Good Stuff Happens in 1:1 Meetings: Why you need them and how to do them well
Hikmah-hikmah Puasa Ramadhan Menurut Buletin Dorisia
1. BULETIN RAMADHAN
DARI KUMPULAN DORISIA
HIKMAH-HIKMAH PUASA
Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang
banyak, antaranya :
-Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat
yang banyak kepada hamba-hambanya.
-Melatih jiwa supaya mempunyai rasa kasih dan belas terhadap
orang-orang yang susah menderita.
-Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat tamak, sombong,
hasad dan dengki.
-Melatih diri supaya bersifat sabar dan tahan menempuh ujian-
ujian dalam perjuangan hidup.
2. -Menanam semangat perpaduan kerana sama-sama
menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan
semangat perpaduan.
-Menanam semangat sama rata dan menjauhkan sifat beza
membeza di antara kaya miskin, hina mulia, raja dan rakyat
kerana sama-sama menjunjung perintah Allah.
-Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peraturan dan
menghargakan masa, kerana puasa mempunyai batas-batas
waktu yang tertentu.
-Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh dari daki-daki
dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
-Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh,
terutamanya alat pengisar makanan yang bekerja sepanjang
tahun.
-Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadat, kerana
bulan ramadhan mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada
bulan-bulan lain seperti Lailatul Qadar dan sembahyang tarawih.