3. Penggunaan:
Merujuk hasil sesuatu keadaan atau
tindakan
Ayat contoh
Farah bijak lagi budiman.Oleh itu,dia
dilantik sebagai pengawas sekolah
4. Penggunaan:
Merujuk perkara yang berkaitan atau
yang setara
Ayat contoh:
Mak Leha menjual nasi lemak.
Di samping itu,dia juga menjual kuih-
muih.
5. Penggunaan:
Merujuk sebab atau akibat sesuatu
perkara
Ayat contoh:
Kita patut menabung di bank.
Hal ini demikian kerana banyak
faedahnya.
6. Penggunaan:
Merujuk keadan atau situasi yang
bertentangan dengan situasi yang
sepatutnya.
Ayat contoh:
1. Shafiq sering diejek oleh kawan-kawanya
.Namun begitu,dia hanya tersenyum.
2. Faiz ingin memiliki komputer .Akan tetapi ,dia
tidak punya wang.
7. Penggunaan:
Merujuk agakan terhadap perkara yang
dinyatakan sebelumnya.
Ayat Contoh:
Wajahnya kelihatan murung.
Mungkin dia sakit.
8. Penggunaan:
Perkara yang menyusul atau yang
berikutnya.
Ayat contoh:
Masukkan gula,telur dan sedikit
pewarna. Kemudian kacau sehingga
sebati.
9. Penggunaan
Merujuk perkara yang dilakukan atau
dinyatakan sebelumnya.
Ayat contoh;
Kini, saya bekerja di bandar.
Sebelum itu, saya bekerja di kampung.