Syafia Humairah adalah seorang gadis berusia 3 tahun yang meninggal akibat penderaan berat. Ia mengalami kekerasan fisik berulang yang menyebabkan luka dalam dan kematian. Kematiannya menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap anak yang tak berdaya.
3. Syafia Humaira Gah namanya Manis orangnya Sedap sebutannya Syafia Humairah
4. Sungguh.. tidak dikenali Tiba-tiba mendapat publisiti Baik dalam mahupun luar negeri Semua terpegun memerhati Syafia Humairah
5. Tatakala kisah sedih dibongkar Terpampang di dada akhbar Buletin tv terus menerus menyiar Menjadi berita panas membakar Syafia Humairah
6. Syafia Humairah Tersentak, tergamam dalam reaksi Mendengar dahsyatnya mangsa dera & buli Oleh manusia yang tidak punya hati Kerna iblis telah menguasai diri
7. Kini.. Ia sudah tidak bernyawa lagi Apapun semuanya telah terjadi Berita ditunggu saat menanti Apakah yang akan berlaku nanti Syafia Humairah
9. Tokoh yang disegani? Pencipta teknologi tinggi? Pemecah rekod yang disanjungi? Atau Penghibur yang mempunyai peminat sendiri? Syafia Humairah
10. Kita selusuri Susur galur empunya diri Siapa itu Syafia Humairah ini Sehingga ceritanya begitu tersemat di sanubari Syafia Humairah
11. Syafia Humairah masih kecil lagi 3 tahun umur ketika ini Periang , peramah sifat yang dimiliki Lincah gerak gaya amat disenangi Apa yang lebih penting lagi Usianya belum dapat mengurus diri Dalam banyak erti Perlu lebih perhatian yang patut diberi Syafia Humairah
12. Tapi... Lain hal yang terjadi Diperlaku bagai bola ragbi Disepak ditendang ke sana ke mari Mengikut di mana katanya hati Hingga lebam yang mencemari Pecah organ dalaman tanpa disedari Syafia Humairah
13. Lain hal yang terbentuk Diperlaku bagai tempat pembuang habuk Atau pemadam puntung rokok Ikut suka, tubuh mana untuk dicucuh atau dicucuk Sehingga banyak kesan hitam bertompok Syafia Humairah
14. Lain hal yang disebut Kepalanya dipijak dengan kasut Oleh manusia yang tidak berhati perut Tak kan tergamak untuk diturut Tingkah laku sungguh melalut Syafia Humairah
15. Lain hal yang berlaku Diperlaku bagai tempat latih peninju Sasaran badan yang dituju Hayunan tangan kuat begitu Memberi kesan darah beku Syafia Humairah
16. Syafia Humairah bukan tempat leteran Untuk menzahirkan ketidak puasan Biar acap ulang perkataan Tak kan faham banyak persoalan Syafia Humairah
17. Syafia Humairah bukan hamba suruhan Yang boleh di arah secara kekerasan Diri sendiri tak berkeupayaan Apatah lagi menurut segala arahan Syafia Humairah
18. Syafia Humairah bukan haiwan Baik liar mahupun peliharaan Yang boleh diperlakukan Tanpa ada perasaan Syafia Humairah
19. Kini Syafia Humairah tiada lagi Menghiasi keriangan duniawi Perginya tak kembali Menuju ia pada Ilahi Syafia Humairah
20. Kini Syafia Humairah tiada lagi Penghibur dikala sunyi Hanya bayangan yang dilalui Penawar kerinduan hati Syafia Humairah
21. Kini Syafia Humairah tiada lagi Pemergiannya begitu ditangisi Apatah lagi mereka yang mendekati Bukan kematian yang dikesali Kerna insan pasti akan mati Tapi perginya dengan begitu tragis sekali Sehingga menyayat hati nurani Bagi mereka yang mengikuti Kehidupan yang diselusuri Oleh anak sekecil ini Syafia Humairah
22. Sekali lagi betapa sayunya Apabila pelbagai soalan ditanya Mengapa rosak organ dalamannya Mengapa bengkak kepalanya Mengapa lebam badannya Mengapa ada kesan cucuhan pada tubuhnya Syafia Humairah
23. Ya memang usianya tidak panjang Ada hikmah disebalik kematian Khuatir kekejaman berterusan Tanpa peri kemanusian Syafia Humairah
24. Ya memang usianya tidak panjang Ada hikmah disebalik kematian Untuk memberi kesedaran Mereka yang berjiranan Syafia Humairah
25. Ya memang usianya tidak panjang Ada hikmah disebalik kematian Untuk memberi peringatan Pilihan jodoh yang bertepatan Syafia Humairah
26. Ya memang usianya tidak panjang Ada hikmah disebalik kematian Untuk memberi peringatan Kesan buruk yang melakukan Syafia Humairah
27. Betapa sucinya hati Sesuci nama yang dimiliki Syafiah Humairah anak sakti Kesakitan disembunyi Kesukaran diselindungi Kepayahan pendam di hati Syafia Humairah
28. Tatakala atuk bertanya Kenapa ada kesan cemar ditubuhnya Dengan nada bersahaja Akibat jatuh diceritakannya Syafia Humairah
32. Sedarilah mereka yang melakukan Telah hancur luluh ibu yang mengandungkan Dari kecil hingga pembesaran Akhirnya memberi aib bukan kepalang Syafia Humairah
33. Sedarilah mereka yang melakukan Tiadanya seronok atas perbuatan Hanya mengundang dosa berpanjangan Tak kan terpikul segala bebanan Syafia Humairah
34. Sedarilah mereka yang melakukan Berjayakah dalam mohon kemaafan Dari mereka yang kekecewaan Hasil dari kekejaman Syafia Humairah
35. Sedarilah mereka yang melakukan Sempatkah untuk kembali ke pangkal jalan Mohon ampunan dari kesalahan Setelah kezaliman yang dilakukan Syafia Humairah
36. Sedarilah pelaku durjana Kehidupan bukan sahaja di dunia Malah ada akhirat namanya Tak kan terlepas sengsaranya Akhirat pasti akan menerimanya Jangan dipermudahkan jalan ke neraka Hasil perbuatan jahat tak terkira Syafia Humairah
37. Adakah lagi manusia yang seperti ini? Di luar sana atau suatu hari nanti Yang tidak dapat dipasti Yang pasti akan terjadi Tatkala iblis menguasai diri Syafia Humairah
38. Akhirnya ... Syafia Humairah telah jelas tempatnya Walau sukar di dunia Pasti ria di akhirat sana Indahnya Lambaian syurga Syafia Humairah
39. Cuma .. Adakah ibubapa diseru sama Turut serta dalam kenikmatan di syurga? Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui akan adanya Syafia Humairah
40. Pandangan penulis: Syafia Humairah mangsa kekejaman penderaan Oleh manusia berhati syaitan Yang biarpun masih perlu pada perhatian Tapi sudah terbina sifat kekentalan Berjuang sehingga ketitisan darah penghabisan Bak ‘ pejuang berani mati ’ di medan perang Syafia Humairah
41. JENAZAH Syafia Humairah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan Al-fatihah Syafia Humairah