SlideShare a Scribd company logo
1 of 48
Asas Fotografi Digital
versi 0.6
Tarikh kemaskini terakhir : 25 June 2008

Nota disediakan oleh Adhadi Mohd.
http://www.adhadimohd.com/training
Terima kasih kerana memuat turun Nota Asas Fotografi Digital.
Nota ini adalah untuk edaran secara percuma. Anda dialu-alukan untuk menggunakan
nota ini untuk sebarang tujuan pembelajaran samada secara percuma atau berbayar.
Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membuang sebarang kredit atau link di dalam
nota ini.
Sekiranya terdapat sebarang ralat atau perubahan, sila emailkan
kepada training@adhadimohd.com untuk dikongsikan semula.
Semoga anda mendapat faedah dari nota ini, dan selamat maju jaya.
Terima kasih.
Adhadi Mohd
Photographer
http://www.adhadimohd.com
isi kandungan
1. Pengenalan
2. Peralatan Fotografi Digital
3. Dedahan / Exposure
4. Histogram
5. White Balance
6. Fokus
7. Kualiti & Format Gambar
8. Penggunaan Flash
9. Teknik-teknik Fotografi
10. Asas Komposisi
11. Warna
12. Pencahayaan
1.0 Pengenalan

Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi:
Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti
teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya
kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep
keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan
penceritaan sesebuah gambar.
Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah
gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang
berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens
telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.
Penggunaan ISO
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir
sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital
mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh
mencapai iso 6400 dan 25600.
ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang
terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di
gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.
Teknik Digital Darkroom
Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian
computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara
proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging
dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white
balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.
Retouching
Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti
menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.
Gambar Hitam Putih / Monochrome
Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan
menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia
digital.
Filters
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang
paling
penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar
dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga
kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter
itu
boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan
baying-bayang di dalam air.
Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu
kita mengambil gambar secara macro.

Focal Length / Bukaan pandangan
Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah
lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di
dalam millimeter atau mm.

Perisian pengurusan Imej (workflow)
Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne
CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan
sebagainya.
2.0 Peralatan Fotografi Digital

Kategori Kamera Digital SLR
1. Pro
2. Semi pro
3. Prosumer
4. Hobyist

Format-format Sensor Kamera DSLR
Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai
digunakan
dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka
untuk format
itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of
field dan
pelbagai factor lain.
Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah
data dan
sensitivity kepada cahaya.
Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih
cantik
walaupun pada ISO yang sangat tinggi.

Full frame
Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem
35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full
frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila
lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm.
Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti:
• Nikon D3
• Canon 1Ds
• Canon 1Ds Mark II
• 1Ds Mark III
• Canon EOS 5D
• Contax N Digital
• Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n

Cropped format
Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera
digital yang lebih kecil daripada full frame.
APS-C
Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format
jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6
untuk canon.
Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari
jenis:
Canon EF, EFS
Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N
Sistem Four Third

Lensa
Jenis-jenis Lensa
Terdapat 4 jenis lens.
Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah
50mm f1.8.
Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close
up sesuatu gambar.
Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak
di
gunakan dalam architecture dan photojournalism.
Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau
focal
length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.
Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8
Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length.
Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm
Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan
saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.
Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut :
Kategori
Lensa
Contoh Gambar
Ultra wide
• fish eye
Nikkor 10.5mm f/2.8G ED
AF DX Fisheye
Selain ini:
Tokina 10-17mm

Pandangan membengkok. Perpektif latarbelakang yang
luas.
Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi,
kanak-kanak, perkahwinan, acara-acara tidak rasmi,
portrait kreatif.
Ultra Wide
Nikkor AF-S 14-24mm
f/2.8G ED

Selain lens ini:
Nikkor AF-S 12-24mm f4
ED DX

Sigma 10-20mm
Tokina 12-24mm
Perspektif latang belakang yang luas.
Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group
photo, perkahwinan dan photojournalism.
Standard
Zoom
Kit lens
Nikkor 18-55mm f/3.55.6G ED II AF-S DX Zoom

Selain lens ini,
Tamron 17-50mm f2.8
Canon 17-55 mm
Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada
standard zoom

Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi
Standard
(tiada
zoom)
Noctilux 50mm f/1.0

Lain-lain
Nikkor 50mm 1.4 & 1.8
Nikkor 35mm

perspektif latarbelakang yang biasa.

Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama
yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif
(distortion)
Telefoto
(tiada
zoom)
Canon 85mm f1.2L
Perspektif latarbelakang yang kecil.
Kesesuaian penggunaan : portrait
Telefoto
Zoom
Nikkor 70-200mm f/2.8G
ED-IF AF-S VR

Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh,
portrait

Sumber gambar :www.pbase.com

Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh
Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar
dan
besar.

30mm f2.8 80mm f2.8
Panjang Fokal
Lanskap pada 18mm, kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas

Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang seperti yang ditandakan pada
kotak putih diatas.
Panjang fokal dan perspektif.
Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang
lain, maka
gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar
dari focal length
yang satu lagi.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh
menggunakan
wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak
lebih ke
belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza.
Focal length perspective diagram
Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal
length untuk
mendapatkan satu gambar yang serupa.
10mm
20mm
40mm
Kad Memori
Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan
adalah
compact flash dan secure digital.
Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza.
Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan
Lexas pro.
Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan
membaca data.
Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat.
Kelajuan
memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam
gambar
dengan pantas terutamanya untuk mode burst.
Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB
boleh diperolehi
sekitar RM200 sahaja.
3.0 Dedahan / Exposure

Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam
kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal
dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed,
dan kawalan ISO.

Kelajuan Shutter
Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter
dengan 2 kali
lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop).
Kelajuan
shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak
Kelajuan yang
rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur).

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali
sebagai
1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan
lama akan
Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air
seperti diatas.
Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.
Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak
lembut.
Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.
membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi
gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry.
Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar
kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100
biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar
menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan
jurugambar.
Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan.
Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon.

APERTURE
Aperture adalah “pintu“ yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor
kamera digital.

“Pintu“ yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak.
Pintu
yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama.
Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama.
Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan
background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada
kualiti kesamaran yang terhasil.
Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai
digunakan
untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma
satu
cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture
f11 untuk mengambil gambar portrait.
Aperture dikenali sebagai f-number.
Aperture mengikut julat bukaan 1-stop
f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32

f-32 . Bokeh kurang kemas

f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan
kemas.

Kesan f-number pada kualiti bokeh.

Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum
Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh
memilih
bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka.
Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum
adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh:
Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5
atau f4.
Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6.
Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada
bukaan
f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini
pada
pelbagai bukaan aperture.
ISO
ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO
rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan
memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama.
ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu
tinggi,
bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan
kehilangan details.
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang
memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya
anda
perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter,
maka
anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture.
Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang
rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini
kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata
berbanding gambar yang terlalu blur.
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin
seperti
noiseninja.
ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds
mark
111, Nikon D3 atau hasselblad) :
ISO
Kesesuaian
Hasil
100-200
Waktu tengah hari terik dan
cukup kekuatan cahaya seperti
di dalam studio.
Gambar pada iso ini akan menghasilkan
warna, contrast yang paling optimum.
400
Waktu mendung, dibawah
litupan.
Gambar masih lagi mempunyai warna
yang baik dan noise pada jumlah minima
800
Waktu di dalam rumah
Gambar mempunyai warna sedikit pudar
dan noise banyak kelihatan.
1600
Waktu malam dan kurang
bercahaya
Gambar mempunyai warna tetapi kurang
menarik, noise lebih banyak kelihatan
dan contrast gambar mula pudar.
3200-6400
Waktu yang gelap dan tidak
bercahaya.
Gambar sesuai di ambil menggunakan
black & white mode.
Depth Of Field
Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak
terdekat
focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.
DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa,
crop factor dan bukaan aperture.

Jenis Dedahan (Exposure Modes)
1. Programmed AutoExposure
Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan
kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan
turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil.

Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16)
supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp.

Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8,
f2.8)
supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas.

2. Semi Programmed AutoExposure
Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan
Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk
menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah
exposure.

Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF.
Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur
akibat pergerakan.

3. Manual Exposure
Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan
cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang
diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan.

METERING
Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau
exposure value (ev) .
Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum
berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata,
matrix
metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini
juga
dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering..
Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar
dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder.
Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan
di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret
kepala.
Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil
didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot
metering
hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada
titik
focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan
lain
didalam viewfinder.
Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh
kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun
dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja.
Panduan Sunny 16
Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari,
tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada
waktu
yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu
tengahhari tanpa menggunakan light meter.
Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan
kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO.
Sebagai contoh:
Aperture
ISO
Kelajuan Shutter
f-16
100
1/100 ~1/125
f-16
200
1/200 ~1/250
f-16
400
1/400 ~1/500
f-16
800
1/800 ~1/1000
Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain
Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal
dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan

Tahap Cahaya
Cara mengetahui
Bukaan
Aperture
Sedikit mendung
Ada bayang-bayang dan bucunya lembut.
f11
Mendung biasa
Masih ada bayang-bayang tetapi agak
samar-samar dan bucu hampir sangat
lembut.
f8
Sangat mendung
Tiada bayang-bayang
F5.6

Tip-tip untuk mengawal Exposure
1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure
gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya
latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja.
2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan
menjadi
overexpose.
3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone
subject untuk
mengelakkan silhouette.
4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk
menerangkan
shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan
perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject.
5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna‘ dari segi exposure. Jurugambar
yang baik
mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.
4.0 Histogram

Di dalam sesebuah gambar, biasanya jurugambar digital akan mengecam tone
sesebuah gambar pada
tiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight.
Histogram 1 shadow midtones highlight.jpg
Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman.
histogram kenali shadow & highlight copy.jpg
Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda
kuning menunjukkan
shadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak bertanda adalah
midtones.
5.0 White Balance

Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna
gambar menjadi
kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan.
Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white balance
kurang menjadi
masalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak sebarang rujukan, anda boleh menukar
white balance secara
manual .
Color Temperature
Light Source
1000-2000 K
Cahaya Lilin
2500-3500 K
Lampu Tungsten
3000-4000 K
Sunrise/Sunset
4000-5000 K
Lampu Fluorescent
5000-5500 K
Flash
5000-6500 K
Tengahhari dengan langit tidak berawan
(matahari tegak dikepala)
6500-8000 K
Sedikit mendung
9000-10000 K
Dibawah lindungan atau sangat mendung
6.0 Fokus

Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini
tidak
berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual
focus. Antara
perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah:
1. Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara
terbaik.
2. tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan.

3. Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens.
4. Terlalu dekat. Gunakan close up filter.
5. Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus
7.0 Kualiti & Format Gambar

Resolusi Gambar
Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda
sewaktu
menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat
pilihan
resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan.
Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar
sewaktu cetakan.
Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan
gambar anda
dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar.
Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang
besar
memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga
akan
menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat.
Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch.
Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel
lebar.
Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan
Saiz cetakan
Pixel*
Megapixel
3R ‘ 31/2 x 5 in
700x1000
<1
4R ‘ 4x6 in
800x1200
1
5R ‘ 5x7
1000x1400
1.5
8R - 8x10
1600x2000
3.2
11R - 11x14
2200x2800
6

*jangkaan cetakan pada 200dpi
Compression
Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di
dalam
format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera,
pilihan ini
biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti
HIGH, FINE,
NORMAL, BASIC.
Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti
gambar
berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak‘.
Format Fail Gambar
kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail
JPEG.
Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format
ini. JPEG
adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima
oleh
kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di
hantar
kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card.
TIFF
Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat
pencetak dan
publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda
saiznya.
Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak
RAW
Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise
reduction.
Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin
yang
vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan
printing.
8.0 Penggunaan Flash

Antara teknik-teknik penggunaan flash
‘ Auto flash
‘ Fill flash
‘ Red Eye flash
‘ Slow-sync flash
‘ Rear curtain flash
9.0 Teknik-teknik Fotografi

Portrait
Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian
tertentu.

- Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di
rancang
dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait
boleh
jadi suatu snapshot.
- Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil
snapshot dan casual portrait dengan baik.
- Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan
karakter seseorang.
- Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk
mengambil gambar portrait dengan baik.
- Model terbaik adalah diri sendiri.

Kesesuaian Lensa
- Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari
100mm
untuk mengelakkan distortion dan huge dof.
- Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai.
- Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik.
- Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari
subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih
asli dan selesa.
- Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait
kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung
akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga.
- Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya
anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek
pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan
menyebabkan subjek amat distorted.

Komposisi portrait
- Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan
hidung tidak memotong facial line.
- Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta
oleh
lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat
kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest.

- Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai
contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan
rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame.

- Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen
seperti
pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment
subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik.
Avoid merging.

Portrait Berkumpulan
- Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu
elemen
dan di letakkan di titik rule of third.

Macro
Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh
membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan
adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar.

Landskap
Merakam gambar pemandangan dan persekitaran.

Kanak-kanak
Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan
lens yang pantas.

Sport
Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak
digunakan.

Candid
Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.
10.0 AAsas Kommposisi

.. Titik punca tarikan

Subjek uutama
Hampir skurangnycerita utaemua gambya satu subjeama sesebuabar memerluek utama
seah gambar.
kan sekuranbagai sumbnger

Foregroulatarbelaund / latarhakang
adapan dann Background /
Latarhadagambar yapan bermayang beradaaksud satu ka
di hadapanawasan dida
subject utaalam
ma.

Latar belautama.
akang pula bberada dibelakang subjeect

Gambar csubject ucontoh ini mtama dan lamempunyai latar belakangatarhadapang.
n,

.. Peletakann subjek

Rule of thhird

Di dakepadbawahadalaalam panduda 9 kotak
h. Titik pengh di titik pertan ini, cubdengan meglihatan (foctemuan antaba
bahagikaembuat 4 gacal point) yaara setiap gaan gambar
arisan sepeang lebih dinaris.
anda
erti di
namik
Pengggambgunaan rule
ar ini adalahof third di dh mata.
alam portrait. Subjek utaama
D:03 PHOTOMisc20082008-03-1620080316143127_D30_6212.JPG
Satu lagi coontoh pengggunaan rule of third

Golden MMean / Goldden Ratio / DDivine Proportion

.. Kekemassan latarbelakang

Latarbelaakang ringkkas
Latarbelaelemen yajurugambmendapalatarbelakdi sebelatinggi, latayang kemkang
yang
ang tidak pear yang btkan sudukang yang bah, denganarbelakang
mas dan menbaik tidak
enting dan tiaik harus
ut terbaikbaik. Sebagan menggunayang diperonarik.
menganduidak diperlukmengetahuik bagi
ai contoh daakan sudutolehi adalah
ungi elemenkan. Seorani bagaimanmemperolehalam gambat pandangarumput hijang
a
hi
ar
an
au
Menghaddkan focus

Menghadsharp didSebagai ckan focus bealam gambacontoh:
ermakna haar dan elemenya subjek yen yang kurayang pentingang penting
g dalam fotoakan menjaograf kelihataadi samar.
an

Kaedah ini
mengawal apaling luas
boleh dicapaaperture, biaseperti f2.8
ai dengan
asanya yangatau f1.4.
g

.. KKeseimbanggan
KdgKita boleh meengan meambar.
enjadikan koencipta keomposisi lebseimbanganbih menarik
n didalam
SdbuSebagai
ibahagikan
ahagian tenntuk kedua scontoh,
oleh pemgah, mencipsubject.
gambar
misah diagopta satu kesdisebelah,
onal pada
eimbangan

Tips Panntas Untuk Mengawal kkomposisi
• PmPastikan adamelihat.
a subjek utaama yang mmampu mennjadi stopping power uuntuk mata yang
• PPastikan latarbelakang yaang baik, tiddak serabut ddan melengkkapkan subject
utama.
• PePastikan komlemen yang
mposisi adalawujud didepah seringkapan anda.
s yang munngkin. Elakkaan dari memmasukkan seemua
• KjeKomposisi yaelas.
ang paling kuuat adalah yyang mampuu menyampaaikan mesej paling cepaat dan
• PbPelajari gamblock gambarbar orang lar tersebut.
ain dan kenalpasti garissan dan benntuk2 yang menjadi building
• Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan,
adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita, pastikan
komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas.
• Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi
seperti lutut
atau siku. Terutama pada subjek utama.
• Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor
bulat.
Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat.
• Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang
lain.
• Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik
di
computer.

11.0 Warna

Mengawal warna
1. Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang
berlainan.
2. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2
warna
yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan
biru,
hijau dengan magenta, merah dengan biru muda.
3. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik.
4. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang
mungkin.
5. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast.
12.0 PPencahaayaan

Tip-tip mmenggunakaan cahaya persekitaraan
1. AAmbil gambaar pada wakttu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu ittu
paling meenarik
2. GseGunakan refeberapa muflector untungkin.
uk menambah kecerahhan pada wwajah, elakkkan guna flash
3. SSilhouttes adalah untuk mmenunjukkann bentuk sessuatu subjecct.
4. KaSKurangkan kedalah untukSesuatu bentekuatan flask mengurantuk akan kehsh
apabila mngkan shadohilangan benmengambil gow tetapi bntuk sekiranyambar
padabukan mengya tiada cona waktu tengghilangkannyntrast.
gahhari. Fill
ya sama sflash
ekali.
5. EkuElakkan flareurang contrae/kilauan mast, atau maatahari atauasukkan flareu
lampu yae untuk kesaang kuat unan artistic.
ntuk mengeelakkan massalah
6. WWarna semullajadi adalahh paling mennarik dan satturated padaa waktu langgit
berawan.
7. AkeApabila mengecerahan segambil gamemula.
mbar sewaktuu berkabus, naikkan exxposure untuk mendapaatkan
8. PPada waktu ggelap, gunakkan night portrait mode aatau rear curtain flash.

GfmGabungan flflash dan kememberikanlare/kilauanelajuan shut
hasil yang mn matahari,
tter yang pemenarik.
rear curtainerlahan bolen
eh
SASFShooting moAperture : f/2Shutter speeFlash : TTLode : Manua25
ed : 1/30
Bl, -0.7EV, Rl
Rear Curtainn Flash
Asas fotografi

More Related Content

What's hot

Asas fotografi
Asas fotografi Asas fotografi
Asas fotografi Adila Dila
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3kopishare
 
PERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITAL
PERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITALPERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITAL
PERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITALAi Roudatul
 
Prinsip kerja kamera video
Prinsip  kerja kamera videoPrinsip  kerja kamera video
Prinsip kerja kamera videoEndra Waelah
 
Fotografi
FotografiFotografi
FotografiIchan32
 
Menjelaskan prinsip kerja dan pengaturan kamera kurang
Menjelaskan prinsip kerja dan pengaturan kamera kurangMenjelaskan prinsip kerja dan pengaturan kamera kurang
Menjelaskan prinsip kerja dan pengaturan kamera kurangEko Supriyadi
 
Komposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan Pengertiannya
Komposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan PengertiannyaKomposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan Pengertiannya
Komposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan PengertiannyaSMK Nahdlatul Ulama Balikpapan
 
Camera digital
Camera digitalCamera digital
Camera digitalterrytirta
 
Kamera Studio : Bagian Bagian dan Penggunaan
Kamera Studio : Bagian Bagian dan PenggunaanKamera Studio : Bagian Bagian dan Penggunaan
Kamera Studio : Bagian Bagian dan Penggunaanmirzamfadillah
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimediaMenggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimediaEko Supriyadi
 
ASAS FOTOGRAFI
ASAS FOTOGRAFIASAS FOTOGRAFI
ASAS FOTOGRAFIRAJA NADIA
 
TATA CAHAYA - MATERI : Teori Kamera
TATA CAHAYA - MATERI : Teori KameraTATA CAHAYA - MATERI : Teori Kamera
TATA CAHAYA - MATERI : Teori KameraDiana Amelia Bagti
 
Teknik dasar fotografi Ilkom Universitas Semarang
Teknik dasar fotografi Ilkom Universitas SemarangTeknik dasar fotografi Ilkom Universitas Semarang
Teknik dasar fotografi Ilkom Universitas SemarangFirdaus Azwar Ersyad
 

What's hot (19)

Asas fotografi
Asas fotografi Asas fotografi
Asas fotografi
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia 1-3
 
PERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITAL
PERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITALPERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITAL
PERBEDAAN KAMERA ANALOG (MANUAL) DAN KAMERA DIGITAL
 
Prinsip kerja kamera video
Prinsip  kerja kamera videoPrinsip  kerja kamera video
Prinsip kerja kamera video
 
Fotografi
FotografiFotografi
Fotografi
 
Menjelaskan prinsip kerja dan pengaturan kamera kurang
Menjelaskan prinsip kerja dan pengaturan kamera kurangMenjelaskan prinsip kerja dan pengaturan kamera kurang
Menjelaskan prinsip kerja dan pengaturan kamera kurang
 
Komposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan Pengertiannya
Komposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan PengertiannyaKomposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan Pengertiannya
Komposisi Foto Digital - Jenis-Jenis Kamera dan Pengertiannya
 
Camera digital
Camera digitalCamera digital
Camera digital
 
Tugas fisika
Tugas fisikaTugas fisika
Tugas fisika
 
Kamera Studio : Bagian Bagian dan Penggunaan
Kamera Studio : Bagian Bagian dan PenggunaanKamera Studio : Bagian Bagian dan Penggunaan
Kamera Studio : Bagian Bagian dan Penggunaan
 
Presentasi Jenis jenis kamera
Presentasi Jenis jenis kameraPresentasi Jenis jenis kamera
Presentasi Jenis jenis kamera
 
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimediaMenggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
Menggabungkan fotografi dengan sajian multimedia
 
ASAS FOTOGRAFI
ASAS FOTOGRAFIASAS FOTOGRAFI
ASAS FOTOGRAFI
 
Macam kamera
Macam  kameraMacam  kamera
Macam kamera
 
Teknik Dasar Fotografi
Teknik Dasar FotografiTeknik Dasar Fotografi
Teknik Dasar Fotografi
 
Anatomi DSLR Camera
Anatomi DSLR CameraAnatomi DSLR Camera
Anatomi DSLR Camera
 
Desain grafis percetakan memahami jenis jenis kamera dan alat bantu fotografi
Desain grafis percetakan memahami jenis jenis kamera dan alat bantu fotografiDesain grafis percetakan memahami jenis jenis kamera dan alat bantu fotografi
Desain grafis percetakan memahami jenis jenis kamera dan alat bantu fotografi
 
TATA CAHAYA - MATERI : Teori Kamera
TATA CAHAYA - MATERI : Teori KameraTATA CAHAYA - MATERI : Teori Kamera
TATA CAHAYA - MATERI : Teori Kamera
 
Teknik dasar fotografi Ilkom Universitas Semarang
Teknik dasar fotografi Ilkom Universitas SemarangTeknik dasar fotografi Ilkom Universitas Semarang
Teknik dasar fotografi Ilkom Universitas Semarang
 

Similar to Asas fotografi

Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Azman Hj. Ayup
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Amarrizal Johari
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nalyeinda Adam
 
Fotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptFotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptwidyaduta
 
20 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 201920 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 2019markettitih
 
UNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERAUNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERAPere Sumbada
 
Mengenal Jenis-Jenis Kamera Digital
Mengenal Jenis-Jenis Kamera DigitalMengenal Jenis-Jenis Kamera Digital
Mengenal Jenis-Jenis Kamera DigitalLuhur Moekti Prayogo
 
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdfDKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdfZainul Arifin
 
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxJenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxAnonymousenaVYvi
 
Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7Arif Rahman
 
jenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdf
jenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdfjenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdf
jenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdfWayanWinarye1
 
Tekhnik kameramen
Tekhnik kameramenTekhnik kameramen
Tekhnik kameramenAmat Moxer
 
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnyaAlih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnyaTyo SBS
 

Similar to Asas fotografi (20)

Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)
 
Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)Nota asas digital fotografi (free version)
Nota asas digital fotografi (free version)
 
Fotografi 1.ppt
Fotografi 1.pptFotografi 1.ppt
Fotografi 1.ppt
 
20 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 201920 Kamera DSLR Terbaik 2019
20 Kamera DSLR Terbaik 2019
 
Dasar teori fotografi
Dasar teori fotografiDasar teori fotografi
Dasar teori fotografi
 
UNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERAUNDERSTANDING DSLR CAMERA
UNDERSTANDING DSLR CAMERA
 
Mengenal Jenis-Jenis Kamera Digital
Mengenal Jenis-Jenis Kamera DigitalMengenal Jenis-Jenis Kamera Digital
Mengenal Jenis-Jenis Kamera Digital
 
Principles Of Digital Photography
Principles Of Digital PhotographyPrinciples Of Digital Photography
Principles Of Digital Photography
 
Mengoperasikan kamera video
Mengoperasikan kamera videoMengoperasikan kamera video
Mengoperasikan kamera video
 
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdfDKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
DKV VIDEOGRAFI MEMAHAMI KAMERA VIDEO SMK NEGERI 1 PUNGING MOJOKERTO.pdf
 
PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)
PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)
PENJELASAN CAMERA 35MM (POWERPOINT)
 
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docxJenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
Jenis kamera dan alat bantu fotografi.docx
 
Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7Tugas kelompok 7
Tugas kelompok 7
 
jenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdf
jenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdfjenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdf
jenis-jeniskamera.pdf jenis-jeniskamera.pdf
 
Tekhnik kameramen
Tekhnik kameramenTekhnik kameramen
Tekhnik kameramen
 
Kelompok 4
Kelompok 4Kelompok 4
Kelompok 4
 
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnyaAlih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
Alih media buku teks dengan kamera dan perangkat lainnya
 
Fotografi
FotografiFotografi
Fotografi
 
Perkembangan Piranti Multimedia
Perkembangan Piranti MultimediaPerkembangan Piranti Multimedia
Perkembangan Piranti Multimedia
 

Asas fotografi

  • 1. Asas Fotografi Digital versi 0.6 Tarikh kemaskini terakhir : 25 June 2008 Nota disediakan oleh Adhadi Mohd. http://www.adhadimohd.com/training
  • 2. Terima kasih kerana memuat turun Nota Asas Fotografi Digital. Nota ini adalah untuk edaran secara percuma. Anda dialu-alukan untuk menggunakan nota ini untuk sebarang tujuan pembelajaran samada secara percuma atau berbayar. Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan membuang sebarang kredit atau link di dalam nota ini. Sekiranya terdapat sebarang ralat atau perubahan, sila emailkan kepada training@adhadimohd.com untuk dikongsikan semula. Semoga anda mendapat faedah dari nota ini, dan selamat maju jaya. Terima kasih. Adhadi Mohd Photographer http://www.adhadimohd.com
  • 3. isi kandungan 1. Pengenalan 2. Peralatan Fotografi Digital 3. Dedahan / Exposure 4. Histogram 5. White Balance 6. Fokus 7. Kualiti & Format Gambar 8. Penggunaan Flash 9. Teknik-teknik Fotografi 10. Asas Komposisi 11. Warna 12. Pencahayaan
  • 4. 1.0 Pengenalan Perkara-perkara yang perlu di pelajari di dalam dunia fotografi: Komposisi Asas Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar. Pemilihan lensa Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan. Penggunaan ISO ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600. ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap. Teknik Digital Darkroom Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya. Retouching Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya. Gambar Hitam Putih / Monochrome Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital.
  • 5. Filters Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan baying-bayang di dalam air. Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro. Focal Length / Bukaan pandangan Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm. Perisian pengurusan Imej (workflow) Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.
  • 6. 2.0 Peralatan Fotografi Digital Kategori Kamera Digital SLR 1. Pro 2. Semi pro 3. Prosumer 4. Hobyist Format-format Sensor Kamera DSLR Format sensor kamera DSLR ada beberapa jenis. Setiap format hanya sesuai digunakan dengan lensa-lensa tertentu dan adakalanya penggunaan lensa yang bukan direka untuk format itu, akan memberikan perubahan dari segi keluasan sudut pandangan, Depth of field dan pelbagai factor lain. Format kamera juga mempengaruhi kualiti gambar yang terhasil dari segi jumlah data dan sensitivity kepada cahaya. Format seperti full frame memberikan kualiti gambar terbaik dan warna yang lebih cantik walaupun pada ISO yang sangat tinggi. Full frame Digital full frame DSLR ada kamera yang mengunakan sensor bersaiz seperti filem 35mm. Apabila lensa yang direka untuk kamera 35mm diletakkan pada kamera full frame, sudut pandangan lensa tersebut adalah sama dengan sudut pandangan apabila lensa tersebut diletakkan pada kamera 35mm. Contoh kamera DSLR full frame adalah seperti: • Nikon D3 • Canon 1Ds
  • 7. • Canon 1Ds Mark II • 1Ds Mark III • Canon EOS 5D • Contax N Digital
  • 8. • Kodak SLRn, SLRc, DCS Pro 14n Cropped format Terdapat beberapa jenis cropped format. Cropped format adalah saiz sensor kamera digital yang lebih kecil daripada full frame. APS-C Kebanyakan DSLR dari kategori untuk semi pro dan prosumer menggunakan format jenis ini. Biasanya crop factor untuk APS-c adalah 1.5 untuk Nikon, dan 1.6 untuk canon. Lensa yang sesuai untuk kamera yang menggunakan sensor APS-c adalah lens dari jenis: Canon EF, EFS Nikkor AI, AIS, AF, AF-S, DX, N Sistem Four Third Lensa Jenis-jenis Lensa Terdapat 4 jenis lens. Normal lens : mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Contoh normal lens adalah 50mm f1.8. Macro lens : mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar. Wide angle lens : mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Banyak di gunakan dalam architecture dan photojournalism. Telefoto lens : mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. Di gunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh. Contoh telephoto (zoom) lens adalah AFS Nikkor 70-200 VR f2.8 Zoom lens : zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm Prime lens : merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/sudut pandangan saja.Sebagai contoh 50mm 1.8.
  • 9. Sigma 10-20mm Ultra wide lens & telephoto zoom AFS Nikkor 70-200 VR f2.8 Contoh-contoh lensa mengikut kategori dan hasil gambar dari lensa tersebut : Kategori Lensa Contoh Gambar Ultra wide • fish eye Nikkor 10.5mm f/2.8G ED AF DX Fisheye Selain ini: Tokina 10-17mm Pandangan membengkok. Perpektif latarbelakang yang luas. Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, aksi, kanak-kanak, perkahwinan, acara-acara tidak rasmi, portrait kreatif. Ultra Wide Nikkor AF-S 14-24mm f/2.8G ED Selain lens ini: Nikkor AF-S 12-24mm f4 ED DX Sigma 10-20mm Tokina 12-24mm Perspektif latang belakang yang luas.
  • 10. Kesesuaian penggunaan : Bangunan, landscape, group photo, perkahwinan dan photojournalism. Standard Zoom Kit lens Nikkor 18-55mm f/3.55.6G ED II AF-S DX Zoom Selain lens ini, Tamron 17-50mm f2.8 Canon 17-55 mm Latarbelakang yang luas dan boleh ditukar kepada standard zoom Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi Standard (tiada zoom) Noctilux 50mm f/1.0 Lain-lain Nikkor 50mm 1.4 & 1.8 Nikkor 35mm perspektif latarbelakang yang biasa. Kesesuaian penggunaan : semua jenis fotografi terutama yang mementingkan kurangnya pembengkokan perspektif (distortion) Telefoto (tiada zoom) Canon 85mm f1.2L Perspektif latarbelakang yang kecil.
  • 12. Telefoto Zoom Nikkor 70-200mm f/2.8G ED-IF AF-S VR Kesesuaian penggunaan : fotografi untuk jarak jauh, portrait Sumber gambar :www.pbase.com Kaitan panjang Fokal dengan Bokeh Menggunakan fokal length yang panjang akan menjadikan latarbelakang lebih samar dan besar. 30mm f2.8 80mm f2.8 Panjang Fokal
  • 13. Lanskap pada 18mm, kotak putih menandakan 1/5 dari tinggi dan lebar asas Lanskap yang sama pada 90mm, fokal 5x lebih panjang seperti yang ditandakan pada kotak putih diatas. Panjang fokal dan perspektif. Sekiranya 2 gambar diambil pada jarak yang sama pada kepanjangan fokal yang lain, maka gambar dari focal length panjang akan kelihatan seperti terpotong dari gambar dari focal length yang satu lagi. Sebagai contoh, untuk mendapatkan portrait tubuh sepenuhnya, anda boleh menggunakan wide angle atau telephoto. Bagaimanapun dengan telephoto anda perlu bergerak lebih ke belakang, Gambar akan kelihatan sama tetapi perspektif akan jadi berbeza.
  • 14. Focal length perspective diagram Berikut adalah perbezaan pada perspektif apabila kita mengunakan 3 jenis focal length untuk mendapatkan satu gambar yang serupa. 10mm 20mm 40mm
  • 15. Kad Memori Kad memori digunakan untuk menyimpan data gambar. Antara yang biasa digunakan adalah compact flash dan secure digital. Kad memori mempunyai kualiti ketahanan dan kelajuan yang berbeza. Antara kad memori yang baik adalah dari jenis Sandisk Ultra, Sandisk Extreme dan Lexas pro. Kelajuan pada memori kad terbahagi kepada dua, iaitu kelajuan menulis dan membaca data. Kad memori professional mampu membaca dan menulis data dari 20mb per saat. Kelajuan memori kad adalah penting sekiranya kita memerlukan kamera yang boleh merakam gambar dengan pantas terutamanya untuk mode burst. Pada waktu ini, Kad memori jenis professional seperti Sandisk Extreme III 4GB boleh diperolehi sekitar RM200 sahaja.
  • 16. 3.0 Dedahan / Exposure Eksposure adalah jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh lens diaphragm atau aperture. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama ia di buka iaitu shutter speed, dan kawalan ISO. Kelajuan Shutter Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting dedahan kera membuka shutter dengan 2 kali lebih besar akan memberikan dedahan yang lebih banyak dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak Kelajuan yang rendah seperti 1/10 akan merakam pergerakan objek dengan samar (blur). Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan aperture. Biasanya di kenali sebagai 1/60, 1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang di buka dengan lama akan Shutter yang laju seperti 1/2000 diperlukan untuk menghentikan titisan air seperti diatas. Cahaya yang cukup diperlukan supaya gambar tidak menjadi gelap.
  • 17. Shutter yang rendah seperti 4 saat boleh menjadikan pergerakan air nampak lembut. Tripod diperlukan untuk mengelakkan gegaran.
  • 18. membenarkan lebih banyak cahaya masuk. Kelajuaan shutter akan mempengaruhi gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan menyebabkan gambar samar kerana tangan yang bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter 1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan sekiranya kita memegang gambar menggunakan tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik dan kekuatan tangan jurugambar. Ada kalanya shutter speed perlahan di gunakan untuk merakam gambar pergerakan. Kelajuan shutter yang rendah boleh memberikan kesan pergerakan pada buih belon. APERTURE Aperture adalah “pintu“ yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital. “Pintu“ yang terbuka lebih besar akan membenarkan cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil, memerlukan dedahan yang lebih lama. Saiz aperture akan mempengaruhi bagaimana bentuk focus kepada subject utama. Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject akan menjadi lebih tajam dan background akan menjadi sangat samar atau di panggil bokeh. Bokeh merujuk kepada kualiti kesamaran yang terhasil. Terdapat cadangan dari dunia fotografi iaitu saiz aperture f2.8 ke f8 sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu
  • 19. cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang memilih untuk menggunakan aperture f11 untuk mengambil gambar portrait. Aperture dikenali sebagai f-number. Aperture mengikut julat bukaan 1-stop f1.0 > f1.4 > f2.0 > f2.8 > f4 > f5.6 > f8 > f11 > f16 > f22 > f32 f-32 . Bokeh kurang kemas f-5. Bokeh yang terhasil lebih bersih dan kemas. Kesan f-number pada kualiti bokeh. Pemilihan aperture mengikut ketajaman optimum Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah, jurugambar boleh memilih bukaan aperture mengikut ketajaman optimum lensa mereka. Kebanyakan pakar optic mencadangkan bagi kebanyakkan lens, aperture yang optimum adalah 2 stop dari bukaan aperture terluas. Sebagai contoh: Untuk lens 50mm f1.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah pada f3.5 atau f4. Untuk lens 70-200 f2.8, aperture yang mempunyai ketajaman optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8 adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai bukaan aperture.
  • 20. ISO ISO adalah penting untuk menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita akan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan shutter yang lebih lama. ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar banyak noise dan kehilangan details. Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar menggunakan ISO yang terendah yang memberikan kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman (d0f) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan mengurangkan aperture. Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity walaupun akan menyebabkan noise. Ini kerana gambar yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh mata berbanding gambar yang terlalu blur. Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan photoshop plugin seperti noiseninja. ISO biasa terdiri daripada (mengikut DSLR semi pro, tidak termasuk Canon 1ds mark 111, Nikon D3 atau hasselblad) : ISO Kesesuaian Hasil 100-200 Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio. Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum. 400 Waktu mendung, dibawah litupan. Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima 800 Waktu di dalam rumah Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.
  • 21. 1600 Waktu malam dan kurang bercahaya Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar. 3200-6400 Waktu yang gelap dan tidak bercahaya. Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.
  • 22. Depth Of Field Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar. DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture. Jenis Dedahan (Exposure Modes) 1. Programmed AutoExposure Di dalam mode ini, kamera akan memilih nilai aperture (f-stop) yang sesuai dan kemudian memilih kelajuan shutter speed yang sesuai. Sesetengah kamera DSLR akan turut menukar color mode supaya sesuai dengan gambar yang ingin di ambil. Contohnya, mode landscape akan memberikan nilai aperture yang besar (f8, f16) supaya keseluruhan gambar akan menjadi sharp. Mode macro akan menyebabkan kamera memilih nilai aperture yang kecil (f1.8, f2.8) supaya hanya subjek dapat di focus dengan jelas. 2. Semi Programmed AutoExposure Kebanyakan kamera DSLR dan prosumer mempunyai mode Aperture priority dan Shutter Priority. Kedua mode ini boleh memudahkan kerja jurugambar untuk menghasilkan gambar yang lebih kreatif tanpa perlu risau masalah-masalah exposure. Gunakan aperture priority untuk mengawal ketajaman gambar dan mengawal DOF. Gunakan shutter priority untuk mendapatkan pergerakan atau memastikan tiada blur akibat pergerakan. 3. Manual Exposure Manual exposure membolehkan seseorang jurugambar mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan. Seorang jurugambar mahir mampu mengetahui exposure yang
  • 23. diperlukan berdasarkan gambar yang beliau inginkan. METERING
  • 24. Metering adalah suatu kaedah pengiraan untuk mendapatkan nilai dedahan atau exposure value (ev) . Matrix/Evaluative metering merupakan kaedah mengira dedahan yang optimum berdasarkan zon-zon di atas sensor. Dalam keadaan cahaya biasa dan sekata, matrix metering tiada masalah untuk mendapatkan nilai dedahan yang betul. Metering ini juga dikenali sebagai multi-zone metering, honeycomb atau segment metering.. Partial metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan lebih besar dari spot metering, iaitu 10-15% dari viewfinder. Center weighted metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan satu bulatan di tengah sensor. Center weighted bagus digunakan untuk subject seperti potret kepala. Spot metering adalah kaedah mengira dedahan berdasarkan kawasan yang amat kecil didalam viewfinder, iaitu 1-5% sahaja. Kebanyakan kamera membenarkan spot metering hanya ditengah tetapi kamera yang lebih canggih membenarkan spot metering pada titik focus. Spot metering adalah amat tepat kerana tidak dipengaruhi oleh kawasan lain didalam viewfinder. Contoh penggunaan spot metering adalah sewaktu merakam gambar bulan penuh. Oleh kerana persekitaran yang gelap, gambar akan menjadi terlalu terang. Bagaimanapun dengan spot metering, camera akan mendapatkan exposure pada bulan saja. Panduan Sunny 16 Dedahan yang diperlukan oleh kamera dalam cuaca terang pada waktu tengahhari, tidak jauh berbeza dari dedahan yang diperlukan di setiap pelusuk dunia pada waktu yang sama. Terdapat satu panduan untuk mengagak dedahan yang betul pada waktu tengahhari tanpa menggunakan light meter. Untuk mengambil gambar pada waktu tengahhari, tetapkan aperture pada f-16. Dan kelajuan shutter pada nombor yang hampir sama dengan nilai ISO. Sebagai contoh: Aperture ISO Kelajuan Shutter f-16 100 1/100 ~1/125 f-16 200 1/200 ~1/250 f-16
  • 26. Menilai dedahan yang diperlukan untuk waktu lain Berdasarkan panduan sunny 16, kita boleh mengubah aperture untuk mengawal dedahan pada waktu kecerahan yang berlainan Tahap Cahaya Cara mengetahui Bukaan Aperture Sedikit mendung Ada bayang-bayang dan bucunya lembut. f11 Mendung biasa Masih ada bayang-bayang tetapi agak samar-samar dan bucu hampir sangat lembut. f8 Sangat mendung Tiada bayang-bayang F5.6 Tip-tip untuk mengawal Exposure 1. Kecerahan/kegelapan latarbelakang akan mempengaruhi keseluruhan exposure gambar, berhati2 dengan latar belakang yang terlalu gelap atau cerah. Sebaiknya latarbelakang perlu gelap sedikit dari subject utama atau cerah sedikit sahaja. 2. Apabila mengambil gambar subject yang gelap, lihat kawasan terang yang akan menjadi overexpose. 3. Gunakan fill flash apabila tone latarbelakang terlalu tinggi berbanding tone subject untuk mengelakkan silhouette. 4. Eksperimen dengan backlighting dan silhouette. Silhoutte di ambil untuk menerangkan shape sesuatu subject, kadangkala silhouette boleh di gunakan untuk menerangkan perbuatan sesuatu subject tanpa menunjukkan siapa subject. 5. Gambar terbaik tidak semestinya ‘sempurna‘ dari segi exposure. Jurugambar yang baik
  • 27. mampu menjadikan gambar mengikut kecerahan/kegelapan yang beliau inginkan.
  • 28. 4.0 Histogram Di dalam sesebuah gambar, biasanya jurugambar digital akan mengecam tone sesebuah gambar pada tiga bahagian, iaitu Shadow, Midtone & Highlight. Histogram 1 shadow midtones highlight.jpg Gambar 1: Contoh gambarajah histogram imej dan bahagian pengecaman. histogram kenali shadow & highlight copy.jpg Gambar 2: menunjukkan kaitan antara Histogram dengan imej. Kawasan bertanda kuning menunjukkan shadow. Kawasan merah adalah highlight. Kawasan yang tidak bertanda adalah midtones.
  • 29. 5.0 White Balance Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan menyebabkan warna gambar menjadi kemerahan dan suhu yang tinggi akan menyebabkan gambar menjadi kebiruan. Di dalam gambar yang mempunyai rujukan warna putih, biasanya white balance kurang menjadi masalah. Bagaimanapun, sekiranya tidak sebarang rujukan, anda boleh menukar white balance secara manual . Color Temperature Light Source 1000-2000 K Cahaya Lilin 2500-3500 K Lampu Tungsten 3000-4000 K Sunrise/Sunset 4000-5000 K Lampu Fluorescent 5000-5500 K Flash 5000-6500 K Tengahhari dengan langit tidak berawan (matahari tegak dikepala) 6500-8000 K Sedikit mendung 9000-10000 K Dibawah lindungan atau sangat mendung
  • 30. 6.0 Fokus Kebanyakan kamera mempunyai auto focus. Bagaimanapun kadangkala, auto focus ini tidak berfungsi dengan baik dan perlu sedikit adjustment atau bertukar kepada manual focus. Antara perkara yang menghalang auto focus berfungsi adalah: 1. Subject terlalu gelap . Untuk masalah gelap, manual focus adalah cara terbaik. 2. tiada contrast. Kaedah mencari kawasan bercontrast dan recompose di perlukan. 3. Habuk atau kabus di depan lensa. Tukar manual focus atau bersihkan lens. 4. Terlalu dekat. Gunakan close up filter. 5. Subject bergerak terlalu laju. Tukar kepada continous focus
  • 31. 7.0 Kualiti & Format Gambar Resolusi Gambar Imej resolusi merujuk kepada jumlah pixel yang digunakan oleh kamera anda sewaktu menghasilkan gambar. Kamera anda berkemungkinan memberikan tiga atau empat pilihan resolusi, setiap satunya memberikan jumlah pixel yang berlainan. Impak jumlah pixel di dalam gambar adalah berkaitan dengan kualiti gambar sewaktu cetakan. Semakin besar jumlah pixel di dalam gambar anda, semakin besar kemungkinan gambar anda dicetak bersaiz besar tanpa hilang kualiti gambar. Semakin besar pixel juga akan menyebabkan saiz gambar semakin besar. Gambar yang besar memakan jumlah ruang simpanan yang lebih besar. Saiz yang terlalu besar juga akan menyebabkan proses di dalam perisian editing akan menjadi lebih lambat. Untuk cetakan, resolusi yang baik adalah 200 hingga 300 dpi atau dot per inch. Untuk paparan di skrin, saiz yang optimum adalah dari 640 lebar ke 1280 pixel lebar. Saiz minimum yang sesuai untuk setiap saiz cetakan Saiz cetakan Pixel* Megapixel 3R ‘ 31/2 x 5 in 700x1000 <1 4R ‘ 4x6 in 800x1200 1 5R ‘ 5x7 1000x1400 1.5 8R - 8x10 1600x2000 3.2 11R - 11x14
  • 32. 2200x2800 6 *jangkaan cetakan pada 200dpi Compression Compression adalah proses memampatkan fail gambar untuk mengurangkan saiz. Di dalam format JPEG, compression akan mengurangkan kualiti gambar. DI dalam kamera, pilihan ini biasanya di panggil sebagai Picture Quality dan pilihan yang adalah seperti HIGH, FINE, NORMAL, BASIC. Compression yang terlalu besar, seperti pilihan basic, akan menyebabkan kualiti gambar berkurangan dan kadangkala menyebabkan terlihat ‘artifak‘. Format Fail Gambar kebiasaannya DSLR akan menawarkan tiga format fail JPEG. Singkatan untuk Joint Photographic Experts Group, kumpulan yang mencipta format ini. JPEG adalah format yang baik untuk gambar biasa kerana bersaiz kecil dan diterima oleh kebanyakkan software, pencetak, operating system dan web browser. Jpeg mudah di hantar kemana-mana menggunakan internet, telefon bimbit dan juga memory card.
  • 33. TIFF Tagged Image File Format. Tiff adalah format yang digunakan oleh para syarikat pencetak dan publication. Bersaiz besar, berbanding JPEG, boleh mencapai 5-10 kali ganda saiznya. Mempunyai kualiti gambar yang paling baik dan boleh diterima banyak pencetak RAW Format yang tidak diproses didalam kamera, walaupun sharpening atau noise reduction. Menyimpan segala data yang dirakam. Perlu diproses menggunakan perisian/plugin yang vendor spesifik. Kemudian perlu di export ke JPEG atau TIFF untuk tujuan printing.
  • 34. 8.0 Penggunaan Flash Antara teknik-teknik penggunaan flash ‘ Auto flash ‘ Fill flash ‘ Red Eye flash ‘ Slow-sync flash ‘ Rear curtain flash
  • 35. 9.0 Teknik-teknik Fotografi Portrait Merakam sesuatu subjek, samada sepenuhnya, separuh bahagian atau bahagian tertentu. - Portrait adalah sesuatu yang di rancang. Snapshot adalah peluang, tidak di rancang dan menceritakan detik yang berlaku. Snapshot bukan portrait tetapi portrait boleh jadi suatu snapshot. - Mempelajari teknik portrait dengan mendalam boleh membantu untuk mengambil snapshot dan casual portrait dengan baik. - Casual portrait bertujuan untuk merakam ekspresi atau aksi yang menunjukkan karakter seseorang. - Pemahaman tentang sumber cahaya dan peralatan fotografi boleh membantu untuk mengambil gambar portrait dengan baik. - Model terbaik adalah diri sendiri. Kesesuaian Lensa - Casual portrait elok di ambil menggunakan lensa telephoto yang lebih dari 100mm untuk mengelakkan distortion dan huge dof. - Pada camera 1.5 dan 1.6 crop, lensa 85mm ke atas adalah yang paling sesuai. - Penggunaan f2.8 ke bawah akan memberikan kesan 3D yang sangat baik. - Lensa telephoto lebih panjang seperti 200mm mampu menjarakkan anda dari subject dan mengurangkan gangguan kepada subjek, subjek akan kelihatan lebih asli dan selesa.
  • 36. - Lensa super telephoto seperti 400mm hingga 600mm tidak sesuai untuk portrait kerana akan menyebabkan kehilangan contour pada muka. Sebagai contoh hidung akan kelihatan pada permukaan yang sama dengan telinga. - Lensa ultra wide akan menyebab distortion pada bentuk badan subjek. Sekiranya anda terpaksa menggunakan lens ultra wide untuk portrait, cuba letakkan subjek pada kedudukan tengah sahaja. Kedudukan lain seperti titik rule of third akan menyebabkan subjek amat distorted. Komposisi portrait - Headshot, dari atas data hingga ke atas. Sangat kurang background. Pastikan hidung tidak memotong facial line.
  • 37. - Partial body shot. Selalunya akan ada elemen line dan shape, samada di cipta oleh lengan atau limpahan cahaya. Pastikan semua elemen ini membawa mata pelihat kepada titik interest. Juga akan ada secondary area of interest. - Full body portrait. Selalunya akan include secondary area of interest. Sebagai contoh tangan dan lengan. Pastikan secondary element ini berada dalam kawasan rule of third atau golden mean. Pastikan ia tidak keluar dari frame. - Environmental. Pastikan background tidak serabut. Gunakan natural elemen seperti pokok dan daun sebagai frame. Jaga contrast background supaya compliment subject. Background yang mempunyai tonal yang lebih rendah adalah lebih baik. Avoid merging. Portrait Berkumpulan - Kadangkala 2 orang subject lebih menarik sekiranya dijadikan seperti satu elemen dan di letakkan di titik rule of third. Macro Merakam gambar objek kecil dengan menggunakan peralatan yang boleh membesarkan saiz objek didalam gambar. Peralatan yang mungkin digunakan adalah lensa macro, close up filter atau kanta pembesar. Landskap Merakam gambar pemandangan dan persekitaran. Kanak-kanak Merakam portrait kanak-kanak. Memerlukan cahaya yang mencukupi atau flash dan lens yang pantas. Sport
  • 38. Merakam aktiviti yang pantas berlalu. Lensa telephoto dan teknik panning banyak digunakan. Candid Merakam sesuatu gambar aksi/detik bersejarah tanpa disedari oleh subjek.
  • 39. 10.0 AAsas Kommposisi .. Titik punca tarikan Subjek uutama Hampir skurangnycerita utaemua gambya satu subjeama sesebuabar memerluek utama seah gambar. kan sekuranbagai sumbnger Foregroulatarbelaund / latarhakang adapan dann Background / Latarhadagambar yapan bermayang beradaaksud satu ka di hadapanawasan dida subject utaalam ma. Latar belautama. akang pula bberada dibelakang subjeect Gambar csubject ucontoh ini mtama dan lamempunyai latar belakangatarhadapang. n, .. Peletakann subjek Rule of thhird Di dakepadbawahadalaalam panduda 9 kotak h. Titik pengh di titik pertan ini, cubdengan meglihatan (foctemuan antaba bahagikaembuat 4 gacal point) yaara setiap gaan gambar arisan sepeang lebih dinaris. anda erti di namik
  • 40. Pengggambgunaan rule ar ini adalahof third di dh mata. alam portrait. Subjek utaama
  • 41. D:03 PHOTOMisc20082008-03-1620080316143127_D30_6212.JPG Satu lagi coontoh pengggunaan rule of third Golden MMean / Goldden Ratio / DDivine Proportion .. Kekemassan latarbelakang Latarbelaakang ringkkas Latarbelaelemen yajurugambmendapalatarbelakdi sebelatinggi, latayang kemkang yang ang tidak pear yang btkan sudukang yang bah, denganarbelakang mas dan menbaik tidak enting dan tiaik harus ut terbaikbaik. Sebagan menggunayang diperonarik. menganduidak diperlukmengetahuik bagi ai contoh daakan sudutolehi adalah ungi elemenkan. Seorani bagaimanmemperolehalam gambat pandangarumput hijang a hi ar an
  • 42. au
  • 43. Menghaddkan focus Menghadsharp didSebagai ckan focus bealam gambacontoh: ermakna haar dan elemenya subjek yen yang kurayang pentingang penting g dalam fotoakan menjaograf kelihataadi samar. an Kaedah ini mengawal apaling luas boleh dicapaaperture, biaseperti f2.8 ai dengan asanya yangatau f1.4. g .. KKeseimbanggan KdgKita boleh meengan meambar. enjadikan koencipta keomposisi lebseimbanganbih menarik n didalam SdbuSebagai ibahagikan ahagian tenntuk kedua scontoh, oleh pemgah, mencipsubject. gambar misah diagopta satu kesdisebelah, onal pada eimbangan Tips Panntas Untuk Mengawal kkomposisi • PmPastikan adamelihat.
  • 44. a subjek utaama yang mmampu mennjadi stopping power uuntuk mata yang • PPastikan latarbelakang yaang baik, tiddak serabut ddan melengkkapkan subject utama. • PePastikan komlemen yang mposisi adalawujud didepah seringkapan anda. s yang munngkin. Elakkaan dari memmasukkan seemua • KjeKomposisi yaelas. ang paling kuuat adalah yyang mampuu menyampaaikan mesej paling cepaat dan • PbPelajari gamblock gambarbar orang lar tersebut. ain dan kenalpasti garissan dan benntuk2 yang menjadi building
  • 45. • Tanya diri anda apakah yang membuatkan anda tertarik pada sesuatu pemandangan, adakah ketinggian sebuah bangunan, bentuk bunga, wajah yang jelita, pastikan komposisi anda memperlihatkan perkara tersebut dengan jelas. • Cropping, apabila framing portrait manusia, elakkan memotong pada sendi seperti lutut atau siku. Terutama pada subjek utama. • Nombor ganjil selalunya lebih menarik dalam komposisi gambar dari nombor bulat. Bentuk segitiga lebih menarik dari segi empat. • Belajar dari gambar orang lain tetapi elakkan persamaan dengan gambar orang lain. • Ambil seberapa banyak gambar dan pilih gambar yang mempunyai komposisi terbaik di computer. 11.0 Warna Mengawal warna 1. Mahirkan diri dengan white balance. Eksperimen dengan white balance yang berlainan. 2. Contrast warna yang tinggi di dalam gambar boleh di capai dengan menjalin 2 warna yang berlainan kecerahan dan jenis warna. Contohnya kuning berlawanan dengan biru, hijau dengan magenta, merah dengan biru muda. 3. Gunakan Vivid mode pada camera untuk mendapat warna yang paling menarik. 4. Portrait mode pada camera akan memastikan warna kulit adalah se asli yang mungkin. 5. Gunakan polarizer untuk menaikkan saturation dan contrast.
  • 46.
  • 47. 12.0 PPencahaayaan Tip-tip mmenggunakaan cahaya persekitaraan 1. AAmbil gambaar pada wakttu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu ittu paling meenarik 2. GseGunakan refeberapa muflector untungkin. uk menambah kecerahhan pada wwajah, elakkkan guna flash 3. SSilhouttes adalah untuk mmenunjukkann bentuk sessuatu subjecct. 4. KaSKurangkan kedalah untukSesuatu bentekuatan flask mengurantuk akan kehsh apabila mngkan shadohilangan benmengambil gow tetapi bntuk sekiranyambar padabukan mengya tiada cona waktu tengghilangkannyntrast. gahhari. Fill ya sama sflash ekali. 5. EkuElakkan flareurang contrae/kilauan mast, atau maatahari atauasukkan flareu lampu yae untuk kesaang kuat unan artistic. ntuk mengeelakkan massalah 6. WWarna semullajadi adalahh paling mennarik dan satturated padaa waktu langgit berawan. 7. AkeApabila mengecerahan segambil gamemula. mbar sewaktuu berkabus, naikkan exxposure untuk mendapaatkan 8. PPada waktu ggelap, gunakkan night portrait mode aatau rear curtain flash. GfmGabungan flflash dan kememberikanlare/kilauanelajuan shut hasil yang mn matahari, tter yang pemenarik. rear curtainerlahan bolen eh SASFShooting moAperture : f/2Shutter speeFlash : TTLode : Manua25 ed : 1/30 Bl, -0.7EV, Rl Rear Curtainn Flash