5. ekologi
• Kajian tentang hubungan antara
organisma dengan benda bukan hidup
dalam persekitarannya.
• Contohnya ikan memerlukan air untuk
hidup .
• Ikan merupakan benda hidup atau biotik
• Air merupakan benda bukan hidup iaitu
abiotik.
7. Apakah pengeluar ?
• Pengeluar merupakan
tumbuh-tumbuhan
hijau.
• Mengapa tumbuhan
hijau dianggap
pengeluar ?
8. pengeluar
• Tumbuh-tumbuhan
hijau dapat
mensintesis makanan
sendiri melalui proses
fotosintesis dengan
menggunakan cahaya
matahari , gas karbon
dioksida dan air .
9. pengguna
• Nyatakan organisma-
organisma yang
berperanan sebagai
pengguna.
• Mengapa mereka
dipanggil pengguna ?
• Bolehkah anda
kenalpasti jenis-jenis
pengguna ?
10. Organisma yang memakan
tumbuh-tumbuan .
• Organisma ini
dinamakan …..
• Pengguna primer
• Organisma hidup
yang memakan
tumbuh-tumbuhan
dinamakan herbivour.
11. Organisma hidup yang memakan
organisma hidup yang lain.
• Apakah makanan
organisma jenis ini ?
• Organisma hidup
yang memakan
organisma lain selain
tumbuh-tumbuhan
dikenali sebagai
pengguna skunder
dan tertier
• Organisma ini bersifat
karnivor dan omnivor.
13. pengurai
• Apakah pengurai ?
• Apakah peranan pengurai dalam satu ekosistem
?
• Terdiri organisma saprofit iaitu mikroorganisma
seperti bakteria , kulat dan protozoa.
• Mikroorganisma ini mereputkan bahan-bahan
organik yang telah mati kepada nutrien-nutrien
seperti nitrogen , fosforus dan karbon.
15. Air
• Apakah pentingnya air dalam ekosistem ?
• 75 % permukaan bumi terdiri daripada
air .
• 75 % ekosistem di bumi ialah ekosistem
akuatik.
• Air berfungsi sebagai pelarut yang
berkesan menukarkan bahan-bahan
organik yang larut kepada nutrien-nutrien.
• Proses pereputan tidak boleh berlaku
tanpa air .
16. tanah
• Bagaimana tanah
terhasil ?
• Melalui proses
luluhawa batuan.
• Tanah menyediakan
bahan-bahan nutrien.
• Nutrien diserap oleh
akar tumbuh-
tumbuhan .
17. Jenis tanah
• Tanah berpasir
adalah bersifat poros
dan mengandungi
sedikit air.
• Tanah berpasir
mengandungi sedikit
tumbuh-tumbuhan
seperti rumput dan
kaktus.
18. Udara
• Atmosfera terdiri
beberapa lapisan iaitu
troposfera, stratosfera
, mesosfera dan
termosfera.
• Trposfera
mengandungi oksigen
, karbon dioksida ,
nitrogen dioksida dan
wap air .
19. udara
• Gas oksigen diperlukan oleh hidupan
dipermukaan bumi untuk pernafasan.
• Gas karbon dioksida diperlukan oleh
tumbuh-tumbuhan untuk fotosistesis.
• Wap-wap air ditukar kepada titisan air dan
diturunkan sebagai hujan.
20. Bahan nutrien
• Apakah bahan nutrien ?
• Bahan-bahan kimia yang ada dalam
ekosistem.
• Seperti karbon , fosforus , nitrogen dan
sulfur.
22. Ekosistem Paya Bakau
• Bagaimana keadaan
di ekosistem ini ?
• Terdiri daripada
tumbuh-tumbuhan
yang boleh hidup
dalam keadaan yang
berlumpur dan
kemasinan yang
tinggi.
23. Kawasan paya bakau
• Boleh didapati di muara sungai dan
pinggir pantai terlindung.
• Di Malaysia paya bakau boleh didapati di
pantai barat Semenanjung Malaysia
seperti Perak , Selangor , Johor dan
Kedah .Pantai Timur Sabah serta utara
dan tenggara Sarawak .
24. Ciri-ciri ekosistem paya bakau
• Terdiri daripada
tumbuhan dan haiwan
di daratan dan
hidupan akuatik.
25. Sifat pokok bakau
• Pokok bakau mempunyai
akar ceracak dan
jangkang untuk
membolehkan tumbuh-
tumbuhan bernafas dan
menyokong pokok.
• Pokok bakau
menghasilkan buah
vivipar yang
membolehkan buah
terpacak dalam lumpur
apabila gugur.
26. Haiwan di paya bakau
• Haiwan daratan di
kawasan paya bakau
terdiri daripada
burung dan monyet
yang memakan buah-
buah pokok bakau.
30. Tasik buatan manusia
• Tasik yang terhasil
akibat kegiatan
manusia seperti
bekas lombong bijih
timah dan pembinaan
empangan
hidroeletrik.
• Contohnya tasik
Kenyir dan tasik
Titiwangsa.
31. Zon-zon hidupan dalam ekosistem
tasik
• Zon limme/limnetik
bahagian tasik yang
sentiasa mendapat
cahaya matahari .
• Dalam zon ini terdiri
organisma autotrof
seperti alga , plankton
dan lumut.
32. Zon profundal
• Bahagian tasik yang tidak
mendapat cahaya
matahari .
• Organisma autotrof
kurang ditemui .
• Organisma hetertrof yang
tidak boleh mensintesis
makanan seperti labi-
labi , kura-kura dan ular
air terdapat dalam zon ini.
33. Zon litoral
• Bahagian tepi tasik
yang berhampiran
dengan daratan.
• Bahagian yang
sentiasa dibasahi air
dan mempunyai
pelbagai jenis
tumbuhan seperti
keladi , teratai dan
telipot.
35. Apakah maksud rantaian
makanan?
• Rantaian makanan ialah proses
pemakanan antara pengeluar , pengguna
dan pengurai yang melibatkan
pemindahan tenaga antara organisma
untuk menjalankan aktiviti tumbesaran
dalam sesuatu ekosistem .
37. Sumber tenaga
• Matahari sebagai sumber
tenaga utama
• Matahari membekalkan
tenaga cahaya dan
tenaga haba.
• Jumlah tenaga yang
sampai ke permukaan
bumi hanya 48 %
Selebihnya diserak ,
diserap dan dibalikkan
semlua.
38. pengeluar
• Tumbuh-tumbuhan hijau
menyerap cahaya
matahari melalui sel-sel
klorofil.
• Hanya 2 % tenaga
cahaya digunakan untuk
proses fotosintesis
dengan air dan gas
karbon dioksida.
• Lebihan 6 % dibebaskan
untuk metabolisme ,
tranpirasi dan
pertumbuhan.
39. Pengeluar
• Proses fotosintesis mensintesiskan
makanan yang disimpan dalam daun ,
batang , buah dan bunga tumbuh-
tumbuhan.
• Sebahagian tenaga telah hilang dalam
bentuk tenaga haba apabila tumbuh-
tumbuhan menjalankan proses respirasi ,
pergerakkan dan pembiakan.
40. Pengguna primer
• Penguna primer
merupakan haiwan
herbivor seperti
monyet , burung dan
belalang .
• Pengguna primer
mendapat tenaga
dengan memakan
tumbuh-tumbuhan
dalam bentuk daun
dan buah.
41. Pengguna primer
• Tenaga yang diterima oleh pengguna
primer digunakan untuk tumbesaran ,
pergerakkan , respirasi dan memanaskan
badan .
• 10 % daripada biojisim tumbuh-tumbuhan
ynag di makan ditukar menjadi tisu daging
belalang .
• 90 % tenaga hilang semasa proses
respirasi , metabolisme dan pertumbuhan.
42. Pengguna skunder
• Pengguna skunder
merupakan haiwan
karnivor seperti ular .
• Harimau dan beruang
• Pengguna skunder
mendapat tenaga dengan
memakan pengguna
primer .
• Tenaga digunakan oleh
pengguna skunder untuk
tumbesaran ,
pergerakkan dan
pembiakan .
43. Pengguna skunder
• 10 % daripada biojisim pengguna primer
yang dimakan disimpan dalam tisu badan
pengguna skunder .
• 90 % tenaga dibebaskan atau dihilangkan
dalam bentuk tenaga haba melalui proses
tumbesaran , pembiakan dan
pergerakkan.
44. Pengguna tertier
• Pengguna tertier seperti harimau , singa dan
helang memakan pengguna skunder untuk
mendapatkan tenaga.
• Tenaga yang diperolehi digunakan untuk
tumbesaran , pergerakkan , pembiakan dan
memanaskan badan .
• 10 % tenaga biojisim dari pengguna skunder
disimpan dalam tisu badan pengguna tertier.
• 90 % tenaga dibebaskan dalam bentuk tenaga
haba.
45. pengurai
• Pengurai terdiri daripada
bakteria dan kulat yang
saprofit .
• Pengurai mendapat
tenaga dengan
menguraikan organisma-
organisma hidup yang
mati kepada bentuk-
bentuk nutrien yang boleh
diserap oleh akar pokok.
50. Soalan 2001
• (a)(ii)Huraikan proses aliran tenaga dalam
siratan makanan tersebut. (10)
• (b)Jelaskan bagaimana kegiatan manusia
boleh mengganggu ekosistem tasik (10)
51. Jawapan (b)
• (i)sumber tenaga matahari
• (ii)tumbuhan hijau menyerap tenaga matahari
• (iii)pengguna primer mendapat tenaga dengan
memakan pengeluar
• (iv)pengguna sekunder mendapat tenaga
dengan memakan pengguna primer
• (v)pengguna tertier mendapat tenaga dengan
memakan pengguna sekunder
• (vi)pengurai mereputkan bahan kumbahan dan
organisma hidup yang mati.
52. Matahari dan pengeluar
• Matahari sebagai sumber tenaga dalam
ekosistem.Tenaga cahaya diserap oleh tumbuh-
tumbuhan hijau seperti alga , rumpai air dan
fitoplankton melalui sel-sel klorofil .Tenaga
cahaya digunakan untuk proses fotosintesis
bersama –sama dengan gas karbon dioksida
dan air.Tenaga cahaya ditukar kepada tenaga
kimia.Tenaga terhasil digunakan untuk
tumbesaran , respirasi dan pembiakan
.Sebahagian tenaga disimpan dalam tisu pada
buah , daun .Sebahagian tenaga hilang dalam
bentuk haba.
53. pengguna
• Pengguna primer seperti seperti zooplankton
mendapat tenaga dengan memakan alga dan
fitoplankton .
• Tenaga digunakan oleh zooplankton untuk
bergerak , tumbesaran , respirasi dan
pembiakan .
• Sebahagian tenaga disimpan dalam tisu badan
zooplankton.
• Sebahagian tenaga dibebaskan dalam bentuk
haba.
54. pengurai
• Pengurai terdiri daripada bakteria dan kulat yang
saprofit.
• Pengurai mendapat tenaga dengan
menguraikan organisma-organisma hidup yang
telah mati seperti ikan , rumpai air dan bahan
kumbahan organisma.
• Pengurai menguraikan tisu-tisu kompleks badan
organisma hidup kepada nutrien.
• Nutrien diserap oleh akar rumpai air , pokok
kiambang.
55. Jawapan ( c)
• (i)tebusguna tasik untuk pembinaan
• (ii)perindustrian
• (iii)pertanian dan penternakan
• (iv)pelancongan
• (v)pembuangan sampah domestik
56. perindustrian
• Pembuangan sisa-sisa perindustrian ke dalam
tasik.
• Sisa-sisa industri mengandungi bahan kimia
seperti asid , plumbum , sisa minyak
• Air didalam tasik menjadi lebih berasid dan tidak
sesuai untuk hidupan akuatik.
• Mendapan yang banyak dalam tasik
mengurangkan pancaran matahari ke dasar
tasik .Ini menyebabkan alga dan fitoplankton
tidak dapat menjalankan proses fotosintesis.
57. Pertanian
• Air larian permukaan membawa lebihan
baja dan racun seranggan ke dalam tasik .
• Proses larut resap menyebabkan air yang
menyusup masuk ke dalam tanah
membawa bersama baja dan racun
serangga.
• Baja dan racun mengalir ke tasik melalui
aliran air bawah tanah .
58. penternakan
• Penternakan itik , ayam dan khinzir yang
dijalankan berdekatan tasik menyebabkan
ekosistem tasik terganggu.
• Bahan kumbahan haiwan dan bangkai haiwan
yang dibuang ke dalam tasik mencemarkan air
tasik .
• Ini menyebabkan kandungan bakteria E Coli
dalam tasik meningkat.
• Peningkatan terhadap keperluan oksigen dalam
tasik berlaku .Ini menyebabkan hidupan dalam
tasik kekurangan oksigen dan mati.
60. Kitaran nutrien
• Nutrien ialah zat makanan yang diperlukan oleh
komponen biotik untuk pertumbuhan dan
membekalkan tenaga untuk kelansungan hidup
dalam ekosistem.
• Kitar nutrien merupakan aliran unsur-unsur
seperti karbon , oksigen dan nitrogen daripada
komponen abiotik kepada komponen
biotik.Unsur-unsur tersebut diperolehi dalam
atmosfera dan tanah.
63. Gas karbon dioksida dalam udara
• Apakah berlaku kepada gas karbon
dioksida dalam udara ?
• Tumbuh-tumbuhan menyerap gas karbon
dioksida dalam udara untuk melakukan
proses fotosintesis.
• Gas karbon dioksida diserap melalui liang-
liang stoma pada daun tumbuh-tumbuhan.
64. Proses fotosinteis
• Proses fotosintesis
membebaskan gas
oksigen .
• Unsur karbon
digunakan untuk
mensintesiskan
makanan dan
disimpan dalam sel-
sel badan tumbuh-
tumbuhan .
65. Proses respirasi
• Gas oksigen yang dibebaskan melalui
fotosintesis diserap oleh tumbuh-
tumbuhan dan haiwan untuk respirasi.
• Proses respirasi membebaskan gas
karbondioksida ke atmosfera.
• Gas oksigen digunakan untuk
pembakaran makanan dalam sel badan
haiwan .Proses ini menyebabkan unsur
karbon bergabung dengan oksigen
membentuk karbon dioksida.
66. Proses pembakaran bahan api fosil
• Mineral-mineral karbon
yang terbentuk didalam
tanah membentuk
petroleum , gas asli dan
arang batu.
• Bahan api fosil ini
dilombong untuk
digunakan dalam industri
dan kenderaan.
• Pembakaran bahan api
fosil menggunakan
oksigen dan
membebaskan gas
karbon dioksida.
67. Proses pereputan
• Proses pereputan dilakukan oleh bakteria
dan kulat yang saprofit.
• Bakteria menyerap oksigen untuk proses
pereputan .
• Proses pereputan melibatkan organisma-
organisma hidup yang mati serta
pereputan bahan-bahan kumbahan
haiwan .
71. Gas nitrogen dalam udara
• Apakah yang berlaku kepada gas nitrogen
dalam udara ?
• Tindakan kilat menukarkan nitrogen dioksida
dalam udara kepada ion-ion nitrat.gas nitrogen
terkena kilat ditukarkan kepada nitrogen oksida.
• Nitrogen oksida bertindakbalas dengan air
membentuk nitrat.
• Bakteria pengikat nitrogen yang tinggal dalam
nodul pokok ke kacang menukarkan nitrogen
dalam udara kepada ion nitrat .
72. Gas nitrogen dalam udara
• Bakteria , kulat dan alga biru hijau
berupaya mendapatkan nitrogen dalam
udara .
• Nitrogen dicantumkan dengan hidrogen
untuk menghasilkan gas ammonia
73. Ion-ion nitrat dalam tanah
• Penghasilan ion-ion nitrat dalam tanah
diserap oleh sistem akar pokok .
• Ion-ion nitrat digunakan untuk membentuk
protein dalam tumbuh-tumbuhan .
• Oleh itu pokok kekacang mengandungi
protein yang tinggi .
74. Protein dalam tumbuh-tumbuhan
• Protein dalam tumbuh-tumbuhan
dipindahkan kepada haiwan apabila
haiwan herbivor memakan tumbuh-
tumbuhan.
• Ini menyebabkan haiwan mendapat
protein dan disimpan dalam tisu-tisu
badan sebagai protein haiwan .
75. Protein dalam tumbuh-tumbuhan
dan haiwan .
• Protein dalam sel-sel badan tumbuhan
dan haiwan boleh dikembalikan ke dalam
tanah . Bagaimana ?
• Ini berlaku apabila tumbuh-tumbuhan dan
haiwan mati atau haiwan menghasilkan
bahan kumbahan.
76. Proses pereputan
• Organisma-organisma hidup yang mati serta
bahan-bahan kumbahan haiwan diuraikan oleh
bakteria pereputan.
• Proses pereputan menguraikan sel-sel
kompleks tumbuhan dan haiwan kepada nutrien
yang ringkas iaitu sebatian ammonium.
• Bakteria penitritan menguraikan sebatian
ammonium kepada ion-ion nitrit.Bakteria
nitrosomonas mengoksidakan ammonia
menjadi nitrat.
77. Proses pereputan
• Ion-ion nitrit yang terhasil ditukarkan
kepada ion nitrat oleh bakteria penitratan .
• Bakteria nitrobacter mencantumkan nitrit
dengan oksigen membentuk nitrat.
• Ion-ion nitrat yang terhasil dapat diserap
oleh sistem akar pokok.
78. Bolehkah ion-ion nitrat terhasil
dikembalikan dalam bentuk gas ?
• Bakteria pendenitratan bertindak
mengoksidakan ion-ion nitrat kepada gas
nitrogen dioksida.
79. Aktiviti manusia
• Manusia membina kilang baja .
• Operasi kilang baja membebaskan gas
nitrogen dioksida ke atmosfera.
• Aktiviti pembajaan menggunakan baja
organik , baja urea amonia sulfat dan
amonia nitrat.
81. Soalan 2008
• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan
kitar nutrien ? (5m)
• (b)Jelaskan kitar nitrogen dalam satu
ekosistem di kawasan pertanian (10m)
• (c )Jelaskan bagaimana aktivti pertanian
boleh mengganggu proses kitar nitrogen .
• (10m)
82. Gas nitrogen dalam udara di
ladang kelapa sawit
• Gas nitrogen dalam
udara ditukar kepada
bentuk ion nitrat yang
boleh diserap oleh
pokok kelapa sawit
melalui kilat dan
tindakan bakteria
pengikat nitrogen
dalam nodul
kekacang .
83. Pemindahan nitrogen dari kelapa
sawit kepada haiwan
• Apabila haiwan
seperti burung , tikus
memakan buah
kelapa sawit , proten
dalam kelapa sawit
dipindahkan kepada
protein dalam sel-sel
haiwan tersebut.
84.
85. Pengembalian nitrogen ke dalam
tanah
• Daun-daun pokok kelapa
yang kering dibiarkan
mereput di ladang untuk
mengembalikan nitrogen
ke dalam tanah . Bakteria
pereputan menguraikan
sel-sel kompleks kepada
nutrien iaitu ion
ammmonium.Bakteria
penitritan seperti
nitrosomonas
menukarkan ion
ammonium kepada ion
nitrit.
86. Tindakan bakteria menghasilkan
ion nitrit dan nitrat
• Ion nitrit yang terhasil
ditukarkan kepada ion
nitrat oleh bakteria
penitratan seperti
bakteria nitrobacter.
87. Pengembalian nitrogen ke
atmosfera
• Ion-ion nitrat yang terhasil ditukarkan
kepada gas nitrogen dioksida dalam udara
melalui bakteria pendenitratan .
88.
89. Tindakan manusia menambah
kandungan nitrogen dalam tanah.
• Manusia menjalankan aktiviti pembajaan.
• Baja terdiri daripada sebatian ammonium
• Sebatian ammonium diuraikan bakteria
kepada ion ammonium .
• Ion ammonium ditukarkan bakteria
penitritan membentuk ion nitrit.
• Bakteria penitratan menukarkan ion nitrit
kepada ion nitrat yang dapat diserap akar
pokok kelapa sawit.
91. Pengembalian nitrogen ke
atmosfera
• Kilang membuat baja organik , baja urea
dan baja kompos membebaskan nitrogen
dioksida kembali ke atmosfera.
92. Soalan 2008
• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan
penyahutanan ? (3m)
• (b)Huraikan impak penyahutanan
terhadap kitaran hidrologi (10m)
• (c)Jelaskan langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan di kawasan hutan tropika
lembap. (12m)
93. pemeliharaan
• i)mewartakan hutan/undang-undang
• Ii)kawal pembalakan dan pemusnahan
• Iii)penyelidikan /ujian baka
• Iv)penebangan terpilih
97. Jawapan (a)
• Pengguna bagi aras trofik A ialah
pengguna primer yang merupakan haiwan
herbivor seperti belalang , ulat beluncas
dan zooplankton yang memakan
tumbuhan hijau.
• Pengguna bagi aras trofik B ialah
pengguna skunder yang merupakan
karnivor seperti burung yang memakan
ulat , katak .
98. Jawapan (a)
• Pengguna bagi aras trofik C ialah
pengguna omnivor yang bersaiz lebih
besar seperti burung bangau yang
memakan katak dan ikan besar .
99. Jawapan (b)
• Membekalkan makanan kepada organisma
hidup diekosistem X .Tumbuhan hijau seperti
teratai adalah organisma autotrof yang dapat
menjalankan fotosistesis.Proses fotosintesis
menggunakan cahaya matahari , gas karbon
dioksida dan air untuk menghasilkan makanan
.Ion-ion nitrat yang diserap oleh akar tumbuhan
ditukar kepada protein tumbuh-tumbuhan
.Protein tumbuh-tumbuhan dapat dibekalkan
kepada organisma hidup yang lain apabila
tumbuhan dimakan.
100. Jawapan (b)
• Tumbuh-tumbuhan membekalkan oksigen
kepada organisma hidup yang lain di
ekosistem X .Proses fotosintesis yang
dijalankan menghasilkan gas oksigen
yang diperlukan oleh organisma hidup lain
.Proses fotosintesis juga mengimbangkan
kandungan gas karbon dioksida dalam
udara.
101. Jawapan (b)
• Tumbuh-tumbuhan menjadi habitat
kepada organisma hidup .Tumbuh-
tumbuah hijau dalam ekosistem X seperti
pokok teratai menyediakan tempat yang
sesuai untuk anak-anak ikan dan berudu
untuk berlindung dari pemangsa.
Disamping itu tumbuhan juga
membekalkan nutrien bagi tumbesaran
organisma tersebut.
102. Jawapan (b)
• Tumbuh-tumbuhan menyederhanakan
suhu .Proses sejatpeluhan yang
dijalankan oleh tumbuh-tumbuhan
menyebabkan udara menjadi lembap dan
menurunkan suhu.Daun-daun tumbuhan
juga meningkatkan kadar albedo dan
melindungi organisma hidup dari
bahangan matahari .
103. Jawapan (b)
• Tumbuh-tumbuhan juga bertindak
meningkatkan simpanan air bawah
tanah .Pintasan air hujan yang dijalankan
oleh tumbuh-tumbuhan daratan sekitar
ekosistem X melambatkan kejatuhan air
hujan dan meningkatkan susupan air
kedalam tanah untuk membekalkan aliran
air bawah tanah yang berterusan kepada
ekosistem X.
104. Jawapan (c )
• i)pertambahan gas karbon dioksida dalam
udara
• Pembakaran hutan
• Pemusnahan hutan
• Pembakaran sampah di tapak pelupusan
• Asap kenderaan
• Asap kilang
105. Jawapan (c )
• Ii)penurunan jumlah karbon dalam tanah
• Aktiviti perlombongan petroleum dan
arang batu
106. Soalan 2003
• (a)Nyatakan dua fasa kitar nutrien dalam
sesuatu ekosistem (5m)
• (b)Dengan bantuan gambar rajah ,
huraikan proses yang berlaku dalam kitar
nitrogen (12m)
• (c )huraikan bagaimana manusia
mempengaruhi kitar nitrogen (8m)
110. Pemusnahan hutan
• Meningkatkan hakisan permukaan tanah
oleh tindakan air larian permukaan.
• Nitrat yang terdapat pada permukaan
tanah di bawa oleh air larian permukaan
melalui proses larut resap ke dalam
sistem sungai atau tasik yang berdekatan
111. Aktiviti pembajaan
• Penggunaan baja kimia seperti NPK
(Nitrogen , Fosforus dan Kalsium)
• Kandungan nitrat dari baja dilarut
resapkan ke dalam tanah oleh aliran air
larian permukaan ke dalam sungai , kolam
atau tasik.
113. Pembuangan sisa penternakan
• Hasil perkhumuhan haiwan mengandungi
nitrogen ditukarkan organisma seni
kepada amino.
• Bakteria nitrosomonas mengoksidakan
ammonia menjadi nitrit.
• Bakteria nitrobacter pula mencantumkan
nitrit dengan oksigen kepada nitrat.
• Ini boleh berlaku di dalam tanah dan air.
114. Soalan 2002
• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan
kitar nutrien dalam ekosistem (5m)
• (b)Dengan bantuan gambar rajah ,
huraikan bagaimana kitar oksigen berlaku
dalam ekosistem daratan . (10m)
• (c )Jelaskan mengapa kitar oksigen dan
kitar karbon selalunya digabungkan (10m)
115. Jawapan C
• 1.kitar oksigen berlaku dalam proses pernafasan atau
respirasi haiwan dan manusia dengan proses
fotosintesis oleh tumbuh-tumbuhan .Oksigen dalam
atmosfera diserap terus oleh tumbuh-tumbuhan dan
haiwan untuk respirasi.
• Proses respirasi membebaskan semula karbon dioksida
ke dalam atmosfera.Karbon dioksida pula akan
digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau untuk proses
fotosintesis.Fotosintesis pula membebaskan semula
oksigen ke dalam atmosfera.Proses ini berterusan dan
berkitaran .Dalam keadaan semulajadi proses ini berlaku
dengan seimbang.
116. Jawapan c
• Kitar oksigen dan karbon tidak boleh
dipisahkan .Proses pernafasan dan
fotosintesis melibatkan kedua-dua unsur
yang saling terikat antara satu sama lain .
• Pernafasan menggunakan oksigen
membebaskan karbon dioksida manakala
fotosintesis menggunakan karbon
dioksida dan membebaskan oksigen.
117. Pembakaran bahan api fosil
• Bahan api fosil seperti petroleum , gas asli
dan arang batu yang digunakan dalam
industri dan kenderaan .
• Proses pembakaran memerlukan gas
oksigen .Proses pembakaran bahan api
fosil membebaskan asap yang
mengandungi karbon dioksida kerana
bahan api mengandungi unsur-unsur
karbon .
118. Soalan 1999
• (a)Nyatakan komponen-komponen asas
yang membentuk setiap ekosistem(5m)
• (b)Dengan bantuan gambar rajah ,
jelaskan tentang kitar nutrien dalam
ekosistem. (10m)
• (c )Bincangkan pengaruh karbon terhadap
kehidupan manusia. (10m)
119. Pengaruh positif
• Karbon wujud dalam pelbagai bentuk
• A)gas – karbon dioksida , karbon
monoksida
• B)hidrokarbon – petroleum ,gas asli
• i)mengukur umur fosil
• Ii)minuman berkarbonat
• Iii)perindustrian- pensil, kosmetik
• Iv)menjana tenaga
121. Pencemaran udara
• Peningkatan kenderaan dan industri membebaskan
asap yang mengandungi gas karbon dioksida dan
karbon monoksida.Pencemaran udara merendahkan
kualiti udara.Ini menyebabkan fenomena seperti jerebu
dan hujan asid .Keadaan menyebabkan manusia mudah
terkena penyakit berkaitan pernafasan seperti asma dan
paru-paru. Asap-asap kenderaan membebaskan gas
karbon monoksida
• Karbon monoksida membahayakan kesihatan kerana
apabila disedut,gas tersebut bertindak balas dengan sel
darah dan mengurangkan kadar oksigen dalam saliran
darah
122. Penyakit
• Asap-asap kenderaan membebaskan gas karbon
monoksida
• Karbon monoksida membahayakan kesihatan kerana
apabila disedut,gas tersebut bertindak balas dengan sel
darah dan mengurangkan kadar oksigen dalam saliran
darah
• CFC yang terkandung dalam sesetengah barang elektrik
boleh memusnahkan partikel ozon
• Pemusnahan lapisan ozon akan membentuk lubang
ozon yang membenarkan sinaran ultraungu dari
matahari sampai secara langsung ke atas permukaan
bumi
• Sekiranya ultraungu ini terkena pada manusia boleh
mengakibatkan kanser kulit dan katarak mata
123. penyakit
• Air berkarbonat juga mengandungi gas
karbon dioksida
• Ini menyebabkan ramai meminati untuk
membeli minuman berkarbonat
• Sekiranya kerap diminum,seseorang itu
boleh menghidap penyakit
diabetes,kegemukan,tekanan darah tinggi
dan sebagainya
124. Peningkatan suhu
• CFC yang terkandung dalam sesetengah barang elektrik
boleh memusnahkan partikel ozon
• Pemusnahan lapisan ozon akan membentuk lubang
ozon yang membenarkan sinaran ultraungu dari
matahari sampai secara langsung ke atas permukaan
bumi
• Bumi menerima lebih banyak sinaran ultraungu yang
mengandungi lebih banyak tenaga.Ini menyebabkan
peningkatan suhu.Peningkatan gas karbon dioksida
dalam udara menyebabkan kesan rumah hijau .Lapisan
gas rumah hijau membenarkan bahangan matahari
melaluinya tetapi menghalang bahangan bumi keluar.Ini
meningkatkan suhu global.
125. Penghasilan bahan api
• Pembentukan fosil
• Menghasilkan bahan api spt petroleum ,
gas asli dan arang batu.
• Bahan api kenderaan dan insudtri
128. Soalan 2000
• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan
rantaian makanan (5m)
• (b)Terangkan bagaimana tenaga
dipindahkan dalam rantaian makanan bagi
ekosistem hutan tropika (10m)
• (c )Jelaskan bagaimana rantaian
makanan boleh diganggu dan huraikan
kesan gangguan itu terhadap manusia.
(10m)
132. Soalan 2004
• Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan
di suatu kawasan pinggir pantai ,
• (a)Huraikan siratan makanan dalam ekosistem
di kawasan tersebut.(7m)
• (b)Jelaskan bagaimana aktiviti manusia telah
mengganggu ekosistem di kawasan tersebut
(10m)
• (c )Huraikan bagaimana gangguan terhadap
ekosistem di kawasan tersebut dapat dikawal
oleh pihak berkuasa tempatan. (8m)
133. Soalan percubaan terengganu
2008
• (a)Nyatakan tiga ciri tumbuhan hutan
hujan tropika (5m)
• (b)Jelaskan peranan hutan hujan tropika
terhadap proses geomorfologi (10m)
• (c )(i)Huraikan tiga faktor semulajadi yang
menyebabkan kemusnahan ekosistem
hutan (6m)
• (ii)Cadangkan tiga langkah pemuliharaan
ekosistem hutan hujan tropika (6m)
134. Soalan STPM 2009
• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan
persaingan spesis tumbuhan ?(5m)
• (b)Huraikan lima faktor yang
mempengaruhi taburan spesis tumbuhan
dalam sesuatu ekosistem .(10m)
• (c )Jelaskan bagaimana tumbuhan primer
di sesuatu kawasan hutan mempengaruhi
aktiviti manusia.
135. Huraikan jenis aktiviti manusia
yang dapat menyebabkan
kemerosotan dan kepupusan
kepelbagaian biologi
• Pertanian
• Pembalakan
• Perindustrian
• Pembinaan empangan
• perlombongan
136. pertanian
• Pertanian pindah yang dijalankan oleh orang asli
contohnya pedalaman pahang , Perak dan
Penan Sarawak .Aktiviti tebang dan bakar yang
dijalankan menyebabkan kepupusan spesis
tumbuhan seperti cengal , meranti dan paku
pakis .Aktiviti pertanian ladang pula melibatkan
pemusnahan beratus-ratus hektar hutan
semulajadi dan ditukar kepada ladang-ladang
getah dan kelapa sawit .Di Malaysia ladang-
ladang getah dan kelapa sawit yang luas dibuka
oleh Felda , Felcra serta syarikat-syarikat
swasta seperti Sime Darby , Tabung Haji .
137. pertanian
• Kesatuan Antarabangsa untuk alam
sekitar melapurkan ancaman terbesar
kepada pelbagaian biologi ialah
penukaran habitat semulajadi kepada
kawasan pertanian dan telah memberi
kesan terhadap 33 % spesis terancam .
138.
139. Pembinaan empangan
• Pembinaan empangan hidroeletrik
melibatkan kerja-kerja pemusnahan hutan
untuk membina jalanraya bagi
mengangkut bahan binaan .
• Pembinaan empangan juga menyebabkan
kawasan hutan yang luas ditenggelami
air .Ini memusnahkan kawasan habitat
haiwan yang luas .
140. Bagaimana menyebabkan
kepupusan dan kemerosotan
kepelbagaian biologi ?
• Pemusnahan hutan dan menenggelamkan
kawasan hutan yang luas menyebabkan negara
kehilangan pelbagai spesis flora yang bernilai .
• Air sungai diempang dan ditakung dalam
takungan menjejaskan pembiakan ikan air tawar
.Terdapat pelbagai spesis ikan yang mudik ke
hulu sungai untuk bertelur akan mengalami
kepupusan .
141.
142. Daripada jumlah keluasan
Negara Thai, peratusan
kawasan hutan telah
berkurangan daripada 70%
pada tahun 1945 kepada 20%
pada tahun 1988.Kegiatan
pembalakan yang keterlaluan
dan pembalakan secara haram
telah mengakibatkan masalah
ketidakseimbangan keadaan
alam sekitar.
143. • Akibatnya,Kerajaan Thai terpaksa
mengharamkan kegiatan
pembalakan mulai bulan Januari
1989.Selain itu,Negara Thai juga
telah mulai mengimport kayu balak
sebanyak satu juta m3 setahun
kerana pengeluaran sendiri
sebanyak tiga juta m3 tidak
mencukupi.
• Begitu juga pembalakan yang
keterlaluan di Filipina telah
mengakibatkan kawasan hutan
cuma tinggal 20%.
144. • Ini disebabkan kawasan hutan negara
kita juga berkurangan.Keluasan
kawasan perhutanan di Semenanjung
Malaysia,misalnya telah berkurangan
daripada 13 juta hektar pada tahun
1900 kepada 6.3 juta hektar pada
tahun 1987.Daripada seluruh kawasan
seluas 13.2 juta di Semenanjung
Malaysia, peratusan kawasan hutan
telah berkurangan daripada 98% pada
tahun 1900 kepada 48% pada tahun
1987.
145.
146.
147. • Kemusnahan ekosistem akuatik
Pembuangan sisa-sisa toksid dan kumbahan
manusia menyebabkan kemusnahan sistem
akuatik. Beberapa batang sungai di Malaysia
dilaporkan telah mati. Maksudnya, sistem
ekologi akuatik dalam sungai-sungai tersebut
telah musnah dan akibatnya, sungai-sungai
tersebut tidak dapat menampung sebarang
kehidupan. Contohnya, Sungai Sepang.
148. Kini di Abad ke 21 didapati bahawa isu alam
sekitar telah menjadi lebih kompleks dan ianya
tidak dapat dilihat dan diatasi secara
berasingan lagi baik dari segi tindakan maupun
pihak yang terlibat; ianya perlu tindakan
bersama seluruh penduduk dunia.
149. • MASALAH NEGARA & ANTARA NEGARA
• “DEKLARASI RIO” ?
• “DEKLARASI LANGKAWI” ?
– Dikeluarkan oleh Ketua-Ketua Kerajaan
Komanwel di Langkawi, Malaysia.
– Langkawi
– 21 Oktober 1989
151. Persidangan
• Persidangan Stockholm memfokuskan
kepada kelestarian dalam persekitaran
manusia.
• Persidangan ini menghasilkan konsep
pembangunan berterusan atau lestari .
• Persidangan Rio De janeiro atau Sidang
kemuncak Bumi .
• Melalui persidangan ini telah diadakan
Konvensyen Biodiversiti Dunia(CBD).
152. Persidangan
• Di dalam Konvesyen Biodiversiti Dunia
telah diwujudkan Pelan Tindakan untuk
Abad 21 dikenali Agenda 21 .
• Agenda 21 menekankan alam sekitar dan
pembangunan yang seimbang dan
mampan
153. Deklarasi
• Deklarasi Langkawi mengambarkan
komitmen negara-negara Komanwel
untuk bersama-sama menjaga ,
melindungi dan menguruskan alam
sekitar secara mapan .
• Pada bulan Oktober 1989,
154. Protokol dan perjanjian
• Protokol Montreal pada tahun
1987 melibatkan usaha 92 buah
negara anggota untuk mengawal
penggunaan dan pembebasan
gas Kloroflorokarbon .
• Protokol Kyoto pula merupakan
usaha negara-negara didunia
untuk mengawal pembebasan
gas rumah hijau .
155. Protokol dan perjanjian
• Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang atau
CTI merupakan usaha bersepadu bagi
mengekalkan pertumbuhan
terumbu karang yang meliputi negara
Malaysia, Indonesia, Filipina,
Papua New Guinea, Timor Leste dan
Kepulauan Solomon.[1] CTI telah
ditubuhkan pada 2007 dan merupakan
idea Indonesia.
• Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang hanya
meliputi dua peratus kawasan lautan dunia
tetapi ia sangatlah penting.Hampir 75 %
daripada semua jenis terumbu karang dan
40 % jenis ikan-ikan karang,
156. Kerjasama teknikal dan
kepakaran
• Teknologi moden seperti GPS dan
gambar satelit adalah penting untuk
mengumpul data-data berkaitan alam
sekitar .
• Kerjasama dan sokongan kepada
negara-negara yang kekurangan
kepakaran dan teknologi adalah
penting dalam usaha menangani isu
alam sekitar merentas sempadan .
157. Kerjasama teknikal dan
kepakaran
• Sebagai contohnya dalam usaha
menghadapi masalah jerebu di Asia
Tenggara , Malaysia dan Singapura
menawarkan bantuan teknikal dan
kepakaran kepada Indonesia untuk
membendung kebakaran hutan .
• Bantuan kewangan juga diberikan kepada
negara miskin untuk pembangunan
lestari .Contohnya USD30 billion telah
disalurkan kepada negara-negara
membangun dalam tempoh 2010-2020
sebagaimana dipersetujui dalam
persidangan Copenhagen .
158. Latihan
• A)Apakah maksud kitar karbon
(5m)
• B)Huraikan kepentingan karbon
terhadap alam sekitar (10m)
• C)Bincangkan kesan kandungan
karbon dioksida berlebihan di
atmosfera terhadap sistem lain .
(10m)
159. Latihan
• Pilih satu ekosistem akuatik
• A)Terangkan ciri-ciri ekosistem akuatik
yang anda pilih .
(5m)
• B)huraikan kesan-kesan aktiviti manusia
terhadap ekosistem akuatik yang anda
pilih .
(10m)
• C)Jelaskan langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan untuk memelihara
ekosistem akuatik yang anda pilih .(10m)
160. Jawapan (a)
• Ekosistem marin yang meliputi lebih 70%
daripada muka bumi.
• Ini merupakan ekosistem yang paling besar di
dunia.
• Kawasan yang cetek pasang dan surut di
pinggir pantai.
• Biotik- pengeluar (rumpai laut, alga,
polip,fitoplankton), pengguna ( ikan , udang ,
kerang , zooplanton),
• Abiotik – air laut , kemasinan tinggi /garam
galian tinggi .
• Zon litoral-pinggir laut
• Zon profundal-dasar laut
• Zon limnetik- mendapat pancaran matahari .
161. Latihan
• A)Apakah maksud kitar karbon
(5m)
• B)Huraikan kepentingan karbon
terhadap alam sekitar (10m)
• C)Bincangkan kesan kandungan
karbon dioksida berlebihan di
atmosfera terhadap sistem lain .
(10m)
162. • Aktiviti pertanian
• Penggunaan baja dan racun serangga secara
berlebihan menyebabkan hutan termusnah
• Pemusnahan hutan menyebabkan tanah
menjadi gondol.
• Apabila hujan turun, tanah tiada cengkaman
daripada akar pokok.
• Hakisan akan berlaku.
• Sungai akan mengalirkan bahan organik seperti
racun dan serangga, tanah hasil daripada
proses hakisan, kelodak dan sebagainya.
• Akhirnya, sungai akan mengalirkan bahan-
bahan tersebut ke laut.
• Ketidakseimbangan ekologi akan berlaku.
163. • Perlanggaran kapal
• Aktiviti perkapalan di laluan perkapalan antarabangsa
seperti selat melaka
• Secara purata 32331 kapal merentasinya setiap tahun
dan 34% merupakan kapal minyak
• Risiko kemalangan tumpahan minyak adalah tinggi
• Pada tahun 1992 hingga 1997,2 kemalangan kapal telah
menumpahkan minyak sebanyak 38000 tan ke dalam
laut selat melaka
• Minyak yang tebal di permukaan laut cepat merebak dan
mengurangkan cahaya matahari sampai ke dasar laut
• Hidupan seperti plankton tidak dapat membuat makanan
kerana kurang cahaya matahari
• Menyebabkan ketidakseimbangan ekosisitem marin
164. Pengekalan , pemeliharaan
dan pemuliharaan .
• Apakah pengekalan
• Cara bagaimana manusia
dapat menjaga dan
mengekalkan alam sekitar
seperti sediada tanpa merosak
atau memusnahkannya.
165. Apakah pemeliharaan ?
• Konsep pemeliharaan
bermaksud usaha yang
dijalankan oleh pihak kerajaan
dan pertubuhan tertentu bagi
melindungi alam sekitar yang
sedia ada daripada musnah
demi kepentingan generasi akan
datang .
166. Apakah pemuliharaan ?
• Konsep pemuliharaan pula
merujuk kepada usaha
memulihkan alam sekitar yang
telah diterokai dan dicemari
daripada terus musnah dan
lenyap begitu sahaja tanpa
boleh diwarisi oleh generasi
akan datang .
167. Langkah pemeliharaan
• Kaedah perundangan
• A)akta kualiti alam sekitar (1974)
• Peruntukan akta ini merangkumi
hampir keseluruhan aspek dan
masalah pencemaran alam sekitar .
• Masalah pencemaran air di daratan
seksyen 25
• Masalah pencemaran perairan
peruntukan seksyen 29.
168. Langkah perundangan
• Akta jalan , parit dan bangunan 1974
• Akta ini untuk melindungi dan
mengurangkan hakisan dari berlaku
di tapak dan sekitar bangunan yang
sedang dibina.
• Akta kerajaan tempatan(1976)
• Peruntukan mengenai salah laku
dalam permasalahan pembuangan
kotoran di dalam atau tebing sungai ,
terusan , parit serta longkang .
169. Penilaian Impak Alam
sekitar (EIA)
• Merupakan satu laporan yang perlu
disediakan oleh pemaju dan perlu
mendapat kelulusan pihak berkuasa
berkenaan sebelum sesuatu projek
dijalankan.
• Pihak berkuasa Jabatan Tanah dan
galian , pihak berkuasa tempatan ,
jabatan alam sekitar dan jabatan
pengairan dan saliran berhak untuk
membatal dan menangguhkan
sesuatu projek .
170. Mewartakan taman laut
• Pulau-pulau dipilih dijadikan
taman laut
• Contohnya
• Pulau Redang
• Pulau Sipadan
• Pulau Tioman
171. Kerjasama antarabangsa
• Persidangan Di Rio (Sidang Kemuncak Bumi)
• Melalui persidangan ini diwujudkan Konvensyen
Kepelbagaian Biologi yang telah menghasilkan
agenda 21.
• Agenda 21 menekankan pembangunan lestari .
• . Konvensyen Ramsar (Ramsar)
Konvensyen tanah lembap yang ditandatangani
di Ramsar, Iran, pada 1971, merupakan
perjanjian antara kerajaan yang menyediakaan
rangka kerja bagi tindakan peringkat
kebangsaan dan kerjasama antarabangsa bagi
konservasi dan penggunaan lestari tanah
lembap serta sumber-sumbernya.
172. Kawasan tanah lembap
yang diisytihar sebagai
tapak Ramsar
• Hutan bakau Sungai Pulai ,
Johor (31/01/2003)
• Hutan Bakau Tanjung Piai,
Johor (31/01/2003)
• Pulau Kukup, Johor
(31/01/2003)
• Kuching Wetland National
Park, Sarawak (08/11/2005)
173. Langkah pemuliharaan
• Kerajaan telah menubuhkan
pusat perlindungan hidupan
liar supaya tidak mengalami
kepupusan .
• Projek penetasan penyu di
Rantau Abang Terengganu
• Projek perlindungan Tuntung
di Bota Kanan Perak