel), Grosir Madu Hutan Liar Malissa Tuban B...
GROSIR !! WA : 08956-2264-6455 (Tsel), Grosir Madu Hutan Liar Malissa Tuban B...GROSIR !! WA : 08956-2264-6455 (Tsel), Grosir Madu Hutan Liar Malissa Tuban B...
GROSIR !! WA : 08956-2264-6455 (Tsel), Grosir Madu Hutan Liar Malissa Tuban B...malissanusantara1
 
KB 1 Konsep Bencana
KB 1 Konsep BencanaKB 1 Konsep Bencana
KB 1 Konsep Bencanapjj_kemenkes
 
Rencana kontinjensi
Rencana kontinjensiRencana kontinjensi
Rencana kontinjensiJoni Iswanto
 
Buku Panduan Latihan Kesiapsiagaan Bencana : Membangun Kesadaran, Kewaspadaan...
Buku Panduan Latihan Kesiapsiagaan Bencana : Membangun Kesadaran, Kewaspadaan...Buku Panduan Latihan Kesiapsiagaan Bencana : Membangun Kesadaran, Kewaspadaan...
Buku Panduan Latihan Kesiapsiagaan Bencana : Membangun Kesadaran, Kewaspadaan...JalinKrakatau
 
Mempersiapkan Daerah Menghadapi Bencana dengan Menerapkan SNI
Mempersiapkan Daerah Menghadapi Bencana dengan Menerapkan SNIMempersiapkan Daerah Menghadapi Bencana dengan Menerapkan SNI
Mempersiapkan Daerah Menghadapi Bencana dengan Menerapkan SNIInstansi
 

What's hot (19)

Sistem nasional penanggulangan bencana
Sistem nasional penanggulangan bencanaSistem nasional penanggulangan bencana
Sistem nasional penanggulangan bencana
 
PERAN SERTA DALAM PENANGGULANGAN BENCANA ALAM ( PLH )
PERAN SERTA DALAM PENANGGULANGAN BENCANA ALAM ( PLH )PERAN SERTA DALAM PENANGGULANGAN BENCANA ALAM ( PLH )
PERAN SERTA DALAM PENANGGULANGAN BENCANA ALAM ( PLH )
 
Peranan Standardisasi dalam membangun Sistem Peringatan Dini Bencana
Peranan Standardisasi dalam membangun Sistem Peringatan Dini BencanaPeranan Standardisasi dalam membangun Sistem Peringatan Dini Bencana
Peranan Standardisasi dalam membangun Sistem Peringatan Dini Bencana
 
MANAJEMEN PENANGULANGAN BENCANA
MANAJEMEN PENANGULANGAN BENCANAMANAJEMEN PENANGULANGAN BENCANA
MANAJEMEN PENANGULANGAN BENCANA
 
Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)
 
Manajemen Penanggulangan Bencana
Manajemen Penanggulangan BencanaManajemen Penanggulangan Bencana
Manajemen Penanggulangan Bencana
 
Modul penanggulangan-bencana
Modul penanggulangan-bencanaModul penanggulangan-bencana
Modul penanggulangan-bencana
 
Partisipasi Masyarakat dan Antispasi Bencana
Partisipasi Masyarakat dan Antispasi BencanaPartisipasi Masyarakat dan Antispasi Bencana
Partisipasi Masyarakat dan Antispasi Bencana
 
PRESENTASI MAKALAH-SELEKSI TAHAP KE-V JPT MADYA (ESELON Ia) di BNPB
PRESENTASI MAKALAH-SELEKSI TAHAP KE-V JPT MADYA (ESELON Ia) di BNPBPRESENTASI MAKALAH-SELEKSI TAHAP KE-V JPT MADYA (ESELON Ia) di BNPB
PRESENTASI MAKALAH-SELEKSI TAHAP KE-V JPT MADYA (ESELON Ia) di BNPB
 
Penyusunan peraturan walikota tanjungpinang tentang pedoman tanggap darurat b...
Penyusunan peraturan walikota tanjungpinang tentang pedoman tanggap darurat b...Penyusunan peraturan walikota tanjungpinang tentang pedoman tanggap darurat b...
Penyusunan peraturan walikota tanjungpinang tentang pedoman tanggap darurat b...
 
Bencana sosial10 okt 2012;kompol dadang dk,sh
Bencana sosial10 okt 2012;kompol dadang dk,shBencana sosial10 okt 2012;kompol dadang dk,sh
Bencana sosial10 okt 2012;kompol dadang dk,sh
 
Paparan Mitigasi BPBD Kab.Kuningan 1
Paparan Mitigasi BPBD Kab.Kuningan 1Paparan Mitigasi BPBD Kab.Kuningan 1
Paparan Mitigasi BPBD Kab.Kuningan 1
 
FRASA PENCEGAHAN PENGURUSAN RISIKO BENCANA DAN PERANCANGAN UNTUK HOSPITAL & K...
FRASA PENCEGAHAN PENGURUSAN RISIKO BENCANA DAN PERANCANGAN UNTUK HOSPITAL & K...FRASA PENCEGAHAN PENGURUSAN RISIKO BENCANA DAN PERANCANGAN UNTUK HOSPITAL & K...
FRASA PENCEGAHAN PENGURUSAN RISIKO BENCANA DAN PERANCANGAN UNTUK HOSPITAL & K...
 
GROSIR !! WA : 08956-2264-6455 (Tsel), Grosir Madu Hutan Liar Malissa Tuban B...
GROSIR !! WA : 08956-2264-6455 (Tsel), Grosir Madu Hutan Liar Malissa Tuban B...GROSIR !! WA : 08956-2264-6455 (Tsel), Grosir Madu Hutan Liar Malissa Tuban B...
GROSIR !! WA : 08956-2264-6455 (Tsel), Grosir Madu Hutan Liar Malissa Tuban B...
 
KB 1 Konsep Bencana
KB 1 Konsep BencanaKB 1 Konsep Bencana
KB 1 Konsep Bencana
 
Rencana kontinjensi
Rencana kontinjensiRencana kontinjensi
Rencana kontinjensi
 
Buku Panduan Latihan Kesiapsiagaan Bencana : Membangun Kesadaran, Kewaspadaan...
Buku Panduan Latihan Kesiapsiagaan Bencana : Membangun Kesadaran, Kewaspadaan...Buku Panduan Latihan Kesiapsiagaan Bencana : Membangun Kesadaran, Kewaspadaan...
Buku Panduan Latihan Kesiapsiagaan Bencana : Membangun Kesadaran, Kewaspadaan...
 
manjemen-bencana
manjemen-bencanamanjemen-bencana
manjemen-bencana
 
Mempersiapkan Daerah Menghadapi Bencana dengan Menerapkan SNI
Mempersiapkan Daerah Menghadapi Bencana dengan Menerapkan SNIMempersiapkan Daerah Menghadapi Bencana dengan Menerapkan SNI
Mempersiapkan Daerah Menghadapi Bencana dengan Menerapkan SNI
 

Viewers also liked

Bantuan Menyelamat
Bantuan MenyelamatBantuan Menyelamat
Bantuan MenyelamatTuan Haroun
 
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1Ridzaludin
 
Minit mesyuarat kedua ajk kebajikan & keselamatan
Minit mesyuarat kedua  ajk kebajikan & keselamatanMinit mesyuarat kedua  ajk kebajikan & keselamatan
Minit mesyuarat kedua ajk kebajikan & keselamatanFaten Norfatihah
 
Minit mesyuarat pertama ajk kebajikan dan keselamatan
Minit mesyuarat pertama ajk kebajikan dan keselamatanMinit mesyuarat pertama ajk kebajikan dan keselamatan
Minit mesyuarat pertama ajk kebajikan dan keselamatanFaten Norfatihah
 
Cop kod amalan_keselamatan_kesihatanpersekitaran_sektor
Cop kod amalan_keselamatan_kesihatanpersekitaran_sektorCop kod amalan_keselamatan_kesihatanpersekitaran_sektor
Cop kod amalan_keselamatan_kesihatanpersekitaran_sektorshijunair
 
Prosedur tetap operasi (sop) pengurusan bencana di ipt
Prosedur tetap operasi (sop) pengurusan bencana di iptProsedur tetap operasi (sop) pengurusan bencana di ipt
Prosedur tetap operasi (sop) pengurusan bencana di iptMuhamad Zulkhalid Md Isa
 
Minit mesyuarat kelab bola sepak kali pertama 2013
Minit mesyuarat  kelab bola sepak kali pertama 2013Minit mesyuarat  kelab bola sepak kali pertama 2013
Minit mesyuarat kelab bola sepak kali pertama 2013Abu Bakar Ibn Abas
 
Power Point
Power PointPower Point
Power Pointmitadwi1
 
Bab 2 peti pertolongan cemas
Bab 2 peti pertolongan cemasBab 2 peti pertolongan cemas
Bab 2 peti pertolongan cemasIqa Syafiqah
 
PPT Peristiwa Alam Beserta Dampaknya
PPT Peristiwa Alam Beserta DampaknyaPPT Peristiwa Alam Beserta Dampaknya
PPT Peristiwa Alam Beserta DampaknyaSinta18
 
АНЦА-асоційовані васкуліти: сучасні рекомендації щодо менеджменту
АНЦА-асоційовані васкуліти: сучасні рекомендації щодо менеджментуАНЦА-асоційовані васкуліти: сучасні рекомендації щодо менеджменту
АНЦА-асоційовані васкуліти: сучасні рекомендації щодо менеджментуИрина Головач
 

Viewers also liked (20)

Bantuan Menyelamat
Bantuan MenyelamatBantuan Menyelamat
Bantuan Menyelamat
 
Bsm Malaysia
Bsm MalaysiaBsm Malaysia
Bsm Malaysia
 
Bencana alam
Bencana alamBencana alam
Bencana alam
 
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
Peranan bsm dalam pengurusan bencana1
 
Minit mesyuarat kedua ajk kebajikan & keselamatan
Minit mesyuarat kedua  ajk kebajikan & keselamatanMinit mesyuarat kedua  ajk kebajikan & keselamatan
Minit mesyuarat kedua ajk kebajikan & keselamatan
 
Minit mesyuarat pertama ajk kebajikan dan keselamatan
Minit mesyuarat pertama ajk kebajikan dan keselamatanMinit mesyuarat pertama ajk kebajikan dan keselamatan
Minit mesyuarat pertama ajk kebajikan dan keselamatan
 
USM
USMUSM
USM
 
Cop kod amalan_keselamatan_kesihatanpersekitaran_sektor
Cop kod amalan_keselamatan_kesihatanpersekitaran_sektorCop kod amalan_keselamatan_kesihatanpersekitaran_sektor
Cop kod amalan_keselamatan_kesihatanpersekitaran_sektor
 
Prosedur tetap operasi (sop) pengurusan bencana di ipt
Prosedur tetap operasi (sop) pengurusan bencana di iptProsedur tetap operasi (sop) pengurusan bencana di ipt
Prosedur tetap operasi (sop) pengurusan bencana di ipt
 
Sejarah bsmm
Sejarah bsmm Sejarah bsmm
Sejarah bsmm
 
Sejarah bsmm
Sejarah bsmmSejarah bsmm
Sejarah bsmm
 
Minit mesyuarat kelab bola sepak kali pertama 2013
Minit mesyuarat  kelab bola sepak kali pertama 2013Minit mesyuarat  kelab bola sepak kali pertama 2013
Minit mesyuarat kelab bola sepak kali pertama 2013
 
Arahan mkn 20
Arahan mkn 20Arahan mkn 20
Arahan mkn 20
 
Power Point
Power PointPower Point
Power Point
 
Bab 2 peti pertolongan cemas
Bab 2 peti pertolongan cemasBab 2 peti pertolongan cemas
Bab 2 peti pertolongan cemas
 
Bencana alam
Bencana alamBencana alam
Bencana alam
 
PPT Peristiwa Alam Beserta Dampaknya
PPT Peristiwa Alam Beserta DampaknyaPPT Peristiwa Alam Beserta Dampaknya
PPT Peristiwa Alam Beserta Dampaknya
 
Portfolio PBSM
Portfolio PBSMPortfolio PBSM
Portfolio PBSM
 
АНЦА-асоційовані васкуліти: сучасні рекомендації щодо менеджменту
АНЦА-асоційовані васкуліти: сучасні рекомендації щодо менеджментуАНЦА-асоційовані васкуліти: сучасні рекомендації щодо менеджменту
АНЦА-асоційовані васкуліти: сучасні рекомендації щодо менеджменту
 
Energi&Bolig_Vol4_web
Energi&Bolig_Vol4_webEnergi&Bolig_Vol4_web
Energi&Bolig_Vol4_web
 

Similar to Pengurusan Banjir Malaysia

Penyuluhan perikanan & kelautan (ppk) minggu ke 2 dan 3
Penyuluhan perikanan & kelautan (ppk) minggu ke 2 dan 3Penyuluhan perikanan & kelautan (ppk) minggu ke 2 dan 3
Penyuluhan perikanan & kelautan (ppk) minggu ke 2 dan 3Syawalina Soerbakti
 
Pengendalian pencemaran lingkungan hidup
Pengendalian pencemaran lingkungan hidupPengendalian pencemaran lingkungan hidup
Pengendalian pencemaran lingkungan hidupFitri Hady Amrullah
 
Pengendalian pencemaran lingkungan hidup
Pengendalian pencemaran lingkungan hidupPengendalian pencemaran lingkungan hidup
Pengendalian pencemaran lingkungan hidupFitri Hady Amrullah
 
3. materi hfa (sosialisasi) w notes
3. materi hfa (sosialisasi) w notes3. materi hfa (sosialisasi) w notes
3. materi hfa (sosialisasi) w notesaminingrum
 
Perka bnpb 9 2008 protap tim reaksi cepat bnpb
Perka bnpb 9 2008 protap tim reaksi cepat bnpbPerka bnpb 9 2008 protap tim reaksi cepat bnpb
Perka bnpb 9 2008 protap tim reaksi cepat bnpbHayatudin Thok
 
P 180530 fprb_berkelanjutan
P 180530 fprb_berkelanjutanP 180530 fprb_berkelanjutan
P 180530 fprb_berkelanjutanNinil Jannah
 

Similar to Pengurusan Banjir Malaysia (6)

Penyuluhan perikanan & kelautan (ppk) minggu ke 2 dan 3
Penyuluhan perikanan & kelautan (ppk) minggu ke 2 dan 3Penyuluhan perikanan & kelautan (ppk) minggu ke 2 dan 3
Penyuluhan perikanan & kelautan (ppk) minggu ke 2 dan 3
 
Pengendalian pencemaran lingkungan hidup
Pengendalian pencemaran lingkungan hidupPengendalian pencemaran lingkungan hidup
Pengendalian pencemaran lingkungan hidup
 
Pengendalian pencemaran lingkungan hidup
Pengendalian pencemaran lingkungan hidupPengendalian pencemaran lingkungan hidup
Pengendalian pencemaran lingkungan hidup
 
3. materi hfa (sosialisasi) w notes
3. materi hfa (sosialisasi) w notes3. materi hfa (sosialisasi) w notes
3. materi hfa (sosialisasi) w notes
 
Perka bnpb 9 2008 protap tim reaksi cepat bnpb
Perka bnpb 9 2008 protap tim reaksi cepat bnpbPerka bnpb 9 2008 protap tim reaksi cepat bnpb
Perka bnpb 9 2008 protap tim reaksi cepat bnpb
 
P 180530 fprb_berkelanjutan
P 180530 fprb_berkelanjutanP 180530 fprb_berkelanjutan
P 180530 fprb_berkelanjutan
 

Pengurusan Banjir Malaysia

  • 1. Cadangan Manual Standard Operasi (Panduan) Untuk Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 – VER 002 (PUBLIC) Draft Cadangan Garis Panduan Manual Standard Operasi Untuk Pengurusan Banjir Di Malaysia Cadangan terbuka untuk dimajukan kepada : Kerajaan Malaysia, Kementerian, Jabatan, Agensi berkaitan atau mana-mana pihak yang berminat Dimajukan dan ditulis oleh: - Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli URL : http://www.nikzafri.blogspot.com http://www.e-brainfund.webs.com e-mail : nikzafri@yahoo.com, nikzafri@gmail.com, tettyhenney@gmail.com
  • 2. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002 (PUBLIC) KENYATAAN DAN PENAFIAN 1. Dokumen ini hanyalah cadangan dari orang awam yang masih di peringkat draf, 2. Dokumen ini hanyalah cadangan yang boleh digunakan sebagai panduan 3. Isi kandungan dokumen tidak bermaksud untuk mempengaruhi keputusan yang dilakukan oleh pengurusan tertinggi dalam mengemaskinikan atau membangunkan manual, pelan dan prosedur standard operasi 4. Penggunaan dokumen ini perlu dirujuksilang kepada semua Undang- Undang, Akta-Akta yang terkini dan berkaitan termasuk pindaan- pindaan yang dibuat selain merujuksilang mana-mana piawaian, manual, prosedur standard operasi, pekeliling, arahan dll yang berkaitan dengan pengurusan bencana banjir dll bencana alam
  • 3. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002 (PUBLIC) 1.0 PENUBUHAN SURUHANJAYA ATAU JAWATANKUASA KHAS YANG BERSIFAT KEKAL 1. Pengenalan Pengurusan Banjir di Malaysia melibatkan pelbagai lapisan kementerian, jabatan dan agensi pada tiga tahap utama iaitu Persekutuan, Negeri dan Daerah/Jajahan. Pengurusan Banjir seperti lain-lain bencana alam perlu mengambilkira kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope, penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi, ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb. Adalah dicadangkan supaya satu suruhanjaya atau jawatankuasa khas yang bersifat kekal ditubuhkan di semua peringkat bermula dengan persekutuan dan diikuti dengan negeri-negeri serta daerah-daerah/jajahan-jajahan di negeri masing-masing. Hal ini penting supaya tidak berlaku tindanan kuasa atau arahan-arahan yang diberikan oleh mereka yang tidak berkelayakan akan menyebabkan kekeliruan dan kecelaruan. Pengalaman telah membuktikan bahawa apabila terlalu banyak arahan-arahan yang bertindan, maka akan lebih banyak nyawa yang terkorban. Di peringkat persekutuan, fungsi utamanya ialah melibatkan dasar, keputusan, pengagihan sumber dan bantuan, mengutamakan aktiviti belanjawan serta memantau aktiviti jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat negeri/daerah terutamanya membabitkan operasi kecemasan bencana alam seperti banjir. Selain itu kajian khusus perlu dilakukan secara preventif dengan mengenalpasti zon-zon yang berpotensi didatangi bencana alam serta mengambil tindakan pembetulan seberapa segera. (juga dicadangkan manual ini boleh diperluaskan dan menjadi asas kepada pengurusan bencana-bencana lain seperti gempa bumi, ribut/taufan, tsunami, peperangan dan lain-lain) Suruhanjaya Persekutuan dan negeri ini perlu melibatkan dalam jawatankuasanya semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan, wakil pertubuhan/persatuan bukan kerajaan, sektor korporat/swasta, sukarelawan dan wakil-wakil dari parti siasah. Di peringkat daerah/zon/jajahan pula, setiap ahli jawatankuasa akan mengepalai jawatankuasa-jawatankuasa kecil.
  • 4. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 002 (PUBLIC) Semua suruhanjaya di peringkat negeri secara asasnya perlu  Menyelaras semua agensi yang berkaitan untuk mengadakan mesyuarat- mesyuarat mingguan, bulanan dan tergempar, mengadakan taklimat, membuat keputusan-keputusan penting berasaskan satu pelan tindakan yang menyeluruh,  menubuhkan pusat-pusat pemindahan yang khusus di samping kemungkinan keperluan untuk pusat-pusat ad-hoc,  memastikan aspek kesihatan dan rawatan kecemasan termasuk peralatan serta ubat-ubatan yang mencukupi stok – seperti hospital, klinik dll.  Membangunkan satu pangkalan data berpusat yang boleh diakses oleh pihak yang berkepentingan di mana data perlu meliputi beberapa aspek utama seperti mangsa, jenis rawatan yang diberikan, zon-zon bahaya, tindakan yang diambil dan sebagainya,  Pertolongan dan bantuan segera diberikan (mengikut jenis dan kesesuaian) setelah menerima distress-call  Memastikan makanan yang mencukupi untuk setiap pusat-pusat pemindahan dan sebagainya. ------------------ruangan ini sengaja dikosongkan--------------------------
  • 5. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 5 Penaung/Penasihat Pengerusi Timbalan Pengerusi Ketua Operasi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan Keselamatan Logistik Kewangan & Perbendaharaan Wakil-Wakil Parti Siasa Wakil-Wakil NGO Teknikal & ICT Wakil-Wakil Media Wakil-Wakil Jabatan dan Agensi Wakil-Wakil Sektor Korporat/Swasta Setiausaha Agung Rajah 1 – Cadangan Struktur Organisasi secara asas
  • 6. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 6 2. Fungsi-Fungsi Utama a. Penasihat/Penaung Adalah dicadangkan Penasihat dan Penaung peringkat Persekutuan diketuai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Pemangku baginda sebagai Timbalan. Begitu juga diperingkat Negeri yang dinaungi oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan timbalan baginda iaitu Tengku Mahkota atau Raja Muda Negeri. Antara tugas baginda ialah mendapat segala nasihat dan laporan berkala teknikal, lojistik dan pengurusan daripada Pengerusi. Baginda juga setelah mendapat nasihat dan syor daripada Pengerusi boleh membuat keputusan kritikal seperti mengisytiharkan kecemasan atau yang setaraf dengannya mengikut tahap umpamanya : i. Tahap 1 (sangat kritikal) ii. Tahap 2 (kritikal) iii. Tahap 3 (merbahaya) iv. Tahap 4 (potensi bahaya) v. Tahap 5 (berjaga-jaga) b. Pengerusi Adalah dicadangkan Pengerusi Suruhanjaya di Peringkat Persekutuan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan dibantu oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga di peringkat Negeri yang diketuai oleh YAB-YAB Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri diikuti oleh Timbalan masing-masing. Antara tugas yang dicadangkan ialah : i. Mempengerusi mesyuarat kabinet atau mesyuarat persekutuan (yang melibatkan seluruh jentera pengurusan negeri) secara berkala atau tergempar khusus mengenai bencana, ii. Mendapatkan laporan lengkap daripada jemaah menteri dan/atau jentera persekutuan dan pengurusan negeri, iii. Memberikan laporan berkala, nasihat dan syor kepada DYMM Penaung dan Timbalan atau dalam Sidang-Sidang Parlimen, iv. Memberikan arahan-arahan berdasarkan pelan tindakan dan perisytiharan kecemasan bagi memastikan kelicinan operasi. v. Dengan bantuan Ketua Operasi, menguruskan bantuan-bantuan aset dan kewangan dari negara-negara luar, vi. Melakukan post-mortem dan laporan susulan/penutup, vii. Dan lain-lain yang diperlukan
  • 7. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 7 c. Setiausaha Agung Adalah dicadangkan jawatan Setiausaha Agung diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan yang dilantik Di peringkat negeri, jawatan ini diketuai oleh Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri atau yang setaraf dengannya dan timbalan-timbalan yang dilantik. Antara tugas yang dicadangkan ialah : i. Melapor terus kepada Pengerusi ii. Menghantar notis/pekeliling mesyuarat kepada peringkat persekutuan dan negeri, iii. Merekodkan sidang atau mesyuarat, iv. Membentangkan agenda, minit mesyuarat yang telah lalu, v. Membantu Pengerusi bagi membuat dan membentangkan laporan yang diperlukan, vi. Memastikan komunikasi yang cepat, tepat dan berkesan antara Suruhanjaya Persekutuan dan Negeri vii. Dan lain-lain yang diperlukan d. Ketua Operasi Adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh samada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara atau Panglima Turus Angkatan Tentera Malaysia atau Ketua Polis Negara dan timbalan-timbalan yang dilantik. Di peringkat negeri pula ialah Pengarah MKN peringkat Negeri atau Ketua Staf ATM Negeri atau Ketua Polis Negeri dan Timbalan-timbalan yang dilantik. Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antara tugas yang dicadangkan ialah : i. Bertindak sebagai perancang utama termasuk pelan tindakan, ii. menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran iii. melapor terus kepada Setiausaha Agung dan Pengerusi iv. menggerakkan jentera yang diperlukan samada darat, udara mahupun laut, sungai dan saliran-saliran, v. menyelaras dengan semua ahli exco atau jawatankuasa seperti R&D, kesihatan, logistik, keselamatan, kewangan, teknikal dll. vi. Selaku pengerusi tender untuk infrastruktur pra dan pos-bencana, vii. Mengadakan sidang media, membuat kenyataan bertulis atau lisan dsb. viii. Dan lain-lain yang perlu
  • 8. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 8 e. Ahli Exco Suruhanjaya/Jawatankuasa 1) Am 1.1 Semua ahli exco perlu menyediakan Prosedur Standard Operasi dan lain-lain dokumen termasuk Pelan Tindakan mengikut seksyen dan mengikut kepakaran masing-masing. Mereka juga boleh mendapatkan nasihat dari perunding-perunding atau mana-mana pihak dalam menyediakan Prosedur Standard Operasi. 1.2 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa perlu menjadi jawatankuasa pemilihan tender infrastruktur pra dan pos bencana 1.3 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa perlu menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil dianggotai oleh mereka yang sesuai, berpengalaman dan berkelayakan. Mesyuarat juga perlu diadakan mengikut tempoh yang ditetapkan. 1.4 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa perlu menjadi pengerusi kepada jawatankuasa kecil daerah, jajahan dan zon. 1.5 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa akan dipantau oleh pihak yang berkaitan samada di peringkat kementerian, agensi, institusi dll yang dilantik. Pemantauan ini melibatkan audit, pemeriksaan, ujian dan sebagainya. 1.6 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa melaporkan kepada Ketua Operasi. 1.7 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa dilantik dengan deskripsi tugas/tanggungjawab/fungsi yang dicadangkan di bawah bertindak hanya semasa fasa pra, semasa dan pos bencana sahaja. 1.8 Semua ahli exco suruhanjaya atau jawatankuasa dilantik perlu menyelaras, menerima cadangan konkrit, mendengar kritik konstruktif, membantu, mengadakan usahasama dsb. dari mana-mana Kementerian, Jabatan, Institusi, Agensi, sektor korporat dan swasta, NGO, orang awam dll.
  • 9. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 9 2) Penyelidikan dan Pembangunan – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Timbalan Naib Canselor atau Rektor mana-mana IPTA dan IPTS (akademik yang diakreditasikan oleh MQA atau setaraf) atau mana- mana Rektor atau Pengarah Kolej Kemahiran (kemahiran yang diakreditasikan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau setaraf) Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Tugas exco R & D yang dicadangkan ialah : i. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi dan infrastruktur preventif dan reaktif bencana alam dengan sokongan statistik, data dan fakta yang mencukupi, ii. Menjalankan kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope, penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi, ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb. iii. Membangunkan sistem pangkalan data berpusat, iv. Memberikan cadangan teknologi berkenaan kepada jawatankuasa peringkat persekutuan atau negeri, v. Bekerjasama dengan bahagian Teknikal untuk membangunkan teknologi atau infrastruktur berkenaan vi. Dan lain-lain yang diperlukan *Teknologi termasuklah sistem amaran banjir, RFID, thermal imaging scan, GPS, jentera, kelengkapan, Internet of Things (IOT) – Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence), perisian/aplikasi/pangkalan data, infrastruktur – bangunan/premis, sistem saliran, sokongan hayat, teknologi solar dll.. 3) Kesihatan – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan di peringkat negeri – pengarah-pengarah kesihatan negeri. Jawatan ini juga boleh dipegang oleh pengarah- pengarah atau pakar kesihatan hospital-hospital kerajaan atau swasta yang diiktiraf. Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antara tugas-tugas yang dicadangkan: i. Mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar untuk semua jenis bidang kesihatan, ii. Menyediakan dasar, pekeliling, notis dan laporan kesihatan secara komprehensif untuk diedarkan dan/atau dibentangkan, iii. Bersiap-sedia secara sistematik untuk pemindahan apabila perlu, iv. Memastikan kecukupan kelengkapan, peralatan, perkakasan, mesin dsb. katil dsb,
  • 10. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 10 v. Memastikan kecukupan stok ubat-ubatan terutamanya anti-biotik, anestetik, anti-venom, antidot, serum dsb. vi. Memastikan kecukupan kakitangan perubatan terutamanya doktor dan jururawat, vii. Mengenalpasti dan memastikan tindakan preventif atau reaktif diambil bagi mencegah sebarang wabak dan penyakit yang menular semasa banjir atau lain-lain bencana alam – ini termasuklah dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan memberikan arahan pembuangan sampah di tempat yang ditentukan, saliran yang dibersihkan, pengkebumian atau penyimpanan mayat secara sempurna dan pemusnahan/penanaman bangkai ternakan yang mati dsb. viii. Menyediakan bekalan air yang bersih, makanan nutrisi yang sesuai untuk jenis pesakit dan penyakit yang dialami, ix. Penyediaan makmal untuk menguji air minuman atau lain-lain bahan yang mungkin terdapat kontaminasi, x. Mempunyai pasukan psikologi dan psikiatri dibantu oleh parakaunselor atau sukarelawan bagi memberikan nasihat kepada mangsa banjir yang mengalami trauma, xi. Menyelaras perkhidmatan kesihatan bergerak di tempat-tempat bencana, xii. Bersama-sama dengan bahagian keselamatan bagi memberikan taklimat dan latihan kepada kakitangan, NGO dan orangramai mengenai persediaan menghadapi banjir atau lain-lain bencana alam, xiii. Menyelaras dengan NGO seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan lain-lain pasukan penyelamat untuk bersedia memberikan pertolongan cemas sebelum atau semasa dalam perjalanan ke hospital, klinik atau mana-mana pusat kesihatan/rawatan yang bertauliah, sekiranya perlu, xiv. Dan lain-lain yang diperlukan 4) Keselamatan – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam atau Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau Ketua Pengarah Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar atau Ketua Pengarah BOMBA dan Penyelamat dan di peringkat negeri – pengarah-pengarah JPAM atau JKKP atau Bomba dan timbalan-timbalan yang dilantik. Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antara tugas-tugas yang dicadangkan (semasa atau potensi kecemasan): i. Mengenalpasti potensi kecemasan terutamanya di negeri, zon, daerah, jajahan atau mana-mana kawasan yang merbahaya, ii. Menguruskan struktur dan operasi bencana, iii. Memastikan keselamatan orangramai sebelum atau semasa bencana – seperti operasi pemindahan, aturan pusat pemindahan yang ditetapkan, penghantaran ke hospital, pertolongan cemas dll.,
  • 11. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 11 iv. Bekerjasama dengan PDRM, Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kampung, RakanCop, unit-unit perisikan pelbagai bagi mengadakan kawalan dan pemantauan untuk memastikan pencegahan kejadian jenayah samada di lokasi banjir atau di pusat pemindahan, v. Memberikan latihan dan tunjukajar kepada kakitangan, NGO termasuk orangramai secara berkala, vi. Memastikan kelengkapan, mesin, peralatan dan jentera yang mencukupi dan mampu untuk merangkumi semua operasi menyelamat dan pencegahan, vii. Menentukan zon merah, kuning dan hijau dan memastikan hanya mereka yang terlatih sahaja memasuki zon merah dan mengatur pasukan, anggota dan mereka yang berkaitan mengikut zon, viii. Menyelaras dengan Bahagian Kewangan, NGO, sektor korporat, wakil- wakil parti siasah, individu yang berdaftar di bawah mana-mana NGO dll mengenai bantuan yang dihantar, memastikan semua data bantuan ini didaftarkan dan dikumpulkan bersama supaya tidak berlaku kekeliruan dalam penghantaran, ix. Lain-lain yang diperlukan 5) Logistik – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua Pengarah Kementerian Pengangkutan atau Ketua Pengarah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia dan di peringkat negeri – Pengarah Negeri Pengangkutan atau YDP-YDP Majlis Perbandaran dan timbalan-timbalan yang dilantik. Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antara tugas-tugas yang dicadangkan : i. Memastikan semua aset dan mod pengangkutan dengan kerjasama dari semua pihak (contohnya ATM, Penerbangan Awam, PDRM, Bomba, Hospital, Ambulan dsb) mencukupi dan diselenggarakan dengan sempurna – ini termasuklah stor/gudang simpanan yang teratur, ii. Mengenalpasti laluan dan rut (route) yang digunakan semasa kecemasan, iii. Mengadakan jadual penghantaran dan pengangkutan secara sistematik, iv. Memastikan kawalan trafik semasa bencana atau pemindahan dilakukan dengan sempurna, v. Memberikan arahan keseluruhan atau sebahagian penutupan fasiliti pengangkutan awam mengikut penilaian dan tahap kecemasan dan memastikan semua aset awam dipindahkan dan disimpan serta diselenggarakan dengan baik, vi. Memberikan arahan penutupan institusi pengajian tinggi, sekolah dan lain-lain. vii. Bekerjasama dengan Unit ICT mengenai perisian yang digunakan untuk menyelaras dan mengawal kitaran penghantaran serta menilai prestasi dan kualiti bagi ditingkatkan secara berterusan,
  • 12. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 12 viii. Membekal dan menguruskan tenaga kerja mengikut keperluan dan perubahan dari masa ke semasa, ix. Dll yang diperlukan, 6) Kewangan dan Perbendaharaan – adalah dicadangkan jawatan ini dipegang oleh Ketua Pengarah Kementerian Kewangan atau Gabenor Bank Negara atau Ketua Audit Negara lain-lain yang setaraf dan di peringkat negeri – Pengarah Negeri MOF/Audit Negara atau mana-mana Pengarah Bank Negeri dan timbalan-timbalan yang dilantik. Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antara tugas-tugas yang dicadangkan : i.Mencadang, mengurus dan menerima arahan Pengerusi atau Setiausaha Agung atau Ketua Operasi mengenai strategi, peruntukan dan belanjawan dll yang berkaitan semasa dan selepas bencana alam berlaku, ii. Memastikan peruntukan dan belanjawan diselaraskan dengan sempurna sehingga tiba kepada peringkat negeri, zon/jajahan/daerah terutamanya mangsa yang memerlukan, iii. Memastikan komunikasi dengan pihak institusi perbankan dan kewangan, hasil/cukai dll mengenai isu-isu pelepasan atau tempoh bertenang (pinjaman perumahan, kenderaan, perniagaan dsb) iv. pembahagian harta/urusan pampasan/KWSP/Perkeso, Insuran dll kepada waris si mati akibat bencana, pengurusan harta yang tidak dituntut kerana tiada pewaris atau pewaris tidak dapat dihubungi v. Memastikan urustadbir (governance) yang telus dalam pembentangan, sidang media, laporan dll pengenai pengurusan kewangan dan perbendaharaan, vi. Memastikan segala infrastruktur, pusat-pusat pemindahan, aset-aset, teknologi dsb. yang dibangunkan untuk tujuan sebelum, semasa atau selepas bencana diselia dengan baik, vii. Mengumpul data dan menyelaraskan semua jenis bantuan kewangan seperti derma/sumbangan dll dari semua pihak samada NGO, sektor swasta/korporat, orang perseorangan dll. viii. Urusan elaun Penaung, Pengerusi dan semua jawatankuasa termasuk pembayaran kepada perunding, pembekal, kontraktor dll yang berkaitan diuruskan dengan sempurna ix. Memastikan semua dokumen dan rekod berhubung jawatankuasa difailkan dan dikawal secara berpusat, x. Lain-lain yang diperlukan
  • 13. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 13 7) Teknikal dan ICT – adalah dicadangkan dua (2) jawatan diwujudkan iaitu Teknikal/Kejuruteraan dipegang oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerjaraya Malaysia dan ICT pula dipegang oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MDEC atau lain-lain yang setaraf dan di peringkat negeri – Pengarah JKR negeri atau wakil MDEC seperti syarikat-syarikat aplikasi/kejuruteraan/pembangunan perisian/sistem yang mendapat persijilan MSC dsb. serta timbalan-timbalan yang dilantik. Jawatan ini juga boleh digilirkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Antara tugas-tugas yang dicadangkan : i. Menerima cadangan rekabentuk dari unit R & D berhubung dengan teknologi, teknikal, kejuruteraan sivil & bangunan – elektrikal & mekanikal, infrastruktur dan ICT diterima, disemak, dipinda dan diluluskan, ii. Menubuhkan pasukan pembinaan dan pembangunan samada teknikal atau ICT bagi menguruskan projek-projek yang dijalankan, iii. Bekerjasama dengan unit kewangan bagi memantau aspek belanjawan, pembelian, kewangan, kualiti dan keselamatan kerja sepanjang projek- projek yang dijalankan diuruskan dengan sempurna, iv. Mengambilkira kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope, penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi, ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb. v. Memastikan projek dapat disempurnakan mengikut jadual yang ditentukan vi. Memastikan aspek ujian dan pemeriksaan, testing & commissioning, final accounts, CMGD, CPC, CFO/CCC, penyerahan dll sebelum, semasa dan selepas fasa pembangunan dijalankan mengikut piawaian yang ditentukan vii. Dll yang diperlukan
  • 14. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 14 3. Prosedur Standard Operasi (bencana) yang dicadangkan a. Pelan Tindakan Bencana (komprehensif) meliputi ringkasan SOP-SOP iaitu : b. SOP Cuaca dan Amaran Banjir - Aspek yang perlu diambilkira - cara Sistem Amaran diaktifkan, diumumkan dan medium yang digunakan, pihak yang berkuasa untuk mengumumkan ‘amaran’, elemen yang diambilkira semasa menyebarkan amaran, jenis sistem/teknologi sistem amaran yang digunakan, isi kandungan amaran – ringkas, tidak terlalu teknikal dan tidak terlalu bernada panik, kekerapan amaran, kawalan khabar angin dll. c. SOP Operasi Mencari dan Menyelamat – merujuk kepada SOP-SOP yang sediada samada ATM, PDRM, SAR, Bomba, JPAM dll. d. SOP Pemindahan (evacuation) – Aspek yang perlu diambikira – mengenalpasti jenis ancaman/bencana dan cara pelaksanaan prosedur dan pelan tindakan, penyelarasan dengan agensi-agensi dan pihak yang berkaitan dalam operasi menyelamat, pihak yang berkuasa mengarahkan pemindahan dan penyelarasan,pemindahan secara berperingkat bersistem dan tidak menimbulkan panik, akses/jalan/pengangkutan yang digunakan, berawas dengan talian elektrik/tiang lampu awam, memastikan kerjasama orangramai yang terbabit, pemindahan mengikut kes – pemindahan keluarga, pemindahan mangsa yang sakit, cedera, jangkitan atau berpenyakit kronik, pemindahan OKU, kanak-kanak, wanita, golongan tersasar/sesat dan orang tua, keperluan membawa bersama perlindungan hujan, but, selimut/gebar, bantal dan sarung bantal, baldi, gelas/cawan/botol plastik, telefon bimbit, ubat-ubatan, dokumen penting – sijil kelahiran, kad pengenalan, paspot, dokumen insuran dsb, mematikan elektrik, air dll, mengunci pintu dan tingkap, dll e. SOP Pengurusan Kesihatan, Perubatan, Kelengkapan - merujuk kepada SOP- SOP yang sediada dan dirujuksilang kepada tugas exco Suruhanjaya atau Jawatankuasa dalam Manual ini. f. SOP Pengurusan Pertanian dan Ternakan – aspek yang perlu diambilkira – cara melindungi dan menyelamatkan hasil pertanian, ternakan, haiwan peliharaan dsb. semasa sistem amaran diaktifkan atau semasa/selepas bencana g. SOP Pengurusan Pengairan dan Saliran – mengambilkira pengurusan Sungai, Parit, Laut, Tasik, Longkang, Empangan dll. sebelum, semasa dan selepas bencana h. SOP Pusat Pemindahan dan Bantuan – mengambilkira pengurusan sumber dan keperluan – seperti bantuan kewangan, makanan/minuman, derma, perubatan, rawatan, tempat tidur, pencegahan jenayah dll.
  • 15. Cadangan Manual Standard Operasi (Garis Panduan) Pengurusan Banjir Di Malaysia Nik Zafri bin Abdul Majid/Tetty Henney binti Zulkifli - Rujukan : M/NZ-THZ/D/Rev X/1214 VER 001 (PUBLIC) 15 i. SOP Sumber dan Infrastruktur Telekomunikasi, Elektrik, Internet, Air dll. – mengambilkira pengurusan, penutupan, pemutusan bekalan dll sebelum, semasa dan selepas bencana j. SOP Logistik - Pengangkutan Udara, Air dan Darat, (termasuk perkhidmatan rel) – mengambilkira SOP yang sediada dan apa yang dicadangkan dalam fungsi unit logistik seperti dalam manual ini. k. SOP Penyelidikan dan Pembangunan – mengambilkira apa yang dicadangkan dalam fungsi unit R & D seperti dalam manual ini. Selain kertas cadangan rekabentuk pembangunan teknikal dan ICT yang komprehensif. l. SOP Kewangan dan Perbendaharaan - merujuk kepada SOP-SOP yang sediada dan mengambilkira apa yang dicadangkan dalam fungsi unit Kewangan dan Perbendaharaan seperti dalam manual ini. m. SOP Pembangunan Infrastruktur, Teknikal, Kejuruteraan dan ICT – menerima, menyemak, meminda dan meluluskan cadangan dari unit R & D, pengurusan projek dan mengambilkira fungsi unit Teknikal/ICT seperti dalam manual ini. n. SOP-SOP Pengurusan Banjir ATM dan PDRM – merujuk SOP-SOP yang sediada, SOP-SOP mengenai pertolongan cemas – merujuk SOP-SOP yang sediada, SOP-SOP yang mengambilkira kajian semasa (impak) terhadap alam sekitar, flora & fauna, kestabilan struktur, kestabilan tanah & slope, penebangan/penerokaan hutan, pembuangan sampah, pembangunan di kawasan tinggi, penerokaan bahan mentah dan sumber semulajadi, ekosistem/ekologi, cuaca/meteologi, fenomena alam dsb. o. Lain-lain SOP, Rekod, Pelbagai, Senarai Periksa (Checklist) yang berkaitan.