1. Bangkitlah sahabat
mepunyai ramai sahabat memang menggembirakan. Dengan adanya sahabat kita boleh
mencurah segala perasaan, dapat mengenal perwatakan, boleh mendapat pengalaman dan
matlamat hidup dan dapat bertukar fikiran. Namun, tidak semua orang boleh jadi sahabat kita.
Apatah lagi sahabat yang baik. Kenapa? Kerana tidak semua orang berperangai baik. Janganlah
kita rela mengorbankan diri demi sebuah persahabatan, yang akhirnya akan menghancurkan
masa depan kita. Jika hal ini terjadi sudah tidak berguna lagi!
Bersahabat kadangkala amat sukar buat kita. Jika kita tidak berhati-hati akan menghancurkan
sebuah persahabatan itu sendiri. Malah, tidak mustahil akan menjerumuskan kita kea rah yang
negatif. Ibu dan bapa kita di rumah pula tidak “sekepala” dengan kita. Hal ini akan membuatkan
kita stress dan give up. Tentu seronok jika ibu bapa kita boleh jadi seperti sahabat kita. Remaja
sekalian, janganlah anda berputus asa! Carilah punca bagi menyelesaikan setiap masalah agar
anda dapat menikmati hidup ini dengan gembira. Oleh itu, bangkitlah sahabat!
“Jika anda seringkali memberitahu seorang sahabat sejati ketika anda berbuat kesalahan
sebesar manapun, sahabat sejati tidak akan menganggap anda pembuat kesalahan