SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
1.         Pengenalan

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial

adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap,

nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.

Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata.

Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal,

sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam

kehidupan.



             Pada dasarnya, objektif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah untuk

membantu murid :



     i.     membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri,

            keluarga dan masyarakat;

     ii.    menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang

            kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang

            kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan;

            dan

 iii.       memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab

            tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.




             Berdasarkan cadangan pengagihan waktu pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1

dan Tahun 1 dan 2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 75% atau 26 waktu (780 minit)



                                                  1
diperuntukkan untuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) atau pendidikan

sex ini. Sesunguhnya, masa yang diperuntukkan sangat banyak berbanding dengan waktu bagi

tatacara pemakanan (15%: 5 waktu) dan pertolongan cemas (10%: 4 waktu).




2.   Argument Pendidikan Seks


         Menurut Dr. Harlina Halizah Siraj (2010), kaedah penyampaian pendidikan seksualiti

tidak boleh disamakan dengan cara subjek matematik, biologi, fizik, geografi dan sejarah

diajarkan di sekolah. Seorang pelajar masih boleh diajar menjadi cemerlang dalam bidang

matematik tambahan, fizik dan kimia oleh guru di sekolah, sekalipun kedua ibu bapanya buta

huruf dan tidak langsung mempunyai keupayaan menguasai subjek tersebut. Namun,

pendidikan seksualiti yang harus mampu membentuk insan yang kamil dan sejahtera, perlu

bermula dari sikap dan tanggapan yang betul di dalam rumah dan dijelmakan melalui interaksi

sihat penuh hormat antara ahli keluarga. Pendekata, saranan yang menganggap gejala sosial

akan mampu diselesaikan sekiranya pendidikan seksualiti diajarkan secara formal di sekolah

semata-mata, tidak akan mencapai objektif.



        Masih ramai yang ragu-ragu sama ada pendidikan seksualiti mempunyai tempat dalam

aspek pendidikan anak-anak atau tarbiatul aulad. Merujuk buku Tarbiatul Aulad fil Islam (

Pedoman Pendidikan Anak-anak dalam Islam) karangan As-Syaikh Al Ustaz Dr Abdullah Nasih

‟Ulwan, terdapat satu bab khusus `Tanggungjawab Pendidikan Seksual‟ yang merangkumi adab

meminta izin, adab memandang muhrim dan bukan muhrim serta panduan menghindarkan

anak-anak dari rangsangan seksual.



         Saya merasakan ini adalah satu perancangan yang sangat tidak cerdik bagi pihak

berwajib kerana tindakan ini bukan hanya akan mengurangkan kadar gejala sosial malah akan

                                             2
meningkat secara mendadak. Hal yang sedemikian kerana murid Tahun Satu belum cukup

matang untuk mempelajari subjek pendidikan seks, malahan subjek sains tentang tentang

pembiakan dan sek sekunder diajar dalam tingkatan tiga dimana pelajar dalam peringkat itu

sudah boleh menerima apa yang hendak disampaikan.



        Presiden PMIUPM, saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh, berkata, pendidikan

seks ini merupakan salah satu agenda yahudi yang mahu merosakkan umat Islam terutamanya

remaja dan pemuda Islam. Pihak Yahudi sendiri mengakui umat Islam tidak akan dapat

dikalahkan dengan peperangan kerana umat Islam mencintai mati sebagaimana mereka

mencintai hidup. Oleh itu, hanya dengan merosakkan umat Islam secara halus sahaja akan

berjaya melemahkan umat Islam.



        Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pendidikan seks tidak perlu dijadikan

sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam.

Beliau mengatakan lagi bahawa subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan

menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah

terpengaruh dengan nafsu. Menurut beliau, dalam subjek agama Islam telah dimasukkan

perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia

sebahagian daripada ajaran Islam.



           “Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang ke dalam tong sampah

           dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan

           tentang pentingnya pengawalan nafsu,”

                                                   Tun Dr. Mahathir Mohamad.




                                            3
Tidak dapat dinafikan, keperluan seksualiti manusia berubah mengikut usia, tahap

kematangan dan kehidupan serta status kesihatan seseorang.



         Pendidikan seks akan mendedahkan kepada kanak-kanak berkaitan hubungan seks.

Perzinaan akan menghancurkan kesucian hubungan manusia dan membawa kepada banyak

lagi kerosakan. Mengapa begitu? Kanak-kanak yang didedahkan dengan pengetahuan seks

sememangnya perilaku mereka ingin tahu dengan lebih mendalam serta ingin mencuba. Secara

tidak langsung, tabiat ini telah lari atau menyimpang daripada landasan sebenar pendidikan

seks. Kerajaan Britain telah lebih dahulu mula mengajar pendidikan seks di sekolah-sekolah

rendah dan seawal 7-8 tahun. Apakah mereka dapat menangani masalah ini? Kesannya masih

mengecewakan. Malahan, peratusan hubungan seks luar nikah, pengguguran dan aktiviti

berkaitan seks di Britian adalah antara yang tertinggi di Eropah. Walhal Belanda, yang memberi

pilihan kepada penduduknya samaada untuk mengikuti kelas seks atau sebaliknya tanpa

paksaan mempunyai peratusan yang rendah.



        Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman dalam Utusan Online, keluaran 18 Disember 2009

menyatakan,

           “Baru-baru ini dilaporkan bahawa penyakit kelamin makin berleluasa di

           Amerika Syarikat (AS). Data yang ada menunjukkan bahawa jumlah kes

           chlamydia dan gonorea bertambah berbanding tahun sebelumnya.

           Begitu juga, gadis di usia 15 - 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia

           tertinggi berbanding kumpulan usia yang lain.”




        Nampaknya, pendekatan mereka dalam pencegahan penyakit ini yang menekankan

kepada seks yang selamat, gagal menyelamatkan masyarakatnya. Apa sudah jadi dengan


                                              4
pendidikan seks yang diamalkan di negara tersebut? Apakah peningkatan penyakit kelamin ini

merupakan bukti kejayaan pendidikan seks di negara itu?



        Seperti mana yang kita maklum, di AS, pendidikan seks diajarkan di sekolah-sekolah

dan ia telah pun diajarkan untuk sekian lama. Sepatutnya, maklumat yang diperolehi oleh para

pelajar daripada program itu dapat menjadikan mereka lebih 'bijak' dalam hal ini dan seterusnya

mengurangkan risiko dijangkiti penyakit-penyakit kelamin. Ternyata, sebaliknya yang berlaku. Di

mana silapnya? Jadi, adakah kita juga ingin mengambil risiko?


        Bagaimana pula dari segi moralitinya? Sudah tentu acuan kita tidak sama dengan

acuan sekular Barat kerana sistem nilai kita yang berbeza. Pendidikan seks dalam konteks

masyarakat kita, khususnya umat Islam wajib bertunjangkan sistem nilai, moraliti dan akhlak

Islam. Ini meliputi kandungan, kaedah pengajaran dan matalamat pendidikan itu. Yang pasti

teknik pengajaran serta intipati pembelajaran untuk memberi panduan “safe sex” adalah

berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang. Situasi ini secara

jelas seumpama mengajak anak-anak kita untuk mendampingi seks bebas.



        Amalan berpasang-pasangan yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah

dan telah pun menular ke sekolah-sekolah rendah merupakan persekitaran yang merangsang

kepada suasana yang mengganggu ke arah pembentukan disiplin pelajar. Suasana ini hanya

akan memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk melihat pendidikan seks

sebagai ilmu untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Perlu diingatkan bahawa memenuhi

tuntutan nafsu seperti nafsu makan dan nafsu seks merupakan fitrah manusia, walau

bagaimanapun fitrah tersebut haruslah dipandu dan dikawal supaya ianya tidak menjurus ke

arah kemusnahan manusia itu sendiri.




                                              5
Pendidikan seks dalam konteks masyarakat kita, khususnya umat Islam wajib

bertunjangkan sistem nilai, moral dan akhlak Islam. Ini meliputi kandungan, kaedah pengajaran

dan matlamat pendidikan itu. Yang pasti teknik pengajaran serta inti pati pembelajaran untuk

memberi panduan „seks selamat‟ adalah berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan

yang salih dan seimbang. Dalam Islam misalnya, segala hal berkaitan dengan seks terangkum

dalam perbahasan yang lebih luas mengenai peraturan dan hukum hakam serta perkara yang

berkaitan dengan hubungan lelaki dan wanita yang semua terangkum dalam perbincangan

„munakahat.‟ Di sesetengah tempat seperti di Johor, pendidikan mengenai munakahat ini sudah

pun diajarkan kepada pelajar peringkat rendah.




                                                 6
Rujukan

Abdullah Nasih 'Ulwan (1985), Tarbiat al-Awlad fi al-Islam, Jil. 2. Kaherah: Dar al-Salam

Harlina Halizah   Siraj (2010), Fitrah: Menyantuni Naluri Insan, Majalah Solusi Isu ke-23:
              Kuala Lumpur, Telaga Biru.

Muhammad Hazim B. mohd noh (2012), PMIUPM Mengecam Pendidikan Seks Di Sekolah:
              http://hazimmohdnoh.wordpress.com/2010/12/01/pmiupm-mengecam-
              pelaksanaan-pendidikan-seks-di-sekolah/: Dipaparkan pada 10 April 2012.




                                               7

More Related Content

What's hot

Pendidikan moral dan mutu pendidikan indonesia
Pendidikan moral dan mutu pendidikan indonesiaPendidikan moral dan mutu pendidikan indonesia
Pendidikan moral dan mutu pendidikan indonesiaAndy Nostalgither's
 
Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3bambee255
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Razah Dollah
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPaan Artcreative
 
Makalah Komprehensif-Pascasarjana UIN Walisongo Semarang-Islamic Studies
Makalah Komprehensif-Pascasarjana UIN Walisongo Semarang-Islamic StudiesMakalah Komprehensif-Pascasarjana UIN Walisongo Semarang-Islamic Studies
Makalah Komprehensif-Pascasarjana UIN Walisongo Semarang-Islamic StudiesAkhlis Nur Fu'adi
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniRizal Abdullah
 
resensi jurnal Feby
resensi jurnal Febyresensi jurnal Feby
resensi jurnal Febyregas12
 
Dakwah kepada oku, apa peranan kita
Dakwah kepada oku, apa peranan kitaDakwah kepada oku, apa peranan kita
Dakwah kepada oku, apa peranan kitaAzura Aziz
 
Mila resensi jurnal
Mila resensi jurnalMila resensi jurnal
Mila resensi jurnalregas12
 

What's hot (18)

Apa itu pik remaja
Apa itu pik remajaApa itu pik remaja
Apa itu pik remaja
 
Pendidikan moral dan mutu pendidikan indonesia
Pendidikan moral dan mutu pendidikan indonesiaPendidikan moral dan mutu pendidikan indonesia
Pendidikan moral dan mutu pendidikan indonesia
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3Seksualiti k.kursus 3.3
Seksualiti k.kursus 3.3
 
Hhhh
HhhhHhhh
Hhhh
 
Lala
LalaLala
Lala
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
 
Opini tentang problematika perempuan dan pendidikan muslimah
Opini tentang problematika perempuan dan pendidikan muslimahOpini tentang problematika perempuan dan pendidikan muslimah
Opini tentang problematika perempuan dan pendidikan muslimah
 
Makalah Komprehensif-Pascasarjana UIN Walisongo Semarang-Islamic Studies
Makalah Komprehensif-Pascasarjana UIN Walisongo Semarang-Islamic StudiesMakalah Komprehensif-Pascasarjana UIN Walisongo Semarang-Islamic Studies
Makalah Komprehensif-Pascasarjana UIN Walisongo Semarang-Islamic Studies
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskini
 
resensi jurnal Feby
resensi jurnal Febyresensi jurnal Feby
resensi jurnal Feby
 
Makalah manajemen organisasi pls
Makalah manajemen organisasi plsMakalah manajemen organisasi pls
Makalah manajemen organisasi pls
 
Dakwah kepada oku, apa peranan kita
Dakwah kepada oku, apa peranan kitaDakwah kepada oku, apa peranan kita
Dakwah kepada oku, apa peranan kita
 
Mila resensi jurnal
Mila resensi jurnalMila resensi jurnal
Mila resensi jurnal
 
Long life education
Long life educationLong life education
Long life education
 
Makalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolahMakalah pendidikan luar sekolah
Makalah pendidikan luar sekolah
 
Assingment fpm
Assingment fpmAssingment fpm
Assingment fpm
 

Similar to Assgnmnt individu plg517

Peran Orang Tua dalam Memberikan Pendidikan Seksual Anak Usia Dini
Peran Orang Tua dalam Memberikan Pendidikan Seksual Anak Usia DiniPeran Orang Tua dalam Memberikan Pendidikan Seksual Anak Usia Dini
Peran Orang Tua dalam Memberikan Pendidikan Seksual Anak Usia DiniEvaniaYafie
 
Bab 12
Bab 12Bab 12
Bab 121habib
 
Pentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia diniPentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia diniEARLY SUSAN
 
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr.pdf
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr.pdf56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr.pdf
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr.pdfDian631634
 
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr (1).pdf
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr (1).pdf56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr (1).pdf
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr (1).pdfDian631634
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
JURNAL Futry Kesuma Wardani Nst.docx
JURNAL Futry Kesuma Wardani Nst.docxJURNAL Futry Kesuma Wardani Nst.docx
JURNAL Futry Kesuma Wardani Nst.docxhadi23318
 
Aliran Filsafat pgsd 3A
Aliran Filsafat pgsd 3AAliran Filsafat pgsd 3A
Aliran Filsafat pgsd 3AFennipratiwi95
 
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidupPendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidupAdhi Panjie Gumilang
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaOperator Warnet Vast Raha
 
Laporan Kumpulan 2 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA - KESAN BUDAYA HINDONISME DALAM ...
Laporan Kumpulan 2 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA - KESAN BUDAYA HINDONISME DALAM ...Laporan Kumpulan 2 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA - KESAN BUDAYA HINDONISME DALAM ...
Laporan Kumpulan 2 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA - KESAN BUDAYA HINDONISME DALAM ...MohdNadzir11
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)Teacher Nasrah
 
Pendidikan Seks Anak Usia Dini
Pendidikan Seks Anak Usia DiniPendidikan Seks Anak Usia Dini
Pendidikan Seks Anak Usia DiniAliem Masykur
 
Peran keluarga untuk menanamkan nilai nilai agama dalam menanggulangi pergaul...
Peran keluarga untuk menanamkan nilai nilai agama dalam menanggulangi pergaul...Peran keluarga untuk menanamkan nilai nilai agama dalam menanggulangi pergaul...
Peran keluarga untuk menanamkan nilai nilai agama dalam menanggulangi pergaul...adni fitria
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebasyahyafly3
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 

Similar to Assgnmnt individu plg517 (20)

Peran Orang Tua dalam Memberikan Pendidikan Seksual Anak Usia Dini
Peran Orang Tua dalam Memberikan Pendidikan Seksual Anak Usia DiniPeran Orang Tua dalam Memberikan Pendidikan Seksual Anak Usia Dini
Peran Orang Tua dalam Memberikan Pendidikan Seksual Anak Usia Dini
 
Bab 12
Bab 12Bab 12
Bab 12
 
Pentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia diniPentingnya pendidikan sex sejak usia dini
Pentingnya pendidikan sex sejak usia dini
 
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr.pdf
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr.pdf56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr.pdf
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr.pdf
 
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr (1).pdf
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr (1).pdf56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr (1).pdf
56528-ID-kesehatan-reproduksi-pada-kurikulum-madr (1).pdf
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
JURNAL Futry Kesuma Wardani Nst.docx
JURNAL Futry Kesuma Wardani Nst.docxJURNAL Futry Kesuma Wardani Nst.docx
JURNAL Futry Kesuma Wardani Nst.docx
 
Pgsd 3 a-6
Pgsd 3 a-6Pgsd 3 a-6
Pgsd 3 a-6
 
Aliran Filsafat pgsd 3A
Aliran Filsafat pgsd 3AAliran Filsafat pgsd 3A
Aliran Filsafat pgsd 3A
 
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidupPendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
Pendidikan ham, pendidikan sepanjang hayat, dan pendidikan seumur hidup
 
Peers pj final
Peers pj finalPeers pj final
Peers pj final
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
 
Laporan Kumpulan 2 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA - KESAN BUDAYA HINDONISME DALAM ...
Laporan Kumpulan 2 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA - KESAN BUDAYA HINDONISME DALAM ...Laporan Kumpulan 2 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA - KESAN BUDAYA HINDONISME DALAM ...
Laporan Kumpulan 2 - FALSAFAH DAN ISU SEMASA - KESAN BUDAYA HINDONISME DALAM ...
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
Seks bebas
Seks bebasSeks bebas
Seks bebas
 
Pendidikan Seks Anak Usia Dini
Pendidikan Seks Anak Usia DiniPendidikan Seks Anak Usia Dini
Pendidikan Seks Anak Usia Dini
 
Peran keluarga untuk menanamkan nilai nilai agama dalam menanggulangi pergaul...
Peran keluarga untuk menanamkan nilai nilai agama dalam menanggulangi pergaul...Peran keluarga untuk menanamkan nilai nilai agama dalam menanggulangi pergaul...
Peran keluarga untuk menanamkan nilai nilai agama dalam menanggulangi pergaul...
 
masalah sex bebas
masalah sex bebasmasalah sex bebas
masalah sex bebas
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Etika oumm3203
Etika oumm3203Etika oumm3203
Etika oumm3203
 

Assgnmnt individu plg517

  • 1. 1. Pengenalan Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. Pada dasarnya, objektif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah untuk membantu murid : i. membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat; ii. menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan iii. memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan. Berdasarkan cadangan pengagihan waktu pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1 dan Tahun 1 dan 2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 75% atau 26 waktu (780 minit) 1
  • 2. diperuntukkan untuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) atau pendidikan sex ini. Sesunguhnya, masa yang diperuntukkan sangat banyak berbanding dengan waktu bagi tatacara pemakanan (15%: 5 waktu) dan pertolongan cemas (10%: 4 waktu). 2. Argument Pendidikan Seks Menurut Dr. Harlina Halizah Siraj (2010), kaedah penyampaian pendidikan seksualiti tidak boleh disamakan dengan cara subjek matematik, biologi, fizik, geografi dan sejarah diajarkan di sekolah. Seorang pelajar masih boleh diajar menjadi cemerlang dalam bidang matematik tambahan, fizik dan kimia oleh guru di sekolah, sekalipun kedua ibu bapanya buta huruf dan tidak langsung mempunyai keupayaan menguasai subjek tersebut. Namun, pendidikan seksualiti yang harus mampu membentuk insan yang kamil dan sejahtera, perlu bermula dari sikap dan tanggapan yang betul di dalam rumah dan dijelmakan melalui interaksi sihat penuh hormat antara ahli keluarga. Pendekata, saranan yang menganggap gejala sosial akan mampu diselesaikan sekiranya pendidikan seksualiti diajarkan secara formal di sekolah semata-mata, tidak akan mencapai objektif. Masih ramai yang ragu-ragu sama ada pendidikan seksualiti mempunyai tempat dalam aspek pendidikan anak-anak atau tarbiatul aulad. Merujuk buku Tarbiatul Aulad fil Islam ( Pedoman Pendidikan Anak-anak dalam Islam) karangan As-Syaikh Al Ustaz Dr Abdullah Nasih ‟Ulwan, terdapat satu bab khusus `Tanggungjawab Pendidikan Seksual‟ yang merangkumi adab meminta izin, adab memandang muhrim dan bukan muhrim serta panduan menghindarkan anak-anak dari rangsangan seksual. Saya merasakan ini adalah satu perancangan yang sangat tidak cerdik bagi pihak berwajib kerana tindakan ini bukan hanya akan mengurangkan kadar gejala sosial malah akan 2
  • 3. meningkat secara mendadak. Hal yang sedemikian kerana murid Tahun Satu belum cukup matang untuk mempelajari subjek pendidikan seks, malahan subjek sains tentang tentang pembiakan dan sek sekunder diajar dalam tingkatan tiga dimana pelajar dalam peringkat itu sudah boleh menerima apa yang hendak disampaikan. Presiden PMIUPM, saudara Muhammad Hazim bin Mohd Noh, berkata, pendidikan seks ini merupakan salah satu agenda yahudi yang mahu merosakkan umat Islam terutamanya remaja dan pemuda Islam. Pihak Yahudi sendiri mengakui umat Islam tidak akan dapat dikalahkan dengan peperangan kerana umat Islam mencintai mati sebagaimana mereka mencintai hidup. Oleh itu, hanya dengan merosakkan umat Islam secara halus sahaja akan berjaya melemahkan umat Islam. Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pendidikan seks tidak perlu dijadikan sebagai subjek khas di sekolah-sekolah kerana sudah terdapat dalam pengajaran agama Islam. Beliau mengatakan lagi bahawa subjek khas mengenai seks tidak perlu tetapi memadai dengan menjelaskannya dengan baik mengenainya supaya anak-anak faham dan tidak mudah terpengaruh dengan nafsu. Menurut beliau, dalam subjek agama Islam telah dimasukkan perkara-perkara yang mengajar anak-anak berdisiplin dan mengawal nafsu kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam. “Akibat tidak mengawal nafsu bayi dibuang ke dalam tong sampah dan kerana itu dalam pembelajaran agama Islam perlu ditekankan tentang pentingnya pengawalan nafsu,” Tun Dr. Mahathir Mohamad. 3
  • 4. Tidak dapat dinafikan, keperluan seksualiti manusia berubah mengikut usia, tahap kematangan dan kehidupan serta status kesihatan seseorang. Pendidikan seks akan mendedahkan kepada kanak-kanak berkaitan hubungan seks. Perzinaan akan menghancurkan kesucian hubungan manusia dan membawa kepada banyak lagi kerosakan. Mengapa begitu? Kanak-kanak yang didedahkan dengan pengetahuan seks sememangnya perilaku mereka ingin tahu dengan lebih mendalam serta ingin mencuba. Secara tidak langsung, tabiat ini telah lari atau menyimpang daripada landasan sebenar pendidikan seks. Kerajaan Britain telah lebih dahulu mula mengajar pendidikan seks di sekolah-sekolah rendah dan seawal 7-8 tahun. Apakah mereka dapat menangani masalah ini? Kesannya masih mengecewakan. Malahan, peratusan hubungan seks luar nikah, pengguguran dan aktiviti berkaitan seks di Britian adalah antara yang tertinggi di Eropah. Walhal Belanda, yang memberi pilihan kepada penduduknya samaada untuk mengikuti kelas seks atau sebaliknya tanpa paksaan mempunyai peratusan yang rendah. Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman dalam Utusan Online, keluaran 18 Disember 2009 menyatakan, “Baru-baru ini dilaporkan bahawa penyakit kelamin makin berleluasa di Amerika Syarikat (AS). Data yang ada menunjukkan bahawa jumlah kes chlamydia dan gonorea bertambah berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga, gadis di usia 15 - 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia yang lain.” Nampaknya, pendekatan mereka dalam pencegahan penyakit ini yang menekankan kepada seks yang selamat, gagal menyelamatkan masyarakatnya. Apa sudah jadi dengan 4
  • 5. pendidikan seks yang diamalkan di negara tersebut? Apakah peningkatan penyakit kelamin ini merupakan bukti kejayaan pendidikan seks di negara itu? Seperti mana yang kita maklum, di AS, pendidikan seks diajarkan di sekolah-sekolah dan ia telah pun diajarkan untuk sekian lama. Sepatutnya, maklumat yang diperolehi oleh para pelajar daripada program itu dapat menjadikan mereka lebih 'bijak' dalam hal ini dan seterusnya mengurangkan risiko dijangkiti penyakit-penyakit kelamin. Ternyata, sebaliknya yang berlaku. Di mana silapnya? Jadi, adakah kita juga ingin mengambil risiko? Bagaimana pula dari segi moralitinya? Sudah tentu acuan kita tidak sama dengan acuan sekular Barat kerana sistem nilai kita yang berbeza. Pendidikan seks dalam konteks masyarakat kita, khususnya umat Islam wajib bertunjangkan sistem nilai, moraliti dan akhlak Islam. Ini meliputi kandungan, kaedah pengajaran dan matalamat pendidikan itu. Yang pasti teknik pengajaran serta intipati pembelajaran untuk memberi panduan “safe sex” adalah berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang. Situasi ini secara jelas seumpama mengajak anak-anak kita untuk mendampingi seks bebas. Amalan berpasang-pasangan yang semakin berleluasa di sekolah-sekolah menengah dan telah pun menular ke sekolah-sekolah rendah merupakan persekitaran yang merangsang kepada suasana yang mengganggu ke arah pembentukan disiplin pelajar. Suasana ini hanya akan memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk melihat pendidikan seks sebagai ilmu untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata. Perlu diingatkan bahawa memenuhi tuntutan nafsu seperti nafsu makan dan nafsu seks merupakan fitrah manusia, walau bagaimanapun fitrah tersebut haruslah dipandu dan dikawal supaya ianya tidak menjurus ke arah kemusnahan manusia itu sendiri. 5
  • 6. Pendidikan seks dalam konteks masyarakat kita, khususnya umat Islam wajib bertunjangkan sistem nilai, moral dan akhlak Islam. Ini meliputi kandungan, kaedah pengajaran dan matlamat pendidikan itu. Yang pasti teknik pengajaran serta inti pati pembelajaran untuk memberi panduan „seks selamat‟ adalah berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan yang salih dan seimbang. Dalam Islam misalnya, segala hal berkaitan dengan seks terangkum dalam perbahasan yang lebih luas mengenai peraturan dan hukum hakam serta perkara yang berkaitan dengan hubungan lelaki dan wanita yang semua terangkum dalam perbincangan „munakahat.‟ Di sesetengah tempat seperti di Johor, pendidikan mengenai munakahat ini sudah pun diajarkan kepada pelajar peringkat rendah. 6
  • 7. Rujukan Abdullah Nasih 'Ulwan (1985), Tarbiat al-Awlad fi al-Islam, Jil. 2. Kaherah: Dar al-Salam Harlina Halizah Siraj (2010), Fitrah: Menyantuni Naluri Insan, Majalah Solusi Isu ke-23: Kuala Lumpur, Telaga Biru. Muhammad Hazim B. mohd noh (2012), PMIUPM Mengecam Pendidikan Seks Di Sekolah: http://hazimmohdnoh.wordpress.com/2010/12/01/pmiupm-mengecam- pelaksanaan-pendidikan-seks-di-sekolah/: Dipaparkan pada 10 April 2012. 7