SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Albert Einstien
Biodata
Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April 1955) ialah seorang ahli fizik
teori berbangsa Jerman yang telah dianggap sebagai ahli sains yang
teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan
membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik
kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan
dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi
penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta
"khidmatnya kepada Fizik Teori".
Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein
mencapai kemasyhuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya
sering disinonimkan dengan kecerdasan.
Kehidupan Peribadi
Dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm,Jerman.Menghidapi sindrom Asperger ketika
kecil.Pada 1896,Albert menyerahkan kerakyatan Jerman untuk mengelakkan
pengerahan tentera dan menjadi seorang yang tidak bernegara. Selepas
menghabiskan pendidikan menengahnya, Einstein memasuki Institut Politeknik
Zurich selama empat tahun untuk mengambil pengajian perguruan bagi mengajar
sains di sekolah menengah. Pada tahun 1900, Einstein
memperoleh diploma perguruannya dan diterima sebagai rakyat Switzerland
pada 1901.Setahun kemudian,seorang anak luar nikah diperanakkan selepas
Albert jatuh cinta dengan pada Mileva Maric,seorang penuntut kolejnya
berbangsa Hungary.Dua tahun selepas itu,mereka berkahwin dan mempunyai
dua orang anak lelaki,Hans dan Eduard Einstien.
Kerjaya
 Selepas memperolehi ijazahnya, Einstein tidak dapat
menjadi guru kerana kekasarannya telah menjengkelkan
kebanyakan daripada profesornya. Walau bagaimanapun,
seorang rakan sedarjahnya menolongnya mendapat
pekerjaan sebagai penolong pemeriksa teknik di
sebuah Pejabat Paten Switzerland pada tahun 1902. Di sini,
Einstein bertugas selama tujuh tahun.Tetapi,pada tahun
1911,Albert Einstein telah menjadi professor di Universiti
Prauge.
Perkahwinan ke 2
Einstein bercerai dengan Mileva pada 1919 dan
berkahwin dengan Elsa Löwenthal, sepupunya
yang berumur tiga tahun lebih tua daripada
Einstein.Einstein menggunakan Hadiah
Nobelnya untuk membayar kos penceraian
beliau dengan Mileva.Dalam perkahwinan
ini,mereka tidak mempunyai anak.
Perang Dunia II
 Selepas Adolf Hitler naik takhta pada 1933, kebencian kepada Einstein mencapai tahap-
tahap yang baru. Beliau dituduh oleh regim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis
Nasional kerana berniat mencipta fizik Yahudi berlainan dengan Deutsche Physik, iaitu
fizik Jerman ataupun Arya. Einstein melepaskan kerakyatan Jermannya dan melarikan
diri ke Amerika Syarikat dan menjadi pemastautin tetap. Beliau menerima jawatan di
Institut Penyelidikan Lanjutan yang baru diasaskan di Bandaraya Princeton, New Jersey.
Einstein menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1940, walaupun beliau
masih mengekalkan kerakyatan Switzerlandnya.
 Pada 1938, atas dorongan Leó Szilárd, seorang ahli fizik Yahudi Hungary-Amerika,
Einstein mengirimkan sepucuk surat kepada Presiden Franklin Delano Roosevelt untuk
mendesaknya supaya menyelidiki pembelahan nuklear bagi kegunaan tentera kerana
ketakutan kerajaan Nazi mengembangkan senjata atom terlebih dahulu. Roosevelt
membuat penyiasatan kecil ke atas hal tersebut dan kemudian memulakan Projek
Manhattan secara besar-besaran.
Hadiah Nobel
 Pada 30 Mac 1921, iaitu pada tahun yang beliau dianugerahkan
dengan Hadiah Nobel, Einstein pergi ke New York untuk
menyampaikan syarahan "Teori Kerelatifan" yang baru. Walaupun
beliau pada waktu itu amat masyhur dalam bidang kerelatifan,
beliau telah diberi Hadiah Nobel untuk fotoelektrik. Jawatankuasa
Nobel telah mengatakan bahawa keputusan untuk memberi pujian
kepada kerjanya yang kurang berkontronversi akan lebih diterima
oleh komuniti ahli sains.
Kematian Einstein
 Einstein meninggal dunia pada pukul 1.15 pagi, 18 April 1955 di Hospital Princeton di
New Jersey. Mayat beliau dibakar pada hari yang sama tanpa sebarang adat istiadat
di Trenton, New Jersey mengikut hasratnya. Abu mayatnya disebar di tempat yang
tidak dapat dipastikan.
 Dr. Thomas Stoltz Harvey, ahli patologi yang melaksanakan autopsi Einstein, telah
mengawet otaknya. Walau bagaimanapun, Harvey tidak mendapati apa-apa yang
luar biasa mengenai otak Einstein, akan tetapi pada 1999, analisis lanjutan oleh
sepasukan di Universiti McMaster mendedahkan bahawa otak Einstein tidak
mempunyai bahagian operkulum parietal. Sebagai ganti, lobus parietal
inferiornya lebih lebar sebanyak 15% daripada yang biasa. (Bahagian parietal inferior
bertanggungjawab terhadap pemikiran matematik, kognisi visuospatial, dan imejan
pergerakan.) Otak Einstein juga didapati mengandungi 73% lebih banyak sel
glia daripada otak yang biasa.
Anugerah
 Barnard Medal (1920)
 Nobel Prize in Physics (1921)
 Matteucci Medal (1921)
 ForMemRS (1921)
 Copley Medal (1925)
 Gold Medal of the Royal Astronomical
Society (1926)
 Max Planck Medal (1929)
 Time Person of the Century (1999)

More Related Content

What's hot

Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Nabila Syuhada
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
ladykathy
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Junidah Sukiman
 
Surat rayuan ke smk agama baling
Surat rayuan ke smk agama balingSurat rayuan ke smk agama baling
Surat rayuan ke smk agama baling
Hussin Ahmad
 
Program keceriaan
Program keceriaanProgram keceriaan
Program keceriaan
mazmiey
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taska
Hafizzah Kudus
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
Izny Atikah
 

What's hot (20)

Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakatInternet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
Internet dan kesan-kesan penggunaannya terhadap masyarakat
 
Data eoperasi
Data eoperasiData eoperasi
Data eoperasi
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
contoh rph
contoh rphcontoh rph
contoh rph
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru sr
 
Kertas kerja rimup 2019
Kertas kerja rimup 2019Kertas kerja rimup 2019
Kertas kerja rimup 2019
 
Surat rayuan ke smk agama baling
Surat rayuan ke smk agama balingSurat rayuan ke smk agama baling
Surat rayuan ke smk agama baling
 
Program keceriaan
Program keceriaanProgram keceriaan
Program keceriaan
 
Kertas kerja rehat minda 2019
Kertas kerja rehat minda 2019Kertas kerja rehat minda 2019
Kertas kerja rehat minda 2019
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokk
 
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalanDi mana ada kemahuan di situ ada jalan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
 
Kertas kerja hari usahawanan muda
Kertas kerja hari usahawanan mudaKertas kerja hari usahawanan muda
Kertas kerja hari usahawanan muda
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taska
 
Laporan aktiviti unit kebajikan 2017
Laporan aktiviti unit kebajikan 2017Laporan aktiviti unit kebajikan 2017
Laporan aktiviti unit kebajikan 2017
 
Kertas kerja minggu anti denggi
Kertas kerja minggu anti denggiKertas kerja minggu anti denggi
Kertas kerja minggu anti denggi
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 

Albert Einstien

  • 2. Biodata Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April 1955) ialah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dianggap sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada Fizik Teori". Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemasyhuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan kecerdasan.
  • 3. Kehidupan Peribadi Dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm,Jerman.Menghidapi sindrom Asperger ketika kecil.Pada 1896,Albert menyerahkan kerakyatan Jerman untuk mengelakkan pengerahan tentera dan menjadi seorang yang tidak bernegara. Selepas menghabiskan pendidikan menengahnya, Einstein memasuki Institut Politeknik Zurich selama empat tahun untuk mengambil pengajian perguruan bagi mengajar sains di sekolah menengah. Pada tahun 1900, Einstein memperoleh diploma perguruannya dan diterima sebagai rakyat Switzerland pada 1901.Setahun kemudian,seorang anak luar nikah diperanakkan selepas Albert jatuh cinta dengan pada Mileva Maric,seorang penuntut kolejnya berbangsa Hungary.Dua tahun selepas itu,mereka berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki,Hans dan Eduard Einstien.
  • 4. Kerjaya  Selepas memperolehi ijazahnya, Einstein tidak dapat menjadi guru kerana kekasarannya telah menjengkelkan kebanyakan daripada profesornya. Walau bagaimanapun, seorang rakan sedarjahnya menolongnya mendapat pekerjaan sebagai penolong pemeriksa teknik di sebuah Pejabat Paten Switzerland pada tahun 1902. Di sini, Einstein bertugas selama tujuh tahun.Tetapi,pada tahun 1911,Albert Einstein telah menjadi professor di Universiti Prauge.
  • 5. Perkahwinan ke 2 Einstein bercerai dengan Mileva pada 1919 dan berkahwin dengan Elsa Löwenthal, sepupunya yang berumur tiga tahun lebih tua daripada Einstein.Einstein menggunakan Hadiah Nobelnya untuk membayar kos penceraian beliau dengan Mileva.Dalam perkahwinan ini,mereka tidak mempunyai anak.
  • 6. Perang Dunia II  Selepas Adolf Hitler naik takhta pada 1933, kebencian kepada Einstein mencapai tahap- tahap yang baru. Beliau dituduh oleh regim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis Nasional kerana berniat mencipta fizik Yahudi berlainan dengan Deutsche Physik, iaitu fizik Jerman ataupun Arya. Einstein melepaskan kerakyatan Jermannya dan melarikan diri ke Amerika Syarikat dan menjadi pemastautin tetap. Beliau menerima jawatan di Institut Penyelidikan Lanjutan yang baru diasaskan di Bandaraya Princeton, New Jersey. Einstein menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1940, walaupun beliau masih mengekalkan kerakyatan Switzerlandnya.  Pada 1938, atas dorongan Leó Szilárd, seorang ahli fizik Yahudi Hungary-Amerika, Einstein mengirimkan sepucuk surat kepada Presiden Franklin Delano Roosevelt untuk mendesaknya supaya menyelidiki pembelahan nuklear bagi kegunaan tentera kerana ketakutan kerajaan Nazi mengembangkan senjata atom terlebih dahulu. Roosevelt membuat penyiasatan kecil ke atas hal tersebut dan kemudian memulakan Projek Manhattan secara besar-besaran.
  • 7. Hadiah Nobel  Pada 30 Mac 1921, iaitu pada tahun yang beliau dianugerahkan dengan Hadiah Nobel, Einstein pergi ke New York untuk menyampaikan syarahan "Teori Kerelatifan" yang baru. Walaupun beliau pada waktu itu amat masyhur dalam bidang kerelatifan, beliau telah diberi Hadiah Nobel untuk fotoelektrik. Jawatankuasa Nobel telah mengatakan bahawa keputusan untuk memberi pujian kepada kerjanya yang kurang berkontronversi akan lebih diterima oleh komuniti ahli sains.
  • 8. Kematian Einstein  Einstein meninggal dunia pada pukul 1.15 pagi, 18 April 1955 di Hospital Princeton di New Jersey. Mayat beliau dibakar pada hari yang sama tanpa sebarang adat istiadat di Trenton, New Jersey mengikut hasratnya. Abu mayatnya disebar di tempat yang tidak dapat dipastikan.  Dr. Thomas Stoltz Harvey, ahli patologi yang melaksanakan autopsi Einstein, telah mengawet otaknya. Walau bagaimanapun, Harvey tidak mendapati apa-apa yang luar biasa mengenai otak Einstein, akan tetapi pada 1999, analisis lanjutan oleh sepasukan di Universiti McMaster mendedahkan bahawa otak Einstein tidak mempunyai bahagian operkulum parietal. Sebagai ganti, lobus parietal inferiornya lebih lebar sebanyak 15% daripada yang biasa. (Bahagian parietal inferior bertanggungjawab terhadap pemikiran matematik, kognisi visuospatial, dan imejan pergerakan.) Otak Einstein juga didapati mengandungi 73% lebih banyak sel glia daripada otak yang biasa.
  • 9. Anugerah  Barnard Medal (1920)  Nobel Prize in Physics (1921)  Matteucci Medal (1921)  ForMemRS (1921)  Copley Medal (1925)  Gold Medal of the Royal Astronomical Society (1926)  Max Planck Medal (1929)  Time Person of the Century (1999)