Your SlideShare is downloading. ×
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Bahan p.seni
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Bahan p.seni

871

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
871
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2012 KOD KURSUS: HBAE 1203 TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NO. MATRIKULASI : 700203015788-001 NO. KAD PENGNEALAN : 700203015788 NO. TELEFON : 012-7687126 E-MEL : suriati.raji@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : OUM JOHOR CENTER
  • 2. Kandungan Muka surat Pengenalan 1 Definisi Kreativiti 1-2 Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada guru pendidikan seni visual? 3-4 Kepentingan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-kanak 5-6 Tahap Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual 7-11 Implikasi Pendekatan Fisher Terhadap Perkembangan Kreativiti murid-murid 12-13 Kesimpulan 14 Rujukan 15 Pengenalan
  • 3. Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Oleh itu, saya akan memaparkan hasil kajian saya dalam kertas kerja ini dan membuktikan bahawa kanak-kanak mempunyai daya kreativiti sendiri mengikut peringkat umur mereka. Namun sebagai seorang guru, kita boleh mencungkil bakat kanak-kanak melalui pelbagai teori dan kaedah pembelajaran. Pendekatan yang saya gunakan dalam kajian ini ialah teori perkembangan kreativiti Fisher. Saya juga ada menunjukkan hasil karya murid tahun 2 (8 tahun) bermula dari peringkat rangsangan sehinggalah ke paringkat kajian semula mengikut Teori Perkembangan Fisher (1943). Daripada gambaran yang dipaparkan ini, kita akan dapat menilai sejauhmanakan teori ini mampu menjadikan seorang kanak-kanak lebih berdaya kreativiti. Definisi Kreativiti Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semula jadi persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi. Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik. 1
  • 4. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. (HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak, 2011) Aktiviti estetika dan kretiviti sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, kerya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah; a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea. 2
  • 5. c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains. i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman ii) menikmati kehidupan yang dialami iii) menghargai diri sendiri iv) mengamalkan kebebasan v) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada guru pendidikan seni visual? Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif (cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan maklumat, memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data, pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus, pemikiran divergen (divergen production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan bercapah; dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan bagi sesuatu tindakan. Pemikiran kreatif dapat diklasifikasikan di dalam golongan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran kreatif itu pelbagai, dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja. Justeru, adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu. 3
  • 6. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. (HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-Kanak, 2011) Ciri-ciri Kreativiti Rajah 1: Ciri-ciri Kreativiti 4 Logik Bersifat Fleksibel Sensitif dan Peka Berfikiran bebas Gagasan Idea yang Asli dan Tulen Ciri-ciri Kreativiti
  • 7. 1.2 Kepentingan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak- kanak Pernahkah anda melihat kanak-kanak menconteng dinding, buku atau pun kertas? Mengapakah kanak-kanak gemar menconteng? Adakah mereka ingin berkomunikasi? Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukismerupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: (a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang empunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. 5
  • 8. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikanseni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkansemangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Tahap Perkembangan Kreativiti FISHER Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Visual Menurut teori perkembangan kreativiti fisher ( 1943), tahap perkembangan kanak-kanak dapat dilihat melalui lima peringkat iaitu: i)Peringkat Rangsangan – merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain. Sebagai guru, pelbagai soalan boleh dikemukakan untuk merangsang minda murid sebelum meneroka suatu pelajaran terutamanya pelajaran Seni Visual. 6
  • 9. Contoh soalah yang boleh dikemukakan mengikut aras Taksonomi Bloom adalah seperti berikut: Peringkat Contoh soalan-soalan penilaian Adakah hasil karya kamu menggambarkan pemandangan sebenar di kampung kamu? Sintesis Nyatakan atau lukiskan apa yang kamu nampak dalam kampung kamu? Analisis Apa yang ada dalam lukisan kamu? Pokok? Haiwan? Kolam? Rumah? Aplikasi Bayangkan suasana di kampung kamu. Cuba kamu lukis apa yang kamu bayangkan. Kefahaman Bagaimana suasana di kampung kamu? Sunyi? Bising? Nyaman? Seronok? Pengetahuan Apa yang kamu nampak di kampung kamu? Gunung? Laut? Sungai?sawah? ii)Peringkat Penerokaan – peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan yang timbul. Berdasarkan soalan-soalan di atas, saya pasti murid-murid dapat membayangkan apa yang mereka lihat di kampung mereka. Oleh yang demikian, murid-murid boleh meluahkan pengalaman mereka dalam bentuk lukisan.Ini bermakna murid ini telah mula meneroka apa yang disampaikan oleh guru. 7
  • 10. Menurut Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain murid kajian saya adalah pada peringkat Skematik (Schematic :7-9 Tahun). Pada usia ini, lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Ini menunjukkan kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman (sila lihat Rajah 4.3). Pada tahap ini juga kanak-kanak melukis objek yang jauh dengan saiz kecil dan objek dekat dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif. Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day pula menyatakan bahawa kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun adalah pada peringkat Membuat Simbol .kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Di bawah ini ditunjukkan contoh lukisan yang dihasilkan oleh murid tahun 2 (8 tahun). 8
  • 11. iii)Peringkat Perancangan – Pada peringkat ini, guru akan menggalakkan pemikiran kreatif murid untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan dalam hasil karya mereka. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui cara :  perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Antara contoh soalan mengikut aras taksonomi bloom yang dikemukakan guru dalam pengajaran pada peringkat perancangan adalah seperti di bawah. Peringkat Contoh-contoh soalan Sintesis Ada atau tidak haiwan di kampung kamu? Kucing, lembu, kambing, ayam, itik, angsa dan sebagainya. Jika ada, tambah dalam lukisan kamu sekiranya kamu terlupa melukisnya. Aplikasi Cuba kamu lukis apa yang tidak ada dalam lukisan kamu ini. Kefahaman Bagaimana saiz gambar yang kamu lukis apabila benda itu berada jauh? Dan bagaimana sekiranya benda itu dekat dengan kamu? Melalui perancangan ini pula, guru menunjukkan beberapa contoh gambar pemandangan di sebuah kampung. Murid pada tahap ini suka meniru suatu yang mereka lihat. Contoh lukisan murid tahun 2, setelah melalui peringkat perancangan 9
  • 12. iv)Peringkat Aktiviti – bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran kreatif perlu merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini, guru akan mengemukakan beberapa persoalan tentang asas seni reka dan prinsip rekaan seperti warna, rupa, bentuk, ruang, keharmonian, kesatuan dan sebagainya untuk menampakkan keindahan suatu karya.Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti di bawah: Peringkat Contoh soalan Penilaian Adakah warna yang kamu gunakan sesuai? Adakah lukisan kamu ini menampakkan suasana sebenar pemandangan sebuah kampung? Sintesis Perlukah kamu melukis matahari, bulan dan bintang, hujan, banjir atau sebagainya? Adakah warna-warna yang kamu gunakan menunjukkan keaslian lukisan kamu? Analisis Bagaimana harus kita lakukan untuk menjadikan suasa kampung kita ceria, nyaman dan damai? Atau bising, hingar-bingar? Contoh lukisan terakhir murid setelah melalui beberapa peringkat pengajaran mengikut teori perkembangan kreativiti Fisher. Hasil karya pelajar didapati menampakkan kemajuan berbanding hasil karya yang pertama. Ini bermakna guru berjaya membimbing murid menghasilkan karya yang sepatutnya dan lebih maju bebanding hasil karya berasaskan imaginasi dan daya pemikiran seorang kanak- kanak berusia 8 tahun. 10
  • 13. v) Kajian semula – peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pelajar digesa memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Kanak-kanak pada peringkat ini, telah menunjukkan rasa puas hati terhadap hasil karyanya. Mereka dapat menginterprestasi imaginatif mereka ke dalam lukisan sebagai luahan rasa. Mereka juga dapat membandingkan hasil pertama dan terakhir setelah melalui proses pembelajaran . 11
  • 14. Implikasi Pendekatan Fisher Terhadap Perkembangan Kreativiti Murid-murid Daripada beberapa peringkat hasil karya murid yang dipaparkan, dapat kita lihat keberkesanan pendekatan Fisher dalam Pnegajaran dan pembelajaran murid-murid. Implikasi pendekatan Fisher nampak jelas apabila kanak-kanak boleh berfikir dan berubah menjadi lebih kreatif dan inovatif. Ini dapat dilihat daripada peringkat hasil karya kanak-kanak tersebut. Namun begitu, peranan guru dalam mencungkil bakat kanak-kanak adalah penting . Murid-murid akan mudah dapat mengembangkan daya fikirnya dengan bantuan guru mereka. Daripada kajian ini, pendekatan Fisher didapati sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Implikasi Pendekatan Fisher ini dapat dilihat dari aspek: Aspek Huraian (a) Keaslian Murid sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar biasa. Dalam hal ini, murid biasanya akan memaparkan suatu yang lahir dari pemikiran mereka sendiri. Ini dapat dilihat dalam hasil karya murid di atas. (b) Kelancaran Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas.Pada peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan- kemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya menginterasikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah. Ini dapat dilihat dalam hasil karya murid pada peringkat aktiviti setelah dirangsang oleh guru. (c) Fleksibel Pada pPeringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses pembelajaran.
  • 15. (d) Kepekaan Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod. Dengan ini, murid akan dapat melahirkan imaginasi mereka dalam bentuk karya. (e)Sensitif dan Peka individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria. (f) Idea yang Asli dan Tulen seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. (g) Bersifat terbuka mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik. (h) Bersifat fleksibel seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. (i) Logik peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa. (j) Berfikiran bebas golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.
  • 16. 13
  • 17. Kesimpulan Secara umumnya kanak-kanak pada peringkat 7-9 tahun pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pembelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan memperkembangkan sifat sifat seni ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Oleh itu, saya dapati Teori Perkembangan Kreativiti Fisher sangat sesuai digunakan dalam pengajaran dan Pembelajaran Seni Visual di sekolah. Di mana kanak-kanak seharusnya diasuh, diajar, dibimbing dan dinilai untuk menonjolkan kreativiti mereka. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya dan sentiasa menerima teguran dan nasihat yang diberi terutamanya oleh guru mereka. (2693 patah perkataan) 14
  • 18. SUMBER RUJUKAN: Prof Dr Hj Abdul Shukor Hashim et.al (2011) Perkembangan Seni Knak-kanak, Selangor, Meteor Sdn Bhd RUJUKAN INTERNET: http://imann9969.blogspot.com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-dan.html http://www.sabah.edu.my/itma128/Kreativiti&Estetika.html http://babasani.multiply.com/journal/item/95/KEPENTINGAN_SENI_VISUAL_DALAM_P ENDIDIKAN_KANAK-KANAK http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html 15
  • 19. Lampiran : Peringkat Penerokaan Pendekatan Fisher Hasil karya Kanak-kanak berusia 8 tahun Lampiran:Peringkat Perancangan Pendekatan Fisher Lampiran:Peringkat Aktiviti Pendekatan Fisher (karya akhir)

×