SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
ULASAN JURNAL

Tajuk Jurnal
Pengunaan Aplikasi Google Earth dalam Meningkatkan Prestasi Pelajar Mata Pelajaran Geografi
di Sekolah Menengah oleh Dr. Roslee Talip & Mohd Saifullah Md Sabri, Sekolah Pendidikan
dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Penyediaan Abstrak Oleh Penulis
Penulis mengesyorkan supaya penggunaan aplikasi Google Earth dalam meningkatkan prestasi
pelajar mata pelajaran Geografi di sekolah menengah. Kajian pengajaran dan pembelajaran
menggunakan ICT dikatakan lebih berkesan berbanding dengan kaedah konvensional. Tetapi
salah satu punca masalah ini adalah kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajaran
konvensional dan kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk
menarik minat dan tidak mampu untuk merangsang proses pembelajaran pelajar di dalam mata
pelajaran tersebut. Strategi pengajaran ini juga dikenalpasti menjadi punca para pelajar
mempunyai tahap akademik yang lemah atau berisiko untuk menjadi kurang bermotivasi
terhadap pelajaran yang dikendalikan secara tradisional.

KANDUNGAN
1.0

Pengenalan
Penulis mengaitkan kajian pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT sering

dikatakan lebih berkesan berbanding dengan kaedah konvensional (Bagui, 1998; Flecther, 2003;
Mayer, 2002). Penulis juga memetik kata – kata (Jamalludin dan Zaidatun, 2003; Macaulay,
2002; Al-Mikhlafi, 2006), kajian dalam dan luar negara juga menunjukkan bahawa penggunaan
ICT seperti perisian pengajaran multimedia, web dan lain-lain yang berkaitan mampu
meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam akademik.

Page 1
KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
ULASAN JURNAL

2.0

Persoalan Kajian
Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap persepsi pelajar

dalam kaedah konvensional bagi pembelajaran Geografi, perbezaan skor antara kumpulan
kawalan dan rawatan terhadap penguasaan topik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1 dan minat
pelajar dalam penggunaan aplikasi Google Earth mata pelajaran Geografi.

3.0

Kaedah
Kajian menggunakan kaedah yang melibatkan dua kelas tingkatan satu di Sekolah

Menengah Kebangsaan Benoni, Papar, Sabah iaitu kumpulan rawatan yang menggunakan
aplikasi Google Earth dalam sesi pembelajaran manakala kumpulan kawalan pula menggunakan
kaedah konvensional semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kedua-dua
kumpulan ini diberi ujian pra dan pasca untuk melihat perbezaan skor min dan kekerapan.
Kaedah tinjauan di mana penggunaan borang soal selidik diedarkan kepada responden-responden
di dalam kumpulan rawatan sahaja.

4.0

Dapatan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu tahap persepsi pelajar dalam kaedah

konvensional bagi pembelajaran Geografi adalah berada pada tahap yang rendah. Dengan itu,
wujudnya perbezaan skor di antara kumpulan yang menggunakan kaedah konvensional dan
kumpulan rawatan iaitu kumpulan yang menggunakan pengajaran menggunakan kaedah Google
Earth.
Dapatan kajian bagi objektif yang kedua pula adalah tahap penguasaan Topik Bentuk
Muka Bumi Tingkatan 1 antara kumpulan kawalan dan rawatan mempunyai perbezaan yang
signifikan dalam ujian pra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Walau
bagaimanapun perbezaan purata markah adalah sedikit iaitu 2.93 markah. Oleh yang demikian,
keadaan ini juga sama dengan kumpulan rawatan yang mana hasil kajian menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan.
Skor purata markah bagi ujian pasca rawatan melebihi purata markah ujian pasca bagi kumpulan
kawalan.

Page 2
KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
ULASAN JURNAL

Daripada analisis data yang dibuat pengkaji juga mendapati hubungan yang signifikan
dalam penggunaan aplikasi Google Earth terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Geografi.
Nilai yang diperolehi adalah 0.529 iaitu positif (sederhana kuat). Hasil dapatan soal selidik
menunjukkan aplikasi Google Earth sememangnya dapat menarik minat pelajar dalam
mempelajari subtopik Bentuk Muka Bumi.

5.0

Implikasi dan Perbincangan
Hasil yang diperolehi menunjukkan ketiga – tiga objektif kajian telah dicapai. Kajian ini

dapat melihat tahap persepsi pelajar dalam kaedah konvensional bagi pembelajaran Geografi
berada di tahap yang rendah. Ini kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajarann
konvensional dan kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk
menarik minat pelajar. Hal ini tidak mampu untuk merangsang proses pembelajaran pelajar di
dalam mata pelajaran tersebut. Menurut Zoraini (2005) yang menyatakan terdapat 87% sekolah
menengah di Malaysia memiliki komputer dan hanya 65% sahaja guru-guru yang tahu
menggunakannya. Oleh itu, kaedah pembelajaran menggunakan ICT perlu dilaksanakan yang
mana sering dikatakan lebih berkesan.
Justeru itu, kajian juga menunjukkan kesemua pelajar tidak mempunyai pengetahuan
awal mengenai topik Bentuk Muka Bumi. Ini kerana, semasa ujian pra hasil didapati pelajar
hanya dapat menjawab soalan-soalan yang hanya berada pada aras rendah iaitu aras
pengetahuan. Manakala hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Ini jelas menunjukkan
keberkesanan penggunaan aplikasi Google Earth terhadap pencapaian pelajar dalam subtopik
Bentuk Muka Bumi berbanding penggunaan kaedah konvensional dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Kajian oleh Robiah dan Nor Sakinah (2007) yang menyatakan
pengajaran berasaskan ICT berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran. Mereka
mendapati penggunaan aplikasi ICT ketika di dalam kelas membolehkan pelajar berfikir di tahap aras
tinggi dan tidak hanya menghafal fakta-fakta yang diberikan semata-mata.

Seterusnya bagi objektif kajian yang ketiga, sebahagian besar pelajar kumpulan rawatan
memberi maklum balas yang positif dan memberangsangkan terhadap penggunaan aplikasi

Page 3
KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
ULASAN JURNAL

Google Earth semasa proses pengajaran dan pembelajaran pada subtopik Bentuk Muka Bumi.
Ini jelas menunjukkan aplikasi Google Earth sememangnya dapat menarik minat pelajar dalam
mempelajari subtopik Bentuk Muka Bumi. Melalui kajian Aszoura (2007) mendapati pelajar
lebih berminat dan tertarik dengan kaedah penggunaan ICT sebagai satu medium pembelajaran
disebabkan wujudnya paparan grafik yang berwarna-warni pada papan skrin LCD berbanding
kaedah melukis atau grafik statik di papan putih semata-mata. Di samping itu, peta-peta yang
digunakan oleh guru-guru adalah peta lama dan kurang menarik. Oldham (2003) yang
menyatakan penggunaan ICT berupaya menunjukkan konsep abstrak secara visual dan
seterusnya membantu pelajar memahami konsep yang abstrak tersebut menggunakan model,
simulasi, permainan, video dan penjelajahan multimedia.

6.0

Kesimpulan
Kajian ini dianggap berjaya kerana ketiga-tiga objektif dan hipotesis yang dikemukakan

dapat dibuktikan kesahannya. Kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca
yang diberikan. Selari dengan kajian-kajian lepas, proses pengajaran dan pembelajaran yang
berpandukan aplikasi ini dapat menyediakan suasana pembelajaran yang seronok dan seterusnya
memotivasikan pelajar supaya menjadi lebih semangat dan cenderung untuk belajar bersungguhsungguh. Kajian ini boleh dirumuskan bahawa penggunaan aplikasi Google Earth dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Geografi yang bersubtopik Bentuk Muka Bumi
berupaya menarik minat pelajar mempelajari topik tersebut dan diharap dapat dimanfaatkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 4

More Related Content

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 

Recently uploaded (20)

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 

Featured

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Pengunaan aplikasi google earth dalam meningkatkan prestasi pelajar mata pelajaran geografi di sekolah menengah oleh dayang aida ahmad

  • 1. KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ULASAN JURNAL Tajuk Jurnal Pengunaan Aplikasi Google Earth dalam Meningkatkan Prestasi Pelajar Mata Pelajaran Geografi di Sekolah Menengah oleh Dr. Roslee Talip & Mohd Saifullah Md Sabri, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Penyediaan Abstrak Oleh Penulis Penulis mengesyorkan supaya penggunaan aplikasi Google Earth dalam meningkatkan prestasi pelajar mata pelajaran Geografi di sekolah menengah. Kajian pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT dikatakan lebih berkesan berbanding dengan kaedah konvensional. Tetapi salah satu punca masalah ini adalah kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajaran konvensional dan kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menarik minat dan tidak mampu untuk merangsang proses pembelajaran pelajar di dalam mata pelajaran tersebut. Strategi pengajaran ini juga dikenalpasti menjadi punca para pelajar mempunyai tahap akademik yang lemah atau berisiko untuk menjadi kurang bermotivasi terhadap pelajaran yang dikendalikan secara tradisional. KANDUNGAN 1.0 Pengenalan Penulis mengaitkan kajian pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT sering dikatakan lebih berkesan berbanding dengan kaedah konvensional (Bagui, 1998; Flecther, 2003; Mayer, 2002). Penulis juga memetik kata – kata (Jamalludin dan Zaidatun, 2003; Macaulay, 2002; Al-Mikhlafi, 2006), kajian dalam dan luar negara juga menunjukkan bahawa penggunaan ICT seperti perisian pengajaran multimedia, web dan lain-lain yang berkaitan mampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam akademik. Page 1
  • 2. KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ULASAN JURNAL 2.0 Persoalan Kajian Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap persepsi pelajar dalam kaedah konvensional bagi pembelajaran Geografi, perbezaan skor antara kumpulan kawalan dan rawatan terhadap penguasaan topik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1 dan minat pelajar dalam penggunaan aplikasi Google Earth mata pelajaran Geografi. 3.0 Kaedah Kajian menggunakan kaedah yang melibatkan dua kelas tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Benoni, Papar, Sabah iaitu kumpulan rawatan yang menggunakan aplikasi Google Earth dalam sesi pembelajaran manakala kumpulan kawalan pula menggunakan kaedah konvensional semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kedua-dua kumpulan ini diberi ujian pra dan pasca untuk melihat perbezaan skor min dan kekerapan. Kaedah tinjauan di mana penggunaan borang soal selidik diedarkan kepada responden-responden di dalam kumpulan rawatan sahaja. 4.0 Dapatan Kajian Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu tahap persepsi pelajar dalam kaedah konvensional bagi pembelajaran Geografi adalah berada pada tahap yang rendah. Dengan itu, wujudnya perbezaan skor di antara kumpulan yang menggunakan kaedah konvensional dan kumpulan rawatan iaitu kumpulan yang menggunakan pengajaran menggunakan kaedah Google Earth. Dapatan kajian bagi objektif yang kedua pula adalah tahap penguasaan Topik Bentuk Muka Bumi Tingkatan 1 antara kumpulan kawalan dan rawatan mempunyai perbezaan yang signifikan dalam ujian pra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Walau bagaimanapun perbezaan purata markah adalah sedikit iaitu 2.93 markah. Oleh yang demikian, keadaan ini juga sama dengan kumpulan rawatan yang mana hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Skor purata markah bagi ujian pasca rawatan melebihi purata markah ujian pasca bagi kumpulan kawalan. Page 2
  • 3. KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ULASAN JURNAL Daripada analisis data yang dibuat pengkaji juga mendapati hubungan yang signifikan dalam penggunaan aplikasi Google Earth terhadap minat pelajar dalam mata pelajaran Geografi. Nilai yang diperolehi adalah 0.529 iaitu positif (sederhana kuat). Hasil dapatan soal selidik menunjukkan aplikasi Google Earth sememangnya dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari subtopik Bentuk Muka Bumi. 5.0 Implikasi dan Perbincangan Hasil yang diperolehi menunjukkan ketiga – tiga objektif kajian telah dicapai. Kajian ini dapat melihat tahap persepsi pelajar dalam kaedah konvensional bagi pembelajaran Geografi berada di tahap yang rendah. Ini kerana majoriti guru masih menggunakan kaedah pengajarann konvensional dan kurang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menarik minat pelajar. Hal ini tidak mampu untuk merangsang proses pembelajaran pelajar di dalam mata pelajaran tersebut. Menurut Zoraini (2005) yang menyatakan terdapat 87% sekolah menengah di Malaysia memiliki komputer dan hanya 65% sahaja guru-guru yang tahu menggunakannya. Oleh itu, kaedah pembelajaran menggunakan ICT perlu dilaksanakan yang mana sering dikatakan lebih berkesan. Justeru itu, kajian juga menunjukkan kesemua pelajar tidak mempunyai pengetahuan awal mengenai topik Bentuk Muka Bumi. Ini kerana, semasa ujian pra hasil didapati pelajar hanya dapat menjawab soalan-soalan yang hanya berada pada aras rendah iaitu aras pengetahuan. Manakala hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Ini jelas menunjukkan keberkesanan penggunaan aplikasi Google Earth terhadap pencapaian pelajar dalam subtopik Bentuk Muka Bumi berbanding penggunaan kaedah konvensional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kajian oleh Robiah dan Nor Sakinah (2007) yang menyatakan pengajaran berasaskan ICT berupaya meningkatkan pencapaian dalam pengajaran. Mereka mendapati penggunaan aplikasi ICT ketika di dalam kelas membolehkan pelajar berfikir di tahap aras tinggi dan tidak hanya menghafal fakta-fakta yang diberikan semata-mata. Seterusnya bagi objektif kajian yang ketiga, sebahagian besar pelajar kumpulan rawatan memberi maklum balas yang positif dan memberangsangkan terhadap penggunaan aplikasi Page 3
  • 4. KPT6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ULASAN JURNAL Google Earth semasa proses pengajaran dan pembelajaran pada subtopik Bentuk Muka Bumi. Ini jelas menunjukkan aplikasi Google Earth sememangnya dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari subtopik Bentuk Muka Bumi. Melalui kajian Aszoura (2007) mendapati pelajar lebih berminat dan tertarik dengan kaedah penggunaan ICT sebagai satu medium pembelajaran disebabkan wujudnya paparan grafik yang berwarna-warni pada papan skrin LCD berbanding kaedah melukis atau grafik statik di papan putih semata-mata. Di samping itu, peta-peta yang digunakan oleh guru-guru adalah peta lama dan kurang menarik. Oldham (2003) yang menyatakan penggunaan ICT berupaya menunjukkan konsep abstrak secara visual dan seterusnya membantu pelajar memahami konsep yang abstrak tersebut menggunakan model, simulasi, permainan, video dan penjelajahan multimedia. 6.0 Kesimpulan Kajian ini dianggap berjaya kerana ketiga-tiga objektif dan hipotesis yang dikemukakan dapat dibuktikan kesahannya. Kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan dalam ujian pasca yang diberikan. Selari dengan kajian-kajian lepas, proses pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan aplikasi ini dapat menyediakan suasana pembelajaran yang seronok dan seterusnya memotivasikan pelajar supaya menjadi lebih semangat dan cenderung untuk belajar bersungguhsungguh. Kajian ini boleh dirumuskan bahawa penggunaan aplikasi Google Earth dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Geografi yang bersubtopik Bentuk Muka Bumi berupaya menarik minat pelajar mempelajari topik tersebut dan diharap dapat dimanfaatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Page 4