More Related Content Similar to T4 b3 k1 objektif (10) T4 b3 k1 objektif1. SULIT 1249/1
Nama : Tingkatan : Tarikh :
SMK SERI BINTANG SELATAN
Sekolah Kluster Kecemerlangan
KUALA LUMPUR
LATIHAN TOPIKAL
SEJARAH TINGKATAN 4
BAB 3 | TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Kertas 1
30 minit Tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
Arahan :
1. Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Bulatkan jawapan pilihan anda.
Disediakan oleh,
PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN
Guru Cemerlang Sejarah
SMK Seri Bintang Selatan
[Lihat halaman sebelah
1249/1 © 2013 NORHAYATI MAT ZAIN SULIT
2. SULIT 2 1249/1
1 Apakah bukti wujudnya hubungan perdagangan di antara Asia Tenggara dan Rom
dalam kerajaan awal?
A Jumpaan manik
B Jumpaan tembikar
C Pertukaran kebudayaan
D Penemuan gendang gangsa
2 Gambar berikut merujuk kepada artifak gendang Dongson yang dihasilkan di
Dongson, Vietnam Utara.
Artifak tersebut telah ditemui di beberapa kawasan sekitar Tanah Melayu.
Kawasan tersebut ialah
I Sungai Klang, Selangor
II Gua Cha, Kelantan
III Lembah Bernam, Perak
IV Batu Buruk, Besut Terengganu
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3 Senarai berikut merujuk kepada kerajaan awal di Asia Tenggara.
Angkor
Sailendra
Sukhotai
Apakah aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh penduduk dalam kerajaan tersebut?
I Bercucuk tanam
II Memungut hasil laut
III Menjadi ahli pelayaran
IV Mengumpul hasil hutan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
[Lihat halaman sebelah
1249 © 2013 NORHAYATI MAT ZAIN SULIT
3. SULIT 3 1249/1
4 Apakah faktor yang mendorong perkembangan kerajaan Funan daripada kerajaan
agraria kepada kerajaan maritim?
I Kekayaan hasil laut
II Keluaran hasil pertanian banyak
III Terlindung daripada tiupan angin
IV Mempunyai kemudahan pelabuhan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
5 Kerajaan Angkor yang terletak di Lembah Sungai Mekong berjaya menjadi sebuah
kerajaan agraria yang kuat dan agung.
Apakah faktor kejayaan tersebut?
I Keadaan iklim sesuai untuk pertanian
II Perancangan bandar yang teratur
III Terlindung daripada bencana alam
IV Berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6 Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?
I Membekalkan sumber air minuman
II Menjadi punca air utama untuk pengairan
III Merupakan kawasan pungutan cukai yang strategik
IV Menjadi laluan utama pengangkutan hasil pertanian
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
7 Raja Indravarman I (877 M.) telah membina sistem pengairan dan baray yang mampu
mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.
Apakah kesan pembinaannya?
I Membolehkan padi hidup subur
II Menghasilkan padi yang lebih bermutu
III Membekalkan sumber air yang berterusan
IV Menghasilkan keluaran beras yang mencukupi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
[Lihat halaman sebelah
1249 © 2013 NORHAYATI MAT ZAIN SULIT
4. SULIT 4 1249/1
8 Rajah berikut merujuk kepada perubahan pelabuhan di Asia Tenggara.
Pelabuhan pembekal Pelabuhan kerajaan
Bagaimanakah proses di atas berlaku?
A Pengurusan pelabuhan yang cekap
B Petempatan berkembang menjadi sebuah negeri
C Penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca
D Perdagangan dengan wilayah luar bertambah pesat
9 Senarai berikut merujuk kepada kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jenderam Hilir
Kuala Berang
Kuala Selinsing
Apakah persamaan peranan kerajaan tersebut?
A Tempat pemujaan
B Perkampungan nelayan
C Pusat pengumpulan hasil tempatan
D Pusat perkembangan kebudayaan
10 Rajah berikut merujuk kepada peranan pelabuhan kerajaan awal di Asia Tenggara.
Menjalinkan hubungan dagangan
dengan kerajaan besar.
Pelabuhan X Membekalkan hasil kepada pedagang
antarabangsa.
Apakah X?
A Pelabuhan pesisir
B Pelabuhan kerajaan
C Pelabuhan entrepot
D Pelabuhan pembekal
[Lihat halaman sebelah
1249 © 2013 NORHAYATI MAT ZAIN SULIT
5. SULIT 5 1249/1
11 Senarai berikut merujuk kepada gelaran yang diberikan oleh pedagang asing kepada
Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera.
Suvarnadvipa
Suvarnabhumi
Apakah logam yang dikaitkan dengan gelaran tersebut?
I Emas
II Timah
III Gangsa
IV Tembaga
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
12 Rajah berikut merujuk kepada agama yang dianuti oleh penduduk Kedah Tua.
Abad Agama
Abad ke-5 hingga ke-10 M. Buddha
Selepas abad ke-11 M. Hindu
Apakah bukti yang menunjukkan peralihan agama tersebut berlaku?
A Penemuan candi
B Catatan penulis China
C Catatan karya tempatan
D Penemuan wang syiling
13 Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling bergantung antara satu sama lain.
Apakah yang diperlukan oleh kerajaan agraria daripada kerajaan maritim?
A Bahan kayu
B Tenaga kerja
C Kenderaan raja
D Barangan mewah
14 Apakah yang diperlukan oleh kerajaan maritim daripada kerajaan agraria?
I Beras
II Gajah
III gelas
IV manik
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
[Lihat halaman sebelah
1249 © 2013 NORHAYATI MAT ZAIN SULIT
6. SULIT 6 1249/1
15 Bagaimanakah golongan pemerintah di Asia Tenggara memperkukuhkan kedudukan
dan kuasa mereka?
I Membina candi
II Menggunakan unsur mitos
III Mengamalkan konsep dewa-raja
IV Meluaskan peranan tulisa sanskrit
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
16 Bagaimanakah konsep dewa-raja dapat menjamin kesetiaan rakyat kepada pemerintah?
I Mengakui raja memiliki kesaktian
II Menyekat perkembangan ilmu dari luar
III Mengadakan upacara mengangkat sumpah setia
IV Mempercayai raja merupakan bayangan tuhan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
17 Antara berikut yang manakah berkaitan dengan konsep orde kosmos?
A Pembinaan komplek kota
B Pentadbiran oleh pegawai tentera
C Pemerintahan raja berkuasa mutlak
D Pertabalan raja dipimpin oleh Brahmin
18 Telaga Batu merupakan tempat suci untuk upacara angkat sumpah dalam sistem
pentadbiran Kerajaan Srivijaya.
Apakah kepentingan upacara tersebut?
A Memastikan taat setia kepada raja
B Mengatur kehidupan yang sejahtera
C Membezakan kedudukan raja dengan pembesar
D Mengukuhkan kedaulatan raja yang memerintah
[Lihat halaman sebelah
1249 © 2013 NORHAYATI MAT ZAIN SULIT
7. SULIT 7 1249/1
19 Pegaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara dapat dibuktikan melalui
A jumpaan manik
B seni bina candi
C catatan pedagang
D cerita lisan
20 Senarai berikut merujuk kepada hasil kesusasteraan di Asia Tenggara.
Arjunwiwaha
Nagarakertagama
Hikayat Sang Samba
Apakah yang dapat dikaitkan dengan hasil kesusasteraan tersebut?
A Mempunyai unsur India
B Menjadi dasar perundangan
C Ditulis oleh golongan pendeta
D Diminati oleh golongan atasan
KERTAS SOALAN TAMAT
[Lihat halaman sebelah
1249 © 2013 NORHAYATI MAT ZAIN SULIT