Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Nota sains sukan_tahap_i
1. MAJLIS SUKAN NEGARA
CAWANGAN KEJURULATIHAN
UNIT SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
NOTA SAINS SUKAN TAHAP I
POSITIF
Motivasi Ke Arah
Matlamat
Menang dan
Saya ingin menjadi
ganjaran menanti
i
r
i
d
n
e
K
n
a
n
i
g
n
i
e
K
pemain terbaik
anda
K
I
S
N
I
R
T
N
I
N
R
S
K
E
T
Kalah!Kontrak Sebenarya saya tak
I
ditamatkan! berminat
O
K
L
a
g
n
e
r
i
NEGATIF
Motivasi Mengelak
1
2. EDISI 2012 UNIT PENDIDIKAN SAINS KEJURULATIHAN CAWANGAN KEJURULATIHAN MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
KANDUNGAN
1. MAKLUMAT AM KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I 2
2. UNIT 1 FALSAFAH SUKAN 6
3. UNIT 2 SUKAN DI MALAYSIA 16
4. UNIT 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI SUKAN 24
5. UNIT 4 ASAS BIOMEKANIK 84
6. UNIT 5 LATIHAN DAN PERSEDIAAN FIZIKAL 105
7. UNIT 6 PEMAKANAN SUKAN 125
8. UNIT 7 KOMPETENSI KEJURULATIHAN 137
9. UNIT 8 PSIKOLOGI SUKAN 150
10 UNIT 9 TINGKA LAKU MOTOR 161
11 UNIT 10 PERUBATAN SUKAN 191
199
2
3. MAKLUMAT AM
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP I
1. PENGENALAN
Kursus Sains Sukan merupakan salah satu komponen di bawah Skim Persijilan
kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). SPKK adalah satu program pembangunan
kejurulatihan yang seragam dan berterusan dan antara lain ialah untuk meningkatkan
pengetahuan jurulatih dalam ilmu kejurulatihan khususnya aspek sains sukan ke arah
memajukan lagi prestasi atlet demi kecemerlangan sukan untuk negara.
2. PERLAKSANAAN KURSUS
Kelas akan berjalan selama lima (5) hari
Kehadiran peserta adalah 100%.
Sesi peperiksaan melibatkan 1 hari.
Tenaga pengajar adalah terdiri daripada instruktur yang dilantik oleh Lembaga
Kejurulatihan kebangsaan.
Sebarang pindaan dan perubahan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
akan dimaklumkan kepada peserta.
3. PENILAIAN
PEPERIKSAAN OBJEKTIF
i) Peperiksaan ini mengandungi 60 soalan berbentuk objektif
ii) Masa peperiksaan adalah 1 ½ jam.
iii) Peperiksaan ini akan diadakan pada hari terakhir (hari ke-5 kursus)
3.2 TUGASAN
i) Setiap peserta diwajibkan menyediakan satu Tugasan berdasarkan salah
satu tajuk yang akan diberikan oleh Penyelaras Kursus semasa Taklimat.
Penilaian untuk Tugasan ini adalah berdasarkan aspek-aspek berikut :-
BIL ASPEK
i. Keupayaan Memahami Soalan
ii. Susunan maklumat
iii. Ketepatan Fakta
3
4. iv. Ketepatan Jawapan
Jumlah Markah 20%
ii) Tugasan akan di pungut sebelum peperiksaan dimulakan. Peserta perlu
menyerahkan tugasan kepada penyelaras dan akan menandatangani
Borang Penyerahan Tugasan.
iii) Sekiranya peserta tidak menyerahkan tugasan maka peserta tersebut tidak
dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.
4. PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN KURSUS.
4.2 Setiap peserta yang telah mendaftar bagi kursus dikehendaki membayar
yuran sebanyak RM 100.00 ( peserta baru ) dan RM 50.00 ( mengulang).
4.3 Sekiranya peserta tidak menjelasakan yuran maka tidak boleh menduduki
peperiksaan.
5. KEPUTUSAN
Keputusan hanya akan diumumkan kepada pihak penganjur.
Lulus Tahap I dan Layak ke Tahap II: 60%
Sijil boleh diambil dari pihak penganjur setelah diumumkan oleh pihak penganjur.
KANDUNGAN KURSUS
Tahap I
1 FALSAFAH SUKAN 1 jam
Konsep sukan
Definisi Sains Sukan
Definisi Kejurulatihan
Membentuk Falsafah Kejurulatihan
Proses Kejurulatihan
Atribut seorang jurulatih yang berjaya
2 SUKAN DI MALAYSIA 1 jam
Sejarah sukan
Dasar Sukan Negara
Struktur Sukan di Malaysia
3 ANATOMI DAN FISIOLOGI SUKAN 4 jam
Pengenalan kepada anatomi dan fisiologi
Pengenalan kepada sistem-sistem fisiologi badan
Sistem rangka
Sistem otot rangka
Sistem kardiovaskular
Sistem tenaga
4
5. Laluan tenaga
Pembekalan tenaga dan intensiti kerja
4 BIOMEKANIK 3 jam
Rujukan anatomi bagi memahami pergerakan
Jenis-jenis pergerakan
Angkubah kinematik dan kinetik dalam pergerakan
Hukum Newton
5 LATIHAN DAN PERSEDIAAN FIZIKAL 6 jam
Skop dalam latihan dan persediaan fizikal
Komponen kecergasan fizikal
Prinsip-prinsip latihan
Latihan kekuatan
Melatih system tenaga
6 PEMAKANAN SUKAN 2 jam
Pengenalan kepada pemakanan sukan
Pengenalan kepada nutrien makro
Pengenalan kepada nutrien mikro
Cadangan diet umum kepada atlet
Keperluan cecair
Pengenalan kepada keperluan tenaga
7 KOMPETENSI KEJURULATIHAN 4 jam
Merancang pengajaran
Mengelola sesi latihan
Melatih kemahiran sukan
Pembelajaran motor asas
Latihan berkesan
8 PSIKOLOGI SUKAN 2 jam
Kebimbangan dan Kebangkitan (Anxiety and
Energizing)
Penetapan Matalamat
Motivasi
9 TINGKA LAKU MOTOR 2 jam
Pengenalan kepada Perlakuan Motor (Motor Behavior),
Perkembangan Motor (Motor Development), Kawalan
Motor (Motor Control) dan Pembelajaran Motor (Motor
Learning)
Usia Anatomi, Usia Biologi dan Usia Atletik
Peringkat Perkembangan
Perkembangan Multilateral dan Perkembangan Khusus
5
6. Garis Panduan Melaksanakan Latihan Untuk Atlet Muda
Perancangan Jangka Masa Panjang
10 KECEDERAAN DAN PERUBATAN SUKAN 2 jam
Pencegahan kecederaan
Kecederaan tisu lembut
Prinsip-prinsip pencegahan kecederaan
Prinsip-prinsip pengurusan kecederaan tisu lembut
Gaya Hidup Sihat
JUMLAH MASA KURSUS 27 jam
9. MAKLUMAT LANJUT
Unit SPKK
Cawangan Kejurulatihan
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
Peti Surat 10440,
50714 Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 8992 9600 / Fax: 03 - 8996 6203
Laman web: www.nsc.gov.my
“Kemajuan adalah kegiatan hari ini, dan kepastian masa depan” –
Ralph Waldo Emerson
“Moving step by step , you may travel great distances”
6
8. Objektif :
1. Boleh membezakan main (play), permainan (game) dan sukan (sport)
2. Tahu sebab-sebab penglibatan individu dan negara dalam sukan.
3. Huraikan pentingnya ilmu sains sukan dalam kejurulatihan.
4. Faham proses dan komponen kejurulatihan.
5. Sedar pentingnya membentuk falsafah kejurulatihan masing-masing.
KONSEP SUKAN
1. MAIN (PLAY) - Aktiviti fizikal yg melibatkan seorang atau kumpulan peserta yang
mudah (simple) organisasinya. Main berlaku atas desakan emosi secara
spontan. Ia bertujuan untuk keseronokan dan boleh ditamatkan bila-bila masa
oleh peserta-peserta. Mereka mengambil bahagian secara sukarela. Juga, main
tidak tetap dari aspek peraturan, masa, dan tempat.
Contoh: Galah panjang, Polis-sentri, Cuit ekor, 2 X 2 rebut bola.
PERMAINAN
Aktiviti yang berstruktur dengan organaisasi mengikut masa,ruang,dan peraturan yang
menjelaskan corak tingkahlaku pesertanya; hasilnya adalah untuk menentukan pihak
yang menang atau tewas (Singer 1988)
Contoh: Main Catur ; Ragbi Cuit
SUKAN
Segala aktiviti kompetitif yang diinstitusikan dan melibatkan pergerakan dan
kemahiran fizikal di mana penyertaan seseorang itu didorongkan oleh kepuasan
dalaman atau ganjaran luaran.
Memancing, Dam, Menari – Sukan ????
Ciri-Ciri Sukan Kompetitif
1. Bersifat fizikal ( ada pergerakan kencang/teknik
2. Ada peraturan-peraturan /undang-undang yang piawai (standard rules)
3. Berunsur persaingan/pertandingan ( ada keputusan)
4. Ada badan/persatuan yang mengawalnya (instituionalised)
5. Memerlukan latihan untuk menguasai kemahiran/strategi
PENGLIBATAN INDIVIDU
A. Mengapa individu terlibat dalam sukan
- Perubahan socio-politik masyarakat dan peredaran masa membawa
perubahan
konsep dan persepsi sukan. “Majulah Sukan Untuk Negara’
8
9. 1. Kesihatan : kesejahteraan diri & kualiti hidup
2. Kecergasan : penglibatan dalam aktviti. fizikal/sukan
3. Rekreasi : pengisian masa lapang,sihat dan seronok.
4. Keseronokan : mencari kepuasan dan hiburan yang sihat.
5. Budaya : pola tingkahlaku yang diterima masyarakat.
6. Sosial : peluang berinteraksi melalui aktiviti umum.
7. Teori Katarsis : mengeluarkan perasaan emosi.
8. Kecemerlangan : persembahan prestasi yang terbaik.
9. Kebendaan : pengiktirafan pelbagai bentuk(wang,gelaran).
10. Astetik : menikmati kecantikan pergerakan/persembahan.
KESIHATAN
KECERGASAN SOSIAL
MENGAPA
PENGLIBATAN NEGARA DALAM SUKAN KESERONOKAN
1) POLITIK
BERSUKAN
???????????
a) Alat perpaduan dan kestabilan negara
2) KESIHATAN RAKYAT
a) ‘Rakyat Sihat Negara Maju’
KECEMERLANGAN
3) PENDIDIKAN
ASTETIK
a) Pembangunan taraf sukan
4) REKREASI
a) Penggalakan gaya hidup sihat
5) EKONOMI
9
‘Mr Body Beautiful’
10. a) Penjana pendapatan utk negara
6) PERHUBUNGAN ANTARABANGSA
a) Persahabatan global melalui sukan
MENGAPA KESEDARAN TENTANG SUKAN MENINGKAT ?
1. Perubahan Gaya Hidup
2. Kempen Kesedaran
3. Program Sukan
4. Penglibatan Wanita
5. Perhubungan Antarabangsa
6. Penajaan Meningkat
SAINS SUKAN
Definisi
….satu bidang yang mengkaji aplikasi prinsip-prinsip dan teknik-teknik saintifik untuk tujuan
membaiki dan meningkatkan pelakuan manusia dalam sukan.
Konsep Sains Sukan
• Perkembangannya berasal dari bidang P.Jasmani yang berkait dengan pembelajaran
kemahiran/motor.
• Usaha untuk meningkatkan prestasi atlet telah membawa perkembangan pesat
dalam bidang Sains Sukan.
• Merangkumi bidang-bidang sains seperti : Nutrisi, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan,
Fisiologi Senam, Biomekanik, Metodologi Latihan, Fisioterapi,Tekologi Sukan,
Analisis Pergerakan…….
• Menambah ilmu tentang respons manusia terhadap latihan…..
Apa Itu Kejurulatihan ?
1. Proses yang terancang untuk membantu seorang individu atau kumpulan atlet
mempelajari kemahiran dan mencapai matlamatnya .
2. Jurulatih mengujudkan keadaan yang sesuai untuk merangsangkan pembelajaran
dan motivasi atlet .
3. Kejuruatihan sukan melibatkan 4 aspek: Fizikal, Teknik, Taktikal, dan Psikologikal
4. Kejurulatihan memerlukan pelbagai kemahiran: merancang, mengurus, melatih,
menilai, berkomunikasi, membuat keputusan……
PROSES KEJURULATIHAN
Pentingnya Kejurulatihan Yang Betul KEJURULAT
MEMBINA FALSAFAH IHAN
Satu proses berterusan dalam perancangan dan pelaksanaan;
Latihan yang berlandaskan kejurulatihan MENGENALI ATLET
1. - Keputusan semua aspek prinsip2 latihan MENGENALI ATLET
dibuat berasaskan
PERTIMBANGAN
2. maklumat ilmu sains sukan
Aplikasi yang dikumpulkan. -personaliti, kemampuannya,
-personaliti,kemampuannya,
3. -Kemajuan atlet dan kesesuaian program latihan perlulatihandan
Penguasaan teknik yang betul matlamatnya, latihan dan
matlamatnya, dinilai.
4. Menjauhi kejadian kecederaan gaya kejurulatihan yg sesuai
5.
gaya kejurulatihan yg sesuai
Latihan yang terancang utk memuncak pada masa yg sesuai
2. Mem buat
6. 1. Mengum pul kesan-kesan negatif seperti : dataran latihan, burnt out awal,
Mengelak kejadian
7. dat m akl
Mengekalkan at
a/ diagnosis
um motivasi untuk latihan yang lebih mencabar.
PENGETAHUAN
PENGETAHUAN
TENTANG TUGAS
TENTANG TUGAS
KITARANKEJURULATIHAN
KEJURULATIHAN
PROSES masalah,kekangan, 3.Merancang pelan
masalah,kekangan,
SIFAT-SIFAT JURULATIH YANG BERJAYA
tindakan/program
PENGETAHUAN ULATIHAN
PENGETAHUAN KEJ pengorbanan,nilai
pengorbanan,nilai
TENTANG DIRI --
TENTANG DIRI sosial,pengiktirafan
sosial,pengiktirafan
5. M enil ai
10 kekuatan,kelemahan,
kekuatan,kelemahan,
mengapa jadi j/latih?
mengapa jadi j/latih? 4.Mel aksanakan
pel an
11. 1. Berpengalaman dan berilmu
2. Bermotivasi dan komited
3. Mempunyai visi dan sasaran
4. Kemahiran merancang program latihan
5. Kompetensi melatih
6. Prioriti yang tepat
7. Fleksibel (adaptability to change)
8. Kestabilan emosi
6.1 Falsafah Kejurulatihan
Falsafah kejurulatihan ialah satu pegangan dan kepercayaan tentang manusia dan
sukan. Selain itu, falsafah membolehkan seseorang individu itu berfikir secara
kritis dan kreatif bagi mengatasi sebarang cabaran dan masalah yang dihadapi.
6.2 Peranan Jurulatih
Pengajar (Instructor) Mengarah aktiviti
Guru (Teacher) Menyampai pengetahuan dan idea baru
Penggerak (Motivator) Menggerak perlakuan
Pendisiplin (Diciplinarian) Mewujudkan ganjaran dan dendaan
Pengurus (Manager) Mengetahui dan mengarah atlit
Agen Publisiti (Publicity agent) Berhubung dengan media dan orang awam
Pekerja Sosial (Social worker) Membimbing, menasihat, dan membantu
atlet
Rakan (Friend) Memberi ruang dan masa untuk eratkan
perhubungan.
Saintis (Scientist) Menganalisis, menilai dan membuat
keputusan
Pelajar (Student) Mendengar, mempelajari dan berfikir untuk
kebaikan diri
11
12. 6.3 Jurulatih yang berkesan
Untuk menjadi seseorang jurulatih yang berjaya, beliau perlu :
i) Mengenali diri sendiri.
kekuatan dan kelemahan diri
kejayaan dan kekecewaan
tahap ilmu pengetahuan
ii) Mengenali atlet sendiri
dari segi pencapaian, komitmen, objektif, kecerdasan dan lain-lain
dari segi emosi, pemikiran, rakan, dan keluarga
dari segi amalan pemakanan, kesihatan, dan masalah diri
mengenalpasti bakat dan tahap penguasaan kemahiran
tahap pengetahuan dari segi teknik, struktur, dan undang-undang
permainan
6.4 Ciri-Ciri Jurulatih Yang Baik
i. Berpengetahuan ix. Terbuka / Jujur
ii. Berpesonaliti x. Fleksibel
iii. Berperawakan xi. Futuristik / berwawasan
iv. Kestabilan emosi xii. Rasional
v. Tegas dan berani xiii. Kreatif
vi. Yakin diri xiv. Pandai menyesuaikan diri
vii. Objektif xv. Berfalsafah
viii. Demokratik xvi. Berkemahiran
Jurulatih yang baik juga perlu berpengetahuan dan berkebolehan tentang :-
i) Binaan program latihan
ii) Teknik dan taktik permainan
iii) Kesan pemakanan terhadap atlit
iv) Psikologi kemanusiaan dan sosial
v) Sistem tenaga manusia yang utama
vi) Struktur dan organ badan (Anatomi)
vii) Pencegahan dan rawatan kecederaan
viii) Proses dan reaksi pembelajaran motor
ix) Pencegahan dan rawatan kecederaan
x) Proses dan reaksi pembelajaran motor
12
13. xi) Kaedah pengajaran, menganalisis dan menilai
xii) Kesan tubuh terhadap latihan dan pertandingan.
6.5 Gaya Kejurulatihan
Sebagai seorang jurulatih, pemilihan gaya kejurulatihan perlu diberi perhatian untuk
mengajar kemahiran dan strategi permainan. Corak pengurusan program latihan dan
pertandingan serta peranan atlet dalam proses membuat keputusan juga dapat
ditentukan.
Tiga gaya yang boleh digunakan untuk mengendalikan sesi latihan adalah :
Gaya Kejurulatihan
Gaya Arahan
- Semua arahan diberi oleh jurulatih
- Atlet mengikut arahan jurulatih
- Jurulatih tetapkan pilihan dan buat keputusan
- Pengurusan dan pengelolaan latihan yang lebih mudah
- Komunikasi satu hala
Gaya ’Submissive’
- Jurulatih memberi arahan dan bimbingan yang minimum
- Hanya melibatkan diri sepenuhnya semasa wujud masalah
- Tidak banyak terlibat dalam proses membuat keputusan
- Atlet diberi kebebasan untuk mengendalikan latihan secara sendiri
Gaya Koperatif
- Proses membuat keputusan dan pemilihan dibuat bersama oleh
jurulatih dan atlet
- Atlet diberi peluang untuk menetapkan matlamat dan membuat
keputusan sendiri
- Komunikasi dua hala
- Mewujudkan suasana keterbukaan
- Kepercayaan yang lebih tinggi diberi ke atas atlet
• Jurulatih boleh memilih kaedah dan teknik yang bersesuaian mengikut
kumpulan atlet masing-masing.
Kemuliaan kita yang terbesar bukanlah kerana kita tidak pernah jatuh, melainkan kerana
kita bangkit kembali setiap kali jatuh – Goldsmith
13
14. “ Only a Coach who has got enough brain can be simple”
“ The coach or a player who doesn’t learn from defaet, will always be a begginer”
UNIT 2
SUKAN DI MALAYSIA
14
15. SEJARAH RINGKAS SUKAN DI MALAYSIA
Sukan kaum tempatan
Sukan zaman kolonial
Selepas merdeka
Era semasa
SUKAN PADA ZAMAN KOLONIAL
Pengaruh Barat – Pentadbiran British, kedatangan tentera , dan pembukaan sekolah
mubaligh pada abad ke-19 meninggalkan kesan yang mendalam dalam perkembangan
aktiviti sukan di Malaysia.
“ Establishment of the colonial education had the most pervasive influence on the
development of sports in Malaya ” (Gullick,1991)
Sukan yang dibawa oleh penjajah adalah seperti: badminton, bola sepak, kriket, ragbi, hoki,
lawn bowls dan tenis.
• Sukan Bola Keranjang,Ping Pong dan Bola Tampar dibawa oleh kaum imigran dari
Cina dan diperluaskan dalam sistem pelajaran vernakular Cina.
• Sukan-sukan ini merupakan aktiviti riadah yang popular di kawasan tinggal mereka
dan juga menjadi ciri utama budaya sekolah Cina.
• Lawatan oleh pasukan dari Hong Kong dan Negeri Cina pada awal abad ke-20an
juga adalah faktor perkembangan sukan-sukan ini.
SEJARAH RINGKAS SUKAN DI MALAYSIA
1825 - Bolasepak diperkenalkan di Melaka.
1892 - Hoki diperkenalkan oleh askar Inggeris
1905 - Ipoh Athletic Association
1912 - Persekutuan Angkat Berat Malaya
15
16. 1920 - Kejohanan Olahraga BMAAA pertama
1921 - Persatuan Lawn Tenis Malaya
1925 - Persatuan Badminton Penang
1928 - Persatuan Ragbi Malaya
1930 - Persatuan Lumba Basikal Malaya
1934 - BAM ditubuhkan
1937 - Persatuan Ping Pong Malaya
1947 - Malaya Cricket Club (MCC)
1948 - Wakil Angkat Berat Malaya menyertai All-China Olympic
1949 - Pasukan Malaya menang Piala Thomas (8-1 X Denmark)
1949 - Penubuhan Majlis Olimpik Malaya(OCM-1997)
1954 - Persekutuan Hoki Malaya
1956 - Pasukan Hoki Malaya menyertai Melbourne Olympic
1958 - PTM pertama kali menyertai Sukan Komanwel di Cardiff,UK
1958 - Persatuan Bola Keranjang PTM (MABA)
1959 - Sukan SEAP pertama
1959 - Persatuan Bola Tampar PTM (MAVA);
1959 - FMSSM (MSSM) ditubuhkan.
1960 - Persatuan Sepak Raga Malaya
1961 - Persatuan Judo Malaya
1963 - Tae Kwondo diperkenalkan di Malaysia oleh Duta Korea
1964 - Jabatan Sukan dan Belia /Kem Kebajikan Malaysia.
1964 - Persatuan Lawan Pedang Malaysia
1965 - Persatuan Tenpin Boling Malaysia
1966 - Anugerah Sukan Negara -M. Jegathesan penerima pertama
1971 - Majlis Sukan Negara ditubuhkan
1972 - Pasukan Bolasepak Malaysia layak ke Olimpik Munich,Germany
1972 - Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM)
1974 - Persatuan Tae Kwondo Sedunia Malaysia (MWTF)
1975 - Pasukan Hoki Malaysia –tempat ke 4 Piala Dunia di K Lumpur
1988 - Dasar Sukan Negara diperkenalkan
1991 - Sukan Asia Sepak Takraw Malaysia Johan–Pingat Mas
1997 - Anugerah Jurulatih Kebangsaan diperkenalkan
1998 - Sukan Komanwel- Malaysia sebagai Tuan Rumah
2006 - Pemain Skuasy Malaysia ,Nicol David - Juara Wanita Sedunia
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Perkembangan Aktiviti Sukan :
- penubuhan persatuan2 sukan
- penglibatan tokoh-tokoh politik
- program sukan dalam sistem pelajaran
- penubuhan Majlis Sukan Sekolah2 PTM(MSSM)1959.
- penambahan infrastruktur sukan KBS,KPM,PBT
- peranan Majlis Sukan Negara 1971
- Pelaksanaan Dasar Sukan Negara 1988
- Akta Pembangunan Sukan 1997
16
17. - J/K Kabinet P’bgn. Sukan 2005
: DASAR SUKAN NEGARA
1. Ras io nal DS N
2. Matlamat
3. S trate g i &
Imple me ntas i
Rasional
Penggubalan DSN adalah atas rasional bahawa:
• Sukan adalah sebahagian daripada. rancangan pembangunan negara.
• Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan, dan penggalakan seperti
program pembangunan pendidikan, perumahan, ekonomi, kesihatan……
MATLAMAT
• Membentuk satu masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu.
• Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi,
sosial, psikologi dan fisiologi.
• Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan
sosial seseorang individu dan keseronokan orang ramai.
• Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan
yang tulen, dengan harapan meningkatkan lagi imej negara.
17
18. STRATEGI & IMPLEMENTASI
-
Sukan untuk Semua Sukan Prestasi Tinggi
Peranan sebagai pelengkap
Kumpulan sasar, strategi, dan matlamat berbeza.
SUKAN UNTUK SEMUA
Kumpulan Sasar:
Orang ramai dan semua lapisan rakyat
Matlamat:
STRUKTUR SUKAN DI MALAYSIA
Gaya hidup yang sihat,cergas melalui kegiatan sukan dan rekreasi.
Mengujudkan budaya bersukan dalamPEMBANGUNAN SUKAN
J/KUASA KABINET UNTUK masyarakat..
Strategi :
Program KBS/JBS dengan kerjasama KPM/JPN/SEKOLAH, NGOs ; penglibatan beramai-
KEM BELIA & SUKAN
ramai. KEM PELAJARAN MALAYSIA
- “Malaysia Cergas” , Sukan Komuniti, Tunas Gemilang
SUKAN PRESTASI TINGGI
• Kumpulan Sasar:
Atlet yg berpotensi untuk mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.. PIHAK-PIHAK
PIHAK-PIHAK
PIHAK-
• Matlamat:
Pencapaian prestasiUTAMA YANG dlm kejohanan DALAM SEA, Asia, Komanwel,
UTAMA YANGTERLIBAT DALAM
yang cemerlang TERLIBAT spt Sukan
dan Olimpik.
• Strategi: SUKAN DI MALAYSIA
SUKAN DI MALAYSIA
- Fokus MSN & ISN, Progam Elit, Pelapis dan Pembangunan, Program Sukan
Teras, TID
- Cari Bakat, Kejurulatihan & Sains Sukan
- Insentif kpd atlet/ jurulatih /persatuan sukan.
- Peranan Kem. Pelajaran – MSSM/JPJS;
- Peranan MOM dan PSK.
BADAN PROFESIONAL SUKAN MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA
18
PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN
19. STRUKTUR ORGANISASI SUKAN
DI MALAYSIA
KPM KEM BELIA & SUKAN
OCM
BSSK
Bhgn
Sukan PESURUH BADAN2
MSSM KBS JAYA SUKAN:
SUKAN
ISN MSN MAKSAK
MSPDRM
PS Keb (NSA) MSBBM
MASUM
JBSN MSATM
MSNegeri
MSSN USJPM
PPJSSKM
PSN (SSA) WSFFM
MSSD PBSD MSDaerah
SPORTXCEL
NFC
SEKOLAH-SEKOLAH
STRUKTUR PENTADBIRAN SUKAN DI MALAYSIA
KEMENTERIAN BELIA & SUKAN
- Bahagian Sukan KBS; MSN; ISN dll. di peringkat kebangsaan /pusat.
- Di peringkat negeri Jabatan Belia dan Sukan(JBS) bekerjasama dengan Majlis Sukan
Negeri (bawah potfolio Exco Belia dan Sukan,Kerajaan Negeri)
- Di peringkat daerah Pejabat Belia dan Sukan (PBS)
19
20. KEMENTERIAN PELAJARAN
- Jabatan Pendidikan Jasmani & Sukan (JPJS) ; Majlis Sukan Sekolah2 Malaysia
- Di peringkat negeri : Unit Sukan JPN ; MSS Negeri berkerjasama dgn JBS dan MS
Negeri.
- Di peringkat daerah : PPD (Sukan) ; PBS Daerah
MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA
- Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan (Akta
Pembangunan Sukan 1997).
- Ahli gabungan J/Kuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)
- Persatuan sukan kebangsaan berpayung dibawah MOM dalam penyediaan atlet dan
pegawai untuk Temasya Sukan seperti. Di Sukan Olimpik, Komanwel, Asia dan SEA.
PESURUHJAYA SUKAN
- Diwujudkan bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
- Mengawasi perjalanan persatuan sukan negeri/kebangsaan.
- Bekerjasama dengan MOM menyelesaikan “disputes” PSK
ULANGKAJI
1. Definasi terbaik bagi Sukan.
2. Nilai-nilai falsafah sukan.
3. Peranan MSN,KBS,MOM dan KPM
4. Komponen yang membina falsafah seseorang Jurulatih.
5. Kesan penglibatan individu dalam bidang sukan.
SEMANGAT KESUKANAN
The most important thing in the Olympic is not to win but to take part, just as the most
important thing in life is not triumph but the struggle. The essential thing is to have fought
well.
Pierre de Coubertain-1896
“ Kalau manusia begitu jahat, padahal sudah ada agama , bagaimana jadinya kalau tidak
ada agama”- Benjamin Franklin
“ When the coaches of today tend to teach the way they were taught in the past, how
we can expect progress”
20
22. ORGANISASI TUBUH MANUSIA
Organ – Terdiri daripada tisu yang berlainan jenis
Tisu – Terdiri daripada sel-sel sejenis
Sistem – Gabungan beberapa organ
Sel-sel tisu
22
23. Organisma – Terbentuk oleh gabungan beberapa sistem
SISTEM-SISTEM TUBUH
11 sistem yang mengawalatur proses tubuh badan :
• Intergumentari
• Rangka
• Otot
• Saraf
• Endokrina
• Kardiovaskular
• Limfatik
• Respiratori
• Pencernaan
• Urinari
• Reproduktif
SISTEM INTEGUMENTARI
Organ Utama
- Kulit
Fungsi
• Melindungi tisu-tisu dalaman daripada
kecederaan
• Simtesis V D ptg utk penyerapan kalsium
o dan fosforus (diperlukan untuk
tumbesaran tulang)
• Membantu mencegah kehilangan air
• Peka kepada rangsangan – sakit, sejuk,
kepanasan,
o tekanan dan sentuhan
• Perkumuhan – menyingkirkan bahan
kimia
– asid urik & garam mineral
berlebihan
23
24. SISTEM RANGKA
Organ Utama
- Tulang – Kartilej, Ligamen, Sendi
Fungsi
• Menyokong Berat Badan
• Melindungi organ-organ
• Membentuk dan mengekalkan bentuk
• Pelekatan otot-otot rangka
• Tuas
* Penghasilan sel darah
SISTEM OTOT
Organ
- Otot
- Tendon
Fungsi
• Mengekalkan postur tubuh
• Menghasilkan pergerakan
• Menghasilkan haba
• Menstabilkan sendi
• Artikulasi
SISTEM SARAF
Organ
- Otak, Saraf tunjang, Saraf periferi
Fungsi
• Mengesan, menerima dan bergerakbalas terhadap rangsangan
• Menyimpan maklumat
• Mengawal dan menyelaras aktiviti tubuh
SISTEM ENDOKRINA
24
25. Organ
- Kelenjar
Fungsi
• Mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon
SISTEM KARDIOVASKULAR
Organ
- Jantung
- Salur darah
Fungsi
• Menghantar darah ke seluruh badan
• Mengangkut gas-gas respiratori
SISTEM LIMFATIK
Organ
- Nodus Limfa
- Salur limfatik
Fungsi
25
26. • Imunisasi
• Pengangkutan bahan perkumuhan
• Mengangkut hasil pencernaan
SISTEM RESPIRATORI
Organ
- Hidung
- Salur udara
- Paru-paru
Fungsi
• Membekalkan oksigen
• Menyingkirkan karbon dioksida
• Pertukaran gas
• Mengekalkan kestabilan persekitaran
SISTEM PENCERNAAN
Organ
- Mulut
- Organ pencernaan
Fungsi
- Penguraian makanan
- Perkumuhan
SISTEM URINARI
Organ
- Ginjal
- Ureter
26
27. - Pundi Kencing
- Uretra
Fungsi
• Penyingkiran bahan perkumuhan
• Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia
SISTEM REPRODUKTIF
Organ - Perempuan →
- Ovari
- Tiub Fallopian
- Uterus
- Vagina
Organ - Lelaki
- Penis
- Testes
- Vesikel semen
- Kelenjar Prostrat
- Uretra
Fungsi
- Menghasilkan zuriat
- Menghasilkan hormon
Intergrasi Sistem Dalam Aktiviti Sukan
Sistem Kardiovaskular
- Pembekalan oksigen kepada otot
Sistem Saraf
- Memulakan pergerakan
Sistem Otot
- Penghasilan daya
27
28. Sistem Urinari
- Perkumuhan bahan sisa
Sistem Limfatik
- Pengangkutan bahan kumuh ke hati
Sistem Respiratori
- Mengangkut O2
- Membebaskan CO2
Sistem Integumentari
- Perkumuhan
- Mengawal suhu badan
Sistem Rangka
- Sokongan Mekanikal
- Pengestoran Tenaga
Sistem Endokrina
- Pengawalaturan proses mengikut keperluan
Sistem Pencernaan
- Mencernakan makanan untuk tenaga
Sistem Reproduktif
- Hormon
Sistem tubuh badan
• Sistem Tulang
• Sistem Otot Rangka
• Sistem Kardiovaskular
• Sistem Tenaga
- Aerobik (perlu O2)
- Anaerobik Alaktik (tidak perlu O2 dan tidak hasilkan laktik asid)
- Anaerobik Laktik (tak perlu O2 tetapi hasilkan laktik asid)
Sistem tulang
• Merangkumi
- Sendi
- Ligamen
- Tendon
- Rawan (kartilej)
- Tulang
SISTEM TUBUH UTAMA DALAM SUKAN
28
29. Sains Sukan berkaitan dengan aplikasi sains dalam aktiviti fizikal dan sukan. Sukan hari ini
perlu kepada pendekatan yang saintifik dan sistematik bagi memastikan prestasi atlet dapat
diperbaiki. Kefahaman ke atas beberapa disiplin dalam sains sukan seperti anatomi, fisilogi,
biomekanik, psikologi sukan, pengurusan sukan dan kaedah latihan dipercayai dapat
membantu para jurulatih untuk meningkatkan pengetahuan dalam aspek kejurulatihan dan
seterusnya membantu para atlit untuk meningkatkan prestasi mereka ke tahap optimum.
Keupayaan dan prestasi individu dalam sesuatu sukan bergantung kepada sejauh mana
tubuhnya dapat mengadaptasi kepada latihan yang lasak. Beberapa sistem tubuh badan
bergabung untuk menerima latihan dan seterusnya mengadaptasi kepada latihan yang
diterima sesuai dengan jenis dan keperluan sukan yang diceburi. Antara sistem-sistem ini,
lima sistem utama berperanan secara langsung dalam sukan iaitu sistem rangka, sistem
otot, sistem kardiorespiratori, sistem saraf dan sistem tenaga. Oleh yang demikian, amat
perlu bagi seseorang jurulatih untuk mengetahui dan memahami sistem-sistem ini secara
ringkas dalam membantu beliau menjadi seorang jurulatih yang baik, dan seterusnya
mengaplikasikan pengetahuan ini dalam latihannya.
Definisi Anatomi & Fisiologi
• Anatomi berasal daripada perkataan Yunani - ‘ Struktur’
• Fisiologi bermaksud tubuh badan manusia
Kajian atau penyelidikan tentang struktur dan fungsi tubuh badan manusia.
Sistem Tulang
Sistem Otot Rangka
Sistem Kardiovaskular
Sistem Tenaga
- Aerobik
- Anaerobik Alaktik
- Anaerobik Laktik
SISTEM RANGKA
Sistem rangka memberi bentuk kepada tubuh manusia. Rangka yang kuat dapat berfungsi
sebagai penyokong dan pelindung kepada organ-organ lain pada tubuh manusia. Terdapat
sebanyak 206 ketul tulang yang berlainan bentuk dan saiz dalam tubuh manusia. Selain
daripada itu sistem rangka juga disokong oleh struktur-struktur lain seperti ligamen, tendon
dan kartilej.
29
31. Sumber : Seeley, R.R., Stephen, T.D., & Tate, P. (1998). Anatomy & Physiology. 4 th ed.
31
32. Skull / Cranium
Facial bone
Rahang
Klavikel
Skapula Humerus
Tulang Rusuk Sternum
Radius
Vertebra
Ulna
Cocyx Carpals
Metacarpals
Femur
Patella
Tibia
Tarsals
Fibula
Metatarsals
SPESIFIKASI TULANG
Tulang panjang /long bone – di tangan dan kaki (pergerakan)
Tulang pendek /short bone – tapak tangan
Tulang leper / flat bone – rusuk dan di kepala (melindungi)
Tulang tak sama bentuk / irregular bone – tulang belakang (lekatan otot)
32
33. Jenis-jenis tulang
Kerangka manusia
Gambarajah 4.1 dan 4.2 Menunjukkan kartilej pada turus vertebra dan kartilej
yang menyelaputi hujung tulang pada sendi lutut
Gambarajah 4.1 Gambarajah 4.2
SENDI
33
34. • Tempat pertemuan dua atau lebih tulang
• Dua fungsi asas :
a) membenarkan pergerakan (mobiliti)
b) menyatukan tulang-tulang
Klasifikasi sendi
Immovable – suture cranium
Semi-movable – Pivotal Joint
Movable – Hinge Joint
34
35. Jenis- jenis sendi bergerak
• Elipsoid/Lesong
• Hinge
• Pivot
• Condyloid
• Saddle
• Gliding / gelungsur
Planar joint between the navicular and second and third cuneiforms of the tarsus in
the foot.
Hinge joint between throchlea of humerus and throclear notch of ulna
at the elbow
35
36. Pivot joints between head of radius and radial notch of ulna
Saddle joint between trapezium of carpus (wrist) and
metacarpal of thumb
Condyloid joint between radius and scaphoid and lunate
bones of the carpus (wrist)
Ball and Socket - Shoulder
36
37. Ball and socket joints between head of femur and the acetabulum of
hip bone
JENIS-JENIS SENDI
37
38. LIGAMEN
• Tisu berfiber kenyal yang menghubungkan tulang ke tulang
• Membolehkan pergerakan berlaku
Tisu penghubung
38
40. Ligamen ialah sejenis tisu berfiber kenyal
yang
menghubungkan
tulang dengan
Gambarajah 2
Menunjukkan ligament-
ligamen pada sendi lutut
Tendon
Tendon ialah
sejenis tisu
berfiber tidak
kenyal yang sangat kuat.
Tendon melekatkan
otot pada tulang dan pada otot
lain. Apabila otot
menguncup, tendon yang terdapat
pada hujung otot akan menarik
tulang. Antara
tendon paling kuat ialah tendon
Archilles.
Gambarajah 3 : Menunjukkan tendon pada otot-otot paha.
Tisu Penghubung
40
41. Tendon
Kartilej
Kartilej ialah tisu lembut yang kuat, elastik dan tanpa saluran darah. Kartilej menyaluti hujung
tulang yang membentuk sendi dan berperanan melindungi tulang daripada haus smasa
berlaku pergeseran antara sendi. Kartilej juga berfungsi sebagai penyerap hentakan dan
terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Antara kartilej terpenting bagi seorang atlit ialah
inter-vertebral cartilage pada bahagian tulang belakang dan kartilej pada sendi lutut.
Rawan (Kartilej)
Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah
Menyaluti hujung tulang
Melindungi tulang daripada haus semasa geseran antara sendi
Menyerap hentakan
Tisu penghubung
Cartilage / rawan
41
45. • Sokongan :
Tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan
organ-organ dalaman. Contoh : pelekatan otot rangka.
• Perlindungan :
Tulang melindungi organ-organ dalaman yang penting seperti otak,
jantung dan paru-paru.
• Pergerakan :
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas semasa pergerakan otot.
• Pembentukan sel darah :
Sum-sum tulang menghasilkan sel-sel darah darah merah dan sel-sel
darah putih.
• Penstoran mineral :
Tulang juga menjadi tempat penstoran mineral seperti kalsium dan
fosforus.
Cervical Vertebrae
• 1st 7 vertebral cervical vertebrae dari kepala hingga leher.
• 1st cv dipanggil atlas dan 2nd cv dipanggil axis.
Thoracic
• 12 tulang ini bergabung dengan tulang rusuk
Lumbar Vertebrae
•
45
46. • Lima vertebrae yang menjadi tulang belakang (spinal column.)
Sacrum
4 atau 5 tulang yang bercantum.
Coccyx
3 hingg 5 bercantum.
Pelvic girdle
46
47. SISTEM OTOT
Kajian menunjukkan bahan dan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar
menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot.
Otot juga menentukan magnitud pergerakan dan pergerakan ini dirangsang secara
voluntary atau involuntary oleh sistem saraf. Otot bukan sahaja menghasilkan pergerakan
malahan otot juga mempunyai fungsi-fungsi lain. Otot-otot ini dikenal sebagai otot-otot
rangka untuk membezakan dengan otot kardiak (jantung) dan otot-otot licin iaitu otot-otot
organ dalaman seperti hati dan pankreas. Otot-otot rangka atau skeletal ini juga dikenali
sebagai otot-otot berjalur.
SISTEM OTOT RANGKA
Jenis-Jenis Otot
• Otot rangka – otot berjalur
• Otot Licin – organ-organ dalaman tubuh
• Otot kardiak – otot jantung
Jumlah otot
• Terdapat sejumlah 639 – 640 jenis otot yang terdapat
dalam tubuh kita
• Daripada jumlah tersebut 30 jenis otot terdapat di bahagian muka (mencebek,
senyum, menangis, ketawa dll)
• Secara purata, 40 berat badan kita ialah otot.
• Otot yang terbesar ialah gluteus maximus.
Fungsi otot
• Membantu pergerakan tulang
• Mengekalkan postur badan
• Membekalkan haba semasa menjalankan aktiviti
• Menstabilkan kedudukan sendi tulang
Fungsi Otot :
1) Hasilkan Pergerakan
47
48. • Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot-otot rangka yang bertindak setelah
dirangsang oleh sistem saraf.
• Kombinasi saling tindakan otot-otot membolehkan kita berdiri, duduk, baring dan
melakukan lain-lain aktiviti yang sukar.
• Penguncupan ini berlaku secara sedar atau terkawal (voluntary) atau tidak terkawal
(involuntary).
• Kelajuan penguncupan bergantung kepada jenis fiber otot iaitu fiber sentak cepat
(fast twitch fiber) dan fiber sentak lambat (slow twitch fiber).
2) Kekalkan postur
• Kombinasi saling tindakan otot-otot bukan sahaja membolehkan kita berdiri,
duduk atau baring malahan membantu untuk mengekalkan postur badan.
• Lekatan otot-otot pada tulang membolehkan postur dikekalkan.
3) Stabilkan sendi
• Otot-otot badan mempunyai pelbagai saiz dan fungsi yang berbeza.
• Otot-otot besar seperti quadriceps femoris (sartorius,vastus intermedius,
lateralis dan medialis) triceps , abdominis dan trapezius lazimnya bertindak
sebagai agonis dan antagonis
• Otot-otot kecil akan bertindak sebagai pengimbang (stabilizer), penetap
(fixator) dan penyokong (synergist).
• Otot-otot kecil ini menstabilkan sendi terutamanya dalam sukan-sukan yang
memerlukan ketepatan lakuan atau sukan sasar (target sport) seperti
memanah,menembak dan ten-pin bowling.
4) Hasilkan haba
• Tenaga diperlukan untuk membolehkan otot-otot bekerja.
• Hampir 40% tenaga yang dihasilkan bertukar menjadi haba
yang meningkatkan suhu kulit atau suhu luaran badan.
• Haba-haba ini dihasilkan oleh otot-otot dan dikeluarkan
melalui proses evaporasi, konduksi, radiasi dan konveksi bagi
menstabilkan suhu badan.
Otot-otot rangka utama
Otot-otot utama badan ini lazimnya bertindak sebagai agonis atau
antagonis dalam pergerakan badan seperti menendang, menumbuk,
bangun, berlari, melompat dan melempar. Sementara itu otot-otot kecil yang
banyak terdapat pada sendi-sendi akan bertindak sebagai penyokong dan
pengimbang (sinergi dan stabilizer).
48
50. • Menghasilkan pergerakan : Semua pergerakan dihasilkan oleh penguncupan otot-
otot rangka yang bertindak setelah dirangsang oleh sistem saraf. Kombinasi saling
tindakan otot-otot membolehkan kita berdiri, duduk, baring dan melakukan lain-lain
aktiviti yang sukar. Penguncupan ini berlaku secara sedar atau terkawal
(voluntary) atau tidak terkawal (involuntary). Sementara itu kelajuan
penguncupan pula bergantung kepada jenis fiber otot samada jenis fiber sentak
cepat (fast twitch fiber) atau jenis fiber sentak lambat (slow twitch fiber).
• Mengekalkan postur : Kombinasi saling tindakan otot-otot bukan sahaja
membolehkan kita berdiri, duduk atau baring malahan membantu untuk
mengekalkan postur badan. Lekatan otot-otot pada tulang membolehkan postur
dikekalkan. Salah satu sebab kenapa ‘perut buncit’ ialah kerana otot-otot abdominis
tidak melekat pada mana-mana tulang selain daripada faktor lebihan berat badan
atau obesiti.
• Menstabilkan sendi : Otot-otot badan mempunyai pelbagai saiz dan fungsi yang
berbeza. Otot-otot besar seperti quadriceps, triceps, abdominis dan trapezius
lazimnya bertindak sebagai agonis dan antagonis, sementara otot-otot kecil akan
bertindak sebagai pengimbang (stabilizer) dan penyokong (synergist). Otot-otot
kecil ini berperanan untuk menstabilkan sendi terutamanya dalam sukan-sukan
yang memerlukan ketepatan lakuan atau sukan sasar (target sport) seperti
memanah,menembak dan ten-pin bowling.
• Menghasilkan haba : Tenaga diperlukan untuk membolehkan otot-otot bekerja.
Namun demikian hampir 40% tenaga yang dihasilkan bertukar menjadi haba yang
meningkatkan suhu kulit atau suhu luaran badan. Haba-haba ini dihasilkan oleh
otot-otot dan dikeluarkan melalui proses evaporasi, konduksi, radiasi dan konveksi
bagi menstabilkan suhu badan.
Gambarajah 5.1 dan 5.2 Menunjukkan otot-otot yang bertindak sebagai agonis-antagonis
dan stabilizer atau sinergi
50
51. Jenis-jenis penguncupan otot
Otot-otot bekerja melalui penguncupan atau kontraksi. Terdapat tiga jenis penguncupan iaitu:
• Penguncupan Isotonik
Penguncupan isotonik menyebabkan perubahan pada panjang otot dan terbahagi
kepada penguncupan isotonik konsentrik dan penguncupan isotonik esentrik.
Penguncupan isotonik konsentrik dirujuk kepada penguncupan melalui
pemendekan fiber-fiber otot sementara penguncupan isotonik esentrik dirujuk
kepada pengucupan ketika otot balik kepada panjang asal. Kebanyakan lakuan
dalam sukan seperti menendang bola, menanduk, melontar, menguis dan
menangkap adalah hasil daripada penguncupan otot secara isotonik.
Penguncupan Isometrik
Pengucupan isometrik berlaku ketika otot menguncup sambil mengekalkan panjang
otot atau tidak berlaku perubahan pada panjang otot ketika fiber-fiber otot
menguncup. Fasa menahan beratan dalam sukan angkat berat, acara tarik tali dan
aktiviti skrum dalam sukan ragbi adalah antara beberapa contoh penguncupan
isometrik.
Penguncupan Isokinetik
Penguncupan isokinetik hanya berlaku dengan bantuan mesin isokenetik. Dalam
penguncupan ini, halaju penguncupan adalah malar dan lazim digunakan bagi
tujuan pemulihan kecederaan otot.
Halatuju Penguncupan
Halaju pergerakan otot berbeza antara satu sama lain. Halaju pergerakan dan fiber otot yang
bekerja bergantung kepada intensiti kerja yang dilakukan. Terdapat dua kategori utama fiber
otot iaitu :
Gambarajah 5.3 dan 5.4 menunjukkanhubungan jenis fiber otot dan aktiviti sukan
Fiber Sentak Cepat (Fast Twitch Fiber – FT)
51
52. Fiber Sentak Lambat (Slow Twitch Fiber- ST)
Fiber sentak cepat
• FT – Fast Twitch
• Intensiti kerja tinggi
• Jangka masa kerja singkat
• Untuk kepantasan dan kuasa eksplosif
• Sel berwarna pucat (putih)
• Sel bersaiz kecil
52
53. Fiber sentak lambat
• Slow Twitch - ST
• Intensiti rendah dan sederhana
• Jangka masa kerja yang lama
• Sel berwarna merah, kaya dengan haemoglobin
• Saiz sel lebih besar
SISTEM KARDIOVASKULAR
53
54. Sistem kardiovaskular adalah salah satu Sutrie biologi yang menyokong Sutrie-sistem lain
badan untuk berfungsi dengan berkesan. Sistem ini berperanan mengangkut oksigen,
Sutrient, Sutrien-hormon dan keperluan lain badan kepada sel-sel terlibat dan membawa
keluar sisa-sisa metabolisme untuk dikumuh.
Bahagian-bahagian Utama Sistem Kardiovaskular
Tiga bahagian utama Sutrie Kardiovaskular ialah jantung, darah dan salur darah. Jantung
adalah organ yang berperanan mengepam darah ke seluruh tubuh bagi membekalkan
oksigen dan Sutrient. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk orang dewasa. Berat organ ini
adalah kurang daripada 600 gram. Sturktur jantung terdiri daripada empat ruang iaitu atrium
kanan, atrium kiri, ventrikal kanan dan ventrikal kiri. Rajah di bawah menunjukkan posisi
struktur ini pada jantung.
Darah adalah tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis sel termasuk eritrosit, leukosit
dan platlet yang terkandung di dalam plasma. Isi padu darah terdiri daripada 55% plasma
dan 45% eritrosit. Darah membentuk anggaran 7% daripada berat tubuh orang dewasa
normal. Orang dewasa yang mempunyai berat badan 70kg, biasanya mempunyai kira-kira 5
higga6 liter darah dalam system biologinya.
Salur darah pula terdiri daripada arteri, vena dan kapilari. Salur darah ini membolehkan
darah mengalir dan melengkapi perederan darah daripada jantung ke tisu dan kembali
semula ke jantung.
Saiz jantung
• Saiz jantung adalah sebesar penumbuk orang dewasa.
• Berat organ ini adalah kurang daripada 600 gram.
• Struktur jantung terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikal
kanan dan ventrikal kiri.
Gamrajah 6
54
55. Struktur Jantung Manusia
Fungsi Sistem Kardiovaskular
Sistem kardiovaskular berfungsi membantu membekalkan oksigen dan mengankut bahan
kumuh seperti karbon dioksida daripada darah. Proses peredaran darah mengangkut
oksigen daripada paru-paru ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon dioksida
daripada sel-sel tisu ke paru-paru berlaku secara sistematik.
Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen dibawa masuk ke paru-paru melalui
salur pernafasan. Gas oksigen ini disimpan sementara dalam alveolus. Jantung akan
mengepam darah kurang oksigen ke paru-paru. Gas-gas oksigen dan karbon dioksida
meresap merentasi membrane alveolus dan meresap ke dalam darah melalui kapilari-
kapilari. Karbon dioksida dihembus keluar daripada paru-paru melalui salur pernafasan.
Oksigen yang merentasi membran alveolus dan kapilari seterusnya meresap ke dalam
darah. Darah beroksigen kemudian diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri untuk
diagihkan kepada sel-sel tisu lain di dalam badan.
Struktur dan fungsi bahagian-bahagian jantung
Jantung terbina daripada oto-otot jantung atau miokardium yang diliputi oleh epikardium di
permukaan luar dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang di atas iaitu atrium
mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama
lain oleh struktur yang dikenali sebagai septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua
ruang bawah ialah ventrikal. Dinding otot ventrikal adalah lebih tebal berbanding atrium.
Fungsi septum interventrikel terdapat antara kedua-dua ventrikal tersebut.
55
56. Jadual dibawah membezakan fungsi atrium dan ventrikel dalam sistem kardiovaskular
Membandingkan peranan atrium dan ventrikel dalam menjalankan fungsi sistem kardiovaskular
Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikal, serta pada arteri-arteri yang hanya
boleh membenarkan pengaliran darah berlaku pada satu arah sahaja. Injap atrioventrikular
(yang terdiri daripada injap-injap bicuspid dan tricuspid) membenarkan aliran darah dariapda
atrium ke ventrikel. Injap semilunar pulmonary dan injap semilunar aortic pula menghalang
aliran darah ke belakang iaitu darah yang keluar daripada jantung menerusi arteri pulmonari
dan aorta.
Keadaan injap terbuka. Darah mengalir masuk dari atrium ke Keadaan injap tertutup. Darah terhalang dari mengalir ke
ventrikal belakang
Mekanisme pembukaan dan penutupan injap atriovantrikular
Keluaran jantung
56
57. Keluaran jantung didefinisikan sebagai jumlah isi pasu darah yang dipam keluar oleh
ventrikal kiri dalam masa satu minit keluaran jantung dapat diukur dengan menggunakan
rumus berikut:
Q = KDJ X IS
[Keluaran jantung = Kadar denyutan jantung dalam
satu minit didarab dengan Isi padu Strok]
Kadar denyutan jantung merujuk kepada kekerapan penguncupan jantung dalam satu minit.
Tindakan sistem saraf automatic berfungsi mengawal kadar denyutan ini. Kadar denyutan
jantung kita berbeza mengikut faktor perbezaan individu seperti umur dan mengawal amalan
gaya hidup. Kadar denyutan jantung rehat individu yang mengamalkan gaya hidup aktif
adalah lebih rendah berbanding individu sedentari. Kadar denyutan jantung rehat ini boleh
diperolehi dengan mengira bilangan kadar nadi seminit di srteri karotif atau arteri radial
semasa kita bangun daripada tidur. Tujuan pergiraan kadar nadi rehat ini adalah untuk
menilai tahap kecergasan kardiovaskular kita. Jumlah kadar nadi yang rendah dalam seminit
menggambarkan tahap kecergasan yang lebih tinggi. Teknik mengambil kadar nadi ini boleh
dilakukan seperti berikut:
Letakkan jari telunjuk di arteri carotid atau arteri radial
Catatkan bilangan kadar nadi untuk tempoh 10 saat.
Denyutan yang pertama dikira sebagai sifar
Darabkan jumlah dengan enam. Jumlah hasil
darab ini ialah kadar nadi rehat kita.
A. Arteri radial B. Arteri karotid
Gambarajah 8 menunjukkan Teknik mengambil kadar nadi
Isipadu pada strok ialah jumlah darah yang dipam oleh ventrikel kiri. Isi padu ini disukat
dalam unit liter / denyutan. Posisi anggota turut mempengaruhi isi padu strok. Isi padu strok
adalah lebih tinggi jika kita dalam keadaan berbaring, berbanding dalam keadaan berdiri.
57
58. Perbezaan ini berkaitan dengan kesan graviti yang bertindak ke atas sistem kardiovaskular
manusia.
TEORI KARVONEN
KADAR NADI LATIHAN MAXIMA – 220 – UMUR
KADAR NADI REHAT -
KADAR NADI LATIHAN – IKUT % LATIHAN
CONTOH: UMUR PESERTA 20 TAHUN DAN KADAR NADI REHAT IALAH 50
Bagi 70% KADAR NADI LATIHAN IALAH:-
70 X ( 200 – 50 ) + (50) = 155
100
Peredaran darah
Sistem peredaran darah terbahagi kepada dua kitaran iaitu kitaran pulmonari dan kitaran
sistemik. Jadual 2 menunjukkan ciri kitaran ini.
Rajah 2.3 : Ciri-ciri kitaran pulmonari dan sistemik dalam sistem peredaran darah
58
59. Terdapat beberapa faktor yang membantu pengedaran semula darah ke jantung. Apabila
otot-otot menguncup, vena akan tertekan dan darah yang terkandung di dalamnya akan
ditolak ke arah jantung. Injap-injap pada vena akan membenarkan pengaliran darah ke arah
jantung sahaja. Pada fasa otot mengendur, vena tersebut akan penuh semula dengan darah.
Mekanisme penguncupan dan pengenduran otot begini membolehkan darah disalurkan ke
jantung.
Semasa inspirasi, tekanan intratorasik menurun. Keadaan ini menyebabkan vena darah
dalam rongga toraks mengembung. Mekanisme yang berlaku menghalakan pengaliran
darah ke arah atrium kanan jantung. Apabila tekanan intratorasik meningkat semasa
ekspirasi, vena-vena tersebut dipenuhi semula dengan darah kurang oksigen. Semakin
tinggi tekanan ini, semakin tinggi juga keluaran (output) jantung . Mekanisme pernafasan
yang membantu keluaran (output) jantung ini dikenali sebagai ‘pam pernafasan’.
Salur Darah
Salur darah pula terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
Salur darah ini membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran darah
daripada jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung
Proses peredaran darah mengangkut oksigen daripada paru-paru ke sel-sel tisu
badan dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel-sel tisu ke paru-paru berlaku
secara sistematik.
Litar peredaran sistemik
59
60. SALUR DARAH
Salur nadi (artery)
- Bertugas sebagai saluran yang mengalirkan darah beroksigen
dari jantung ke seluruh tisu badan kecuali salurnadi paru-paru.
Pembuluh (vena)
- Berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah kurang beroksigen
kembali semula ke jantung kecuali pembuluh paru-paru.
Rerambut (capillary)
- Merupakan salur halus yang membentuk rangkaian di dalam tisu tubuh
badan.
- Rangkaian kapilari menerima darah dari salur nadi halus (arteriol) dan
mengalirkan darah ke dalam pembuluh halus (venul)
Darah membentuk anggaran 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal.
Orang dewasa yang mempunyai berat badan 70kg, biasanya mempunyai kira-kira 5
hingga 6 liter darah dalam sistem biologinya.
60
61. SISTEM TENAGA
Tenaga yang digunakan oleh sIstem biologi badan adalah dalam bentuk adenosin trifosfat
(ATP). Sebanyak 60-70% kuantiti ATP digunakan untuk fungsi biologi umum sementara
bakinya adalah untuk tujuan aktiviti sel dan fungsi mekanikal seperti melakukan aktiviti
fizikal. Keperluan tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal seperti bersukan adalah tinggi
berbanding aktiviti fizikal harian yang lain. Jumlah tenaga yang digunakan untuk bersukan
terutamanya bagi sukan berprestasi tinggi adalah di antara 3000 – 4000 Kcl sementara
untuk aktiviti fizikal harian lain hanyalah antara 1800 – 2500 Kcl sahaja, bergantung kepada
faktor-faktor jantina, kadar metabolisme asas (BMR), tahap keaktifan dan beberapa faktor
lain.
Sistem tenaga badan mempunyai ciri-ciri khusus dalam menjana ATP untuk keperluan harian
dan sukan. Tiga sistem tenaga utama ialah :
Sistem Anaerobik Alaktik atau Sistem Fosfagen atau ATP-CP
Sistem ini paling ringkas dalam konteks
penggunaan dan penjanaan ATP.
Pembebasan tenaga berlaku secara
anaerobik dan paling dominant dalam
aktiviti-aktiviti bercorak eksplosif dan balistik.
Acara-acara padang dalam sukan olahraga,
acara-acara lari pecut 100m dan 200 m,
servis dan rejaman dalam sepak takraw dan
bola tamper adalah antara beberapa aktiviti
sukan yang menggunakan tenaga dalam
sistem ini.
Sistem anaerobik alaktik menggunakan ATP
yang disimpan di tisu otot rangka sahaja.
Bekalan ATP daripada simpanan ini adalah
dalam bentuk sedia ada dan terhad. Tenaga (Gambarajah : Sistem tenaga anaerobik
alaktik)
hanya dibekalkan untuk anggaran tempoh 10 saat sahaja. Sekiranya aktiviti berlanjutan
61
62. melebihi 10 saat, mekanisme fisiologi kita akan menggunakan sistem tenaga anaerobik
laktik bagi membentuk ATP. Dalam masa yang sama, sistem biologi akan menjalankan
mekanisme membina semula ATP daripada molekul-molekul keratin fostat dan adenosin
difosfat.
Sistem Anaerobik Laktik
Sistem anaerobik laktik ialah kaedah
anaerobik kedua bagi pembentukan ATP.
Sistem ini juga dikenali sebagai sistem
anaerobik glikolitik. Sistem tenaga ini
dominan bagi aktiviti eksplosif yang
berlanjutan melebihi 10 saat, sebagai contoh
lari pecut 400m, rali panjang dalam sukan
tenis dan badminton, pecutan-pecutan
pendek berulang dalam sukan-sukan hoki,
bola sepak, ragbi dan ketika melakukan satu
rutin pergerakan gimnastik.
Apabila aktiviti berintensiti tinggi dilakukan
berterusan melebihi 10 saat, penjanaan ATP
dilakukan daripada sumber glikogen yang
disimpan dalam otot dan hati.
Mekanisme penghasilan ATP akan
melibatkan pemecahan glikogen tersebut
kepada glukos menerusi proses yang
dikenali sebagai glikolisis. Hasil sampingan
proses glikolisis ialah pembentukan asid (Gambarajah : Penjanaan ATP dalam
piruvik yang menghasilkan asid laktik. sistem anaerobik laktik)
Penghasilan asid laktik ini adalah limitasi utama sistem tenaga ini. Kehadiran asid laktik
dalam sistem biologi merencatkan proses pemecahan glikogen. Keadaan ini boleh
menjejaskan mekanisme penguncupan otot. Sekiranya aktiviti masih berlanjutan melebihi 90
saat, mekanisme fisiologi kita akan beralih kepada sistem aerobik bagi menjana ATP untuk
bekalan tenaga.
62
63. Sistem Aerobik
Sistem aerobik adalah sistem tenaga paling dominan bagi aktiviti yang berteraskan daya
tahan kardiovaskular seperti renang dan lari jarak jauh. Sistem tenaga ini juga dikenali
sebagai sistem oksigen. Mekanisme sistem ini adalah sangat kompleks. Namun begitu,
sistem ini mampu menjana jumpah ATP yang paling banyak. Penjanaan ATP ini berlaku di
mitokondria secara aerobik. Tiga proses kimia yang terlibat bagi menghasilkan ATP secara
aerobik ialah :
• Proses glikolisis
• Kitaran Kreb, dan
• Rantaian Pengangkutan Elektron
(Gambarajah : 3 proses kimia dalam
sistem tenaga aerobik)
63
64. Semasa senaman, terdapat tiga sumber tenaga :
Tenaga Semerta: sistem ATP-CP
Tenaga Jangka Pendek: Sistem Asid Laktik
Tenaga Jangka Panjang : Sistem Aerobik
Secara relatif, sumbangan tenaga anaerobik dan aerobik semasa senaman berubah
mengikut jangka masa dan intensiti latihan.
Memahami keperluan tenaga pelbagai aktiviti sukan dan membentuk sistem yang
betul adalah penting. Ia menjelaskan kenapa :
Pemegang rekod dunia dalam acara larian 1 batu tidak semestinya pelari
jarak jauh terhandal
Ramai pelari maraton yang tidak dapat menamatkan larian 1 batu dalam
tempoh kurang drpd 4 minit, tetapi dapat menamatkan larian 26 batu pada
purata kelajuan 5 batu sejam.
Tenaga untuk aktiviti fizikal
a) Kitaran tenaga biologi:
• Sumber adenosina trifosfat (ATP)
• Sumber anaerobik
• Sumber aerobik (mengetahui konsep penting tentang tenaga sebagai
asas fisiologi senaman)
• Adenosina Trifosfat: mata wang tenaga
- Nutrien daripada makanan menyediakan sumber potensi utama
untuk membentuk ATP
- Tenaga kimia dalam ATP digunakan untuk kerja-kerja biologi
Objektif
• Sumber tenaga luar tubuh
• Sumber tenaga dalam tubuh
• Penghasilan Tenga
• Klasifikasi sukan berdasarkan masa lakuan dan predominant intracellular
energy pathways
Sumber tenaga luar tubuh
64
65. Karbohidrat
• Dipecahkan ke dalam bentuk tenaga
• 1 g karbohidrat menghasilkan 4 kcal tenaga
Lemak
• Dipecahkan ke asid lemak dan glyserin
• 1 g lemak hasilkan 9 kcal tenaga
Stor tenaga selepas makan
• Karbohidrat disimpan dihati dan otot sebagai glikogen dan lemak dalam
tisu adipos.
• Lemak disimpan sebagai lemak tepu dalam sel-sel lemak
Sumber tenaga dalam tubuh
Anaerobik Alaktik
• Tenaga disimpan sebagai ATP dan CP
Anaerobik laktik
• Tenaga disimpan sebagai glikogen
Aerobik
• Menggunakan karbohidrat dan lemak sebagai tenaga dimana darah
membawanya ke otot dari luar.
65
66. Penghasilan tenaga
• Mitochondria dan konsep ATP, ADP dan PC
• Penghasilan laktat dari lemak, karbohidrat dan penghasilan tenaga anaerobik
laktat.
• Kitaran kreb dan penghasilan tenaga aerobik
Klasifikasi sukan berdasarkan masa lakuan dan predominant intracellular energy
pathways
Kerja-kerja biologi
66
67. ATP dijana daripada karbohidrat , lemak dan proteins melalui proses
katabolisme
ATP
• ATP juga dijana tanpa
oksigen daripada fosfat
bertenaga tinggi iaitu kreatin
fosfat (CP)
• Tenaga daripada CP amat
penting ketika transisi
daripada keperluan tenaga
rendah ke tinggi , seperti
ketika permulaan latihan
ketika keperluan tenaga
melebihi bekalan daripada pemecahan makronutrien yang tersimp
67
69. Semasa senaman, terdapat tiga sumber tenaga :
• Tenaga Semerta: sistem ATP-CP
• Tenaga Jangka Pendek: Sistem Asid Laktik
• Tenaga Jangka Panjang : Sistem Aerobik
Secara relatif, sumbangan tenaga anaerobik dan aerobik semasa senaman berubah
mengikut jangka masa dan intensiti latihan
Memahami keperluan
tenaga pelbagai aktiviti
sukan dan membentuk
sistem yang betul adalah
penting. Ia menjelaskan
kenapa :
• Pemegang rekod
dunia dalam
acara larian 1
batu tidak
semestinya pelari jarak jauh terhandal
• Ramai pelari maraton yang tidak dapat menamatkan larian 1 batu dalam
tempoh kurang drpd 4 minit, tetapi dapat menamatkan larian 26 batu pada
purata kelajuan 5 batu sejam.
Kesimpulan
Seseorang jurulatih harus memahami tentang pergerakan tubuh.
Memanipulasikan sistem di dalamnya untuk tujuan memberikan persembahan dan
pencapaian yang maksimum dalam sukan.
69
70. Seseorang jurulatih harus memahami tentang pergerakan tubuh:
Memanipulasikan sistem di dalamnya untuk tujuan memberikan persembahan dan
pencapaian yang maksimum dalam sukan.
Orang yang bekerja bukan kerana cintaanya pada pekerjaan, melainkan sekadar untuk
mendapatkan wang, nampaknya tidak akan mendapatkan wang,juga tidak akan
mendapatkan banyak kesenangan dalam hidup- Charles M. Schwar
70
71. UNIT 4
ASAS BIOMEKANIK
Biomekanik ialah disiplin sains sukan yang mengkaji pembolehubah yang mempengaruh
kualiti dan kuantiti sesuatu pergerakan yang dihasilkan. Bidang ini mensintesis disiplin-
disiplin ilmu biologi dan fizik dalam menjelaskan pencapaian prestasi pergerakan manusia.
Pengetahuan biomekanik asas seterusnya bleh diperkaya dengan mengetahui maklumat-
maklumat mengenai jenis daya serta kaedah tindakan sesuatu daya untuk menentukan
kualti mutlak pergerakan yang kita lakukan.
71
73. ASAS MEMAHAMI PERGERAKAN MANUSIA
RUJUKAN POSISI ANATOMI & SATAH PERGERAKAN
SATAH SAGITAL
Satah yg membahagikan jasad
kepada bahagian kiri dan
kanan.
SATAH FRONTAL
• ANTERIOR DAN POSTERIOR
Rotasi
73
75. ORIENTASI PERGERAKAN
BERDASARKAN POSISI ANATOMI
Anterior (ventral)
Merujuk kpd semua orientasi
pergerakan yg mengarah ke
bahagian hadapan jasad.
Posterior (dorsal)
Merujuk kpd semua orientasi
pergerakan yg mengarah ke
bahagian belakang jasad.
Superior
Merujuk kpd semua
orientasi pergerakan
yang mengarah ke
bahagian atas jasad.
Inferior
Merujuk kpd semua
orientasi pergerakan
ke bahagian bawah
jasad.
75
76. Lateral
Merujuk kepada semua
orientasi yg mengarah ke
Medial luar jasad berdasarkan
Merujuk kepada semua aksis tubuh.
orientasi yg mengarah ke
dalam jasad berdasarkan
aksis tubuh.
Intermediate
Merujuk kepada semua
orientasi yang mengarah ke
tengah jasad berdasarkan
aksis tubuh.
Distal
Merujuk kpd semua
orientasi yg paling
jauh dpd bahagian
aksis jasad.
Proksimal
Merujuk kpd semua
orientasi yg paling
hampir kpd
bahagian aksis jasad.
76
77. JENIS-JENIS PERGERAKAN
Linear Angular
Pergerakan melibatkan Pergerakan yang
peralihan (translatory) terhasil apabila
berlaku putaran
Pergerakan melibatkan jasad pada satu
jasad beralih daripada paksi rujukan.
posisi asal ke posisi
baru.
PERGERAKAN LINEAR
Rektilinear Curvilinear
Pergerakan yg melibatkan Pergerakan yg melibatkan
peralihan keseluruhan jasad peralihan jasad dalam
mengikut garis tegak; pada laluan melengkung.
kadar yang sama dari arah,
jarak & kelajuan
77
78. PERGERAKAN ANGULAR
Pergerakan yang berlaku
pada paksi bayangan yang
dikenali sbg paksi putaran.
(axis of rotation)
Paksi putaran adalah
bersudut tepat dgn satah di
mana rotasi berlaku. Paksi
putaran ini boleh bersifat:
(a) dalaman
(b) luaran.
PERGERAKAN AM
(general motion)
Pergerakan terhasil
daripada kombinasi
pergerakan linear &
angular.
Kemahiran sukan
banyak melibatkan
pergerakan am.
78
79. PROJEKTIL
Projektil ialah pergerakan jasad yang tersesar ke
udara dan jatuh semula ke bumi & hanya
dipengaruhi oleh daya semulajadi.
Daya-daya semulajadi ini ialah graviti dan
rintangan udara.
Trajektori
Range
Beberapa jenis trajektori
Trajektori Menegak
Permulaan pelepasan lebih
rendah dpd pendaratan.
Trajektori Parabolik
Permulaan pelepasan sama
tinggi dengan pendaratan.
Trajektori Mendatar
Permulaan pelepasan lebih
tinggi dpd pendaratan.
79
80. Faktor-faktor yang mempengaruhi projektil
Sudut Pelepasan
θ
Halaju Pelepasan
Tinggi Pelepasan
KONSEP-KONSEP KINEMATIK & KINETIK DALAM PERGERAKAN
JARAK & SESARAN
Variabel kinematik yang mengukur
kadar peralihan sesuatu jasad.
Jarak linear diukur sepanjang
laluan pergerakan; sesaran linear
diukur berdasarkan garis tegak
peralihan dpd posisi asal ke posisi
baru.
Jarak angular mengukur berapa
besar perubahan sudut yang
berlaku berdasarkan pergerakan
jasad.
Sesaran angular mengukur
perubahan sudut berdasarkan
posisi akhir jasad selepas beralih
daripada posisi asal.
Unit sesaran linear ialah meter (m);
Unit sesaran angular ialah radian.
80
81. KELAJUAN & HALAJU
Kuantifikasi halaju linear
Kelajuan dan halaju merujuk
kepada kepantasan peralihan jasad. HALAJU LINEAR (v)
Dari aspek mekanik, kelajuan
Sesaran linear (s)
tidak sama dgn halaju. Kelajuan
adalah kuantiti skalar (tiada arah) Perubahan Masa (t)
manakala halaju adalah kuantiti
vektor (ada arah). v = s/t
Analisis biomekanik hanya guna
nilai halaju. Halaju linear dan Kuantifikasi halaju angular
angular melibatkan perubahan
sesaran linear/angular berdasar- HALAJU ANGULAR ( ω)
kan perubahan masa.
Sesaran angular (θ)
Halaju angular positif apabila
pergerakan berlaku pada arah Perubahan Masa (t)
lawan pusingan jam; dan negatif
apabila pergerakan berlaku ω = θ/ t
mengikut arah pusingan jam.
81
82. PECUTAN
Kuantifikasi pecutan linear
Pecutan ialah kadar perubahan
halaju yang berlaku pada suatu PECUTAN LINEAR (a)
jeda masa.
Halaju akhir – Halaju awal
Sekiranya perubahan halaju Perubahan Masa
meningkat, pecutan adalah positif.
a=v–u/t
Sekiranya perubahan halaju @ v = u + at
menurun, pecutan adalah negatif.
Kuantifikasi pecutan angular
[Dikenali sebagai deceleration]
PECUTAN ANGULAR (α)
Sekiranya tiada perubahan halaju,
pecutan adalah sifar, bermakna α ω −ω / t
= 2 1
jasad tidak mengalami pecutan.
NILAI PECUTAN
Dalam pergerakan projektil, jasad GRAVITI IALAH
mengalami pecutan yang dikenali
9.81 m/s2
sebagai pecutan graviti.
HUBUNGKAIT MEKANIKAL
SESARAN, HALAJU & PECUTAN
Bila berlaku peningkatan sesaran dpd
1
satu rangka masa, halaju akan turut
meningkat.
Bila sesaran tekal berdasarkan satu
2
rangka masa, halaju berkeadaan
malar.
3 Bila halaju malar, pecutan adalah
sifar.
Bila halaju mencapai tahap
4
maksimum, pecutan adalah sifar.
82
83. IMPULS
Impuls adalah paduan
di antara daya dgn
jangkamasa daya
tersebut bertindak.
Impuls penting dalam
kinetik lakuan kerana
pergerakan yg terhasil
dpd tindakan sesuatu
daya dipengaruhi oleh Kuantifikasi impuls
tempoh daya tsbt Impuls = Daya x Masa
bertindak. (Force x time)
= Ft
[Unitnya ialah Ns]
MOMENTUM
Momentum ialah kuantiti
mekanikal sesuatu jasad.
Jasad ada momentum bila
dalam keadaan dinamik.
Momentum sifar ketika
jasad berkeadaan statik.
Perubahan momentum
dalam jasad adalah sama Kuantifikasi momentum:
dgn impuls.
F = ma M = mv (jisim x velositi)
= m [v – u /t]
Ft = mv – mu Unit ialah kgm/s
= m [v – u]
=∆ mv
83
84. HUKUM-HUKUM NEWTON DALAM PERGERAKAN
Hukum Newton Pertama HUKUM INERTIA
Pergerakan Linear
Jasad tidak akan menghasilkan pergerakan sekiranya tiada sebarang aplikasi daya ke atas
jasad tersebut. Jasad yang bergerak tidak akan berhenti sekiranya tiada daya bertindak ke
atasnya.
Pergerakan Angular
Sesuatu jasad akan kekal berada dalam keadaan asalnya (samada sedang pegun atau
berputar pada paksi rotasinya) sehingga wujud tindakan daya torque ke atas jasad tersebut.
Hukum Newton Kedua HUKUM PECUTAN
Pergerakan Linear
Daya berhubungkait positif dengan pecutan. Konsep pecutan turut melibatkan daya yang
terhasil bila berlaku perubahan pada kadar halaju.
Pergerakan Angular
Pecutan jasad semasa pergerakan rotasi adalah berkadar terus dengan torque yang
menghasilkan pergerakan tersebut. Pecutan rotasi wujud pada arah yang sama dengan
arah torque. Pecutan ini berkadar songsang dengan momen inertia jasad tersebut.
Hukum Newton Ketiga HUKUM REAKSI
Pergerakan Linear
Aplikasi sesuatu daya akan diiringi daya tindakan dengan magnitud yang sama tetapi pada
arah yang berlawanan.
Pergerakan Angular
Apabila torque jasad pertama diaplikasi ke atas jasad kedua, jasad kedua akan menjana
torque yang berlawanan, tetapi dengan nilai magnitud yang sama, ke atas jasad pertama
Daya dan Pergerakan
Setiap pergerakan dilakukan adalah hasil interaksi daya-daya yang bertindak ke atas jasad
yang menghasilkan lakuan tersebut. Daya juga membolehkan jasad berubah arah dalam
pergerakan. Secara amnya, daya boleh didefinisikan melalui persamaan berikut:
84
85. F = ma
[F ialah daya (force), m ialah jisim (mass) dan a ialah pecutan berdasarkan graviti
(acceleration)]
Setiap jenis daya mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada komponen-komponen daya
menegak dan daya mendatar. Daya resultan diperoleh hasil daripada interaksi kedua-dua
komponen daya ini ke atas jasad seperti yang digambarkan pada rajah 4.6. Kita tidak boleh
melihat sifat-sifat daya menegak dan daya mendatar. Namun interaksi komponen daya ini
boleh direalisasikan menerusi daya resultan. Sifat daya resultan diperlihatkan melalui kualiti
pergerakan yang dihasilkan.
Daya menegak
Resultan
Daya
mendatar
Rajah 9: Tindakan komponen daya yang
menghasilkan resultant.
Konsep halaju dalam pecutan
Halaju adalah kadar perubahan kelajuan pergerakan dalam satu tempoh masa. Pecutan pula
merupakan kadar perubahan halaju dalam satu tempoh masa.
• Sekiranya halaju akhir pergerakan adalah lebih tinggi daripada halaju pergerakan,
jasad akan mengalami pecutan.
• Sekiranya halaju akhir pergerakan adalah lebih rendah daripada halaju awal,
pergerakan jasad akan mengalami pecutan negatif (deceleration).
• Sekiranya tiada perubahan antara halaju akhir dengan halaju awal, jasad bergerak
malar dan tidak mengalami sebarang pecutan.
Oleh itu, jasad hanya boleh memecut sekiranya berlaku peningkatan halaju ketika berlaku
pergerakan.
Jenis-jenis Daya
Daya yang mempengaruhi pergerakan terdiri daripada daya dalaman dan daya luaran. Daya
dalaman ialah daya yang dijana daripada penguncupan otot. Daya ini juga dikenali sebagai
daya intrinsik. Kuantiti daya dalaman yang mampu dihasilkan jasad adalah bergantung
85
86. kepada saiz, jenis otot dan ciri pelekatan otot tersebut pada sendi. Sebagai contoh, otot
quadriceps mampu menjana daya dalaman yang lebih tinggi berbanding otot gastrocnemius.
Hal ini kerana saiznya lebih besar dan pelekatannya pada sendi lesung membolehkan
pencapaian julat pergerakan yang luas.
Daya luaran pula merujuk kepada daya-daya yang wujud secara semulajadi dalam
persekitaran. Daya ini juga dikenali sebagai daya ekstrinsik. Tarikan graviti, geseran dan
rintangan udara adalah contoh daya luaran yang mempengaruhi kualiti pergerakan. Sebagai
contoh, atlet boleh memecut dengan lebih pantas jika memakai spike berbanding kasut trek
yang biasa. Faktor utama yang membezakan prestasi ialah geseran permukaan lebih tinggi
yang diperoleh dengan memakai spike. Geseran ini membolehkan otot terlibat menjana daya
dalaman berdasarkan potensi sebenar otot tersebut.
Tindakan daya ke atas sistem mekanikal jasad
Hasil akhir sesuatu lakuan adalah ditentukan oleh kaedah tindakan daya ke atas jasad yang
menghasilkan pergerakan tersebut. Tindakan daya ini berlaku dalam konteks:
• Magnitud daya
Magnitud memberi pengertian saiz atau kuantiti daya yang diaplikasi. Magnitud daya
yang besar bermaksud kuantiti daya yang banyak. Sebagai contoh, jika kita mampu
melonjak ke atas dengan megnitud daya yang besar, maknanya kita mampu
melompat dengan tinggi.
• Arah Daya
Arah daya bermaksud arah daya dialikasikan ke atas jasad. Sebagai contoh, jika
arah aplikasi daya adalah ke hadapan, jasad akan bergerak ke hadapan.
• Titik Aplikasi Daya
Titik aplikasi daya ialah lokasi daya diaplikasikan dengan merujuk kepada pusat
gravity pada jasad. Sekiranya titik aplikasi daya selari dengan kedudukan pusat
gravity, jasad akan menghasilkan pergerakan linear. Pergerakan bersudut terhasil
sekiranya titik aplikasi day atidak selari dengan kedudukan pusat graviti.
• Garis Tindakan Daya
Garis tindakan daya ialah garis lurus bayangan yang wujud melalui titik aplikasi serta
arah tindakan daya ke atas jasad. Garis tindakan ini adalah rujukan utama dalam
menentukan pencapaian kestabilan dinamik semasa kita sedang beraksi.
Keempat-empat aspek tindakan daya tersebut adalah perkara asas yang perlu dikaji dalam
proses melakukan analisis biomekanik kemahiran sukan. Dalam aplikasi sains sukan
peringkat tinggi, proses analisis biomekanik boleh dilakukan secara kualitatif. Kemahiran
melakukan analisis-analisis ini dengan tepat memerlukan kefahaman tinggi mengenai
Hukum Newton dalam mekanik pergerakan manusia.
Hukum Newton
Semua mekanik lakuan yang dipengaruhi oleh daya graviti mematuhi tiga Hukum Newton,
seperti berikut:
86
87. Hukum Pertama : Hukum Inersia
Inersia ialah kuantiti jasad yang mewujudkan rintangan terhadap perubahan pada jasad.
Hukum ini menyatakan bahawa jasad yang pegun kekal berada dalam keadaan pegun
sehingga terdapat aplikasi daya untuk menggerakkan jasad tersebut. Sebaliknya, jasad yang
bergerak akan kekal begerak sehingga terdapat aplikasi daya untuk menghentikan
pergerakan tersebut. Jumlah daya yang perlu untuk mengubah keadaan jasad tersebut
adalah berkadar terus dengan jisim jasad yang terlibat.
Dalam sukan, aplikasi Hukum Inersia adala berkait rapat dengan konsep stabiliti. Bagi sukan
yang memerlukan kestabilan tinggi seperti gusti, atlet yang bersaiz besar berpotensi untuk
mencapai prestasi tinggi. Hal ini demikian kerana daya yang tinggi diperlukan untuk
mengatasi inersia yang tinggi daripada jisim jasad yang besar. Pernahkah kita melihat ahli
gusti sumo berbadan kecil?
Sebaliknya, bagi sukan-sukan yang memerlukan pergerakan lincah dan perubahan arah
seperti gimnastik, atlet berbadan kecil lebih berpotensi mencapai prestasi tinggi kerana
hanya sedikit sahaja daya yang diperlukan untuk mengatasi inersia yang rendah daripada
jisim jasad yang kecil.
Hukum Kedua : Hukum Pecutan
Daya berhubung kait positif dengan pecutan. Pecutan ialah daya yang terhasil apabila
berlaku perubahan velositi pada jasad yang sedang mengalami pergerakan. Berdasarkan
hukum ini, daya dihubungkaitkan dengan kadar perubahan pada momentum jasad.
Momentum merujuk kepada kuantiti mekanikal sesuatu jasad dan dipengaruhi oleh faktor-
faktor jisim dan halatuju jasad. Hubung kait ini boleh dinyatakan menerusi persamaan:
M = mv
[M ialah momentum, m ialah jisim dan v ialah velositi]
Perubahan momentum dalam jasad adalah sama dengan impuls. Impuls ialah panduan
antara daya dengan jangkamasa daya tersebut bertindak ke atas jasad. Penghasilan impuls
yang tinggi ketika sesuatu tindakan mempengaruhi kualiti pergerakan secara keseluruhan.
Aplikasi Hukum ini dalam sukan adalah berfokus kepada kepantasan aplikasi daya ke atas
jasad. Sebagai contoh, sekiranya kita menendang 0.5 kg bola dengan daya setinggi 10 N,
daya pecutan yang dihasilkan oleh bola semasa pergerakan ialah 20 m/s. Jika daya yang
sama dikenakan ke atas bola yang berjisim 1 kg, pecutannya akan menjadi berkurangan.
Berdasarkan hukum ini , jika kita inginmemaksimukan penghasilan daya, kita perlu
melakukan pergerakan dengan pantas kerana situasi ini akan meminimumkan nilai t (kerana
masa yang singkat) dan meniggikan nilai v (kerana velositi pergerakan yang laju). Hasilnya
ialah nilai F (daya) yang besar.
87
88. Hukum Ketiga : Hukum Reaksi
Hukum ini menyatakan bahawa aplikasi sesuatu daya akan diiringi oleh daya reaksi dengan
magnitud yang sama tetapi bertindak pada arah yang berlawanan. Konsep yang penting
mengenai hukum ini dalam pergerakan ialah bahawa daya sentiasa bertindak secara
berpasangan, iaitu mengikut konsep aksi-reaksi. Bagi setiap daya aksi yang diaplikasi, akan
wujud daya reaksi yang sama sifatnya kecuali daya ini bertindak mengikut arah yang
bertentangan.
Aplikasi Hukum ini amat meluas dalam situasi sukan. Apabila atlet menggunakan blok
permulaan ketika memulakan lari pecut, daya yang mampu dijana ke hadapan adalah tinggi
kerana daya tolakan ke belakang yang dikenakan ke atas blok akan dibalas dengan daya
reaksi ke hadapan daripada blok tersebut. Daya reaksi ini masih wujud tanpa menggunakan
blok permulaan tetapi tidak optimum. Hal ii demikian, kerana aplikasi daya tolakan ke bumi
biasanya tidak setinggi berbanding di blok permulaan. Dalam aktiviti lompatan pula, ternyata
kita mampu melompat lebih tinggi sekiranya sendi lutut difleksikan ketika melompat. Aksi
fleksi lutut ini mengaplikasi tindakan daya ke bumi dan daya reaksi daripada bumi akan
bertindak ke atas jasad untuk membantu penjanaan daya yang lebih tinggi ketika melompat.
PRINSIP-PRINSIP STABILITI
Definisi Stabiliti
Stabiliti didefinisikan sebagai keseimbangan posisi jasad bagi sesuatu keadaan samada
semasa jasad berada dalam keadaan statik atau dinamik. Stabiliti juga menjelaskan tentang
hubungkaitan di antara berat atlit atau objek dan apa yang menyokong berat tersebut.
Hubungkaitan ini amat mempengaruhi keupayaan objek atau individu untuk bergerak atau
menahan sebarang pergerakan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi stabiliti ialah:
Prinsip 1
Jasad semakin stabil apabila kedudukan pusat graviti semakin rendah. Maksudnya,
merendahkan badan akan meningkatkan kestabilan posisi. Sebagai contoh, atlet gimnastik
artistik yang hilang keseimbangan semasa mendarat perlu membengkokkan lututnya supaya
dapat mencapai semula kestabilan posisi.
Prinsip 2
Stabiliti yang lebih tinggi akan dicapai sekiranya tapak sokongan diluaskan pada arah
tindakan daya. Sebagai contoh, dalam sukan-sukan raket, mengekalkan kestabilan posisi
ketika membuat hantaran atau membalas pukulan memerlukan kita meluaskan tapak
sokongan pada arah daya diaplikasikan.
Prinsip 3
88
89. Jisim yang tinggi menjadikan jasad lebih stabil. Sebagai contoh, bagi sukan yang
mementingkan kestabilan dan rintangan terhadap impak daya, atlet bertubuh besar adalah
lebih berkemampuan untuk mengekalkan stability berbanding atlet bertubuh kecil. Dalam
permainan ragbi, pemain berbadan besar biasanya bermain di posisi ‘forward’ kerana
kestabilan tinggi daripada jisim tubuh mereka memberi kelebihan ketika melakukan skrum.
Prinsip 4
Untuk mencapai kestabilan maksimum, garis graviti perlu merentas tapak sokongan pada
titik yang menghasilkan julat pergerakan yang tinggi, serta berlawanan arah dengan daya
yang menghasilkan pergerakan. Sebagai contoh, ketika menunggu tindakbalas daripada
pihak lawan, memastikan supaya garis gravity berada di bahagian tengah tapak sokongan
akan memudahkan pertukaran arah pergerakan.
Prinsip 5
Daya geseran yang tinggi pada tempat kontak (sentuhan) permukaan dengan jasad akan
menghasilkan situasi yang lebih stabil. Sebagai contoh, menggunakan kasut-kasut sukan
yang sesuai mengikut keperluan stability sukan yang terlibat boleh memaksimumkan
prestasi atlet.
Prinsip 6
Kestabilan dinamik lebih mudah dicapai sekiranya atlet memberi tumpuan visual terhadap
objek pegun. Sebagai contoh, sekiranya atlet gimnastik mengalami kesukaran untuk
mengimbang badan di papan imbangan, guru atau jurulatih harus menggalakkan atlet
tersebut supaya menumpukan kepada sesuatu peralatan yang static seperti bangku
penonton. Strategi ini boleh membantu proses mencapai keseimbangan statik.
89
90. SISTEM TUAS
• TUAS (LEVER ) adalah palang keras yang bergerak ke atas satu paksi atau fulkrum.
• Daya yang dikenakan ke atas tuas boleh membantu menggerakkan rintangan.
• Dalam tubuh manusia, tulang bertindak sebagai tuas, sendi sebagai fulkrum dan
otot sebagai pemberi daya
SISTEM TUAS KELAS
PERTAMA
• Daya Beban/Rint.
• (Tendon otot)
• Paksi
• (sendi)
SISTEM TUAS KELAS KEDUA
• Beban Daya
• tendon
Paksi
(sendi)
90
91. SISTEM TUAS KELAS KETIGA
• Paksi Daya Beban
“Di Dunia ini benda-benda tidak berubah kecuali kalau ada yang mengubahnya” -
Garfield
“ You can help a palyer a lot by correcting him, but more by encouraging him”
91