SlideShare a Scribd company logo
1 of 49
NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI
D20111047479
KHAIRUL AZHAR BIN USOF
D20111047500
MUHAMMAD HANIS BIN ZULKHAIRI
D20111047517
SHAH AFFENDY JAFRI
D20111047644
NURUL AMIRA BINTI ALI
D20111047534
SARIMAH BINTI JAMIL
D20111047525
FREADY ANAK HANG
D20111047549
NAMA PENSYARAH : DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI
SINOPSIS NOVEL
JUARA
NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI
D 20111047479
• Novel Juara karya S. Othman (1976) adalah
antara novel yang membangkitkan isu politik dan
dianalogikan dalam perlawananan laga lembu.
• Menurut Bwpian (2010) dalam S. Othman
blogspot yang diperoleh pada April 25, 2015
daripada
http://bwpian.blogspot.com/2010_10_01_archiv
e.html Juara bermaksud seorang "pembasuh"
laga lembu yang mana menjadi suatu permainan
yang diminati oleh masyarakat Siam pada masa
itu.
• Kisah novel ini lebih berlatar belakangkan
kehidupan masyarakat di negeri Kelantan dan
gaya hidup yang diwujudkan serta unsur politik
yang dimasukkan dalam novel ini.
• Novel Juara (1976) karya S. Othman adalah novel yang berkisar tentang seorang
lelaki yang bernama Mamat dan anak – anak buahnya yang terdiri daripada Mat
San, Jal, Seli dan Salim yang kematian rakan seperjuangan mereka iaitu Abang
Lazim, ayah kepada Sani dan Salim.
• Yang telah dibunuh dan ditembak selepasa mereka menjuarai satu pertandingan
laga lembu. Abang Lazim di bunuh oleh Pak Isa, Dollah Munduk dan beberapa
konconya yang lain kerana hasad dengki dan cemburu akan kehebatan lembu
Abang Lazim.
• Lembu Abang Lazim dipanggil dengan nama Calet.
• Mereka begitu tidak puas hati kerana lembu mereka iaitu Langsat telah dikalahkan
oleh Calet.
• Novel ini berlatarkan kehidupan di negeri Siam yang tempatnya bersempadan
dengan Kelantan.
• Dalam cerita ini juga, Mamat merupakan seorang ahli politik yang telah pun
meletakkan jawatan setelah gagal dalam dua kali pilihan raya yang berlangsung di
kawasan itu dan beliau juga adalah tulang belakang kepada kemerdekaan Tanah
Melayu sewaktu itu.
• Perletakan jawatan yang dilakukan oleh Mamat adalah disebabkan oleh jiwanya
yang merasakan bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh rakyat atau
masayarakat setempat dan juga beberapa faktor lain seperti saingan hebat
daripada parti lain.
• Berdasarkan cerita ini, terdapat suatu persamaan antara kehidupan Mamat
dengan perjuangannya dalam bidang politik.
• Mamat yang juga terlibat dalam laga lembu dan juga sering memenangi
perlawanan tersebut. Menang dan kalah itu sudah dianggap sebagai perkara yang
biasa sama seperti ketika dirinya menghadapi pilihan raya.
• Laga lembu adalah salah satu aktiviti yang meibatkan pelaburan wang yang banyak
dan dikategorikan sebagai berjudi, iaitu, jika lembu tersebut menang dalam
pertandingan, semua wang pertaruhan akan menjadi milik pemenang.
• Mamat mendekati perlawanan laga lembu setelah berlakunya kekalahan dalam
pilihan raya di Kelantan.
• Mamat banyak menerima ilmu laga lembu daripada Abang Lazim. Beliau memilih
untuk berpindah ke Siam untuk lebih fokus dalam perlawanan laga lembu
tersebut.
• Kelebihan Mamat yang boleh menilai dan memilih lembu yang terbaik untuk
perlawanan amatlah disegani oleh golongan yang gemarkan perlawanan laga
lembu ini apatah lagi anak buahnya sendiri. Kehidupan Mamat pada ketika itu
hanyalah berlegar di kawasan bong dan laga lembu.
• Setelah kematian Calet yang ditembak oleh Pak Isa dan konco – konconya, Mamat
telah melatih Aral iaitu seekor lembu muda yang tidak pernah memasuki
perlawanan laga lembu ini. Aral dilatih dengan baik dan sering beroleh
kemenangan dan menjadi juara dalam setiap perlawanan.
• Namun begitu kematian Dollah Munduk telah menyebabkan Mamat disoal siasat
dan ianya membantutkan pencarian Pak Isa yang pernah membunuh Abang Lazim
setahun yang lalu.
• Setahun selepas Mamat disoal siasat berkaitan kes kematian
Dollah Munduk, Aral kian menjadi semakin terkenal. Aral pernah
berlawan dengan seekor lembu dari Pulau Lonel.
• Lembu itu sebenarnya adalah milik Pak Isa yang dicari Mamat
selama ini.
• Tanduk lembu tersebut telah disaluti dengan besi agar ianya lebih
tajam dan dibuat semata – mata untuk membunuh Aral.
• Ketika itu, bukan sahaja lembu yang berentap di dalam ruang laga
lembu, malah ianya melibatkan pertarungan hebat antara Mamat
dan juga Pak Isa.
• Dendam mereka yang tidak berbalas iaitu berkenaan kekalahan Pak
Isa sutu ketika dahulu dan kemarahan Mamat atas kematian Abang
Lazim yang dibunuh oleh Pak Isa.
• Akhirnya, Pak Isa mati ditembak oleh Mamat dihadapan penyokong
perlawanan laga lembu tersebut.
ISI DAN MESEJ
KEHIDUPAN BERPOLITIK
• Mamat serta sahabatnya menuntut daripada pihak British untuk
diadakan pilihan raya bagi membuktikan bahawa mereka
mahukan kemerdekaan.
• Pilihan raya telah diadakan namun Mamat tidak menjadi calon
dan Parti Persatuan Melayu menang besar.
• Selepas kemerdekaan dicapai, pilihan raya diadakan lagi dan
Mamat telah menjadi calon. Mamat telah kalah.
• Mamat dicalonkan lagi untuk kali yang kedua. Berbagai usaha
dilakukan namun masih gagal.
• Dari itu, Mamat telah berjanji untuk bersara daripada dunia
politik.
BUDAYA LAGA LEMBU
• Budaya laga lembu amat popular di Siam.
Digambarkan juga bahawa tiada undang-
undang khusus untuk menghalang aktiviti
perjudian ini.
• Terdapat dua ekor lembu yang popular dalam
novel ini iaitu Calet dan Aral.
• Banyak istilah tentang budaya laga lembu ini
disebut seperti bong, kamkan, juara dan lain-
lain.
SIKAP MEMBALAS DENDAM
• Sikap membalas dendam begitu diketengahkan oleh penulis.
• Bermula daripada pembunuhan Abang Lazim dan Calet oleh
Pak Isa dan Dolah Munduk, Mamat dan anak buahnya
menyimpan dendam.
• Tindakan Dolah Munduk mengupah orang untuk
memasukkan arak yang bercampur tuba dalam minuman
Aral sehingga lembu itu menjadi gila dan mencederakan
Mamat makin memuncakkan dendam mereka.
• Dolah Munduk dibunuh oleh Sani, Jali dan Mat San dengan
kejam sekali selepas Aral dipertandingkan buat kali pertama.
• Pak Isa pula ditembak oleh Mamat ketika perlawanan Aral
yang terakhir di dalam novel ini.
KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
• Ketika Mamat menghadapi musibah,
keluarganya terutamanya isterinya Minah tetap
bersabar menjaga dan merawat suaminya itu.
• Mamat juga cukup sayangkan keluarganya.
Buktinya dia sentiasa memandang ahli
keluarganya dengan penuh kasih sayang.
Contoh,
Dia segera melihat wajah Faisah yang
cerah dan segar. Ingin dia mencium anaknya itu.
Akan tetapi, diurungkan. (m/s 75)
• Mamat juga sentiasa memikirkan masa
depan yang terbaik untuk mereka
sekeluarga terutama kepada Jusuh. Contoh,
Jusuh, jangan! Fikir mamat dalam hati.
Jusuh jangan masuk politik. Jangan. Jusuh
mesti menghabiskan pelajarannya betul-
betul. Ya Tuhan! Doanya. Biarlah Jusuh
mendapat tempat tegak baik di tanah airnya
Kelantan! Ya Tuhan. (m/s 116)
KEPENGARANGAN
DALAM NOVEL JUARA
KEAGAMAAN
Kemudian, Lebai Syukur memulakan zikir.
Mamat ikut berzikir sungguh-sungguh. Dia
mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-
ayat suci al-Qurannya akan diterima Allah
seratus persen untuk arwah Abang Lazim.
Biarlah arwah sahabatnya akan bersenang-
lenang di dalam kuburnya. (Halaman 18)
GAYA PENULISAN
Jusuh masih belajar di sebuah sekolah Inggeris
di Pasir Mas. Dia mengharapkan anak laki-
lakinya ini akan beroleh tempat tegaknya yang
baik di Kelantan. Dia mengharapkan Jusuh
akan tetap naik dengan pelajarannya.
Janganlah menerima nasib seperti dirinya.
Tenaganya diperlukan selepas merdeka.
(Halaman 17)
MONOLOG DALAMAN
Pasti! Dia memutuskannya dalam hati.
Sesuatunya harus berjalan dengan berpadanan.
Mengapakah kerana kalah harus membunuh
orang? Inilah sikap Pak Isa. Inilah! Kata Mamat
dalam hati. Dia sendiri sudah berapa banyak
kalah. Abang Lazim juga begitu. Dia tidak pernah
membunuh. Segarang-garang Jali juga tidak
pernah membunuh. Mengapa Pak Isa
membunuh? Mengapa? Mamat tidak dapat
menjawab. Dan, dia hanya merasakan bahawa
kejahatan itu terlalu. Sudah melampau. Bukankah
lebih baik dibalas begitu? Tentu! Mamat
menentukannya dalam hati. (Halaman 29)
IMBAS KEMBALI
Dia ingat bagaimana susah payah untuk beroleh
Minah binti Saleh, yang sudah mempunyai tunang
waktu itu. Dengan menggunakan kehormatan
bapa saudaranya, seorang penghulu kampung,
Mamat memenangi hati keluarga Minah. Dan,
Minah dikahwinkan dengannya. Mamat terpaksa
menghadapi sedikit perlawanan untuk
menghalang kejengkelan tunang Minah.
Walaupun kenudiannya Mamat dipukul (dan
parutnya masih terbentang di atas kepalanya
sebelah kiri), tetapi dia dapat membalas kembali.
(Halaman 28)
TEKNIK DIALOG
“Aral diberi minum arak campur tuak, “ kata Sani dengan
sungguh-sungguh kepada bebepara orang yang sedang
berbual-bual dengannya di rumah Mamat itu. “ Ada orang
yang dengki kepada Aral. Tapi kalau sampai dua kali diberi
demikian, Aral akan gila seumur hidup!”
Mamat memete-meta dalam kepalanya. Memang orang patut
dengki kepada lembu yang berbakat itu. Dia cuba bertanya
apakah lembu itu sakit kerana dipukul oleh Jali itu? Akan
tetapi, dia tidak berdaya juga untuk bercakap.
“ Mujurlah lembu itu tidak apa-apa,” kata Sani lagi
meneruskan. “ Pagi ini dapat makan dengan baik. Tidak
garang seperti kelmarin. Aku beri makan ubat Pak Cik Lah,
tuk bomoh Tanjung Mas,” (Halaman 69)
Muhammad Hanis Bin Zulkhairi
D 20111047517
NILAI BUDAYA
• Menurut Kamus Dewan kata ‘budaya’ bermaksud
tamadun atau peradaban.
• Segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah
masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh
ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat
itu sendiri.
• Fahaman ini dikenali dalam kalangan ahli antropologi
sebagai fahaman determinism atau penentuan budaya.
• Selain itu, budaya juga adalah sesuatu yang
diperturunkan daripada satu generasi ke generasi
seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik
lampau.
Definisi Budaya
• Juara adalah novel S. Othman Kelantan yang
mengisahkan perjuangan seorang bekas
pejuang politik yang perjuangannya tidak
pernah berakhir selepas kariernya berakhir.
Yang berpindah hanyalah medan
perjuangannya. Bagi Mamat perjuangan di
medan politik tidak ada bezanya dengan
perjuangan di gelanggang laga lembu. Kedua-
duanya menuntut penglibatan, perancangan,
risiko dan pengorbanan diri sendiri.
a) Nilai Budaya Tidak Mudah Berputus
Asa
• Watak-watak wanita dalam novel Juara lebih mantap
dan menonjol berbanding lelaki.
• Minah dengan berani dan tegas mempersoalkan sikap
suaminya biarpun akhirnya dia mengalah.
• Mereka kuat bekerja (peristiwa Mamat dan
rombongannya bergerak ke bon lembu, tetapi Minah
dan anak gadisnya terus bekerja), dan bila dicabar
mereka sanggup ke gelanggang laga lembu biarpun itu
adalah gelanggang hanya untuk lelaki.
• Peristiwa berkaitan kegigihan kaum hawa atau wanita
ini digarap melalui kerajinan mereka bercucuk tanam
tanaman padi yang menjadi punca pendapatan mereka
pada masa itu.
b) Nilai Budaya Kegigihan Kaum
Perempuan
• Nilai keagamaan ini dapat dilihat menerusi gambaran
daripada peristiwa tahlil doa selamat yang dibuat bagi arwah
Abang Lazim.
• “Kemudian, Lebai Syukur memulakan zikir. Mamat ikut berzikir
sungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan
bacaan ayat-ayat al-Qurannya akan diterima Allah seratus
persen untuk arwah Abang Lazim.”
• Mamat juga menghantar anaknya, Jusuh ke sekolah Islam
supaya dapat mempelajari ilmu agama Islam dengan baik.
c) Nilai Budaya Agama Islam
Shah Affendy Jafri
d20111047644
PANDANGAN HIDUP
NOVEL JUARA
• Mamat sangat menyayangi rakannya, iaitu Abang Lazim.
Mereka berkongsi hidup bersama dalam perjuangan laga
lembu. Walaupun Abang lazim sudah tiada, namun
perjuangan dalam melaga lembu itu tetap diteruskan oleh
Mamat sebagai simbolik dalam meneruskan legasi
pejuangan mereka.
• “Dia baru pulang daripada meratib arwah Abang Lazim. Dia
sebenarnya amat terasa kehilangan manusia seorang itu.
Dia kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Harga itu
ialah kewibawaan Abang Lazim selama hayatnya.” (Bab 1 ,
muka surat 49)
1) KASIH SAYANG YANG TINGGI TERHADAP RAKAN
SEPERJUANGAN
2) HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH
• Kematian Abang Lazim begitu terasa oleh Mamat sehingga
menyimpan rasa dendam pada dirinya untuk membalas kematian
rakan seperjuangannya yang tiada gantinya itu. Bagi Mamat,
kematian Abang Lazim harus dibayar dengan nyawa kerana keadilan
harus ditegakkan. Pak Isa dan konco-konconya harus menerima
padah hasil daripada perbuatan yang telah mereka lakukan.
• “Tiba-tiba Mamat merasakan dia sangat rakus. Sangat tamak.
Mengapa semuanya sekali mesti mati? Kemudian dengan penuh
jengkel, dia membenarkan. Pak Isa mesti mati. Dolah Munduk mesti
mati. Beberapa orang lain mesti mati. Dan akhir sekali, Langsat
mesti mati. Langsat? Mungkin tidak perlu mati. Langsat sudah
kalah”
• (Bab 4, muka surat 111)
3) BERPEGANG PADA JANJI
• Mamat mempunyai jati diri yang tinggi. Perkara ini dilihat apabila
Mamat sendiri bersumpah janji dengan perjuangan politiknya.
Beliau berhasrat untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik
sekiranya kalah dalam pilihan raya seterusnya. Perkara tersebut
ditunaikan apabila beliau kalah pada pilihan raya seterusnya dan
terus bersara dalam dunia politik.
• “Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah.
Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah
menolak saya. Perjuangan masih perlu. Tapi apa boleh buat. Rakyat
sendiri menentukan kedudukan. Masing-masing kita haruslah
mengucapkan selamat jalan kepada politik apabila rakyat
membuktikan bahawa mereka tidak lagi mahu!”. (Bab 1, muka surat
17-18)
4) TIDAK LUPA DENGAN ASAL USUL
• Mamat merupakan seorang anak jati Kelantan. Walaupun beliau
telah kalah dalam pilihan raya yang menyatakan bahawa beliau
tidak lagi diterima oleh rakyat disitu, namun beliau tetap pulang ke
tanah airnya itu setelah lama meninggalkan kawasan kampungnya
itu bertahun-tahun.
• “Sekarang dia kembali. Akan tetapi, dia tidak merasa kekembalianya
sebagai pahlawan yang diasingkan bertahun-tahun di luar negeri,
yang disambut kepulangannya dengan ribuan rakyat. Tidak. Dia
hanya berasa kepulangannya hanya sebagai sebuah sisa daripada
suatu daging yang lemah dan separuh busuk dan hampir hancur”.
• (Bab 1, muka surat 25)
NURUL AMIRA BINTI ALI
D20111047534
NILAI ILMU DALAM
NOVEL JUARA
ILMU KEAGAMAAN
• Kemudian mayat itu dibasuh. Dimandikan. Orang di
bawah berpusu-pusu.
• Kapas telah menenggelamkan semuanya. Dan, saat
akhir, isteri Abang Lazim menanamkan matanya
habis-habis ke atas muka suaminya yang pejam
pucat.
• Kemudian, tiga orang anak-anaknya mengecupi
mayat itu seorang demi seorang.
• Mamat menuliskan kalimat lailahaillallah melintang
dahi mayat Abang Lazim dengan telunjuk kanannya
dengan bahasa isyarat.
(Juara : 6)
• Mamat ikut mengusung bersama-sama anak-
anak abang Lazim dan budak Jali, pemuda
tenang yang berjaya memenangi hatinya
supaya bersabar tadi.
• Ketika mayat Abang Lazim dibaringkan,
kemudian ditimbus perlahan-lahan, Mamat
berasa seolah-olah sepuluh tahun yang dia
menimbuskan perjuangan politiknya dengan
sumpahnya.
(Juara : 8)
ILMU POLITIK
• Pengarang menggambarkan watak utamanya iaitu Mamat
sebagai tokoh politik yang terlibat secara langsung dengan
perjuangan kemerdekaan tanah air.
• Apabila kemerdekaan tercapai, dia mencalonkan dirinya
untuk bertanding dalam pilihanraya dengan tujuan untuk
terus kekal menjadi tokoh politik sebagai pemimpin yang
memperjuangkan nasib rakyat.
• Malangnya, Mamat gagal dalam pilihanraya tersebut dan
kerana itu dia dan keluarganya berpindah ke Selatan Siam
dan bersumpah untuk tidak lagi mahu mencampuri urusan
politik.
• Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan
politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga
dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan
berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara,
setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik. Saya sudah
sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana
lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah
menolak saya. (Juara : 17)
• Dalam pemilihan jawatankuasa parti peringkat negeri,
setahun sebelum pilihan raya kedua selepas merdeka, dia
tidak dapat mempertahankan kedudukannya. Akan tetapi,
namanya masih dikedepankan oleh Pusat Parti dalam
pemilihan calon sekali lagi. Dalam satu pertemuan parti
untuk menyelaraskan kerja-kerja kempen, dia dengan tegas
mengatakan :… .
(Juara : 82)
ILMU BERLAGA LEMBU
• Keinginan watak utama untuk menjadi seorang tokoh politik yang
akhirnya tidak tercapai dimanipulasi oleh pengarang sebagai pelaga
lembu.
• Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkan
perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan
perlawanan laga lembu diibaratkan seperti medan pertembungan
pemikiran serta percakaran politik yang akhirnya kemenangan akan
tercapai kepada mereka yang kuat.
• Seperti mana lembu itu sendiri dan bagaimana strategi yang diatur
oleh pelaga lembu untuk beroleh kemenangan, maka begitu jugalah
yang terjadi dalam medan politik.
• Dalam medan politik Mamat digambarkan oleh pengarang
sebagai seorang yang tewas sebaliknya dalam medan laga lembu
Mamat diletakkan sebagai “Juara.”
• Pertaruhan wang ringgit, unsur sabotaj, hasad dengki,
penyelewengan disuarakan oleh pengarang dalam perlawanan
laga lembu.
• Jali diam. Mamat diam. Masing-masing dapat mengagak
betapa kecewanya seseorang yang kalah dalam perjudian lembu
begitu. (Juara : 37)
• Lembu itu menyerbu begitu garang menerkam lawannya.
Kedengaran sesuatu yang sangat mengerikan ketika kedua-dua
tanduk daripada dua ekor lembu itu bertembung di tengah-
tengah gelanggang. (Juara : 143)
Seni Bahasa
Fready Anak Hang
D20111047549
• Metafora
• Personifikasi
• Pleonasme
• Simile
• Hiperbola
• Paradoks
• Anafora
• Epifora
• Sinkof
• Dialek
• Bahasa asing
• Peribahasa
Pleonasme
• dikenali juga sebagai tautologi
• penggunaan kata yang berlebih-lebihan dan
tidak perlu wujud dalam ayat
• kata-kata yang berlebihan ini boleh
digugurkan daripada susunan ayat
• pengguguran dalam ayat tidak akan
mempengaruhi makna susunan ayat
• Ketika Mamat tiba di kandang Aral, dia tidak
melihat ada orang di situ. Tidak melihat Sani.
Tidak melihat Salim. (ms 58)
• Waktu perisyitiharan tarikh kemerdekaan di
Melaka, negeri Hang Tuah dan Hang Jebat
itu, dia berada di barisan paling hadapan. (ms
78)
• Akan tetapi, dia hampa. Tidak terlihat
sekelibat pun desus manusia di rumah. Minah
tidak ada. Melah tidak ada. Selamah tidak
ada... (ms 107)
Paradoks
• gaya bahasa yang mengandungi pertentangan
yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi
kenyataannya mengandungi kebenaran
dengan pendapat umum.
• ...sejak dia berpisah dengan suaminya
seorang Yang Berhormat yang sebenarnya
tidak terhormat. (ms 28)
• Rapat umum itu menjadi kacau. Walaupun
polis membuat kawalan rapi... (ms 81)
Dialek
• bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu
daerah atau oleh kelas sosial tertentu berbeza
daripada bahasa standard
• variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu
kumpulan sosial atau lapisan masyarakat
bahasa
• “ambo tak kenal...” Demo tu tak kenal Abang
pa. (ms 34)
• “Berapa mudengar?” (ms 37)
• “Tak lih tu. Jangan dibiarkan,”... (ms 42)
• Aku tak lih kata ‘gitu,” jawab Mamat dengan
perlahan. (ms 118)
Bahasa Asing
• bahasa masyarakat di luar lingkungan
Malaysia
• Bahasa Inggeris
• Di dalam baju dalam Salim terselit browning.
(ms 43)
• Melihat ke dalam barrelnya. (ms 131)
• Tangannya tetap pada tregar senapangnya
laras duanya yang sudah tetap dan tepat ke
rah Pak Isa. (ms 216)
Peribahasa
• kelompok kata yang mempunyai susunan yang
tetap dan mengandungi pengertian yang
tertentu
• mencerminkan ketajaman renungan dan
pemikiran nenek moyang kita yang
membandingkan realiti kehidupan dengan
segala gerak laku manusia dan alam sekeliling
• Jangan melepaskan kura-kura di kaki kerana
mahukan burung yang sedang terbang. (ms
84)
SEKIAN TERIMA KASIH

More Related Content

Recently uploaded

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 

Recently uploaded (20)

SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 

Featured

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

KARYA MODEN

  • 1.
  • 2. NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI D20111047479 KHAIRUL AZHAR BIN USOF D20111047500 MUHAMMAD HANIS BIN ZULKHAIRI D20111047517 SHAH AFFENDY JAFRI D20111047644 NURUL AMIRA BINTI ALI D20111047534 SARIMAH BINTI JAMIL D20111047525 FREADY ANAK HANG D20111047549 NAMA PENSYARAH : DR. SERI LANANG JAYA BIN HAJI ROHANI
  • 3. SINOPSIS NOVEL JUARA NUR SYAFFIQAH SYAZZA BINTI AZLI D 20111047479
  • 4. • Novel Juara karya S. Othman (1976) adalah antara novel yang membangkitkan isu politik dan dianalogikan dalam perlawananan laga lembu. • Menurut Bwpian (2010) dalam S. Othman blogspot yang diperoleh pada April 25, 2015 daripada http://bwpian.blogspot.com/2010_10_01_archiv e.html Juara bermaksud seorang "pembasuh" laga lembu yang mana menjadi suatu permainan yang diminati oleh masyarakat Siam pada masa itu. • Kisah novel ini lebih berlatar belakangkan kehidupan masyarakat di negeri Kelantan dan gaya hidup yang diwujudkan serta unsur politik yang dimasukkan dalam novel ini.
  • 5. • Novel Juara (1976) karya S. Othman adalah novel yang berkisar tentang seorang lelaki yang bernama Mamat dan anak – anak buahnya yang terdiri daripada Mat San, Jal, Seli dan Salim yang kematian rakan seperjuangan mereka iaitu Abang Lazim, ayah kepada Sani dan Salim. • Yang telah dibunuh dan ditembak selepasa mereka menjuarai satu pertandingan laga lembu. Abang Lazim di bunuh oleh Pak Isa, Dollah Munduk dan beberapa konconya yang lain kerana hasad dengki dan cemburu akan kehebatan lembu Abang Lazim. • Lembu Abang Lazim dipanggil dengan nama Calet. • Mereka begitu tidak puas hati kerana lembu mereka iaitu Langsat telah dikalahkan oleh Calet. • Novel ini berlatarkan kehidupan di negeri Siam yang tempatnya bersempadan dengan Kelantan. • Dalam cerita ini juga, Mamat merupakan seorang ahli politik yang telah pun meletakkan jawatan setelah gagal dalam dua kali pilihan raya yang berlangsung di kawasan itu dan beliau juga adalah tulang belakang kepada kemerdekaan Tanah Melayu sewaktu itu. • Perletakan jawatan yang dilakukan oleh Mamat adalah disebabkan oleh jiwanya yang merasakan bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh rakyat atau masayarakat setempat dan juga beberapa faktor lain seperti saingan hebat daripada parti lain.
  • 6. • Berdasarkan cerita ini, terdapat suatu persamaan antara kehidupan Mamat dengan perjuangannya dalam bidang politik. • Mamat yang juga terlibat dalam laga lembu dan juga sering memenangi perlawanan tersebut. Menang dan kalah itu sudah dianggap sebagai perkara yang biasa sama seperti ketika dirinya menghadapi pilihan raya. • Laga lembu adalah salah satu aktiviti yang meibatkan pelaburan wang yang banyak dan dikategorikan sebagai berjudi, iaitu, jika lembu tersebut menang dalam pertandingan, semua wang pertaruhan akan menjadi milik pemenang. • Mamat mendekati perlawanan laga lembu setelah berlakunya kekalahan dalam pilihan raya di Kelantan. • Mamat banyak menerima ilmu laga lembu daripada Abang Lazim. Beliau memilih untuk berpindah ke Siam untuk lebih fokus dalam perlawanan laga lembu tersebut. • Kelebihan Mamat yang boleh menilai dan memilih lembu yang terbaik untuk perlawanan amatlah disegani oleh golongan yang gemarkan perlawanan laga lembu ini apatah lagi anak buahnya sendiri. Kehidupan Mamat pada ketika itu hanyalah berlegar di kawasan bong dan laga lembu. • Setelah kematian Calet yang ditembak oleh Pak Isa dan konco – konconya, Mamat telah melatih Aral iaitu seekor lembu muda yang tidak pernah memasuki perlawanan laga lembu ini. Aral dilatih dengan baik dan sering beroleh kemenangan dan menjadi juara dalam setiap perlawanan. • Namun begitu kematian Dollah Munduk telah menyebabkan Mamat disoal siasat dan ianya membantutkan pencarian Pak Isa yang pernah membunuh Abang Lazim setahun yang lalu.
  • 7. • Setahun selepas Mamat disoal siasat berkaitan kes kematian Dollah Munduk, Aral kian menjadi semakin terkenal. Aral pernah berlawan dengan seekor lembu dari Pulau Lonel. • Lembu itu sebenarnya adalah milik Pak Isa yang dicari Mamat selama ini. • Tanduk lembu tersebut telah disaluti dengan besi agar ianya lebih tajam dan dibuat semata – mata untuk membunuh Aral. • Ketika itu, bukan sahaja lembu yang berentap di dalam ruang laga lembu, malah ianya melibatkan pertarungan hebat antara Mamat dan juga Pak Isa. • Dendam mereka yang tidak berbalas iaitu berkenaan kekalahan Pak Isa sutu ketika dahulu dan kemarahan Mamat atas kematian Abang Lazim yang dibunuh oleh Pak Isa. • Akhirnya, Pak Isa mati ditembak oleh Mamat dihadapan penyokong perlawanan laga lembu tersebut.
  • 9. KEHIDUPAN BERPOLITIK • Mamat serta sahabatnya menuntut daripada pihak British untuk diadakan pilihan raya bagi membuktikan bahawa mereka mahukan kemerdekaan. • Pilihan raya telah diadakan namun Mamat tidak menjadi calon dan Parti Persatuan Melayu menang besar. • Selepas kemerdekaan dicapai, pilihan raya diadakan lagi dan Mamat telah menjadi calon. Mamat telah kalah. • Mamat dicalonkan lagi untuk kali yang kedua. Berbagai usaha dilakukan namun masih gagal. • Dari itu, Mamat telah berjanji untuk bersara daripada dunia politik.
  • 10. BUDAYA LAGA LEMBU • Budaya laga lembu amat popular di Siam. Digambarkan juga bahawa tiada undang- undang khusus untuk menghalang aktiviti perjudian ini. • Terdapat dua ekor lembu yang popular dalam novel ini iaitu Calet dan Aral. • Banyak istilah tentang budaya laga lembu ini disebut seperti bong, kamkan, juara dan lain- lain.
  • 11. SIKAP MEMBALAS DENDAM • Sikap membalas dendam begitu diketengahkan oleh penulis. • Bermula daripada pembunuhan Abang Lazim dan Calet oleh Pak Isa dan Dolah Munduk, Mamat dan anak buahnya menyimpan dendam. • Tindakan Dolah Munduk mengupah orang untuk memasukkan arak yang bercampur tuba dalam minuman Aral sehingga lembu itu menjadi gila dan mencederakan Mamat makin memuncakkan dendam mereka. • Dolah Munduk dibunuh oleh Sani, Jali dan Mat San dengan kejam sekali selepas Aral dipertandingkan buat kali pertama. • Pak Isa pula ditembak oleh Mamat ketika perlawanan Aral yang terakhir di dalam novel ini.
  • 12. KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA • Ketika Mamat menghadapi musibah, keluarganya terutamanya isterinya Minah tetap bersabar menjaga dan merawat suaminya itu. • Mamat juga cukup sayangkan keluarganya. Buktinya dia sentiasa memandang ahli keluarganya dengan penuh kasih sayang. Contoh, Dia segera melihat wajah Faisah yang cerah dan segar. Ingin dia mencium anaknya itu. Akan tetapi, diurungkan. (m/s 75)
  • 13. • Mamat juga sentiasa memikirkan masa depan yang terbaik untuk mereka sekeluarga terutama kepada Jusuh. Contoh, Jusuh, jangan! Fikir mamat dalam hati. Jusuh jangan masuk politik. Jangan. Jusuh mesti menghabiskan pelajarannya betul- betul. Ya Tuhan! Doanya. Biarlah Jusuh mendapat tempat tegak baik di tanah airnya Kelantan! Ya Tuhan. (m/s 116)
  • 15. KEAGAMAAN Kemudian, Lebai Syukur memulakan zikir. Mamat ikut berzikir sungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat- ayat suci al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah Abang Lazim. Biarlah arwah sahabatnya akan bersenang- lenang di dalam kuburnya. (Halaman 18)
  • 16. GAYA PENULISAN Jusuh masih belajar di sebuah sekolah Inggeris di Pasir Mas. Dia mengharapkan anak laki- lakinya ini akan beroleh tempat tegaknya yang baik di Kelantan. Dia mengharapkan Jusuh akan tetap naik dengan pelajarannya. Janganlah menerima nasib seperti dirinya. Tenaganya diperlukan selepas merdeka. (Halaman 17)
  • 17. MONOLOG DALAMAN Pasti! Dia memutuskannya dalam hati. Sesuatunya harus berjalan dengan berpadanan. Mengapakah kerana kalah harus membunuh orang? Inilah sikap Pak Isa. Inilah! Kata Mamat dalam hati. Dia sendiri sudah berapa banyak kalah. Abang Lazim juga begitu. Dia tidak pernah membunuh. Segarang-garang Jali juga tidak pernah membunuh. Mengapa Pak Isa membunuh? Mengapa? Mamat tidak dapat menjawab. Dan, dia hanya merasakan bahawa kejahatan itu terlalu. Sudah melampau. Bukankah lebih baik dibalas begitu? Tentu! Mamat menentukannya dalam hati. (Halaman 29)
  • 18. IMBAS KEMBALI Dia ingat bagaimana susah payah untuk beroleh Minah binti Saleh, yang sudah mempunyai tunang waktu itu. Dengan menggunakan kehormatan bapa saudaranya, seorang penghulu kampung, Mamat memenangi hati keluarga Minah. Dan, Minah dikahwinkan dengannya. Mamat terpaksa menghadapi sedikit perlawanan untuk menghalang kejengkelan tunang Minah. Walaupun kenudiannya Mamat dipukul (dan parutnya masih terbentang di atas kepalanya sebelah kiri), tetapi dia dapat membalas kembali. (Halaman 28)
  • 19. TEKNIK DIALOG “Aral diberi minum arak campur tuak, “ kata Sani dengan sungguh-sungguh kepada bebepara orang yang sedang berbual-bual dengannya di rumah Mamat itu. “ Ada orang yang dengki kepada Aral. Tapi kalau sampai dua kali diberi demikian, Aral akan gila seumur hidup!” Mamat memete-meta dalam kepalanya. Memang orang patut dengki kepada lembu yang berbakat itu. Dia cuba bertanya apakah lembu itu sakit kerana dipukul oleh Jali itu? Akan tetapi, dia tidak berdaya juga untuk bercakap. “ Mujurlah lembu itu tidak apa-apa,” kata Sani lagi meneruskan. “ Pagi ini dapat makan dengan baik. Tidak garang seperti kelmarin. Aku beri makan ubat Pak Cik Lah, tuk bomoh Tanjung Mas,” (Halaman 69)
  • 20. Muhammad Hanis Bin Zulkhairi D 20111047517 NILAI BUDAYA
  • 21. • Menurut Kamus Dewan kata ‘budaya’ bermaksud tamadun atau peradaban. • Segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. • Fahaman ini dikenali dalam kalangan ahli antropologi sebagai fahaman determinism atau penentuan budaya. • Selain itu, budaya juga adalah sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau. Definisi Budaya
  • 22. • Juara adalah novel S. Othman Kelantan yang mengisahkan perjuangan seorang bekas pejuang politik yang perjuangannya tidak pernah berakhir selepas kariernya berakhir. Yang berpindah hanyalah medan perjuangannya. Bagi Mamat perjuangan di medan politik tidak ada bezanya dengan perjuangan di gelanggang laga lembu. Kedua- duanya menuntut penglibatan, perancangan, risiko dan pengorbanan diri sendiri. a) Nilai Budaya Tidak Mudah Berputus Asa
  • 23. • Watak-watak wanita dalam novel Juara lebih mantap dan menonjol berbanding lelaki. • Minah dengan berani dan tegas mempersoalkan sikap suaminya biarpun akhirnya dia mengalah. • Mereka kuat bekerja (peristiwa Mamat dan rombongannya bergerak ke bon lembu, tetapi Minah dan anak gadisnya terus bekerja), dan bila dicabar mereka sanggup ke gelanggang laga lembu biarpun itu adalah gelanggang hanya untuk lelaki. • Peristiwa berkaitan kegigihan kaum hawa atau wanita ini digarap melalui kerajinan mereka bercucuk tanam tanaman padi yang menjadi punca pendapatan mereka pada masa itu. b) Nilai Budaya Kegigihan Kaum Perempuan
  • 24. • Nilai keagamaan ini dapat dilihat menerusi gambaran daripada peristiwa tahlil doa selamat yang dibuat bagi arwah Abang Lazim. • “Kemudian, Lebai Syukur memulakan zikir. Mamat ikut berzikir sungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah Abang Lazim.” • Mamat juga menghantar anaknya, Jusuh ke sekolah Islam supaya dapat mempelajari ilmu agama Islam dengan baik. c) Nilai Budaya Agama Islam
  • 26. • Mamat sangat menyayangi rakannya, iaitu Abang Lazim. Mereka berkongsi hidup bersama dalam perjuangan laga lembu. Walaupun Abang lazim sudah tiada, namun perjuangan dalam melaga lembu itu tetap diteruskan oleh Mamat sebagai simbolik dalam meneruskan legasi pejuangan mereka. • “Dia baru pulang daripada meratib arwah Abang Lazim. Dia sebenarnya amat terasa kehilangan manusia seorang itu. Dia kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Harga itu ialah kewibawaan Abang Lazim selama hayatnya.” (Bab 1 , muka surat 49) 1) KASIH SAYANG YANG TINGGI TERHADAP RAKAN SEPERJUANGAN
  • 27. 2) HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH • Kematian Abang Lazim begitu terasa oleh Mamat sehingga menyimpan rasa dendam pada dirinya untuk membalas kematian rakan seperjuangannya yang tiada gantinya itu. Bagi Mamat, kematian Abang Lazim harus dibayar dengan nyawa kerana keadilan harus ditegakkan. Pak Isa dan konco-konconya harus menerima padah hasil daripada perbuatan yang telah mereka lakukan. • “Tiba-tiba Mamat merasakan dia sangat rakus. Sangat tamak. Mengapa semuanya sekali mesti mati? Kemudian dengan penuh jengkel, dia membenarkan. Pak Isa mesti mati. Dolah Munduk mesti mati. Beberapa orang lain mesti mati. Dan akhir sekali, Langsat mesti mati. Langsat? Mungkin tidak perlu mati. Langsat sudah kalah” • (Bab 4, muka surat 111)
  • 28. 3) BERPEGANG PADA JANJI • Mamat mempunyai jati diri yang tinggi. Perkara ini dilihat apabila Mamat sendiri bersumpah janji dengan perjuangan politiknya. Beliau berhasrat untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik sekiranya kalah dalam pilihan raya seterusnya. Perkara tersebut ditunaikan apabila beliau kalah pada pilihan raya seterusnya dan terus bersara dalam dunia politik. • “Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya. Perjuangan masih perlu. Tapi apa boleh buat. Rakyat sendiri menentukan kedudukan. Masing-masing kita haruslah mengucapkan selamat jalan kepada politik apabila rakyat membuktikan bahawa mereka tidak lagi mahu!”. (Bab 1, muka surat 17-18)
  • 29. 4) TIDAK LUPA DENGAN ASAL USUL • Mamat merupakan seorang anak jati Kelantan. Walaupun beliau telah kalah dalam pilihan raya yang menyatakan bahawa beliau tidak lagi diterima oleh rakyat disitu, namun beliau tetap pulang ke tanah airnya itu setelah lama meninggalkan kawasan kampungnya itu bertahun-tahun. • “Sekarang dia kembali. Akan tetapi, dia tidak merasa kekembalianya sebagai pahlawan yang diasingkan bertahun-tahun di luar negeri, yang disambut kepulangannya dengan ribuan rakyat. Tidak. Dia hanya berasa kepulangannya hanya sebagai sebuah sisa daripada suatu daging yang lemah dan separuh busuk dan hampir hancur”. • (Bab 1, muka surat 25)
  • 30. NURUL AMIRA BINTI ALI D20111047534 NILAI ILMU DALAM NOVEL JUARA
  • 31. ILMU KEAGAMAAN • Kemudian mayat itu dibasuh. Dimandikan. Orang di bawah berpusu-pusu. • Kapas telah menenggelamkan semuanya. Dan, saat akhir, isteri Abang Lazim menanamkan matanya habis-habis ke atas muka suaminya yang pejam pucat. • Kemudian, tiga orang anak-anaknya mengecupi mayat itu seorang demi seorang. • Mamat menuliskan kalimat lailahaillallah melintang dahi mayat Abang Lazim dengan telunjuk kanannya dengan bahasa isyarat. (Juara : 6)
  • 32. • Mamat ikut mengusung bersama-sama anak- anak abang Lazim dan budak Jali, pemuda tenang yang berjaya memenangi hatinya supaya bersabar tadi. • Ketika mayat Abang Lazim dibaringkan, kemudian ditimbus perlahan-lahan, Mamat berasa seolah-olah sepuluh tahun yang dia menimbuskan perjuangan politiknya dengan sumpahnya. (Juara : 8)
  • 33. ILMU POLITIK • Pengarang menggambarkan watak utamanya iaitu Mamat sebagai tokoh politik yang terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan tanah air. • Apabila kemerdekaan tercapai, dia mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihanraya dengan tujuan untuk terus kekal menjadi tokoh politik sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib rakyat. • Malangnya, Mamat gagal dalam pilihanraya tersebut dan kerana itu dia dan keluarganya berpindah ke Selatan Siam dan bersumpah untuk tidak lagi mahu mencampuri urusan politik.
  • 34. • Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat bahaya), dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh tahun berjuang dalam politik. Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya. (Juara : 17) • Dalam pemilihan jawatankuasa parti peringkat negeri, setahun sebelum pilihan raya kedua selepas merdeka, dia tidak dapat mempertahankan kedudukannya. Akan tetapi, namanya masih dikedepankan oleh Pusat Parti dalam pemilihan calon sekali lagi. Dalam satu pertemuan parti untuk menyelaraskan kerja-kerja kempen, dia dengan tegas mengatakan :… . (Juara : 82)
  • 35. ILMU BERLAGA LEMBU • Keinginan watak utama untuk menjadi seorang tokoh politik yang akhirnya tidak tercapai dimanipulasi oleh pengarang sebagai pelaga lembu. • Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkan perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan perlawanan laga lembu diibaratkan seperti medan pertembungan pemikiran serta percakaran politik yang akhirnya kemenangan akan tercapai kepada mereka yang kuat. • Seperti mana lembu itu sendiri dan bagaimana strategi yang diatur oleh pelaga lembu untuk beroleh kemenangan, maka begitu jugalah yang terjadi dalam medan politik.
  • 36. • Dalam medan politik Mamat digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang tewas sebaliknya dalam medan laga lembu Mamat diletakkan sebagai “Juara.” • Pertaruhan wang ringgit, unsur sabotaj, hasad dengki, penyelewengan disuarakan oleh pengarang dalam perlawanan laga lembu. • Jali diam. Mamat diam. Masing-masing dapat mengagak betapa kecewanya seseorang yang kalah dalam perjudian lembu begitu. (Juara : 37) • Lembu itu menyerbu begitu garang menerkam lawannya. Kedengaran sesuatu yang sangat mengerikan ketika kedua-dua tanduk daripada dua ekor lembu itu bertembung di tengah- tengah gelanggang. (Juara : 143)
  • 37. Seni Bahasa Fready Anak Hang D20111047549
  • 38. • Metafora • Personifikasi • Pleonasme • Simile • Hiperbola • Paradoks • Anafora • Epifora • Sinkof • Dialek • Bahasa asing • Peribahasa
  • 39. Pleonasme • dikenali juga sebagai tautologi • penggunaan kata yang berlebih-lebihan dan tidak perlu wujud dalam ayat • kata-kata yang berlebihan ini boleh digugurkan daripada susunan ayat • pengguguran dalam ayat tidak akan mempengaruhi makna susunan ayat
  • 40. • Ketika Mamat tiba di kandang Aral, dia tidak melihat ada orang di situ. Tidak melihat Sani. Tidak melihat Salim. (ms 58) • Waktu perisyitiharan tarikh kemerdekaan di Melaka, negeri Hang Tuah dan Hang Jebat itu, dia berada di barisan paling hadapan. (ms 78) • Akan tetapi, dia hampa. Tidak terlihat sekelibat pun desus manusia di rumah. Minah tidak ada. Melah tidak ada. Selamah tidak ada... (ms 107)
  • 41. Paradoks • gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum.
  • 42. • ...sejak dia berpisah dengan suaminya seorang Yang Berhormat yang sebenarnya tidak terhormat. (ms 28) • Rapat umum itu menjadi kacau. Walaupun polis membuat kawalan rapi... (ms 81)
  • 43. Dialek • bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh kelas sosial tertentu berbeza daripada bahasa standard • variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa
  • 44. • “ambo tak kenal...” Demo tu tak kenal Abang pa. (ms 34) • “Berapa mudengar?” (ms 37) • “Tak lih tu. Jangan dibiarkan,”... (ms 42) • Aku tak lih kata ‘gitu,” jawab Mamat dengan perlahan. (ms 118)
  • 45. Bahasa Asing • bahasa masyarakat di luar lingkungan Malaysia • Bahasa Inggeris
  • 46. • Di dalam baju dalam Salim terselit browning. (ms 43) • Melihat ke dalam barrelnya. (ms 131) • Tangannya tetap pada tregar senapangnya laras duanya yang sudah tetap dan tepat ke rah Pak Isa. (ms 216)
  • 47. Peribahasa • kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu • mencerminkan ketajaman renungan dan pemikiran nenek moyang kita yang membandingkan realiti kehidupan dengan segala gerak laku manusia dan alam sekeliling
  • 48. • Jangan melepaskan kura-kura di kaki kerana mahukan burung yang sedang terbang. (ms 84)