SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
KPR 5063

         Artikel Kajian Tindakan ini dipetik daripada artikel yang bertajuk ‘Meningkatkan
Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan
Gambar’ yang telah ditulis oleh Roziah Binti Abd. Hamid dari Sekolah Kebangsaan Kuala
Tahan,    27000    Jerantut,   Pahang   Darul   Makmur.   Artikel   ini   diperolehi   melalui
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article32.pdf. Kajian ini dijalankan selama tiga
bulan bermula dari Mac hingga Mei 2005. Bermula bulan Mac, penulis mengenal pasti
masalah. Manakala bulan April kajian tindakan dilaksanakan dan bulan Mei penulis
menganalisis data dan keputusan yang diperolehi.


         Kajian ini dijalankan kerana penulis merasakan kepentingan kemahiran membaca di
mana ianya merupakan satu elemen yang sangat penting dalam semua matapelajaran terutama
matapelajaran Bahasa Melayu dan merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap
murid bermula dari awal pembelajaran mereka lagi. Fenomena ini dikenalpasti selepas penulis
menjalankan kajian terhadap 27 orang murid Tahun 1 Murni dari Sekolah Kebangsaan Kuala
Tahan dan mendapati seramai 10 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan tersebut.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas,didapati kebanyakan
murid tidak pandai membaca malah ada sesetengah yang tidak pandai mengeja suku kata
terutama suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Hal ini telah mendatangkan masalah
kepada murid itu sendiri, murid- murid yang lain dan seterusnya kepada guru. Oleh itu,
penulis telah memberi fokus di dalam kajian ini untuk meningkatkan kemahiran membaca
nurid-murid Tahun 1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK
serta kad gambar bagi menambahbaik masalah ini.


         Penulis telah membuat beberapa tinjauan awal iaitu antaranya ialah dengan
menjalankan ujian pra bacaan seperti membaca cerita pendek, dan hasilnya seramai 10 orang
murid tidak pandai membaca cerita tersebut. Maka, penulis telah menggariskan tiga objektif
di dalam kajian ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1
menggunakan kad suku kata dan gambar, merancang tindakan untuk mengatasi masalah
membaca, dan menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam meningkat
penguasaan kemahiran membaca dengan lancar. Objektif tersebut ingin dicapai dengan
menggunakan pendekatan baru yang ingin digunakan oleh penulis bagi meningkatkan
kemahiran membaca murid dengan menggunakan suku kata dan kad gambar.




                                                1
KPR 5063

       Berdasarkan jurnal ini, kami mendapati model yang bersesuaian dengan kajian ini
adalah Model Kajian Tindakan Kemmis yang telah dibangunkan oleh Kemmis McTaggard
(1998), Stephen Kemmis dan Robin McTaggard (1998). Pendekatan yang digunakan ini
terdiri daripada empat pendekatan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat
refleksi dan kitaran ini akan berterusan mengikut kesesuaian masalah. Jika masalah didapati
belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam perancangan, maka kitaran akan
diteruskan sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.


                              RAJAH 1: MODEL KEMMIS




http://www.google.com.my/images?
hl=en&q=action+research&um=1&ie=UTF-8&source=univ&ei=_FtnTN-vIpayugPT04j




                                             2
KPR 5063

       Rajah 1 menunjukkan Model Kemmis. Pendekatan ini boleh diaplikasikan bagi
menerangkan apa yang telah dijalankan oleh penulis untuk menangani masalah yang dihadapi.
Sebagai contoh, bagi model ini, sesuatu kajian memerlukan 4 fasa iaitu merancang, membuat
pelan tindakan, mengumpul data (memerhati) dan membuat refleksi. Bagi langkah pertama,
iaitu perancangan, penulis perlu memikirkan apakah yang hendak dibuat, adakah ia
merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran penulis, adakah penulis ingin
membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada penulis dan murid, bolehkah penulis
menyatakan masalah dalam format soalan, dan yang terakhir, adakah masalah yang ingin
dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh penulis seorang sahaja.


       Bagi permasalahan yang dihadapi ini, langkah pertama yang dilakukan oleh penulis
adalah merancang. Pada peringkat ini, penulis mengenalpasti bahawa permasalahan ini
merupakan masalah yang berkaitan dengan pengajaran beliau kerana masalah ini dikenalpasti
semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas beliau. Penulis juga beriltizam untuk
menyelesaikan masalah ini kerana ianya akan memberi manfaat kepada penulis sebagai guru
bagi matapelajaran tersebut dan seterusnya bagi murid itu sendiri kerana matapelajaran
Bahasa Melayu merupakan matapelajaran teras yang perlu dikuasai oleh setiap murid di
negara ini. Masalah yang dikaji ini merupakan masalah yang kecil dan ianya adalah mudah
untuk diuruskan oleh penulis seorang sahaja kerana kumpulan sasaran yang agak kecil dan
berdasarkan kepada pengalaman penulis tersebut dalam mengajar matapelajaran tersebut.


       Langkah kedua yang perlu diambil oleh penulis adalah membina pelan tindakan.
Dalam perancangan untuk membina pelan tindakan, penulis perlu mengambil beberapa
persoalan berikut iaitu adakah penulis bercadang untuk memperkenalkan kaedah, strategi atau
teknik berkenaan dalam bilik darjah. Bagi kajian yang dijalankan ini, penulis telah
menggunakan kaedah ujian dan pengajaran menggunakan gambar. Ujian dilakukan sebanyak
dua kali iaitu ujian pra dan ujian pasca di mana pelajar akan diminta untuk mengeja perkataan
dan markah akan diberikan setiap kali satu perkataan dibaca dengan betul. Ujian pra akan
dijalankan sebelum penulis mengambil tindakan untuk mengajar dengan menggunakan sistem
gambar. Manakala, ujian pasca dijalankan selepas aktiviti pembelajaran suku kata dengan
menggunakan     gambar    dijalankan.   Penulis   menjalankan   aktiviti   mingguan   seperti
menggunakan sistem gambar bagi memudahkan pembelajaran murid. Aktiviti ini diteruskan
bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan membaca
dengan lancar. Manakala murid yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberikan


                                              3
KPR 5063

ayat pendek yang lain. Bagi melaksanakan proses ini, penulis mengambil masa sebulan untuk
menjalankan sesi pengajaran dan perubahan yang berlaku dianggarkan dalam tempoh masa
dua bulan di mana penulis dapat melihat peningkatan tahap kemahiran membaca murid
tersebut melalui ujian yang dijalankan.


       Bagi langkah tiga model Kemmis ini iaitu pengumpulan data, penulis mesti memerhati
apa yang berlaku di kalangan murid iaitu seperti hasil keputusan peperiksaan, keputusan dari
aktiviti dan latihan yang dilakukan, dan apa- apa yang boleh menunjukkan prestasi murid dari
semasa ke semasa. Berdasarkan kepada langkah ini, penulis telah merekodkan keputusan
ujian yang dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pasca di mana terdapat dua jadual yang
menunjukkan keberkesanan sistem yang dilakukan oleh penulis.


       Didapati bahawa jadual 1 menunjukkan senarai markah ujian bagi ujian pra dan pasca
bagi sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Berdasarkan kepada ujian pra dan pasca yang
dijalankan, jelas menunjukkan perbezaan keputusan yang diperolehi. Bagi ujian pra, markah
yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 26, untuk 2 suku kata pula ialah 17 dan 3 suku kata
ialah 9. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 52. Manakala bagi ujian pasca pula, bagi ujian 1
suku kata, 36 markah diperolehi, 2 suku kata pula ialah 31 dan 3 suku kata pula sebanyak 17
markah. Jumlah keseluruhan markah yang diperolehi ialah 84. Ini jelas menunjukkan bahawa
tindakan ini sangat berkesan kerana prestasi murid menunjukkan peningkatan yang sangat
memberangsangkan.


       Bagi langkah ke empat iaitu refleksi di mana penulis perlu menganalisis data yang
telah diperolehi. Data kuantitatif dan data kualitatif akan dikumpulkan dan dianalisis. Data
kualitatif merupakan data yang terdiri daripada apa sahaja yang diperkatakan, atau ayat yang
dituturkan atau pernyataan daripada murid. Manakala data kuantitatif pula merupakan nombor
dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya.


       Berdasarkan kajian ini, penulis menggunakan data kuantitatif peratus di mana
keputusan dari ujian yang dilakukan itu ditukarkan kepada nilai peratus bagi melihat
keputusan yang lebih mudah difahami dan tepat. Data yang diperolehi akan dikaji secara teliti
dan mungkin idea- idea lain akan timbul bagi menyelesaikan masalah ini dengan lebih
berkesan. Penulis menggunakan langkah ini semasa ujian pra di mana selepas menjalankan



                                             4
KPR 5063

ujian pra, penulis menganalisis data tersebut dan menjalankan tindakan untuk menangani
masalah tersebut.


       Seterusnya, penulis akan membuat perancangan semula berdasarkan kepada data yang
telah dikumpulkan bagi ujian pra dan data yang telah dianalisis. Kemudian, pelaksanaan bagi
kaedah pengajaran yang lebih berkesan dijalankan seperti mengajar membaca dengan
menggunakan alat bantuan gambar bagi memudahkan pembelajaran bagi murid. Langkah ini
akan berterusan sehingga penulis merasakan masalah yang dihadapi itu dapat ditangani dan
berjaya dilaksanakan dengan menggunakan kaedah yang lebih berkesan seperti menyusun
semula penyampaian kaedah mengajar iaitu dengan memendekkan atau memanjangkan masa
bagi murid membuat latihan atau ujian, guru memberi lebih banyak peluang kepada murid
untuk membuat penyampaian, guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang
digunakan, guru menyusun semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil, guru
memberi lebih banyak masa untuk menerangkan kepada murid konsep-konsep asas bagi
sesuatu matapelajaran yang akan diajar bagi memudahkan murid memahami konsep
matapelajaran tersebut sebelum mereka mempelajarinya.


       Kesimpulannya, didapati bahawa tindakan yang dilakukan oleh penulis berjaya
meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1 Murni. Ini dapat dibuktikan
berdasarkan kepada analisis keputusan ujian pra dan pasca yang dilakukan di mana di dalam
ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi ujian 1 suku kata adalah sebanyak 50%, manakala
dalam ujian pasca pula peratusan bagi ujian 1 telah meningkat kepada 90%. Ini menunjukkan
peratusan markah telah meningkat sebanyak 40%. Seterusnya ujian 2 suku kata juga turut
mengalami peningkatan sebanyak 40% di mana bagi ujian pra peratusan yang diperolehi ialah
20% manakala ujian pasca menigkat kepada 60%. Bagi ujian 3 suku kata pula, berlaku
peningkatan sebanyak 20% di mana peratusan ujian pra adalah 0% meningkat kepada 20%
pada ujian pasca. Berdasarkan keputusan ini, kajian tindakan ini memeberikan keputusan
yang positif dalam membaiki kemahiran membaca murid-murid ini.




                                            5

More Related Content

What's hot

Ahli lajnah
Ahli lajnahAhli lajnah
Ahli lajnahharszzz
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Raja bersiong
Raja bersiongRaja bersiong
Raja bersiongKak Chom
 
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisEzad Azraai Jamsari
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
 Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala... Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...Amna Omar
 
100 hadis dha'if & palsu yang masyhur di kalangan masyarakat
100 hadis dha'if & palsu yang masyhur di kalangan masyarakat100 hadis dha'if & palsu yang masyhur di kalangan masyarakat
100 hadis dha'if & palsu yang masyhur di kalangan masyarakatSlight Hope
 
Dokumen skpm 2010
Dokumen skpm 2010Dokumen skpm 2010
Dokumen skpm 2010Dapit Takka
 
Perkara Membatalkan Tayammum
Perkara Membatalkan TayammumPerkara Membatalkan Tayammum
Perkara Membatalkan Tayammumumie292
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahHafiz Zakaria
 
Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizatsue2217
 
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian SirahNota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian SirahMualimah Mumtaz
 
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)The National University of Malaysia
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)Mawar Pink
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaAtiekah Pauzi
 

What's hot (20)

Ahli lajnah
Ahli lajnahAhli lajnah
Ahli lajnah
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Raja bersiong
Raja bersiongRaja bersiong
Raja bersiong
 
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
Syirik
SyirikSyirik
Syirik
 
Analisis soalan spm bahasa melayu
Analisis soalan spm bahasa melayuAnalisis soalan spm bahasa melayu
Analisis soalan spm bahasa melayu
 
Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
 Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala... Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
Keberkesanan Penggunaan Google Slides Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dala...
 
100 hadis dha'if & palsu yang masyhur di kalangan masyarakat
100 hadis dha'if & palsu yang masyhur di kalangan masyarakat100 hadis dha'if & palsu yang masyhur di kalangan masyarakat
100 hadis dha'if & palsu yang masyhur di kalangan masyarakat
 
Dokumen skpm 2010
Dokumen skpm 2010Dokumen skpm 2010
Dokumen skpm 2010
 
Hadis 40 imam an-nawawi..
Hadis 40   imam an-nawawi..Hadis 40   imam an-nawawi..
Hadis 40 imam an-nawawi..
 
Perkara Membatalkan Tayammum
Perkara Membatalkan TayammumPerkara Membatalkan Tayammum
Perkara Membatalkan Tayammum
 
Isim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & NakirahIsim Ma'rifah & Nakirah
Isim Ma'rifah & Nakirah
 
Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizat
 
Kemahiran berfikir bahasa melayu
Kemahiran berfikir bahasa melayuKemahiran berfikir bahasa melayu
Kemahiran berfikir bahasa melayu
 
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian SirahNota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
 
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
PBS Bahasa Melayu STPM (Penggunaan Bahasa Singkatan Laman Sosial Facebook)
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
 

Similar to Ulasan jurnal kpr5063

Penilaian kajian tindakan laporan dh siap
Penilaian kajian tindakan laporan dh siapPenilaian kajian tindakan laporan dh siap
Penilaian kajian tindakan laporan dh siaplinamira
 
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...Suaidin -Dompu
 
PTK POWER POIN MODUL 3.pptx
PTK POWER POIN MODUL 3.pptxPTK POWER POIN MODUL 3.pptx
PTK POWER POIN MODUL 3.pptxDania613605
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Operator Warnet Vast Raha
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Operator Warnet Vast Raha
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Operator Warnet Vast Raha
 
Instrumen Review Tesis
Instrumen Review TesisInstrumen Review Tesis
Instrumen Review TesisT. Astari
 
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdfKELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdfBasahbasahproject
 
Kajian tindakan..kj..
Kajian tindakan..kj..Kajian tindakan..kj..
Kajian tindakan..kj..sppro
 
Kajian tindakan..kj..
Kajian tindakan..kj..Kajian tindakan..kj..
Kajian tindakan..kj..sppro
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanJunaidah Jusoh
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Manajemen kurikulum 2014
Manajemen kurikulum 2014Manajemen kurikulum 2014
Manajemen kurikulum 2014Rochimudin
 
pengantarPENGUKURAN-ok.pptx
pengantarPENGUKURAN-ok.pptxpengantarPENGUKURAN-ok.pptx
pengantarPENGUKURAN-ok.pptxiscandarsultan
 
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...Fajar Ash-Shiddiq
 

Similar to Ulasan jurnal kpr5063 (20)

Proposal 2014
Proposal 2014Proposal 2014
Proposal 2014
 
Smk ungku aziz
Smk ungku azizSmk ungku aziz
Smk ungku aziz
 
Penilaian kajian tindakan laporan dh siap
Penilaian kajian tindakan laporan dh siapPenilaian kajian tindakan laporan dh siap
Penilaian kajian tindakan laporan dh siap
 
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
Meningkatkanhasilbelajarpadamateripecahandanoperasinnyamelaluimodelpembelajar...
 
PTK POWER POIN MODUL 3.pptx
PTK POWER POIN MODUL 3.pptxPTK POWER POIN MODUL 3.pptx
PTK POWER POIN MODUL 3.pptx
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
 
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
Meningkatkan hasil belajar pada materi pecahan dan operasinnya melalui model ...
 
Instrumen Review Tesis
Instrumen Review TesisInstrumen Review Tesis
Instrumen Review Tesis
 
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdfKELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
KELOMPOK 4 EVALUASI PEMBELAJARAN.pdf
 
Implementasi pbl
Implementasi pblImplementasi pbl
Implementasi pbl
 
Bab iii
Bab iii Bab iii
Bab iii
 
Bab iii
Bab iii Bab iii
Bab iii
 
Kajian tindakan..kj..
Kajian tindakan..kj..Kajian tindakan..kj..
Kajian tindakan..kj..
 
Kajian tindakan..kj..
Kajian tindakan..kj..Kajian tindakan..kj..
Kajian tindakan..kj..
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Manajemen kurikulum 2014
Manajemen kurikulum 2014Manajemen kurikulum 2014
Manajemen kurikulum 2014
 
pengantarPENGUKURAN-ok.pptx
pengantarPENGUKURAN-ok.pptxpengantarPENGUKURAN-ok.pptx
pengantarPENGUKURAN-ok.pptx
 
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
Penerapan Model Pembelajaran Make-A Match dapat Meningkatkan hasil belajar si...
 

Ulasan jurnal kpr5063

  • 1. KPR 5063 Artikel Kajian Tindakan ini dipetik daripada artikel yang bertajuk ‘Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar’ yang telah ditulis oleh Roziah Binti Abd. Hamid dari Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur. Artikel ini diperolehi melalui http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article32.pdf. Kajian ini dijalankan selama tiga bulan bermula dari Mac hingga Mei 2005. Bermula bulan Mac, penulis mengenal pasti masalah. Manakala bulan April kajian tindakan dilaksanakan dan bulan Mei penulis menganalisis data dan keputusan yang diperolehi. Kajian ini dijalankan kerana penulis merasakan kepentingan kemahiran membaca di mana ianya merupakan satu elemen yang sangat penting dalam semua matapelajaran terutama matapelajaran Bahasa Melayu dan merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid bermula dari awal pembelajaran mereka lagi. Fenomena ini dikenalpasti selepas penulis menjalankan kajian terhadap 27 orang murid Tahun 1 Murni dari Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan dan mendapati seramai 10 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan tersebut. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas,didapati kebanyakan murid tidak pandai membaca malah ada sesetengah yang tidak pandai mengeja suku kata terutama suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK. Hal ini telah mendatangkan masalah kepada murid itu sendiri, murid- murid yang lain dan seterusnya kepada guru. Oleh itu, penulis telah memberi fokus di dalam kajian ini untuk meningkatkan kemahiran membaca nurid-murid Tahun 1 dengan latih tubi menggunakan suku kata KV + KVK dan KV + KVKK serta kad gambar bagi menambahbaik masalah ini. Penulis telah membuat beberapa tinjauan awal iaitu antaranya ialah dengan menjalankan ujian pra bacaan seperti membaca cerita pendek, dan hasilnya seramai 10 orang murid tidak pandai membaca cerita tersebut. Maka, penulis telah menggariskan tiga objektif di dalam kajian ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1 menggunakan kad suku kata dan gambar, merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca, dan menilai keberkesanan penggunaan kad suku kata dan gambar dalam meningkat penguasaan kemahiran membaca dengan lancar. Objektif tersebut ingin dicapai dengan menggunakan pendekatan baru yang ingin digunakan oleh penulis bagi meningkatkan kemahiran membaca murid dengan menggunakan suku kata dan kad gambar. 1
  • 2. KPR 5063 Berdasarkan jurnal ini, kami mendapati model yang bersesuaian dengan kajian ini adalah Model Kajian Tindakan Kemmis yang telah dibangunkan oleh Kemmis McTaggard (1998), Stephen Kemmis dan Robin McTaggard (1998). Pendekatan yang digunakan ini terdiri daripada empat pendekatan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi dan kitaran ini akan berterusan mengikut kesesuaian masalah. Jika masalah didapati belum selesai dan terdapat penambahbaikan dalam perancangan, maka kitaran akan diteruskan sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan. RAJAH 1: MODEL KEMMIS http://www.google.com.my/images? hl=en&q=action+research&um=1&ie=UTF-8&source=univ&ei=_FtnTN-vIpayugPT04j 2
  • 3. KPR 5063 Rajah 1 menunjukkan Model Kemmis. Pendekatan ini boleh diaplikasikan bagi menerangkan apa yang telah dijalankan oleh penulis untuk menangani masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, bagi model ini, sesuatu kajian memerlukan 4 fasa iaitu merancang, membuat pelan tindakan, mengumpul data (memerhati) dan membuat refleksi. Bagi langkah pertama, iaitu perancangan, penulis perlu memikirkan apakah yang hendak dibuat, adakah ia merupakan sesuatu masalah yang berkaitan dengan pengajaran penulis, adakah penulis ingin membuat sesuatu yang membawa manfaat kepada penulis dan murid, bolehkah penulis menyatakan masalah dalam format soalan, dan yang terakhir, adakah masalah yang ingin dikaji kecil dan mudah diuruskan oleh penulis seorang sahaja. Bagi permasalahan yang dihadapi ini, langkah pertama yang dilakukan oleh penulis adalah merancang. Pada peringkat ini, penulis mengenalpasti bahawa permasalahan ini merupakan masalah yang berkaitan dengan pengajaran beliau kerana masalah ini dikenalpasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi kelas beliau. Penulis juga beriltizam untuk menyelesaikan masalah ini kerana ianya akan memberi manfaat kepada penulis sebagai guru bagi matapelajaran tersebut dan seterusnya bagi murid itu sendiri kerana matapelajaran Bahasa Melayu merupakan matapelajaran teras yang perlu dikuasai oleh setiap murid di negara ini. Masalah yang dikaji ini merupakan masalah yang kecil dan ianya adalah mudah untuk diuruskan oleh penulis seorang sahaja kerana kumpulan sasaran yang agak kecil dan berdasarkan kepada pengalaman penulis tersebut dalam mengajar matapelajaran tersebut. Langkah kedua yang perlu diambil oleh penulis adalah membina pelan tindakan. Dalam perancangan untuk membina pelan tindakan, penulis perlu mengambil beberapa persoalan berikut iaitu adakah penulis bercadang untuk memperkenalkan kaedah, strategi atau teknik berkenaan dalam bilik darjah. Bagi kajian yang dijalankan ini, penulis telah menggunakan kaedah ujian dan pengajaran menggunakan gambar. Ujian dilakukan sebanyak dua kali iaitu ujian pra dan ujian pasca di mana pelajar akan diminta untuk mengeja perkataan dan markah akan diberikan setiap kali satu perkataan dibaca dengan betul. Ujian pra akan dijalankan sebelum penulis mengambil tindakan untuk mengajar dengan menggunakan sistem gambar. Manakala, ujian pasca dijalankan selepas aktiviti pembelajaran suku kata dengan menggunakan gambar dijalankan. Penulis menjalankan aktiviti mingguan seperti menggunakan sistem gambar bagi memudahkan pembelajaran murid. Aktiviti ini diteruskan bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala murid yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberikan 3
  • 4. KPR 5063 ayat pendek yang lain. Bagi melaksanakan proses ini, penulis mengambil masa sebulan untuk menjalankan sesi pengajaran dan perubahan yang berlaku dianggarkan dalam tempoh masa dua bulan di mana penulis dapat melihat peningkatan tahap kemahiran membaca murid tersebut melalui ujian yang dijalankan. Bagi langkah tiga model Kemmis ini iaitu pengumpulan data, penulis mesti memerhati apa yang berlaku di kalangan murid iaitu seperti hasil keputusan peperiksaan, keputusan dari aktiviti dan latihan yang dilakukan, dan apa- apa yang boleh menunjukkan prestasi murid dari semasa ke semasa. Berdasarkan kepada langkah ini, penulis telah merekodkan keputusan ujian yang dijalankan iaitu ujian pra dan ujian pasca di mana terdapat dua jadual yang menunjukkan keberkesanan sistem yang dilakukan oleh penulis. Didapati bahawa jadual 1 menunjukkan senarai markah ujian bagi ujian pra dan pasca bagi sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Berdasarkan kepada ujian pra dan pasca yang dijalankan, jelas menunjukkan perbezaan keputusan yang diperolehi. Bagi ujian pra, markah yang diperolehi bagi 1 suku kata ialah 26, untuk 2 suku kata pula ialah 17 dan 3 suku kata ialah 9. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 52. Manakala bagi ujian pasca pula, bagi ujian 1 suku kata, 36 markah diperolehi, 2 suku kata pula ialah 31 dan 3 suku kata pula sebanyak 17 markah. Jumlah keseluruhan markah yang diperolehi ialah 84. Ini jelas menunjukkan bahawa tindakan ini sangat berkesan kerana prestasi murid menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Bagi langkah ke empat iaitu refleksi di mana penulis perlu menganalisis data yang telah diperolehi. Data kuantitatif dan data kualitatif akan dikumpulkan dan dianalisis. Data kualitatif merupakan data yang terdiri daripada apa sahaja yang diperkatakan, atau ayat yang dituturkan atau pernyataan daripada murid. Manakala data kuantitatif pula merupakan nombor dan angka yang ditukarkan menjadi peratus, kekerapan, min, sisihan piawai dan sebagainya. Berdasarkan kajian ini, penulis menggunakan data kuantitatif peratus di mana keputusan dari ujian yang dilakukan itu ditukarkan kepada nilai peratus bagi melihat keputusan yang lebih mudah difahami dan tepat. Data yang diperolehi akan dikaji secara teliti dan mungkin idea- idea lain akan timbul bagi menyelesaikan masalah ini dengan lebih berkesan. Penulis menggunakan langkah ini semasa ujian pra di mana selepas menjalankan 4
  • 5. KPR 5063 ujian pra, penulis menganalisis data tersebut dan menjalankan tindakan untuk menangani masalah tersebut. Seterusnya, penulis akan membuat perancangan semula berdasarkan kepada data yang telah dikumpulkan bagi ujian pra dan data yang telah dianalisis. Kemudian, pelaksanaan bagi kaedah pengajaran yang lebih berkesan dijalankan seperti mengajar membaca dengan menggunakan alat bantuan gambar bagi memudahkan pembelajaran bagi murid. Langkah ini akan berterusan sehingga penulis merasakan masalah yang dihadapi itu dapat ditangani dan berjaya dilaksanakan dengan menggunakan kaedah yang lebih berkesan seperti menyusun semula penyampaian kaedah mengajar iaitu dengan memendekkan atau memanjangkan masa bagi murid membuat latihan atau ujian, guru memberi lebih banyak peluang kepada murid untuk membuat penyampaian, guru mempertingkatkan alat bantuan mengajar yang digunakan, guru menyusun semula bilangan murid dalam sesuatu kumpulan kecil, guru memberi lebih banyak masa untuk menerangkan kepada murid konsep-konsep asas bagi sesuatu matapelajaran yang akan diajar bagi memudahkan murid memahami konsep matapelajaran tersebut sebelum mereka mempelajarinya. Kesimpulannya, didapati bahawa tindakan yang dilakukan oleh penulis berjaya meningkatkan kemahiran membaca murid-murid Tahun 1 Murni. Ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada analisis keputusan ujian pra dan pasca yang dilakukan di mana di dalam ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi ujian 1 suku kata adalah sebanyak 50%, manakala dalam ujian pasca pula peratusan bagi ujian 1 telah meningkat kepada 90%. Ini menunjukkan peratusan markah telah meningkat sebanyak 40%. Seterusnya ujian 2 suku kata juga turut mengalami peningkatan sebanyak 40% di mana bagi ujian pra peratusan yang diperolehi ialah 20% manakala ujian pasca menigkat kepada 60%. Bagi ujian 3 suku kata pula, berlaku peningkatan sebanyak 20% di mana peratusan ujian pra adalah 0% meningkat kepada 20% pada ujian pasca. Berdasarkan keputusan ini, kajian tindakan ini memeberikan keputusan yang positif dalam membaiki kemahiran membaca murid-murid ini. 5