2. Pendahuluan: Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon tangan, telefon selular, telefon tanpa wayar) merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakan sebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesyen pengkalan yang dikenali sebagai tapak sel. Pada awalnya, telefon bimbit agak berat dan besar tetapi kini, telefon bimbit semakin kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Bukan sahaja orang yang bekerja, malah remaja juga kini ramai yang memiliki telefon bimbit. Di sini, saya akan membincangkan tentang kebaikan dan keburukan memiliki telefon bimbit.
3. Hurian : Hubungan antara ibu bapa, adik, kakak, abang, kawan, guru dan sebagainya menjadi lebih akrab kerana telefon bimbit mempunyai kelebihan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh perbualan tradisi kita. Isi Pertama : kebaikan Pertama sekali, penggunaan telefon bimbit memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana sahaja mereka berada dan memudahkan untuk berkomunikasi. Contoh : Contohnya, pada waktu kecemasan, kita dengan mudah boleh meminta bantuan ahli keluarga. Kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa jikalau perlu pulang lewat agar mereka tidak rasa bimbang akan keselamatan anak-anaknya.
4. Isi kedua : Kebaikan Kebaikan kedua ialah telefon bimbit ini menjadi satu bentuk penyampaian informasi yang pelbagai dan menarik. Huraian : -Teknologi ini memudahkan pelbagai maklumat disalurkan seperti berita, lagu dan data peribadi. Maklumat ini berguna kepada remaja kerana melalui penggunaan yang betul semua maklumat ini dapat memastikan remaja memahami sesuatu atau melakukan sesuatu dengan betul. Contoh : Banyak orang menggunakan mp3 untuk hiburkan diri atau melungsuri internet untuk mengetahui berita terkini melalui telefon bimbit.
5. Isi ketiga : Kebaikan Merapatkan silaturahim dengan ahli keluarga atau rakan yang berada jauh di rantauan merupakan kebaikan yang ketiga. Huraian : Kita tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk bertemu dengan keluaraga atau teman tersayang untuk melepaskan rindu. Dengan penggunaan telefon bimbit, hubungan yang renggang itu boleh dirapatkan. Contohnya : Telefon bimbit 3G membolehkan kami membuat panggilan video dengan rakan di luar negeri. Teknologi sebegini membenarkan kami berbual sambil melihat wajah pemanggil, dan ini boleh mengubati perasaan yang rindu terhadap dirinya.
6. Isi Keempat : Keburukan Di sebalik kebaikan yang telah disebutkan tadi, ada juga beberapa keburukan yang perlu diingatkan. Yang pertama, jika kita tidak tahu mengawal perbelanjaan, penggunaan telefon bimbit boleh mencapai beribuan dolar. Huraian : Terdapat pelbagai jenis telefon yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu original dengan harga-harga yang mahal. Contoh : Contohnya, kos membuat panggilan video agak mahal jika kita terlalu asyik berbual sehingga tidak sedari masa yang terlalu lama bergantung di telefon, wang ibubapa dibazirkan untuk membeli telefon bimbit dan kredit prabayar.
7. Isi Lima : Keburukan Telefon bimbit memupuk persaingan yang kurang sihat. Contoh : -Pelajar institusi pengajian tinggi menggunakan wang pinjaman atau biasiswa mereka untuk membeli telefon bimbit yang sepatutnya membiayai pengajian mereka Huraian : Remaja-remaja sekarang juga saling bersaing untuk memiliki model telefon yang terkini. Setiap kali, ibu bapalah yang mengeluarkan duit untuk mencapai keinginan remaja yang mahukan telefon bimbit. Bagi orang yang berkemampuan sederhana, ini menjadi suatu bebanan untuk memaksa diri memiliki benda yang tidak mereka mampu.
8. Isi lima : Keburukan Pelajar atau remaja terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Hurian : Kemudahan teknologi yang membantu dalam kehidupan tetap boleh membantu orang untuk membuat kejahatan, seperti mendorong sesetengah pelajar untuk menipu. Contoh : Ada remaja terutama yang masih belajar menggunakan telefon bimbit di dalam kelas ketika guru mengajar tanpa segan silu. Pelajar meniru menggunakan telefon bimbit. Contoh yang lain ialah ada orang yang menonton video-video lucah menerusi telefon bimbit terutamanya orang-orang yang di bawah umur.
9. Kesimpulannya, bukan penggunaan telefon bimbit yang akan membawa kepada keburukan tetapi sikap pengguna atau individu. Jadi setiap individu harus menjadi pengguna telefon bimbit yang bertanggungjawab kerana jika mereka tidak menjadi pengguna yang baik, mereka boleh menyalahgunakan telefon bimbit dan itu salah. Telefon bimbit jika digunakan dengan sebaik mungkin boleh memudahkan kehidupan dan bukan sebaliknya.