1. Soalan Bab 3
1 Apakah bukti kewujudan hubungan perdagangan antara kawasan petempatan awal di Asia
Tenggara?(m/s 73)
A Seni arca Amaravati
B Manik-manik hiasan
C Tembikar mengisi air
D Gendang gangsa Dongsong
2 Apakah faktor perkembangan perdagangan kerajaan maritim?(m/s 80)
A Kemakmuran kerajaan
B Kemasukan buruh luar
C Kekuatan angkatan tentera
D Kemahiran membuat kapal
3 Raja Indravarman I membina baray di Angkor. Apakah kesan tindakan beliau? (m/s 77)
A Meningkatkan hasil padi
B Menggiatkan perdagangan
C Mencantikkan kawasan istana
D Melindungi kepentingan pembesar
4 Bagaimanakah kerajaan Funan boleh berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan
maritim?(m/s 76)
A Dijajah oleh kerajaan maritim
B Perubahan dasar pemerintah
C Kedudukan Oc-eo yang strategik
D Kaya dengan hasil laut dan hasil galian
5 Maklumat berikut berkaitan dengan penemuan perahu layar masyarakat Asia Tenggara pada abad
ke 15 Masihi.
Tinggalan perahu layar yang dijumpai
di Kuala Pontian , Pahang dipamerkan
di Muzium Negeri Pahang.
Apakah nilai yang diserapkan kepada generasi kini melalui tinggalan tersebut? (m/s 80)
A Keberanian
B Keyakinan diri
C Semangat bersaing
D Semangat meneroka
6 Bagaimanakah raja kerajaan awal di Asia Tenggara berusaha menguasai alam semesta?(m/s 85)
2. I Mendirikan kompleks kota
II Mewujudkan pelbagai adat istiadat
III Melantik pendeta sebagai penasihat
IV Melaksanakan undang-undang tegas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
7 Mengapakah Raja Suryavarman II membina candi Angkor Wat semasa pemerintahan beliau? (m/s
86)
A Melambangkan orde kosmos
B Menyimpan khazanah negara
C Menandakan sempadan negeri
D Mengukuhkan keselamatan wilayah
8 Apakah kesan kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara? (m/s 92)
A Menjadi lingua franca
B Meningkatkan tahap intelek
C Menghapuskanbahasa Melayu
D Memperkenalkan bahasa istana
9 Hasil kesusasteraan klasik di Asia Tenggara di pengaruhi oleh unsur (m/s 93)
A mitos
B pengajaran
C kisah benar
D ilmu pengetahuan
10 Antara berikut, yang manakah dipengaruhi oleh unsur India? (m/s 93-94 )
I Puranas
II Sutasoma
III Hikayat Sang Samba
IV Hikayat Sang Kancil
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV